anda cuma sejauh 3 langkah mudah dari baucar kfc rm5!* · pdf filepenghantaran kiriman pantas...

2
Anda cuma sejauh 3 langkah mudah dari baucar KFC RM5!* Untuk menyertai: 1. Kumpulkan 12 label Krimer Manis CAP TEKO ® (hanya Krimer Manis CAP TEKO ® 505g sahaja) untuk menebus 1xRM5 baucar KFC. 2. Lengkapkan borang di bawah dengan butir-butir peribadi. Anda juga boleh memuat turun borang di www.fndairies.com 3. Hantarkan borang penebusan yang lengkap ke PENEBUSAN TEA POT 2012, Peti Surat 3032, 47509, Subang Jaya, Selangor *Tertakluk kepada terma dan syarat. Layari www.fndairies.com untuk maklumat lanjut. Borang Penebusan: Nama Penuh (seperti di K.P): No. K.P Baru: Alamat Kediaman: Poskod: Negeri: No. Tel (Rumah): (Pejabat): (Tel. Bimbit): E-mel:

Upload: vothuan

Post on 04-Mar-2018

233 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Anda cuma sejauh 3 langkah mudah dari baucar KFC RM5!* · PDF filePenghantaran Kiriman Pantas atau mana-mana cara penghantaran tidak akan dibenarkan. ... iaitu peserta yang tidak menggunakan

Anda cuma sejauh 3 langkah mudah dari baucar KFC RM5!*Untuk menyertai:1. Kumpulkan 12 label Krimer Manis CAP TEKO® (hanya Krimer Manis CAP TEKO® 505g sahaja) untuk menebus 1xRM5 baucar KFC.2. Lengkapkan borang di bawah dengan butir-butir peribadi. Anda juga boleh memuat turun borang di www.fndairies.com3. Hantarkan borang penebusan yang lengkap ke PENEBUSAN TEA POT 2012, Peti Surat 3032, 47509, Subang Jaya, Selangor

*Tertakluk kepada terma dan syarat. Layari www.fndairies.com untuk maklumat lanjut.

Borang Penebusan:Nama Penuh (seperti di K.P): No. K.P Baru:Alamat Kediaman:

Poskod: Negeri:No. Tel (Rumah): (Pejabat): (Tel. Bimbit):

E-mel:

Page 2: Anda cuma sejauh 3 langkah mudah dari baucar KFC RM5!* · PDF filePenghantaran Kiriman Pantas atau mana-mana cara penghantaran tidak akan dibenarkan. ... iaitu peserta yang tidak menggunakan

Terma dan Syarat

1. Program ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas (mulai 1 Januari 2012) yang tinggal di Semenanjung Malaysia sahaja, kecuali kakitangan dan ahli keluarga terdekat F&N Dairies (M) Sdn Bhd., agensi promosi, agensi pengiklanan, agensi perhubungan awam, syarikat-syarikat bersekutu dan pihak-pihak lain yang terlibat dengan program ini.2. Program ini bermula pada 1 Mei 2012 hingga 30 Jun 2012. Semua penyertaan mestilah diterima selewat-lewatnya 7 Julai 2012.3. Program ini hanya untuk Krimer Manis CAP TEKO® 505g.4. Kumpulkan 12 label Krimer Manis CAP TEKO® 505g (bukti pembelian) dan lampirkannya bersama-sama borang penebusan untuk menebus hadiah berupa SATU (1) RM5 baucar tunai KFC (“hadiah”). 5. Satu peserta boleh menebus lebih daripada SATU hadiah tetapi setiap penyertaan mesti dilampirkan dengan “bukti pembelian” yang diperlukan.6. Borang penebusan (“borang”) boleh didapati di pasaraya-pasaraya utama, iklan surat khabar dan juga boleh dimuat turun dari www.fndairies.com. Borang fotokopi boleh digunakan.7. Peserta mestilah menyerahkan borang yang lengkap dan lampirkan dengan “bukti pembelian” yang layak. Hantarkan borang anda ke: Penebusan ‘TEA POT’ 2012, Peti Surat 3032, 47509 Subang Jaya, Selangor. 8. Bukti penghantaran bukanlah bukti penerimaan. Hanya penyertaan yang dihantar melalui pos biasa ke alamat Peti Surat Rasmi seperti tercatat di bawah akan diterima. Semua penyertaan yang dihantar melalui penghantaran, Pos Laju, Penghantaran Kiriman Pantas atau mana-mana cara penghantaran tidak akan dibenarkan.9. Peserta dengan penyertaan yang sah akan menerima hadiah dalam tempoh 8 hingga 12 minggu selepas 7 Julai 2012.10. Penyertaan yang tidak lengkap, rosak, koyak, kotor, lewat diterima dan bukti pembelian yang tidak lengkap akan dibatalkan. F&N Dairies (M) Sdn Bhd berhak untuk menolak mana-mana penyertaan mengikut budi bicaranya tanpa memberi sebarang alasan dan sebab musabab.11. F&N Dairies (M) Sdn Bhd berhak untuk membatalkan penyertaan-penyertaan berikut dan/atau peserta tanpa menyediakan sebarang bukti atau penjelasan kepada peserta: (i) mana-mana penyertaan yang disyaki terlibat dalam sindiket; (ii) pemerolehan label secara haram (bukti pembelian); (iii) peserta yang membeli label-label semata-mata untuk menyertai program ini iaitu peserta yang tidak menggunakan produk F&N untuk kegunaan sendiri atau untuk kegunaan perniagaan sendiri; atau (iv) penyertaan yang boleh dipertikai dan dipersoalkan oleh pihak F&N12. F&N Dairies (M) Sdn. Bhd berhak untuk menukar hadiah dengan hadiah lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis terlebih dahulu. Semua hadiah tidak boleh ditukarkan dengan wang tunai.

13. F&N Dairies (M) Sdn. Bhd akan menghantar hadiah mengikut alamat yang disediakan oleh para peserta di atas borang. Ia menjadi tanggungjawab peserta untuk menyediakan alamat yang sah dan lengkap. F&N Dairies (M) Sdn. Bhd tidak akan bertanggungjawab untuk mana-mana hadiah yang tidak diterima.14. F&N Dairies (M) Sdn. Bhd berhak untuk menamatkan program ini pada bila-bila masa di dalam tempoh program tersebut.15. F&N Dairies (M) Sdn. Bhd berhak untuk menggunakan nama, alamat, foto, dokumen-dokumen dan/atau dokumen tertentu untuk tujuan pengiklanan dan untuk semua bentuk publisiti dari masa ke semasa.16. Semua label Krimer Manis CAP TEKO® 505g yang diserahkan untuk program ini akan menjadi hak F&N Dairies (M) Sdn. Bhd.17. F&N Dairies (M) Sdn. Bhd, semua rakan promosi dan pihak-pihak yang terlibat dalam program ini, termasuk para pengarah, para pegawai dan agen-agennya tidak bertanggungjawab di atas perkara-perkara berikut: a) sebarang perbelanjaan tambahan yang ditanggung oleh para peserta semasa mengambil bahagian dalam program ini; b) kegagalan teknikal; c) campur tangan mana-mana pihak tanpa kebenaran semasa tempoh program; d) kesilapan elektronik atau manusia dalam pentadbiran program dan pemprosesan penyertaan; e) penyertaan yang hilang, dicuri, rosak, tersilap hantar atau tidak diterima.18. Semua peserta bertanggungjawab sepenuhnya di atas sebarang kecederaan, kerosakan atau tuntutan sama ada secara langsung atau tidak langsung yang disebabkan oleh penyertaan mereka di dalam program ini dan daripada penebusan atau penggunaan hadiah. Dengan menerima atau menggunakan mana-mana hadiah, peserta bersetuju untuk tidak menyalahkan F&N Dairies (M) Sdn. Bhd, semua rakan niaganya dan pihak-pihak lain yang berkaitan dengan program ini termasuk para pengarah, para pegawai, kakitangan dan agen-agen dari sebarang tuntutan, dakwaan, kehilangan atau tanggungan liabiliti yang berkaitan dengan penyertaan peserta di dalam program, penerimaan peserta dan/atau penebusan dan/atau penggunaan mana-mana hadiah.19. Dengan penyertaan Program Penebusan Krimer Manis CAP TEKO® “Sajian Lazat Seteko Penuh Untuk Direbut”, setiap peserta bersetuju sepenuhnya dan tanpa syarat menerima terma dan syarat program ini dan keputusan para hakim adalah terakhir dan muktamad. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayani.20. F&N Dairies (M) Sdn. Bhd berhak untuk menukar terma & syarat tanpa memberi sebarang notis awal.21. Terma & Syarat peraduan disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat ketidaksejajaran antara dua (2) versi Terma & Syarat ini, maka versi Bahasa Inggeris akan digunakan. Untuk terma & syarat dalam Bahasa Inggeris, sila rujuk secara online di www.fndairies.com.