analisis perbandingan antara pemikiran ibn ‘abd al...

16
ANALISIS PERBANDINGAN ANTARA PEMIKIRAN IBN ‘ABD AL-SALAM (M660H) DAN AL-SHATIBI (M790H) TENTANG TEORI BID‘AH SYED MOHD JEFFRI BIN SYED JAAFAR TESIS DISERAHKAN SEBAGAI MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH DOKTOR FALSAFAH AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2017

Upload: ngodung

Post on 21-Mar-2019

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ANALISIS PERBANDINGAN ANTARA PEMIKIRAN IBN ‘ABD AL …studentsrepo.um.edu.my/7430/3/Premilinari_Tesis.pdf · atas junjungan besar baginda Rasulullah SAW serta kaum kerabatnya dan

ANALISIS PERBANDINGAN ANTARA PEMIKIRAN

IBN ‘ABD AL-SALAM (M660H) DAN AL-SHATIBI (M790H)

TENTANG TEORI BID‘AH

SYED MOHD JEFFRI BIN SYED JAAFAR

TESIS DISERAHKAN SEBAGAI MEMENUHI

KEPERLUAN BAGI IJAZAH

DOKTOR FALSAFAH

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM

UNIVERSITI MALAYA

KUALA LUMPUR

2017

Page 2: ANALISIS PERBANDINGAN ANTARA PEMIKIRAN IBN ‘ABD AL …studentsrepo.um.edu.my/7430/3/Premilinari_Tesis.pdf · atas junjungan besar baginda Rasulullah SAW serta kaum kerabatnya dan

iii

ABSTRAK

Polemik mengenai bid‘ah sering menjadi perbahasan yang hangat dalam kalangan ilmuan

Islam dan ianya bertitiktolak daripada perbezaan persepsi mereka terhadap terminologi bid‘ah

itu sendiri. Terdapat dua aliran yang saling bertentangan dalam menanggapi konsep bid‘ah.

Antara yang menjadi pelopor bagi kedua-dua aliran tersebut adalah Ibn ‘Abd al-Salam

(M660H) dan al-Shatibi (M790H). Al-Shatibi yang hidup setelah satu kurun dari zaman Ibn

‘Abd al-Salam memberikan beliau peluang untuk membahaskan serta mengkritik secara

terbuka teori yang dinyatakan oleh Ibn ‘Abd al-Salam serta kelompok yang membahagikan

bid‘ah kepada dua iaitu hasanah dan dalalah. Kajian ini bertujuan mengkaji asas pemikiran

Ibn ‘Abd al-Salam (M660H) dan al-Shatibi (M790H) tentang teori bid‘ah berserta

relevansinya terhadap kerangka pemikiran zaman awal. Kajian ini berbentuk kualitatif

dengan menggunakan sepenuhnya metode perpustakaan bagi tujuan mengumpul data.

Manakala proses penganalisaan data dijalankan menerusi metode induktif, dekdutif dan

komparatif. Kajian mendapati latar belakang kehidupan kedua-dua tokoh turut

mempengaruhi pemikiran keduanya tentang bid’ah. Kajian juga turut mendapati perbezaan

manhaj dalam mentafsirkan nas berhubung teori bid’ah turut menimbulkan persepsi yang

bertentangan antara satu sama lain. Implikasi dari konflik tersebut melahirkan kefanatikan

aliran dengan adanya gerakan pembelaan terhadap pandangan kedua-duanya. Kajian turut

merumuskan teori yang dikembangkan oleh Ibn ‘Abd al-Salam menepati realiti yang berlaku

khususnya di Malaysia berdasarkan susur galur perkembangan hukum Islam dan kerangka

pemikiran zaman awal. Bagi mengharmonikan kedua-dua pandangan ini, setiap pendokong

bagi kedua-dua aliran perlu mengiktiraf perkara-perkara yang disepakati dan perkara yang

diperselisihkan berhubung teori bid‘ah. Adapun perkara yang disepakati tentang

kesesatannya wajar ditolak manakala perkara yang diperselisihkan perlu diurus berdasarkan

adab serta etika prinsip berkhilaf.

Page 3: ANALISIS PERBANDINGAN ANTARA PEMIKIRAN IBN ‘ABD AL …studentsrepo.um.edu.my/7430/3/Premilinari_Tesis.pdf · atas junjungan besar baginda Rasulullah SAW serta kaum kerabatnya dan

iv

ABSTRACT

The issue of bid‘ah has been a polemic subject among muslim scholars for a long time. It is

largely attributed by the differences of their perception about the terminology of bid‘ah itself.

There are two conflicting streams in response to the concept of bid‘ah. Among the pioneers

of the two streams are Ibn ‘Abd al-Salam (M660H) and al-Shatibi (M790H). Coming a

century after Ibn ‘Abd al-Salam, it gives al-Shatibi the opportunity to debate openly and

criticize the theory stated by Ibn ‘Abd al-Salam as well as other groups that divided heresy

into two; hasanah and dalalah. This thesis aims to comparatively study thoughts of Ibn ‘Abd

al-Salam (D660H) and al-Shatibi (D790H) on the theory of bid‘ah within the development of

Islamic law based on the framework at early times of Islam. This qualitative study uses the

library methodology completely as the data collection process, and the data analysis process

is carried out through the methods of inductive, deductive and comparative. The study found

that the life background of both scholars had influenced their thoughts on the concept of

bid‘ah. The study also found the differences in the interpretation of texts related to the theory

of bid‘ah also engendered the perceptions that contradict toward each other. This conflict also

resulted in a big impact on Muslim unity, creating discord and confusion in understanding

the Islamic law. The study also concludes that a theory developed by Ibn ‘Abd al-Salam is

more suitable with the reality in Malaysia based on the development of Islamic law and the

framework at early times of Islam. In harmonizing these two views, each proponents of both

schools should recognize the things agreed and disagreed upon the matters in relation to the

theory of bid‘ah. As for the things that are unanimously agreed on its digression, it must

totally be rejected among the scholars while for the disputed matters, they should discuss

with courtesy and full of ethics so that at the end of that discussion, they will make the best

solution for ummah.

Page 4: ANALISIS PERBANDINGAN ANTARA PEMIKIRAN IBN ‘ABD AL …studentsrepo.um.edu.my/7430/3/Premilinari_Tesis.pdf · atas junjungan besar baginda Rasulullah SAW serta kaum kerabatnya dan

v

PENGHARGAAN

Alhamdulillah segala puji-pujian yang selayaknya bagi zat Allah SWT, selawat dan salam ke

atas junjungan besar baginda Rasulullah SAW serta kaum kerabatnya dan para sahabat rah.

Tidak ada kata yang dapat diungkapkan dan tidak ada tulisan mahupun lukisan dapat

dilukiskan, hanya pujian kepada Allah al-Rahman al-Rahim yang sentiasa memayungi,

melindungi, mengilhami, memberi kelapangan di dalam hati dengan iman dan ilmu,

menjadikan setiap kesulitan itu jalan keluar serta mencurahkan rahmat serta kasih sayang-

Nya sehingga penulis berjaya melalui liku-liku yang agak sukar namun kesudahan yang

manis apabila melihat sebuah penulisan yang bermakna buat penulis terhasil.

Penulis ingin merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga

kepada Dr. Saadan Bin Man selaku penyelia atas bantuan, bimbingan, teguran, nasihat,

lontaran idea serta buah fikiran sepanjang tempoh penyelidikan dan juga pengajian penulis

di Universiti Malaya. Semoga Allah SWT memberkati beliau untuk terus mencurahkan ilmu

dan dan menabur bakti di dalam lapangan akademik buat umat Islam.

Setinggi-tinggi penghargaan turut dirakamkan buat semua kakitangan Akademi

Pengajian Islam, Universiti Malaya (APIUM) khususnya ketua Jabatan Fiqh & Usul Dr.

Luqman Hj Abdullah dan Dr. Ridzwan Ahmad (mantan ketua jabatan) yang banyak memberi

sokongan dan dokongan terhadap penulisan tesis ini. Penghargaan khusus buat Prof Madya

Dr. Abd Karim Ali yang banyak memberi tasyji’ serta bantuan baik dari segi idea, moral,

mahupun material kepada penulis. Tidak lupa juga, penghargaan turut dititipkan kepada Prof

Madya Dr. Rahimin Affandi, Dr. Mohd Anuar Ramli, Dr. Mohamad Zaidi yang banyak

memberi bantuan dan tunjuk ajar serta kesemua pensyarah Jabatan Fiqh & Usul yang banyak

membantu penulis dari sudut mengembangkan idea penulisan. Penghargaan juga buat

K.Linda dan K. Noriah sebagai pemudah cara di dalam pelbagai urusan berkaitan teknikal

pengajian. Ucapan syukur dan terima kasih juga diucapkan kepada Kementerian Pengajian

Tinggi dan Universiti Malaya yang menaja sepanjang pengajian ini sehingga selesai dibawah

skim Skim Latihan Akademi (SLAI).

Tiada kata-kata yang boleh diungkapkan kepada Abah dan Umi melainkan syukur.

Buat Abahku Syed Jaafar Syed Sulaiman (2002M) terima kasih atas pengorbanan abah

selama ini yang mendidik diri ini sehingga ke akhir hayat walaupun abah tidak sempat

melihat anak abah sampai ke tahap ini. Semoga arwah abah tenang di sana dan dirahmati

Page 5: ANALISIS PERBANDINGAN ANTARA PEMIKIRAN IBN ‘ABD AL …studentsrepo.um.edu.my/7430/3/Premilinari_Tesis.pdf · atas junjungan besar baginda Rasulullah SAW serta kaum kerabatnya dan

vi

serta diampuni Allah SWT. Buat Umi Sarifah Zauwiah Syed Mustafar, tiada perkataan yang

mampu digambarkan atas pengorbanan, sokongan dan dorongan yang umi curahkan dalam

mendidik kami adik beradik walaupun tanpa abah disisi. Alhamdulillah umi berjaya

mendidik kami adik beradik menjadi insan yang berguna. Allah SWT sahaja yang mampu

membalasnya.

Titipan teristimewa buat isteri tercinta Siti Zainab Ab Rahim@Khanafiah yang sudi

menanggung susah senang bersama walapun terpaksa berjauhan untuk tempoh yang lama,

begitu juga buat puteriku Sharifah Aisyah Humaira yang disayangi turut terkesan sama,

mudah-mudahan ia menjadi pembakar semangat disuatu ketika. Terima kasih juga diucapkan

kepada ibu bapa mertua Ab Rahim@Khanafiah Bin Mamat dan Ruhana binti Isa atas doa

dan nasihat dan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada penulis. Penghargaan juga buat

adik beradik A.lan, Akak, A.din, K.nor, Ngah, K.Azah, A.yen, K.Od, A,yee, K.Ina, Adik,

anak-anak sedara serta ipar duai atas doa dan sokong yang berterusan kepada penulis.

Tidak dilupai juga jasa sahabat perjuangan Amin Ahmad, Rosdi Hassan serta rakan

Darul Muttaqin, SMA Al-Khairiah Temerloh atas perkongsian ilmu dan pengalaman .Akhir

kata kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menghasilkan

kajian ini, penulis mendoakan agar kesemuanya mendapat ganjaran berganda dari Allah

SWT.

Sekian, Terima Kasih.

Syed Mohd Jeffri Bin Syed Jaafar

Jabatan Fiqh & Usul,

Akademi Pengajian Islam,

50603 Universiti Malaya

[email protected]

20 April 2017/ 23 Rejab 1438H

Page 6: ANALISIS PERBANDINGAN ANTARA PEMIKIRAN IBN ‘ABD AL …studentsrepo.um.edu.my/7430/3/Premilinari_Tesis.pdf · atas junjungan besar baginda Rasulullah SAW serta kaum kerabatnya dan

vii

DEDIKASI

Kupanjatkan rasa syukur kepada Ilahi,

Kerna dengam limpah kurnia dan inayahnya, aku berjaya mengharungi,

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi,

PerjuanganMu menjadi inspirasi,

Demi anakMU, kau curahkan segala bakti,

Hanya Allah sahaja yang mampu membalasi,

Jasa Ibu Bapa kepada kami,

Tidak dilupa Ibu Bapa mertua yang dikasihi,

Merestui perjuangan ini,

Buat anak dan isteri,

Kamu menanggung kesan tak terperi,

Berjaya mengharungi onak dan duri,

Meneruskan bahtera kehidupan ini,

Demikian juga adik beradik serta kaum kerabat yang dikasihi,

Menyinari hidup dengan pelangi,

Bersama ipar duai dikelilingi,

Atas doa yang mengiringi,

Buat semua pensyarah yang aku segani,

Juga dikasihi dan dihormati,

Segala ilmunya dicurahi,

Terus berbakti kepada insani,

Menabur bakti tidak terperi

Juga semua sahabat yang kusenangi

Gelak ketawa diiringi,

Hanya kenangan yang bersemadi,

Tiada sepertimu dapat diganti,

Tesis ini tanda usainya Ph.D,

Namun pengajian ini silih berganti,

Kepada semua yang mengenali diri

Kupohon dalam doa diingati,

Ucapan alfun syukran sebagai pengganti,

Salah dan Silap mohon dimaafi

Page 7: ANALISIS PERBANDINGAN ANTARA PEMIKIRAN IBN ‘ABD AL …studentsrepo.um.edu.my/7430/3/Premilinari_Tesis.pdf · atas junjungan besar baginda Rasulullah SAW serta kaum kerabatnya dan

viii

ISI KANDUNGAN

ABSTRAK……………………………………………………………………………….…iii

ABSTRACT…………………………………………………………………………….......iv

PENGHARGAAN…………………………………………………………………………..v

DEDIKASI……………………………………………………………………………...….vii

ISI KANDUNGAN……………………..………….…………………………………...…viii

SENARAI RAJAH………………………………………………………………….…….xiii

SENARAI JADUAL………………………………………………………………....……xiv

SENARAI KEPENDEKAN…………………………………………………….………....xv

PANDUAN TRANSLITERASI………………………………………………..…………xvi

BAB 1: PENDAHULUAN……………………….………………………………………....1

1.1 Pengenalan……………………………………………………………………….………1

1.2 Latar Belakang Kajian……………………………………………………...……………1

1.3 Pernyataan Masalah Kajian……………………………………………………………...5

1.4 Persoalan Kajian…………………………………………………………………………5

1.5 Objektif Kajian…………………………………………………………………………..6

1.6 Kepentingan Kajian……………………………………………………………………...6

1.7 Skop Kajian………………………………………………………………………...……7

1.8 Sorotan Literatur…………………………………………………………………………8

1.9 Metodologi Kajian…………………………………………………………………...…15

1.9.1 Metode pengumpulan data……………………………………………….....…15

1.9.2 Metode analisis data………………………………………………………...…17

Page 8: ANALISIS PERBANDINGAN ANTARA PEMIKIRAN IBN ‘ABD AL …studentsrepo.um.edu.my/7430/3/Premilinari_Tesis.pdf · atas junjungan besar baginda Rasulullah SAW serta kaum kerabatnya dan

ix

BAB 2: KONSEP BID‘AH SERTA PERBINCANGAN DALAM HUKUM ISLAM…....20

2.1 Pendahuluan…………………………………………………………………………....20

2.2 Konsep Bid‘ah………………………………………………………………….………20

2.3 Pernyataan takrifan bid‘ah menurut ulama mutaqaddimin…………………….………24

2.4 Batasan perbahasan bid‘ah dalam hukum Islam…………………………….....………46

2.5 Kecaman terhadap perkara bid‘ah…………………………………………………...…48

2.5.1 Berdasarkan al-Quran…………………………...………………………………49

2.5.2 Berdasarkan Hadis………………………………………………………...……50

2.5.3 Kata-kata sahabat dan para tabi’in………………………………………………53

2.6 Asas-asas kefahaman bid‘ah di dalam hukum Islam……………………...……………61

2.7 Cubaan melakukan bid‘ah pada zaman Rasulullah SAW……….….………………...67

2.8 Hubungan bid‘ah dengan beberapa istilah yang berkaitan………………..……………69

2.8.1 Bid‘ah dan sunnah……………………………………………….………………69

2.8.2 Bid‘ah dan maslahah…………………………………………..……….….….…72

2.8.3 Bid‘ah dan istihsan………………………………………..……………….….…76

2.8.4 Bid‘ah dan al-tark…………………………………………….…………………79

2.9 Beberapa contoh bid‘ah………………………………………………….………..……88

2.9.1 Bid‘ah yang disepakati………………………………………….………….……88

2.9.2 Bid‘ah yang diperselisihkan…………………………………….……….….…..88

2.10 Kesimpulan………………………………………………………….…………….......89

BAB 3: LATAR BELAKANG KEHIDUPAN IBN ‘ABD AL-SALAM DAN AL-SHATIBI ...91

3.1 Pendahuluan……………………………………………………………………………91

3.2 Biografi Ibn ‘Abd al-Salam ……………………………………………….….………..91

3.2.1 Nama dan gelaran…………………………………………………….….………91

Page 9: ANALISIS PERBANDINGAN ANTARA PEMIKIRAN IBN ‘ABD AL …studentsrepo.um.edu.my/7430/3/Premilinari_Tesis.pdf · atas junjungan besar baginda Rasulullah SAW serta kaum kerabatnya dan

x

3.2.2 Lahir dan Kewafatan………………………………………………….…………92

3.2.3 Pendidikan……………………………………………………………...……..…93

3.2.4 Guru-guru……………………………………………………………………..…95

3.2.5 Anak Murid……………………………………………………………..……..…96

3.2.6 Penulisan………………………………………………………………….…..…98

3.2.7 Faktor yang mempengaruhi pemikiran Ibn ‘Abd al-Salam……………..………102

3.3 Biografi al-Shatibi …………………………………...………...……………………114

3.3.1 Nama dan gelaran……………………………………………………..………..114

3.3.2 Lahir dan Kewafatan…………………………………………………...………115

3.3.3 Pendidikan………………………………………………..……………………116

3.3.4 Guru-guru………………………………………………………………...……117

3.3.5 Anak Murid…………………………………………………………….………118

3.3.6 Penulisan……………………………………………………………………….119

3.3.7 Faktor-faktor yang mempengaruhi pemikiran al-Shatibi ………………………123

3.4 Kesimpulan……………………………………………………………………….…138

BAB 4: ANALISIS PERBANDINGAN PEMIKIRAN IBN ‘ABD AL-SALAM DAN AL-

SHATIBI BERHUBUNG TEORI BID‘AH………………………………………………139

4.1 Pendahuluan……………………………………………………………………..……139

4.2 Salasilah perguruan Ibn ‘Abd al-Salam dan al-Shatibi serta perkaitan dalam perbahasan

bid‘ah……….……………………………………………………………………...…139

4.3 Analisis Perbandingan konsep bid‘ah antara Ibn ‘Abd al-Salam dan al-Shatibi ……..142

4.4 Klasifikasi Pembahagian bid‘ah menurut Ibn ‘Abd al-Salam dan al-Shatibi……..….153

4.5 Penolakan al-Shatibi terhadap pembahagian ahkam al-khamsah………………..……165

4.6 Persamaan dan perbezaan kefahaman antara Ibn ‘Abd al-Salam dan al-Shatibi mengenai

bid‘ah………………………………………………………………………………....167

Page 10: ANALISIS PERBANDINGAN ANTARA PEMIKIRAN IBN ‘ABD AL …studentsrepo.um.edu.my/7430/3/Premilinari_Tesis.pdf · atas junjungan besar baginda Rasulullah SAW serta kaum kerabatnya dan

xi

4.7 Konsistensi aplikasi teori bid‘ah oleh Ibn ‘Abd al-Salam dan al-Shatibi di dalam fatwa

semasa………………………………………………………...…...………………….169

4.8 Analisis asas perbezaan terhadap pentafsiran nas berhubung bid‘ah…………………175

4.9 Relevansi pemikiran Ibn ‘Abd al-Salam dan al-Shatibi mengenai bid‘ah terhadap

kerangka bid‘ah golongan salaf al-salih………………………………………………228

4.9.1 Zaman Rasulullah SAW………………………………………………….….…229

4.9.2 Zaman Sahabat…………………………………………………………...…….250

4.9.3 Zaman tabi‘in, tabi‘ tabi‘in dan ulama muktabar…………………………..…264

4.10 Komentar terhadap teori yang dikemukakan oleh al-Shatibi berdasarkan kerangka

pemikiran zaman salaf al-salih……………………………………………………268

4.11 Rumusan Perbincangan teori bid‘ah antara Ibn ‘Abd al-Salam dan al-Shatibi ……274

4.12 Parameter dalam memahami bid‘ah yang tertolak di dalam Islam…………..……277

4.13 Kesimpulan………………………………………………………………….……284

BAB 5: KESAN KONFLIK PEMIKIRAN AL-SHATIBI DAN IBN ‘ABD AL- SALAM

MENGENAI TEORI BID‘AH TERHADAP MASYARAKAT……………………….…285

5.1 Pendahuluan…………………………………………………………………..………285

5.2 Kewujudan dua aliran di dalam memahami bid‘ah……………………………………286

5.3 Impak Positif………………………………………………………………………….299

5.3.1 Meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan ilmu di dalam beramal...……299

5.3.2 Menjadi daya imbang antara dua sifat yang berlebihan………………….……300

5.4 Impak Negatif…………………………………………………………………………302

5.4.1 Implikasi terhadap perkembangan hukum hakam di dalam Islam……….……302

5.4.2 Budaya label melabel…………………………………………………………303

5.4.3 Perpecahan ideologi serta membawa perpecahan kepada umat Islam……….303

5.4.4 Pukul rata terhadap setiap perkara baharu yang tidak pernah berlaku pada zaman

Page 11: ANALISIS PERBANDINGAN ANTARA PEMIKIRAN IBN ‘ABD AL …studentsrepo.um.edu.my/7430/3/Premilinari_Tesis.pdf · atas junjungan besar baginda Rasulullah SAW serta kaum kerabatnya dan

xii

awal……………………………………………………………………….…304

5.4.5 Mengheret orang awam kepada perselisihan ulama……………………..……305

5.5 Kaedah penyelesaian……………………………………………………………….…306

5.5.1 Muhasabah diri…………………………………………………………….…306

5.5.2 Mengiktiraf perkara yang diperselisihkan dan perkara yang disepakati dalam

memahami bid‘ah……………………………………………………………307

5.5.3 Mementingkan maslahah umat Islam………………………………………..309

5.5.4 Meletakkan perbahasan khilafiah bagi orang awam kepada pandangan mufti..312

5.5.5 Tolak ansur serta menghormati perkara khilafiah yang telah menjadi uruf di

dalam masyarakat selagi mana tidak menyalahi dalil yang qat‘i………..……314

5.6 Kesimpulan……………………………………………………………………..…….315

BAB 6: PENUTUP……………………………………………………………………….316

6.1 Pendahuluan………………………………………………………………………..…316

6.2 Dapatan Kajian………………..…………………………………………………...….316

6.3 Saranan dan Cadangan ………………………………………………………..………329

6.4 Penutup…………………………………………………………………………..……331

RUJUKAN………………………………………………………………………..………332

LAMPIRAN………………………………………………………………………………360

Page 12: ANALISIS PERBANDINGAN ANTARA PEMIKIRAN IBN ‘ABD AL …studentsrepo.um.edu.my/7430/3/Premilinari_Tesis.pdf · atas junjungan besar baginda Rasulullah SAW serta kaum kerabatnya dan

xiii

SENARAI RAJAH

Rajah 1.1: Skop perbincangan kajian………………………………………….…………..7

Rajah 4.1: Salasilah perguruan al-Shatibi dan Ibn ‘Abd al-Salam………………………141

Rajah 4.2: Pembahagian bid‘ah menurut Ibn ‘Abd al-Salam…………………………….155

Rajah 4.3: Pembahagian bid‘ah menurut al-Shatibi ……………………………………..159

Rajah 4.4: Perbezaan pembahagian bid‘ah antara Ibn ‘Abd al-Salam dan al-Shatibi ……160

Rajah 4.6: Lakaran Perbezaan dan Persamaan Pengklasifikasian bid‘ah menurut Ibn ‘Abd

al-Salam dan al-Shatibi …………………………………...…………….……168

Rajah 4.8: Ciri-ciri bid‘ah menurut Ibn ‘Abd al-Salam dan al-Shatibi …………………169

Rajah 5.1: Implikasi pemikiran Ibn ‘Abd al-Salam………………………………………298

Rajah 5.2: Implikasi pemikiran al-Shatibi ……………………………………....………298

Page 13: ANALISIS PERBANDINGAN ANTARA PEMIKIRAN IBN ‘ABD AL …studentsrepo.um.edu.my/7430/3/Premilinari_Tesis.pdf · atas junjungan besar baginda Rasulullah SAW serta kaum kerabatnya dan

xiv

SENARAI JADUAL

Jadual 2.1: Jadual fuqaha yang menerima dan menolak pembahagian bid‘ah kepada

hasanah dan dalalah dari sudut istilah………………………………….…….44

Jadual 3.1: Rumusan Latar belakang kehidupan Ibn ‘Abd al-Salam dan al-Shatibi ……137

Jadual 4.5: Perbezaan kefahaman antara Ibn ‘Abd al-Salam dan al-Shatibi mengenai

bid‘ah……………………………………………………………..…………167

Jadual 6.1: Rumusan perbezaan pemikiran antara Ibn ‘Abd al-Salam dan al-Shatibi tentang

bid‘ah………………………………………………………………..………323

Page 14: ANALISIS PERBANDINGAN ANTARA PEMIKIRAN IBN ‘ABD AL …studentsrepo.um.edu.my/7430/3/Premilinari_Tesis.pdf · atas junjungan besar baginda Rasulullah SAW serta kaum kerabatnya dan

xv

SENARAI KEPENDEKAN

Abd : Abdul

As : Alaihissalam

Ed : Editor

Et.al : Pengarang dan lain-lain (Lebih dari dua pengarang)

H : Hijrah

M : Meninggal, Masihi (Tahun)

Ibid. : Ibidem (rujukan berulang)

RA : Radiyallahuanhu

RAH : Radiyallahuanha/hum/huma

RH : Rahimahullah

SAW : Sallah Allah Alayh Wassalam

SWT : Subhanahu Wa Ta‘ala

Terj. : Terjemahan

t:p : Tanpa penerbit

t:t : Tanpa tempat, tanpa tahun

UIAM : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

UKM : Universiti Kebangsaan Malaysia

UM : Universiti Malaya

USIM : Universiti Sains Islam Malaysia

Page 15: ANALISIS PERBANDINGAN ANTARA PEMIKIRAN IBN ‘ABD AL …studentsrepo.um.edu.my/7430/3/Premilinari_Tesis.pdf · atas junjungan besar baginda Rasulullah SAW serta kaum kerabatnya dan

xvi

PANDUAN TRANSLITERASI

Senarai panduan tersebut adalah seperti berikut:1

1. Konsonan

Huruf Arab Nama dan Transkripsi Huruf Arab Nama dan Transkripsi

T ط a, ’ (Hamzah) ا,ء

Z ظ B ب

‘ ع T ت

Gh غ Th ث

F ف J ج

Q ق H ح

K ك Kh خ

L ل D د

M م Dh ذ

N ن R ر

W و Z ز

H ه S س

Y ي Sh ش

H,T ة S ص

D ض

2. Vokal dan Diftong

Vocal Pendek Transliterasi Contoh Transliterasi

(fathah) A ق نت Qanata

(kasrah) I سلم Salima

1 Pejabat Ijazah Tinggi APIUM, Panduan Penulisan Ilmiah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya,

Edisi Ketiga, (Kuala Lumpur : Universiti Malaya, 2012) 45.

Page 16: ANALISIS PERBANDINGAN ANTARA PEMIKIRAN IBN ‘ABD AL …studentsrepo.um.edu.my/7430/3/Premilinari_Tesis.pdf · atas junjungan besar baginda Rasulullah SAW serta kaum kerabatnya dan

xvii

dammah) U جعل Ju’ila

Vocal Panjang Transliterasi Contoh Transliterasi

bab/kubra بب /كب رى A ا/ى

Wakil وكيل I ي

Surah سورة U و

Diftong Transliterasi Contoh Transliterasi

و Aw قول Qawl

ر Ay ي Khayr خي

Quwwah قوة Uww و

arabiy/i‘ عرب iy/i ي