analisis jurnal.docx

2
JURNAL : ‘ PERSEPSI GURU TERHADAP PENGGUNAAN KURIKULUM BERASASKAN BERMAIN BAGI ASPEK PERKEMBANGAN BAHASA DAN LITERASI MURID PRASEKOLAH. ’ BINCANGKAN CARA ANDA MENGATASI ISU TERSEBUT Pendidikan Prasekolah berfokus kepada kurikulum berpusatkan murid melalui pelbagai aktiviti melibatkan kanak-kanak secara aktif seperti belajar melalui bermain, meneroka alam sekitar, membuat eksperimen dan cuba jaya. Setiap kanak-kanak minat bermain kerana bermain adalah fitrah mereka. Duncan dan Lockwood (2008) mengatakan bahawa keinginan semula jadi kanak- kanak dapat dipenuhi melalui bermain dan semasa bermain. Kanak-kanak memahami isu-isu yang berlaku di sekeliling dalam keadaan menggembirakan. Mereka membina identiti dan pengetahuan tentang persekitaran melalui bermain. Bermain juga dapat memupuk keyakinan dan membina personaliti serta menjadikan mereka lebih yakin. International Play Association (IPA), organisasi yang menegaskan bahawa pentingnya hak bermain kepada kanak-kanak, yakin bahawa bermain dapat memberikan kesejahteraan kepada perkembangan kanak-kanak. Kegiatan bermain adalah pengalaman pembelajaran terbaik dan menjadi keutamaan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Keperluan mengintegrasikan main dalam kurikulum pendidikan awal kanak-kanak telah lama dikenal pasti oleh pengkaji dalam pendidikan awal kanak-kanak. Malah pentingnya mengintegrasikan main dalam kurikulum dinyatakan dalam dokumen National Accociation Of Education Of Young Children (NAEYC-2010). Pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan awal kanak-kanak seharusnya mengikut amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak. Persepsi guru tentang kurikulum berasaskan main dalam konteks perkembangan bahasa kanak-kanak melibatkan rangsangan yang memerlukan pengamatan dalam menginterpretasikan pendekatan ini dalam prasekolah. Hal ini adalah kerana persepsi guru tentang pengajaran dan pembelajaran berasaskan main penting bagi menentukan bagaimana guru mengajar bahasa di prasekolah. Bersama-sama kita membincangkan permasalahan ini dan cara menangani isu tersebut. Pertama adalah masalah tahap pemahaman guru yang kurang mantap tentang pendekatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan bermain bagi perkembangan bahasa dan literasi kanak-kanak prasekolah. Dapatan daripada kajian mendapati guru yang mempunyai pengalaman mengajar kurang lima

Upload: irmaismail

Post on 17-Jan-2016

26 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pendekatan bermain di prasekolah

TRANSCRIPT

Page 1: analisis JURNAL.docx

JURNAL : ‘ PERSEPSI GURU TERHADAP PENGGUNAAN KURIKULUM

BERASASKAN BERMAIN BAGI ASPEK PERKEMBANGAN

BAHASA DAN LITERASI MURID PRASEKOLAH. ’

BINCANGKAN CARA ANDA MENGATASI ISU TERSEBUT

Pendidikan Prasekolah berfokus kepada kurikulum berpusatkan murid melalui

pelbagai aktiviti melibatkan kanak-kanak secara aktif seperti belajar melalui bermain,

meneroka alam sekitar, membuat eksperimen dan cuba jaya. Setiap kanak-kanak minat

bermain kerana bermain adalah fitrah mereka. Duncan dan Lockwood (2008) mengatakan

bahawa keinginan semula jadi kanak-kanak dapat dipenuhi melalui bermain dan semasa

bermain. Kanak-kanak memahami isu-isu yang berlaku di sekeliling dalam keadaan

menggembirakan. Mereka membina identiti dan pengetahuan tentang persekitaran melalui

bermain. Bermain juga dapat memupuk keyakinan dan membina personaliti serta

menjadikan mereka lebih yakin.

International Play Association (IPA), organisasi yang menegaskan bahawa

pentingnya hak bermain kepada kanak-kanak, yakin bahawa bermain dapat memberikan

kesejahteraan kepada perkembangan kanak-kanak. Kegiatan bermain adalah pengalaman

pembelajaran terbaik dan menjadi keutamaan dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Keperluan mengintegrasikan main dalam kurikulum pendidikan awal kanak-kanak telah lama

dikenal pasti oleh pengkaji dalam pendidikan awal kanak-kanak. Malah pentingnya

mengintegrasikan main dalam kurikulum dinyatakan dalam dokumen National Accociation

Of Education Of Young Children (NAEYC-2010). Pengajaran dan pembelajaran dalam

pendidikan awal kanak-kanak seharusnya mengikut amalan bersesuaian dengan

perkembangan kanak-kanak.

Persepsi guru tentang kurikulum berasaskan main dalam konteks perkembangan

bahasa kanak-kanak melibatkan rangsangan yang memerlukan pengamatan dalam

menginterpretasikan pendekatan ini dalam prasekolah. Hal ini adalah kerana persepsi guru

tentang pengajaran dan pembelajaran berasaskan main penting bagi menentukan

bagaimana guru mengajar bahasa di prasekolah. Bersama-sama kita membincangkan

permasalahan ini dan cara menangani isu tersebut.

Pertama adalah masalah tahap pemahaman guru yang kurang mantap tentang

pendekatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan bermain bagi perkembangan bahasa

dan literasi kanak-kanak prasekolah. Dapatan daripada kajian mendapati guru yang

Page 2: analisis JURNAL.docx

mempunyai pengalaman mengajar kurang lima tahun mempunyai tahap pemahaman yang

rendah tentang pengajaran dan pembelajaran dari segi aspek bahasa. Oleh yang demikian

sebagai cadangan cara menangani isu ini adalah dengan memberikan pendedahan kepada

guru novis ini tentang latihan dan bimbingan berkaitan pendekatan yang sesuai dengan

perkembangan kanak-kanak supaya mereka menjadi lebih efektif dalam pengajaran

berpusatkan murid.

Kedua masalah pengurusan masa dalam mengendalikan aktiviti bermain dalam

pengajaran dan pembelajaran.\

Ketiga pengurusan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran

Keempat masalah kawalan murid

Kelima masalah kekangan ruang pembelajaran yang tidak sesuai

Keenam sokongan pentadbir dan ibu bapa serta komuniti setempat

Kesimpulannya, peringkat prasekolah adalah peringkat penting bagi kanak-kanak

belajar membaca ( learning to read ) kerana apabila sebaik sahaja kanak-kanak mengikuti

pendidikan formal mereka akan beralih kepada membaca untuk belajar ( reading to learn ).

Memberikan peluang kepada semua kanak-kanak prasekolah melalui tempoh pembelajaran

yang menyeronokkan adalah wajar bagi memberikan pengalaman pertama yang manis

untuk dikenang di masa depan.