analisis bezaan antara dua dialek melayu dari aspek fonologi 2

66
1.0 Pendahuluan 1.1 Pengenalan Dalam membicarakan soal bahasa, setiap ahli linguistik mempunyai pendekatan yang berbeza-beza mendefinisikannya. Secara umum, bahasa hgatau komunikasi. Hal ini demikian kerana setiap aktiviti yang dilakukan oleh manusia pasti menggunakan bahasa sebagai kerangka untuk mencapai sesuatu matlamat. Dengan bahasa kita dapat berinteraksi menerusi pelbagai aspek kehidupan dalam pemahaman yang luas. Hal ini selaras dengan pendapat Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985: 40) yang dikutip menerusi buku Teori Bahasa: Implikasinya Terhadap Pengajaran Bahasa oleh Nik Hassan Basri (1995: 2) menyatakan bahawa bahasa mempunyai banyak dasar pendefinisikannya termasuklah mendefinisikan bahasa itu dari sudut fungsinya. Tambah mereka, bahasa merupakan alat perhubungan dan komunikasi. Rentetan bahasa ialah alat komunikasi untuk manusia berhubung, melahirkan peranan, kehendak, fikiran dan 1

Upload: abdghaniismail

Post on 26-Dec-2015

168 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

BAHASA

TRANSCRIPT

Page 1: Analisis Bezaan Antara Dua Dialek Melayu Dari Aspek Fonologi 2

1.0 Pendahuluan

1.1 Pengenalan

Dalam membicarakan soal bahasa, setiap ahli linguistik mempunyai

pendekatan yang berbeza-beza mendefinisikannya. Secara umum, bahasa hgatau

komunikasi. Hal ini demikian kerana setiap aktiviti yang dilakukan oleh manusia

pasti menggunakan bahasa sebagai kerangka untuk mencapai sesuatu matlamat.

Dengan bahasa kita dapat berinteraksi menerusi pelbagai aspek kehidupan dalam

pemahaman yang luas. Hal ini selaras dengan pendapat Raminah Hj Sabran dan

Rahim Syam (1985: 40) yang dikutip menerusi buku Teori Bahasa:

Implikasinya Terhadap Pengajaran Bahasa oleh Nik Hassan Basri (1995: 2)

menyatakan bahawa bahasa mempunyai banyak dasar pendefinisikannya

termasuklah mendefinisikan bahasa itu dari sudut fungsinya. Tambah mereka,

bahasa merupakan alat perhubungan dan komunikasi.

Rentetan bahasa ialah alat komunikasi untuk manusia berhubung, melahirkan

peranan, kehendak, fikiran dan sebagainya (Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar

Hj. Abdul Aziz, 1999:1). Justeru, bahasalah satu-satunya alat yang paling ampuh,

baik, dan jitu untuk berinteraksi. Namun begitu, selain sebagai alat komunikasi

dan perhubungan sosial, bahasa juga berfungsi sebagai alat untuk melakukan

aktiviti-aktiviti kebudayaan. Sebagaimana pendapat kedua-dua tokoh bahasa tadi,

iaitu bahasa didefinisikan juga sebagai alat untuk menyatakan perasaan, pendapat,

fikiran dan sebagainya. Sehubungan ini, bahasa sekali gus dapat menentukan

pemikiran penutur masyarakat dan kebudayaannya. Dengan itu lahirlah ungkapan

bahawa Bahasa Menunjukkan Bangsa dan Bahasa Cerminan Budaya.

1

Page 2: Analisis Bezaan Antara Dua Dialek Melayu Dari Aspek Fonologi 2

Be r iku t an nama-nama nege r i d i Semenan jung Ma lays i a

i n i pu l a , t imbu lnya nama d i a l ek -d i a l ek Me layu , i a i t u d i a l ek

Pe r l i s , d i a l ek Kedah , d i a l ek Pu l au P inang , d i a l ek Pe rak ,

d i a l ek Selangor, dialek Negeri Sembilan, dialek Melaka, dialek

Johor, dialek Pahang, dialek Terengganu dan dialek Kelantan. Pemberian

dialek-dialek Melayu ini adalah berdasarkan nama negeri berkenaan. Hal ini

dipanggil dialek setempat oleh Leonard Bloomfield (1967:50). Menurut A.

Teeuw (1961:43) pula, dialek-dialek setempat di Semenan jung Ma lays i a

s ebena rnya ada l ah an t a r a va r i a s i bahasa Me lay u .

Berhubung dengan pengkajian bidang bahasa termasuklah bahasa

Melayu, setiap bahasa digambarkan mempunyai sistem bunyi yang tersendiri.

Oleh hal yang demikian, kajian bahasa yang menjurus terhadap sistem bunyi ini

dimaktubkan dalam dua kategori, iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik ialah kajian

bunyi bahasa dari aspek penyebutan dan pendengaran atau sifatnya, manakala

fonologi pula ialah kajian bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.

Da l am ka j i an i n i , penye l i d ik akan menyoro t i va r i a s i

dan ke l a inan da l a m sebutan khususny dalam dialek Negeri

Sembilan dan dialek Terengganu dari aspek fonologinya. Aspek ini

akan dihuraikan secara terperinci dan mendalam mengenai perbezaan

yang wujud antara kedua-dua dialek Melayu ini. Kajian utama dilakukan

terhadap beberapa konsep yang diterangkan serta digunakan bagi mengkaji

perbezaan bunyi-bunyi bahasa yang d iha s i l kan da l am d i a l ek Me layu

Nege r i Sembi l an dan d i a l ek Me layu Te rengganu un tuk

2

Page 3: Analisis Bezaan Antara Dua Dialek Melayu Dari Aspek Fonologi 2

be r in t e r aks i dan be rkomun ikas i an t a r a mereka.

1.2 Penyataan Masalah

Kepelbagaian dialek Melayu yang diturun-temuruni oleh penutur

tradisional ini harus diiktiraf sebagai pusaka atau khazanah yang tidak

ternilai. Keistimewaan khazanah ini hendaklah disusun, diatur, disemak,

diteliti dan harus diungkapkan, justeru pengiktirafan terhadap khazanah ini

haruslah diketengahkan dalam bentuk pengkajian dan penyelidikan.

T ugas pa r a pengka j i d i a l ek Me layu t e r ama t l ah be sa r se i r i ng

dengan pendapa t Collins (1989), iaitu terdapat lebih kurang 1500 penulisan

tentang pelbagai dialek Melayu telah dirakamkan. Dialektologi ini telah

mengkaji ragam bahasa Melayu yang wujud kesan dari aspek geografi. Menurut

Collins J.T (1996 : 16) lagi, pengkajian dialek Melayu mesti dilakukan

dengan selengkap mungkin dengan mengolah dan mengambil

kirasemua maklumat daripada semua sumber.

Gaya penggunaan dialek Melayu Negeri Sembilan dan dialek Melayu

Terengganu oleh penutur dilihat berbeza dengan bahasa Melayu standard. Hal ini

demikan kerana kedua-dua dialek Melayu ini terdapat perbezaan dari segi

sebutan, nada, malah terdapat perbezaan makna dalam satu-satu perkataan.

Walaupun adanya kajian-kajian lepas berkaitan penggunaan dialek Negeri

Sembilan ataupun dialek Terengganu ini, namun, kajiannya hanya tertumpu

terhadap bezaan antara dialek-dialek ini dengan bahasa Melayu standard dan

3

Page 4: Analisis Bezaan Antara Dua Dialek Melayu Dari Aspek Fonologi 2

bukannya menjurus analisis bezaan antara dialek Melayu Negeri Sembilan

dengan dialek Melayu Terengganu ini.

Oleh hal yang demikian, bagi menyempurnakan tugasan ini, penyelidik

perlu merujuk bahan-bahan kajian lepas dan juga orang perseorangan bagi

mendapatkan analisis yang telus dan benar dalam menganalisis bezaan kedua-

dua dialek ini dari segi fonologi terutamanya penggunaan dialek ini terhadap

cabang fonemik yang menitikberatkan analisis sistem bunyi secara sinkronik.

Kajian ini penting untuk dilakukan adalah bagi mengenal pasti perbezaan antara

dialek Melayu Negeri Sembilan dengan dialek Melayu Terengganu dari segi

fonologi.

1.3 Objektif kajian

1.3.1 Mengenal pasti dialek Melayu Negeri Sembilan dan dialek

Melayu Terengganu dari aspek fonologi berfokuskan kelainan

fonemik berbanding bahasa Melayu Standard.

1.3.2 Menganalisis bezaan aspek fonologi yang berfokuskan

kelainan variasi fonemik antara dialek Melayu Negeri Sembilan

dan dialek Melayu Terengganu.

1.3.3 Merumuskan ciri-ciri khas yang terungkap bagi

mengidentitikan dialek Negeri Sembilan dan dialek

Terengganu.

1.4 Batasan Kajian

Dalam tugasan Analisis Bezaan antara Dua Dialek Melayu dari aspek

4

Page 5: Analisis Bezaan Antara Dua Dialek Melayu Dari Aspek Fonologi 2

Fonologi, terutamanya cabang fonemik, penulis memilih dua dialek Melayu,

iaitu dialek Negeri Sembilan dan dialek Terengganu. Kedua-dua dialek ini

dipilih kerana kedua-duanya mempunyai keunikan tersendiri dan kelihatan

seperti banyak perbezaan antara satu sama lain dari sudut fonologi, iaitu analisis

bunyi bahasa terhadap fonemiknya. Seterusnya, penulis merumuskan ciri-ciri

khas yang terkandung dalam kedua-dua dialek ini sekali gus melambangkan

pembinaan utuh dialek Melayu Negeri Sembilan dan dialek Melayu Terengganu

ini. Kelainan fonem yang dikaji melibatkan fonem vokal, kependekan kata

vokal, penambahan vokal, sisipan vokal, penggantian vokal, konsonan, variasi

fkonsonan, pengguguran konsonan, penggantian dan konsonan.

1.5 Definisi Operasional

1.5.1 Analisis Bezaan

Analisis Bezaan berdasarkan penyataan Fisiak et al. (1978) dan

Cf Jackson (1976) adalah sebagai subdisiplin linguistik berkenaan

perbandingan dua atau lebih bahasa. Dengan perkataan lain, analisis

bezaan merupakan subsistem bahasa dalam usaha untuk menentukan

persamaan dan perbezaan antara bahasa-bahasa yang dianalisis. Istilah

lain bagi analisis bezaan, iaitu konfrantative linguistics (cf L

Zabrocki,1970 dll.). Ellis (1966) pula menamakan bidang ini sebagai

comparative descriptive linguistics; manakala Akhmanova dan

Melencuk (1977) membicarakannya sebagai linguistic confrontation.

Secara tuntasnya, Analisis Bezaan merupakan kaedah sinkronik

5

Page 6: Analisis Bezaan Antara Dua Dialek Melayu Dari Aspek Fonologi 2

yang mengkaji perbandingan dua bahasa atau lebih, iaitu ciri-ciri dalam

bahasa sumber dan bahasa sasaran yang dapat menunjukkan persamaan

dan perbezaan antara bahasa-bahasa tersebut. Hal ini adalah untuk

mencari prinsip-prinsip yang dapat diterapkan dalam praktik bagi

pengajaran bahasa. Seandainya struktur antara kedua-dua bahasa itu

banyak persamaannya, maka bahasa itu dianggap mudah untuk

dipelajari, manakala struktur yang berbeza pula akan menimbulkan

kesukaran sewaktu mempelajari bahasa kedua tersebut. Kesannya ialah

berlaku kesilapan dalam pembelajaran bahasa kedua

1.5.2 Fonologi

Fonologi ialah kajian mengenai pola bunyi bahasa, iaitu kajian

mengenai bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Menurut

Kamus Linguistik (2008) Harimurthi Kridalaksana mendefinisikan

fonologi sebagai satu bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi

bahasa mengikut fungsinya. Arbak Othman (1983) pula menyatakan

bahawa fonologi merupakan bahagian daripada linguistik deskriptif

yang mempelajari bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui

mulut manusia.

Di samping itu, Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad

(2006) menjelaskan bahawa fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang

mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem

bahasa tersebut. Fonologi terbahagi kepada dua iaitu, fonem dan

6

Page 7: Analisis Bezaan Antara Dua Dialek Melayu Dari Aspek Fonologi 2

fonetik. Fonem bermaksud unit bahasa terkecil yang berfungsi. Satu

unit ujaran yang bermakna, atau perkataan, terdiri daripada beberapa

unit bunyi. Dengan perkataan lain fonem ialah unit terkecil yang

berfungsi kerana unit itu membezakan maksud ujaran. Fonetik pula

ialah pengkaji ilmu penghasilan bunyi menerusi alat ujaran, gelombang

bunyi, pendengaran dan otak.

Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula,

bidang fonologi mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam

pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Seterusnya, Abdullah Hassan

(2005) pula menyatakan bahawa fonologi ialah bidang yang mengkaji

sistem bunyi-bunyi dalam bahasa. Dengan perkataan lain, fonologi

merujuk kepada sistem bunyi bahasa yang mempunyai kaitan senarai

bunyi bahasa. Ciri-ciri bunyi tersebut malah peraturan khusus yang

menjelaskan cara bunyi-bunyi tersebut pula berhubung antara satu sama

lain. Kronologinya tugas bidang fonologi adalah untuk merumuskan,

menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu

bahasa secara terperinci. Namun, tugasan ini berfokuskan kajian

fonologi terhadap kelainan fonem sama ada vokal atau konsonan yang

terdapat dalam dialek Negeri Sembilan dan dialek Terengganu ini.

1.5.3 Dialek

Pada mulanya perkataan dialek d igunakan da l am

7

Page 8: Analisis Bezaan Antara Dua Dialek Melayu Dari Aspek Fonologi 2

hubungannya dengan keadaan bahasa yang berasal

daripada perkataan Yunani, iaitu ‘dialektos’ (Ayatrohaedi,

1979:1). D i Yunan i , t e rdapa t pe rbezaan - perbezaan kecil di

dalam bahasa yang digunakan oleh pendukungnya masing-

masing, namun, penggunaan tersebut tidak sampai menyebabkan

mereka berasa mempunyai bahasa yang berlainan (Meillet, 1967: 69).

Mengikut Mario A. Pei , dialek dikatakan variasi satu bahasa tertentu

yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat

bahasa.

Secara umumnya, dialek didefinisikan sebagai sesebuah bahasa

yang sama dibunyikan atau dituturkan dalam bunyi yang berbeza

mengikut kawasan kependudukan. Dalam pada itu, Edward Sapir

menerangkan bahawa dialek dikenali sebagai bentuk pertuturan

tempatan yang mempunyai kelainan dari segi pendapat dan bentuk

bahasa kesusasteraan. Hal ini termasuklah elemen dalam sebutan, kosa

kata dan tatabahasa juga berbeza-beza. Sesebuah bahasa yang

dituturkan dengan seragam telah diubah kerana telah dipengaruhi oleh

pelbagai faktor tamsilnya faktor geografi.

Rentetan itu, dialek membawa maksud sebagai satu bentuk

bahasa yang digunakan di sesebuah daerah atau sesuatu kelas sosial

yang berbeza daripada bahasa Melayu standard atau disebut juga

sebagai 'loghat'. Sehubungan itu, bentuk percakapan tempatan atau

dialek ini terhad kepada kawasan-kawasan tertentu sahaja, justeru,

8

Page 9: Analisis Bezaan Antara Dua Dialek Melayu Dari Aspek Fonologi 2

setiap tempat yang mempunyai dialek memiliki cara sebutan dan

pengucapan yang berbeza-beza.

2.0 Sorotan Literatur

Kajian mengenai dialek ini sebenarnya telah lama dilakukan oleh pengkaji-

pengkaji bahasa pada masa yang lalu. Menurut Asmah Hj Omar (1995:26), pengkajian

terhadap dialek ini dilakukan kerana masyarakat menjalani perubahan dari segi

kehidupan dan seterusnya mengalami perubahan dari segi bahasanya.

Tamsilnya, sesuatu kemajuan dari segi teknologi, cara hidup dan ilmu

pengetahuan sesebuah masyarakat akan mempengaruhi perubahan bahasa dari segi

pemasukan ka t a -ka t a ba ha ru . M enuru tnya l ag i , bukan s aha j a ka t a -

ka t a ba ha ru yang dimasukkan, tetapi juga kata-kata yang sedia ada mungkin juga

mengalami perubahan makna baik dari segi perluasan atau penyempitan makna. Begitu

juga dengan cara penyebutan suatu perkataan, wujudnya perbezaan antara satu dialek

dengan satu dialek yang lain. Walau bagaimanapun, kebanyakan kajian analisis bezaan

yang dijalankan menjurus terhadap satu-satu dialek sahaja, dan dibandingkan dengan

bahasa Melayu standard. Berikut adalah antara sorotan kajian tokoh-tokoh sama ada

berkaitan dialek Negeri Sembilan ataupun dialek Terengganu.

Menerusi kajian oleh Yeop Johari Haji Yaakob, iaitu Dialek Melayu Negeri

Sembilan beberapa pandangan daripada sudut budaya. Antara kekuatan kajiannya ialah

penulis telah meneliti beberapa kajian terdahulu seperti kajian yang dilakukan oleh

Asmah Hj. Omar (1975) dan Abdullah Hassan (1974) mengenai dialek Negeri Sembilan.

Dalam menyoroti kajiannya, penyelidik telah menggunakan pendekatan kualitatif yang

9

Page 10: Analisis Bezaan Antara Dua Dialek Melayu Dari Aspek Fonologi 2

berpusat kepada mengkaji dan memahami sesuatu permasalahan dan tidak memerlukan

banyak sampel seiring dengan pendapat Creswell J.W (2009). Seterusnya, perkara yang

unik menerusi kajian ini ialah penulis mengkaji dialek dari perspektif laras bahasa adat

yang sudahpun mantap. Laras adat dan budaya ini dapat dilihat dalam dua bidang, iaitu

dalam bidang pemikiran dan seni.

Sehubungan dengan itu, penulis dalam kajian yang mendalam telah mendapati

laras bahasa adat amat pragmatik dan dinamis ini telah diteruskan dan diwarisi oleh

masyarakat Negeri Sembilan dari satu generasi ke satu generasi. Hal ini terungkap

menerusi penghasilan bidalan selain perbilangan adat telah dibukukan dan dijadikan

bahan pengajaran di sekolah menengah. Walau bagaimanapun, beliau mendapati bahawa

dialek Negeri Sembilan sejak akhir-akhir ini kurang terpelihara dialeknya sehingga

terdapat pengaruh asing dalam pelbagai aspek atas sebab pengaruh atau gangguan loghat

bahasa Melayu yang lain, terutamanya bahasa baku di sekolah akibat daripada sistem

pembelajaran.

Dengan menyelusuri kajian oleh Arbak Othman berjudul Fonologi Dialek

Negeri Sembilan: Satu Teknik Pengesanan Kosa Kata untuk Leksikografi Standard

(1994) pula, beliau telah menyenaraikan kosa kata dialek Negeri Sembilan yang terbahagi

kepada dua. Pertama, kosa kata asli Negeri Sembilan dan konsep yang sama telahpun

terhurai dalam Kamus Dewan. Misalnya, dodol yang dikenal sebagai penganan, menjala

pula disebut koca, becak pula disebut biak, molilaw pula kosa kata bagi curi tulang, tdan

tak senereh pula tak cantik dalam bahasa Melayu Standard. Kedua, lahirnya kosa kata

Negeri Sembilan yang sangat khusus. Tamsilnya, menonoi, iaitu keadaan kudis yang

berair, ketuntang yang bermaksud mengempas kesakitan, lari bertempiaran, baloi pula

10

Page 11: Analisis Bezaan Antara Dua Dialek Melayu Dari Aspek Fonologi 2

bermakna pulang modal, dan bongek menerangkan sikap degil.

Dalam kajian Arbak ini, beliau telah mengutarakan semula data-data yang

dibentangkan oleh Sharman Abu yang dipetik dalam Dewan Bahasa, Jun 1974. Data-data

yang dimaksudkan ialah kajian fonologi terhadap bunyi-bunyi vokal dan bunyi-bunyi

konsonan dialek Negeri Sembilan. Perkara ini jugalah yang akan membantu penyelidik

dalam mengenal pasti fonologi dialek Negeri Sembilan kelak. Selain itu, perkara menarik

dalam kajian Arbak Othman ini juga ialah beliau telah menganalisis keserasian sebutan

dialek Negeri Sembilan dengan sebutan yang ada dalam bahasa Melayu standard dari segi

bunyi tunggal dan bunyi berurutan. Kepentingan dialek dalam pembinaan bahasa Melayu

standard turut digarapkan dalam kajian Arbak Othman ini bagi membantunya

membentangkan sumbangan dialek Negeri Sembilan khasnya terhadap leksikografi

bahasa Melayu standard sehingga lahirnya kosa kata jati dialek Negeri Sembilan. Hal ini

menambahkan tarikan terhadap kajian fonologi dialek Negeri Sembilan untuk terus dikaji

oleh pengkaji-pengkaji yang lain.

Dalam pengkajian dialek Melayu Terengganu pula, dialek ini merupakan bahasa

lisan setempat yang telah dituturkan di negeri Terengganu kecuali di Daerah Besut dan

Pulau Perhentian. Hal ini terjadi adalah kerana kebanyakan masyarakat di sana

menggunakan dialek Kelantan. Selain itu, dialek ini juga digunakankan di luar negeri

Terengganu seperti di Kuantan, Pahang dan di Rompin, Johor. Walaupun dialek ini

kadang kala sukar difahami oleh penutur bahasa Melayu standard, namun ia tidak jauh

daripada maksud asal dan pengertiannya lebih kurang sama.Terdapat beberapa kajian

oleh pakar bahasa yang memberi pendedahan tentang dialek Terengganu seperti Asmah

Haji Omar dan Abdul Hamid Mahmood boleh dirujuk oleh pengkaji kini.

11

Page 12: Analisis Bezaan Antara Dua Dialek Melayu Dari Aspek Fonologi 2

Menurut pengkaji pertama, iaitu Asmah Haji Omar, bahasa dipecahkan kepada

lima kelompok kawasan, justeru, dialek Terengganu ternyata berada di dalam kelompok

Timur. Di dalam kajian beliau, Asmah telah menggariskan dialek Kelantan, Terengganu,

dan Pahang sebagai satu kelompok pertuturan bahasa. Dialek negeri ini lazimnya akan

digunakan dalam komunikasi sesama masyarakat yang menetap di Terengganu berkenaan

ataupun anak jati negeri itu yang menetap di luar penempatan tersebut. Dialek ini telah

turut dijadikan sebagai alat perhubungan dalam pergaulan harian bagi mewujudkan

sesebuah kemasyarakatan yang harmoni dan bermuafakat. Lantaran keunikan dialek ini

yang bukan sahaja diucapkan oleh masyarakat berbangsa Melayu, tetapi juga kaum Cina

dan India menuturkan dialek ini tanpa dipengaruhi dengan pelat bahasa ibunda mereka

sendiri.

Menurut Asmah Haji Omar lagi, subdialek yang dituturkan di Kuala Terengganu

telah diangkat sebagai dialek Terengganu standard. Selain itu, beliau telah mengulas

bahawa Kuala Terengganu merupakan salah sebuah kawasan pusat budaya yang

menempatkan kerja pentadbiran selain urusan perniagaan. Hal yang demikian, subdialek

yang dituturkan di Kuala Terengganu juga sedikit sebanyak telah menjadi sumber rujukan

bagi pencetusan dialek negeri tersebut.

Sorotan kajian seterusnya pula menyelusuri kajian oleh Abdul Hamid Mahmood,

menerusi kajian beliau berjudul Dialek Terengganu: Satu Tinjauan Ringkas yang

dipetik melalui Analisi Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka keluaran Mac 1990 muka surat

217-224. Dalam kajian ini telah memaparkan kekuatan penulis berkaitan faktor-faktor

kewujudan dialek yang terdiri daripada pelbagai faktor. Faktor yang diketengahkan

termasuklah politik, ekonomi, penjajahan dan masa. Dalam kajian beliau mengulas

12

Page 13: Analisis Bezaan Antara Dua Dialek Melayu Dari Aspek Fonologi 2

bahawa terdapat keadaan alam semula jadi seperti bukit bukau, gunung-ganang, hutan

rimba dan sungai menjadi halangan kepada perhubungan penduduk. Faktur politik juga

telah membahagikan negara ini kepada unit-unit politik yang lebih kecil yang

menghasilkan negeri-negeri Melayu Semenanjung seperti Perlis, Pulau Pinang, Perak,

Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu. Akibat

daripada pembahagian tersebut wujudlah pelbagai dialek bagi setiap negeri.

Dalam kajian ini, Abdul Hamid Mahmood turut membangkitkan bahawa

pembahagian dialek yang berdasarkan sempadan politik itu kurang tepat kerana didapati

penyebaran sesuatu dialek itu kerap melampaui sempadan kawasan politik tersebut. Hal

ini seiring dengan penyelidikan yang dilakukan oleh James T. Collin. Jelaslah, penyelidik

telah membuat kajian terdahulu seperti yang telah disarankan oleh Asmah Hj Omar

(2002).

Selain itu, dalam kajian ini dilihat penulis mampu mengungkapkan banyak

kekuatan lain. Pertama, pengkaji dapat membincangkan dengan jelas mengenai subdialek

yang juga dipanggil ideolek-ideolek, iaitu kelainan pengucapan yang disebarkan oleh

individu. Sungguhpun terdapat kelainan, tetapi perkara tersebut tidak harus terkeluar

daripada had saling kesefahaman kerana ia masih tergolong di dalam bahasa Melayu.

Kedua, penulis berjaya menceritakan sedikit tentang latar belakang negeri Terengganu

yang meliputi kedudukan geografi, kependudukan dan latar belakang sejarah. Ketiga,

penulis turut dilihat bejaya meneliti dan mengkaji kajian yang telah dilakukan oleh

beberapa pengkaji lain seperti Collins , Asmah Hj. Omar, Ismail Hussin, Mohd Ismail

Abdul Rasheed, Zaleha Awang dan Zuraidah Omar. Kesemua pengkaji ini telah membuat

kajian secara formal dalam dialek Terengganu. Persamaan dapatan mereka menjelaskan

13

Page 14: Analisis Bezaan Antara Dua Dialek Melayu Dari Aspek Fonologi 2

bahawa perbezaan yang ketara dilihat dari segi sebutan fonem dan perkataan di antara

dialek tersebut dengan bahasa Melayu baku sehingga mempengaruhi pelajar tempatan

akan dialek tersebut dalam penguasaan bahasa Melayu baku.

Seterusnya, penulis berjaya membandingkan kelainan yang terdapat dalam

dialek Terengganu dengan bahasa Melayu baku dari aspek kelainan dalam bidang

fonologi, kelainan dalam bidang pengucapan, kelainan fonem, kelainan morfologi,

kelainan dalam ayat dan kelainan leksikal. Dapatan kajian ini telah membuktikan

bahawa dialek Terenganu mempunyai sesuatu yang unik jika dibandingkan dengan

dialek-dialek lain yang terdapat di Malaysia.

Tuntasnya, sorotan kajian yang dipaparkan di atas sama ada dipetik dari Yeop

Johari Yaakob dan Arbak Othman yang membicarakan kajian dialek Negeri Sembilan,

serta paparan kajian dialek Terenggau oleh Asmah Haji Omar dan Abdul Hamid

Mahmood mempunyai keunikannya yang tersendiri. Dengan itu, makalah kajian

penyelidik ini pula akan menganalis bezaan kedua-dua dialek yang tidak bersempadanan

ini, iaitu dialek Negeri Sembilan dan dialek Terengganu dari segi fonologi mengikut

objektif kajian yang telah dibentangkan sebelum ini.

3.0 Metodologi Kajian

Setiap kajian yang dijalankan secara umumnya memerlukan metodologi kajian.

Metodologi penyelidikan merupakan kaedah dan teknik dalam mereka bentuk,

mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh

menyokong sesuatu rumusan. Selain itu, metodologi menerangkan cara sesuatu sesuatu

masalah disiasat dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu diguna pakai. Kepentingan

14

Page 15: Analisis Bezaan Antara Dua Dialek Melayu Dari Aspek Fonologi 2

metodologi ini adalah untuk membantu memahami dengan lebih luas lagi tentang

pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian tentang proses kajian. Dalam perkataan

lain, reka bentuk yang tertentu boleh memberikan data yang sahih malah dikehendaki

untuk menyelesaikan sesuatu kajian. Dengan itu, proses pengumpulan data

merupakan satu proses yang amat penting. Tanpa sokongan data yang sahih,

objektif kajian pasti sukar untuk dicapai. Oleh hal yang demikian, perancangan yang teliti

dapat melancarkan proses untuk pengkaji mencari, mengumpul, mendapat dan mengalisis data serta

maklumat kajian yang dikehendaki.

Dengan itu, bab ini akan membincangkan metodologi kajian yang menyentuh

mengenai reka bentuk kajian, kerangka teori, tempat kajian, populasi dan persampelan,

kaedah kajian, pengumpulan data, penganalisisan data dan rumusan kajian yang

dilakukan oleh pengkaji dalam menyiapkan kajian Analisis Bezaan antara dialek Negeri

Sembilan dan Dialek Terengganu dari segi fonologi khususnya cabang fonemik.

3.1 Reka Bentuk Kajian

Dalam kertas kerja ini, reka bentuk kajian menggunakan metode yang

berbentuk kajian deskriptif dan eksperimental. Kajian deskriptif adalah dengan

mendapatkan sumber-sumber kajian menerusi sumber sekunder, manakala

metode berlandaskan sumber premier pula adalah dengan menggunakan kaedah

temu bual.

3.2 Kaedah Kajian

Bagi mengukuhkan kajian ini, pengkaji telah mengenal pasti instrumen

15

Page 16: Analisis Bezaan Antara Dua Dialek Melayu Dari Aspek Fonologi 2

yang sesuai untuk memperoleh data dan memproses bunyi data. Kaedah

sekunder dan primier telah digabungjalinkan bagi melengkapkan analisis bezaan

Dialek Negeri Sembilan dan Dialek Terengganu ini. Kaedah sekunder merujuk

kepada kajian yang bersandarkan rujukan buku-buku, artikel atau jurnal

termasuklah sorotan kajian lepas selain menggunakan kaedah analisis fonem.

Sumber ini digunakan bagi mendapatkan data sebenar fonologi yang

berfokuskan cabang fonemik yang terkandung dalam kedua-dua dialek yang

dikaji ini.

Selain itu, kaedah berbentuk premier turut digarapkan dalam kajian ini.

Pengkaji telah menggunakan Ujian Persepsi, iaitu secara temu bual yang

dirakam bagi tujuan paparan data yang berbentuk audio untuk menganalisis

ketepatan bunyi bahasa dari segi fonemik yang telah dikenal pasti untuk tujuan

kajian dalam dialek Negeri Sembilan dan Dialek Terengganu. Sehubungan itu,

pengkaji telah menemu bual masing-masing seorang penutur jati bagi Dialek

Negeri Sembilan dan Dialek Terengganu ini. Kaedah temu bual turut digunakan

dalam mengesahkan penggunaan penyebutan kedua-dua dialek ini dari segi

fonem dengan bersandar beberapa soalan yang direka oleh pengkaji sendiri.

Kaedah ini juga digunakan adalah untuk menyemak semula penyebutan bagi

setiap kata yang diungkapkan hasil daripada analisis dapatan yang memperoleh

kebolehpercayaan dalam kesahan kajian.

3.3 Populasi dan Persampelan

Dalam kaedah temu bual, pengkaji telah menemu bual dua orang

16

Page 17: Analisis Bezaan Antara Dua Dialek Melayu Dari Aspek Fonologi 2

respondan bagi membantu mengesahkan bunyi bagi setiap perkataan atau data

yang doperoleh daripada penemuan sumber sekunder sebelum ini. Responden

merupakan penutur natif dialek Negeri Sembilan yang telah lama menetap di

Rembau, Negeri Sembilan. Di samping itu, responden juga menggunakan dialek

ini sebagai bahasa kolokial dalam kehidupan seharian. Seorang lagi responden

pula, masih penutur natif dialek Terengganu, tetapi terbatas dalam lingkungan

keluarga dan juga rakan-rakan senegeri yang menuturkan dialek yang sama. Hal

ini demikian kerana responden ini menggunakan bahasa Melayu standard dalam

hubungan kerjayanya sehari-hari.

3.4 Teori Kajian

Teori yang diterapkan dalam kajian ini ialah teori fonem. Teori fonem

ini memperjelaskan empat kaedah iaitu:

1. Memperlihatkan fonem dari bunyi dalam lingkungan

saling menyertai atau saling melengkapi.

2. Mempertimbangkan fonem yang berlaku dalam lingkungan

yang sama atau pasangan minimal.

3. Memperlihatkan fonem sebagai bunyi yang berlaku dalam

lingkungan analogi atau pasangan analogi.

4. Memperlihatkan fonem bunyi sebagai bunyi bergeser

dalam lingkungan yang sama, tetapi makna asalnya masih

dapat dipertahankan sebagai variasi bebas.

Keempat-empat kaedah ini dapat membantu pengkaji dalam

memperoleh data yang melibatkan analisis bezaan antara dialek Negeri Sembilan

17

Page 18: Analisis Bezaan Antara Dua Dialek Melayu Dari Aspek Fonologi 2

dan dialek Terengganu dari aspek fonologi ini, tetapi batasan kajian hanyalah

sebagaimana yang dinyatakan dalam batasan kajian.

3.5 Pengumpulan Data

Secara amnya, data-data yang dikumpulkan untuk menjalankan kajian

penyelidikan ini terdiri daripada dua jenis data iaitu, data primer dan data

sekunder. Setiap jenis data yang dikumpulkan mempunyai kegunaan masing-

masing setelah ia dianalisiskan. Berikut disenaraikan teknik pengumpulan data

yang dirancang dalam merekod maklumat atau data yang diperoleh;

3.5.1 Teknik Analisis Fonem

Teknik analisis fonem ini adalah merujuk teknik yang

menggunakan bahan sekunder, iaitu analisis kandungan terhadap

beberapa buah buku, jurnal dan bahan-bahan rujukan bagi memperoleh

data yang relevan berkaitan dengan kajian.

3.5.2 Teknik Temu Bual

Temu bual merupakan satu pemerhatian yang lebih menjurus

kepada respons berbentuk verbal dan juga gerak badan. Namun begitu,

kajian ini melakukan kaedah temu bual bagi mendapatkan penyebutan

yang betul di samping kepastian penyebutan bunyi dialek-dialek yang

dikaji. Hal ini adalah bagi menperoleh data yang tercicir, peneguhan

atau kesahan dapatan kajian berdasarkan analisis kandungan.

3.6 Penganalisisan Data

18

Page 19: Analisis Bezaan Antara Dua Dialek Melayu Dari Aspek Fonologi 2

Dalam melaksanakan kajian bezaan dialek Negeri Sembilan dan dialek

Terengganu, terdapat beberapa proses semasa menjalankan prosedur ini yang

merangkumi aspek fonologi yang menjurus terhadap fonemik. Berikut

merupakan prosedur semasa kajian dilakukan:

1) Sebelum menemu bual responden, pengkaji terlebih dahulu

menyenaraikan sejumlah kata daripada data sekunder yang

diperoleh mengikut dialek-dialek yang dikaji supaya segala bunyi

bahasa yang dilafazkan dapat diperoleh semasa proses rakaman

sedang berlangsung.

2) Pengkaji membuat rakaman audio dengan menggunakan perakam

suara terhadap responden.

3) Rakaman tersebut kemudiannya ditranskipsi dalam bentuk fonem

dengan mengunakan penyebutan yang telah dilafaz oleh kedua-dua

responden dialek bahasa yang dikaji, iaitu dialek Negeri Sembilan

dan dialek Terengganu.

4) Setelah ditranskipsi, pengkaji kemudiaannya mentranskipsikan dari

aspek perbandingan perbezaan penyebutan kata yang terdapat

dalam dialek Negeri Sembilan dan dialek Terengganu ini dengan

dapatan daripada analisis yang menggunakan kaedah sekunder,

iaitu bahan-bahan seperti buku, jurnal dan sebagainya bahan bertulis

atau bacaan yang dapat memperoleh data-data kedua-dua dialek ini

19

Page 20: Analisis Bezaan Antara Dua Dialek Melayu Dari Aspek Fonologi 2

bagi mencapai objektif ketiga kajian ini.

3.7 Rumusan

Kesimpulannya, metodologi yang dipilih oleh pengkaji adalah

berdasarkan kesesuaian dengan perkara yang ingin dikaji. Dalam kajian ini,

pengkaji telah memilih kaedah-kaedah yang bersesuaian supaya hasil yang sahih

dapat diperoleh. Selain itu, responden yang dipilih memudahkan pengkaji dalam

membuat kajian dan selaras dengan objektif kajian. Kaedah-kaedah kajian dan

responden yang terlibat adalah penting kerana kedua-duanya merupakan faktor

utama yang akan menentukan kejayaan sesebuah penyelidikan.

4.0 Dapatan dan Perbincangan

Fonem merupakan satuan bunyi bahasa terkecil yang bersifat fungsional, iaitu

satuan memiliki fungsi untuk membezakan makna. Fonemisasi pula adalah usaha untuk

menemukan bunyi-bunyi yang berfungsi dalam rangka pembezaan makna tersebut.

Justeru, analisis bezaan dari aspek fonemik ini perlu juga merujuk terhadap huruf vokal,

huruf diftong, huruf konsonan, dan huruf konsonan gabungan seandainya ada sebagai

satuan bunyi bahsa yang berfungsi membezakan makna lantas mempunyai hubungan

dalam sistem ejaan.

Sistem ejaan bahasa Melayu telah bermula pada tahun 1904, hasil pengisytiharan

penggunaannya secara rasmi pada 16 Ogos 1972. Hal ini adalah rentetan kesepakatan

bersama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia. Sistem ejaan tersebut adalah seperti berikut:

(i) Huruf vokal: a, e, i, o, u

20

Page 21: Analisis Bezaan Antara Dua Dialek Melayu Dari Aspek Fonologi 2

(ii) Huruf diftong: ai, au, oi

(iii) Huruf konsonan: huruf selain huruf vokal

(iv) Huruf konsonan gabungan: gh, kh, ny, ng, sy

Dengan itu bersandarkan rujukan sistem ejaan bahasa Melayu ini, pengkaji

melihat kelainannya dalam aspek huruf vokal, huruf diftong, huruf konsonan, dan huruf

konsonan gabungan termasuklah keselarasan pola vokal dan pasangan minimal yang

terdapat dalam dialek Negeri Sembilan dan dialek Terenggganu ini.

4.1 Mengenal pasti dialek Melayu Negeri Sembilan dan dialek Melayu

Terengganu dari aspek fonologi berfokuskan kelainan fonemik

berbanding bahasa Melayu Standard.

Perbezaan yang dianalisis di sini adalah untuk melihat perbandingan antara

dialek Negeri Sembilan dan dialek Terengganu dengan bahasa Melayu Standard dari

aspek fonologi yang merangkumi cabang fonemiknya. Fokus kajian di sini adalah

untuk menjawab objektif kajian yang pertama, iaitu mengenal pasti kelainan fonem

dari segi vokal, diftong, dan konsonan.

4.1.1 Mengenal pasti Kelainan Fonem Vokal

Menerusi satu tunjauan oleh Sharman Abu merujuk jurnal Dewan

Bahasa (1973: 559-566), dialek Negeri Sembilan mempunyai puncak

kelantangan vokal yang nyata kerana kedengaran jelas daripada bunyi-bunyi

bukan vokal. Hal ini demikian akibat huruf vokal dialek ini mempunyai

nilai kepanjangan yang tertentu dan nyaring. Vokal bagi dialek Negeri

21

Page 22: Analisis Bezaan Antara Dua Dialek Melayu Dari Aspek Fonologi 2

Sembilan ini dibahagikan kepada vokal tulen dan vokal yang dinasalkan.

Vokal tulen mendefiniskan sebagai bunyi-bunyi vokal yang tersendiri, iaitu

mempertimbangkan pembahagian lidah yang berperanan dan kedudukan

lidah yang terlibat sehingga menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Vokal tulen

ini terbahagi kepada vokal hadapan dan vokal belakang.

Vokal dialek Terengganu pula mempunyai enam fonem vokal yang

selaras dengan vokal dalam bahasa Melayu Standard. Vokal tulen ini

dibahagikan kepada enam fonem atau bunyi vokal standard. Huruf-huruf

yang melambangkan fonem-fonem tersebut ialah a, e, i, o, u seperti

dalam rajah di bawah,

BunyiVokalBahasa Melayu Stan-dard

BunyiVokalDialek Negeri Sembi-lan

BunyiVokalDialekTereng-ganu

di depan di tengah di belakang

/i/

/ə//e/

/a/

u

/i/

/e//E/

/a/

/u/

/i/

/ə//e/

/a/

/u/

ikan/?ikan//ikaŋ/

/əmas/ /enak//Ekɔ/ -/ete?/ /ənja/

/apa//apɔ//apə/

/ubat//ubE?//ujaŋ/

/oraŋ/

bila/bilɔ//bile/

/benəh/ /bela/ /bɔnEh/ /puteh/ /ŋelok/ /nəgak/

/tapak//tapa?//cicaŋ/

/muka/

roti/ğuti//ğoti/

/tauge/ /imperialismə//sE/ /pase//hebe/ /masə/

/lupa//aka//paka/

/lembu//lombu//lapu/

22

Page 23: Analisis Bezaan Antara Dua Dialek Melayu Dari Aspek Fonologi 2

o /o/ /ɔ/

/o/ - ɔğaŋ//oğaŋ/

/mukɔ//mukə/

/boroŋ//boğoŋ/ /tɔlo//pekdoh/

/pidato//caŋko/ /matɔ//piso/

4.1.2 Kelainan fonem Diftong

Diftong ialah gandingan dua vokal yang diucapkan sekali gus.

Dalam bahasa Melayu terdapat tiga fonem diftong yang dilambangkan oleh

gabungan dua huruf , iaitu ai, au dan oi. Dalam dialek Negeri Sembilan pula,

ketiga-tiga diftong dalam bahasa Melayu baku ini diguna pakai, tetapi

bunyinya telah mengalami perubahan. Selain itu, terdapat satu diftong

khusus yang ditemui dalam mengidentitikan dialek ini, iaitu /uy/ yang hadir

sebeluh fonem /h/ pada akhir kata membentuk bunyi /uyh/. Penghasilan

diftong ini sehingga lahirnya bunyi /uyh/ mempunyai kesejajaran dengan

/us/ dalam bahasa Melayu standard.

Berikut diperlihatkan contoh-contoh diftong bahasa Melayu

standard dan diftong dalam bunyi dialek Negeri Sembilan, namun tidak

ditemui sebarang diftong dalam dialek Terengganu. Hal ini demikian kerana

diftong dalam bahasa Melayu standard telah mengalami penggantian kata

dalam dialek terengganu dengan akhiran berbentuk vokal, iaitu diftong [ai]

menjadi [ə] atau dengan [a], diftong [au] menjadi [o] dan diftong oi menjadi

[o].

23

Page 24: Analisis Bezaan Antara Dua Dialek Melayu Dari Aspek Fonologi 2

4.1.3 Kelainan Konsonan

Dalam bahasa Melayu standard ada 25 fonem konsonan yang

dilambangkan oleh 26 huruf, tetapi dalam fonem konsonan dialek Negeri

Sembilan Yeop Johari Yaakob telah mengkelaskan 18 fonem sahaja,

manakala fonem konsonan bagi dialek Terengganu pula ialah sebanyak 22

fonem konsonan. Berikut adalah fonem-fonem dalam bahasa Melayu

Standard yang dianalisis bersama dialek Negeri Sembilan dan dialek

Terengganu.

Bunyi HurufBahasa Melayu Stan-dard

HurufDialek Negeri Sembi-

lan/Tereng-ganu

di depan di tengah di belakang

/b/

/c/

/d/

b

c

d

bb

cc

baja/bajɔ/

/bulaŋ/

cari/caği?//cakol/

dekat

heboh/hEbɔh//abih/

benci/bɔnci//bicuk/

lada

ketib/kɔteb/

/jələbab/

mac--

sujud

DiftongBahasa Melayu

Standard

Dialek Negeri

Sembilan

Dialek Terengganu

ai - aypakaibalai

/pakay//balay/

/paka//bala/

au - awPisaurayau

/pisaw/ /ğayaw/

/piso//ğayo/

oi - oykaloiamboi

/kaloy//amboy/

uyhtikuskurus

/tikuyh//kuğuyh/

-

24

Page 25: Analisis Bezaan Antara Dua Dialek Melayu Dari Aspek Fonologi 2

/f/

/g/

/ğ/

/h/

/j/

/k/

/x/

/l/

/m/

/n/

/ŋ/

f

g

gh

h

j

k

kh

l

m

n

ng

dd

pp/ h

gg

hh

jj

kk

kkh

ll

mm

nn

ngng

/dokE?//dərah/

fikir faham/pike/

/pahaŋ/

gigit/giget//gocoh/

ghaib/gaeb//ğarek/

hampas/hampEh/

/hujaŋ/

jemur/jɔmɔ//jaŋok/

kipas/kipEh//kacə/

khabar/kɔba/

/xobek/

lepas/lɔpEh//lepor/

mata/mato//matə/

nasi/nasi?//nətiŋ/

ngaga/ŋaŋɔ/

/ŋokah/

/ladɔ//ulorr/

daftar/dapta/

-

pagar/paga//gege/

maghrib/mogoğeb/

/maği/

usaha/sɔhɔ//koho/

bajak/baja?//kijjer/

bakar/baka/

/bəkok/

akhir--

beli/bɔli/

/molek/

sama/samɔ//samə/

tunduk/tuno?//panah/

singgah/siŋah//aŋuh/

/sujod//sə?jed/

maaf/ma?ap//ma?ah/

beg--

mubaligh--

teguh/tɔgoh//pitih/

kolej--

irik/?iğek//bewok/

tarikh--

ensel-

/əsəl/

sekam/sɔkam/

-

reban/ğɔban/

-

terang/tɔğaŋ//awaŋ/

25

Page 26: Analisis Bezaan Antara Dua Dialek Melayu Dari Aspek Fonologi 2

/ɲ/

/p/

/q/

/r/

/s/

/ś/

/t/

/v/

/w/

/y/

/z/

ny

p

q

r

s

sy

t

v

w

y

z

nyny

pp

k

ğ/r

ss

s

tt

b

ww

yy

j

nyala/ɲalɔ//ɲor/

petang/pɔtaŋ//poreŋ/

Qur’an/kɔran/

rumah/ğumah/ /rahim/

sabit/sabet//saiŋ/

syarat/sağat/

tuai/tuai/

/tohok/

vitamin/bitamen/

waris/wağEh//wağeh/

yatim/yatem//yateŋ/

zaman/jaman/

senyap/sɔɲap//ɲakɲər/

apa/ğapɔ//apə/

wuquf/wukup/

barang/bağaŋ/

-

rusa/ğusɔ/

/musiŋ/

isytihar/istiha/

kutip/kutep//ator/

televisyen/talibEsEn/

bawa/bawa?/

/bekwoh/

puyu/puyu//ayaŋ/

lazim/lajem/

/ayaŋ/

---

asap/?asap//gop/

buraq/burɔk/

bubar--

halus-

/bralus/

quraisy-

angkat/anket//sepit/

--

---

--

/dəy pəy/

lafaz/lapEh/

26

Page 27: Analisis Bezaan Antara Dua Dialek Melayu Dari Aspek Fonologi 2

x

j

--

/jamaŋ/

xenon--

---

---

4.2 Menganalisis bezaan aspek fonologi yang berfokuskan kelainan

variasi fonemik antara dialek Melayu Negeri Sembilan dan dialek

Melayu Terengganu.

Analisis bezaan aspek fonologi yang dihimpunan ini pula membincangkan

kelainan fonemik yang berlaku dalam dialek Negeri Sembilan dan dialek Terengganu

berfokuskan variasi fonem dalam kedua-dua dialek ini. Hal ini rentetan memenuhi

kehendak objektif kedua dalam kajian ini. Kajian variasi fonem ini merangkumi

kewujudan dari segi pengguguran, peleburan dan penggantian fonemnya.

4.2.1 Kependekan kata

Dalam mana-mana dialek, kebiasaannya pasti mengalami

kependekan kata. Kependekan ini berlaku melalui beberapa kaedah, iaitu

rentetan vokal, penghilangan vokal, peleburan vokal, pengguguran suku kata

awal dan vokal kata ganti.

4.2.1.1 Rentetan Vokal

Rentetan vokal berlaku apabila pengucapan perkataan yang

merangkumi dua suku kata disingkatkan dengan menggugurkan

konsonan tengah. Kedua-dua dialek ini dilihat melalui peringkat

27

Page 28: Analisis Bezaan Antara Dua Dialek Melayu Dari Aspek Fonologi 2

rentetan vokal ini, hal ini dibuktikan melalui contoh di bawah.

Kata dalam bahasa Melayu Standard

Rentetan Vokal dalam Dialek Negeri Sembilan

Rentetan Vokal dalam Dialek Terengganu

pergi /pɔii/

beri /bɔii/ /bui/

4.2.1.2 Penghilangan Vokal dan Suku Kata Awal

Penghilangan vokal berlaku apabila imbuhan hadir di awal

kata sehingga membentuk konsonan berangkap ataupun

penghilangan terus imbuhan tersebut. Hal ini turut berlaku bagi

perkataan yang mempunyai tiga suku kata. Contohnya,

Kata dalam bahasa Melayu Standard

Penghilangan Vokal dan Suku Kata Awal dalam Dialek Negeri Sembilan

Penghilangan Vokal dan Suku Kata Awal dalam Dialek Terengganu

pusaka /psakɔ/ /sake/

pemalu /pmalu/ /mmalu/

telinga /tliŋɔ/ /liŋe/

seberang /bɔğaŋ/

menebas /nɔbEh/ /nebah/

terlentang /tğɔntaŋ/ /nətaŋ/

menyiram /ɲiğaŋ/

mempelam /pelaŋ/

macam mana /camanɔ/ /ganə/

lepas itu /pahtu/

bagaimana /guanə/

apa benda /pəndər/

Betina /thinə/

Menelah /mneleh/

28

Page 29: Analisis Bezaan Antara Dua Dialek Melayu Dari Aspek Fonologi 2

4.2.1.3 Peleburan Vokal

Peleburan vokal berlaku apabila sesuatu kata mempunyai

vokal rangkap pada awal. Peleburan vokal rangkap atau

penyebatian ini berlaku dengan mewujudkan satu puncak

kelantangan. Misalnya,

Kata dalam bahasa Melayu Standard

Peleburan Vokal dalam Dialek Negeri Sembilan

Peleburan Vokal dalam Dialek Terengganu

siapa /sapɔ/ /sapəə/

puasa /pɔsɔ/ /pasə/

semua /sɔmɔ/ /səmə/

biawak /bEwa?/ /bewo?/

seekor /sEkɔ/ /səko/

4.2.1.4 Vokal sebagai Kata Ganti dan Kata Tugas

Vokal dapat digunakan sebagai pengganti kata ganti dan

pengganti kata tugas. Dalam dialek Negeri Sembilan vokal /E/

menjalankan tugas mengganti kata ganti 'nya', manakala vokal /a/

menggantikan kata tugas partikal 'lah'. Namun perkara ini tidak

kelihatan dalam dialek Terengganu yang menggunakan vokal sama

ada sebagai kata ganti mahupun kata tugas.

Kata dalam bahasa Melayu Standard

Vokal sebagai kata ganti dan kata tugas dalam Dialek Negeri Sembilan

angkatnya /aŋkE?E/

namanya /nɔmɔE/

agaknya /?aga?E/

29

Page 30: Analisis Bezaan Antara Dua Dialek Melayu Dari Aspek Fonologi 2

ambillah /?ambi?a/

nantilah /nanti?a/

4.2.2 Sisipan Vokal

Sisipan vokal /ɔ/ berlaku pada beberapa perkataan dalam dialek

Negeri Sembilan, namun dalam dialek Terengganu pula, vokal yang akhir

katanya [i] dalam bahasa standard akan disisip dengan vokal [e] menjadikan

rangkap [ei]. Berikut ialah contoh penggunaan sisipan vokal dalam dialek

Negeri Sembilan dan dialek Terengganu ini,

Kata dalam bahasa Melayu Standard

Sisipan Vokal dalam Dialek Negeri Sembilan

Sisipan Vokal dalam Dialek Terengganu

pernah /pɔğɔnah/

jernih /jɔğɔnEh/

takbur /tɔkɔbo/

bernas /bɔğɔnEh/

takdir /tɔkɔde/

ubi /ubeiq/

tinggi /tiŋgəiq/

duri /duğeiq/

jerlus /jɔğɔluyh/ /jəğeluh/

4.2.3 Penggantian Bunyi Vokal dan Konsonan

Penggantian vokal atau konsonan dilihat berlaku dalam dialek

Negeri Sembilan dan dialek Terengganu ini. Dalam dialek Negeri Sembilan

kata-kata yang diakhiri oleh fonem VK /as/ akan bertukar menjadi fonem

VK /Eh/ semasa pengujaran, manakala kata-kata yang diakhir oleh fonem

30

Page 31: Analisis Bezaan Antara Dua Dialek Melayu Dari Aspek Fonologi 2

VK /at/ pula diganti dengan fonem VK /E?/ dalam pengujaran. Walau

bagaimanapun terdapat juga beberapa perkataan yang kekal sebutan

fonem /as/ atau /at/ seperti dalam bahasa Melayu standard. Seterusnya, kata-

kata yang diakhiri dengan fonem VK /is/ dalam bahasa Melayu standard

pula bertukar menjadi bunyi foneh /ih/ dalam dialek Negeri Sembilan ini.

Dalam dialek Terengganu pula, fonem berakhir dengan /ə/ apabila

dalam bahasa Melayu standard fonemnya berakhir dengan /a/, begitu juga

ejaan bahasa Melayu standard berakhir dengan diftong /ai/, dalam dialek

Terengganu turut diujar sebagai /ə/ atau /a/. Namun demikian, sekiranya

vokal /a/ dalam bahasa standard pada suku kata akhir tertutup diikuti hentian

glotis atau nasal /ŋ/, maka vokalnya tetap sebagai /a/. Jika vokal /a/ itu

diikuti konsonan /h/ pula dalam bahasa Melayu standard, maka vokal /a/

berubah menjadi /o/ , begitu juga diftong /au/ menjadi /o/ dalam dialek

Terengganu.

Berikut adalah contoh-contoh kebenaran rumus penggantian bunyi

vokal di atas.

Kata dalam bahasa Melayu Standard

Penggantian Bunyi Vokal dalam Dialek Negeri Sembilan

Kata dalam bahasa Melayu Standard

Penggantian Bunyi Vokal dalam Dialek Terengganu

malas /malEh/ kuala /kualə/

kipas /kipEh/ dia /diə/

biras /biğEh/ sia-sia /siə-siə/

kuat /kuE?/ semai /semə/

berat /bɔğE?/ misai /misə/

loncat /lɔncE?/ nikah /nikoh/

31

Page 32: Analisis Bezaan Antara Dua Dialek Melayu Dari Aspek Fonologi 2

habis /habih/ merah /miğoh/

tapis /tapih/ malam /malaŋ/

tangis /taŋih/ tahan /tahaŋ/

pisau /piso/

Penggantian bunyi konsonan juga ada berlaku dalam kedua-dua

fonem konsonan dialek Negeri Sembilan dan dialek Terengganu yang dikaji

ini. Dalam dialek Negeri Sembilan, penggantian fonem konsonan dilihat

berlaku sama ada di awal, di tengah dan di akhir kata.

Pertama, fonem konsonan /r/ dalam bahasa Melayu standard diganti

dengan huruf gh atau simbol fonemnya /ğ/. Namun begitu, ada juga

beberapa kata yang masih kekal dengan /r/ dalam pengucapan kata-kata.

Situasi ini berlaku dalam kata-kata pinjaman khasnya daripada bahasa Arab.

Sehubungan itu, hal ini turut berlaku dalam dialek Terengganu, iaitu fonem

konsonan /r/ diganti dengan konsonan /ğ/. Walau bagaimanapun penggantian

bunyi konsonan ini hanya berlaku di awal dan di tengah kata tetapi tidak di

akhir kata. Misalnya,

Kata dalam bahasa Melayu Standard

Penggantian Bunyi Konsonan dalam Dialek Negeri Sembilan

Kata dalam bahasa Melayu Standard

Penggantian Bunyi Konsonan dalam Dialek Terengganu

rantai /ğantay/ rajin /ğajiŋ/

rokok /ğɔkɔ?/ rebah /ğəboh/

terang /tɔğaŋ/ merah /miğoh/

perut /pɔğot/ duri /duğeiq/

32

Page 33: Analisis Bezaan Antara Dua Dialek Melayu Dari Aspek Fonologi 2

Di akhir dan kata pinjaman /r/ tidak berubah kepada /ğ/

tetapi mengalami pengguguran konsonan /r/ dalam kedua-

dua dialek

bakar /bakɔ/ liar /lio/

rojak /rɔja?/

rahim /rahim/

rahmat /rahmat/

Kedua, fonem konsonan /f/ dalam bahasa Melayu standard diganti

dengan huruf p atau simbol fonemnya /p/ dalam dialek Negeri Sembilan.

Sehubungan itu, hal ini turut berlaku dalam dialek Terengganu, iaitu fonem

konsonan /f/ turut diganti dengan konsonan /p/ untuk di awal atau di tengah

kata, manakala /h/ apabila di akhir kata. Tuntasnya, penggantian bunyi

fonem konsonan ini berlaku di awal, di tengah dan di akhir. Contohnya,

Kata dalam bahasa Melayu Standard

Penggantian Bunyi Konsonan dalam Dialek Negeri Sembilan

Kata dalam bahasa Melayu Standard

Penggantian Bunyi Konsonan dalam Dialek Terengganu

fikir /pike/ faham /pahaŋ/

daftar /dapta/ wafat /wapa?/

maaf /ma?ap/ maaf /ma?ah/

Seterusnya, fonem konsonan /sy/ dalam bahasa Melayu

standard diganti dengan fonem /s/ dalam dialek Negeri Sembilan.

Begitu juga yang berlaku dalam dialek Terengganu, iaitu fonem

33

Page 34: Analisis Bezaan Antara Dua Dialek Melayu Dari Aspek Fonologi 2

konsonan /ś/ turut diganti dengan konsonan /s/ untuk di awal atau di

tengah kata, tetapi konsonan /ś/ di akhir kata diganti dengan bunyi /eyh/

dalam dialek Negeri Sembilan dan /h/ dalam dialek Terengganu.

Contohnya,

Kata dalam bahasa Melayu Standard

Penggantian Bunyi Konsonan dalam Dialek Negeri Sembilan

Penggantian Bunyi Konsonan dalam Dialek Terengganu

syarat /sağat/ /sağa?/

mesyuarat /məsuwarat/ /məsuwara?/

quraisy /kureyh/ /kureh/

Seterusnya, fonem konsonan gh dalam bahasa Melayu standard

diganti dengan fonem /g/ dalam dialek Negeri Sembilan. Namun begitu

dalam dialek Terengganu, fonem konsonan gh atau simbol fonemnya /ğ/

dikekalkan untuk di awal dan di tengah kata. Fonem konsonan gh di

akhir kata pula diganti dengan hentian glotis /?/ dalam dialek Negeri

Sembilan dan konsonan fonem /q/ dalam dialek Terengganu. Fonem

konsonan kh dalam bahasa Melayu Standard turut diganti dengan /k/

dalam dialek Negeri Sembilan. Hal ini tidak berlaku dalam dialek

Terengganu kerana dalam dialek ini, fonem kh atau simbolnya /x/

dikekalkan bagi perkataan di awal kata. Pengkaji tidak menemui data

fonem kh bagi perkataan di tengah ataupun di akhir kata sama ada

dalam dialek Negeri Sembilan mahupun dialek Terengganu.

Contohnya,

34

Page 35: Analisis Bezaan Antara Dua Dialek Melayu Dari Aspek Fonologi 2

Kata dalam bahasa Melayu Standard

Penggantian Bunyi Konsonan dalam Dialek Negeri Sembilan

Penggantian Bunyi Konsonan dalam Dialek Terengganu

ghaib /gaeb/ /ğarek/maghrib /mogoğeb/ /maği/baligh /bale?/ /baleq/khabar /kɔba/ /xobek/

4.2.4 Variasi Akhir kata Konsonan

Variasi akhir kata dalam konsonan dialek Negeri Sembilan dan

dialek Terengganu ini dilihat mempunyai bezaan yang melahirkan ciri-ciri

khas dalam kedua-dua dialek ini. Hal inilah nanti akan dikupas dalam

objektif ketiga kajian ini. Variasi akhir kata konsonan dalam dialek Negeri

Sembilan ialah /p/, /t/, /b/, /?/, /m/, /n/, /ŋ/, /h/ dan /w/. Hal ini berbeza pula

dengan variasi dalam dialek Terengganu kerana variasi akhir kata

konsonannya lebih terhad, iaitu /q/, /h/, /k/, /ŋ/ dan /w/.

Kata dalam bahasa Melayu Standard

Variasi Akhir Kata Konsonan dalam Dialek Negeri Sembilan

Kata dalam bahasa Melayu Standard

Variasi Akhir Kata Konsonan dalam Dialek Terengganu

tegap /tɔgap/ jelebab /jələbaq/ketat /kɔtat/ buat /buak/

lembab /lɔmbab/ sedap /sədak/mengantuk /ŋanto?/ sekolah /səkoloh/

lebam /lɔbam/ panas /panah/hairan /hEğan/ malam /malaŋ/

lengang /lɔŋaŋ/ masin /masiŋ/rampas /ğampEh/ pantang /pataŋ/pisau /pisaw/ jalar /jaloaw/

35

Page 36: Analisis Bezaan Antara Dua Dialek Melayu Dari Aspek Fonologi 2

4.2.5 Pengguguran Konsonon

Pengguguran fonem konsonan berlaku pada kata-kata tertentu.

Pengguguran ini berlaku sama ada di awal, di tengah atau di akhir kata.

Baha-gian pengguguran

Kata dalam bahasa Melayu Standard

Pengguguran Konsonan dalam Dialek Negeri Sembilan

Kata dalam bahasa Melayu Standard

PengguguranKonsonan dalam Dialek Terengganu

di awal

hanyut /aɲut/ habuk /abok/hangat /aŋE?/ habis /abih/hilang /ilaŋ/ tahu /ahu/

ditengah

lagi /laii/ lampu /lapu/tahu /tau/ beri /bui/bahu /bau/ tumpah /tupoh/

diakhir

tebal /tɔba/ fikir /pike/debar /dɔba/ tidur /tido/tawar /tawa/ tawar /tawo/

4.3 Merumuskan ciri-ciri khas yang terungkap bagi membentuk

identiti dialek Negeri Sembilan dan dialek Terengganu.

Dalam sistem bunyi dialek Negeri Sembilan vokalnya terdiri daripada 7

buah vokal, iaitu a, ə, E, i, o, ɔ, dan u berbanding dialek Terengganu yang

memiliki 6 buah vokal. Vokal dalam dialek Terengganu ini mirip dengan sistem

vokal bahasa Melayu standard, iaitu a, e, ə, i, o u.

Diftong dalam dialek Negeri Sembilan ini masih menyerupai diftong

dalam bahasa Melayu standard, namun perubahan berlaku dari segi akhir

katanya yang menggunakan konsonan, iaitu diftong [ai] menjadi [ay], [au]

menjadi [aw], dan [oi] menjadi [oy], bahkan diftong tersendiri dalam dialek ini

turut diperkenalkan, iaitu [uyh] yang berlaku apabila kata-kata yang dengan

fonem [us] dalam bahasa Melayu standard. Walau bagaimanapun, dialek

36

Page 37: Analisis Bezaan Antara Dua Dialek Melayu Dari Aspek Fonologi 2

Terengganu tidak kelihatan bunyi diftong kerana berlakunya pengguguran vokal

akhirnya atau penggantian bunyi vokal bagi diftong tersebut.

Fonem konsonan dialek Negeri Sembilan dikelaskan kepada18 fonem

sahaja, manakala fonem konsonan bagi dialek Terengganu pula ialah sebanyak

22 fonem konsonan. Fonem-fonem ini ada yang bertindak sama ada di awal kata,

di tengah kata mahupun di akhir kata. Pengurangan fonem konsonan dalam

dialek Negeri Sembilan ini berbanding dialek Terengganu kerana ada

penggunakan konsonan gabungan yang digunakan dalam dialek Terengganu

tetapi diganti kepada konsonan tunggal dalam dialek Negeri Sembilan, iaitu

fonem gh, kh, sy. Selain itu fonem konsonan /q/ tidak digunakan dalam dialek

Negeri Sembilan, tetapi dikekalkan dalam dialek Terengganu.

Seterusnya, kajian ini menjurus kepada variasi fonemik kedua-dua

dialek ini. Rumusnya, variasi fonemik ini berlaku dalam kedua-dua dialek

menerusi proses yang sama, walau bagaimanapun penghasilan katanya

mempunyai perbezaan sehingga membentuk identiti tersendiri. Proses variasi

fonemik yang pertama ialah kependekan kata yang berlaku dalam dialek Negeri

Sembilan dan dialek Terengganu ini. Kependekan kata menerusi proses rentetan

vokal akibat pengguguran konsonan tengah menjadikan kedua-dua dialek ini

mempunyai persamaan, misalnya kata beri disebut /bɔii/ dalam dialek Negeri

Sembilan dan /bui/ dalam dialek Terengganu.

Kependekan kata turut berlaku melalui proses penghilangan vokal dan

suku kata awal. Hal ini menyebabkan konsonan berangkap terhasil ataupun

penghilangan suku kata awal ataupun imbuhan secara menyeluruh. Contohnya,

37

Page 38: Analisis Bezaan Antara Dua Dialek Melayu Dari Aspek Fonologi 2

kata pusaka dalam bahasa Melayu standard mengalami penghilangan vokal pada

suku kata pertamanya menjadi /psakɔ/, manakala dialek Terengganu pula

mengalami penghilangan suku kata awalnya menjadi kata /sake/.

Kependekan kata juga menerusi proses peleburan vokal, iaitu vokal

rangkap dileburkan dengan puncak kelantangan bunyi. Dalam kedua-dua dialek

ini mengalami peleburan vokal contohnya dalam kata puasa telah dileburkan

rangkap vokal /ua/ menjadi vokal /ɔ/, iaitu /pɔsɔ/ sahaja dalam dialek Negeri

Sembilan, manakala /ua/ menjadi /a/, iaitu /pasə/ sahaja dalam dialek

Terengganu.

Kependekan kata menerusi vokal kata ganti dan kata tugas hanya

berlaku dalam dialek Negeri Sembilan, tetapi tidak dan dialek Terengganu. Hal

ini mungkin disebabkan keperibadian penggunanya yang tergolong dalam

kelompok masyarakat yang lembut dalam sistem hubungan sosial dan

kebudayaan seiring pendapat Mohd. Pilus. Contoh kependekan vokal sebagai

kata ganti dan kata tugas ialah agaknya menjadi /?aga?E/ dan ambillah menjadi

/?ambi?a/.

Variasi fonemik seterusnya adalah dengan melibatkan proses sisipan

vokal. Sisipan vokal dalam dialek Negeri Sembilan banyak menggunakan

vokal /ɔ/ sedangkan dalam dialek Terengganu sisipan vokalnya banyak

menggunakan vokal /e/, terutamanya apabila kata itu diakhiri dengan fonem /i/

dalam bahasa Melayu standard. Contohnya, kata jerlus dalam bahasa Melayu

standard telah mengalami sisipan vokal dalam kedua-dua dialek ini, iaitu

/jɔğɔluyh/ dalam dialek Negeri Sembilan dan /jəğeluh/ dalam dialek Terengganu.

38

Page 39: Analisis Bezaan Antara Dua Dialek Melayu Dari Aspek Fonologi 2

Dalam variasi fonem turut melalui proses penggantian bunyi

vokal dan konsonan. Penggantian dalam dialek Negeri Sembilan ialah,

1. kata-kata yang diakhiri oleh fonem /as/ akan bertukar

menjadi fonem /Eh/.

2. kata-kata yang diakhir oleh fonem /at/ diganti dengan

fonem /E?/

3. terdapat juga beberapa perkataan yang kekal sebutan

fonem /as/ atau /at/ seperti dalam bahasa Melayu standard.

4. kata-kata yang diakhiri dengan fonem /is/ dalam bahasa

Melayu standard pula bertukar menjadi bunyi fonem /ih/.

5. fonem konsonan /r/ dalam bahasa Melayu standard diganti

dengan huruf gh atau simbol fonemnya /ğ/. Namun begitu,

ada juga beberapa kata yang masih kekal dengan /r/ dalam

pengucapan kata-kata dalam kata-kata pinjaman khasnya

daripada bahasa Arab.

6. fonem konsonan /f/ dalam bahasa Melayu standard diganti

dengan huruf p atau simbol fonemnya /p/.

7. fonem konsonan /ś/ dalam bahasa Melayu standard diganti

dengan fonem /s/ tetapi konsonan /ś/ di akhir kata diganti

dengan bunyi /eyh/.

8. fonem konsonan gh dalam bahasa Melayu standard diganti

dengan fonem /g/, manakala fonem konsonan gh di akhir

kata pula diganti dengan hentian glotis /?/

39

Page 40: Analisis Bezaan Antara Dua Dialek Melayu Dari Aspek Fonologi 2

9. Fonem konsonan kh dalam bahasa Melayu Standard turut

diganti dengan /k/.

Dalam dialek Terengganu pula, penggantian bunyi vokal dan

konsonan adalah seperti berikut,

1. fonem berakhir dengan /ə/ apabila dalam bahasa Melayu

standard fonemnya berakhir dengan /a/,

2. ejaan bahasa Melayu standard berakhir dengan diftong /ai/,

dalam dialek Terengganu turut diujar sebagai /ə/ atau /a/.

3. sekiranya vokal /a/ dalam bahasa standard pada suku kata

akhir tertutup diikuti hentian glotis atau nasal /ŋ/, maka

vokalnya tetap sebagai /a/.

4. vokal /a/ itu diikuti konsonan /h/ pula dalam bahasa

Melayu standard, maka vokal /a/ berubah menjadi /o/.

5. diftong /au/ pula menjadi /o/.

6. fonem konsonan /r/ diganti dengan konsonan /ğ/. Walau

bagaimanapun penggantian bunyi konsonan ini hanya

berlaku di awal dan di tengah kata tetapi tidak di akhir

kata.

7. fonem konsonan /f/ turut diganti dengan konsonan /p/

untuk di awal atau di tengah kata, manakala /h/ apabila di

akhir kata.

8. fonem konsonan /ś/ turut diganti dengan konsonan /s/

untuk di awal atau di tengah kata, tetapi diganti dengan

40

Page 41: Analisis Bezaan Antara Dua Dialek Melayu Dari Aspek Fonologi 2

fonem /h/ di akhir kata.

Variasi fonem selanjutnya menjurus kepada variasi akhir kata

konsonan. Variasi akhir kata konsonan dalam dialek Negeri Sembilan

ialah /p/, /t/, /b/, /?/, /m/, /n/, /ŋ/, /h/ dan /w/. Hal ini berbeza pula dengan

variasi dalam dialek Terengganu kerana variasi akhir kata konsonannya

lebih terhad, iaitu /q/, /h/, /k/, /ŋ/ dan /w/.

Variasi fonem yang terakhir adalah melibatkan pengguguran fonem

konsonan berlaku pada kata-kata tertentu yang berlaku sama ada di awal, di

tengah atau di akhir kata. Perkara yang jelas dalam dialek Negeri Sembilan

ialah pengguguran fonem /h/ di awal kata, pengguguran konsonan di tengah

kata yang juga melibatkan fonem /h/ dan /g/ sehingga membentuk vokal

berangkap /ai/ atau /au/. Selain itu, konsonan-konsonan yang di akhir kata

selain variasi konsonan dalam dialek ini, iaitu /p/, /t/, /b/, /?/, /m/, /n/, /ŋ/, /h/

dan /w/ juga digugurkan. Dalam dialek Terengganu pula, pengguguran

fonem di awal, di tengah dan di akhir kata turut berlaku. Walau

bagaimanapun agak sukar merumuskan pengguguran konsonan dalam dialek

Terengganu ini akibat daripada pengguguran yang ketara dan pelbagai

bentuk. Namun begitu, kebiasaannya fonem-fonem /b/, /h/, /n/, dan /m/ sama

ada di awal, di tengah ataupun di akhir kata selalunya mengalami

pengguguran konsonan tersebut termasuklah fonem-fonem yang berakhir

selain fonem /q/, /h/, /k/, /ŋ/ dan /w/.

41

Page 42: Analisis Bezaan Antara Dua Dialek Melayu Dari Aspek Fonologi 2

5.0 Kesimpulan

Analisis bezaan antara dua dialek, iaitu dialek Negeri Sembilan dan dialek

Terengganu ini dilihat menerusi perbezaan dan persamaan yang ada dalam bunyi vokal,

diftong dan bunyi konsonan. Bunyi konsonan ini pula termasuklah penggunaan konsonan

berangkap. Menerusi kajian ini, wujudnya persamaan dan perbezaan sama ada yang

konkrit atau abstrak dalam bunyi vokal, diftong atau konsonan yang menjadi identiti

kedua-dua dialek ini.

Bezaan lain yang wujud antara dialek Negeri Sembilan dan dialek Terengganu

ini dari segi variasi fonemiknya. Variasi ini melibatkan proses kependekan kata yang

merangkumi rentetan vokal, penghilangan vokal dan suku kata awal, peleburan vokal dan

penggunaan vokal sebagai kata ganti dan kata tugas. Selain itu, variasi fonemik juga

meliputi sisipan vokal, penggantian bunyi vokal dan konsonan, variasi akhir kata

konsonan dan pengguguran konsonan. Proses yang dilalui dalam kedua-dua dialek ini

sama sahaja, namun penghasilan bunyinya tetap berbeza masing-masing mengikut rumus

identiti kedua-dua dialek ini.

Kesimpulannya, persamaan dan perbezaan yang wujud dalam dialek Negeri

Sembilan dan dialek Terengganu ini masih terikat dengan beberapa faktor termasuklah

faktor geografi. Hal ini demikian kerana sifat dialek itu sendiri yang sudah termaktub

dalam kumpulan bahasa serumpun yang pastinya memiliki persamaan yang ketara dan

perbezaannya pula bergantung kepada faktor-faktor geografi.

42

Page 43: Analisis Bezaan Antara Dua Dialek Melayu Dari Aspek Fonologi 2

Bibliografi

Abdul Hamid Mahmood & Nurfarah Lo Abdullah. 2007. Linguistik Fonetik dan Fonologi

Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Aslita Sdn.Bhd.

Asmah Haji Omar. (1985) Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Collin, J. T. (1983) Dialek Ulu Terengganu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Ibrahim Mustapa. "Analisis Dialek Daerah Kuala Pilah daripada aspek Fonologi". Jurnal

Dewan Bahasa. Halaman 975-982, Disember 1990.

Kamaruddn Haji Husin dan Siti Hajar Haji Abd. Aziz (1992) Pengajian Melayu 3:

Komunikasi Bahasa. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mohd. Pilus Yunus. "Dialek Negeri Sembilan dan Dialek Umum". Jurnal Dewan Bahasa.

Jld. 22 Bil. 8 Ogos 1978.

Nik Hassan Basri (1995). Teori Bahasa: Implikasinya Terhadap Pengajaran Bahasa.

Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Sharman Abu. "Satu Tinjauan Ringkas Tentang Bunyi Vokal dalam Dialek Negeri S

Sembilan". Jurnal Dewan Bahasa. Halaman 559-566, Disember 1973.

Sharman Abu. "Sistem Bunyi Konsonan dalam Dialek Negeri Sembilan". Jurnal

Dewan Bahasa. Halaman 277-286, Jun 1974.

Yeop Johari Yaacub. "Analisis Fonem Bahasa Melayu Dialek Negeri Sembilan" Jurnal

Dewan Bahasa. Halaman 506-529, Ogos 1984.

43