analisis soalan pembentangan

Upload: ahmad-fadhil-ramza

Post on 06-Mar-2016

228 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

BENTUK SOALAN

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

Analisis soalan

ANALISIS ITEMS SOALAN OBJEKTIFSoalan/ Item 1Bagi soalan ini, seramai lima orang telah menjawab soalan ini dengan betul. Ini bermakna bilangan calon menjawab dengan betul seramai lima orang dibahagikan dengan jumlah calon yang menjawab soalan seramai lima orang. Dengan merujuk kepada Penilaian Rujukan Norma, aras kesukaran dan pengkelasan itemnya ialah 1.00 yang mana soalan ini terlalu mudah buat pelajar dan murid-murid yang gagal di dalam kelas ini. Implikasinya ialah soalan ini perlulah dipertimbangkan untuk dikekalkan bagi memberikan bantuan kepada murid-murid yang gagal dalam ujian.

Soalan/ Item 2Bagi soalan ini, seramai tiga orang telah menjawab soalan ini dengan betul. Ini bermakna bilangan calon menjawab dengan betul seramai tiga orang dibahagikan dengan jumlah calon yang menjawab soalan seramai lima orang. Dengan merujuk kepada Penilaian Rujukan Norma, aras kesukaran dan pengkelasan itemnya ialah 0.6 yang mana soalan ini sederhana sukar buat pelajar dan murid-murid yang gagal di dalam kelas ini. Implikasinya ialah soalan ini perlulah dikekalkan bagi memberikan cabaran ataupun merangsang kemampuan berfikir murid-murid.

Soalan/Item 3Bagi soalan ini, seramai dua orang telah menjawab soalan ini dengan betul. Ini bermakna bilangan calon menjawab dengan betul seramai dua orang dibahagikan dengan jumlah calon yang menjawab soalan seramai lima orang. Dengan merujuk kepada Penilaian Rujukan Norma, aras kesukaran dan pengkelasan itemnya ialah 0.4 yang mana soalan ini adalah sukar bagi pelajar yang gagal di dalam kelas ini. Implikasinya ialah soalan ini perlulah disemak semula bagi membantu murid-murid yang gagal dalam ujian.

Soalan/ Item 4Bagi soalan ini, seramai empat orang telah menjawab soalan ini dengan betul. Ini bermakna bilangan calon menjawab dengan betul seramai empat orang dibahagikan dengan jumlah calon yang menjawab soalan seramai lima orang. Dengan merujuk kepada Penilaian Rujukan Norma, aras kesukaran dan pengkelasan itemsnya ialah 0.8 yang mana soalan ini adalah mudah buat pelajar dan murid-murid yang sederhana dalam kelas ini. Implikasinya ialah soalan ini perlulah dipertimbangkan atau dikekalkan untuk membantu murid yang gagal dalam ujian.

Soalan/ items 5 Bagi soalan ini, seramai dua orang telah menjawab soalan ini dengan betul. Ini bermakna bilangan calon menjawab dengan betul seramai dua orang dibahagikan dengan jumlah calon yang menjawab soalan seramai lima orang. Dengan merujuk kepada Penilaian Rujukan Norma, aras kesukaran dan pengkelasan itemnya ialah 0.4 yang mana soalan ini adalah sukar bagi pelajar yang gagal di dalam kelas ini. Implikasinya ialah soalan ini perlulah disemak semula bagi membantu murid-murid yang gagal dalam ujian. Pelajar yang gagal perlulah lebih berusaha untuk meningkatkan tahap pencapaiannya supaya tidak ketinggalan dalam pelajaran.

Soalan/ items 6 Bagi soalan ini, seramai dua orang telah menjawab soalan ini dengan betul. Ini bermakna bilangan calon menjawab dengan betul seramai dua orang dibahagikan dengan jumlah calon yang menjawab soalan seramai lima orang. Dengan merujuk kepada Penilaian Rujukan Norma, aras kesukaran dan pengkelasan itemnya ialah 0.25 yang mana soalan ini adalah sukar bagi pelajar yang gagal di dalam kelas ini. Implikasinya ialah soalan ini perlulah disemak semula bagi membantu murid-murid yang gagal dalam ujian. Selain itu, guru perlu membuat lebih banyak latihan kepada pelajar supaya sentiasa bersedia menghadapi ujian.

ANALISIS ITEMS SOALAN SUBJEKTIFSoalan/ item 1Bagi soalan subjektif yang pertama seramai 2 orang pelajar yang dapat menjawab dengan betul. Markah purata diperoleh dengan mendarabkan markah penuh pelajar yang cemerlang/betul 5x2=10. Kemudian 10 dibahagi dengan 5(keseluruhan pelajar yang menjawab)=2. Purata markah dibahagikan dengan julat markah penuh yang ditetapkan ialah 5. Jadi 2/5=0.4.Oleh itu, dengan merujuk kepada Penilaian Rujukan Norma, aras kesukaran dan pengkelasan itemsnya ialah 0.4 yang mana soalan ini adalah sukar buat pelajar dan murid-murid yang gagal di dalam kelas ini dan memberi kemudahan kepada murid yang cemerlang. Implikasinya ialah soalan ini perlulah digantikan dengan soalan lain yang lebih mudah bagi membantu murid-murid yang gagal kerana sukar. Walaupun terdapat juga 2 pelajar cemerlang, guru perlulah bersikap adil kepada semua murid.

Soalan/ item 2Bagi soalan subjektif kedua, seramai 5 orang yang dapat menjawab dengan betul. Ini kerana soalan ini adalah berasaskan pendapat dan aras pemikiran. Markah purata diperoleh dengan mendarabkan markah penuh pelajar yang cemerlang/betul 5x5=25. 25 akan dibahagikan dengan keseluruhan pelajar iaitu 5 dan mendapat jawapan 5. Oleh itu, purata markah ialah 5. Purata markah dibahagikan dengan julat markah penuh yang tetapkan ialah 8. Jadi 5/8=0.625.Oleh itu, dengan merujuk kepada Penilaian Rujukan Norma, aras kesukaran dan pengkelasan item ialah 0.625 yang mana soalan ini adalah terlalu mudah buat pelajar dan murid-murid yang gagal di dalam kelas ini. Ini kerana semua pelajar dapat menjawab soalan ini dengan baik dan betul. Implikasinya ialah soalan ini perlulah dikekalkan bagi memberikan cabaran ataupun merangsang kemampuan berfikir murid-murid. Soalan ini perlu dikekalkan untuk memberikan keadilan kepada semua sama ada pelajar cemerlang dan pelajar gagal.