antara langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk menggalakkan anak

2
Antara langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak agar berjimat-cermat ialah ibu bapa perlulah mendidik anak-anak mereka sejak kecil lagi tentang amalan ini. Bak kata pepatah Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya. Ibu baoa perlu sentiasa menasihati anak-anak mereka supaya berjimat-cermat dan tidak membazirkan wang dengan sia-sia. Amalan yang positif ini perlulah diterapkan ke dalam minda anak-anak agar dapat mewujudkan generasi yang berjimat-cermat pada masa yang akan datang. Melalui amalan ini, anak-anak akan sentiasa menghargai wang mereka dan tidak akan membelanjakannya untuk perkara-perkara yang negatif. Selain itu, ibu bapa juga harus menjadi contoh yang baik kepada anak-anak mereka untuk mengikuti amalan ini. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah mengamalkan amalan ini dalam kehidupan seharian mereka agar anak-anak mereka dapat mempelajari amaln berjimat-cermat tersebut dengan lebih mudah lagi. Anak-anak sudah pasti akan mengikut jejak langkah ibu bapa mereka kerana ibu bapa akan sentiasa memikirkan masa depan anak-anak mereka untuk menjadi cerah. Hal ini akan menyebabkan anak-anak berasa bangga terhadap ibu bapa mereka kerana menunjukkan teladan yang positif kepada mereka. Di samping itu, amalan menabung juga perlu diterapkan ke dalam minda anak-anak oleh ibu bapa mereka. Ibu bapa haruslah menggalakkan anak-anak mereka untuk menabung kerana amalan ini merupakan salah satu langkah yang efektif untuk mewujudkan generasi yang berjimat-cermat. Bak kata pepatah, Sehari Selembar Benang, Lama-lama Menjadi Kain. Ibu bapa juga perlu memberitahu kebaikan menabung kepada anak-anak mereka. Sebagai contohnya, jika sesuatu kemalangan berlaku, wang yang telah disimpan tersebut dapat digunakan untuk rawatan hospital. Bukan itu sahaja, wang yang telah disimpan tersebut juga dapat digunakan utnuk melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian yang lebih tinggi.

Upload: prasanna

Post on 18-Feb-2016

230 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Antara Langkah Yang Boleh Diambil Oleh Ibu Bapa Untuk Menggalakkan Anak

TRANSCRIPT

Page 1: Antara Langkah Yang Boleh Diambil Oleh Ibu Bapa Untuk Menggalakkan Anak

Antara langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak agar berjimat-cermat ialah ibu bapa perlulah mendidik anak-anak mereka sejak kecil lagi tentang amalan ini. Bak kata pepatah Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya. Ibu baoa perlu sentiasa menasihati anak-anak mereka supaya berjimat-cermat dan tidak membazirkan wang dengan sia-sia. Amalan yang positif ini perlulah diterapkan ke dalam minda anak-anak agar dapat mewujudkan generasi yang berjimat-cermat pada masa yang akan datang. Melalui amalan ini, anak-anak akan sentiasa menghargai wang mereka dan tidak akan membelanjakannya untuk perkara-perkara yang negatif.          Selain itu, ibu bapa juga harus menjadi contoh yang baik kepada anak-anak mereka untuk mengikuti amalan ini. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah mengamalkan amalan ini dalam kehidupan seharian mereka agar anak-anak mereka dapat mempelajari amaln berjimat-cermat tersebut dengan lebih mudah lagi. Anak-anak sudah pasti akan mengikut jejak langkah ibu bapa mereka kerana ibu bapa akan sentiasa memikirkan masa depan anak-anak mereka untuk menjadi cerah. Hal ini akan menyebabkan anak-anak berasa bangga terhadap ibu bapa mereka kerana menunjukkan teladan yang positif kepada mereka.          Di samping itu, amalan menabung juga perlu diterapkan ke dalam minda anak-anak oleh ibu bapa mereka. Ibu bapa haruslah menggalakkan anak-anak mereka untuk menabung kerana amalan ini merupakan salah satu langkah yang efektif untuk mewujudkan generasi yang berjimat-cermat. Bak kata pepatah, Sehari Selembar Benang, Lama-lama Menjadi Kain. Ibu bapa juga perlu memberitahu kebaikan menabung kepada anak-anak mereka. Sebagai contohnya, jika sesuatu kemalangan berlaku, wang yang telah disimpan tersebut dapat digunakan untuk rawatan hospital. Bukan itu sahaja, wang yang telah disimpan tersebut juga dapat digunakan utnuk melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian yang lebih tinggi. Wang simpanan tersebut dapat dijadikan sebagai penyelamat kita. Bak kata pepatah, Sediakan Payung Sebelum Hujan.          Seterusnya, ibu bapa juga harus menggalakkan anak-anak mereka untuk membeli barangan yang hanya diperlukan sahaja. Ibu bapa harus memastikan anak-anak mereka untuk membeli barang-barang yang akan mendatangkan faedah kepada anak-anak mereka sendiri.Ibu bapa tidak harus membiarkan anak-anak mereka menyesal kerana membeli barangan yang berjenama tetapi tidak membawa sebarang kegunaan kepada diri mereka sendiri. Bak kata pepatah, Alah Membeli Menang Memakai. Ibu bapa perlulah menggalakkan anak-anak mereka supaya menyediakan perancangan perbelanjaan yang sistematik supaya wang tidak dibazirkan dengan sia-sia.