anyaman

17
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN 4 Mata Pelajaran: Dunia Seni Visual Kelas: 4 Baiduri Masa: 10:30-11:30 pagi Bilangan Murid: 32 orang Bidang Pelajaran: Mengenal Kraf Tradisional Aktiviti: Mengukur, menggunting, dan menganyam kertas warna. Tajuk: Membuat Anyaman Siku Keluang Objektif Pembelajaran: Pada akhir pelajaran,murid dapat : 1. Mengetahui dan mengenal motif anyaman siku keluang. 2. Mempertingkatkan kemahiran mereka cipta secara kreatif dalam penghasilan anyaman siku keluang. 3. Membuat ukuran dengan tepat. 4. Menggunting kertas warna dengan cara yang betul. 5. Menghasilkan anyaman siku keluang daripada kertas warna dan bingkai anyaman siku keluang dengan kad tebal. Hasil Pembelajaran: Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat : Aras 1 : i. Menggunakan elemen Asas Seni Reka, bahan, dan proses yang sesuai dalam penghasilan kraf mudah. Aras 2 : i. Mengenal pelbagai bahan gantian serta sifatnya dalam proses membuat kraf mudah.

Upload: raja-norhayati

Post on 12-Aug-2015

104 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

b

TRANSCRIPT

Page 1: anyaman

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL   TAHUN 4

Mata Pelajaran: Dunia Seni Visual 

Kelas: 4 Baiduri 

Masa: 10:30-11:30 pagi 

Bilangan Murid: 32 orang 

Bidang Pelajaran: Mengenal Kraf Tradisional 

Aktiviti: Mengukur, menggunting, dan  menganyam kertas warna. 

Tajuk: Membuat Anyaman Siku Keluang 

Objektif Pembelajaran: Pada akhir pelajaran,murid dapat : 

1.      Mengetahui dan mengenal motif anyaman siku keluang. 

2.      Mempertingkatkan kemahiran mereka cipta secara kreatif dalam penghasilan anyaman siku keluang. 

3.      Membuat ukuran dengan tepat. 

4.      Menggunting kertas warna dengan cara yang betul. 

5.      Menghasilkan anyaman siku keluang daripada kertas warna dan bingkai anyaman siku keluang dengan kad tebal. 

Hasil Pembelajaran: Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat : 

Aras 1 : i.  Menggunakan elemen Asas Seni Reka, bahan, dan proses yang sesuai dalam penghasilan kraf mudah. 

Aras 2 : i. Mengenal pelbagai bahan gantian serta sifatnya dalam proses membuatkraf mudah. 

Aras 3 : i. Mengaplikasi Asas Seni Reka dalam penghasilan anyaman siku

Page 2: anyaman

Keluang dan bingkai gambar dengan menggunakan bahan gantian. 

Pengetahuan: Murid telah mempelajari teknik asas menghasilkan anyaman kelarai.  sedia ada               

Nilai Murni: Sabar,berhati-hati,berdisplin,daya usaha,menghargai kraf tradisional,danberrkeyakinan.

Penerapan Nilai Kercerdasan Pelbagai: Intrapersonal,Interpersonal,Verbal-linguistik, kinestetik dan logik matematik  

Pengabungajalin Mata Pelajaran : Pendidikan Moral, Matematik

Kemahiran Berfikir: Menyenaraikan bahan, fungsi anyaman, membuat urutan langkah 

Kritis dan Kreatif : Anyaman.

Bahan,Peralatan  dan Bahan Sumber : Laptop, LCD, kertas warna, kad tebal, glu, pembaris, pensel, gunting, dan Bahan Sumber pisau grafik, HSP,Buku Sumber Guru Pendidikan Seni KBSR, dan Maklumat Internet bloggerhttp://www.storyboardhwangst.blogspot.com

Langkah berjaga-jaga : Mengutamakan keselamatan diri semasa menggunakan gunting dan pisau grafik. 

Teori Kecerdasan Pelbagai : Konstruktivisme,BCB,Masteri, kontekstual dan Kajian Masa Depan.

Prosedur :                     1.Guru menentukan aras pembelajaran dalam P & P.

2.Guru perlu merancang strategi pengajaran dengan menerapka kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, Teori Kecerdasan Pelbagai,Belajar Cara Belajar dan Kajian Masa Depa

3. Guru memulakan pelajaran dengan menunjukkan contoh-contoh anyaman d an sesi soal jawab.

4. Tunjuk cara membuat anyaman siku keluang dengan  melayari blogger http://www.storyboardhwangst.blogspot.com      

5. Murid membuat anyaman siku keluang dengan bimbingan guru.

6. Murid membuat bingkai untuk  hasilan anyaman siku keluang dan mempamerkannya.

Page 3: anyaman

7. Sesi Apresiasi dan Refleksi

FASA

ISI KANDUNGAN

AKTIVITI  PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN NOTA

Set

Induksi

5 minit

Menarik perhatian murid dengan contoh-contoh anyaman.

Guru menunjukkan contoh-contoh anyaman dalam dimensi baru. Contoh seperti tudung saji, beg tangan,beg duit, tikar,dan lapik duduk dengan menayang ‘ Power point Slide’ 

 Murid membuat pemerhatian terhadap hasilan kraf tangan  anyaman. 

 Guru bersoal tentang kraf tradisional anyaman seperti fungsi, kegunaan dan bahan.

 Murid memberi respon dengan menyatakan fungsi anyaman masa kini dan masa akan datang.

Aras 1

Murid memahami fungsi anyaman masa kini dan masa akan datang.

 Kajian Masa Depan

 Teori Kecerdasan Pelbagai.

Intrapersonal

Verbal Linguistik.

Unsur Patriotisme

Menghargai Kraf Tradisional.

ABM:LCD / Laptop

Page 4: anyaman

Menstruktur semula

5 minit

Pengenalan tentang anyaman.

Guru menunjukkan contoh-contoh gambar anyaman melalui

 “Power Point Slide”

Guru mengutarakan persoalan tentang contoh-contoh anyaman.

Aras 1

Murid mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni visual yang ada

pada anyaman.

Teori Kecerdasan Pelbagai

Interpersonal

Linguistik

KBKK-Kritis

Mengumpul dan mengelas

ABM/BBM

Laptop dan LCD

Aplikasi Idea

45 min

Menyediakan bahan dan alatan untuk menganya

Guru menunjukkan bahan dan alatan yang diperlukan untuk aktiviti menganyam.

Murid menyediakan bahan dan alatan sebelum memulakan aktiviti anyaman.

Guru menunjukkan cara dan langkah-langkah  mengukur dan menggunting jalur sisip serta tapak anyaman dengan melayari internet alamat blog http://www.storyboardhwangst.blogspot.com

Teori Kecerdasan Pelbagai

Logik Matem

Page 5: anyaman

it m.

 

Mengukur dan melukis garisan pada jalur sisip anyaman dan tapak anyaman.

Aras 2

Murid mengukur dan melukis garisan pada jalur sisip anyaman dan tapak anyaman dengan betul.

Guru membimbing murid menggunting garisan tapak anyaman dan jalur sisip anyaman mengikut urutan dengan Storyboard anyaman siku keluang http://www.storyboardhwangst.blogspot.com  

Guru menayangkan video 1 dari blog http://www.storyboardhwangst.blogspot.com untuk menunjukkan

cara-cara mengukur dan menggunting jalur sisip dan tapak anyaman.

atik

KBKK-kritis

Membuat urutan langkah menganyam

Pem.Masteri

Pemulihan

Pengayaan

Konstraktivisme

BCB

Kontekstual

Nilai Murni

Page 6: anyaman

menggunting jalur sisip dan tapak anyaman.

Menghasilkan anyaman siku keluang dengan kaedah dan teknik yang betul

Guru menunjukkan langkah-langkah  menghasilkan ayaman siku keluang  dengan melayari

internet alamat blog http://www.storyboardhwangst.blogspot.com

Video 2 

 Guru menunjukkan contoh anyaman siku keluang yang telah siap dianyam.

Berhati-hati

Berdisplin, Berkeyakinan.

ABM/BBM

Laptop,LCD kertas warna,

Kad tebal, glu, pembaris, pensel, gunting dan pisau grafik.

Page 7: anyaman

 

Aras 3

Murid menjalankan proses  menyisip jalur sisip anyaman ke tapak anyaman.

Guru memantau sambil membimbing   murid menyiapkan anyaman siku keluang.

Guru menunjukkan langkah-langkah  menghasilkan bingkai anyaman siku keluang  dengan melayari internet alamat blog http://www.storyboardhwangst.blogspot.com

Video 2 

Page 8: anyaman

Mengukur dan memotong kad tebal untuk membuat bingkai hasilan anyaman siku keluang yang telah siap.

Menghias binkai anyaman

Murid mengukur dan memotong kad tebal dengan cara betul untuk membuat

bingkai hasilan anyaman siku keluang yang telah siap.

 Murid menghiaskan anyaman siku keluang mengikut kreativiti masing-masing.

Page 9: anyaman

Refleksi/

Penutup

5 minit

Mempamerkan hasil kerja

Guru mempamerkan hasil kerja murid.

Murid menyatakan kegunaan tentang anyaman dalam dimensi baru.

Kajian Masa Depan

Teori Kecerdasan Pelbagai

Intrapersonal

Interpersonal

Verbal linguistik

 

Page 10: anyaman

Story Board – Anyaman Siku Keluang

                  Langkah 1 Langkah 2

Sediakan bahan- bahan dan alatan sebelum memulakan aktiviti anyaman siku keluang.

Bahan- bahan dan alatan yang diperlukan adalah seperti berikut:

kertas warna, kad tebal, glu, pembaris, pensel, gunting, dan pisau grafik.

Gunakan pembaris untuk mengukurjalur sisip anyaman (1cm)dengan membuat garisan dengan pensel. Ulang langkah ini untuk kertas warna hitam sebagai tapak anyaman.

Page 11: anyaman

 

Langkah 3 Langkah 4

Lipatkan tapak anyaman yang telah siap dengan garisan secara simetrisupaya senang digunting. Kemudian gunakan gunting untuk menggunting garisan yang telah dilukis.

Gunting jalur sisip anyaman menggunakan gunting dengan kemas.

 

Langkah 5 Langkah 6

Buka tapak anyaman yang telah siap digunting.Hamparkan dan letakkannya di atas meja dengan 

Hasilkan anyaman siku keluang dengan menyisip jalur sisip anyaman ke tapak anyaman.

Page 12: anyaman

rata. Sekarang ia sedia untuk digunakan. Setiap jalur sisip anyaman mesti 

dibuat dengan susunan yang kemas dan rapi supaya hasilan anyaman kelihatan cantik, kemas, dan menarik.

Langkah 7 Langkah 8

Setelah menyisipkan jalur sisip anyaman ke tapak anyaman ,pastikan tiada kesilapan. Langkah seterusnya, lekatkan hujung jalur sisip anyaman pada tapak anyaman supaya ia tidak terlonggar.

Anyaman siku keluang telah siap.

Langkah 9 Langkah 10

Buat ukuran pada kad tebal (saiz sama dengan tapak anyaman)dengan pembaris untuk dijadikan bingkai hasilan anyaman siku keluang.

Gunakan pisau grafik untuk memotong bahagian dalam kad tebal tersebut dengan teliti. Perhatian keselamatan penggunaan pisau grafik harus diutamakan.

Page 13: anyaman

Ukuran pada kad tebal mestilah tepat dengan hasilan anyaman yang telah siap.

Langkah 11 Langkah 12

Setelah memotong bentuk empat segi pada bahagian dalam kad tebal tersebut, keluarkan kad di bahagian tengah, bingkai tersebut sudah terhasil.

Gunakan pisau grafik dan pembaris untuk memotong garisan di atas permukaan bingkai dijadikan corak supaya bingkai tersebut lebih menarik.

Langkah 13 Langkah 14

Keluarkan satu lapisan kertas pada kad tebal yang telah dipotong untuk dijadikan corak jalur yang lebih menarik pada permukaan bingkai.

Bingkai anyaman telah dihasilkan.

Page 14: anyaman

Langkah 15 Langkah 16

Hiaskan hasil anyaman siku keluang dengan bingkai. Kenalpastikan kedudukan hasilan anyaman itu seimbang sebelum melekatkan bingkai di atas hasilan anyaman siku keluang.

Anyaman siku keluang yang telah siap dibingkai sekarang boleh dipamerkan.