tataetika dan tatakelakuan perniagaan...dan mematuhi obligasi dan standard yang ditetapkan dalam...

50
Tataetika dan Tatakelakuan Perniagaan

Upload: others

Post on 21-Jan-2020

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Tataetika dan Tatakelakuan Perniagaan

Isi Kandungan

PENGENALAN 6

I Program Pematuhan Fresenius Medical Care 8

II Kebolehgunaan Tataetika dan Tatakelakuan Perniagaan 9

III Jangkaan Kita dan Tanggungjawab Anda 10

IV Dokumen Pematuhan 13

V Mengekalkan Pematuhan 16

1 Latihan 16

2 Sokongan 16

3 Pemantauan, Pengauditan dan Penyiasatan 17

4 Talian Tindakan Pematuhan 17

VI Jangkaan Pematuhan/Akibat Ketidakpatuhan 18

PRINSIP TATAETIKA DAN TATAKELAKUAN PERNIAGAAN KITA 19

VII Perniagaan Kita 20

1 Penjagaan Pesakit 20

2 Kualiti dan Inovasi 22

VIII Integriti Korporat 24

1 Anti-rasuah 24

2 Pencegahan Pengubahan Wang Haram 28

3 Undang-Undang Embargo dan Sekatan Perdagangan 28

4 Persaingan Adil 29

5 Pelanggan, Pengiklanan dan Promosi 30

6 Ketepatan Kira-Kira dan Rekod 32

7 Amalan Pengebilan 33

8 Respons Wajar kepada Permintaan Maklumat 33

9 Komunikasi Dengan Media 34

10 Privasi Data 34

11 Aktiviti Politik 34

IX Integriti Peribadi 36

1 Konflik Kepentingan 36

2 Penggunaan Peluang Korporat untuk Keuntungan Sendiri 37

3 Perdagangan Orang Dalam 37

X Pekerjaan 39

1 Perlindungan Pekerja 39

2 Dasar Tiada Serang Balas 39

3 Alam Sekitar, Kesihatan dan Keselamatan 39

4 Tiada Diskriminasi 40

5 Alkohol dan Ubat-Ubatan Haram 4 1

6 Lesen, Pensijilan dan Permit Lain 4 1

XI Aset Fresenius Medical Care 42

1 Perlindungan dan Penggunaan Wajar Harta dan Aset Fresenius Medical Care 42

2 Kerahsiaan, Maklumat Proprietari dan Keselamatan IT 43

3 Media Sosial 44

4 Harta Intelek 45

Maklumat Penghubungan 47

Global Core Values - Background

• We have been growing rapidly for more than 20 years, in different countries and cultures as well as in differentbusiness areas and are now more global than ever. What unites us is our common vision and purpose: To createa future worth living. For patients. Worldwide. Every day.

• In 2017 our Management Board received feedback from business leaders in our regions and business functionsthat one set of global values is critical to achieve this vision and to work together successfully. Building on thedifferent value sets in the organization we have now defined a harmonized set of Global Core Values.

• The aim of these Global Core Values is to inspire, connect and unite us, and to encourage us to think and actas one company. Being collaborative, proactive, reliable and excellent globally will enhance our ability tocontinue to grow and develop our products and services, to have a unique impact on the health and well-being ofpatients and to lead Fresenius Medical Care into a successful future.

Our Global Core Values have been developed based on our existing Values and translate our vision in our dailywork. Our Global Core Values reflect our corporate culture and how we do things. They are part of our Code ofEthics and Business Conduct and guide our policies as well as our business activities.

… means that we know how to work together

for our shared purpose

and to achieve our goals as one company

… means that we are good at taking the

initiative to make an

impact with our work

… means that we are a trusted companion to our patients, partners

and colleagues

… means that we continuously drive

quality and progress to

lead the business into a successful future

Honesty and Integrity

Innovation and Improvement

Respect and Dignity

Quality

Collaborative Proactive Reliable Excellent

Global Core Values - Values Mapping

Pengenalan 6

DR. KATARZYNA MAZUR­HOFSÄSS

WILLIAM VALLE RICE POWELL

DR. OLAF SCHERMEIER

MICHAEL BROSNAN

KENT WANZEK

HARRY DE WIT

PESANAN DARIPADA PENGURUSAN FRESENIUS MEDICAL CARE

Setiap hari, kita di Fresenius Medical Care berusaha

keras untuk memperbaiki kehidupan pesakit kita di

seluruh dunia melalui produk dan perkhidmatan yang

unggul. Pesakit, pelanggan, pembayar, pelabur dan

pengawal selia kita menjangkakan perniagaan ini

dijalankan dengan integriti dan mematuhi undang-

undang yang berkaitan, dan kejayaan berterusan dan

reputasi kita bergantung kepada komitmen kita untuk

bertindak sewajarnya.

Perniagaan kita sangat dikawal selia, dan tertakluk

kepada beberapa undang-undang, aturan dan peraturan

yang kompleks. Kita komited untuk memperluaskan

perniagaan dengan mematuhi undang-undang yang

berkaitan, dan kita menjangkakan anda turut mengikuti

Tataetika dan Tatakelakuan Perniagaan serta semua

garis panduan tambahan dan dasar Fresenius Medical

Care. Kegagalan berbuat demikian boleh mendedahkan

Fresenius Medical Care, dan juga individu yang terlibat,

kepada denda, kehilangan lesen atau sekatan lain yang

serius. Kita mesti memandang serius isu pematuhan,

dan kita mesti berbuat demikian sebagai satu pasukan

dan bersetuju untuk mematuhi set prinsip yang sama.

Syarikat kita tidak bertolak ansur dengan diskriminasi,

gangguan, atau serang balas. Kita berusaha untuk

menyediakan tempat kerja yang selamat, sihat dan

produktif bagi pekerja dan rakan perniagaan kita yang

membantu dalam operasi perniagaan kita.

Prinsip-prinsip ini terangkum dalam Tataetika dan

Tatakelakuan Perniagaan Fresenius Medical Care

(“Tatakelakuan”) dan garis panduan dan dasar Fresenius

Medical Care tambahan. Anda dijangka untuk memahami

dan mematuhi obligasi dan standard yang ditetapkan

dalam Tatakelakuan ini, dan semua garis panduan

dan dasar Fresenius Medical Care. Pelbagai sumber

latihan, dalam kedua-dua peringkat unit korporat dan

perniagaan, disediakan untuk membantu dalam usaha

ini.

Pematuhan dengan undang-undang dan garis panduan

dan dasar Fresenius Medical Care mesti membimbing

semua aspek perniagaan kita. Kejayaan jangka panjang

kita bergantung kepada bagaimana kita mencapai

matlamat ini. Jika kita bekerja bersama-sama sebagai

satu pasukan dan menyokong satu sama lain dalam

usaha ini, kita boleh menetapkan standard dalam

industri untuk kualiti perubatan, pematuhan peraturan,

dan prestasi perniagaan.

PERNYATAAN MISI KITA

Fresenius Medical Care mencapai standard yang

optimum dalam penjagaan pesakit melalui komitmen

kita untuk membangunkan produk dan terapi inovatif.

Kedudukan unik Fresenius Medical Care ini berasaskan

atas pengalaman profesional dan inovasi berterusan

yang luas. Oleh sebab itu, fokus usaha penyelidikan dan

pembangunan kita adalah untuk mengekalkan kelebihan

teknologi dan klinikal yang diperlukan untuk mencipta

produk inovatif dan terapi yang lebih baik. Kakitangan

kita bersatu dalam komitmen untuk menyediakan

produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi dan

membawa perubatan dan amalan profesional mampan

yang optimum untuk penjagaan pesakit. Kita komited

untuk memastikan ada kejujuran, integriti, hormat dan

maruah dalam hubungan kerja dan perniagaan dengan

pekerja dan rakan kongsi perniagaan kita.

WAWASAN

Fokus utama kita adalah untuk mencipta masa depan

kehidupan yang bernilai untuk pesakit dialisis di

seluruh dunia setiap hari. Pesakit dengan penyakit

buah pinggang kini boleh melihat ke hadapan dengan

penuh yakin, disebabkan oleh teknologi inovatif dan

konsep rawatan kita. Kita memberikan mereka masa

depan yang mempunyai kualiti hidup yang terbaik.

Kita menggunakan permintaan untuk kaedah dialisis

moden yang semakin meningkat sebagai kelebihan

kita dan bekerja secara konsisten untuk meningkatkan

pertumbuhan Fresenius Medical Care. Bersama

semua kakitangan, kita memberikan tumpuan untuk

melaksanakan strategi yang akan membolehkan kita

mendukung kepimpinan teknologi kita. Sebagai syarikat

bersepadu dari segi sudut tegak, kita menawarkan

produk dan perkhidmatan untuk keseluruhan rantaian

nilai dialisis. Standard perubatan tertinggi ialah tanda

aras kita. Ini adalah komitmen kita kepada pesakit, rakan

kongsi dalam sistem penjagaan kesihatan dan pelabur

kita, yang percaya pada prestasi dipercayai dan masa

depan Fresenius Medical Care.

Nilai Teras Kita

Kualiti, Kejujuran dan Integriti

Inovasi dan Penambahbaikan

Hormat dan Maruah

7

Fresenius Medical Care (atau “Syarikat”) telah

menubuhkan program pematuhan untuk membantu

anda dalam memahami dan memenuhi kewajipan

undang-undang, etika dan kewajipan kawal selia anda.

Pematuhan ialah tanggungjawab semua, dan pekerjaan

anda yang berterusan atau penglibatan dengan

Fresenius Medical Care bergantung kepada pematuhan

anda kepada prinsip Tatakelakuan ini dan garis panduan

dan dasar Fresenius Medical Care yang berkaitan.

Berikut adalah beberapa sumber dalam Fresenius

Medical Care dan program pematuhan yang tersedia

untuk anda:

i garis panduan dan dasar yang berkaitan dengan

tatakelakuan perniagaan yang sepatutnya;

ii latihan pematuhan;

iii peluang untuk membangkitkan isu-isu pematuhan

secara sulit; dan

iv audit untuk memantau pematuhan kepada standard

undang-undang dan Syarikat.

I. Program Pematuhan Fresenius Medical Care

8

Tataetika dan Tatakelakuan Perniagaan Fresenius

Medical Care (“Tatakelakuan”) terpakai di peringkat

global bagi setiap pegawai, pengarah, pekerja, pekerja

kontrak dan ejen Fresenius Medical Care dan sekutu

majoriti dimiliki atau dikawal secara langsung dan tidak

langsung, yang beroperasi di mana-mana sahaja di

dunia. Tatakelakuan ini bukan kontrak pekerjaan.

Tatakelakuan ini tidak meliputi semua keadaan atau

semua undang-undang dan peraturan tempatan yang

berkenaan. Jika undang-undang tempatan bercanggah

dengan Tatakelakuan kita, kita akan mengikut undang-

undang tempatan. Dalam semua keadaan lain,

Tatakelakuan ini terpakai kepada aktiviti perniagaan

anda. Jika, sebagai contoh, adat tempatan membolehkan

sesuatu yang dilarang oleh Tatakelakuan ini, anda mesti

mengikut Tatakelakuan dan tidak terlibat dalam aktiviti

ini. Jika terdapat keraguan, minta bantuan.

II. Kebolehgunaan Tataetika dan Tatakelakuan Perniagaan

9

III. Jangkaan Kita dan Tanggungjawab Anda

10

ANDA BERTANGGUNGJAWAB UNTUK:

i bertindak dengan penuh integriti dan melindungi

reputasi kita;

ii baca, faham dan bertindak mengikut Tatakelakuan,

garis panduan dan dasar Fresenius Medical Care,

dan semua undang-undang dan kewajipan kawal

selia yang berkenaan dengan tugas anda; ambil

langkah-langkah untuk mencegah pelanggaran,

dan selesaikan sebarang keraguan yang anda ada

berkaitan amalan perniagaan dengan menggunakan

sumber yang dinyatakan dalam Tatakelakuan ini;

iii melaporkan sebarang pelanggaran undang-undang

atau garis panduan, dasar dan Tatakelakuan

Fresenius Medical Care yang sebenar atau yang

disyaki. Dalam kebanyakan kes, ia adalah idea yang

baik untuk bermula dengan penyelia anda, tetapi

anda juga boleh menghubungi Pegawai Pematuhan

Tempatan atau Wilayah anda, atau Jabatan

Pematuhan Korporat; laporan boleh dilakukan tanpa

nama melalui Talian Tindakan Pematuhan anda jika

perlu atau dikehendaki, walaupun anda digalakkan

untuk mengenal pasti diri anda untuk memudahkan

komunikasi; dan

iv bekerjasama dengan siasatan dan prosedur

pengauditan/pemantauan yang mengukur

pematuhan Fresenius Medical Care dengan garis

panduan, dasar dan Tatakelakuan ini, dan mematuhi

sebarang langkah pembetulan dilaksanakan selepas

itu.

11

SEBAGAI PENGURUS ATAU PENYELIA, ANDA JUGA BERTANGGUNGJAWAB UNTUK:

i mewujudkan budaya pematuhan di tempat kerja

kita, dan menjadi contoh dengan bertindak dengan

standard etika yang tinggi;

ii melaksanakan dan mengesahkan bahawa orang

yang melaporkan kepada anda memahami dan

menggunakan standard yang digariskan dalam

Tatakelakuan ini;

iii menetapkan matlamat prestasi dan jangkaan

konsisten dengan Tatakelakuan ini, garis panduan

dan dasar Fresenius Medical Care, dan juga

kewajipan kawal selia;

iv menyediakan tindakan pembetulan yang sewajarnya

apabila Tatakelakuan atau garis panduan atau dasar

Fresenius Medical Care ini tidak diikuti;

v memupuk persekitaran untuk bertanyakan soalan,

dan menangani isu pematuhan yang datang kepada

perhatian anda, termasuk dengan mengikuti

kewajipan melapor yang dinyatakan di atas; dan

vi memastikan tindakan balas tidak diterima terhadap

mana-mana orang yang membuat laporan dengan

niat baik, pelanggaran yang disyaki terhadap

undang-undang, Tatakelakuan atau garis panduan

atau dasar Fresenius Medical Care.

13

Dokumen pematuhan menyediakan anda dengan

maklumat yang anda perlukan untuk melaksanakan

tugas anda dengan cara yang sah dan beretika.

Dokumen Pematuhan kita terdiri daripada yang berikut:

i Tataetika dan Tatakelakuan Perniagaan

Tatakelakuan ini mengandungi konsep dan standard

pematuhan umum dan memberikan garis panduan

yang luas bagi tingkah laku yang boleh diterima.

ii Garis Panduan dan Dasar

Fresenius Medical Care telah menyediakan garis

panduan dan dasar untuk menyediakan hala tuju

tertentu dalam bagaimana untuk menyelaraskan

kerja anda dengan prinsip umum yang diterangkan

dalam Tatakelakuan ini. Garis Panduan dan dasar

ini direka untuk operasi tertentu bagi setiap negara

dan mengikut undang-undang negara anda.

IV. Dokumen Pematuhan

Fresenius Medical Care menjangkakan perbincangan

terbuka mengenai isu-isu pematuhan. Selalunya,

bertanya soalan ialah cara terbaik untuk menentukan

sama ada sesuatu tindakan adalah betul dan untuk

memastikan pematuhan undang-undang atau garis

panduan dan dasar Fresenius Medical Care.

Jika anda tidak pasti sama ada tindakan yang

dicadangkan adalah sesuai, berhenti sehingga anda

bertanya dan mengesahkan anda boleh meneruskannya.

Bagi menghentikan salah laku secara kekal dan seluruh

syarikat, anda perlu melaporkan sebarang aktiviti yang

anda fikir menyalahi undang-undang atau tidak selaras

dengan garis panduan atau dasar Fresenius Medical

Care, menggunakan proses yang digariskan dalam

Tatakelakuan ini.

Apabila anda ragu-ragu tentang apa yang perlu

dilakukan, atau sama ada tindakan itu sesuai, ikut proses

berikut:

i MENGKAJI SEMULA DOKUMEN PEMATUHAN –

Tatakelakuan dan garis panduan dan dasar

Fresenius Medical Care

ii BERTANYA – Penyelia terdekat anda atau

pengurus lain.

iii HUBUNGI – Pegawai Pematuhan Tempatan atau

Wilayah, atau Jabatan Pematuhan Korporat.

iv TELEFON – Talian Tindakan Pematuhan anda jika

anda tidak selesa menggunakan mana-mana sumber

di atas, atau lebih suka menjadi tanpa nama.

Dalam membuat keputusan perniagaan, pertimbangkan:

i Adakah kelakuan yang menggalakkan standard

yang tinggi dari segi integriti perniagaan atau

adakah saya ragu-ragu yang kelakuan itu mungkin

dibenarkan?

ii Adakah kelakuan konsisten dengan Tatakelakuan

ini dan garis panduan dan dasar Fresenius Medical

Care yang berkaitan?

iii Adakah kelakuan ini membantu atau menjejaskan

reputasi global Fresenius Medical Care?

Tanyakan Soalan, Menyuarakan Kebimbangan dan Melaporkan Ketidaksopanan

Bagaimana Menggunakan Sumber Pematuhan

EMPAT UNSUR TERAS PROGRAM PEMATUHAN KITA MEMBANTU KITA UNTUK KEKAL DALAM PEMATUHAN:

1 LATIHAN

Fresenius Medical Care menyediakan pelbagai latihan

untuk membantu anda melakukan kerja anda dengan

betul. Latihan umum kita diperlukan untuk semua

pekerja dan meliputi elemen utama Program Pematuhan

Fresenius Medical Care. Latihan ini membincangkan

Tatakelakuan ini dan memberi anda maklumat tentang

undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan

perniagaan kita dan negara anda.

Pelbagai fungsi dalam Fresenius Medical Care (seperti

jualan dan pemasaran, bil dan pembayaran balik,

dan lain-lain) memerlukan latihan khusus tambahan.

Anda akan dimaklumkan jika kedudukan kerja anda

memerlukan latihan tambahan ini.

2 SOKONGAN

Jabatan Pematuhan memberikan sokongan kepada

semua jabatan Fresenius Medical Care. Anda perlu

menggunakan sumber ini. Sekiranya anda menghadapi

situasi yang boleh menimbulkan kebimbangan

pematuhan, kami menggalakkan anda untuk

menghubungi Jabatan Pematuhan.

V. Mengekalkan Pematuhan16

17

3 PEMANTAUAN, PENGAUDITAN DAN PENYIASATAN

Fresenius Medical Care memantau dan mengaudit

aktiviti perniagaan untuk mengesahkan kita

mematuhi undang-undang dan garis panduan dan

dasar Syarikat. Apabila pelanggaran pematuhan

yang berpotensi dibawa kepada perhatian kita, kita

akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk

menyiasat semua laporan itu, dan untuk memastikan

perniagaan ini dijalankan dengan mematuhi semua

undang-undang.

Kita berterusan menambahbaik usaha pematuhan

kita. Jika kejadian pematuhan berlaku walaupun

dengan segala usaha kita, kita menilai semula dasar

atau latihan kita sebagai akibat daripada semua

aktiviti ini dan membuat perubahan yang diperlukan.

4 TALIAN TINDAKAN PEMATUHAN

Anda mempunyai beberapa pilihan yang tersedia untuk

melaporkan salah laku yang sebenar atau yang disyaki,

yang memenuhi kewajipan anda di bawah Tatakelakuan

ini untuk melaporkan pelanggaran pematuhan yang

kepada Fresenius Medical Care:

i hubungi penyelia anda, Pegawai Pematuhan

Tempatan atau Wilayah, atau Jabatan Pematuhan

Korporat;

ii Jika fungsi pematuhan ini tidak menyelesaikan isu

anda, atau jika anda tidak selesa membincangkan

isu pematuhan anda dengan penyelia atau wakil

Jabatan Pematuhan anda, anda boleh menghubungi

Talian Tindakan Pematuhan anda secara terbuka

atau tanpa nama. Maklumat hubungan boleh

didapati daripada Intranet Syarikat dan akan

diedarkan menggunakan cara lain yang sesuai.

Anda dijangka untuk mengikuti Tatakelakuan dan garis

panduan dan dasar Fresenius Medical Care. Pematuhan

anda dengan Tatakelakuan ini dan garis panduan

dan dasar yang berkenaan dengan kerja anda akan

dipertimbangkan dalam penilaian prestasi anda atau

kenaikan pangkat.

Jika anda melanggar undang-undang, Tatakelakuan

ini, atau garis panduan atau dasar Fresenius Medical

Care, anda akan dikenakan tindakan tatatertib atau

pembetulan atau tindakan undang-undang lain.

Tindakan tatatertib atau pembetulan boleh termasuk

kaunseling lisan, penamatan atau tindakan lain yang

sesuai.

VI. Jangkaan Pematuhan/Akibat Ketidakpatuhan

18

19Prinsip Tataetika dan Tatakelakuan Perniagaan kita

Kejayaan kita bergantung kepada hubungan yang wajar

dengan pesakit, pakar perubatan, pekerja, pengawal

selia, kerajaan dan pembayar swasta dan juga pelanggan

serta pembekal kita. Fresenius Medical Care komited

untuk menyediakan penjagaan klinikal mampan optimum

untuk semua pesakit kita (lihat no 1. di bawah) dan

kepada pengeluaran produk yang menepati standard

kawal selia (lihat no 2. di bawah).

1 PENJAGAAN PESAKIT

A. PRINSIP UMUM

Penjagaan klinikal mestilah selaras dengan dasar

Fresenius dan arahan pakar perubatan. Apabila

berurusan dengan pesakit, kita menjangkakan anda

untuk

i bertindak secara beretika, adil, beradab, cekap dan

tepat pada masanya;

ii hanya membuat kenyataan mengenai perkhidmatan

kita yang anda tahu memang betul atau mempunyai

maklumat yang mencukupi untuk menyokong;

iii dengan jujur menyatakan sifat dan kualiti

perkhidmatan kita, harga, semua syarat kontrak kita

dan maklumat lain;

iv merawat semua pesakit dengan bermaruah dan

hormat;

v melibatkan pesakit dan keluarga dalam

perancangan rawatan apabila diperlukan;

vi menjawab soalan daripada pesakit dan keluarga

dengan tepat;

VII. Perniagaan Kita20

21

vii memberitahu ahli kakitangan pengurusan

kemudahan jika anda tidak dapat menjawab mana-

mana soalan pesakit atau keluarga yang berkaitan

dengan penjagaan pesakit;

viii bertindak balas dan cuba untuk menyelesaikan

semua kebimbangan dan aduan dengan segera dan

teliti; dan

ix bekerjasama dengan pakar perubatan untuk

memastikan pesakit dimaklumkan tentang pilihan

rawatan yang ada.

B. MAKLUMAT PERUBATAN PESAKIT

Sebagai syarikat penjagaan kesihatan, maklumat pesakit

wujud di seluruh organisasi kami. Merekod, mengurus

dan menghantar maklumat perubatan tertentu pesakit

perlu dilakukan mengikut peraturan perlindungan

data/peraturan privasi yang betul, memberi perhatian

khusus kepada peraturan tempatan mengenai perolehan

kebenaran pesakit untuk berkongsi maklumat perubatan

pesakit. Melindungi kerahsiaan maklumat perubatan

khusus pesakit adalah kewajipan penting kepada semua

pengamal perubatan.

Jangan sesekali mendedahkan maklumat khusus pesakit

kepada mana-mana orang yang tidak dibenarkan, di

dalam atau di luar Fresenius Medical Care, yang tidak

mempunyai hak undang-undang untuk maklumat ini.

Penjagaan perlu diambil mengenai prinsip ini apabila

maklumat perubatan khusus pesakit dihantar secara

elektronik.

C. JANGAN SESEKALI MEMPENGARUHI PESAKIT

SECARA TIDAK WAJAR

Anda TIDAK BOLEH menawarkan “insentif” tidak

wajar atau faedah lain untuk mendorong pesakit untuk

memilih klinik atau produk Fresenius Medical Care

berbanding klinik atau produk pesaing. “Insentif” tidak

wajar boleh termasuk:

i pembayaran balik kos pengangkutan;

ii pengecualian rutin bagi insurans bersama dan

pemotongan, tanpa penentuan kemiskinan individu;

iii diskaun ke atas produk-produk lain;

iv faedah yang mempunyai nilai sama; atau

v hadiah atau dorongan lain yang tidak wajar yang

boleh mempengaruhi keputusan pesakit untuk

memilih salah satu klinik atau produk kita.

D. MENGHORMATI HUBUNGAN PAKAR PERUBATAN-

PESAKIT

Kita MESTI menghormati integriti hubungan pakar

perubatan-pesakit. Elakkan gangguan yang tidak sesuai

dengan amalan pakar perubatan, termasuk dengan

menyediakan manfaat atau dorongan yang tidak wajar.

2 KUALITI DAN INOVASI

Kualiti dan keselamatan produk dan perkhidmatan kita

ialah asas perniagaan kita. Undang-undang berkanun

dan juga peraturan keselamatan dan kualiti dalaman

mesti dipatuhi dengan tegas. Anda bertanggungjawab

untuk memastikan pematuhan dengan prinsip ini dalam

bidang tanggungjawab anda.

Keselamatan pesakit adalah prioriti. Menyediakan

produk dan perkhidmatan yang berkualiti kepada

pesakit kita adalah tanggungjawab semua dalam

Fresenius Medical Care. Satu bahagian penting

untuk meningkatkan kualiti dan perkhidmatan ialah

mengumpul dan mengkaji semula kejadian buruk dan

aduan produk. Fresenius Medical Care menggunakan

maklumat ini untuk menilai produk dan perkhidmatan

kita. Anda perlu memahami, membiasakan diri dengan,

dan mengikuti dasar Fresenius Medical Care mengenai

laporan kejadian buruk dan aduan produk.

VII. Perniagaan Kita22

1 ANTI-RASUAH

A. PEMATUHAN DENGAN UNDANG-UNDANG

ANTI-RASUAH

Sebagai syarikat global, kita mesti mematuhi undang-

undang anti-rasuah dalam pelbagai bidang kuasa,

termasuk Akta Amalan Rasuah Asing AS (“FCPA”),

Akta Rasuah UK, dan Kanun Jenayah Jerman, dan

undang-undang anti-rasuah setiap negara di mana kita

beroperasi.

Kita di Fresenius Medical Care tidak bertolak ansur

dengan sebarang bentuk rasuah, sama ada melibatkan

profesional penjagaan kesihatan, pegawai kerajaan atau

pihak swasta, atau sama ada transaksi itu melibatkan

pembelian atau penjualan barangan atau perkhidmatan

Fresenius Medical Care. Kita mengharapkan anda untuk

membuat keputusan perniagaan, dan menjalankan kerja

anda, berdasarkan harga, kualiti, dan perkhidmatan.

JANGAN menawarkan, menjanjikan, memberi kuasa

atau memberi sebarang benda nilai (termasuk sebarang

barangan, perkhidmatan, atau perkara lain, sama ada

dalam bentuk manfaat peribadi/pertolongan atau

sebaliknya) kepada sesiapa, secara langsung atau tidak

langsung melalui pihak ketiga, untuk mendapatkan

kelebihan yang tidak wajar atau mendapatkan atau

mengekalkan perniagaan. Begitu juga, JANGAN

meminta, bersetuju untuk menerima atau menerima

sesuatu yang bernilai secara peribadi atau untuk mana-

mana orang atau entiti lain, untuk menjamin kelebihan

yang tidak wajar atau mempengaruhi keputusan

perniagaan anda.

Perlu diingat persepsi rasuah sahaja boleh merosakkan

reputasi kita dan mencetuskan penelitian kerajaan, dan

dengan itu kita berusaha untuk mengelakkan walaupun

hanya sedikit penampakan perlakuan salah.

VIII. Integriti Korporat24

25

B. CONTOH KELAKUAN TERLARANG

Berikut adalah beberapa contoh kelakuan yang boleh

dianggap sebagai rasuah dan dengan itu dilarang sama

sekali.

JANGAN:

i memberi atau menerima apa sahaja yang bernilai

di mana sifat atau nilai kelebihan adalah tidak

munasabah dan sesuai dengankeadaan atau

kedudukan dan keadaan penerima. Ia secara

khususnya tidak sesuai untuk memberi atau

menerima kelebihan atau apa jua yang bernilai:

a. yang tidak mempunyai sebab perniagaan yang

jelas, atau jika sebab perniagaan itu tidak

setanding dengan aktiviti bukan perniagaan;

b. begitu kerap berlaku sehingga pemberian atau

penerimaan mungkin berpotensi dianggap

sebagai berlebihan; atau

c. dengan cara yang tidak telus, khususnya apabila

alamat peribadi, akaun bank, atau akaun e-mel

digunakan;

ii menggunakan pihak berkaitan (saudara atau

individu yang tinggal bersama penerima) untuk

memberi atau menerima apa jua yang bernilai;

iii memberi atau menerima apa jua yang bernilai

dengan tujuan dan harapan menerima atau

memberi sesuatu sebagai balasan;

iv memberi atau menerima apa jua yang bernilai yang

boleh menghadkan atau mempengaruhi penerima

atau objektiviti atau budi bicara anda, atau

mempengaruhi proses membuat keputusan majikan

penerima (termasuk agensi kerajaan, hospital atau

kementerian) atau Fresenius Medical Care; atau

v memberikan sesuatu yang bernilai yang tidak

direkodkan dengan tepat dalam buku dan rekod

Fresenius Medical Care.

C. FRESENIUS MEDICAL CARE BERBISNES SECARA

TELUS

Rasuah sering berlaku secara rahsia. Orang yang terlibat

dalam aktiviti rasuah mungkin cuba menyamarkan

tindakan dan bertindak secara rahsia untuk

menyembunyikan salah laku mereka. Langkah berkesan

untuk mencegah rasuah dan mengelak kemunculan

rasuah adalah dengan menjalankan perniagaaan secara

terbuka dan telus.

Salah satu elemen teras kelakuan perniagaan telus

adalah pendokumenan sempurna. Elakkan membuat

sebarang perjanjian tanpa pendokumenan bertulis

yang wajar. Pendokumenan bertulis adalah penting

khususnya dalam berhubung dengan pegawai kerajaan

dan profesional penjagaan kesihatan yang memegang

jawatan yang membolehkan mereka membuat atau

mempengaruhi keputusan perniagaan yang menjejaskan

Fresenius Medical Care. Jika individu-individu ini

memberikan perkhidmatan untuk Fresenius Medical Care,

maka keperluan perniagaan sah untuk perkhidmatan itu,

sebab profesional penjagaan kesihatan atau pegawai

kerajaan dipilih, dan perkhidmatan yang dijalankan,

mesti sentiasa direkodkan secara komprehensif dalam

bentuk bertulis.

Amalan rasuah mungkin disamarkan dengan memampas

rakan perniagaan secara berlebihan. Contohnya, pihak

pengedar mungkin menerima jumlah komisen yang

tidak munasabah, atau penceramah persidangan atau

jururunding menerima pampasan berlebihan untuk

perkhidmatan mereka. Kami menjangkakan anda untuk

mengelak daripada memasuki sebarang perjanjian

bagi pihak Fresenius Medical Care jika anda ragu-ragu

sama ada pampasan untuk rakan perniagaan itu adalah

munasabah secara komersil. Sebarang pampasan yang

kita berikan kepada mana-mana rakan perniagaan kita

mesti mencerminkan nilai pasaran adil.

VIII. Integriti Korporat26

27

D. MENYOKONG PENYELIDIKAN DAN

PEMBANGUNAN, PERSIDANGAN SAINTIFIK DAN

PENDIDIKAN

Fresenius Medical Care berkepentingan untuk

menyokong:

i penyelidikan dan pembangunan produk

farmaseutikal, peralatan perubatan, dan

penambahbaikan rawatan yang berkepentingan sah

kepada Fresenius Medical Care;

ii penyertaan pakar perubatan, jururawat, pelanggan

dan kakitangan mereka dalam acara Fresenius

Medical Care atau pihak ketiga yang mempromosi

ilmu saintifik, kemajuan perubatan atau

perlaksanaan penjagaan kesihatan berkesan; dan

iii acara latihan dan pendidikan lanjutan yang

dihoskan atau dianjurkan oleh Fresenius Medical

Care, institusi perubatan atau para penganjur lain,

seperti persatuan atau organisasi pesakit atau

majikan mereka yang mempromosi ilmu saintifik,

kemajuan perubatan atau perlaksanaan penjagaan

kesihatan berkesan.

Walaupun aktiviti sebegini dilakukan untuk tujuan

penting, aktiviti tidak wajar berkaitan penyelidikan dan

pembangunan, persidangan saintifik dan pendidikan

boleh menyebabkan akibat teruk kepada sesiapa yang

terlibat, di samping menjejaskan Fresenius Medical Care

sebagai syarikat. Jika anda ada sebarang keraguan,

hubungi sumber Pematuhan anda.

E. DERMA DAN SUMBANGAN

Kita di Fresenius Medical Care komited menjadi

warga korporat baik dan menyokong penggunaan

sumber kita untuk memajukan penjagaan kesihatan

dan tujuan kebajikan mulia. Kita menderma untuk

kebajikan bertujuan mulia, terutamanya yang

bertujuan memanfaatkan pesakit renal. Kita juga boleh

menyumbang kepada badan kebajikan atau organisasi

sivik yang menyediakan perkhidmatan dalam komuniti

tempat Fresenius Medical Care menjalankan perniagaan.

Kita tidak menderma atau menyumbang untuk

mendapatkan atau mengekalkan perniagaan, atau untuk

memastikan kelebihan yang tidak wajar.

Derma dan sumbangan sentiasa memerlukan kelulusan

awal. Semua derma dan sumbangan mesti dibuat secara

telus. Setiap negara ada proses menyemak semula

semua cadangan derma. Sebagai tambahan, timbulkan

soalan tentang sebarang potensi isu konflik kepentingan

atau pematuhan yang mungkin timbul daripada derma

kebajikan.

2 PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM

Pengubahan wang haram umumnya ditakrifkan sebagai

penglibatan dalam transaksi harta yang diperoleh

melalui aktiviti jenayah, menstruktur transaksi untuk

mengelak pengesanan tingkah laku jenayah atau

penglibatan dalam transaksi yang menjurus daripada

tindakan jenayah.

Fresenius Medical Care komited untuk mematuhi semua

undang-undang, peraturan dan kaedah berkaitan

pengubahan wang haram. Kita mengambil pelbagai

langkah yang perlu untuk menjalankan perniagaan

dengan rakan perniagaan bereputasi baik yang terlibat

dalam aktiviti perniagaan yang sah dengan dana yang

didapati daripada sumber yang sah.

3 UNDANG-UNDANG EMBARGO DAN SEKATAN PERDAGANGAN

Undang-undang dan kaedah embargo perdagangan

umumnya melarang syarikat yang bertempat dalam

negara tertentu daripada melakukan perniagaan dalam

negara khusus yang lain. Sebaliknya, kadangkala

sesebuah negara mengharamkan syarikat yang

beroperasi dalam bidang kuasa mereka untuk

memperakui sekatan yang diletakkan oleh negara lain.

Operasi antarabangsa Fresenius Medical Care boleh

menimbulkan isu di bawah sekatan perdagangan dan

undang-undang embargo perdagangan berkaitan.

Fresenius Medical Care memantau semua embargo

dan sekatan ini dan melaksanakan kawalan untuk

memastikan kita mengikutinya. Sila rujuk kepada

Jabatan Perundangan tentang sebarang soalan tentang

kebolehgunaan embargo atau sekatan.

VIII. Integriti Korporat28

29

4 PERSAINGAN ADIL

Fresenius Medical Care menyediakan produk dan

perkhidmatan inovatif pada harga berpatutan. Kita tidak

menyertai atau bertolak ansur terhadap tingkah laku

anti-persaingan. Anda tidak dibenarkan mencari kelebihan

saingan untuk Fresenius Medical Care menerusi penipuan,

penyembunyian, salah nyata fakta yang penting atau

secara haram. Fresenius Medical Care tidak membiarkan

berlaku kecurian rahsia perdagangan dan maklumat

bukan umum. Anda MESTI mengelakkan penggunaan

tanpa kebenaran sebarang maklumat yang dipatenkan,

mempunyai hak cipta, terlindung atau sulit.

Undang-undang antitrust dan undang-undang lain yang

mentadbir urus persaingan berusaha untuk melindungi

persaingan dengan melarang keras tingkah laku yang

menyebabkan penurunan kadar persaingan atau

diskriminasi harga yang tidak wajar atau menghasilkan

daya buatan lain dalam pasaran. Undang-undang antitrust

dan undang-undang lain yang mentadbir urus persaingan

wujud di hampir kesemua negara dan diguna pakai kepada

semua perlakuan di semua peringkat dalam sesebuah

organisasi. Secara umumnya, undang-undang antitrust

dan undang-undang lain yang mentadbir urus persaingan

mensyaratkan syarikat untuk bersaing secara persendirian

dan bukan bergabung dengan syarikat lain dalam perjanjian

untuk menghadkan persaingan. Sebarang tindakan

bersepadu, perbincangan atau perjanjian tidak formal yang

bertujuan menghadkan persaingan atau mungkin memberi

kesan sedemikian, adalah dilarang sama sekali.

Tambahan lagi, syarikat yang mempunyai kedudukan

pasaran kukuh mungkin tertakluk kepada pengawasan

tambahan, terutamanya jika ia tidak menghadapi

persaingan sengit dalam pasaran tertentu. Kedudukan

pasaran yang kukuh dengan sendirinya bukan sesuatu

yang tidak wajar, tetapi kedudukan pasaran sebegitu tidak

boleh disalah guna untuk mengecualikan pesaing atau

mempergunakan pelanggan. Fresenius Medical Care tidak

mengambil kesempatan tidak wajar ke atas kedudukan

pasaran yang kukuh dalam sebarang pasaran.

Akibat perlanggaran semua undang-undang ini adalah

sangat buruk. Anda perlu lebih berhati-hati semasa di

mesyuarat persatuan dan pameran perdagangan untuk

mengelak daripada kelihatan berkelakuan antipersaingan.

Jika anda mendapati anda berada dalam perbincangan

yang diragui, suarakan kebimbangan anda, tamatkan

perbincangan itu dan maklumkan Jabatan Perundangan

dengan segera.

Sila rujuk Jabatan Perundangan untuk sebarang soalan

berkenaan kebolehgunaan undang-undang antitrust dan

persaingan.

5 PELANGGAN, PENGIKLANAN DAN PROMOSI

Cara Fresenius Medical Care menjalankan

aktiviti perniagaan dan mempromosi produk dan

perkhidmatannya adalah sangat dikawal selia.

Fresenius Medical Care telah membangunkan pelbagai

dasar khusus untuk memastikan amalan perniagaan,

pemasaran dan aktiviti promosi mematuhi semua

undang-undang, peraturan dan kaedah berkaitan.

Semua bahan promosi berkenaan produk dan

perkhidmatan Fresenius Medical Care mesti disemak

dan diluluskan melalui proses wajar untuk setiap negara.

Apabila anda membincangkan produk dan perkhidmatan

kita,

ANDA MESTI:

i sentiasa jujur, tepat dan tidak mengelirukan dalam

menggambarkan produk dan perkhidmatan;

ii memberi gambaran adil dan seimbang tentang

manfaat dan risikonya;

iii hanya membuat pernyataan yang disokong oleh

maklumat klinikal yang bersesuaian; dan

iv memastikan semua pernyataan promosi konsisten

dengan kegunaan produk yang diluluskan atau

diberi pelepasan oleh kerajaan negara anda, dan

kandungan dan cara penyebaran mematuhi semua

undang-undang, peraturan dan kaedah yang

berkaitan.

VIII. Integriti Korporat30

6 KETEPATAN KIRA-KIRA DAN REKOD

Semua rekod perniagaan Fresenius Medical Care mesti

tepat dalam mencerminkan jenis dan tahap transaksi

atau perbelanjaan sebenar. Tujuan semua transaksi

Fresenius Medical Care mesti direkodkan dengan tepat

dan segera dalam akaun yang bersesuaian. Pelaporan

aset, liabiliti, pendapatan dan perbelanjaan Fresenius

Medical Care juga mesti segera dan tepat. Kita mesti

mengekalkan kawalan perakaunan dalaman untuk

memastikan ketepatan rekod dan akaun kewangan.

Anda mesti menyelenggara semua rekod elektronik dan

kertas menurut semua undang-undang penyimpanan

data dan dasar pengurusan rekod Fresenius Medical

Care yang berkaitan, termasuk tempoh penyimpanan

yang berkaitan.

ANDA TIDAK BOLEH:

i mencipta, mengemukakan atau meluluskan

sebarang rekod palsu atau tidak tepat berhubungan

perniagaan Fresenius Medical Care, atau

ii cuba memintas dasar atau kawalan kewangan atau

perakaunan Fresenius Medical Care.

Semua larangan ini diguna pakai, walaupun

anda percaya yang tindakan anda akhirnya akan

memanfaatkan Fresenius Medical Care.

VIII. Integriti Korporat32

33

7 AMALAN PENGEBILAN

Semua pengebilan untuk produk dan perkhidmatan

mestilah benar, tepat dan lengkap. Ia mesti menepati

syarat-syarat kontrak dan perundangan berkaitan.

Tuntutan boleh dikemukakan hanya untuk perkhidmatan

yang sudah dilanggan dengan wajar dan disediakan

dengan betul. Rekod bersesuaian mesti tersedia untuk

mendokumen semua perkhidmatan yang memenuhi

standard ini, termasuk pendokumenan keperluan

perubatan menurut semua dasar dan garis panduan

Syarikat.

8 RESPONS WAJAR KEPADA PERMINTAAN MAKLUMAT

Kita memberikan respons kepada semua audit, semakan

semula dan penyiasatan kerajaan dengan baik. Jika anda

berhadapan dengan permintaan kerajaan yang tidak

jatuh di bawah tanggungjawab anda, hubungi penyelia

anda dengan serta-merta untuk panduan. Sila hubungi

Jabatan Perundangan dengan serta-merta sebaik sahaja

penerimaan permintaan bukan rutin daripada sebarang

agensi kerajaan atau wakilnya, seperti sepina, waran dan

permintaan soalsiasat.

Jika anda percaya terdapat dokumen atau data yang

disembunyikan, diubah, dipalsukan atau dihapuskan,

anda perlu melaporkan perkara ini dengan serta-

merta kepada Pegawai Pematuhan Wilayah atau

Tempatan anda, Jabatan Pematuhan Korporat, Jabatan

Perundangan atau melalui Talian Tindakan Pematuhan

anda.

Jika sebarang agensi penguatkuasaan undang-undang

menghampiri anda di luar kawasan Fresenius Medical

Care berhubung Fresenius Medical Care atau pekerjaan

atau keterlibatan anda dengan Fresenius Medical

Care, maklumkan Penasihat Undang-Undang yang

bertanggungjawab di wilayah anda, kecuali agensi itu

sudah melarang anda dari segi undang-undang untuk

memaklumkan pendekatannya.

9 KOMUNIKASI DENGAN MEDIA

Komunikasi terbuka dan jujur adalah prasyarat

untuk mengekalkan kepercayaan pesakit, pelanggan,

pemegang saham dan pihak berkepentingan kita.

Fresenius Medical Care hanya boleh menjamin

komunikasi konsisten, terbuka dan jujur jika sebarang

pernyataan atau maklumat kepada media diluluskan

terlebih dahulu oleh sama ada Jabatan Perhubungan

Awam atau Jabatan Perhubungan Pelabur. Jika anda

menerima permintaan untuk sebarang maklumat

berkaitan Fresenius Medical Care oleh pihak media, rujuk

permintaan itu kepada pengurus fasiliti anda.

10 PRIVASI DATA

Fresenius Medical Care hanya mengumpul, memproses

atau menggunakan data peribadi pesakit, pekerja,

pelanggan, pembekal dan individu terbabit lain, setakat

dibenarkan oleh undang-undang berkaitan, jika perlu

untuk tujuan perniagaan, klinikal atau pekerjaan.

Fresenius Medical Care memperlakukan data peribadi

sedemikian sebagai sangat sulit dan melindunginya

menurut undang-undang yang berkaitan. Pekerja

Fresenius Medical Care juga dijangka untuk segera

melaporkan kehilangan, kecurian atau kerosakan

peralatan kepunyaan syarikat atau peralatan yang

mengandungi maklumat syarikat.

11 AKTIVITI POLITIK

Proses undang-undang dan kaedah-kaedah baru yang

memberi kesan kepada bidang perniagaan kita adalah

kompleks dan pelbagai. Fresenius Medical Care akan

patuh dengan undang-undang berkaitan keterlibatannya

dalam mana-mana proses ini. Aktiviti yang diselaraskan

oleh Fresenius Medical Care adalah bersesuaian, dan

Fresenius menggalakkan penyertaan dalam aktiviti yang

ditaja oleh Fresenius. Tambahan lagi, penting untuk

aktiviti politik individu anda kekal berasingan daripada

aktiviti Fresenius Medical Care. Dalam masa yang sama,

Fresenius Medical Care tidak mahu mencampuri aktiviti

politik peribadi anda selagi anda

i memastikan yang aktiviti politik peribadi anda tidak,

dan tidak kelihatan, berkaitan dengan pekerjaan

atau keterlibatan anda dengan Fresenius Medical

Care; dan

ii Tidak menggunakan masa, harta atau peralatan

syarikat untuk aktiviti politik peribadi anda yang

tidak berkaitan dengan aktiviti yang diselaraskan

oleh Fresenius Medical Care.

VIII. Integriti Korporat34

1 KONFLIK KEPENTINGAN

Anda disyaratkan untuk bertindak untuk kepentingan

Fresenius Medical Care dalam melaksanakan kerja anda.

Anda mesti mengelakkan konflik kepentingan. Konflik

kepentingan wujud apabila kepentingan peribadi anda

mengganggu atau berpotensi mengganggu kepentingan

perniagaan Fresenius Medical Care. Anda dijangka

untuk memaklumkan penyelia anda tentang sebarang

kepentingan peribadi yang boleh menggugat objektiviti

atau profesionalisme anda dalam prestasi kerja anda,

terutamanya:

i Jika anda ingin melibatkan diri dalam pekerjaan

atau perniagaan sampingan yang berkaitan dengan

perniagaan Fresenius Medical Care, atau berkaitan

dengan mana-mana pembekal atau pelanggan

Fresenius Medical Care, anda mesti mendedahkan

rancangan anda dan melainkan dilarang oleh

undang-undang, memohon kelulusan awal daripada

Jabatan Sumber Manusia anda.

ii Sebagai pekerja dalam kedudukan penggajian,

penyeliaan atau pengurusan, anda tidak boleh

mengupah atau merujuk perniagaan kepada saudara,

pasangan atau sesiapa yang tinggal bersama anda,

atau menyertai proses penggajian atau merujuk

perniagaan kepada mana-mana pihak ini. Rujuk

Jabatan Sumber Manusia anda untuk panduan.

iii Kepentingan kewangan berjumlah lebih daripada

1% modal diterbitkan seseorang pelanggan, vendor,

pembekal atau pesaing mesti diluluskan terlebih

dahulu oleh penyelia anda.

IX. Integriti Peribadi36

37

2 PENGGUNAAN PELUANG KORPORAT UNTUK KEUNTUNGAN SENDIRI

Sebarang peluang perniagaan yang anda temui dalam

menjalankan hal-ehwal perniagaan bagi pihak Fresenius

Medical Care adalah kepunyaan syarikat dan bukan

kepunyaan anda.

ANDA TIDAK BOLEH:

i menggunakan harta, maklumat atau kedudukan anda

dalam Fresenius Medical Care untuk mendapatkan

manfaat atau kelebihan peribadi atau untuk

memanfaatkan atau memberi kelebihan kepada

pihak ketiga;

ii mendirikan bisnes yang bersaing, bertindak sebagai

pesaing Fresenius Medical Care, atau mendirikan

perniagaan anda sendiri untuk mengambil

kesempatan ke atas kedudukan anda di Fresenius

Medical Care; atau

iii mengejar sebarang peluang atau usaha niaga

ataupun terlibat dalam sebarang aktiviti yang

menyebabkan anda bersaing dengan Fresenius

Medical Care atau yang membolehkan anda atau

pihak ketiga mengambil kesempatan ke atas peluang

perniagaan kepunyaan Fresenius Medical Care.

3 PERDAGANGAN ORANG DALAM

Fresenius Medical Care saham didagangkan pada dua

bursa. Undang-undang sekuriti yang diguna pakai ke

atas Fresenius Medical Care menjadikannya kesalahan

di sisi undang-undang untuk sesiapa yang mempunyai

maklumat dalaman tentang sesebuah syarikat untuk

memperdagangkan sekuriti syarikat itu. “Maklumat

dalaman” adalah maklumat yang biasanya tidak tersedia

kepada pihak umum dan jika diketahui, biasanya akan

dijangka mempengaruhi keputusan pelaburan atau

mungkin memberi kesan kepada harga saham sekuriti

syarikat (naik atau turun). Contoh maklumat dalaman

termasuk:

i penggabungan atau pemerolehan strategik/besar

yang dirancang; serpihan; pembelian atau penjualan

aset yang penting;

ii permulaan, penyempurnaan atau penamatan kontrak

dengan pelanggan dan pembekal;

iii risiko ketaksolvenan;

iv ramalan yang menyimpang jauh daripada keputusan

kewangan lepas atau jangkaan pasaran;

v kegagalan peminjam besar membayar hutang;

vi rancangan perubahan dalam lembaga pengurusan

atau penyeliaan;

vii pembangunan produk baru;

viii liabiliti persekitaran atau produk yang penting;

litigasi yang penting; langkah penstrukturan semula

yang mempunyai kesan nyata ke atas operasi

perniagaanmasa hadapan; dan

ix perubahan keahlian lembaga pengarah atau

pengurusan kanan.

Sepanjang tugas harian anda di atau bagi pihak Fresenius

Medical Care, anda mungkin mendapat tahu maklumat

bukan umum yang penting tentang syarikat atau rakan

perniagaan syarikat yang didagangkan di bursa saham.

Anda mungkin mendapat tahu maklumat dalaman

melalui kedudukan anda atau hanya dengan melihat

dokumen di atas meja rakan sekerja atau terdengar

perbualan di pejabat. Penggunaan maklumat itu untuk

manfaat kewangan anda atau penyampaian maklumat itu

kepada pihak lain untuk manfaat kewangan mereka (dan

seterusnya anda, mungkin), adalah dilarang sama sekali

dan salah di sisi undang-undang.

Jika anda mengetahui maklumat dalaman berkaitan

Fresenius Medical Care atau salah seorang rakan bisnes

kita, anda tidak boleh menyampaikan maklumat itu

kepada sesiapa di luar syarikat (atau dalam syarikat

sekalipun) kecuali ia berkaitan langsung dan perlu untuk

perjalanan aktiviti perniagaan yang sah dan konsisten

dengan semua dasar Fresenius Medical Care.

Tambahan pula, jika anda mengetahui sebarang maklumat

dalaman maka anda tidak boleh membeli atau menjual

sekuriti sebarang syarikat demikian, termasuk secara

tidak langsung melalui sahabat atau ahli keluarga, atau

mengesyorkan orang lain untuk membeli atau menjual

sekuriti sebegitu. Sebaik sahaja maklumat dalaman

itu didedahkan kepada pihak umum dan disebarkan

secara meluas, seperti melalui pemfailan umum, barulah

transaksi boleh dipertimbangkan. Jika anda ada sebarang

soalan tentang ini, hubungi Jabatan Perundangan.

IX. Integriti Peribadi38

39

X. Pekerjaan

Fresenius Medical Care berusaha mengekalkan tempat

kerja yang selamat, terpelihara, produktif, saling

menghormati dan tanpa diskriminasi yang menghargai

sumbangan semua yang terlibat dalam operasi

perniagaan kita. Fresenius Medical Care berusaha

menyediakan persekitaran kerja yang bebas daripada

semua bentuk diskriminasi, termasuk ugutan atau

gangguan lisan atau fizikal daripada para penyelia,

rakan sekerja, pembekal, perunding, pelawat atau

pelanggan Fresenius Medical Care. Kita tidak bertolak

ansur terhadap gangguan atau ugutan dalam sebarang

bentuk. Kita juga tidak bertolak ansur terhadap kelakuan

mendera atau ganas, termasuk penderaan fizikal atau

lisan oleh mana-mana pekerja, pesakit, pelanggan, klien

atau pelawat dalam menjalankan perniagaan Fresenius

Medical Care.

1 PERLINDUNGAN PEKERJA

Fresenius Medical Care memberi keutamaan tertinggi

kepada perlindungan pekerja. Fresenius Medical Care

mengutuk penggunaan buruh paksa dan eksploitasi

buruh kanak-kanak. Kita tidak akan bertolak ansur

dengan sebarang perlanggaran semua prinsip ini oleh

pihak pembekal.

2 DASAR TIADA SERANG BALAS

Anda TIDAK BOLEH mengganggu atau menyerang balas

pekerja atau orang lain yang melaporkan perlanggaran

atau kemungkinan melaporkan perlanggaran undang-

undang, Tatakelakuan ini atau dasar atau garis panduan

Fresenius Medical Care. Jika anda percaya anda telah

diganggu atau diserang balas kerana melaporkan

perlanggaran sebenar atau berkemungkinan

melaporkan, laporkan perkara ini kepada Pegawai

Pematuhan Wilayah atau Tempatan anda, Jabatan

Pematuhan Korporat, Jabatan Sumber Manusia

tempatan atau Talian Tindakan Pematuhan anda.

3 ALAM SEKITAR, KESIHATAN DAN KESELAMATAN

Kita berusaha menyediakan tempat kerja yang

selamat, sihat dan produktif untuk para pekerja dan

rakan perniagaan yang membantu kita dalam operasi

perniagaan. Kami menjangkakan anda untuk mengambil

semua langkah berjaga-jaga yang perlu untuk

mengelakkan kecederaan atau mudarat kepada diri anda,

rakan sekerja anda atau pihak lain. Penting untuk anda

memberitahu penyelia anda tentang sebarang amalan

atau keadaan kerja yang tidak selamat atau kecederaan.

4 TIADA DISKRIMINASI

Fresenius Medical Care tidak membenarkan diskriminasi

dalam pengambilan pekerja atau di tempat kerja

berdasarkan:

i jantina (termasuk penukaran jantina),

ii bangsa, asal etnik atau warna kulit,

iii kerakyatan atau negara asal,

iv agama atau kepercayaan,

v umur,

vi status perkahwinan,

vii kewarganegaraan,

viii kecacatan,

ix orientasi seksual,

x status veteran; atau

xi sebarang pertimbangan diskriminasi lain

yang tidak sah di sisi undang-undang.

Lihat kepada dasar berkaitan untuk butir-butir.

X. Pekerjaan40

41

5 ALKOHOL DAN UBAT-UBATAN HARAM

Pengambilan alkohol dan ubat-ubatan haram

membahayakan kesihatan dan keselamatan anda di

samping kesihatan dan keselamatan para pesakit,

pelanggan dan rakan sekerja. Bekerja di bawah

pengaruh semua bahan ini adalah dilarang sama sekali.

Jika anda mengesyaki rakan sekerja anda mabuk atau

berada di bawah pengaruh alkohol atau ubat-ubatan

haram, atau menyalahguna ubat preskripsi, anda mesti

melaporkan situasi itu kepada penyelia anda.

6 LESEN, PENSIJILAN DAN PERMIT LAIN

Tugasan di Fresenius Medical Care seringkali

mensyaratkan anda mempunyai lesen (cth. lesen

kejururawatan), pensijilan (cth. sijil juruteknik dialisis)

atau kelayakan profesional lain. Anda bertanggungjawab

mengekalkan semua kelayakan yang diperlukan untuk

menjalankan kerja anda. Anda mesti melaporkan kepada

penyelia anda jika sebarang kelayakan yang diperlukan

sudah tamat tempoh atau ditarik balik.

Agensi kerajaan di sesetengah negara mungkin

mengecualikan individu tertentu daripada menyertai

aktiviti penjagaan kesihatan. Jika anda dimaklumkan

yang anda dikecualikan daripada penyertaaan dalam

sebarang program kerajaan, anda mesti memaklumkan

penyelia anda.

XI. Aset Fresenius Medical Care42

1 PERLINDUNGAN DAN PENGGUNAAN WAJAR HARTA DAN ASET FRESENIUS MEDICAL CARE

Harta dan aset Fresenius Medical Care hanya boleh

digunakan untuk tujuan perniagaan berkaitan Syarikat

yang sah. Harta Fresenius Medical Care termasuk:

i bekalan perubatan;

ii peralatan kerja (cth. komputer, internet, e-mel,

telefon bimbit), termasuk kelulusan untuk kegunaan

peribadi yang diluluskan menurut dasar Fresenius

Medical Care berkaitan;

iii bekalan, bahan dan perkhidmatan pejabat; dan

iv semua bentuk rekod dan dana Fresenius Medical

Care.

Anda tidak dibenarkan mempunyai sebarang jangkaan

privasi apabila menggunakan sebarang harta Fresenius

Medical Care di A.S., atau di peringkat antarabangsa

jika menurut undang-undang tempatan berkaitan.

Anda bertanggungjawab memastikan harta Fresenius

Medical Care tidak disalah guna, dibazirkan, dirosakkan,

dihilangkan atau dicuri. Anda tidak boleh mengambil

atau menggunakan harta atau maklumat Fresenius

Medical Care untuk manfaat atau keuntungan peribadi

anda, kecuali dibenarkan berbuat demikian. Anda tidak

boleh memberi sebarang harta Fresenius Medical Care

kepada pihak ketiga, kecuali anda dibenarkan berbuat

demikian dalam transaksi perniagaan yang sah.

43

2 KERAHSIAAN, MAKLUMAT PROPRIETARI DAN KESELAMATAN IT

Semua dokumen dan maklumat operasi dalaman

Fresenius Medical Care mesti diperlakukan secara sulit.

Maklumat sulit termasuk semua maklumat bukan umum

strategik, kewangan, dan teknikal atau bisnes Fresenius

Medical Care, di samping semua rahsia perdagangan dan

perniagaan rakan perniagaan Fresenius Medical Care.

ANDA TIDAK BOLEH:

i bercakap dengan pihak ketiga tentang projek,

perincian teknikal atau maklumat sulit lain,

atau memberi mereka akses kepada maklumat

sedemikian dalam cara lain;

ii menyebarkan rahsia syarikat atau perdagangan

rakan perniagaan kita;

iii membuat sebarang transkrip atau salinan data

untuk tujuan selain operasi; atau

iv mengakses maklumat yang tidak berkaitan dengan

aktiviti anda sendiri.

ANDA MESTI:

i menangani maklumat sulit dengan penjagaan

khusus, terutamanya di tempat awam, seperti

kereta api, bas, kapal terbang, dll.;

ii mengambil langkah untuk melindungi komputer

atau peralatan elektronik anda yang lain daripada

penggunaan, akses atau pengubahan perisian

tanpa kebenaran; mengekalkan kerahsiaan surat-

menyurat dan telekomunikasi; dan

iii memberi perhatian khusus kepada aspek IT

kerahsiaan, seperti perlindungan data dan

keselamatan data.

Semua tanggungjawab ini terguna pakai semasa waktu

bekerja dan di luar waktu bekerja, sama ada maklumat

itu ditandakan secara khusus sebagai “sulit” atau

“terhad”. Tanggungjawab kerahsiaan anda kekal sah

walaupun pekerjaan anda dengan Fresenius Medical

Care tamat, kecuali sebaliknya dinyatakan dalam

undang-undang berkaitan.

3 MEDIA SOSIAL

Media sosial membentuk peranan penting dalam

perniagaan hari ini, dan kepentingannya semakin

berkembang. “Media sosial” merujuk kepada cara

berinteraksi dalam kalangan masyarakat yang mana

mereka mencipta, berkongsi, bertukar-tukar dan

memberi pandangan tentang kandungan antara mereka

dalam rangkaian dan komuniti maya. Media sosial

termasuk rangkaian sosial (cth. Twitter, Facebook,

LinkedIn), blog, wiki dan laman web penstriman video

(cth. YouTube).

JANGAN:

i memperkecil-kecilkan Fresenius Medical Care;

ii menggunakan media sosial untuk sebarang aktiviti

pesakit atau klinikal jika tidak disediakan oleh, atau

dibenarkan secara khusus oleh Fresenius Medical

Care untuk prestasi perniagaan;

iii menggunakan media sosial untuk aktiviti

perniagaan (cth. untuk mengambil pekerja atau

aktiviti perhubungan awam) tanpa kelulusan awal

daripada penyelia atau pengurus anda; atau

iv mendedahkan sebarang maklumat berkaitan

pesakit.

XI. Aset Fresenius Medical Care44

45

ANDA MESTI:

i berkelakuan jujur, tepat dan penuh hormat apabila

menggunakan media Sosial;

ii menyampaikan pendapat peribadi anda sendiri dan

memberi komen secara online menggunakan nama

anda sendiri, bukan nama Fresenius Medical Care

atau sebarang pengenalan syarikat, seperti e-mel

atau alamat surat-menyurat Fresenius Medical Care,

kecuali dibenarkan sebaliknya; dan

iii sentiasa mengingati yang semua pencatatan

peribadi dan profesional akhirnya boleh dikaitkan

dengan Fresenius Medical Care, walaupun

penggabungan anda dengan Fresenius Medical Care

tidak didedahkan.

4 HARTA INTELEK

Harta intelek adalah penting untuk kejayaan ekonomi

kita dan kejayaan rakan perniagaan dan pelanggan

kita. Anda mesti melindungi harta intelek kita, termasuk

sebarang paten, tanda dagangan, hak cipta, rahsia

dagangan, ilmu atau pengetahuan saintifik dan teknikal,

dan kepakaran yang dibangunkan sepanjang perjalanan

bisnes kita.

Kami juga menjangka anda untuk turut menghormati

harta intelek pihak lain. Jika anda menyalin atau

menggelapkan harta intelek orang lain tanpa kebenaran,

anda dan Fresenius Medical Care boleh dikenakan denda

signifikan dan hukuman jenayah.

47

Maklumat Penghubungan

Fresenius Medical Care

Compliance Action Line

www.fresenius.ethicspoint.com

Fresenius Medical Care AG & Co. KGaA

61346 Bad Homburg v. d. H. · Germany

Phone: +49 6172 609-0 · www.fmc-ag.com

Tataetika dan Tatakelakuan Perniagaan

MS

(05

.20

16)

© C

op

yri

gh

t 2

016

Fre

sen

ius

Me

dic

al C

are

AG

& C

o. K

Ga

A