“asiawater” pilih loji rawatan air pulau pinang sebagai tapak lawatan … · 2020. 8. 3. ·...

5
18.4.2019 KENYATAAN MEDIA oleh DATO’ IR. JASENI MAIDINSA CEO PBA Holdings Bhd dan PBAPP. “ASIAWATER” PILIH LOJI RAWATAN AIR PULAU PINANG SEBAGAI TAPAK LAWATAN TEKNIKAL INDUSTRI PULAU PINANG, Khamis, 18.4.2019: Loji Rawatan Air Sungai (WTP) di Seberang Prai akan menjadi tapak lawatan teknikal industri untuk Ekspo & Forum “Asiawater 2020” tahun depan. Ini adalah kali pertama loji rawatan air Pulau Pinang dipilih sebagai tapak lawatan teknikal industri Asiawater. Asiawater adalah acara antarabangsa dwi tahunan terulung yang paling lama (setiap dua tahun sekali) bagi industri air dan air sisa di Asia. Edisi ke-11 “Asiawater 2020” akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 31.3.2020 2.4.2020. Acara ini akan mengumpulkan pakar-pakar air, profesional industri dan pelabur utama dari seluruh dunia untuk berkongsi pengetahuan, rangkaian dan meninjau potensi projek-projek usahasama. Peserta yang berhasrat melawat LRA Sungai Dua akan datang ke Pulau Pinang pada tahun 2020 untuk lawatan teknikal yang dijadualkan oleh Asiawater. Perbadanan Bekalan Pulau Pinang (PBAPP) akan menjadi tuan rumah untuk lawatan tapak teknikal di loji rawatan air terbesar dan paling penting di Pulau Pinang. Fakta pantas: LRA Sungai Dua 1 Tahun dirasmi 1973 2 Sumber Air Mentah a. Sungai Muda b. Empangan Mengkuang (melalui Terusan Sungai Dua 14km) 3 Kawasan Tanah 18.2 hektar 4 Kapasiti Maksimum Reka 1,228 JLH (juta liter sehari)

Upload: others

Post on 03-Feb-2021

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • “Asiawater” pilih loji rawatan air Pulau Pinang sebagai tapak lawatan teknikal industri / Page 1 of 3

    18.4.2019 KENYATAAN MEDIA oleh DATO’ IR. JASENI MAIDINSA CEO PBA Holdings Bhd dan PBAPP. “ASIAWATER” PILIH LOJI RAWATAN AIR PULAU PINANG SEBAGAI TAPAK LAWATAN TEKNIKAL INDUSTRI PULAU PINANG, Khamis, 18.4.2019: Loji Rawatan Air Sungai (WTP) di Seberang Prai akan menjadi tapak lawatan teknikal industri untuk Ekspo & Forum “Asiawater 2020” tahun depan. Ini adalah kali pertama loji rawatan air Pulau Pinang dipilih sebagai tapak lawatan teknikal industri Asiawater. Asiawater adalah acara antarabangsa dwi tahunan terulung yang paling lama (setiap dua tahun sekali) bagi industri air dan air sisa di Asia. Edisi ke-11 “Asiawater 2020” akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 31.3.2020 – 2.4.2020. Acara ini akan mengumpulkan pakar-pakar air, profesional industri dan pelabur utama dari seluruh dunia untuk berkongsi pengetahuan, rangkaian dan meninjau potensi projek-projek usahasama. Peserta yang berhasrat melawat LRA Sungai Dua akan datang ke Pulau Pinang pada tahun 2020 untuk lawatan teknikal yang dijadualkan oleh Asiawater. Perbadanan Bekalan Pulau Pinang (PBAPP) akan menjadi tuan rumah untuk lawatan tapak teknikal di loji rawatan air terbesar dan paling penting di Pulau Pinang. Fakta pantas: LRA Sungai Dua 1 Tahun dirasmi 1973 2 Sumber Air Mentah a. Sungai Muda

    b. Empangan Mengkuang (melalui Terusan Sungai Dua 14km)

    3 Kawasan Tanah 18.2 hektar 4 Kapasiti Maksimum Reka 1,228 JLH (juta liter sehari)

  • “Asiawater” pilih loji rawatan air Pulau Pinang sebagai tapak lawatan teknikal industri / Page 2 of 3

    bentuk 5 Purata Output Air Terawat

    pada 2018 880 JLH

    6 Proses Rawatan Utama Rawatan Air Konvensional 7 Bil. Pakej Rawatan a. 5 Konvensional

    b. 1 DAF(pengapungan udara terlarut)

    8 Kawasan Bekalan a. Seberang Prai b. Pulau Pinang (melalui dua saluran

    paip dasar laut) 9 Kualiti Air Terawat Melebihi QAP yang ditetapkan oleh

    Kementerian Kesihatan, Malaysia Pada 2018, LRA Sungai Dua menghasilkan lebih 80% air terawat yang digunakan di Pulau Pinang setiap hari. Operasi 24/7 yang memainkan peranan penting dalam mengekalkan bekalan air yang berterusan di Pulau Pinang, untuk manfaat 1.77 juta orang dan beribu-ribu perniagaan yang beroperasi di sini. Loji rawatan air ini juga menempatkan Pusat Kawalan Bekalan Air Pulau Pinang dan Makmal Pusat PBAPP. Anugerah: LRA Sungai Dua WTP Sungai Dua telah dinaik taraf 7 kali sejak 1973, dan kapasiti pengeluarannya meningkat sebanyak 900%, dari 136 JLH kepada 1,228 JLH. Loji itu telah menerima anugerah berikut dalam tahun-tahun kebelakangan ini: 2015 : Anugerah Kecemerlangan Kejuruteraan ASEAN CAFEO 33 2017 & 2018 : Anugerah Kecemerlangan IKM (Institut Kimia Malaysia) bagi Makmal Pusat 2018 : Anugerah Pencapaian MWA (Persatuan Air Malaysia) 2018 “Loji Rawatan Air Terbaik”

  • “Asiawater” pilih loji rawatan air Pulau Pinang sebagai tapak lawatan teknikal industri / Page 3 of 3

    Terima kasih. ____________________________________________________ Dikeluarkan oleh : Puan Syarifah Nasywa bt Syed Feisal Barakbah

    Unit Komunikasi Korporat Tel : 04-200 6607 Email : [email protected]