ancaman di peringkat antarabangsa

16
ANCAMAN DI PERINGKAT ANTARABANGSA

Upload: heap-ke-xin

Post on 14-Dec-2015

258 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

...........

TRANSCRIPT

Page 1: Ancaman Di Peringkat Antarabangsa

ANCAMAN DI PERINGKAT ANTARABAN

GSA

Page 2: Ancaman Di Peringkat Antarabangsa

CONTOH ANCAMAN DI PERINGKAT ANTARABANGSA

 Anca man kumpulan militan, Islamic State (IS)

Ancaman lanun antarabangsa Ancaman pengganas di

peringkat antarabangsa

Contoh lain Rasuah Pemerdagangan manusia

Page 3: Ancaman Di Peringkat Antarabangsa

Anca man kumpulan militan, Islamic State (IS)

• Kumpulan militan Negara Islam (IS) ialah kumpulan militan radikal yang menggunakan nama Islam untuk berjihad, dan kini telah menguasai sebahagian besar kawasan di timur Syria, di utara serta barat Iraq.

• Kumpulan ini menggunakan taktik ganas termasuk pembunuhan beramai-ramai musuh yang ditangkap, penculikan, dan memenggal kepala petugas media dari negara luar sehingga menyebabkan campur tangan tentera Amerika Syarikat (AS) yang menyerang kubu kumpulan itu di Iraq.

•Matlamat IS adalah untuk mewujudkan sistem pemerintahan khalifah, iaitu negara yang diperintah oleh seorang pemimpin politik dan agama.

Page 4: Ancaman Di Peringkat Antarabangsa

KERJASAMA RAKYAT• Rakyat perlu bersama kerajaan menolak

sebarang ideologi ekstrem dan yakin bahawa konsep wasatiyyah adalah jalan terbaik untuk menjamin keamanan dan kesejahteraan Malaysia sebagai negara berbilang kaum.

• rakyat haruslah menyokong kerajaan untuk melaksanakan dasar dan segala inisiatif ke arah menangani ancaman kumpulan militan IS.

KERJASAMA ANTARABANGSA• Malaysia akan terus komited untuk

bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa menangani ancaman radikalisme, ekstremisme, pengganas dan militan,

LANGKAH-LANGKAH

Page 5: Ancaman Di Peringkat Antarabangsa

Penggubalan undang-undang• Satu undang-undang baru akan digubal untuk

membanteras dan mengambil tindakan terhadap rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti militan dan kumpulan pengganas.

• cadangan yang dikemukakan dalam Kertas Putih ke arah menangani ancaman kumpulan Negara Islam (IS) yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak

• Kertas Putih juga mencadangkan pemerkasaan undang-undang sedia ada seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) SOSMA, Akta Pencegahan Jenayah (POCA) dan Kanun Keseksaan.

Page 6: Ancaman Di Peringkat Antarabangsa

Ancaman lanun antarabangsa

• Istilah lanun biasa digunakan untuk mana-mana perompak atau penjenayah yang beroperasi di kawasan laut.

• Selat Melaka telah dikenalpasti sebagai perairan yang paling berbahaya untuk pelayaran .Serangan kanun di kawasan itu mencapai puncaknya pada 1997 bersamaan dengan kegawatan ekonomi dan pergolakan politik di Indonesia.

• Lanun terus bergiat cergas sehingga 2004 apabila sejumlah 38 serangan dicatatkan .Tetapi serangan lanun pada 2007 dan dua saja pada 2008.

Page 7: Ancaman Di Peringkat Antarabangsa

Faktor ekonomi • laluan kapal untuk perdagangan seperti membawa

bahan bakar petroleum dan gas. Kemakmuran ekonomi negara-negara pesisir.

Tumpuan Pelabuhan-pelabuhan utama. • Selain daripada mempunyai kepentingan ekonomi

kepada masyarakat maritim antarabangsa, Selat Melaka dan Selat Singapura juga menjadi tumpuan pelabuhan-pelabuhan utama dunia seperti Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Singapura.

• Berpotensi mendapat ancaman atau percubaan serangan lanun. Singapura merupakan sebuah negara yang bergantung sepenuhnya kepada sektor pelabuhannya yang kini merupakan pelabuhan kontena paling utama di dunia. Kebolehan pelabuhan ini menyediakan perkhidmatan pengendalian kargo dan kapal secara profesional merupakan faktor utama yangmendorong pengguna pelabuhan untuk terus singgah di pelabuhan ini.

FAKTOR-FAKTOR

Page 8: Ancaman Di Peringkat Antarabangsa

LANGKAH-LANGKAHPeranan pelabuhan.• pihak pelabuhan boleh mempertingkatkan keselamatan

di kawasan dermaga, laluan menuju ke pelabuhan, kawasan kapal berlabuh termasuk rondaan berterusan di kawasan tersebut.

• Kedua, pengawasan berterusan ke atas kejadian-kejadian serangan di kawasan pelabuhan untuk mengenalpasti trend modus operandi yang digunakan oleh lanun dan melaporkan kejadian tersebut.

Konvensyen antarabangsa• terdapat beberapa konvensyen yang berkaitan dengan

keamanan dan keselamatan maritim yang boleh diterimapakai untuk membanteras kejadian serangan lanun. Antaranya termasuklah konvensyen undang-undang laut antarabangsa (UNCLOS), pencemaran laut (MARPOL 73/78), konvensyen keselamatan kehidupan di laut (SOLAS 74) dan mencari serta menyelamat (SAR 79) yang telah ditandatangani oleh hampir kesemua negara- negara Asia Tenggara.

Page 9: Ancaman Di Peringkat Antarabangsa

Rondaan Bersama (Joint Patrol) • Rondaan bersama antara Malaysia,

Indonesia dan Singapura atau singkatannya MALSINDO telah mula dilaksanakan pada bulan Julai 2004 dan secara keseluruhannya ia bersifat bilateral daripada multilateral.

• Rondaan ini turut melibatkan pengangkutan laut dan udara dari negara-negara yang terlibat dalam usaha mengawal perlanunan di kedua-dua buah selat tersebut.

Page 10: Ancaman Di Peringkat Antarabangsa

Ancaman pengganas di peringkat antarabangsa

• Keganasan beerti penggunaan cara yang ganas dan zalim seperti pengeboman, pembunuhan, dan penculikan untuk mendapatkan tuntutan politik daripada sesuatu pihak.

• Perbuatan ini mungkin disebabkan oleh pertentangan ideologi politik, kegawatan ekonomi, atau pihak pemerintah.

• Keganasan tidak membawa sebarang faedah selain mengheret negara yang terbabit ke pinggir kehancuran

Page 11: Ancaman Di Peringkat Antarabangsa

Sikap tamak yang menguasai diri.• Sikap tamak dalam diri seseorang menyebabkan

timbul rasa untuk menguasai sesuatu. Maka dari situlah timbul niat untuk memerangi seseorang ataupun sesebuah Negara untuk mendapatkan apa yang dikehendakinya itu.

• Secara tidak langsung, keganasan juga akan berlaku dalam masa tersebut demi untuk mencapai matlamatnya.

• Sikap tamak terhadap kuasa dan kekayaan membuta mata seseorang sehinggakan tidak dapat membezakan antara yang baik mahupun yang buruk.

• Mereka tidak lagi peduli akan kesan daripada keganasan yang akan berlaku itu nanti.

FAKTOR-FAKTOR

Page 12: Ancaman Di Peringkat Antarabangsa

Lambang kemegahan.• Penaklukan sesebuah Negara membawa

maksud yang besar kepada seseorang yang pentingkan diri sendiri.

• Itu membawa lambang kemegahan kepada diri mereka dan mereka sanggup membuat apa saja untuk menakluk sesebuah Negara tersebut.

• Sebagai contoh, Amerika Syarikat yang memerangi Iraq demi untuk membalas dendam. Dengan itu, AS akan mendapat kembali namanya yang telah tercemar akibat peristiwa 11 September dahulu. Kesan daripada peperangan tersebut, AS berasa megah dan meletakkan Negara mereka sebagai Negara yang paling kuat di dunia ini.

Page 13: Ancaman Di Peringkat Antarabangsa

Penguatkuasaan undang-undang penting untuk mengatasi keganasan.• pihak polis dan tentera harus bertindak

dengan cepat terhadap keganasan. • Hal ini demikian kerana tanpa tindakan awal,

keganasan akan merebak sehingga hilang kawalan.

• Negara-negara harus menggubal undang-undang khas untuk membolehkan tindakan segera diambil terhadap pengganas. Sebagai contoh, Malaysia mempunyai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membolehkan kerajaan mengambil tindakan segara terhadap mana-mana pihak yang mengancam keselamatan negara. Dengan cara inilah keselamatan dan keamanan negara dapat dikekalkan.

LANGKAH-LANGKAH

Page 14: Ancaman Di Peringkat Antarabangsa

Kerjasama antarabangsa juga penting untuk mengatasi keganasan.• semua negara perlu bekerjasama untuk

membanteras keganasan yang ada rangkaian antarabangsa.

• Jabatan perisikan negara-negara perlu bertukar-tukar maklumat tentang kegiatan keganasan yang diperoleh. Negara-negara yang terlibat harus menggiatkan latihan bersama antara pihak polis dan pihak tentera. Negara-negara di dunia juga boleh menyekat aliran wang kumpulan pengganas.

Page 15: Ancaman Di Peringkat Antarabangsa

Keselamatan negara tidak terjamin akibat keganasan.• pergolakan politik akan menyebabkan rakyat melakukan

keganasan. Ucapan yang berapi-api oleh pemimpin akan membakar perasaan penyokongnya. Pemimpin mungkin menghasut penyokongnya melakukan keganasan.

• akibatnya, mereka yang menyertai tunjuk perasaan akan bertindak liar seperti merosakkan harta benda dan melakukan pembunuhan. Keadaan ini mengancam keselamatan rakyat dan negara.

Ekonomi negara akan runtuh akibat keganasan.• contoh, keganasan mencetuskan pembunuhan yang kejam

di Indonesia. Keadaan politik yang tidak stabil menyebabkan pelabur tidak berani melabur di sana, malah ada pelabur yang terpaksa menarik pelaburan mereka keluar dari Indonesia.

• Akibatnya, ekonomi Indonesia terjejas dengan teruk. Keganasan yang berlaku di sebuah negara juga akan menjejaskan ekonomi dunia. Sebagai contoh, serangan pengganas terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Amerika Syarikat menyebabkan harga saham seluruh dunia jatuh. Hal ini menjejaskan ekonomi banyak negara.

KESAN-KESAN

Page 16: Ancaman Di Peringkat Antarabangsa

Kesimpulannya,ancaman harus dibanteraskan sehingga ke akar umbi agar rakyat dapat hidup dalam keadaan aman,tenteram,dan sejahtera.