anak amanah allah power point

9
ANAK AMANAH ALLAH

Upload: jamaludin-ahmad

Post on 23-Dec-2015

149 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

anak amanah Allah

TRANSCRIPT

Page 1: Anak Amanah Allah Power Point

ANAK AMANAH ALLAH

Page 2: Anak Amanah Allah Power Point

UNIT 1 ANAK ANGKAT MENGIKUT PANDANGAN

ISLAM1. Anak angkat ialah anak yang dipelihara oleh bukan

ibu bapa kandung nya.

2 Hukum mengambil anak angkat adalah harus.Rasulullah s.a.w

sendiri mengambil anak angkat iaitu Zaid bin Harith sebagai anak angkat

sebelum baginda diutus menjadi rasul.

3. Islam mengharamkan memberi nisab anak angkat

kepada bapa angkat.Anak angkat hendaklah dinisabkan kepada bapa

kandungnya sendiri.Sekiranya tidak diketahui siapa bapa kandungnya

maka hendaklah dipanggil dengan panggilan “wahai saudaraku”.

4. Anak angkat yang dipelihara sejak dari kecil dengan penuh kasih sayang tetap dikira ajnabi.Batas- batas pergaulan antara anak dan keluarga angkat mereka wajib dijaga sama seperti aurat dengan bukan mahram yang lain.

5. Anak angkat juga tidak boleh mewarisi harta pusaka keluarga angkatnya begitu juga sebaliknya.Mereka hanya boleh mendapat harta melalui hibbah,hadiah dan wasiat dengan syarat tidak melebihi 1/3 daripada harta keluarga angkat.

Page 3: Anak Amanah Allah Power Point

6. HIKMAH LARANGAN MEMBINKAN MEMBINTIKAN ANAK

ANGKAT KEPADA BAPA ANGKAT:

o Mengiktiraf kelarga bapa kandung dan mengekalkan kemuliaan

pertalian nisab antara mereka.

o Memelihara hak anak angkat dalam mewarisi harta pusaka bapa

kandungnya.

o Menjaga batas pergaulan supaya aurat antara mereka terpelihara.

o Memelihara harta pusaka bapa kandung.

o Memelihara salsilah keluarga supaya tidak bercampur dengan anak

angkat yang tiada hubungan nisab dengan mereka.

o Memelihara hak wali nikah bagi bapa kandungnya.

Page 4: Anak Amanah Allah Power Point

7. HIKMAH PENGAMBILAN ANAK ANGKAT.

Mendapat pahala dan keredhaan Allah . Meringankan beban hidup keluarga yang

miskin. Menimbulkan perasaan kasih sayang

antara anak angkat dan keluarga angkat serta keluarga kedua belah pihak.

Mengeratkan silaturrahim Membahagiakan rumah tangga bagi

mereka yang tidak dikurniakan zuriat Menjadi salah satu jalan penyelesaian bagi

pasangan yang tidak mempunyai anak

Page 5: Anak Amanah Allah Power Point

UNIT 2HADANAH:HAK DAN TANGGUNG JAWAB

UNTUK ANAK5. SUSUNAN KELAYAKAN HADANAH SEKIRANYA IBU

HILANG KELAYAKAN Nenek sebelah ibu hingga keatas Bapa Nenek sebelah bapa hingga keatas Datuk Saudara perempuan seibu sebapa Saudara perempuan seibu Saudara perempuan sebapa Anak perempuan kepada saudara perempuan

seibu sebapa Anak perempuan kepada saudara perempuan

seibu Anak perempuan kepada saudara perempuan

sebapa Emak saudara sebelah ibu Emak saudara sebelah bapa Waris lelaki yang boleh menerima asbah

Page 6: Anak Amanah Allah Power Point

UNIT 2HADANAH:HAK DAN TANGGUNGJAWAB UNTUK ANAK

1. Hadanah ialah hak penjagaan anak yang masih

kecil yang belum mumayiz dan tidak mampu mengurus diri sendiri2. Hadanah merangkumi penjagaan jasmani,rohani dan akal mereka agar mereka

mampu menghadapi dan memikul tanggung jawab apabila dewasa

3. Hukum hadanah bagi anak yang belum mampu berdikari adalah wajib.Orang yang

mengabaikannya adalah berdosa.4. Hak hadanah adalah wajib sekali pun berlaku perceraian antara suamidan isteri.Orang yang

paling hak menjaga anak ialah ibunya.

Page 7: Anak Amanah Allah Power Point

6. Orang lelaki yang berhak dalam penjagaan kanak-kanak perempuan hanyalah muhram kepada kanak-kanak tersebut.

7. Sekiranya terdapat ramai yang berkelayakkan untuk memelihara kanak-kanak tersebut keutamaan diberikan kepada mereka yang mempunyai sifat paling mulia dan pengasih.

8. Syarat-syarat orang yang mendapat hak hadanah:

Islam ----- tidak bagi kafir Sempurna--- tidak gila Dewasa----- mampu memberi kasih sayang

pada kanak-kanak tersebut serta matang Berakhlak mulia dan menjaga kehormatan diri

Page 8: Anak Amanah Allah Power Point

9. SEBAB-SEBAB GUGUR HAK HADANAH:Berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak

mempunyai pertalian nisab dengan kanak-kanak tersebut sehingga perkahwinan itu dibubarkan.

Bekelakuan buruk secara terng-terangan serta keterlaluan.

Berpindah tempat kediaman untuk menghalang bapa kanak-kanak itu menziarahi anaknya.

Murtad

Page 9: Anak Amanah Allah Power Point

10.TEMPOH HADANAH BERAKHIR Apabila kanak-kanak tersebut tidak lagi memerlukan

peliharaan Kanak-kanak itu telah dewasa Kanak-kanak itu telah dapat berdikari Kanak-kanak itu mampu menguruskan segala

keperluan asas mereka sendiri

11. Setelah kanak-kanak itu mumayiz mereka berhak memilih untuk tinggal samada dengan ibunya atau bapa nya.

12. Asbah ialah pewaris yang berhak mendapatkan harta pusaka tetapi tidak ditetapkan nisbah tertentu.Contoh anak lelaki dan cucu lelaki.

13.Akta undangh-undang keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 menyebut bahawa hak hadanah akan tamat setelah kanak-kanak itu mencapai umur 7 tahun bagi lelaki dan 9 tahun bagi perempuan`