analisis keperluan pembangunan modul …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1022... ·...

8
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) 261 ANALISIS KEPERLUAN PEMBANGUNAN MODUL BALAGHAH BAGI PELAJAR SARJANA MUDA BAHASA ARAB SEBAGAI BAHASA KEDUA AHMAD REDZAUDIN GHAZALI MOHAMAD ROFIAN ISMAIL KHAIRATUL AKMAR ABDUL LATIF PhD ADNAN MAT ALI Jabatan Pengajian Bahasa & Linguistik Arab Akademi Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Bangi, Selangor. MUHAMMAD DAOH PhD Faculty of Education and Social Sciences (FESS), Universiti Selangor (UNISEL) [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk melihat keperluan pelajar sarjana muda bahasa Arab sebagai bahasa kedua dalam pembinaan modul Balaghah kendiri. Kajian berbentuk kuntitatif dipilih sebagai rekabentuk kajian ini. Instrumen soal selidik berbentuk 5 skala likert diagihkan kepada 30 orang responden dalam kalangan pelajar semester 4 sarjana muda bahasa Arab sebagai bahasa kedua di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Data yang diperolehi di analisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 22.0. Kaedah analisis diskriptif mudah iaitu skor min analysis di gunakan untuk memperoleh dapatan kajian. Dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa pelajar sarjana muda bahasa Arab memerlukan kepada modul pembelajaran Balaghah yang digubal oleh pakar tempatan (min=4.33), Modul Pembelajaran Balaghah yang akan dibina mestilah mempunyai Objektif dan Kaedah pengajaran yang sesuaian dengan tahap pelajar (min= 4.36), Modul Balaghah yang akan dibina berbentuk pembelajaran kendiri (min=4.20), Pelajar memerlukan modul Balaghah yang berbentuk analisis teks moden (min=4.30), Pelajar berminat jika cara penggunaan modul Balagah adalah dimulai dengan analisis teks, huraian tajuk, petikan contoh dan diakhiri dengan kaedah (min=4.16) Pelajar berminat jika modul balaghah yang akan dibina ini menggunakan medium bahasa Melayu (min=4.23) Modul Balaghah yang akan dibina perlu menggunakan elemen pembelajaran interaktif berasaskan multimedia (min=4.60). Dapatan dari kajian ini akan menghasilkan cadangan pembinaan MPK Balaghah bagi pelajar sarjana muda bahasa Arab sebagai bahasa kedua. PENDAHULUAN Ilmu Balaghah adalah salah satu kompenan ilmu berasaskan kesusasteraan Arab yang diwajibkan kepada pelajar sarjana muda bahasa Arab sebagai bahasa kedua di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor untuk mempelajarinya. Walaupun para pelajar telah didedahkan dengan subjek ini semenjak mereka berada di bangku sekolah menengah lagi, namun pengkaji melihat isu dalam kemampuan memahami subjek ini tetap timbul. Diantara faktor yang dilihat oleh pengkaji menjadi isu utama dalam kelemahan tersebut ialah ketiadaan modul Balaghah yang digubal khusus untuk para pelajar tersebut. 1022

Upload: phamtu

Post on 10-Apr-2018

323 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

Page 1: ANALISIS KEPERLUAN PEMBANGUNAN MODUL …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1022... ·  · 2016-06-261. Modul pembelajaran Balaghah perlulah ... pembelajaran berbantukan

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

261

ANALISIS KEPERLUAN PEMBANGUNAN MODUL BALAGHAH BAGI PELAJAR

SARJANA MUDA BAHASA ARAB SEBAGAI BAHASA KEDUA

AHMAD REDZAUDIN GHAZALI

MOHAMAD ROFIAN ISMAIL

KHAIRATUL AKMAR ABDUL LATIF PhD

ADNAN MAT ALI

Jabatan Pengajian Bahasa & Linguistik Arab Akademi Islam

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Bangi, Selangor.

MUHAMMAD DAOH PhD

Faculty of Education and Social Sciences (FESS),

Universiti Selangor (UNISEL)

[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk melihat keperluan pelajar sarjana muda bahasa Arab sebagai bahasa kedua dalam

pembinaan modul Balaghah kendiri. Kajian berbentuk kuntitatif dipilih sebagai rekabentuk kajian ini.

Instrumen soal selidik berbentuk 5 skala likert diagihkan kepada 30 orang responden dalam kalangan pelajar

semester 4 sarjana muda bahasa Arab sebagai bahasa kedua di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Data yang diperolehi di analisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi

22.0. Kaedah analisis diskriptif mudah iaitu skor min analysis di gunakan untuk memperoleh dapatan kajian.

Dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa pelajar sarjana muda bahasa Arab memerlukan kepada modul

pembelajaran Balaghah yang digubal oleh pakar tempatan (min=4.33), Modul Pembelajaran Balaghah yang

akan dibina mestilah mempunyai Objektif dan Kaedah pengajaran yang sesuaian dengan tahap pelajar (min=

4.36), Modul Balaghah yang akan dibina berbentuk pembelajaran kendiri (min=4.20), Pelajar memerlukan

modul Balaghah yang berbentuk analisis teks moden (min=4.30), Pelajar berminat jika cara penggunaan modul

Balagah adalah dimulai dengan analisis teks, huraian tajuk, petikan contoh dan diakhiri dengan kaedah

(min=4.16) Pelajar berminat jika modul balaghah yang akan dibina ini menggunakan medium bahasa Melayu

(min=4.23) Modul Balaghah yang akan dibina perlu menggunakan elemen pembelajaran interaktif berasaskan

multimedia (min=4.60). Dapatan dari kajian ini akan menghasilkan cadangan pembinaan MPK Balaghah bagi

pelajar sarjana muda bahasa Arab sebagai bahasa kedua.

PENDAHULUAN

Ilmu Balaghah adalah salah satu kompenan ilmu berasaskan kesusasteraan Arab yang

diwajibkan kepada pelajar sarjana muda bahasa Arab sebagai bahasa kedua di Kolej

Universiti Islam Antarabangsa Selangor untuk mempelajarinya. Walaupun para pelajar telah

didedahkan dengan subjek ini semenjak mereka berada di bangku sekolah menengah lagi,

namun pengkaji melihat isu dalam kemampuan memahami subjek ini tetap timbul. Diantara

faktor yang dilihat oleh pengkaji menjadi isu utama dalam kelemahan tersebut ialah

ketiadaan modul Balaghah yang digubal khusus untuk para pelajar tersebut.

1022

Page 2: ANALISIS KEPERLUAN PEMBANGUNAN MODUL …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1022... ·  · 2016-06-261. Modul pembelajaran Balaghah perlulah ... pembelajaran berbantukan

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

262

Justeru, bagi menyelesaikan isu ini, pengkaji merasakan perlunya kepada kajian yang

sistematik yang dapat membantu memperincikan ciri-ciri modul ilmu Balaghah yag

diperlukan oleh pelajar sarjana muda bahasa Arab KUIS mengikut keperluan mereka sendiri.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini di jalankan untuk memastikan objektif objektif yang disasarkan sebagaimana

berikut tercapai :

1- Menganalisis keperluan pelajar sarjana muda bahasa Arab sebagai bahasa kedua

untuk pembangunan modul ilmu Balaghah.

2- Mengenal pasti ciri-ciri modul ilmu Balaghah bagi sarjana muda bahasa Arab

sebagai bahasa kedua.

PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan objektif-objektif kajian yang telah direncanakan, maka pengkaji akan

memperhalusi dan mendapatkan jawapan kepada setiap persoalan persoalan berikut:

1- Apakah keperluan pelajar sarjana muda bahasa Arab sebagai bahasa kedua

untuk pembangunan modul ilmu Balaghah?

2- Apakah ciri-ciri modul ilmu Balaghah bagi sarjana muda bahasa Arab sebagai

bahasa kedua?

LATAR BELAKANG KAJIAN

Ilmu Balaghah ialah salah satu dari cabang ilmu bahasa Arab yang perlu dikuasai oleh

mereka yang ingin mendalami bahasa Arab. Pada peringkat awal kemunculan ilmu Balaghah

sebagai satu disiplin ilmu, ianya cukup sinonim dan berkait rapat dengan kajian i’jaz al-

Quran. Walaupun begitu, bangsa Arab sebelum kemunculan Islam telah dikenali dengan

kehebatan seni Balaghah dalam prosa dan syair mereka (Matlub, 1982).

Page 3: ANALISIS KEPERLUAN PEMBANGUNAN MODUL …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1022... ·  · 2016-06-261. Modul pembelajaran Balaghah perlulah ... pembelajaran berbantukan

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

263

Menurut Zulkahairi (2010) ilmu ini mula berkembang di Malaysia sejajar dengan

perkembangan bahasa Arab di Malaysia. Hal ini kerana ilmu balaghah adalah salah satu

komponen yang penting dalam bahasa Arab selain daripada komponen-komponen yang lain

seperti nahu (tatabahasa), sarf (morfologi) dan sebagainya. Ilmu balaghah ini penting dalam

bahasa Arab bagi memudahkan pemahaman terhadap sesuatu teks Arab kerana bahasa Arab

ialah bahasa yang unik dan penuh dengan gaya bahasa sastera. Kedudukan ilmu ini sebagai

komponen bahasa Arab semakin kukuh apabila mata pelajaran Bahasa Arab diterima dalam

kurikulum kebangsaan untuk dipelajari oleh pelajar aliran agama sekolah Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM).

Dalam konteks pengajian tinggi di Malaysia, ilmu Balaghah telah menjadi salah satu dari

matapelajaran yang diajar di institusi tersebut bagi pelajar yang mengambil jurusan bahasa

Arab sama ada sebagai subjek major, minor, wajib atau elektif. Kolej Universiti Islam

Antarabangsa Selangor melalui melalui program sarjana muda bahasa Arab sebagai bahasa

kedua juga telah mewajibkan pelajarnya mengambil subjek ilmu Balaghah sebagai salah satu

subjek teras jabatan.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian berbentuk kuatitatif. Sebanyak 30 orang responden daripada

sarjana muda bahasa Arab sebagai bahasa kedua dipilih sebagai sample kajian. Satu set soal

selidik telah diagihkan kepada responden kajian yang mengandungi variable-variable yang

berkaitan dengan objektif kajian. Data yang diperoleh melalui soal selidik dianalisis dengan

menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 22.0. Data-data

daripada borang soal selidik telah dianalisis dan dibentangkan menggunakan kaedah analisis

diskriptif mudah iaitu skor min analysis. Untuk itu, pengkaji memilih interpretasi skor min

yang bersumberkan Alias Baba (1999) semasa membuat analisis dan ia adalah seperti dalam

Jadual 1.0 di bawah.

Jadual 1.0 Interpretasi Skor Purata Ke dalam 5 tahap (Skala likert 5)

Julat Tahap Skor Min

1.00 – 1.80 Sangat Rendah

1.81 – 2.60 Rendah

Page 4: ANALISIS KEPERLUAN PEMBANGUNAN MODUL …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1022... ·  · 2016-06-261. Modul pembelajaran Balaghah perlulah ... pembelajaran berbantukan

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

264

2.61 – 3.40 Sederhana

3.41 – 4.20 Tinggi

4.21 – 5.00 Sangat Tinggi

Sumber: Alias Baba (1999)

ANALISIS KAJIAN

Analisis berkaitan dengan skor min bagi item-item berkaitan keperluan pembangunan modul

balaghah bagi pelajar sarjana muda bahasa arab sebagai bahasa kedua boleh dirujuk kepada

jadual di bawah.

Jadual 1.1 : Analisis Keperluan Pelajar Sarjana Muda Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua

terhadap Pembangunan Modul Pembangunan Balaghah.

ITEM MIN SISIHAN

PIAWAI

INTERPRETASI

Pembelajaran Balaghah perlu kepada modul yang

digubal oleh pakar tempatan

4.3333 .84418 Sangat Tinggi

Modul Pembelajaran Balaghah yang akan dibina

mestilah mempunyai Objektif dan Kaedah

pengajaran yang sesuaian dengan tahap pelajar

4.3667 .71840 Sangat Tinggi

Modul Balaghah yang akan dibina berbentuk

pembelajaran kendiri

4.2000 .71438 Tinggi

Anda memerlukan modul Balaghah yang

berbentuk analisis teks moden

4.3000 .74971 Sangat Tinggi

Anda berminat jika cara penggunaan modul

Balagah adalah dimulai dengan analisis teks,

huraian tajuk, petikan contoh dan diakhiri dengan

kaedah

4.1667 1.01992 Tinggi

Anda berminat jika modul balaghah yang akan 4.2333 1.07265 Sangat Tinggi

Page 5: ANALISIS KEPERLUAN PEMBANGUNAN MODUL …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1022... ·  · 2016-06-261. Modul pembelajaran Balaghah perlulah ... pembelajaran berbantukan

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

265

dibina ini menggunakan medium bahasa Melayu

Modul Balaghah yang akan dibina perlu

menggunakan elemen pembelajaran interaktif

berasaskan multimedia

4.6000 .67466 Sangat Tinggi

PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Daripada 7 item untuk keperluan pelajar sarjana muda bahasa Arab sebagai bahasa kedua

terhadap pembangunan modul pembangunan balaghah, terdapat 5 item berada pada tahap

interpretasi yang sangat tinggi iaitu bagi item yang pertama iaitu “Pembelajaran Balaghah

perlu kepada modul yang digubal oleh pakar tempatan ” dengan nilai skor min iaitu 4.33 ,

item ke-2 “Modul Pembelajaran Balaghah yang akan dibina mestilah mempunyai Objektif

dan Kaedah” dengan nilai skor min 4.36, item ke-4 “Anda memerlukan modul Balaghah

yang berbentuk analisis teks moden” dengan nilai skor min 4.30, item ke-6 “Anda berminat

jika modul balaghah yang akan dibina ini menggunakan medium bahasa Melayu” dengan

nilai skor min 4.23, dan item ke-7 “Modul Balaghah yang akan dibina perlu menggunakan

elemen pembelajaran interaktif berasaskan multimedia” dengan nilai skor min 4.60. Terdapat

dua item yang berada pada tahap yang tinggi iaitu item ke-3 “Modul Balaghah yang akan

dibina berbentuk pembelajaran kendiri” dengan nilai 4.20 dan item ke- 5 “Anda berminat jika

cara penggunaan modul Balagah adalah dimulai dengan analisis teks, huraian tajuk, petikan

contoh dan diakhiri dengan kaedah” dengan nilai 4.16. Daripada dapatan ini, menunjukkan

bahawa secara umumnya antara tujuan kajian ini adalah untuk membina satu modul khas bagi

subjek Balaghah; dapatan menunjukkan para belajar sangat bersetuju agar pembinaan modul

itu dapat dibangunkan dengan beberapa ciri ciri tertentu. Para pelajar bersetuju agar modul

yang dibina itu dibangunkan oleh kepakaran tempatan, hal ini bertepatan dengan pandangan

al-Qasimi (1979) dan al-Raqb (2014) yang melihat perlunya buku atau modul ditulis

berdasarkan kepada situasi dan persekitaran pelajar yang sebenar. Sudah tentulah situasi dan

persekitaran sebenar pelajar itu lebih diketahui oleh penggubal tempatan berbanding dengan

pakar dari luar. Berkaitan dengan objektif modul pula didapati skor min adalah sangat tinggi

iaitu 4.36, dapatan ini adalah selari dengan kajian Azhar (2006) bahawa objektif modul

adalah penentu kepada kejayaan pencapaian pelajar kerana pengajaran dan pembelajaran

Balaghah yang menyeleweng dari konsep asal menyebabkan objektif tidak berjaya dicapai

sepenuhnya. Berdasarkan kepada pandangan pelajar terhadap keperluan modul kepada

Page 6: ANALISIS KEPERLUAN PEMBANGUNAN MODUL …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1022... ·  · 2016-06-261. Modul pembelajaran Balaghah perlulah ... pembelajaran berbantukan

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

266

analisis teks moden didapati skor min yang diperolehi adalah sangat tinggi iaitu 4.3, ini

menunjukkan bahawa faktor teks boleh mempengaruhi minat pelajar terhadap subjek

Balaghah. Hal ini bertepatan dengan kajian Kamarulzaman (2010) yang melihat penyediaan

teks bacaan bahasa Arab yang kurang sesuai dengan tahap dan kebolehan pelajar mungkin

boleh menghilangkan minat dan motivasi mereka untuk mendalami bahasa ini. Selain itu

pandangan pelajar terhadap penggunaan dwibahasa pada modul Balaghah adalah sangat

positif dengan skor min yang sangat tinggi iaitu 4.23. Dapatan ini menjelaskan bahawa peri

pentingnya penggunaan dwibahasa Arab Melayu dalam modul Balaghah. Ia bertepatan

dengan pandangan Suhaila dan Nurafifah (2014) yang mengatakan bahawa usaha penulis

modul yang menggunakan dwibahasa merupakan satu usaha yang murni kerana ia

bersesuaian dengan bangsa Melayu semasa mendalami ilmu bahasa Arab. Intepretasi skor

min untuk item terakhir iaitu modul Balaghah yang akan dibina perlu menggunakan elemen

pembelajaran interaktif berasaskan multimedia menunjukkan tahap sangat tinggi (4.6).

Dapatan ini menyokong dapatan kajian Zulkhairi (2012) yang mengatakan bahawa antara

pendekatan yang terbaik untuk digunakan oleh pelajar semasa sesi pembelajaran ialah

melalui penggunaan perisisan multimedia. Ia disokong oleh Abdul Rahim (1989) dalam

Kamarudin (2004)

CADANGAN DAN PENYELESAIAN

Berdasarkan kepada dapatan data kajian dan perbincangan berkaitan, berikut merupakan

cadangan penyelesaian kepada permasalahan kajian:

1. Modul pembelajaran Balaghah perlulah digubal oleh pakar tempatan agar ia dapat

memenuhi beberapa faktor psikologi pelajar tempatan seperti minat, kecenderungan

dan keperluan mereka.

2. Objektif dan kaedah pengajaran Modul Pembelajaran Balaghah yang akan dibina

mestilah sesuai dan mampu memenuhi keperluan dan kehendak pelajar kerana ia

mempengaruhi kebolehcapaian pemahaman pelajar.

3. Modul Balaghah yang akan dibina ini perlu kepada pendekatan berbeza dari

pendekatan yang sedia ada. Pendekatan yang dimaksudkan ialah penggunaan analisis

teks moden dalam pembelajaran Balaghah.

Page 7: ANALISIS KEPERLUAN PEMBANGUNAN MODUL …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1022... ·  · 2016-06-261. Modul pembelajaran Balaghah perlulah ... pembelajaran berbantukan

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

267

4. Modul Balaghah yang akan dibina ini perlu kepada penggunaan dwibahasa agar ia

mesra pelajar seterusnya menarik minat mereka untuk lebih mendalami ilmu

Balaghah..

5. Elemen pembelajaran interaktif berasaskan multimedia dicadangkan agar dijadikan

sebahagian dari eleman asas modul Balaghah yang akan dibina.

PENUTUP

Sebagai penutup, berasaskan kepada kajian yang telah dijalankan dan dapatan yang telah

didapati, penyelidik berpandangan sebuah modul khas ilmu Balaghah bagi pelajar BASL

perlu dibangunkan. Pihak yang berkepentingan seperti pensyarah yang terlibat dalam aktiviti

pengajaran subjek ini perlulah merangka dan membina modul tersebut berdasarkan kepada

keperluan dan pandangan pelajar. Bagi pihak KUIS pula disarankan agar menggalakkan para

pensyarah membina modul sendiri bagi subjek yang mereka terlibat dalam aktiviti PdP

disamping memberi sepenuhnya sokongan kearah tercapainya maksud tersebut.

RUJUKAN

Azhar, Muhammad. (2008). Pendidikan Balaghah Arab di Malaysia. Skudai: Penerbit

Universiti Teknologi Malaysia.

Kamaruddin Mohammad Ali.(2004). Pembangunan Perisian Multimedia berasaskan

pembelajaran berbantukan computer Matematik tingkatan satu KBSM, bagi topik

nombor bulat. Latihan Ilmiah Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta

pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.

Kamarulzaman Abdul Ghani.( 2010). Keboleh bacaan buku teks bahasa Arab tinggi

tingkatan empat di sekolah-sekolah menengah kebangsaan agama. Tesis Doktor

Falsafah Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Al-Qasimi, Ali Muhammad. (1979). Ittijahat Hadithah fi Ta’lim al-Lughah al-Lughah Al-

Arabiyyah li al-Natiqin bi Lughat Ukhra. Al-Malik Saud Universiti. Riyadh.

Page 8: ANALISIS KEPERLUAN PEMBANGUNAN MODUL …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1022... ·  · 2016-06-261. Modul pembelajaran Balaghah perlulah ... pembelajaran berbantukan

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

268

Al-Raqb, Muhammad Hamdan. (2014). I’dad manahij ta’lim al-lughah al-arabiyyah li al-

Natiqin bi ghairiha wa ikhrajiha. (Online) Available:

http://www.alukah.net/library/0/79801/ (accessed on April 20, 2016).

Suhaila, Zailani Hj Ahmad & Nurafifah Fadzil.( 2014). Penggunaan modul dan buku Bahasa

Arab untuk orang Awam. Jurnal al-Hikmah, (Online) Available:

http://journalarticle.ukm.my/8204/1/93-391-2-PB.pdf. (accessed on April 20, 2016).

Zulkhairi M. Abd Hamid.( 2012). Reka bentuk perisian pembelajaran Balaghah Arab

Peringkat sekolah Menengah. Disertasi Sarjana Fakulti Bahasa dan Linguistik,

Universiti Malaya.