anemia.docx

Upload: cypruschristianuspotilu

Post on 02-Nov-2015

26 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

KandunganPengenalanPencarian literaturePenyataan masalahPenemuanPerbincanganInvestigasiGolongn berisko mndpt anemiSimptom anemia smasa hmilKlisifikasi anemia smsa kehamilanPendidikan kesihatanPenyelesaianRumusanRujukan

PENGENALANAnemia ketika mengandung terjadi apabila seseorang wanita itu mempunyi paras hemoglobin yang rendah semasa mengandung. Anemia berlaku apabila jumlah sel-sel darah merah di dalam daranh berkurangan dari biasa. Sebagai seorang wanita mengandung, adalah penting untuk mendapatkan ujian darah bagi menentukan paras hemoglobin semasa lawatan pertama pemeriksan kandungan (lawatan antenatal). Walaupun tidak mengalami masalah pada lawatan pertama, seseorang itu msih berpotensi untuk mengalami keadaan ini dalam tempoh kehamilan tersebut. Kebanyakan Anemia yang berlaku semasa mengandung adalah berkaitan dengan kekurangan ferum dan juga asid folik.Dalam kebanyakan kes, perkara-perkara berikut boleh menyebabkan masalah Anemia: Kurang pengambilan ferum dan asid folik di dalam diet harian. Mengalami kehilangan darah yang berpunca dari pendarahan gastrousus,Buasir, ataupun darah haid yang terlalu banyak. Proses pencernaan mungkin mengalami sedikit perubahan semasa hamil di mana ini akan menyebabkan berlakunya anemia. Walaupun jumlah pengambilan ferum dan juga asid folik mencukupi. Ini kerana sebahagian daripada ferum dan juga asid folik itu diagihkan kepada janin dalam kandungan. Talasemia sejenis penyakit darah keturunan yang banyak berlaku di kawasan asia, Mediterranean dan juga afrika.

PENCARIAN LITERATUREMenurut definisi World Health Organization(WHO), Anemia semasa mengandung ialah keadaan di mana bacaan kandungan hemoglobin kurang daripada 11g/dL, manakala anemia kekurangan iron semasa mengandung ialah satu keadaan di mana bacaan hemoglobin kurang daripada 11g/dL semasa mengandung yang disebabkan oleh kekurangan bekalan iron (artikel Brandy PG Iron Deficiency Anemia).Menurut takrifan WHO terhadap anemia semasa mengandung, hampir 50% daripada wanita yang mengandung akan menghidapi anemia sekiranya mereka tidak mengambil ubat hematinik (Oxford Handbook of Clinical Specialties).Kajian menunjukkn bagi wanita mengandung yang mempunyai masalah anemia kekurangan iron, pengambilan iron tambahan dalam seharian boleh mengelakkan daripada melahirkan bayi yang tidak cukup berat. Pengambilan iron tmbahan boleh juga mengurangkan kadar bayi dilahirkan sebelum tempoh matang iaitu Pretern Labour (artikel Impact of Anemia Prophylaxis in Pregnancy on Maternal and Fetus/Medline).Menurut buku (Oxford Handbook of Clinical Specialities) bahagian obstetrics, seorang wanita yang mengandung akan mula menglami keadaan anemia bermula mminggu ke 20 dia mengandung.Anemia semasa mengandung ialah seorang wanita yang mempunyai kandungan hemoglobin yang rendah semasa mengandung (Ismail Taqib dalam artikel Anemia semasa mengandung).

PENYATA MASALAHWanita hamil cenderung menghadapi masalah anemia iaitu kurang jumlah pigmen haemoglobin yang membawa oksigen dalam darah. Apabila darah kekurangan sel darah merah untuk mengankut bekalan oksigen ke tisu seluruh badan, ia boleh membahayakan ibu dan bayi yang dikandung.Semasa hamil, tubuh menghasilkan lebih banyak darah untuk menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan. Jika berlaku kekurangan zat besi atau sesetengah nutrient, penghasilan darah tambahan dalam tubuh wanita hamil akan terjejas. Kekurangan zat besi yang kronik dan tidak dirawat semasa kehamilan boleh meningkatkan risiko kepada ibu dan bayi.Ibu hamil yang menghadapi anemia berisiko mendapat tekanan darah yang tinggi atau pre-eklampsia yang boleh mendatangkan komplikasi buruk jika tidak dirawat. Selain itu, ibu hamil berkemungkinan mengalami keguguran, kelahiran pra-matang, melahirkan anak yang tidak cukup berat badan, kematian janin dalam kandungan, laktasi berkurangan dan koma atau meninggal dunia untuk kes yang sangat kronik.Bagi bayi, berat lahir yang kurang iaitu kurang daripada 2.5 kg, lemas semasa lahir, pertumbuhan terbantut dan lahir tidak cukup bulan.

PENEMUANPada tarikh 5 ogos 2014, saya dan rakan sekumpulan saya sedang bertugas di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, Lahad Datu. Kumpulan kami terdiri daripada 15 orang pelatih penolong pegawai perubatan. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk masuk ke setiap bilik pemeriksaan ibu dan anak(MCH). Pada hari tersebut, sy mengambil satu kes antenatal yang dipantau oleh staf nurse di bilik tersebut. Sy membuat pemeriksaan antenatal yang melakukan pemeriksaan kandungan iaitu memeriksa denyutan jantung janin(fetalskop), memberi pendidikan kesihatan mengenai cara pemakanan ibu yng betul semasa hamil, memberi ubat hematinik, pendaftaran pra-natal serta memberikan pendidikan kesihatan perancang keluarga.Seorang wanita hamil berketurunan suluk berasal dari Kampung Bakau Lama, Lahad Datu berusia 21 tahun didapati menghidapi Iron Deficiency Anaemia selepas menjalani ujian FBC dan ujian Serum Feritinin.Ibu ini mengandung kandungan yang pertama dengan bacaan haemoglobin 8.2g/dl dan bacaan tekanan darah ialah 110/90 mmHg.

PERBINCANGANAnemia pada ibu hamil dapat dipastikan jika tahap hemoglobin ibu hamil adalah kurang daripada 11.0 g/dl. Ujian darah yang perlu dijalani di Klinik Antenatal dapat menguji samada hemoglobin berada pada tahap memuaskan atau tidak.Tahap keterukan anemia:Paras hemoglobin (g/dl)Tahap keterukan