pertandingan analisis senario habitat …5].pdf · dipersembahkan dalam bentuk teks, rajah, jadual...

26
1 KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN PERTANDINGAN ANALISIS SENARIO HABITAT SEMPENA SAMBUTAN HARI HABITAT SEDUNIA 2015 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pertandingan Analisis Senario Habitat adalah satu pentas di mana para peserta menggunakan pemikiran kritikal untuk mencari jalan penyelesaian kepada satu senario atau masalah habitat yang diutarakan; dan 1.2 Pertandingan ini bertujuan untuk melatih peserta berfikir secara logik dan membuat pertimbangan yang rasional semasa berhadapan dengan masalah. 2.0 OBJEKTIF 2.1 Memberi peluang pendedahan dan meningkatkan kesedaran peserta tentang isu-isu habitat semasa; 2.2 Meningkatkan kemahiran peserta mengenalpasti dan menganalisis masalah yang dihadapi; 2.3 Melatih peserta berfikir secara logik dan membuat pertimbangan rasional dalam menyelesaikan masalah; 2.4 Membina keyakinan diri peserta dalam menyuarakan pendapat dan idea; dan 2.5 Menggalakkan peserta melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam mengumpulkan maklumat yang komprehensif.

Upload: doanminh

Post on 14-Feb-2018

251 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERTANDINGAN ANALISIS SENARIO HABITAT …5].pdf · dipersembahkan dalam bentuk teks, rajah, jadual dan lain- ... Pertandingan Analisis Senario Habitat ini adalah pelajar dan pensyarah

 

1    

KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

PERTANDINGAN ANALISIS SENARIO HABITAT SEMPENA SAMBUTAN HARI HABITAT SEDUNIA 2015

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pertandingan Analisis Senario Habitat adalah satu pentas di mana para

peserta menggunakan pemikiran kritikal untuk mencari jalan penyelesaian kepada satu senario atau masalah habitat yang diutarakan; dan

1.2 Pertandingan ini bertujuan untuk melatih peserta berfikir secara logik dan membuat pertimbangan yang rasional semasa berhadapan dengan masalah.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memberi peluang pendedahan dan meningkatkan kesedaran peserta

tentang isu-isu habitat semasa;

2.2 Meningkatkan kemahiran peserta mengenalpasti dan menganalisis masalah yang dihadapi;

2.3 Melatih peserta berfikir secara logik dan membuat pertimbangan rasional

dalam menyelesaikan masalah;

2.4 Membina keyakinan diri peserta dalam menyuarakan pendapat dan idea; dan

2.5 Menggalakkan peserta melakukan penyelidikan dan pembangunan

(R&D) dalam mengumpulkan maklumat yang komprehensif.

Page 2: PERTANDINGAN ANALISIS SENARIO HABITAT …5].pdf · dipersembahkan dalam bentuk teks, rajah, jadual dan lain- ... Pertandingan Analisis Senario Habitat ini adalah pelajar dan pensyarah

 

2    

3.0 KUMPULAN SASAR 3.1 Pertandingan ini terbahagi kepada tiga (3) kategori iaitu:

i. Sekolah Menengah Rendah (Tingkatan 1-3); ii. Sekolah Menengah Atas (Tingkatan 4-6); dan iii. Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

4.0 FORMAT PERTANDINGAN

4.1 Satu (1) senario telah disediakan berdasarkan tema Kualiti Hidup di

Kawasan Perumahan Kos Rendah (termasuk setinggan) oleh Jawatankuasa Penggubalan Senario Habitat 2015 bagi penyertaan setiap kategori peserta.

4.2 Setiap kumpulan dikehendaki menganalisis senario yang telah disediakan dan mereka bentuk penyelesaian yang bersesuaian. Rujukan garis panduan daripada Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBDSM) amatlah digalakkan. Capaian garis panduan boleh didapati di http://www.mytownnet.blogspot.com/p/planning-guidelines.html.

4.3 Analisis dan cadangan penyelesaian yang dihasilkan oleh setiap

kumpulan perlu dikemukakan:

4.3.1 dalam format PowerPoint (*.ppt) yang tidak melebihi 20 slaid. Penggunaan ciri-ciri interaktif media seperti audio, video atau lain-lain adalah digalakkan (menggunakan format .avi atau .wav);

4.3.2 latar belakang slaid hendaklah berwarna putih;

4.3.3 bagi IPT, kandungan slaid hendaklah mengandungi perkara-perkara seperti berikut:

(i) kajian literatur (literature review) merujuk kepada teori,

model, konsep dan teknik;

(ii) metodologi merujuk kepada penerangan secara terperinci tentang sampel, instrumen, bahan, prosedur dan kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam penyelidikan;

Page 3: PERTANDINGAN ANALISIS SENARIO HABITAT …5].pdf · dipersembahkan dalam bentuk teks, rajah, jadual dan lain- ... Pertandingan Analisis Senario Habitat ini adalah pelajar dan pensyarah

 

3    

(iii) kaedah dan analisis data dan penemuan kajian yang dipersembahkan dalam bentuk teks, rajah, jadual dan lain-lain; dan

(iv) memberi penerangan kepada maksud (huraian) slaid di

notes page di dalam PowerPoint (*.ppt) adalah digalakkan.

4.4 Penyertaan boleh menggunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. 4.5 Penyertaan hendaklah die-mel kepada pihak urus setia pertandingan di

alamat yang dinyatakan di penghujung dokumen ini. 4.6 Kumpulan yang telah disenarai pendek oleh pihak urus setia

pertandingan akan dihubungi sebelum/pada 11 September 2015 (Jumaat).

4.7 Empat (4) kumpulan terbaik bagi setiap kategori akan disenarai pendek

dan dikehendaki melakukan sesi pembentangan akhir di hadapan Panel Hakim yang dilantik oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

4.8 Format pembentangan semasa pertandingan akhir adalah seperti

berikut:

4.8.1 dalam format PowerPoint dan boleh menggunakan bahan persembahan sokongan/tambahan lain (contoh: model, poster, grafik, multimedia). Tempoh masa yang ditetapkan bagi setiap kategori adalah seperti berikut:

(i) 20 minit untuk kategori Sekolah Menengah Rendah; (ii) 20 minit untuk kategori Sekolah Menengah Atas; dan

(iii) 20 minit untuk kategori Institusi Pengajian Tinggi.

4.8.2 pindaan slaid pembentangan di peringkat akhir tidak

dibenarkan. Slaid pembentangan kumpulan hendaklah sama seperti di peringkat saringan;

4.8.3 semua kumpulan dikehendaki bersiap sedia lima (5) minit lebih

awal dari masa yang telah ditetapkan dalam Jadual Persembahan Pertandingan Analisis Senario Habitat;

4.8.4 persembahan montaj (sekiranya ada) adalah dihadkan tidak

melebihi dua (2) minit;

Page 4: PERTANDINGAN ANALISIS SENARIO HABITAT …5].pdf · dipersembahkan dalam bentuk teks, rajah, jadual dan lain- ... Pertandingan Analisis Senario Habitat ini adalah pelajar dan pensyarah

 

4    

4.8.5 masa persembahan akan bermula selepas perkataan pertama disebutkan oleh kumpulan; dan

4.8.6 loceng/buzzer permulaan akan dibunyikan setelah tamat lima (5)

minit masa persediaan sekiranya tiada permulaan oleh kumpulan. loceng/buzzer kedua akan dibunyikan setelah cukup lima belas (15) minit. Manakala loceng/buzzer penamat akan dibunyikan setelah cukup dua puluh (20) minit persembahan.

4.9 Tiga (3) kumpulan terbaik akan dipilih sebagai pemenang bagi tiga (3)

hadiah utama. 4.10 Hadiah akan disampaikan semasa Sambutan Hari Habitat Sedunia 2015

pada 5 Oktober 2015 (Isnin). 4.11 Urus setia pertandingan akan memaklumkan tarikh dan tempat untuk sesi

pertandingan akhir dan majlis penyampaian hadiah tersebut dalam surat makluman.

5.0 SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN

5.1 Bilangan penyertaan bagi kategori Sekolah Menengah dan IPT tidak

dihadkan.

5.2 Setiap kumpulan hendaklah tidak melebihi empat (4) orang ahli. Komposisi peserta dalam setiap kumpulan adalah bebas sama ada campuran peserta dari pelbagai tingkatan/tahun atau daripada tingkatan/tahun yang sama. Setiap kumpulan perlu dibimbing oleh seorang guru/pensyarah.

5.3 Lawatan tapak oleh peserta Sekolah Menengah perlu diiringi oleh guru

bagi tujuan keselamatan. Pihak KPKT tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kejadian yang tidak diingini.

5.4 Hasil karya mesti merupakan kerja sendiri dan asli. Semua hasil

penyertaan menjadi hak milik urus setia pertandingan. 5.5 Setiap penyertaan dikehendaki mengemukakan butiran lengkap dengan

menggunakan borang penyertaan rasmi bagi Pertandingan Analisis Senario Habitat 2015 seperti di LAMPIRAN A (Sekolah Menengah Rendah, Sekolah Menengah Atas) dan LAMPIRAN A1 (Institusi Pengajian Tinggi).

Page 5: PERTANDINGAN ANALISIS SENARIO HABITAT …5].pdf · dipersembahkan dalam bentuk teks, rajah, jadual dan lain- ... Pertandingan Analisis Senario Habitat ini adalah pelajar dan pensyarah

 

5    

5.6 Senario bagi setiap kategori penyertaan peserta (Sekolah Menengah Rendah, Sekolah Menengah Atas dan Institusi Pengajian Tinggi) yang disediakan oleh Jawatankuasa ini terdapat dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris seperti di LAMPIRAN B.

(i) Bahagian Rancangan Fizikal Negara, Jabatan Perancangan

Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. 6.0 PEMARKAHAN

6.1 Penilaian akan difokuskan kepada pengenalpastian isu dan masalah,

kualiti analisis, kaedah penyelesaian dan persembahan grafik dengan menekankan kepada unsur-unsur pemikiran kritikal. Manakala perkara tambahan untuk pemarkahan akhir adalah persembahan lisan. Skema pemarkahan adalah seperti di LAMPIRAN C (peringkat saringan) dan LAMPIRAN C1 (peringkat akhir).

6.2 Keputusan Panel Hakim adalah muktamad. 7.0 HADIAH PERTANDINGAN

7.1 Butiran hadiah adalah seperti berikut:

A. Peringkat Saringan Sijil Penyertaan Individu dan Kumpulan Bagi Setiap Kategori.

B. Peringkat Akhir

Sekolah Menengah Rendah (i) Pertama : RM1,600 dan Sijil;

(ii) Kedua : RM960 dan Sijil; (iii) Ketiga : RM640 dan Sijil; dan

(iv) Keempat : Sijil dan Cenderamata.

Page 6: PERTANDINGAN ANALISIS SENARIO HABITAT …5].pdf · dipersembahkan dalam bentuk teks, rajah, jadual dan lain- ... Pertandingan Analisis Senario Habitat ini adalah pelajar dan pensyarah

 

6    

Sekolah Menengah Atas (i) Pertama : RM2,000 dan Sijil;

(ii) Kedua : RM1,200 dan Sijil; (iii) Ketiga : RM800 dan Sijil; dan

(iv) Keempat : Sijil dan Cenderamata. Institusi Pengajian Tinggi (i) Pertama : RM5,000 dan Sijil; (ii) Kedua : RM3,000 dan Sijil; (iii) Ketiga : RM2,000 dan Sijil; dan

(iv) Keempat : Sijil dan Cenderamata. Anugerah Khas Juri (i) Kumpulan Terbaik Bagi Semua Kategori :RM1,000 dan Sijil.

8.0 TARIKH TUTUP PERTANDINGAN

8.1 Tarikh tutup dan semua hasil penyertaan perlu disampaikan kepada urus

setia pertandingan melalui e-mel [email protected] sebelum atau pada 27 Julai 2015 (Isnin), jam 5.00 petang.

8.2 Penyertaan yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tersebut tidak

akan diterima. 8.3 Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:

Puan Zatilaziya bt Yahya Tel : 03-8891 5101

E-mel: [email protected]

Encik Annuar bin Muhamad Tel : 03-8891 5100 E-mel: [email protected]

Encik Ahmad Fikri bin Mohd Abu Bakar Tel : 03-88915053 E-mel: [email protected]

Page 7: PERTANDINGAN ANALISIS SENARIO HABITAT …5].pdf · dipersembahkan dalam bentuk teks, rajah, jadual dan lain- ... Pertandingan Analisis Senario Habitat ini adalah pelajar dan pensyarah

 

7    

Encik Mohd Azrul Nizam bin Ibrahim Tel : 03 - 88915092 E-mel: [email protected]

Alamat: Unit Keurusetiaan Strategik, Bahagian Keurusetiaan Strategik dan Hubungan Antarabangsa, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Aras 20, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Wilayah Persekutuan Putrajaya.

No. Tel : 03 - 88915089 No. Faks : 03 - 88913088 E-mel : [email protected]

Page 8: PERTANDINGAN ANALISIS SENARIO HABITAT …5].pdf · dipersembahkan dalam bentuk teks, rajah, jadual dan lain- ... Pertandingan Analisis Senario Habitat ini adalah pelajar dan pensyarah

 

8    

LAMPIRAN A

KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

PERTANDINGAN ANALISIS SENARIO HABITAT SEMPENA SAMBUTAN HARI HABITAT SEDUNIA 2015

BORANG PENYERTAAN

PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH RENDAH DAN ATAS BAHAGIAN A : KATEGORI

Tandakan √ di petak yang berkenaan

Menengah Rendah Menengah Atas (Tingkatan 1 – 3) (Tingkatan 4-6)

BAHAGIAN B: MAKLUMAT SEKOLAH

Nama Sekolah

:

……………………………………………………………………………..

Alamat Sekolah : ………………………………………………………………………..…… ………………………………………………………………..…………… ……………………………………………………………………..……… …………………………………………………………………..………… ……………………………………………………………………………..

No. Telefon : ……………………………………………………………………………..

BAHAGIAN C: MAKLUMAT PELAJAR (MAKSIMUM 4 ORANG)

Ketua Kumpulan

:

……………………………………………………………………………..

Kad pengenalan : ……………………………………………………………………………..

Tingkatan : ……………………………………………………………………………..

Ahli Kumpulan : (i)………………………………………………………………………...

Kad Pengenalan : ……………………………………………………………………………..

Tingkatan : ……………………………………………………………………………..

Page 9: PERTANDINGAN ANALISIS SENARIO HABITAT …5].pdf · dipersembahkan dalam bentuk teks, rajah, jadual dan lain- ... Pertandingan Analisis Senario Habitat ini adalah pelajar dan pensyarah

 

9    

Ahli Kumpulan : (ii)………………………………………………………………………...

Kad Pengenalan : ……………………………………………………………………………..

Tingkatan : ……………………………………………………………………………..

Ahli Kumpulan : (iii)………………………………………………………………………...

Kad Pengenalan : ……………………………………………………………………………..

Tingkatan : ……………………………………………………………………………..

BAHAGIAN D: MAKLUMAT GURU PEMBIMBING

Nama Penuh

:

……………………………………………………………………………..

Jawatan : ……………………………………………………………………………..

Kad Pengenalan : ……………………………………………………………………………..

No. Telefon Bimbit : …..………………………………………………………………………...

No. Telefon Pejabat : ……………………………………………………………………………..

No. Faks : ……………………………………………………………………………..

E-mel : …..………………………………………………………………………...

BAHAGIAN E: PENGESAHAN PIHAK SEKOLAH/JABATAN

Saya dengan ini mengesahkan bahawa semua pelajar dan guru yang menyertai Pertandingan Analisis Senario Habitat ini adalah pelajar dan guru sekolah ini.

Tandatangan : ………………………………………………………………..

Nama Penuh : ………………………………………………………………..

Jawatan : …………………………………………………………………

Tarikh : ………………………………………………………………..

Cop Rasmi Sekolah / Jabatan : ………………………………………………………………...

BAHAGIAN F: PENYERAHAN

Sila kemukakan borang ini dan softcopy penyertaan (dalam bentuk CD atau die-mel ke [email protected] selewat-lewatnya pada 27 Julai 2015 (Isnin), jam 5.00 petang kepada :

Page 10: PERTANDINGAN ANALISIS SENARIO HABITAT …5].pdf · dipersembahkan dalam bentuk teks, rajah, jadual dan lain- ... Pertandingan Analisis Senario Habitat ini adalah pelajar dan pensyarah

 

10    

Alamat: Unit Keurusetiaan Strategik, Bahagian Keurusetiaan Strategik dan Hubungan Antarabangsa, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Aras 20, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Wilayah Persekutuan Putrajaya.

No. Tel : 03 - 88915089 No. Faks : 03 - 88913088 E-mel : [email protected]

Untuk Perhatian: Puan Zatilaziya bt Yahya Tel : 03-8891 5101 E-mel: [email protected]

Encik Annuar bin Muhamad Tel : 03-8891 5100

E-mel: [email protected]

Encik Ahmad Fikri bin Mohd Abu Bakar Tel : 03-88915053 E-mel: [email protected]

Encik Mohd Azrul Nizam bin Ibrahim Tel : 03 - 88915092 E-mel: [email protected]

Page 11: PERTANDINGAN ANALISIS SENARIO HABITAT …5].pdf · dipersembahkan dalam bentuk teks, rajah, jadual dan lain- ... Pertandingan Analisis Senario Habitat ini adalah pelajar dan pensyarah

 

 

LAMPIRAN A1

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

PERTANDINGAN ANALISIS SENARIO HABITAT SEMPENA SAMBUTAN HARI HABITAT SEDUNIA 2015

BORANG PENYERTAAN

PERINGKAT INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT) BAHAGIAN A: MAKLUMAT INSTITUSI PENGAJIAN Nama Institusi : …………………………………………………………………………….. Alamat Institusi : ……………………………………………..………………………………

………………………………………………..………………………………………………………………………………..…………………………

No. Telefon : …………………………………………………………………………….. BAHAGIAN B: MAKLUMAT PELAJAR (MAKSIMUM 4 ORANG) Ketua Kumpulan : …………………………………………………………………………….. Kad pengenalan : …………………………………………………………………………….. Tahun Pengajian : ……………………………………………………………………………..

Ahli Kumpulan : (i)………………………………………………………………………... Kad Pengenalan : …………………………………………………………………………….. Tahun Pengajian : ……………………………………………………………………………..

Ahli Kumpulan : (ii)………………………………………………………………………... Kad Pengenalan : …………………………………………………………………………….. Tahun Pengajian : ……………………………………………………………………………..

Ahli Kumpulan : (iii)………………………………………………………………………... Kad Pengenalan : …………………………………………………………………………….. Tahun Pengajian : ……………………………………………………………………………..

Page 12: PERTANDINGAN ANALISIS SENARIO HABITAT …5].pdf · dipersembahkan dalam bentuk teks, rajah, jadual dan lain- ... Pertandingan Analisis Senario Habitat ini adalah pelajar dan pensyarah

 

 

BAHAGIAN C: MAKLUMAT PENSYARAH PEMBIMBING Nama Penuh : ……………………………………………………………………………. Jawatan : ……………………………………………………………………………. Kad Pengenalan : …………………………………………………………………………….

No. Telefon Bimbit : …..………………………………………………………………………... No. Telefon pejabat : ……………………………………………………………………………. No. Faks : …………………………………………………………………………….

E-mel : …..………………………………………………………………………... BAHAGIAN D: PENGESAHAN PIHAK INSTITUSI /JABATAN Saya dengan ini mengesahkan bahawa semua pelajar dan pensyarah yang menyertai Pertandingan Analisis Senario Habitat ini adalah pelajar dan pensyarah institusi pengajian ini. Tandatangan

: ………………………………………………………………..

Nama Penuh

: ………………………………………………………………..

Jawatan : ………………………………………………………………..

Tarikh

: ………………………………………………………………..

Cop Rasmi Institusi / Jabatan : ………………………………………………………………... BAHAGIAN E: PENYERAHAN

Sila kemukakan borang ini dan softcopy penyertaan (dalam bentuk CD atau die-mel ke [email protected] selewat-lewatnya pada 27 Julai 2015 (Isnin), jam 5.00 petang kepada :

Alamat: Unit Keurusetiaan Strategik, Bahagian Keurusetiaan Strategik dan Hubungan Antarabangsa, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Aras 20, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Wilayah Persekutuan Putrajaya. No. Tel : 03 - 88915089 No. Faks : 03 - 88913088 E-mel : [email protected]

Page 13: PERTANDINGAN ANALISIS SENARIO HABITAT …5].pdf · dipersembahkan dalam bentuk teks, rajah, jadual dan lain- ... Pertandingan Analisis Senario Habitat ini adalah pelajar dan pensyarah

 

 

Untuk Perhatian: Puan Zatilaziya bt Yahya Tel : 03-8891 5101 E-mel: [email protected]

Encik Annuar bin Muhamad Tel : 03-8891 5100

E-mel: [email protected]

Encik Ahmad Fikri bin Mohd Abu Bakar Tel : 03-88915053 E-mel: [email protected]

Encik Mohd Azrul Nizam bin Ibrahim Tel : 03 - 88915092 E-mel: [email protected]

Page 14: PERTANDINGAN ANALISIS SENARIO HABITAT …5].pdf · dipersembahkan dalam bentuk teks, rajah, jadual dan lain- ... Pertandingan Analisis Senario Habitat ini adalah pelajar dan pensyarah

 

14    

LAMPIRAN B

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

PERTANDINGAN ANALISIS SENARIO HABITAT

SEMPENA SAMBUTAN HARI HABITAT SEDUNIA 2015

SENARIO 1 – KESELAMATAN PPR

Bahasa Malaysia Soalan 1 Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dilaporkan maut terjatuh dari tingkat enam rumahnya yang terletak di blok Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara, setelah palang tempatnya bersandar ketika bermain bersama-sama abang dan kawan-kawan sejiran tiba-tiba patah. Malangnya kes-kes sebegini terus berlaku dan seolah-olah tidak ada pengajaran dan teladan yang dipelajari daripadanya. Dalam kes di Damansara, jika benarlah dakwaan abang mangsa yang pagar besi di rumah pangsa bangunan Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang didiami mereka tiba-tiba patah ketika adiknya bersandar, menimbulkan tanda tanya kepada kita terhadap kualiti atau mutu bahan binaan yang digunakan. Adakah struktur binaannya mengikut spesifikasi ditetapkan? Bagaimana pula dengan tempoh hayat binaan itu adakah masih boleh digunakan atau sudah luput masa, dengan kata lain sudah usang dan sepatutnya diganti baharu?

(PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH ATAS)

Page 15: PERTANDINGAN ANALISIS SENARIO HABITAT …5].pdf · dipersembahkan dalam bentuk teks, rajah, jadual dan lain- ... Pertandingan Analisis Senario Habitat ini adalah pelajar dan pensyarah

 

15    

Persoalannya adakah pihak berwajib yang memantau dan mengawasi aspek-aspek berkenaan? Dan jika ya, adakah pengawasan dan pemeriksaan dijalankan secara berkala? Di samping itu, adakah saranan-saranan dibuat jika didapati bangunan itu memerlukan kerja baik pulih dan sebagainya. Yang paling penting, adakah penyenggaraan dilakukan terhadap bangunan kediaman khususnya rumah pangsa kos rendah seperti rumah PPR yang kebanyakannya sudah usang. Patutkah aspek itu diserahkan bulat-bulat kepada penghuninya atau pemilik unit kediaman tanpa ada pengawasan daripada pihak berkuasa termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang tentu sahaja lebih arif berkenaan struktur binaan yang selamat. Betul ajal maut di tangan Tuhan. Namun janganlah kita sebagai manusia sengaja mengundang ajal dengan tidak mengambil iktibar daripada kejadian malang ini yang sudah berlaku beberapa kali. Sama ada aspek kecuaian mahupun tahap keselamatan, kedua-duanya perlu ditangani dan diperkemas untuk dicari jalan mengelakkan kejadian malang yang sama daripada berulang. (Sumber:http://www.utusan.com.my/rencana/jangan-sengaja-mengundang-ajal-1.55396) Berdasarkan senario di atas, anda dikehendaki melakukan satu penyelidikan terperinci tentang keselamatan di PPR, dan mengemukakan cadangan penyelesaian bagi meningkatkan kualiti hidup di PPR.

Page 16: PERTANDINGAN ANALISIS SENARIO HABITAT …5].pdf · dipersembahkan dalam bentuk teks, rajah, jadual dan lain- ... Pertandingan Analisis Senario Habitat ini adalah pelajar dan pensyarah

 

16    

SCENARIO 1 – SAFETY IN PEOPLE’S HOUSING PROGRAM

English Question 1 A five year old boy had a fatal fall while playing alongside his brother and neighborhoods friends at block People’s Housing Programme (PPR) houses Kota Damansara. The incident occurred when the railing he was leaning suddenly collapsed at the Sixth floor of the apartment. Unfortunately, these types of fatality cases continue to occur with no stern action and effective measures taken by any parties. In the Damansara case, if the allegation is true that iron fence suddenly gave away in the People’s Housing Program (PPR) houses building when the young boy leaned against it, it raised the issue of material quality used in the construction of the apartments. Other question arise from these incident is, whether the structure constructed is in accordance with the specifications as stipulated in the contract? What is the life span of the building, is it within permissible time frame or if it is beyond the life spanand needs replacement? The question is, did the authorities monitor and supervise the safety aspects of the building? And if so, whether the supervision and inspection was done periodically? In addition, did the supervisory body make any recommendations on the building needs for maintenances and repairs?  

Most important question, is there any form of maintenance being done on residential buildings, particularly low-cost flats such as PPR, which is often in the dire state. Should the burden of monitoring fall solely on the occupants or owners of the residential units without supervision from authorities e.g. the Malaysian Fire and Rescue Department (JBPM), which would be more rightful to be accountable. Destiny and fate are in the hand of God. Nevertheless, this should not be an excuse for us not taking any lesson and stern actions arising from

Page 17: PERTANDINGAN ANALISIS SENARIO HABITAT …5].pdf · dipersembahkan dalam bentuk teks, rajah, jadual dan lain- ... Pertandingan Analisis Senario Habitat ini adalah pelajar dan pensyarah

 

17    

fatal recurrence either by negligence or lack of safety measures. By all means, all parties should address this alarming issue to avoid such unfortunate incident from recurring.  

(Source:http://www.utusan.com.my/rencana/jangan-sengaja-mengundang-ajal-1.55396) Based on the above scenario, you are required to do a comprehensive research about safety in PPR, and propose solutions in order to improve the quality of life in PPR.

Page 18: PERTANDINGAN ANALISIS SENARIO HABITAT …5].pdf · dipersembahkan dalam bentuk teks, rajah, jadual dan lain- ... Pertandingan Analisis Senario Habitat ini adalah pelajar dan pensyarah

 

18    

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

PERTANDINGAN ANALISIS SENARIO HABITAT

SEMPENA SAMBUTAN HARI HABITAT SEDUNIA 2015

SENARIO 2 – PERMASALAHAN PENDUDUK DI PPR

Bahasa Malaysia

Soalan 2 Apabila Kerajaan melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970, salah satu usaha kerajaan ialah untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Dengan mengambil faktor tempat tinggal sebagai keperluan asas manusia, maka dalam setiap Rancangan Malaysia kerajaan telah menjadi agenda perumahan sebagai salah satu agenda terpenting kerana setiap manusia memerlukan tempat tinggal yang selesa dan serta mampu dimilikinya. Keistimewaan projek PPR dan konsep perumahan kos rendah adalah kemudahan perumahan yang disediakan mengikut spesifikasi yang selesa serta dilengkapi dengan kemudahan sosial. Kadar sewa yang rendah telah dikenakan iaitu sebanyak RM124 sebulan berbanding dengan kadar sewa pasaran. Rakyat yang diberi kemudahan perumahan terutama rumah PPR adalah diminta menjaga kebersihan dan kemudahan awam yang disediakan supaya dapat menikmati kehidupan yang berkualiti. Gejala vandalisme masih lagi berlaku dalam masyarakat. Gejala ini menunjukkan bahawa

(PERINGKAT INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI)

Page 19: PERTANDINGAN ANALISIS SENARIO HABITAT …5].pdf · dipersembahkan dalam bentuk teks, rajah, jadual dan lain- ... Pertandingan Analisis Senario Habitat ini adalah pelajar dan pensyarah

 

19    

masih ada lagi pemikiran masyarakat negara ini yang tidak sampai ke tahap untuk menikmati kualiti kehidupan yang tinggi. Kita tidak mahu rakyat menuntut kemudahan awam kelas satu tetapi masih bermentaliti negara dunia ketiga. (Sumber:http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklahtpm&id=3317) Namun senario kini telah berubah. Boleh dikatakan para penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) terutama di Kuala Lumpur terpaksa menanggung pelbagai jenis permasalahan yang sebahagiannya boleh disebut azab. Kajian yang dilakukan oleh Unit Penyelidikan Konvensyen Tanah dan Perumahan Kuala Lumpur (KOTA 2011) mendapati permasalahan pertama membabitkan ketidakselesaan kepada para penghuni, apabila ribuan keluarga diletakkan dalam ruang yang sempit yang disusun padat sebagaimana buku-buku di rak perpustakaan. Keluasan rumah yang sangat sempit kurang 65 meter persegi, malah ada yang dibina di bawah paras minima keluasan rumah kos rendah yang sepatutnya iaitu 60 meter persegi sangat tidak sesuai untuk seisi keluarga, tambahan pula rumah dibina sehingga 17 tingkat ketinggiannya. Reka bentuk rumah yang rapat dengan tingkap bersebelahan dengan rumah sebelah atau tingkap berhadapan secara dekat dengan rumah berikutnya menyebabkan berlakunya pencerobohan hak-hak privasi. Sebab itu tidaklah pelik banyak gejala sosial berlaku di PPR yang bukan sahaja melibatkan remaja, tetapi juga orang dewasa dan tua. Reka bentuk rumah yang menyekat cahaya dan udara masuk ke rumah disebabkan pembinaan berlapis-lapis dan tingkap yang sedikit serta terpaksa dilangsirkan secara tertutup, turut mendatangkan masalah besar kepada penduduk. Keadaan itu memaksa penduduk menghabiskan banyak tenaga letrik untuk bercahaya dan berudara lebih di siang hari dan malam hari. Jika tidak, rumah akan bergelap dan penghuninya kepanasan.

Page 20: PERTANDINGAN ANALISIS SENARIO HABITAT …5].pdf · dipersembahkan dalam bentuk teks, rajah, jadual dan lain- ... Pertandingan Analisis Senario Habitat ini adalah pelajar dan pensyarah

 

20    

Azab lain rumah-rumah tersebut dibina dengan bahan yang berkualiti rendah sehingga menyebabkan kerap berlaku kerosakan struktur rumah penduduk dan kawasan yang dikongsi bersama menyebabkan keselamatan penduduk terancam. Masalah tersebut berlaku disebabkan tindakan yang disengajakan oleh pihak-pihak terbabit bagi menjimatkan kos untuk meminimakan pebelanjaan dan memastikan ia cepat siap. Akibatnya, berlaku pembaziran wang untuk membaik pulih dan juga mendatangkan bahaya kepada penghuni. Manakala masalah lain pula, para penghuni terpaksa berhadapan dengan masalah parkir kereta yang tidak mencukupi, apabila terdapat di antara PPR itu hanya menyediakan 30 peratus unit parkir sahaja berbanding jumlah perumahan. Ini menyebabkan wujudnya parkir berlapis-lapis, suatu pandangan wajib akan kita lihat di kawasan PPR apabila kenderaan parkir berlapis-lapis sehingga ke jalan utama dan membayakan pengguna. Oleh itu, PPR yang berlambak di Kuala Lumpur sekarang boleh diibaratkan sebagai penjara paksa buat rakyat, menjadikan perumahan yang dibina oleh kerajaan itu bukan sekadar gagal menyelesaikan masalah perumahan, bahkan mendatangkan kesan buruk berganda kepada rakyat. Apa yang mengerikan, kesan besar kepada permasalahan ini akan menyebabkan runtuhnya institusi sosial dan menularnya gejala tidak sihat seperti perceraian, zina, ragut, rompak, penagihan dadah, pergaduhan sesama masyarakat dan pelbagai masalah lagi. Ini disebabkan rumah yang sempit yang tidak menjadi tempat kondusif perlindungan seisi keluarga dan juga ruang privasi yang diceroboh. (Sumber:http://arkib.harakahdaily.net/arkibharakah/index.php/arkib/berita/lama/2011/10/36298/9-azab-terpaksa-ditanggung-penghuni-ppr.html) Berdasarkan senario di atas, anda dikehendaki melakukan satu penyelidikan terperinci, dan mengemukakan pendekatan dan strategi terbaik bagi menyelesaikan permasalahan yang dihadapi dan meningkatkan kualiti hidup penghuni PPR.

Page 21: PERTANDINGAN ANALISIS SENARIO HABITAT …5].pdf · dipersembahkan dalam bentuk teks, rajah, jadual dan lain- ... Pertandingan Analisis Senario Habitat ini adalah pelajar dan pensyarah

 

21    

SCENARIO 2 – PREVAILING PROBLEMS OF THE PEOPLE’S HOUSING

PROGRAM RESIDENTS

English Question 2 The New Economic Policy (NEP) was launched in 1970 by the Government to eradicate poverty and restructure society. Under this policy, the basic need of human is home (housing). This policy was adapted in every Malaysia Plan under the banner of providing affordable housing to the poor or people in need of shelter. The idea is affordable and comfortable homes for all Malaysians. Under this policy, government provided comfortable houses equipped with social amenities under the People’s Housing Program (PPR). Low rental rates are imposed i.e. RM124 per month vis-à-vis market rental rates. The citizens who are eligible have been provided with housing facilities by the government such as PPR. They are required to maintain cleanliness and manage the facilities provided diligently to enjoy good quality of life. Nevertheless, vandalism is still rampant in the society particularly surrounding the PPR area. This would adversely affect their quality of life. The residence should inculcate good maintenance culture for the facilities provided by the Government. This effort can also be spearheaded by the Residence Association to upkeep a pleasant living environment and built positive attitude in the society especially the young generation towards better maintenance culture. (Source: http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklahtpm&id=3317)

Page 22: PERTANDINGAN ANALISIS SENARIO HABITAT …5].pdf · dipersembahkan dalam bentuk teks, rajah, jadual dan lain- ... Pertandingan Analisis Senario Habitat ini adalah pelajar dan pensyarah

 

22    

Current scenario in the Public Housing Project (PPR) has gone dire. Residents particularly in Kuala Lumpur have to endure several problems in these settlements.  

Studies conducted by the Research Unit for Land and Housing Convention Kuala Lumpur (KOTA 2011) found that the primary problem is critical living condition of the occupants, when thousands of families are densely-placed in small houses at built-up area of 65 square meter. To make things worse, there are houses built below minimum requirement i.e. 60 square meters. Clearly, these houses are not suitable for families. In addition, the houses are built closely one to another; hence the design specifications have been compromised in terms of its health and safety standards and regulations. For example, windows for houses in the area are built very close between neighbours to utilise as much space as possible, that it is almost impossible for the residents to have privacy in their own houses. Therefore it is not strange that many social phenomena occurs in PPR housing which involves teenagers, adults and elderly alike. Further, the multilayer designs of apartment cause natural light to be blocked and obstructed natural air ventilation system. Due to this, the residents need to spend extra money on electricity bills for lighting and air ventilation. Other issue related to these houses is low quality material in the building construction. This has caused frequent structural damage to the houses and common area. It’s also threatening people's safety. This is partly due to the parties involved in the construction project who merely aims to save costs and build it quickly. Consequently, there is wastage in finance to repair damages and it creates hazardous environment to the occupants. Insufficient car parking is another prevailing issue when there are only 30 percent of total dwellers provided with the facility compared to the housing units. This results in the residents to park at the main road, causing road congestion and it is also dangerous to other road users. The Government will have to seriously address these issues as the

Page 23: PERTANDINGAN ANALISIS SENARIO HABITAT …5].pdf · dipersembahkan dalam bentuk teks, rajah, jadual dan lain- ... Pertandingan Analisis Senario Habitat ini adalah pelajar dan pensyarah

 

23    

quality of life should also be looked after, apart from simply providing houses to people.  

What’s terrifying is, the huge impact on this problem will lead to the collapse of social institutions and the spread of unhealthy activities such as divorce, adultery, theft, robbery, drug addiction, fights among communities and various other problems. (Source: http://arkib.harakahdaily.net/arkibharakah/index.php/arkib/berita/ lama/2011/10/36298/9-azab-terpaksa-ditanggung-penghuni-ppr.html) Based on the above scenario, you are required to do a comprehensive research about problems being faced by the residents in PPR, and propose the best approches and strategies in order to solve the problems and improve the quality of life in PPR.

Page 24: PERTANDINGAN ANALISIS SENARIO HABITAT …5].pdf · dipersembahkan dalam bentuk teks, rajah, jadual dan lain- ... Pertandingan Analisis Senario Habitat ini adalah pelajar dan pensyarah

 

24    

LAMPIRAN C

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

PERTANDINGAN ANALISIS SENARIO HABITAT SEMPENA SAMBUTAN HARI HABITAT SEDUNIA 2015

SKEMA PEMARKAHAN (PERINGKAT SARINGAN)

KRITERIA PENILAIAN MARKAH

1. PENGENALPASTIAN ISU DAN MASALAH

(i) Ketepatan isu yang dibentangkan. (ii) Kenalpasti punca (cause) dan akibat (effect) permasalahan.

4 6

Jumlah 10

2. KUALITI ANALISIS

(i) Kritikal dan menyeluruh (Penekanan kepada 5 teras sosial*). ! Kesesuaian dan signifikan Kajian Kes. ! Sumber maklumat yang pelbagai. ! Kesesuaian kaedah analisis. ! Penemuan kajian.

40

Jumlah 40

3. KAEDAH PENYELESAIAN

(i) Cadangan penyelesaian menggunakan idea yang kreatif dan inovatif (Penekanan kepada 5 teras sosial*).

(ii) Praktikal.

25

10

Jumlah 35

4. PERSEMBAHAN GRAFIK

(i) Kreativiti. (ii) Persembahan yang jelas (Penggunaan muka huruf (font) dan

kesinambungan pembentangan).

10 5

Jumlah 15

JUMLAH KESELURUHAN 100

Page 25: PERTANDINGAN ANALISIS SENARIO HABITAT …5].pdf · dipersembahkan dalam bentuk teks, rajah, jadual dan lain- ... Pertandingan Analisis Senario Habitat ini adalah pelajar dan pensyarah

 

25    

*5 teras sosial adalah seperti berikut:

(i) Pertama: Kesaksamaan Pembangunan di mana setiap golongan masyarakat bandar perlu menikmati kesaksamaan dan keseimbangan bergantung kepada keperluan dan juga yang bersesuaian dengan kemampuan sumberjaya;

(ii) Kedua: Pembangunan Mampan yang mana ianya memenuhi keperluan generasi masa kini dan akan datang;

(iii) Ketiga: Transformative Change: yang memerlukan pemikiran yang kreatif dan dinamik dari semua golongan sama ada pemimpin masyarakat, aktivis yang berpengalaman dan lain-lainnya untuk mencapai proses perkembangan bandar yang mampan. Di dalam hal ini juga, pihak Perancang Bandar dan Desa, pentadbir Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pengurus bandar juga memerlukan perubahan paradigm;

(iv) Keempat: Mengutamakan Masyarakat yang boleh diibaratkan sebagai software kepada penggerak pertumbuhan bandar dan menjadi nadi kepada perkembangan bandar yang lebih vibrant dan dinamik; dan

(v) Kelima: Pendekatan Penyertaan dan Perundingan dalam Masyarakat di mana dalam merancang elemen-elemen bandar atau penyelesaian masalah bandar, kita seharusnya seharusnya mengambil kira pendapat atau keperluan golongan setempat kerana mereka yang akan menerima kesan langsung pembangunan yang hendak dilaksanakan.

(Sumber: http://www.kpkt.gov.my/media_akhbar/2014/SM_HPBHS2014.pdf)

Page 26: PERTANDINGAN ANALISIS SENARIO HABITAT …5].pdf · dipersembahkan dalam bentuk teks, rajah, jadual dan lain- ... Pertandingan Analisis Senario Habitat ini adalah pelajar dan pensyarah

 

26    

LAMPIRAN C1

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

PERTANDINGAN ANALISIS SENARIO HABITAT SEMPENA SAMBUTAN HARI HABITAT SEDUNIA 2015

SKEMA PEMARKAHAN (PERINGKAT AKHIR)

KRITERIA PENILAIAN MARKAH

1. PENGENALAN SENARIO Pengenalan.

Latar belakang Kajian Kes. 5 5

Jumlah 10 2. ANALISIS PROJEK (i) Kaedah pengumpulan data dan maklumat.

(ii) Kaedah analisis jelas dan difahami. (iii) Persembahan data yang tersusun dan menarik.

5 5 5

Jumlah 15 3. CADANGAN PENYELESAIAN (i) Cadangan yang jelas, logik dan difahami.

(ii) Cadangan yang praktikal dan kreatif serta inovatif. (iii) Kesesuaian dalam menyelesaikan masalah/isu yang diutarakan.

5 5 5

Jumlah 15 4. OUTCOME DAN IMPAK (i) *Outcome diukur dan dijelaskan dengan baik. 10 (ii) **Impak diukur dan dijelaskan dengan baik. 10 Jumlah 20 5. KUALITI DAN KREATIVITI PENYAMPAIAN Kualiti dan Kreativiti Persembahan. 40

JUMLAH KESELURUHAN 100 *Outcome adalah proses pengumpulan data secara terperinci, lengkap dan bebas bagi memaklumkan kepada stakeholders mengenai kesan yang berlaku selepas sesuatu cadangan dilaksanakan. **Impak adalah sama ada kesan positif atau negatif, dan meliputi item yang boleh ditentukan kuantitinya dari segi kewangan (contohnya bayaran perkhidmatan, subsidi, kos pematuhan) dan juga item yang tidak boleh ditentukan kuantitinya dari segi kewangan (misalnya, sekatan ke atas persaingan).