analisis khutbah dalam keberkesanan komunikasi

19
1 Analisis Khutbah dalam Keberkesanan Komunikasi Oleh : Saphibi Wangoh 1.0 PENDAHULUAN Dalam kehidupan sehari-hari kita harus melaksanakan berbagai kewajipan dan janggungjawab, baik kewajipan seorang hamba terhadap Allah mahupun tanggungjawab antara sesama insan. Tidak semua manusia mengetahui akan hakikat kehidupan, dalam menjalankan segala perintah Allah dan meninggalkan segala yang dilarang-Nya. Sehingga dalam menjalankan tanggungjawab terhadap Allah dan tanggungjawabnya terhadap manusia menjadi tidak stabil dan harmoni. Menyebabkan banyak perkara dalam agama yang salah guna dan salah pakai, agama sangat perlu saluran untuk menyapaikan mesej Islam untuk umatnya memahami secara benar. Oleh itu dakwah adalah satu aktiviti untuk menyampaikan mesej Islam dengan berbagai cara yang boleh berkesan kepada umat. Untuk mencapai tujuan itu, diperlukan pembinaan umat yang sistematis sehingga membangkitkan umat untuk menuntut kembali kemuliaan dan kejayaannya. Umat harus disedarkan akan jati dirinya sebagai umat terbaik, pelopor, teladan bagi umat manusia lainnya. Umat harus disedarkan bahwa kini kondisi mereka justru sebaliknya, terburuk, dan terbelakang, bahkan menjadi bulan- bulanan pihak lain. Umat harus disedarkan bahwa rahasia kemunduran dan kelemahannya selama ini adalah karena mereka telah lepas dari prasyarat bagi terwujudnya umat terbaik, yakni ada

Upload: syafif

Post on 07-Jun-2015

907 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Analisis Khutbah Dalam Keberkesanan Komunikasi

1

Analisis Khutbah dalam Keberkesanan KomunikasiOleh : Saphibi Wangoh

1.0 PENDAHULUAN

Dalam kehidupan sehari-hari kita harus melaksanakan berbagai kewajipan dan janggungjawab,

baik kewajipan seorang hamba terhadap Allah mahupun tanggungjawab antara sesama insan.

Tidak semua manusia mengetahui akan hakikat kehidupan, dalam menjalankan segala perintah

Allah dan meninggalkan segala yang dilarang-Nya. Sehingga dalam menjalankan tanggungjawab

terhadap Allah dan tanggungjawabnya terhadap manusia menjadi tidak stabil dan harmoni.

Menyebabkan banyak perkara dalam agama yang salah guna dan salah pakai, agama sangat perlu

saluran untuk menyapaikan mesej Islam untuk umatnya memahami secara benar. Oleh itu

dakwah adalah satu aktiviti untuk menyampaikan mesej Islam dengan berbagai cara yang boleh

berkesan kepada umat.

Untuk mencapai tujuan itu, diperlukan pembinaan umat yang sistematis sehingga

membangkitkan umat untuk menuntut kembali kemuliaan dan kejayaannya. Umat harus

disedarkan akan jati dirinya sebagai umat terbaik, pelopor, teladan bagi umat manusia lainnya.

Umat harus disedarkan bahwa kini kondisi mereka justru sebaliknya, terburuk, dan terbelakang,

bahkan menjadi bulan-bulanan pihak lain. Umat harus disedarkan bahwa rahasia kemunduran

dan kelemahannya selama ini adalah karena mereka telah lepas dari prasyarat bagi terwujudnya

umat terbaik, yakni ada something wrong pada keimanan kepada Allah SWT, keimanan kepada

kitabullah, keimanan kepada syaiat Allah, dan keimanan kepada Rasulullah serta terhentinya

aktiviti amar makruf nahi munkar secara menyeluruh. Umat harus disedarkan bahwa kondisi

mereka yang sedemikian mundur dan terhina adalah kerana secara sistem mereka hidup di dalam

masyarakat yang tidak Islami, sekalipun individu-individu mereka muslim. Mereka terjerat oleh

pelbagai pemikiran, adat istiadat, cara hidup, dan ideologi yang tidak Islami. Dan umat harus

disedarkan bahwa kondisi mereka tidak akan berubah kalau mereka tidak mahu mengubahnya.

Allah SWT berfirman:

.... .......

Page 2: Analisis Khutbah Dalam Keberkesanan Komunikasi

2

Artinya:

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum hingga mereka berusaha mengubah keadaan mereka sendiri" (QS. Ar ra’ad 11).

Oleh karena itu diperlukan para agen perubahan, berupa para pengemban dakwah yang

handal, yang ahli dalam melakukan perubahan, dengan mengikuti metode perubahan yang

pernah dijalankan Rasulullah saw., dengan membina umat ini kembali sebagaimana dulu Rasul

membina generasi pertama umat ini, hingga peradaban Islam tegak kembali. Tentu saja itu harus

dilakukan secara sistematis sehingga terwujud perubahan yang sistematis, cepat atau lambat.1

Khutbah sebagai sarana dakwah yang lebih efektif untuk menyampaikan mesej Islam

kepada umat, kerana khutbah merupakan aktiviti yang rutin dilakukan oleh setiap masjid

sebelum melaksanakan sembahyang jumaat dan ramai orang yang dapat menikmati mesej Islam

yang disampaikan oleh khatib ketika berkhutbah.

2.0 Gambaran Umum Tentang Khutbah

Khutbah bertujuan untuk menyampaikan pesan kepada orang dalam bentuk memberi peringatan

dan kesedaran, agar umat Islam tidak lalai dalam kehidupan mereka. Banyak aktiviti yang

disertai dengan khutbah seperti shalat jumaat, shalat sunnah dua hari raya, nikah dan lain-lain.

Akan tetapi yang banyak difahami oleh orang adalah khutbah jumaat kerana khutbah jumaat

melaksanakan secara ritun dan orang bagi umat Islam wajib hadir menunaikan ibadah shalat

jumaat.

2.1 Pengertian Khutbah

Khutbah adalah pidato (biasanya yang mengandungi ajaran atau nasihat keagamaan),

syarahan.2

Menurut Ali Mahfus yang dikutip oleh Zulkiple Abd. Ghani, khutbah ialah himpunan

undang-undang dan peraturan yang mampu meyakini pendengar dalam sebarang topik

yang dikehendaki berdasarkan kesahihan mesej yang disampaikan sehingga

membolehkan mesej itu dipilih sama ada untuk diikuti atau tidak.3

1 Muhammad Al Khaththath, http://www.khilafah1924.org/index.php?option=com_content&task=view&id=347& Itemid=47, hari Ahad 31-08-08 pukul 11.02 siang.2 Kamus Dewan, edisi keempat,Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2005.3 Zulkiple Abdul Ghani, 2001, Islam, Komunikasi dan Teknologi Maklumat, Maziza Sdn. Bhd, Kuala Lupur, hlm. 47

Page 3: Analisis Khutbah Dalam Keberkesanan Komunikasi

3

2.2 Masa Berkhutbah

Sudah ada penjelasan di atas beberapa amalan yang disertai dengan khutbah ada yang

hukumnya wajib seperti khutbah jumaat dan ada juga sunnah seperti khutbah dua hari

raya, khutbah nikah, khutbah sesudah shalat gerhana dan khutbah sesudah shalat istiqa.

Sedangkan waktu pelaksanaan berbeza-beza antaranya :

Khutbah jumaah, masa pelaksanaannya adalah sesudah matahari tergelincir dan

sebelum shalat jumaah, isi khutbah yang disampaikan harus mempunyai makna

dan berkesan kepada jamaah tentang kejadian semasa supaya jamaah dapat

melaksanakan dalam kehidupan sehari-hari.

Khutbah dua hari raya, sudah lazim bahawa dua hari raya cuman sekali dalam

setahun, hukumnya shalat dan khutbah dua hari raya adalah sunnah mu’akat,

masa melaksanakannya setelah shalat dua hari raya. Isi penyampaian khutbah

berkaitan dengan kelebihan persaudaraan, sebab waktu yang sangat tepat untuk

menyampaikan kerana semua orang muslimin dan muslimat berkumpul dalam

satu tempat, kalau khutbah mengenai hari raya korban harus menjelaskan tentang

kelebihan bersedekah dan tentang haji itu sendiri, supaya agar semua orang ingin

menunaikan rukun Islam yang kelima dan supaya mereka yang mahu berkurban

serta sedekah dengan ikhlas hati.

Khutbah nikah, bagi pengantin baru selesai akat nikah sunnah bagi pasangan

mendengar khutbah nikah. Agar mereka dapat melaksanakan isi khubah dalam

rumah tangga mereka dengan baik, sedangkan isi dalam khutbah tersebut tentang

keutamaan berpasangan dan cara kehidupan berpasangan dalam rumah tangga

menurut Islam.

Khutbah sesudah shalat istisqa’, yang lebih utama dilakukan berdiri dan khatib

berada di atas mimbar atau di atas tempat yang lebih tinggi. Adapun rukun dan

syarat khutbah itu sama dengan khutbah jumaat dan khutbah dua hari raya.4

Khutbah sesudah shalat gerhana, disunahkan bagi khotib untuk berkhutbah.

Sebuah hadis menyatakan :

4 Maman Abd. Djaliel, 2005, Fiqh Madzhab Syafi’i, buku 1, Pustaka Setia Bandung, hlm 400.

Page 4: Analisis Khutbah Dalam Keberkesanan Komunikasi

4

وف� ق��الت : الة� الك�س��� ر� ر.ع. ف�ي ص��� �ب�ى ب�ك�� اء� ب�نت� ا م� ع�ن ا�س��

مس� ف�خ�ط�ب� ل'ت� الش��' د ت�ج� ف� رس��ول الل��ه ص.م. و�ق��� ر� انص��� ف�

ا ب�عد�.... )رواه البخاري ل�ه� ث�م' قال : ا�م' و� ا�ه اه� د� الله� ب�م� م� ح� ف�

ومسلم (

Artinya:

“dari Asma’ binti Abu Bakar r.a. dalam masalah shalat gerhana matahari, ia berkata, ‘Rusulullah SAW. Berpaling dan sungguh matahari telah telan terang kembali, lalu beliau berkhutbah, beliau memuji Allah, menurut aturan-aturan khutbah khusuf itu, kemudian beliau bersabda, “adapun kemudian....” 5

3.0 Dakwah dan Khutbah

Berbicara tentang dakwah adalah merupakan sesuatu hal yang sangat esensial dalam ajaran Islam

sebab dengan berdakwahlah ajaran Islam dapat disampaikan kepada seluruh lapisan ummat

manusia baik yang sudah memeluk agama Islam maupun yang belum memeluk agama Islam.

Oleh karena itulah maka berdakwah atau kegiatan mengajak umat manusia masuk ke dalam jalan

Allah dalam seluruh aktiviti hidup dan kehidupan sudah menjadi tugas setiap umat Muslim,

sebab umat Muslim dilahirkan sebagai umat terbaik bagi manusia, seperti firman Allah dalam

Al-Qur’an,

Artinya:

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. (Q.S. Ali Imran : 110).

Tugas dan kewajiban berdakwah tersebut tentu saja dilakukan sesuai dengan cara dan

kemampuan masing-masing individu Muslim.

Sebagai umat Islam, kita berkewajiban untuk menyiarkan dan berdakwah atau mengajak

seluruh umat manusia agar beriman dan bertakwa kepada Allah SWT serta gemar beramar

5 Ibid, hlm. 412.

Page 5: Analisis Khutbah Dalam Keberkesanan Komunikasi

5

ma’ruf nahi munkar. Dakwah dan khutbah merupakan hal yang sama tetapi cari menyampaikan

sahaja yang berbeza, mesej yang disampaikan adalah ajaran agama yang bertujuan supaya umat

memahami dan sedar tentang ajaran agama, cara penyampaian juga berbeza dapat kita analisa

bahwa antara berdakwah dan berkhutbah terlihat memiliki persamaan. Akan tetapi, tentu saja

antara keduanya dapat dibezakan kerana memiliki tata cara yang berbeza. Perbezaan tersebut

dapat kita ihtisarkan sebagai berikut.6

Dakwah Khotbah

1. Dapat dilaksanakan bila sahaja

2. Tidak ada rukun dan syaratnya

3. Tidak ada mimbar tempat khusus pada

pelaksanaannya

4. Waktu tidak dibatasi dan siapapun

boleh berdakwah

5. Dapat dilakukan dengan cara kreatif dan

inovatif seperti seminar, lokakarya,

pelatihan atau sarasehan

1. Dilaksanakan secara rutin sebagaimana

hari jumat atau hari raya Aidil Fitri dan

Aidul Adha.

2. Ada rukun dan syaratnya

3. Ada mimbar khusus untuk menyampaikan

khutbah

4. Waktunya terbatas dan memerlukan

pengetahuan luas.

5. Dilakukan secara khusus dan ada tata

tertibnya

4.0 Jenis Dakwah dalam Khutbah

Khutbah yang disampaikan oleh khatib di atas mimbar didalamnya mempunyai beberapa jenis

dakwah yang digunakan, kalau khutbah yang disampaikan ingin berkesan kepada umat harus

bagi khatib memahami jenis dakwah yang disertai dengan khutbah itu. Jenis dakwah yang

dimaksud adalah dakwah bil lisan dan dakwah fardiya.

4.1 Dakwah bil-Lisan - Dakwah jenis ini adalah penyampaian informasi atau pesan

dakwah melalui lisan (ceramah atau komunikasi langsung antara subyek dan obyek

dakwah). Dakwah jenis ini akan menjadi efektif bila disampaikan berkaitan dengan

hari ibadah, seperti khutbah Jum’at atau khutbah hari Raya, kajian yang disampaikan

6 Bustamam Ismail, http://hbis.wordpress.com/2007/11/27/dakwah-dan-khutbah/, hari Sabtu 30-08-08, pukul 09.00 pagi

Page 6: Analisis Khutbah Dalam Keberkesanan Komunikasi

6

menyangkut ibadah praktis, konteks sajian terprogram, disampaikan dengan metode

dialog dengan hadirin.7

Agar tercipta proses komunikasi dakwah yang efektif dan efisien, maka perlu

adanya teori komunikasi yang akan dapat menghantarkan proses jalannya komunikasi

dakwah secara harmonis. Dalam hal ini ilmu komunikasi memiliki teori-teori yang

dapat diaplikasikan dalam proses dakwah billisan. Untuk mencapai perubahan sikap,

tingkah laku, dan pendapat, yang pada akhirnya akan tercapai suatu keselamatan dan

kebahagiaan di dunia dan di akhirat dengan ridho Allah SWT.

4.2 Dakwah Fardiah - Dakwah Fardiah merupakan metode dakwah yang dilakukan

seseorang kepada orang lain (satu orang) atau kepada beberapa orang dalam jumlah

yang kecil dan terbatas. Biasanya dakwah fardiah terjadi tanpa persiapan yang matang

dan tersusun secara tertib. Termasuk kategori dakwah seperti ini adalah menasihati

teman sekerja, teguran, anjuran memberi contoh. Termasuk dalam hal ini pada saat

mengunjungi orang sakit, pada waktu ada acara tahniah (ucapan selamat), dan pada

waktu upacara kelahiran (tasmiyah).

Ternyata untuk berdakwah utamanya harus melalui pendekatan personal, baik dari

orang terdekat kita atau orang yang sama sekali baru kita jumpai atau baru

berkenalan. Utamanya hal ini dilakukan untuk kita yang tidak berkapasitas sebagai

publik figure, ulama, atau ustadz maka dakwah Fardiyah (berdakwah kepada

perorangan) menjadi pilihan utama yang dapat dan sangat mungkin dilakukan.8

Setidaknya ada tiga landasan dalam melakukan dakwah fardiyah:

a. Dakwah fadiyah adalah kematangan pemahaman atas ajaran Islam. Ini modal

dasar yang paling asasi untuk dimiliki oleh siapa pun yang ingin berdakwah.

Dengan kematangan pemahaman dan kelengkapan wawasan Islam hingga detail

perkaranya, seseorang dapat memahami pada sisi mana peluang dakwah itu dapat

ditawarkan.

7 http://pusdai.wordpress.com/2008/08/07/makna-dan-cara-dakwah/, hari Sabtu 30-08-08, pukul 06.12 petang.8http://tarbiyatuna.wordpress.com/2006/12/19/kiat-praktis-dakwah-fardiyah/, hari Sabtu 30-08-08, pukul 06.05 petang.

Page 7: Analisis Khutbah Dalam Keberkesanan Komunikasi

7

b. Kemampuan memahami latar belakang dan alur berpikir objek dakwah. Sebab

apapun tindakan yang diambil seseorang, pastilah lahir dari sebuah logika dan

paradigma berpikir tertentu. Baik bersifat internal maupun esternal. Logika dan

paradigma inilah yang harus dipahami, bahkan bila perlu dikuasai untuk dijadikan

hujjah dalam dakwah.

c. Masalah doa dan kesabaran. Dakwah itu sifatnya mengajak, namun Allah SWT

jualah yang akan memberikan hidayah kepadanya. Kita tidak punya otoriti untuk

memberi hidayah. 9

Artinya:

Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi

Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-

orang yang mau menerima petunjuk.10

Khatib dan sidang jumaat hendaklah menjalinkan hubungan yang baik, ia hendaklah

memimpin, menasihati dan memberi panduan kepada mereka agar tugas dakwah beroleh

kejayaan. Para pendakwah juga perlu mengetahui keadaan orang yang didakwahnya dengan

mempelajari adat, cara hidup, tabiat serta budaya mereka supaya dakwahnya akan diterima dan

sampai ke dalam hati mereka.

5.0 Peranan Khutbah

Khutbah terutamanya khutbah jumaah mempunyai potensi besar bagi membentuk agenda

tertentu (agenda setting) untuk meningkatkan taraf kehidupan umat Islam ke arah kecemerlang.

Ia boleh dijadikan asas mingguan bagi setiap individu muslim dalam masyarakat, umpamanya

bermula dengan menanam minat untuk memahami isu, berfikir, berbahas, membuat keputusan

dan seterusnya melakukan perubahan sikap sama ada kepada diri atau keluarga selari dengan

kehendak isi khutbah. Antara peranan yang boleh digerakkan melalui saluran khutbah adalah

seperti berikut:

9 http://tarbiyatuna.wordpress.com/2006/12/19/kiat-praktis-dakwah-fardiyah/, hari Sabtu 30-08-08, pukul 06.05 petang10 Surah Al-Qashash ayat 56

Page 8: Analisis Khutbah Dalam Keberkesanan Komunikasi

8

1. Memberitahu fakta atau ajaran kepada mereka yang jahil.

2. Mengingatkan orang yang lupa.

3. Menggerakkan orang yang lalai.

4. Mengejutkan orang yang khayal (lena).

5. Menghidupkan jiwa yang kontang atau mati.

6. Merendahkan jiwa yang angkuh.

7. Mengaktifkan hal-hal makruf.

8. Menggerakkan usaha menghapus kemungkaran.

9. Merangsang semangat untuk berkorban dan melakukan kebajikan.

10. Mengukuhkan ketakwaan serta menyebar mesej kepada yang tidak mendengar.11

Orang Islam perlu menyedari betapa penting dan besarnya peranan khutbah Jumaat

sebagai saluran dakwah dan tarbiyyah di dalam membentuk serta membimbing umat. Atas dasar

ini, kaum Muslimin diperintah menghadiri salat Jumaat, bukan setakat untuk shalat dua rakaat

berjamaah sahaja, bahkan supaya mereka tidak ketinggalan daripada menerima pendidikan

agama yang disampaikan melalui khutbah.

5.1 Khatib yang tidak berkesan

Merugikan jikalau isi khutbah yang disampaikan tidak difahami dengan baik. Oleh

itu, khatiblah yang harus memahami betul apa isi yang hendak disampaikan. Antara

hal yang terjadi kerana khatib tidak menitik berat hal-hal yang anggap ringan. Justru

itu, hal yang sangat penting dalam menyampaikan khutbah, antara perkara yang tidak

menitik berat oleh khatib adalah sebagai berikut:

1. Tidak memilih tajuk yang menepati tuntutan semasa.

2. Tajuk khutbah mirip dengan apa yang diajarkan di sekolah.

3. Penyampaian khutbah terlalu panjang dan membosankan.

4. Pengungkapan isi khutbah berulang-ulang kali.

5. Khatib tidak amalkan apa yang disampaikan.

6. Tidak menguasai realiti semasa, khususnya isu yang terjadi kepada umat Islam.

7. Penekanan khutbah hanya untuk menunjukkan sikap ampu kepada pihak tertentu.

8. Tidak menguasai ilmu-ilmu agama dengan baik.

11 Zulkiple Abdul Ghani, 2001, Islam, Komunikasi dan Teknologi Maklumat, Maziza Sdn. Bhd, Kuala Lupur, hlm.49

Page 9: Analisis Khutbah Dalam Keberkesanan Komunikasi

9

9. Tidak mampu menyelesaikan sesuatu masalah apabila dikemukakan isu tertentu.

10. Bersikap negatif terhadap orang ramai.

11. Tidak menghayati khutbah yang disampaikan kerana hanya membaca teks sahaja.12

6.0 Keberkesanan Khutbah

Terdapat dalam sebuah laman wep tentang komen terhadap khutbah tajuknya, “khutbah malaysia

kurang berkesan” cara penyampaian khutbah di Malaysia adalah kurang memberi reaksi kepada

jemaah pada hari jumaat ini kerana pembacaan khutbah mengikut teks seperti membaca buku

atau guru membaca buku sejarah di dalam kelas. semua jemaah mudah tertidur dan tidak

menghayati isi kandungan khutbah. khutbah di Malaysia dilihat gagal kerana jemaah tidak

menerima kandugan itu secara halus di sebabkan bacaannya agak kurang lancar. Mungkin ini

boleh di baiki dengan bacaan khutbah seperti ceramah agama di mana isinya lebih mudah di

sampaikan dan pemahaman khatib lebih tersusun. ini membuatkan jemaah bersemangat untuk

mendengar khutbah yang di sampaikan.13

Penyediaan dan penyampaian khutbah tidaklah semudah yang difikirkan. Ia bukan

sekadar menyampaikan mesej kepada makmum tetapi juga memerlukan mesej tersebut

disampaikan dengan cara yang teratur, menarik dan berkesan. Penyampaian yang berkesan ialah

penyampaian yang memberi keyakinan kepada pendengar, dapat mempengaruhi pendengar dan

menyebabkan pendengar boleh menerima malah sanggup menurut saranan dan gesaan yang

diutarakan. Maka, untuk penyampaian khutbah yang baik harus mempersiapkan beberapa hal

sebagai berikut:

6.1 Penyediaan bahan atau isi khutbah.

a. Mengenalpasti tajuk khutbah.

b. Mengenalpasti Objektif khutbah.

c. Mengetahui siapa pendengarnya (audience).

d. Mengumpul bahan – Penyelidikan, perbincangan, petikan, pendapat orang lain,

pendapat sendiri, buku, majalah, akhbar dll.

12 http://hdaily01.myfikir.com/index.php?option=com_content&task=view&id=8692&Itemid=50, hari Ahad 31-08-08, pukul 11.41 siang.13 http://anwaribrahimclub.com/forum/index.php?topic=1744.0, hari ahad 31-08-08, pukul 8.10 pagi.

Page 10: Analisis Khutbah Dalam Keberkesanan Komunikasi

10

6.2 Menyusun isi

Segala isi yang dikumpulkan perlu dianalisis dan disesuaikan dengan pendengar dan

objektif khutbah. Isi khutbah perlu diteliti dan disusun dengan rapi bagi

menyesuaikannya dengan satu-satu isu disamping menyesuaikannya dengan

kebolehan khatib serta pendengar dari berbagai peringkat. 

6.3 Gaya penyampaian

Gaya persembahan ketika menyampaikan khutbah boleh menambahkan keyakinan

pendengar terhadap isi khutbah yang disampaikan. Walaubagaimanapun gaya yang

keterlaluan boleh menyebabkan pendengar merasa kurang senang dan menjejaskan

tumpuan.

6.4 Ingatan

Ingatan yang baik sangat penting dalam menyampaikan khutbah. Menyampaikan

khutbah dengan membaca teks tidak begitu baik. Komunikasi yang baik memerlukan

pertembungan mata yang akan melahirkan ungkapan yang datang dari hati. Dengan

terlalu membaca teks maka pertembungan mata dengan pendengar tidak dapat

dilakukan.

6.5 Teknik penyampaian

Teknik penyampaian berhubung rapat dengan :

a. Suara – Tinggi rendah suara, suara mengajuk, suara sedih, suara tegas, suara takut

dan sebagainya.

b. Laju atau perlahan.

c. Gerak-geri badan.14

Tehnik komunikasi secara umum yang para khatib harus perhatikan dan dipertimbangkan

dalam menyampaikan isi khutbah kepada jamaah supaya berkesan. Strategi yang amat sesuai

untuk mempengaruhi audience supaya menerima penjelasan kita semasa ucapan. Audience

adalah sumber penting semasa ucapan, tanpa mereka siapakah kita dihadapan. Gunakanlah

strategi-strategi yang berkesan untuk menarik minat audience.

Langah Pertama : Bercakap dengan mereka seolah-oleh kita sedang membayangkan

sesuatu. Dengan menggunakan kaedah ini audience akan menggambarkan sesuatu dan

14 Kamal Izat Bin Ahmed, http://www.geocities.com/khutbah2002/KertasKerjaHukumSolatDanKhutbahJumaat.htm, hari Ahad 31-08-08, pukul 12.50 siang

Page 11: Analisis Khutbah Dalam Keberkesanan Komunikasi

11

akan menggerakkan seluruh perhatian mereka kepada apa yang kita minta digambarkan.

“Cuba tuan-tuan bayangkan bagaimana Negara kita penuh dengan sampah sarap” atau

“saudara-saudara bayangkan kita sedang berada di tepi tasik yang indah.”.

Langkah Kedua : Ceritakan keadaan sebenar yang sedang berlaku. Mainkan perasaan

audience dengan bercerita secara berkesan seperti gunakan intonasi rendah dan sedih,

gunakan gambar-gambar kejadian tersebut dan lain-lain. Secara tidak langsung akan

tergerak hati audience untuk memikirkan apa yang kita perkatakan. Contohnya,

“Beginilah keadaan universiti kita sekanag. Sampah merata tempat, jalan berlopak-lopak

dan tandas diconteng oleh pelajar. Inilah pula gambar keadaan universiti kita sekiranya

bersih dengan halaman yang cantik serta pemandangan yang indah. Jadi kita perlu

bekerjasama sama mengembalikan suasana ini.”

Langkah Ketiga : Beri penjelasan tentang aktiviti yang hendak dijalankan dan tunjukkan

bukti supaya audience yakin. Contohnya “Inilah rentetan cerita seorang usahawan yang

berjaya. Dalam masa 15 bulan sahaja beliau telah berjaya menjadi jutawan. Ingin tahu

rahsianya. Saya akan terangkan satu persatu”.

Langkah Keempat : Tarik minat mereka membayangkan faedah dan keistimewaan yang

akan mereka rasai selepas melakukan aktiviti. Kajian menunjukkan manusia lebih suka

mengetahui faedah yang akan diterima berbanding kerja yang dilakukan. “Bayangkan

apabila kita sudah berjaya, kita akan mencapai kejayaan yang cukup berharga. Ibu Bapa

akan seronok dan gembira dengan keayaan kita. Kita akan berbakti kepada masyarakat

dengan bertanggungjawab”.

Langkah Kelima : Ajak mereka memikirkan apa yang boleh dibuat untuk

menjayakannya. Contohnya “Kita berharap semua pihak dapat memberi kerjasama yang

sepenuhnya terhadap kerja ini.”15

Ada beberapa stretegi komunikasi yang dapat dipelajari dan dikembangkan oleh khatib

dalam menyampaikan isi khutbah kepada jamaah dengan baik dan peranan khutbah yang patut

dianggap sebagai media perdana umat Islam kembali segar bernafas dan mampu mewarnai dunia

dakwah. Pelaksanaan khutbah, kupasan isu, gaya penyampaian, mesti dipertingkat supaya

mampu mengejutkan minda beku segelintir umat Islam. Budaya kerja pada hari jumaat, jangka

masa khutbah mesti dikaji semula. Oleh itu, semua pihak mestilah mengambil peranan masing-

15 http://hariridaud.wordpress.com/category/tips-komunikasi/, hari Sabtu 30-08-08, pukul 09.30 pagi

Page 12: Analisis Khutbah Dalam Keberkesanan Komunikasi

12

masing, bergerak seiring, berderap selangkah dan berfikiran muafakat agar apa yang dicita-

citakan dapat menjadi kenyataan.

7.0 Kesimpulan

Secara umumnya khutbah yang baik hanya akan berhasil melalui gabungan di antara penyediaan

yang baik, penyampaian yang baik dan pendengar yang baik. Oleh yang demikian kerjasama

semua pihak amat perlu bagi memastikan setiap khutbah dapat dihayati dengan sebaiknya tanpa

dipengaruhi oleh unsur-unsur lain yang tidak berkaitan dengan kehendak Syarak. Realiti

sekarang keperluan umat Islam terhadap agama sangat meningkat, oleh sebab mesej agama yang

disampaikan kepada umat tidak dapat diterima secara benar. Banyak timbul kekeliruan terhadap

umat tentang mesej yang disampaikan.

Peranan khutbah sangat penting kerana dengan khutbahlah yang dapat membangkitkan

umat yang lalai, lupa, berkhayal, akhlak, adad istiadad Islam dan social. Untuk menambahkan

semangat umat Islam dalam mengkaji ajalan lebih mendalam, sama ada melalui sekolah,

universiti, majlid pengajian dan sebagainya. Dan untuk dapat meningkatkan masyarakat Islam

yang sempurna dan menjadikan insane yang kamil.

8.0 Rujukan

Kamal Izat Bin Ahmed, http://www.geocities.com/khutbah2002/KertasKerjaHukumSolatDan KhutbahJumaat.htm, hari Ahad 31-08-08, pukul 12.50 siang

Page 13: Analisis Khutbah Dalam Keberkesanan Komunikasi

13

Kamus Dewan, edisi keempat,Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2005.

http://anwaribrahimclub.com/forum/index.php?topic=1744.0, hari ahad 31-08-08, pukul 8.10 pagi.

http://hariridaud.wordpress.com/category/tips-komunikasi/, hari Sabtu 30-08-08, pukul 09.30 pagi

http://hdaily01.myfikir.com/index.php?option=com_content&task=view&id=8692&Itemid=50, hari Ahad 31-08-08, pukul 11.41 siang.

http://pusdai.wordpress.com/2008/08/07/makna-dan-cara-dakwah/, hari Sabtu 30-08-08, pukul 06.12 petang.

http://tarbiyatuna.wordpress.com/2006/12/19/kiat-praktis-dakwah-fardiyah/, hari Sabtu 30-08-

08, pukul 06.05 petang

Maman Abd. Djaliel, 2005, Fiqh Madzhab Syafi’i, buku 1, Pustaka Setia Bandung.

Muhammad Al Khaththath, http://www.khilafah1924.org/index.php?option=com_content&task =view&id=347& Itemid=47, hari Ahad 31-08-08 pukul 11.02 siang.

Zulkiple Abdul Ghani, 2001, Islam, Komunikasi dan Teknologi Maklumat, Maziza Sdn. Bhd, Kuala Lupur.