norhadi anwar bin tamit

15
Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Bahasa Melayu amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms 69-83. Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012/ 69 27 & 28 September 2012/ IPG KBL PENGGUNAAN “SUPER AYAT” DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA SECARA MEKANIS MURID TAHUN EMPAT Oleh Norhadi Anwar bin Tamit [email protected] ABSTRAK Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk mengkaji kesan penggunaan “Super Ayat” dalam meningkatkan kemahiran membaca secara mekanis seorang murid Tahun 4 Nizam. Selain itu, penyelidikan ini turut memberi ruang kepada saya menambah baik amalan keguruan saya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berhubung aspek membaca perkataan yang mengandungi huruf “c” dan “ng” melalui pengenalan “Super Ayat”. Inovasi bahan bantu mengajar ini menggabungjalinkan pergerakan kinestatik, nyanyian dan grafik warna berasaskan Teori Kepelbagaian Kecerdasan Gardner (1983). Data dikumpul melalui pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen; dan kemudian dianalisis menggunakan analisis kandungan dan pola. Triangulasi masa dan sumber dilaksanakan untuk menyemak data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa “Super Ayat” berupaya membantu peserta kajian menguasai kemahiran membaca secara mekanis pada tahap yang memuaskan, di samping membantu saya sebagai penyelidik dan pendidik dalam meningkatkan amalan kendiri saya. Saya bercadang melanjutkan kajian ini dengan menambah bahan bantu mengajar berbentuk aktiviti hands-on. Kata kunci: “Super Ayat”, perkataan yang mengandungi huruf “c” dan “ng”, Teori Kepelbagaian Kecerdasan Gardner, kemahiran membaca secara mekanis, pergerakan kinestatik, nyanyian, grafik warna ABSTRACT This action research was conducted to examine the effect of “Super Ayat” in improving mechanical reading skills involving a Year Four pupil from 4 Nizam. In addition, this research also provided opportunity for me to improve my teaching practice in Bahasa Melayu subject on aspect related to reading words with the letters "c" and "ng" through the introduction of “Super Ayat”. This innovation is a combination of teaching aids using kinesthetic movement, singing and colored graphics based on Gardner's Mutiple Intelligences Theory (1983). Data were collected through observation, interviews and document analysis; and then analyzed using content and patterns analysis. Triangulation of sources and time were used to check the data. The results showed that “Super Ayat” helped the participant master reading skills at a satisfactory level, and helped me as a researcher and educator in improving my own practices. I plan to extend this study by adding teaching aids to the hands-on activities. Keywords: “Super Ayat”, words with the letters "c" and "ng", Gardner's Mutiple Intelligences Theory, mechanical reading skills, kinesthetic movement, singing, colored graphics.

Upload: hoangngoc

Post on 15-Jan-2017

243 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Norhadi Anwar bin Tamit

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Bahasa Melayu amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms 69-83.

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012/ 69 27 & 28 September 2012/ IPG KBL

PENGGUNAAN “SUPER AYAT” DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA SECARA MEKANIS MURID TAHUN EMPAT

Oleh

Norhadi Anwar bin Tamit

[email protected]

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk mengkaji kesan penggunaan “Super Ayat” dalam meningkatkan kemahiran membaca secara mekanis seorang murid Tahun 4 Nizam. Selain itu, penyelidikan ini turut memberi ruang kepada saya menambah baik amalan keguruan saya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berhubung aspek membaca perkataan yang mengandungi huruf “c” dan “ng” melalui pengenalan “Super Ayat”. Inovasi bahan bantu mengajar ini menggabungjalinkan pergerakan kinestatik, nyanyian dan grafik warna berasaskan Teori Kepelbagaian Kecerdasan Gardner (1983). Data dikumpul melalui pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen; dan kemudian dianalisis menggunakan analisis kandungan dan pola. Triangulasi masa dan sumber dilaksanakan untuk menyemak data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa “Super Ayat” berupaya membantu peserta kajian menguasai kemahiran membaca secara mekanis pada tahap yang memuaskan, di samping membantu saya sebagai penyelidik dan pendidik dalam meningkatkan amalan kendiri saya. Saya bercadang melanjutkan kajian ini dengan menambah bahan bantu mengajar berbentuk aktiviti “hands-on”. Kata kunci: “Super Ayat”, perkataan yang mengandungi huruf “c” dan “ng”, Teori Kepelbagaian Kecerdasan Gardner, kemahiran membaca secara mekanis, pergerakan kinestatik, nyanyian, grafik warna

ABSTRACT

This action research was conducted to examine the effect of “Super Ayat” in improving mechanical reading skills involving a Year Four pupil from 4 Nizam. In addition, this research also provided opportunity for me to improve my teaching practice in Bahasa Melayu subject on aspect related to reading words with the letters "c" and "ng" through the introduction of “Super Ayat”. This innovation is a combination of teaching aids using kinesthetic movement, singing and colored graphics based on Gardner's Mutiple Intelligences Theory (1983). Data were collected through observation, interviews and document analysis; and then analyzed using content and patterns analysis. Triangulation of sources and time were used to check the data. The results showed that “Super Ayat” helped the participant master reading skills at a satisfactory level, and helped me as a researcher and educator in improving my own practices. I plan to extend this study by adding teaching aids to the hands-on activities.

Keywords: “Super Ayat”, words with the letters "c" and "ng", Gardner's Mutiple Intelligences Theory, mechanical reading skills, kinesthetic movement, singing, colored graphics.

Page 2: Norhadi Anwar bin Tamit

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Bahasa Melayu amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms 69-83.

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012/ 70 27 & 28 September 2012/ IPG KBL

PENGENALAN Konteks Saya merupakan guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) (dengan Kepujian) Bahasa Melayu Pendidikan Rendah ambilan Januari 2009 di Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang (IPG KBL). Sepanjang tempoh pengajian saya di IPG KBL, saya telah menjalani tiga kali latihan praktikum di sekolah yang berlainan. Pada Praktikum Fasa Ketiga, saya telah menjalani latihan praktikum di Sekolah Kebangsaan Ismaili (nama samaran) selama tiga bulan. Sekolah Kebangsaan Ismaili merupakan sebuah sekolah yang terletak di sekitar Bandaraya Kuching. Kebanyakan murid di sekolah ini berasal daripada keluarga yang berpelajaran dan bekerja. Saya berpraktikum di sekolah ini daripada 31 Januari hingga 29 April 2012. Dalam tempoh ini, saya telah diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu bagi kelas Tahun 4 Nizam (nama samaran). Kelas ini merupakan kelas yang cemerlang dari aspek akademik dan sahsiah. Setelah dua minggu berinteraksi dan menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran (p&p), saya mendapati seorang murid iaitu Hidayah (bukan nama sebenar) agak lemah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu terutamanya kemahiran membaca secara mekanis. Saya telah menjalankan tiga kali ujian pengesanan terhadap kemahiran membacanya dan mendapati Hidayah mengalami masalah dalam membaca perkataan yang mengandungi huruf “c” dan “ng”. Justeru, saya telah membuat keputusan untuk membantu Hidayah melalui kajian ini. Selain itu, penyelidikan tindakan ini merupakan medan bagi saya membaiki amalan p&p saya berkaitan dengan aspek membaca secara mekanis dalam kalangan murid. Isu Keprihatinan Dasawarsa ini tidak dapat dinafikan bahawa masalah kemahiran membaca dalam kalangan murid merupakan masalah yang kerap terjadi di setiap sekolah di seluruh Malaysia. Adakah kepincangan dalam aspek p&p merupakan faktor yang menjadi punca permasalahan ini? Tidak adakah jalan penyelesaian terbaik dalam membendung masalah membaca ini? Merungkai permasalahan ini, saya telah mengambil inisiatif untuk membuat penyelidikan tindakan berkenaan dengan isu yang sering menjadi persoalan dalam sistem pendidikan di negara kita iaitu yang merupakan salah satu komponen penting dalam kemahiran 3M iaitu kemahiran membaca. Setiap kali menjalani praktikum, saya akan berdepan dengan permasalahan murid tidak mahir membaca. Hal ini amat membingungkan dan memberi kesan terhadap sesi p&p saya. Kemahiran membaca merupakan salah satu komponen kemahiran yang perlu dikuasai sepenuhnya dalam usaha melahirkan murid yang mampu bersaing dalam era globalisasi. Lantaran itu, saya telah mengambil keputusan untuk menambah baik amalan kendiri saya dalam p&p di samping membantu murid-murid saya untuk menguasai kemahiran membaca khususnya. Fokus kajian saya yang paling utama ialah keprihatinan saya terhadap nilai pendidikan penggunaan kaedah ansur maju dalam meningkatkan kemahiran

Page 3: Norhadi Anwar bin Tamit

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Bahasa Melayu amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms 69-83.

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012/ 71 27 & 28 September 2012/ IPG KBL

membaca secara mekanis murid Tahun Empat iaitu melalui penggunaan “Super Ayat”. Sebelum memulakan penyelidikan ini, saya telah menyediakan petikan yang mudah dan meminta murid membacanya. Hasil pemerhatian, saya mendapati Hidayah kurang lancar membaca. Bacaannya masih seperti tersekat-sekat dan menyebut sesuatu perkataan dengan salah. Oleh itu, saya telah mengambil keputusan untuk melibatkan Hidayah sebagai peserta kajian.

Rajah 1 dan 2nmenunjukkan analisis terhadap bacaan Hidayah yang menunjukkan masalah Hidayah dalam kemahiran membaca secara mekanis.

Rajah 1. Analisis petikan yang dibaca oleh Hidayah (10 Februari 2012).

Dalam petikan pada Rajah 1, Hidayah tidak dapat membaca perkataan yang mengandungi huruf “ng” dengan betul. Seterusnya pada bacaan kedua pula, analisis bacaan Hidayah dapat diperhatikan pada Rajah 2.

Rajah 2. Analisis petikan yang dibaca oleh Hidayah (27 Februari 2011).

Rajah 2 pula menunjukkan Hidayah juga tidak dapat menyebut perkataan yang mengandungi huruf “c” dengan betul selain turut melakukan kesilapan membaca perkataan yang mengandungi huruf “ng”. Oleh itu, saya telah melakukan satu ujian untuk menguji masalah bacaan yang dihadapi oleh Hidayah dengan memberikan Ujian Bacaan pada 5 Mac 2012. Jadual 1 menunjukkan analisis hasil bacaan Hidayah.

Kesilapan:

Menambah penyebut

dengan penyebut

Gambar di sebelah merupakan

petikan “Cerita Datuk”: Buku Teks Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Tahun 4, muka surat 19.

Berikut merupakan bacaan Hidayah yang salah:

Lengkap dibacakan len kap Tangan dibacakan tagan Mengacukan dibacakan men gecu an.

Gambar di sebelah merupakan lirik lagu “Satu Kelas Satu Keluarga” daripada slaid yang diajar. Saya meminta Hidayah membaca beberapa perkataan dan hasilnya adalah seperti di bawah: Dengan dibacakan den gan Menghormati dibacakan menhormati Mendengar dibacakan menden gar. Mencapai dibacakan menkapi Kegemilangan dibacakan kegemilagan

Page 4: Norhadi Anwar bin Tamit

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Bahasa Melayu amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms 69-83.

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012/ 72 27 & 28 September 2012/ IPG KBL

Jadual 1 Analisis Bacaan Hidayah (5 Mac 2012)

Bil. Perkataan Bacaan Hidayah Betul Salah

1 Ngilu Neng lu /

2 Ngeri Negeri /

3 Angan Ai yan /

4 Tangan Tanyan /

5 Cadangan Kedangan /

6 Lapangan Lapan gan /

7 Kampung Kampung /

8 Perang Perang /

9 Gendang Gendang /

10 Pisang Pisang /

11 Cemas Kemas /

12 Cari Kari /

13 Cili Keli /

14 Ceria Keria /

15 Cat Ket /

16 Cuba Kiuba /

17 Kereta Kereta /

18 Kuku Kuku /

19 Kira Kira /

20 Kolam Kolam /

Ternyata secara keseluruhannya, Hidayah mengalami masalah dalam membaca perkataan yang mengandungi huruf “c” dan “ng”. Oleh itu, saya telah mengambil isu ini sebagai fokus penyelidikan tindakan ini dalam usaha membantu Hidayah menguasai kemahiran membaca di samping membaiki amalan kendiri saya dalam p&p. Penyelesaian isu ini saya sandarkan kepada penggunaan “Super Ayat” yang telah dibina. Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah untuk:

menambah baik amalan p&p saya menggunakan “Super Ayat” untuk membantu Hidayah menguasai kemahiran membaca secara mekanis dan

meningkatkan tahap kemahiran membaca secara mekanis Hidayah melalui instrumen “Super Ayat”.

Persoalan Kajian Kajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan kajian berikut.

Apakah kesan penggunaan “Super Ayat” dalam meningkatkan amalan p&p saya semasa membantu Hidayah menguasai kemahiran membaca secara mekanis?

Apakah kesan “Super Ayat” dalam meningkatkan kemahiran membaca secara mekanis Hidayah?

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN

Perancangan Tindakan Menurut Coleman (1968), jika kita mengajar kanak-kanak konsep asas dalam bacaan dan kemudian memberi bahan-bahan bacaan yang bersesuaian dengan kebolehan membaca mereka, maka ini bererti kita telah berjaya menolong menyelesaikan sebahagian daripada masalah bacaan yang dihadapi oleh

Page 5: Norhadi Anwar bin Tamit

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Bahasa Melayu amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms 69-83.

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012/ 73 27 & 28 September 2012/ IPG KBL

mereka. Justeru, saya tertarik untuk memperkenalkan penggunaan “Super Ayat”

dalam membantu Hidayah meningkatkan kemahiran membaca secara mekanis. “Super Ayat” yang diperkenalkan berkonsep kombinasi Teori Kecerdasan Pelbagai Gardner (1983) iaitu muzikal, pergerakan kinestatik dan visual ruang serta kaedah ansur maju. Saya mendapati semasa proses p&p saya, murid-murid suka dengan aktiviti yang melibatkan nyanyian, pergerakan dan warna grafik. Gardner (1983) berpendapat bahawa pendedahan kepada muzik akan mengaktifkan pelbagai bidang dalam otak. Kajian Siti Rosmah Mat Isa (2005) menggunakan instrumen “Ting-Ting Minda” menggabungkan sesi p&p dengan aktiviti bermain yang melibatkan pergerakan kinestetik membantu merangsang minat muridnya untuk belajar. Pengaplikasian warna grafik yang menarik dan sesuai juga penting dalam membantu dan menarik minat murid untuk membaca. Hal ini selari dengan saranan Tay Meng Guat (2005) yang menekankan tahap kebolehbacaan murid terhadap bahan bacaan yang diberikan.

Isahak Harun (2006) menjelaskan kaedah ansur maju ialah proses p&p yang berasaskan kepada pemeringkatan sesuatu kemahiran seperti latihan yang paling mudah kepada latihan yang paling susah. Latihan yang disarankan adalah berkala dan mengikut tahap-tahap kesukaran yang telah ditentukan. Oleh itu, saya menggunakan kaedah ansur maju iaitu mengajar Hidayah membaca bermula daripada membatang suku kata, membaca perkataan dan seterusnya ayat. Saya percaya bahawa penggunaan “Super Ayat” ini mampu membawa perubahan positif terhadap Hidayah. Pelaksanaan Tindakan Penyelidikan tindakan ini bermula pada 12 hingga 27 Mac 2012 semasa waktu p&p dilaksanakan iaitu dari pukul 11.50-12.20 tengah hari. Penyelidikan tindakan dijalankan di bilik guru. Tempoh pelaksanaan penyelidikan tindakan ini adalah dari 12 Mac 2012 hingga 27 Mac 2012 meliabtkan penggunaan latihan “Super Ayat” Latihan “Super Ayat” Fasa 1 iaitu Tepuk Semangat “C” dan “NG”. Latihan ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu “Tepuk Semangat „C‟ dan „NG‟” suku kata terbuka dan suku kata tertutup. Murid diminta untuk membatang suku kata yang mengandungi konsonan “c” dan “ng” seperti pada Rajah 3. Rajah 3. Latihan “Super Ayat” Fasa 1(12 dan 13 Mac 2012). Latihan “Super Ayat” Fasa 2 Nyanyian lagu “Kalau Rasa Gembira Baca .....” Latihan ini dilaksanakan dengan iringan nyanyian lagu “Kalau Rasa Gembira Baca .....” dan Hidayah membaca perkataan yang ditunjukkan oleh guru

Page 6: Norhadi Anwar bin Tamit

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Bahasa Melayu amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms 69-83.

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012/ 74 27 & 28 September 2012/ IPG KBL

berasaskan perkataan yang dipancarkan menggunakan projektor. Sila rujuk Rajah 4.

Rajah 4. Latihan “Super Ayat” Fasa 2 (19 dan 20 Mac 2012).

Latihan “Super Ayat” Fasa 3 Membaca ayat yang telah diwarnakan pada suku-suku kata. Saya telah menggunakan pelbagai warna agar menarik untuk dibaca. Rangsangan daripada warna juga membolehkan Hidayah lebih cepat mengingat perkataan yang dibaca olehnya kelak. Pelaksanaan latihan ini ditunjukkan pada Rajah 5. Rajah 5. Latihan “Super Ayat” Fasa 3 (26 dan 27 Mac 2012).

METODOLOGI Peserta Kajian Kurt Lewin (1994), menjelaskan penyelidikan tindakan sebagai penyelidikan perbandingan ke atas keadaan dan kesan daripada pelbagai bentuk tindakan sosial dan penyelidikan, serta mengarah kepada tindakan sosial lain, menggunakan langkah-langkah dalam gerakan lingkaran. Kajian ini melibatkan saya dan seorang murid Tahun 4 Nizam iaitu Hidayah. Dalam menambah baik amalan kendiri saya sebagai penyelidik, saya turut melibatkan diri sebagai peserta kajian. Hidayah merupakan seorang murid perempuan yang berusia 10 tahun dan tidak mempunyai masalah disiplin dan dapat mengemukakan pendapat yang bernas. Hidayah merupakan murid yang baru berpindah dari United Kingdom pada tahun ini dan prestasinya dalam Bahasa Melayu adalah lemah. Etika Penyelidikan Sebelum memulakan kajian, terlebih dahulu saya telah memohon kebenaran daripada pihak sekolah. Kemudian, saya telah mendapatkan kebenaran daripada peserta kajian saya dan ibu bapanya. Surat kebenaran untuk melakukan kolaborasi bersama rakan sepraktikum, rakan Hidayah dan juga guru turut saya agihkan bagi memperoleh persetujuan mereka. Penerangan secara terperinci telah diberikan agar mereka memahami objektif dan hak mereka. Kesemua pihak

Page 7: Norhadi Anwar bin Tamit

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Bahasa Melayu amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms 69-83.

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012/ 75 27 & 28 September 2012/ IPG KBL

yang terbabit telah bersetuju dan menangani surat kebenaran. Rajah 6 menunjukkan contoh surat persetujuan penyertaan murid.

Rajah 6. Contoh surat persetujuan penyertaan murid. Teknik Mengumpul Data Kaedah yang saya gunakan untuk meningkatkan kemahiran membaca Hidayah melalui “Super Ayat” ini ialah melalui kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen.

Temu bual Dalam temu bual, saya telah memilih temu bual separa struktur demi memperoleh maklumat lanjut dan pandangan daripada peserta. Contoh soalan temu bual yang saya kemukakan pada Hidayah adalah seperti berikut.

Adakah suku kata yang diberikan oleh cikgu susah? Mengapa Hidayah selalu salah mengeja dan membaca perkataan itu?

Adakah latihan membaca yang cikgu berikan membantu Hidayah? Pemerhatian Semasa melakukan pemerhatian, saya tidak menggunakan rakaman video kerana saya mendapati Hidayah tidak selesa semasa aktiviti dijalankan. Oleh itu, sepanjang penyelidikan ini, saya hanya membuat pemerhatian berdasarkan nota lapangan dan gambar. Kandungan nota lapangan merangkumi huraian latar, tindakan yang dilaksanakan, tingkah laku peserta, refleksi kendiri dan perkara yang berlaku di luar jangkaan sekiranya ada. Nota lapangan menunjukkan rekod maklumat perkembangan peserta dari permulaan hingga ke akhir pelaksanaan penyelidikan tindakan. Selain itu, saya turut merakam gambar-gambar semasa pelaksanaan penyelidikan tindakan ini. Ia dapat dijadikan bahan sokongan yang kukuh untuk menunjukkan data.

Analisis dokumen Analisis dokumen yang saya gunakan adalah borang senarai semak. Peserta kajian membaca latihan “Super Ayat” dan bacaan yang direkod betul atau salah dengan menanda pada borang senarai semak. Data yang dikumpul ini adalah sumber jenis primer. Ia dapat menunjukkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap perkataan yang mengandungi huruf “c” dan “ng”.

Teknik Menganalisis Data Saya telah menggunakan analisis kandungan dan analisis pola untuk menyusun maklumat yang dikumpul serta mempersembahkan data.

Page 8: Norhadi Anwar bin Tamit

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Bahasa Melayu amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms 69-83.

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012/ 76 27 & 28 September 2012/ IPG KBL

Saya menganalisis kandungan nota lapangan. Semasa menganalisis, saya menandakan perkara-perkara yang dianggap penting dan berhubung dengan soalan-soalan penyelidikan tindakan saya seperti “Hidayah mempunyai masalah dalam bacaan” dan “bacaannya masih tergagap”. Sila rujuk Rajah 7. Rajah 7. Analisis kandungan temu bual (16 Mac 2012). Melalui temu bual tersebut, saya mengenal pasti aspek yang penting untuk dijadikan rujukan contohnya Hidayah mengalami masalah dalam membaca secara mekanis iaitu masih tergagap-gagap dan maklumat tambahan yang saya dapat ialah Hidayah baru sahaja berpindah daripada United Kingdom seperti yang ditunjukkan pada Rajah 8. Rajah 8. Analisis kandungan catatan nota lapangan (2 Mac 2012). Daripada Rajah 8, saya boleh menginterpretasi bahawa ternyata Hidayah menghadapi masalah dalam membaca perkataan yang mengandungi konsonan “c” dan “ng”. Oleh itu saya telah mengambil keputusan untuk mengambil Hidayah sebagai peserta kajian saya dan menggunakan “Super Ayat” untuk membantu Hidayah meningkatkan kemahiran membaca secara mekanis. Selain itu juga, saya juga melakukan analisis pola terhadap tindakan ini. Jadual 2 menunjukkan pola persamaan borang senarai semak kekerapan Hidayah melakukan kesalahan membatang suku kata untuk Latihan “Super Ayat” Fasa 1. Jadual 2 Analisis Pola Persamaan Borang Senarai Semak Latihan “Super Ayat” Fasa 1

Tarikh / Hari 12/03/2012 (Isnin) 13/03/2012 (Selasa)

Suku kata Bacaan 1 Bacaan 2 Bacaan 3 Bacaan 1 Bacaan 2 Bacaan 3

Ce X X X X / /

Ce X X X X / /

Nge X X X X / /

Bacaan betul ( / ) Bacaan salah ( X )

Hidayah menghadapi masalah dalam membaca perkataan yang mengandungi konsonan “ng” dan “c”.

Page 9: Norhadi Anwar bin Tamit

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Bahasa Melayu amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms 69-83.

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012/ 77 27 & 28 September 2012/ IPG KBL

Manakala pola perbezaan yang terdapat pada bacaan Hidayah pula dapat saya analisis berdasarkan borang senarai semak Latihan “Super Ayat” pada Fasa 1 seperti ditunjukkan pada Jadual 3. Jadual 3 Analisis Pola Perbezaan Borang Senarai Semak Latihan “Super Ayat” Fasa 1

Tarikh / Hari

12/03/2012 (Isnin) 13/03/2012 (Selasa)

Suku kata Bacaan 1 Bacaan 2 Bacaan 3 Bacaan 1 Bacaan 2 Bacaan 3

Ce X X X X / /

Ce X X X X / /

Nge X X X X / /

Nge X X X X / /

Bacaan betul ( / ) Bacaan salah ( X )

Teknik Menyemak Data Saya menggunakan triangulasi sumber dan triangulasi masa dalam menyemak data untuk membina keyakinan terhadap kesahan dan kebolehpercayaan data. Saya memilih triangulasi sumber iaitu meminta rakan guru pelatih iaitu Steven untuk sama membantu membuat pemerhatian terhadap pelaksanaan “Super Ayat”. Berikut menunjukkan sedutan transkrip temu bual saya bersama saudara

Steven yang diadakan pada 23 Mac 2012. Tarikh : 23 Mac 2012 Masa : 1020 – 1050 Tempat : Bilik guru Situasi : Temu bual bersama Steven

Saya : Apakah yang dapat anda perhatikan semasa proses latihan “Super Ayat”?

Steven : Lebih berkeyakinan untuk menyebut perkataan. Hidayah berubah daripada seorang pemalu akhirnya aktif. Pada mulanya selalu melakukan kesalahan bacaan tapi dah baiki dan membetulkan bacaannya.

Saya : Adakah latihan yang saya berikan membantu Hidayah dalam menyelesaikan masalah membaca Hidayah?

Steven : Melalui pemerhatian saya, dia dapat menyebut dengan jelas dan betul. Ada perubahan berbanding pada awal dahulu.

Saya : Apakah cadangan penambahbaikan untuk penggunaan “Super Ayat” ini?

Steven : Bagi saya penggunaan “Super Ayat” ini banyak membantu. Tapi untuk penambahbbaikan, perlu lebih banyak bahan bantu mengajar dan lembaran kerja yang melibatkan “hands-on”.

TBSA 6 SV

Transkrip temu bual tersebut membincangkan tentang pemerhatian Steven tentang tingkah laku, perasaan, peningkatan dan cadangan penambahbaikan kajian saya. Kaedah triangulasi masa pula saya aplikasikan melalui pengumpulan data dalam satu jangka masa iaitu tiga bulan selepas Latihan “Super Ayat”. Saya telah

Page 10: Norhadi Anwar bin Tamit

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Bahasa Melayu amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms 69-83.

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012/ 78 27 & 28 September 2012/ IPG KBL

melaksanakan Ujian Pengesahan “Super Ayat” pada 27 Jun 2012. Rajah 9 menunjukkan Ujian Pengesahan “Super Ayat” tersebut.

Rajah 9. Ujian Pengesahan “Super Ayat” untuk triangulasi masa (27 Jun 2012). Berpandukan Rajah 9, Ujian Pengesahan “Super Ayat” ini digunakan untuk menyemak semula kesan penggunaan “Super Ayat”. Ujian ini amat penting bagi saya selaku penyelidik untuk melihat semula tahap kemahiran membaca Hidayah dalam satu tempoh masa.

REFLEKSI Refleksi Dapatan

Apakah kesan penggunaan “Super Ayat” dalam meningkatkan amalan p&p saya semasa membantu Hidayah menguasai kemahiran membaca secara mekanis?

Penggunaan “Super Ayat” ini merupakan medan untuk saya menambah baik amalan kendiri dalam p&p secara umumnya di samping saya memfokuskan pada bidang kajian kemahiran membaca sebagai landasan penyelidikan tindakan ini. “Super Ayat” merupakan inovasi kaedah pengajaran yang menggabungjalinkan nyanyian, pergerakan dan warna grafik. Justeru, saya mencuba penggunaan “Super Ayat” semasa melaksanakan kajian ini.

Rajah 10. Pengenalan “Super Ayat” kepada Hidayah (12 Mac 2012). Pengenalan kaedah “Super Ayat” telah menjadikan saya lebih prihatin terhadap latar belakang dan masalah murid saya. Saya telah melakukan temu bual dengan Cikgu Kajol bagi mencari maklumat berkaitan dengan latar belakang dan masalah membaca beliau. Berikut menunjukkan transkrip temu bual saya bersama dengan guru kelas Hidayah.

Page 11: Norhadi Anwar bin Tamit

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Bahasa Melayu amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms 69-83.

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012/ 79 27 & 28 September 2012/ IPG KBL

Tarikh : 16 Mac 2012 Masa : 1020 – 1050 Tempat : Bilik PPSMI Situasi : Temu bual bersama Cikgu Kajol Saya : Saya dapati Hidayah lemah dalam aspek membaca dalam Bahasa Melayu.

Bagaimana pula dengan bacaan Bahasa Inggeris Hidayah? Cikgu Kajol : Biasalah. Hidayah baru saja masuk tahun ni. Dia belajar di oversea dulu.Ikut

family dia ke United Kingdom. Jadi Bahasa Inggeris Hidayah tak ada masalah. Lancar saja.

TBSA 4 KJ

Temu bual bersama Cikgu Kajol mendapati dia bersetuju dengan pernyataan saya bahawa Hidayah sememangnya lemah dalam membaca dengan berkata “Biasalah”. Cikgu Kajol juga menyatakan bahawa Hidayah baru sahaja berpindah dari United Kingdom.

Selain itu, penyelidikan tindakan ini membolehkan saya meningkatkan keyakinan murid untuk turut serta dalam latihan membaca secara aktif dan berminat untuk membaca. Rajah 11 menunjukkan catatan nota lapangan perubahan Hidayah yang semakin yakin semasa menjalankan Latihan “Super Ayat” Fasa 2 pada 20 Mac 2012. Rajah 11. Analisis nota lapangan masalah terhadap tingkah laku Hidayah (20 Mac 2012). Ternyata saya telah meningkatkan amalan p&p saya semasa pelaksanaan “Super Ayat” yang diperkenalkan dengan Hidayah. Banyak tindakan yang telah saya lakukan dan saya memperoleh input yang amat berguna untuk saya adaptasi dalam profesion keguruan.

Apakah Kesan “Super Ayat” dalam Meningkatkan Kemahiran Membaca Secara Mekanis Hidayah?

Penggunaan “Super Ayat” dapat membantu Hidayah dalam menguasai kemahiran membaca secara mekanis pada perkataan yang mengandungi huruf “c” dan “ng”. Penguasaan Hidayah dapat diukur dalam Latihan “Super Ayat” yang saya lakukan bersama Hidayah. Jadual 4 menunjukkan tahap penguasaan

Hidayah terhadap latihan yang diberikan.

Keyakinan Hidayah

semakin bertambah

dan dapat mengikuti

latihan dan berasa

seronok.

Page 12: Norhadi Anwar bin Tamit

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Bahasa Melayu amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms 69-83.

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012/ 80 27 & 28 September 2012/ IPG KBL

Jadual 4 Penguasaan Hidayah Terhadap Latihan “Super Ayat” Fasa 1, 2 dan 3

Latihan “Super Ayat” Fasa 1 (Suku Kata)

Sesi pertama (12/03/2012)

Sesi kedua (13/03/2012)

Bacaan 1 Bacaan 2 Bacaan 3 Bacaan 1 Bacaan 2 Bacaan 3

Suku kata terbuka

4/12 6/12 8/12 8/12 12/12 12/12

Suku kata tertutup

14/36 16/36 17/36 24/36 32/36 35/36

Latihan “Super Ayat” Fasa 2 (Perkataan)

Sesi pertama (19/03/2012)

Sesi kedua (20/03/2012)

Bacaan 1 Bacaan 2 Bacaan 3 Bacaan 1 Bacaan 2 Bacaan 3

Perkataan yang mengandungi

huruf “c”

15/24

16/24

19/24

22/24

23/24

24/24

Perkataan yang mengandungi

huruf “ng”

16/24

16/24

20/24

21/24

24/24

24/24

Latihan “Super Ayat” Fasa 3

(Ayat)

Sesi pertama (19/03/2012)

Sesi kedua (20/03/2012)

Bacaan 1 Bacaan 2 Bacaan 1 Bacaan 2

Ayat yang mengandungi

perkataan huruf “c” dan “ng

8/11

10/11

11/11

11/11

Jadual 4 menunjukkan rekod jumlah betul bacaan Hidayah untuk Latihan “Super Ayat” Fasa 1, 2 dan 3. Berdasarkan data penggunaan “Super Ayat” jelas menunjukkan bahawa Latihan “Super Ayat” ini berjaya membantu meningkatkan kemahiran membaca secara mekanis Hidayah iaitu pada akhir setiap bacaan Hidayah dapat membatang suku kata dengan betul iaitu 12/12 untuk suku kata terbuka, 35/36 untuk suku kata tertutup. Bagi perkataan pula, Hidayah dapat membaca 24/24 perkataan dengan betul untuk perkataan yang mengandungi huruf “c” dan “ng”. Bagi bacaan ayat pula, Hidayah dapat membaca kesemua 11/11 ayat dengan betul. Bagi saya, kemahuan Hidayah untuk memperbaiki kemahiran membacanya membuatkan latihan ini menjadi mudah untuk dilaksanakan. Atas kesedaran ini, saya juga semakin bersemangat untuk memberi bimbingan kepada Hidayah setelah melihat prestasi Hidayah yang

menunjukkan peningkatan. Saya turut melaksanakan Ujian Pengesahan Bacaan untuk menyemak semula tahap kemahiran membaca Hidayah pada 27 Jun 2012. Saya melaksanakan ujian ini semasa “Internship” iaitu tiga bulan selepas Latihan “Super Ayat” dilaksanakan. Objektif ujian ini diberikan ialah untuk memastikan Hidayah sudah benar-benar mahir dalam membaca perkataan yang mengandungi huruf “c” dan “ng”. Hasilnya dapat dilihat pada Rajah 12.

Page 13: Norhadi Anwar bin Tamit

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Bahasa Melayu amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms 69-83.

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012/ 81 27 & 28 September 2012/ IPG KBL

Rajah 12. Penyemakan Ujian Pengesahan Bacaan (27 Jun 2012). Jadual 7 menunjukkan markah hasil penyemakan Ujian Pengesahan Bacaan Hidayah berdasarkan suku kata, perkataan dan ayat. Jadual 7 Jadual Hasil Penyemakan Ujian Pengesahan Bacaan Hidayah.

Berdasarkan Rajah 12 dan Jadual 7, penyemakan Ujian Pengesahan Bacaan menunjukkan hasil yang sangat membanggakan. Hidayah dapat membatang semua suku kata, membaca perkataan dan membaca ayat dengan betul tanpa melakukan kesalahan iaitu membatang suku kata 96/96, membaca perkataan 48/48 dan membaca ayat 5/5. Hal ini menunjukkan bahawa Hidayah sudahpun benar-benar menguasai kemahiran membaca secara mekanis perkataan yang mengandungi huruf “c” dan “ng”.

Pengenalan “Super Ayat” telah mendatangkan kesan positif dalam meningkatkan kemahiran membaca secara mekanis Hidayah. Saya bersyukur pada hasil dapatan kajian ini menunjukkan hasil yang sangat memberangsangkan. Hidayah telah menguasai sepenuhnya kemahiran membaca perkataan yang mengandungi huruf “c” dan “ng” dengan baik. Refleksi Penilaian Tindakan Penggunaan “Super Ayat” menunjukkan kesan yang positif dalam menambah baik amalan p&p saya dan membantu peserta kajian meningkatkan kemahiran membaca secara mekanis. “Super Ayat” berjaya meningkatkan kemahiran membaca secara mekanis Hidayah terhadap perkataan yang mengandungi huruf “c” dan “ng”. Walau bagaimanapun, dalam pelaksanaan penyelidikan yang berdasarkan penggunaan “Super Ayat” tidak dinafikan terdapat kekuatan dan kelemahannya.

Ujian Pengesahan Bacaan

Jumlah bacaan yang betul

Jumlah bacaan yang salah

Suku kata 96 0

Perkataan 48 0

Ayat 5 0

Suku kata Perkataan Ayat

Page 14: Norhadi Anwar bin Tamit

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Bahasa Melayu amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms 69-83.

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012/ 82 27 & 28 September 2012/ IPG KBL

Kekuatan penggunaan “Super Ayat” ialah Hidayah lebih bermotivasi untuk membaca. Selain mendapat bimbingan saya semasa penyelidikan diadakan, Hidayah juga sering ke Pusat Sumber untuk membaca buku-buku yang terdapat dalam perpustakaan. Di rumahnya juga, ibu Hidayah membekalkan buku-buku cerita bagi memantapkan bacaan Hidayah. Penggunaan “Super Ayat” juga mampu merangsang minat membaca Hidayah. Saya amat mengagumi kesungguhan Hidayah dalam membaiki sendiri kemahiran membacanya di samping tidak putus asa semasa mendapat latihan khas daripada saya.

Manakala kelemahan ketara yang dapat saya perhatikan ialah saya pada mulanya tidak dapat menyesuaikan diri dengan peserta kajian. Tambahan pula, ini merupakan penyelidikan tindakan saya yang pertama dan saya baru sahaja mencubanya. Hidayah pada mulanya nampak malu-malu dan tidak aktif pada peringkat awal penyelidikan tindakan ini dilakukan. Apabila saya membina hubungan yang baik dengan Hidayah, barulah muncul hubungan yang baik dan Hidayah dapat mengikuti latihan yang saya berikan malah lebih yakin lagi.

Refleksi Pembelajaran Kendiri Hanipah Hussin (2004) menyatakan bahawa refleksi adalah satu ulasan terhadap amalan seseorang untuk memastikan ketepatan atau keakurannya kepada satu-satu peraturan yang telah ditentukan. Semasa melaksanakan penyelidikan tindakan ini, saya dapat mendalami isi hati murid dengan lebih terperinci lagi. Hal ini telah meningkatkan hubungan harmoni antara saya selaku guru dengan murid. Hubungan dua hala amat penting dalam proses pembelajaran. Oleh itu, saya lebih bersifat demokratik dan cuba bersama-sama dengan murid menghayati sesi pengajaran tanpa ada unsur kompromi atau berat sebelah. Semasa proses pengajaran, saya amat menitikberatkan penglibatan semua murid di dalam kelas kerana saya mendapati Hidayah agak pasif semasa berada di dalam kelas. Dengan adanya hubungan seperti ini, murid berasa dihargai dan kesepunyaan di dalam kelas. Hidayah yang turut sama belajar di dalam kelas tanpa ada rasa malu untuk mengikuti sesi pengajaran di dalam kelas walaupun Hidayah pada mulanya lambat dalam membaca.

Selain itu, saya dapat meningkatkan amalan kendiri dari aspek penyediaan bahan bantu mengajar yang menarik serta tidak membosankan dalam pengajaran saya. Saya turut mengaplikasikan teknik nyanyian, bertepuk tangan dan warna grafik semasa mengajar murid melalui penggunaan “Super Ayat”.

Cadangan Tindakan untuk Kitaran Seterusnya Selepas pelaksanaan penyelidikan tindakan ini, saya telah mendapat banyak maklum balas yang boleh dijadikan pedoman untuk saya fikirkan pada peringkat seterusnya. Cadangan tindakan untuk kitaran seterusnya saya telah terima hasil perbincangan ilmiah dan temu bual bersama dengan rakan sepraktikum saya iaitu Steven yang mencadangkan agar kaedah “Super Ayat” dimurnikan dengan bahan bantu mengajar berbentuk maujud yang boleh digunakan secara “hands-on”. Seterusnya, bagi penambahbaikan penggunaan “Super Ayat”, saya akan menambah aktiviti permainan bahasa. Permainan bahasa yang sesuai jika

Page 15: Norhadi Anwar bin Tamit

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Bahasa Melayu amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms 69-83.

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012/ 83 27 & 28 September 2012/ IPG KBL

diselitkan dalam kajian ini mampu memberi keseronokan kepada peserta kajian. Antara permainan tersebut ialah “Kotak Suku Kata”, “Permainan Ular dan Tangga”, “Word Treasure Hunt” dan “Permainan Silang Kata”.

RUJUKAN Coleman, E. B. (1968). Experimental studies of readability. Dalam J.R. Bermuth

(ed.), Readability. Chicago: National Council of Teacher of English. Gardner, H. (2003). Multiple intelligences after twenty years. Diperoleh pada 15

Februari 2012 daripada http://www.pz.harvard.edu/Pls/HG_MI_after_20_ years.pdf

Hanipah Hussin. (2004). Learning to Be Reflective From Theory to Practices Malaysia Experiences. Tanjung Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Isahak Harun. (2006). Mudah membaca Bahasa Melayu: Edisi 1. Shah Alam: Fajar Bakti.

Kamarudin Husin. (1988). Pedagogi bahasa. Kuala Lumpur: Longman. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1999). Buku Panduan Guru, Bahasa

Malaysia Tahun 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Rosmah Mat Isa. (2005). Ting-Ting Minda meningkatkan penguasaan

kemahiran membaca gabungan perkataan suku kata terbuka dan tertutup “KV KVK” dalam kalangan murid Pemulihan Khas melalui Teori Kecerdasan Kinestatik. Koleksi Laporan Penyelidikan Tindakan 2005, 1-16.

Tay Meng Guat. (2005). Kebolehan bahan bacaan. Jurnal Penyelidikan MPBL, 6, 23-34.