analisis hasil dapatan

12
Analisis Hasil Dapatan Perkembangan Kanak-Kanak Tugasan ini memerlukan kami membuat ujikaji terhadap kanak-kanak yang berbeza peringkat umur.Kami telah membahagi kepada dua peringkat umur di mana kami memlilih 3 orang kanak-kanak dari pra sekolah iaitu (5-6 tahun) dan tiga orang lagi kanak-kanak merupakan peringkat umur 9 tahun iaitu (darjah 3). Untuk melihat perbandingan perkembangan kanak-kanak di antara peringkat umur 5-9 tahun kami telah memilih salah seorang daripada kanak- kanak prasekolah dan sekolah rendah. 1) Kanak- kanak pra sekolah (5-6 tahun) 2) Kanak-kanak sekolah rendah ( 9 tahun) Nama : Ahmad Syahmi Bin Syukri Umur : 6 tahun Sekolah : Prasekolah Sekolah Kebangsaan Tanjung Manis Asal : Sarikei Nama : Nurul Damia Binti Ramzi Umur : 9 tahun Sekolah : Sekolah Kebangsaan Mukah Asal : Mukah

Upload: anysah-lavender

Post on 02-Jul-2015

330 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Analisis Hasil Dapatan

Analisis Hasil Dapatan Perkembangan Kanak-Kanak

Tugasan ini memerlukan kami membuat ujikaji terhadap kanak-kanak yang berbeza

peringkat umur.Kami telah membahagi kepada dua peringkat umur di mana kami

memlilih 3 orang kanak-kanak dari pra sekolah iaitu (5-6 tahun) dan tiga orang lagi

kanak-kanak merupakan peringkat umur 9 tahun iaitu (darjah 3). Untuk melihat

perbandingan perkembangan kanak-kanak di antara peringkat umur 5-9 tahun kami

telah memilih salah seorang daripada kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah.

1) Kanak- kanak pra sekolah (5-6 tahun)

2) Kanak-kanak sekolah rendah ( 9 tahun)

Nama : Ahmad Syahmi Bin Syukri

Umur : 6 tahun

Sekolah : Prasekolah Sekolah Kebangsaan

Tanjung Manis

Asal : Sarikei

Nama : Nurul Damia Binti Ramzi

Umur : 9 tahun

Sekolah : Sekolah Kebangsaan Mukah

Asal : Mukah

Page 2: Analisis Hasil Dapatan

Hasil Dapatan Dari Segi Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak

Berdasarkan ujikaji Piaget Conservation Tasks (Piagetian Tasks) yang dijalankan

ke atas kanak-kanak peringkat umur 6 tahun (Ahmad) dan peringkat umur 9 tahun

(Damia), didapati respon mereka jauh berbeza. Menurut teori Piaget dalam buku

Perkembangan Kanak-Kanak (Peringkat Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak)

oleh Mok Soon Sang, Ahmad Syahmi yang berumur 6 tahun berada di peringkat

Pra Operasi (kanak-kanak 2-7 tahun) dan Nurul Damia yang berumur 9 tahun pula

di peringkat operasi Konkrit (7-12 tahun).

Ahmad Syahmi merupakan kanak-kanak yang aktif dan boleh memahami serba

sedikit arahan yang mudah.Hasil dapat mendapati bahawa Ahmad sudah dapat

menguasai konsep pengabadian bilangan sepenuhnya.Pada peringkat awalan

kanak-kanak ini dapat menjawab dengan betul begitu juga selepas berlaku

transformasi ke atas plastisin didapati bahawa Ahmad masih menjawab bilangannya

sama.Ini menunjukkan pemikiran kanak-kanak pada peringkat ini lebih bersifat

intuinitif iaitu pemahaman kanak-kanak mengenai objek berdasarkan ciri-ciri yang

nampak jelas dan nyata. Ujikaji ini menjelaskan pemikiran kanak-kanak lebih

berfokuskan keadaan fizikal daripada konsep yang lebih abstrak (bilangan/nombor).

Perkembangan kognitif kanak-kanak ini adalah selaras dengan teori kognitf

Piaget di mana Ahmad tidak dapat menguasai konsep isipadu dan konsep jisim

sepenuhnya. Ini menunjukkan kanak-kanak pada peringkat ini belum dapat

memahami prosep pengekalan iaitu prinsip identiti, prinsip ganti rugi dan prinsip

keterbalikan. Pada tahap ini juga kanak-kanak sudah menunjukkan sifat egosintrik.

Mereka menyangka bahawa pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa

dengannya.Kanak-kanak pada peringkat ini memahami persekitaran melalui

perspektif mereka sendiri.Ahmad dapat menyatakan bahawa objek dilihat oleh

individu bertentangan dengannya dalam ujikaji yang terakhir dengan betul

Manakala bagi kanak-kanak 2 iaitu Nurul Damia Binti Ramzi (9 tahun), kanak-

kanak ini berada di Peringkat Operasi Konkrit. Melalui kajian teori Piaget, didapati

peringkat ini selari dengan tahap perkembangan kognitifnya.Damia dapat

Page 3: Analisis Hasil Dapatan

memahami konsep pengabadian bilangan, proses songsang, konsep isipadu dan

konsep jisim.Berdasarkan kajian Damia mampu menyimpul ujikaji yang dijalankan

dengan betul kecuali penilaina sifat egosintrik.

Kesimpulannya, Ahmad Syahmi dan Nurul Damia selari dengan teori Piaget

dalam Piaget Conservation Tasks. Ahmad yang berada di peringkat Praoperasi

selari dengan tahap perkembangannya bertentangan pada konsep pengabadian

bilangan di mana Ahmad mampu menjawabnnya dengan tepat.Manakala bagi

Damia, dia dapat menjawab kesemua ujikaji kecuali penilaian kecuali dalam ujikaji

penilaian sifat egosentrik.

Page 4: Analisis Hasil Dapatan

Hasil Dapatan Dari Segi Perkembangan Bahasa

Bagi analisis perkembangan bahasa kanak-kanak, kami telah membina inventori

bahasa bagi menilai tahap perkembangan bahasa kanak-kanak.Hasil dapatan

mendapati bahawa kanak-kanak prasekolah masih kurang memahami bahasa Melayu

sepenuhnya.Mereka masih terikat dengan bahasa ibunda ketika menjawab soalan yang

diajukan.Berbeza pula bagi kanak-kanak sekolah rendah yang berumur 9 tahun.kanak-

kanak ini mudah memahami bahasa Melayu sepenuhnya dan dapat menyatakan

pendapat mereka sendiri menggunakan bahsa yang mudah.

Merujuk kepada hasil dapatan untuk perkembangan bahasa. Ahmad Syahmi (6

tahun), didapati bahawa perkembangan bahasanya masih berada di tahap yang

rendah. Ahmad masih terikat dengan bahasa pertuturan di rumah. Ini kerana dia kurang

mendapat pendedahan di rumah. Ahmad mengetahui namanya dan tahun menulis

namanya sendiri tetapi masih tidak mampu membezakan huruf besar dan huruf kecil.

Malahan Ahmad masih tidak dapat mengemukakan pendapatnya dengan lancar.

Kanak-kanak ini menyatakan sesuatu ayat dengan putus-putus dan memerlukan

pengulangan bagi mememahami soalan yang diutarakan kepadanya. Pada peringkat ini

juga, kanak-kanak ini kerap menggunakan bahasa yang salah tetapi pada perspektif

mereka ia adalah betul sesuai dengan sifat egosentrik yang masih ada dalam diri

mereka.

Menurut Chomsky dalam buku Perkembangan Kanak-kanak oleh Heliza Ahmad,

Kanak-kanak amnya mempunyai sedikit pendedahan kepada formasi bahasa. Ini

kerana semasa zaman kanak-kanak, mereka tidak diajar untuk untuk membentuk ayat

tertentu secara formal.Malahan mereka juga sering membuat kesilapan danberubah

fikiran ketika berinteraksi.Namun apabila mereka mencapai tahap kematangan, mereka

mampu menguasai kemahairan berbahasa dengan cara yang tersendiri. Lazimnya

kanak-kanak pada peringkat ini mendapat pendedahan perkembangan bahasa awal di

rumah iaitu melalui ibu bapa dan keluarga. Kanak-kanak ini belum lagi menguasai

pendedahan yang formal dalam berbahasa dengan betul sepenuhnya di sekolah.Oleh

itu, interaksi kanak-kanak ini dengan gurunya masih belum memadai bagi menguasai

kemahiran berbahasa.

Page 5: Analisis Hasil Dapatan

Perkembangan bahasa bagi Nurul Damia Binti Ramzi (9 tahun), perkembangan

bahasa kanak-kanak ini berada pada tahap yang sangat baik. . Pada peringkat umur 9

tahun ini, kanak-kanak menunjukkan pengetahuan yang lebih baik tentang nahu,

tatabahasa dan perbendaharaan kata. Di sini, Damia sudah menguasai kemahiran

menulis dan membaca dengan menggunakan gaya bahasa yang betul.Malahan Damia

dibesarkan oleh ibu bapa yang berpendidikan dan secara tidak langsung dia menerima

pendedahan bahasa yang formal melalui ibu bapanya sendiri kemudian di sekolah

melalui gurunya sendiri. Tempoh kanak-kanak ini mendapatkan pendidikan formal

adalah lebih lama dan banyak jika dibandingkan dengan Ahmad Syahmi (prasekolah).

Interaksi antara Nurul Damia adalah dalam lingkungan persekitaran yang luas iaitu

keluarganya sendiri dan sekolah.

Rumusannya, interaksi yang lama secara amnya dapat melatih kanak-kanak

menguasai perkembangan bahasa dengan lebih baik.

Page 6: Analisis Hasil Dapatan
Page 7: Analisis Hasil Dapatan

Hasil Dapatan Dari Segi Perkembangan Moral (Lawrence Kohlberg- Dilema Heinz)

Page 8: Analisis Hasil Dapatan
Page 9: Analisis Hasil Dapatan

melibatkan interaksi sosial dengan orang sekeliling. Pemikiran, tingkahlaku, perasaan

dan personaliti seseorang yang berkait dalam penilaian moral seseorang individu (Buku

Perkembangan Kanak-Kanak oleh Heliza Ahmad)

Page 10: Analisis Hasil Dapatan

melibatkan interaksi sosial dengan orang sekeliling. Pemikiran, tingkahlaku, perasaan

dan personaliti seseorang yang berkait dalam penilaian moral seseorang individu (Buku

Perkembangan Kanak-Kanak oleh Heliza Ahmad)