analisis swot kmk

5
ANALISIS SWOT MATA PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF 2014 DISEDIAKAN OLEH: PN. NORMADIAH LIASMAT KETUA JABATAN KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF SMK GADONG

Upload: ayet-zul

Post on 05-Oct-2015

37 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

kmk

TRANSCRIPT

ANALISIS SWOT MATA PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF 2014DISEDIAKAN OLEH:PN. NORMADIAH LIASMATKETUA JABATAN KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIFSMK GADONG

ANALISIS SWOT MATA PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF 2014

1.0 PENDAHULUANProgram yang dirancang adalah usaha menyeluruh dan bersepadu dalam kalangan tenaga pengajar mata pelajaran tingkatan enam. Program ini juga diharap dapat memberi impak yang positif dalam memperbaiki keputusan mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK) dalam peperiksaan S.T.P.M.

2.0 TUJUAN Analisis ini ini bertujuan meningkatkan prestasi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK) Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.

3.0 S.W.O.T3.1 Kekuatan1. Mempunyai guru yang mahir dan berpengalaman dalam konten perse dan proses pengajaran dan pembelajaran.2. Mempunyai tenaga pengajar yang sentiasa memberi komitmen yang padu dalam melancarkan sebarang progaram panitia.3. Tugasan secara berkala diberikan kepada pelajar setiap minggu.4. Penyediaan modul oleh guru kepada pelajar pada setiap cuti umum. Contoh Modul Raya

3.2 Kelemahan1. 70% pelajar yang mengambil subjek KMK adalah pelajar rayuan (15 unit ke atas)2. Pelajar masih tidak dapat membentuk satu sistem yang sesuai bagi mengulangkaji pelajaran.3. Pelajar kurang membaca teks khususnya teks Sulalatus Salatin yang merupakan posa tradisional.4. Kekurangan teks dan buku rujukan di pasaran5. Pelajar lemah aplikasi soalan KBAT6. Pelajar masih lagi leka menghadapi peperiksaan S.T.P.M sebenar.7. Pelajar masih ragu-ragu untuk berusaha atau tidak yakin dalam mengamalkan system ulangkaji pelajaran yang kondusif bagi mereka

3.3 Peluang1. Tenaga pengajar telah menghadiri kursus-kursus atau bengkel peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang dianjurkan MPM.2. Perbicangan dalam kalangan guru KMK 1 Malaysia melalui media social

3.4 Ancaman1. Kehadiran pelajar ke sekolah tidak memuaskan menyebabkan mereka sering ketinggalan p&p.2. Motivasi pelajar tidak konsisten khususnya menghadapi penggal 2 dan 3.

4.0 PERANCANGAN / STRATEGI4.1 Pengkhususan tenaga pengajarBagi memastikan pengajaran dan pembelajaran lebih bersifat berkesinambungan pihak panitia merancang mengkhususkan tenaga pengajar.4.2 Kelas bimbingan (di luar waktu pengajaran)Tenaga pengajar yang memberi komitmen yang sepenuhnya bagi memastikan kecemerlangan pelajar bersedia berbincang bersama pelajar walaupun di luar waktu pengajaran dalam apa juga masalah berkaitan. Teknik perbincangan lebih dititikberatkan kerana teknik ini membantu pelajar dalam percambahan fikiran.4.3 T.O.VSaranan pengetua bagi mengamalkan system T.O.V dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu panitia mengkategorikan pelajar mengikut pencapaian mereka. Sehubungan itu penekanan khusus dapat diselengarakan dalam teknik pembelajaran pelajar. Namun demikian tiada pelajar yang diabaikan dalam amalan proses ini. 4.4 Ujian dan latihan ( Ujian Pengesanan Prestasi)Ujian bulanan dan latihan secara formatif dilaksanakan bagi memastikan prestasi pelajar di pantau. Setiap bulan iaitu pada minggu ketiga setiap bulan tenaga pengajar akan menyediakan soalan dan keputusan dicatatkan dalam unjuran pencapaian bulanan.4.5 Pemetaan Sukatan PelajaranPanitia menyediakan pemetaan yang sistematik bagi memastikan kelancaran P&P. Justeru sasaran bagi menghabiskan sukatan selama 15 minggu dan ulangkaji merangkumi 5 minggu dapat dilaksanakan.

4.6 Persediaan S.T.P.MWalaupun tenaga pengajar tidak melibatkan bilangan yang ramai, konsep bermusyawarah diamalkan. Perbincangan dalam pemilihan soalan, ramalan soalan dan mengikut piawaian MPM yang sebenar.

5.0 SASARAN / TARGET 2015Sasaran pencapaian keputusan yang tentunya lebih baik pada tahun 2015. Pihak panitia optimistik meramalkan pencapaian sebanyak 100% lulus dalam S.T.P.M tahun 2014. Walaubagaimanapun jangkaan peratusan amat bergantung kepada unjuran graf yang dilaksanakan oleh MPM namun tenaga pengajar yakin untuk mendapatkan keputusan A atau 4.00 NGMP dalam pengajian am tidak sukar jika komitmen pelajar dan pengajar dapat digembelingkan.

6.0 PENUTUPTahun demi tahun peningkatan yang baik dapat di tunjukkan oleh komitmen tenaga pengajar dan kemampuan pelajar dalam menguasai konten perse mata pelajaran KMK. Justeru komitmen dan iltizam tenaga pengajar dalam memastikan kecemerlangan akademik amat dititikberatkan. Sehubungan itu sokongan pihak pentadbir menjadi batu loncatan memastikan kejayaan S.M.K Gadong amnya.

Disediakan oleh,

(NORMADIAH LIASMAT)Ketua Jabatan,Kesusasteraan Melayu Komunikatif,SMK Gadong.