anyaman mengkuang-pandan

14
1 a) Pernyataan sejarah dan perkembangan seni anyaman 1.0 PENGENALAN Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar. Perkembangan Sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar. Jenis seni anyaman pada masa Neolitik kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah dan keperluan kehidupan. Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang awal digunakan untuk menghasilkan anyaman. Menurut Siti Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi menyatakan pada zaman pemerintahan Long Yunus (1756-94) di negeri Kelantan, penggunaan anyaman digunakan oleh raja. Anyaman tersebut dipanggil ‘Tikar Raja’ yang diperbuat daripada pohon bemban. Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di peringkat kampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggeh, Kampung Kijing, Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain yang masih terdapat aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah. ANYAMAN oleh: cgazmi.blogspot.com

Upload: cgazmi

Post on 20-Jun-2015

5.403 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Anyaman Mengkuang-Pandan

1

a) Pernyataan sejarah dan perkembangan seni anyaman

1.0 PENGENALAN

Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari

luar. Perkembangan Sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan

seni tembikar. Jenis seni anyaman pada masa Neolitik kebanyakan adalah

menghasilkan tali, rumah dan keperluan kehidupan. Bahan daripada akar dan

rotan adalah bahan asas yang awal digunakan untuk menghasilkan anyaman.

Menurut Siti Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi

menyatakan pada zaman pemerintahan Long Yunus (1756-94) di negeri

Kelantan, penggunaan anyaman digunakan oleh raja. Anyaman tersebut

dipanggil ‘Tikar Raja’ yang diperbuat daripada pohon bemban.

Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan

anyaman di peringkat kampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun,

Kampung Ru Renggeh, Kampung Kijing, Cendering dan Kuala Ibai di negeri

Terengganu. Negeri-negeri lain yang masih terdapat aktiviti anyaman ialah

negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka,

Sarawak dan Sabah.

ANYAMAN oleh:

cgazmi.blogspot.com

Page 2: Anyaman Mengkuang-Pandan

2

2.0 TOKOH ANYAMAN PANDAN DAN MENGKUANG

Di bawah ini dihuraikan serba ringkas salah seorang tokoh anyaman

mengkuang yang berasal dari negeri Terengganu, iaitu:

2.1 Puan Aminah Binti Ali

Puan Aminah dilahirkan pada tahun 1944. Berasal dari Rusila

Terengganu Darul Iman, iaitu tempat penghasilan kraftangan anyaman

yang terkenal. Puan Aminah merupakan tokoh kraf anyaman yang telah

dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia. Pada tahun 1982 beliau

memenangi tempat pertama dalam pertandingan Pertukangan tangan

sezaman anjuran muzium Negara. Hingga kini beliau masih aktif sebagai

seorang ahli kraftangan anyaman.

2.2 Lain-Lain Tokoh

Cik Siah bt Jumaat berasal dari negeri Terengganu mencipta Kelarai

Sambas.

Hajah Asiah bt. Salleh dari negeri Terengganu mencipta Kelarai

Tapak Harimau.

Hajah Semek dari negeri Terengganu mencipta kelarai Mak Mek.

Esah bt Said dari negeri Kelantan mencipta kerai Sisik Kelah.

Dayang Aisah bt. Awang Husin dari negeri Sabah mencipta Kelarai

Bunga.

ANYAMAN oleh:

cgazmi.blogspot.com

Page 3: Anyaman Mengkuang-Pandan

3

3.0 JENIS-JENIS ANYAMAN

Jenis Anyaman Bahan Hasil anyaman

Anyaman Mengkuang Daun mengkuang Tikar, tudung salji, bekas

pakaian dan lain-lain.

Anyaman pandan Daun pandan duri Tikar sembahyang, hiasan

dinding.

Anyaman Buluh Jenis-jenis buluh

yang sesuai

Bakul, bekas pakaian,

nyiru, beg dan lain-lain.

Anyaman Rotan Rotan yang telah

diproses

Bakul, bekas pakaian,

tempat buaian anak dan

lain-lain.

Anyaman Lidi Lidi kelapa Lekar, bekas buah, bekas

telor.

Anyaman ribu-ribu Paku pakis ribu-ribu Tempat tembakau, bekas

sirih terbus, bakul, bekas

seba guna dan lain-lain.

4.0 PENJAGAAN DAN PEMELIHARAAN HASIL ANYAMAN

• Anyaman perlu di elakan daripada terdedah kepada cahaya matahari dan

hujan.

• Tikar perlu digulung dan dibalit dengan kain jika tidak digunakan.

• Pengawetan anyaman dilakukan dengan menggunakan pewarna, syelek

atau lekar.

• Hiasan dinding - perlu dibingkai.

• Menggunakan `ovepley plastik’ sebagai perlindungan.

• Membersihkannya apabila perlu.

ANYAMAN oleh:

cgazmi.blogspot.com

Page 4: Anyaman Mengkuang-Pandan

4

5.0 PENILAIAN HASIL ANYAMAN

Sesebuah hasil anyaman dinilai dari segi:

5.1 Teknik dan proses

Penggunaan alat dan bahan yang betul.

Penggunaan alat dan bahan yang betul.

Permulaan anyaman yang kemas.

Cara menganyam secara keseluruhan.

5.2 Hasil kerja

Ketepatan bentuk yang memenuhi kehendak tajuk.

Kekemasan kerja.

Penghasilan idea, kretiviti, dan nilai estetik.

Kombinasi warna yang sesuai dan menarik.

Susunan corak yang seimbang dan berharmoni.

5.3 Persembahan

Anyaman sama, tegang dan rapi.

Kekemasan dari segi anyaman tepi, sisipan dan sebagainya.

Kesempurnaan bentuk graf yang di hasilkan.

Cantuman yang kemas dan teliti.

Jahitan yang kukuh dan rapi.

ANYAMAN oleh:

cgazmi.blogspot.com

Page 5: Anyaman Mengkuang-Pandan

5

5.4 Gubahan

Reka corak kelarai yang menunjuk kapada prinsip rekaan.

Pemilihan warna yang berkesan.

Memperlihatkan ciri dan corak tradisional.

5.5 Fungsi

Kekesuaian motif, bahan, bentuk dengan fungsinya.

b) Huraian proses, teknik dan kaedah penghasilan seni anyaman

1.0 PROSES MEMBUAT ANYAMAN MENGKUANG

Daun-daun mengkuang/pandan yang cukup tua ditetak di pangkalnya

sehelai demi sehelai, bermula di bahagian umbi pokok. Tujuh atau lapan helai

daun muda di keliling umbut pokok tidak ditetak tetapi ditinggalkan untuk

tuaian seterusnya serta untuk memastikan pokok itu terus hidup dan

mengeluarkan daun-daun baru. Menetak daun dilakukan dengan berhati-hati

kerana pandan dan mengkuang berduri-duri, sedangkan tanah dikeliling

Gambar 1: Pokok Mengkuang Gambar 2: Daun mengkuang dipotong

ANYAMAN oleh:

cgazmi.blogspot.com

Page 6: Anyaman Mengkuang-Pandan

6

perdunya lazimnya berair dan licin atau mudah perlus. Daun-daun yang sudah

ditetak kemudian dipangkas hujungnya untuk membuang bahagian yang tirus

dan tidak dapat dibelah, serta supaya semua daun itu hampir sama panjang.

Seterusnya, daun-daun tersebut dilayur di atas bara unggun api kecil hingga

layu.

Kadangkala daun-daun itu tidak dilayur tetapi dijemur hingga benar-

benar kering dan layu. Tujuannya ialah mematikan sel daun dan

menyingkirkan air yang terdapat di dalamnya. Setelah daun-daun itu layu,

duri yang terdapat pada tulang belakang dan sayap mengkuang dibuang

dengan sautas serat sabut yang diregangkan ibu jari dan jari telunjuk. Apabila

duri belakang daun dibuang, dengan sendirinya daun terbelah menjadi dua.

Belahan itu kemudian dibelah lagi mengikut kelebaran yang dikehendaki

dengan alat yang dipanggil jangka. Belahan-belahan yang siap dijangka

dikumpulkan dan diikat sebesar betis dengan jarak kira-kira satu kaki dari

satu ikatan ke satu ikatan lain. Belahan yang berikat itu dititik atau dipukul

dengan alu supaya lembut dan mudah dilurut.

Gambar 3: Daun mengkuang dilayur Gambar 4: Proses menjangka

ANYAMAN oleh:

cgazmi.blogspot.com

Page 7: Anyaman Mengkuang-Pandan

7

Melurut melembutkan bilah dan melicinkan permukaannya. Bilah

yang sudah dilurut dilipat tetapi tidak sampai patah lalu diikat dan direndam

di dalam air selama dua atau tiga hari. Dalam tempoh itu, air rendaman

digantikan sekurang-kurangnya dua kali supaya bilah-bilah itu tidak lebam

dan berbau busuk.

Gambar 5: Proses melurut Gambar 6: Bilah mengkuang ditongkol dan direndam

Gambar 7: Proses mewarna dengan merebus bilah mengkuang

Gambar 8: Selepas mewarna, bilah-bilah mengkuang dijemur untuk dikeringkan.

ANYAMAN oleh:

cgazmi.blogspot.com

Page 8: Anyaman Mengkuang-Pandan

8

Pada hari ketiga atau keempat, bilah-bilah itu dikeluarkan dan dibasuh

dan dibilas hingga bersih sebelum dijemur. Bilah yang cukup kering akan

bertukar menjadi putih. Seterusnya, bilah itu bolehlah diwarnakan jika mahu.

Bilah-bilah mengkuang atau pandan diwarnakan dengan cara mencelup, iaitu

merebusnya bersama bahan celup pewarna selama beberapa minit. Dahulu,

cuma tiga warna yang popular iaitu merah, hijau dan kuning kerana bahan

celup warna-warna tersebut mudah diperolehi. Warna merah daripada pokok

kesumba, hijau daripada daun bemban, dan kuning daripada daun kunyit.

Tetapi, sekarang bahan celup pelbagai warna dijual dengan meluas. Apabila

sudah dicelup dan dijemur hingga kering, bilah-bilah dilurut bagi kali terakhir

supaya lebih licin dan lembut.

2.0 PROSES PEWARNAAN

Terdapat dua proses pewarnaan dalam pembuatan anyaman mengkuang,

iaitu:

2.1 Pewarnaan Cara Tradisional

Bahan tempatan seperti kunyit, buah kesumba India, dan daun

mengkudu digunakan sebagai pewarna asli pada zaman dahulu.

Kunyit ditumbuk halus dan dicelur didalam air mendidih untuk

mendapatkan warna kuning.

Buah kesumba diguna untuk menghasilkan warna jingga dan merah.

Buah pokok arang diguna untuk mendapatkan warna hitam.

ANYAMAN oleh:

cgazmi.blogspot.com

Page 9: Anyaman Mengkuang-Pandan

9

Bagi mendapatkan warna yang lebih cerah, kapur digunakan.

Contohnya, warna kuning pinang masak di campur dengan kapur sirih.

Warna hijau pula boleh diperolehi daripada daun pohon bemban.

2.2 Pewarnaan Cara Moden

Pewarnaan cara moden menggunakan bahan pencelup dyestuff dan

campuran bahan kimia lain.

bahan pewarna biasanya berbentuk hablur atau serbuk.

2.3 Teknik Pewarnaan

Air bersih dipanaskan sehinga mendidih didalan sebuah periuk.

Bahan pewarna kemudian dimasukan ke dalam air tersebut dan

dikacau supaya sebati.

Bilah mengkuang yang ditongkol dimasukkan ke dalam bekas berisi

air yang dipanaskan itu.

Tongkol-tongkol daun kemudian dikeluarkan selepas setengah jam.

Daun dicuci dengan air bersih.

Ikatan tongkol dibuka dan dijemur sehigga kering.

ANYAMAN oleh:

cgazmi.blogspot.com

Page 10: Anyaman Mengkuang-Pandan

10

3.0 TEKNIK DAN KAEDAH MENGANYAM

Cara anyaman dimulakan bergantung pada jenis objek yang ingin

dihasilkan serta corak hiasan yang dipilih. Anyaman tikar misalnya, boleh

dimulakan di tengah-tengah ataupun di bucu. Tetapi, bagi tudung saji,

anyaman mesti dimulakan di puncaknya yang berbentuk kon. Kon puncak itu

boleh digantungkan atau diketengahkan untuk meneruskan anyaman tudung

saji.

Corak anyaman umumnya disebut kelarai. Bagaimanapun, khususnya

untuk tikar mengkuang, kelarainya dirujuk sebagai ragi. Kelarai dibuat dalam

pelbagai motif dan peranannya sama seperti corak bunga dalam tenunan, iaitu

sebagai suatu ciri perhiasan. Anyaman kelarai disusun secara tunggal dan

lepas (menyeluruh) atau disusun di dalam ruang tertentu. Susunan menegak

disebut kelarai berdiri dan susunan sendeng, kelarai serong. Untuk hiasan

pinggir atau birai pula terdapat satu kelarai khusus iaitu kelarai pucuk rebung.

Gambar 9: Proses menganyam dimulakan.

ANYAMAN oleh:

cgazmi.blogspot.com

Page 11: Anyaman Mengkuang-Pandan

11

Semua jenis kelarai berunsurkan alam semula jadi. Di kalangan

masyarakat Melayu, motif tumbuhan menjadi pilihan utama. Daripada bentuk

bunga, terdapat kelarai bunga atur, berembang, cengkih dan cengkih beranak,

bunga cina, bunga durian, bunga kundur, bunga pecah lapan, bunga tanjung,

bunga telur, dan bunga rumput. Unsur-unsur tumbuhan yang lain termasuk

akar, pucuk (rebung) dan tampuk (jantung pisang, manggis, pinang). Unsur

fauna pula, terdapat motif haiwan dan serangga, seperti siput, kepala gajah,

mata berkait, tapak anjing, tapak harimau, anak ikan, belalang cucuk, jari

kedidi, mata ketitir, pusat belanak, siku keluang, sisik kelah dan tulang ikan.

Akhir sekali, terdapat bentuk bebas, seperti kelarai belah ketupat,

kelarai kisar mengiri, kelarai beras patah dan kelarai madu manis. Dalam

membuat kelarai, perkara utama yang diperhatikan ialah jumlah mata atau

langkah daripada bilah daun yang digunakan. Jumlah mata menentukan saiz

satu-satu corak. Untuk menyerlahkan kelarai, bilah-bilah digunakan warna

yang berlainan atau kontras. Misalnya, kuning dan hijau, merah dan ungu,

atau putih dan perang. Kadangkala warna ketiga digunakan sebagai tanah atau

latar corak. Bilah-bilah berwarna yang dianyam tindih-menindih dan

berselang-seli ini akan menyerikan hasil anyaman mengkuang dan pandan.

ANYAMAN oleh:

cgazmi.blogspot.com

Page 12: Anyaman Mengkuang-Pandan

12

c) Penjelasan falsafah objek dan karya seni tersebut dihasilkan.

1.0 FALSAFAH OBJEK SENI ANYAMAN

Budaya sesuatu bangsa bukan sahaja dicerminkan melalui bahasa

pertuturan dan adat resamnya tetapi juga dicerminkan melalui kehalusan kerja

tangannya;

Pada zaman dahulu, kegiatan anyaman dilakukan oleh kaum wanita sebagai

mengisi masa lapang.

Hasil anyaman adalah untuk kegunaan sendiri atau hadiah.

Kemahiran menguasai seni anyaman menunjukkan seseorang wanita itu

mempunyai sifat kewanitaan yang sempurna.

Anyaman boleh dihasilkan sendiri tanpa mengeluarkan perbelanjaan yang

besar.

Hasil anyaman mudah disimpan dan dibawa kemana-mana kerana bersifat

lembut dan boleh digulung.

Dapat memperlihatkan kreativiti dengan penghasilan pelbagai kelarai.

Menghargai unsur alam semulajadi dengan penggunaan bahan dan motif.

ANYAMAN oleh:

cgazmi.blogspot.com

Page 13: Anyaman Mengkuang-Pandan

13

d) Penjelasan tujuan dan fungsi objek dan karya seni.

1.0 TUJUAN DAN FUNGSI ANYAMAN MENGKUANG

Tikar dalam kehidupan masyarakat lama Melayu luas penggunaannya.

Betapapun bersihnya lantai atau telah sedia ada alas di lantai, namun bagi

memenuhi adat resam apabila sesuatu ruang atau tempat hendak digunakan

sebagai tempat duduk lazimnya dibentangkan tikar terlebih dahulu. Selain

berfungsi sebagai hamparan tempat duduk, ianya juga digunakan untuk alas

tidur, ada juga tikar yang dikhaskan penggunaannya iaitu;

Tikar sembahyang - lazimnya tikar untuk kegunaan ini mengikut ukuran

biasa bagi kegunaan seseorang mengerjakan ibadat sembahyang itu.

Tikar parudan - tikar kecil yang digunakan sebagai tempat menadah isi

kelapa yang diparut.

Tikar alas nikah - tikar yang dibuat khas sebagai tempat duduk pengantin

lelaki semasa upacara akad nikah.

Tikar jemuran - sejenis tikar yang digunakan khas untuk menjemur padi.

ANYAMAN oleh:

cgazmi.blogspot.com

Page 14: Anyaman Mengkuang-Pandan

14

e) Huraian unsur dan prinsip seni yang terdapat pada objek dan karya seni.

1.0 UNSUR DAN PRINSIP SENI ANYAMAN MENGKUANG

Kelarai atau corak dalam proses anyaman tertumpu kepada gubahan

bentuk yang dijalin untuk menghasilkan sesuatu gaya atau ragam hias

yang menarik sebagai motif utama.

Pembentukan kelarai dilakukan serentak semasa proses anyaman.

Anyaman kelarai biasanya dirancang terlebih dahulu bagi mewujudkan

pelbagai jenis kelarai.

Dua warna yang kontras digunakan untuk mendapatkan hasil yang

menarik.

Kebiasaannya kelarai didasarkan dari unsur-unsur alam semulajadiseperti

unsur-unsur tumbuhan dan binatang tetapi ada juga kelarai yang

dihubungkaitkan dengan nama orang.

ANYAMAN oleh:

cgazmi.blogspot.com