pppnukm.files.wordpress.com · web viewpuisi memainkan peranan yang penting di dalam masyarakat...
Post on 16-Jul-2020
21 Views
Preview:
TRANSCRIPT
ANALISA WARISAN PUISI SEBAGAI CERMINAN PEMIKIRAN DINAMIK
MASYARAKAT RUMPUN MELAYU TRADISIONAL.
KANDUNGAN HALAMAN
1.0 PENGENALAN 1
2.0 ANALISIS MASYARAKAT YANG BERFIKIRAN
DINAMIK
4
2.1 MASYARAKAT YANG BERFIKIRAN
IMAGNATIF
6
2.2 MASYARAKAT YANG BERBUDI TINGGI 8
2.3 HUBUNGAN PUISI TRADISIONAL DAN
PEMIKIRAN DINAMIK MASYARAKAT
MELAYU
10
3.0 KEGUNAAN PUISI TRADISIONAL DI DALAM
MASYARAKAT RUMPUN MELAYU
12
3.1 PUISI TRADISIONAL DI DALAM ASPEK
AMALAN DAN KEPERCAYAAN
13
3.2 PUISI TRADISIONAL DI DALAM ASPEK
NASIHAT DAN IKHTIBAR
17
3.3 PUISI TRADISIONAL DI DALAM ASPEK
POLITIK
20
4.0 RUMUSAN 23
1.0 PENGENALAN
Bahasa merupakan perkataan yang berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu bhasha
yang memberikan pelbagai maksud seperti peradaban, adab dan ihsan1. Ahli-ahli
bahasa pula telah merumuskan bahawa bahasa ialah sistem lambing-lambang yang
bersifat arbitrari yang digunakan oleh masyarakat sebagai alat komunikasi sesame
masyarakat dan alat untuk mengidentifikasikan diri mereka2. Akan tetapi makna lain
bagi bahasa juga membawa erti sebagai sistem membawa maksud serta sistem
kognitif yang merujuk kepada pemilihan persepsi, kesan dan sensasi untuk
membentuk sesebuah konsep dan pemikiran3. Pelbagai sumber telah dikemukan
mengenai asal-usul Bahasa Melayu daripada berasalnya dari Asia Tengah hingga ke
Nusantara4 dan terdapat juga beberapa teori bahawa penulisan Bahasa Melayu telah di
pengaruhi daripada beberapa bahasa asing seperti Hindu, Jawa dan Arab5. Sebelum
kedatangan pengaruh Hindu, terdapat beberapa penulisan di jumpai di Rencong dan
Lampung akan tetapi kegunaanya sangat terhad kerana agak sukar untuk digunakan
semula untuk penulisan lain kecuali daripada tujuan asalnya6. Di dalam linkungan
abad pertama, proses Indianisasi di Asia Tenggara seperti penubuhan kerajaan Funan
dan Lin-Yi berlaku menyebabkan terdapat pengaruh Hindu di dalam beberapa aspek
masyarakat seperti upacara keagamaan, kesenian dan kesusateraan berasaskan
pengaruh Hindu7. Ini dibuktikan dengan peninggalan yang inskripsi pada 1380 Masihi
untuk raja Sumatara Adityavarman yang mengandungi campuran bahasa Sanskrit
Melayu dan Arab dan cerita Hikayat Perang Pandawa Jaya dan Hikayat Sang Boma
mendapat inspirasinya dariapda Bharatayuddha iaitu sebahagian di dalam kitab Hindu
Mahabharata8.
Di dalam lingkungan abad ke-11 dan ke-16, pengaruh Islam di Alam Melayu
terutamanya di sekitar Nusantara berkembang dengan pesat pendakwah Islam
memperkenalkan sistem tulisan Arab atau Jawi bagi membantu muallaf membaca Al-
Quran dengan lebih lancar dan memudahkan pembelajaran ilmu-ilmu lain juga seperti
As-Sunnah tetapi pembelajaran secara formal hanya dijalankan oleh golongan atasan.
Walau bagaimanapun, majoriti masyarakat pada zaman dahulu buta huruf kerana
tidak lagi mempunyai kepentingan memahami penulisan, maka kisah Rasulullah
S.A.W dan tokoh-tokoh Islam lain diceritakan melalui lisan. Walaupun Kerajaan
China telah membuat penemuan tentang kertas pada 105 Mashi tetapi penggunaannya
di Nusantara tidak menular dengan pesat sehingga sampainya pengaruh Islam dan
sistem penulisan Arab9.
Kemudahan menulis menggunakan kertas berbanding kulit haiwan, kulit kayu
dan kitab-kitab yang dihasilkan dari Timur Tengah, Arab, Parsi dan India yang mula
disebarkan di sekitar Nusantara menggalakkan lagi penghasilan karya sastera di Alam
Melayu. Ini dapat dilihat dengan penghasilan hikayat seperti Hikayat Amir Hamzah10.
Kesusateraan membawa maksud karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang
mempunyai ciri keistimewaan yang tertentu. Ayat akar bagi Kesusateraan adalah
sastera dan ayat asli sastera berasal daripada Sanskrit Shastera11. Menurut beberapa
tokoh dalam mendefinasikan kesusateraan, Hashim Awang mendefinasikannya
sebagai ciptaan seni yang menggunakan alat petuturan atau bahasa dan tulisan sebagai
alat penyampainya manakala Muhammad Haji Salleh mengatakan bahawa ia
merupakan karya-karya berupa cereka yang dicipta dengan perantaraan bahasa dan
alatan-alatan yang datang bersamanya, yang tidak berbentuk laporan atau esei12. Di
dalam Kesusateraan Melayu memiliki pelbagai pembahagian seperti persuratan, kitab,
puisi dan lain-lain lagi. Menurut Herman J. Waluyo puisi merupakan bentuk karya
yang mengungkapkan fikiran dan perasaan penyair secara imaginatif dan disusun
dengan mengkonsentrasikan struktur fizik dan struktur batinnya manakala Mohd Taib
Osman menyatakan puisi adalah satu bentuk komunikasi atau perhubungna dan Jakob
Sumardjo pula mendefiniskan puisi sebagai ungkapan bahasa yang mempunyai
kekuatan13
3
Selain itu, Zainal Abidin Ahamd puisi ialah karangan berangkap yang khas
dipakai untuk melafazkan pemikiran yang cantik dengan bahasa yang indah dan
melukiskan kemanisan serta kecantikan bahasa. Manakala, menurut H.B Jassin pula,
puisi adalah pengucapan dengan perasaan yang ada di dalamnya mengandungi
fikiran-fikiran dan tanggapan-tanggapan manakala M.S Hutagalung memberikan erti
puisi sebagai menggambarkan sesuatu dan bukan menerangkan atau menceritakan14.
Bagi puisi tradisional ia terbahagi kepada beberapa jenis genre puisi tradisional seperti
Pantun, Syair, Gurindam, Rejang, Dikir/Zikir, Endoi, Ruba’I, Nazam, Masnawi,
Ghazal, Berzanji, Qit’ah, Seloka, Talibun, Peribahasa Berangkap, Teromba,
Perbilangan Adat dan Mantera. Puisi ini ia merupakan pencurahan jiwa apabila ingin
merangkanya dan sesebuah puisi memiliki kepadatan dimana ia bersifat sugestif dan
asosiatif15.Terdapat beberapa faktor yang menjadikan tradisi dalam kesusateraan lama
iaitu, nama pengarang atau penulisnya tidak disebut iaitu hasil kesusateraan Melayu
lama dianggap milik rakyat dan bukan milik keseorangan, pengarang takut apabila
pihak pemerintah mengambil tindakan terhadapnya jikalau tulisannya tidak
diperkenankan oleh raja. Selain itu, apabila sesebuah tulisan dicipta atas perintah raja
namanya tidak ditulis kerana ia merupakan milik negara manakala penulisan bercorak
pengajaran Islam pula tidak diletakkan namanya kerana hasilnya dianggap amal jariah
dan bukan ingin mencari kemasyuran dan nama16.
Antara tokoh-tokoh sasterawan adalah Pawang Ana dan Raja Haji Yahya yang
menghasilkan karya-karya seperti Awang Sulung Merah dan Raja Muda serta Encik
Amin pengarang syair Syair Perang Mengkasar. Manakala antara tokoh bagi
sasterawan pula adalah Tun Seri Lanang penulis buku Sulalatus al-Salatin dan
Hamzah Fansuri yang dianggap sebagai pencipta bentuk pengarangan syair dan antara
hasil karyanya adalah Syair Dagang, Syair Perahu dan Syair Burung Pingai17.
Makalah ini akan merungkai mengenai ciri-ciri sesebuah masyarakat yang berfikiran
dinamik dan hubunganya dengan puisi tradisional serta penggunaan puisi ini di dalam
kehidupan seharian masyarakat rumpun Melayu.
14- Dharwijaya, 1998, hlmn 515- Haron Daud, 1996, hlmn 6816- Abd.Rachman Abror, 2009, hlmn 140.17- Harun Mat Piah, Ismail Hamid, Siti Hawa Salleh, Abu Hassam, Abd. Rahman Kaeh, Jamilah Haji Ahmad, 2002, hlmn 54
4
2.0 ANALISIS MASYARAKAT RUMPUN MELAYU YANG
BERFIKIRAN DINAMIK
Menurut Dewan Bahasa Edisi Keempat, masyarakat bererti manusia yang hidup
bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu manakala berfikiran pula
membawa maksud berfikir mengenai sesuatu dan dinamik bermaksud bertenaga atau
berkekuatan serta mampu membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan
kemajuan18. Masyarakat di Alam Melayu atau di sekitar Nusantara ini dapat
dirumuskan struktur sosial dan politik bahawa sebelum pertubuhan sesebuah kerajaan
ia dimulakan dengan tertubuhnya perkampungan atau masyarakat yang di muara
sungai atau persisiran pantai yang bertaraf chiesfdom atau dibawah kepimpinan
seorang ketua tempatan atau penghulu yang bercorak kepimpinan bersifat pribumi
kemudian kedatangan institusi beraja daripada India telah meletakkan ketua tersebut
kepada status raja dan telah meletakkan statusnya masyarakatnya sebagai sebuah
kerajaan19. Di dalam masyarakat itu juga bagi memastikan seluruh pihak sentiasa
hidup di dalam harmoni maka sistem panduan diwujudkan untuk masyarakat itu yang
dipanggil hukum adat. Hukum adat ini merupakan hukum yang tidak bertulis dan
dijadikan sebagai peraturan kebiasaan yang dipertahankan didalam kehidupan
masyarakat. Sifat hukum adat ini ialah ia tidak dikitabkan, tidak dikodifisir,
mempunyai sanksi dan terdapat akibat daripada hukum apabila dilanggar20.
Kepentingan adat ini dapat dilihat bahawa ia mengabungkan masyarakat
dibawah sistem norma dan nilai yang seragam maka konflik diantara ahli masyarakat
berjaya dihapuskan kerana ia membentuk peribadi, budaya dan jatidiri sesuatu
bangsa21. Persekitaran dimana bentuk komunikasi dalam masyarakat secara
majoritinya adalah melalui lisan maka wujudlah situasi dimana lahirnya satu budaya
yang diistilahkan sebagai pasrtisipatoris. Partisipatoris ini merupakan masyarakat
yang perkongsian yang dicirikan oleh sifat kolektif dimana sifat keindividualan sangat
tidak digalakkan. Social Consencus iaitu persetujuan ramai mengawal pemikiran dan
tindak laku individu.
18-Noresah bt. Baharom, 201019- Abdullah Jumain Abu Samah, 1997, hlmn 7020- Bushar Muhammad, 1997, hlmn 1121- Suzana Hj. Othman (susn.), 2008, hlmn 27
5
Budaya lisan ini menyebabkan karya sastera bersifat mengulangi tradisi dan
melahirkan semula model sastera yang sedia ada serta ia merupakan corak budaya
yang mengamalkan norma meletakkan nilai yang tinggi pada permuafakatan22.
Melalui sini kita dapat lihat bahawa tahap pemikiran kompleks masyarakat Melayu
dalam memastikan adat akan memartabatkan nilai seperti beradab, beradat dan
berdaulat dengan membentuk sifat persaudaraan yang teguh kepada orang tentang
identiti dan kepercayaan masyarakat Melayu. Keharmonian dan perpaduan
masyarakat Melayu dapat melambangkan sesebuah yang bertamadun tinggi23
22- Rogayah A. Hamid, Wardati Md. Sheriff, 2007, hlmn 46523- Suzana Hj. Othman (susn.), 2008, hlmn 30
6
2.1 MASYARAKAT YANG BERFIKIRAN IMAGNATIF
Masyarakat Alam Melayu dilahirkan di kawasan tropika yang panas, bermusim hujan
dan kemarau, dengan hutan yang luar biasa spesis flora dan faunanya dan tanah
pelbagai jenis sebahagiannya subur manakala sebahagian lain pula basah. Sungai
mengalir sehingga ke muara menjadi air lautan yang luas berlatarkan manusia yang
kerdil di perkampungan atau masyarakatnya24. Inilah persekitaran yang telah
dikunrniakan kepada masyarakat Melayu. Pengaruh terbesar kepada masyarakat di
Alam Melayu adalah disekeliling mereka iaitu alam. Mereka hidup dikawasan
cuacanya mendap dan panas maka tidaklah mereka sentiasa duduk di dalam rumah.
Nescaya mereka akan pergi ke sungai, bukit-bukau, paya dan di kelilingi dengan flora
dan fauna seperti burung, ikan, rumput dan rumpai. Pepatah Melayu pernah
mengatakan
“Alam berkembang menjadi guru”25
Pepatah ini telah menempa beberapa pengalaman daripada generasi sebelumnya
mengenai hutan, sungai dan laut dan apa yang boleh ditawarkan olehnya. Ia telah
dijadikan sebagai cerminan manusia dan kehidupannya. Apabila seseorang
mengarangkan lagu, cerita, puisi dan falsafah kehidupannya, ia merupakan hasil
daripada pemerhatian yang tajam mengenai bagaimana alam berubah dengan
peredaran masa dan alam juga merupakan tempat konflik dan harmoni diantara
masyarakat manusia dan sekelilingnya. Orang Melayu amat mengemarkan keindahan
terutamanya daripada segi bahasa maka orang Melayu menggunakan bahasa yang
tersirat dan penuh dengan unsur perlambangan seperti personafikasi, simile dan
fuguratif. Keindahan bahasa bertujuan supaya telinga pendengar sedap di dengar
dengan penuh perhatian. Maka, kerangkaan sesebuah puisi yang indah dan kreatif
bagi difahami dan dihayati oleh pendengarnya diambil berat oleh pembuat puisi26.
Puisi merupakan harta yang mengandungi sejarah, emosi, impian dan pemikiran
masyarakat. Ianya bukan sesuatu cara untuk menipu atau menfitnah tetapi cara untuk
menyampaikan hikmah kolektif dan ekspresi yang telah dibentukkan dengan
percakapan dalam puisi27.
24- Zainal Abidin Borhan, Ramli Raman, 2008, hlmn 225- Lalita Sinha (peny.), 2011, hlmn 23126- Mohd Rosli Saludin, 2009 hlmn 15627- Lalita Sinha (peny.), 2011, hlmn 241
7
Pengarang bagi puisi-puisi ini digelarkan sebagai Penglipur Lara. Mereka ini
diberikan tugas untuk mengarang, memberikan gambaran dan menceritakan puisi-
puisi tersebut tetapi tugas memberikan istilah yang tepat bagi penghasilan sastera,
permulaan dan penamatan sesebuah puisi tradisional diberikan kepada orang yang
bukan penglipur lara seperti sasterawan28. Penulis, penglipur lara dan dalang dikenali
sebagai ketua, pemikir dan pendeta kerana mereka memikul tanggungjawab
menyebarkan nilai kemasyarakatan dan memastikan ia masih diteruskan29. Celik huruf
dan buta huruf bukan dijadikan sebagai pengukur untuk seseorang yang berpuisi.
Yang diperlukan hanyalah kepintaran dan kecerdasan mencari frasa kata yang betul
selain pandai menangkap makna yang dimaksudkan. Pembinaan pantun Melayu tidak
terbatas kepada sesuatu golongan atau pada peringkat umur tertentu. Pembinaan
sesebuah pantun yang tidak secara langsung berhubung kait dengan pengkarangan
puisi genre lain sangat berkait rapat dengan keintelektualan selain kepintaran,
kecerdasan dan kespontanan pemikiran masyarakat Melayu30. Maka, masyarakat
Melayu sering menggunakan puisi dalam sebarang luahan rasa dimana ia mengaitkan
hubungan mereka dengan alam dan mencerminkan pengalaman kehidupan seharian
mereka31. Kita dapat melihat perlambangan alam kerap digunakan di dalam pantun.
Pertalian diantara pembayang dengan maksud amat difikirkan oleh pemantun, ertinya
pemantun tidak sembarangan memilih perkataan untuk dijadikan pembayang. Ini
disebabkan peraturan yang mengikat pemantun seperti rima hujung dan bilangan suku
kata pada setiap baris serta lumrah keindahan alam Melayu seperti cakerawala, flora
dan fauna32. Ini dapat dilihat dalam pantun ini
Penat sahaya menanam padi
Nanas juga ditanam orang
Payah saya menabur budi
Emas juga pandang orang
Perlambangan budi dan alam dikaitkan dengan rapat di dalam pantun diatas yang
membicarakan mengenai budi33
28- Muhammad Haji Salleh, 2008, hlmn 729- Lalita Sinha(peny.), 2011, hlmn 24130- Noriah Mohamed, 2006, hlmn 2631- Noriah Mohamed, 2006, hlmn 1432- Noriah Mohamed, 2006, hlmn 2133- Harun Mat Piah, 2007, hlmn 200
8
2.2 MASYARAKAT YANG BERBUDI
Budi membawa pengertian yang amat luas kerana memiliki beberapa makna. Budi
berasal daripada perkataan Sanskrit Buddhi yang bermaksud bijak, pekerti tinggi dan
mulia manakala dalam bahasa Inggeris pula adalah wisdom atau intelektual. Dalam
Al-Quran budi disebut sebagai adab, sopan santun dan ia dijelaskan melalui adab
pergaulan orang-orang mukmin terhadap Rasullulah SAW34. Persamaan Adat dan
Islam dimana ia menegaskan mengenai kebaikan dan kesetiaan dan meletakkan nilai
budi iaitu perwatakan dan perbuatan baik serta permuafakatan iaitu persrtujuan secara
kolektif. Ini disertakan lagi dengan meletakkan seseorang yang tua pada kedudukan
yang tinggi dan tatacara bagi mengadap mereka perlulah dengan penuh rasa hormat
dan rendah diri35.
Konsep budi ini melatih orang yang hidup dalam masyarakat adat supaya
berhati mulia dan memenuhkan kehidupan mereka dengan nilai-nilai murni. Berbudi
bukan sahaja pertuturan baik tetapi juga tingkah laku yang rendah diri, tenang,
tanggungjawab dan ramah mesra dimana kehilangan budi dalam peribadi seseorang
akan kehilangan kesopanan dan menurut adat sama dengan haiwan36. Maka, kita dapat
lihat bahawa sikap budi ini merupakan sebahagian dariapda budaya masyarakat
Melayu yang mengikatnya kepada sistem yang lebih besarMasyarakat Melayu gemar
menyampaikan sesuatu mesej dengan cara yang berselindung dimana mesej yang
disampaikan ditutupi dengan tutur kata yang sopan dan yang semanis mungkin.
Jarang sekali berlaku penyalahtafsiran oleh si pendengar dan inilah kelebihan
masyarakat Melayu yang unik. Maka, sifat kesantunan ini mencerminkan cara
menghindarkan timbulnya rasa terkilan, tersinggung atau rasa kurang senang sewaktu
berkomunikasi pada masa yang sama kata-kata yang bersifat sindiran secara berlapik
ini difahami pendengar. Sebagai contoh,
Jeruk maman rasanya sedap,
Boleh direndang dengan tauhu;
Saya umpama bunga dedap,
Kembangnya segar tidak berbau.
34-Aminudin Mansor, 2015, hlmn 23135- Peletz, M. G., 1981, hlmn 1636- Mohd Rosli Saludin, 2009, hlmn 109
9
Puisi ini merupakan bentuk sindiran kepada kaum wanita yang hanya memperlihatkan
atau berbangga dengan kecantikkan diri tetapi tidak berbudi. Jikalau ianya
disampaikan secara terus terang maka timbulnya rasa kurang senang atau sakit hati
serta persalahan faham yang berpanjangan kepada pendengar yang mungkin tidak
diketahui oleh penyampai37. Pengkarya Melayu sering meluahkan rasa hati dalam
bentuk yang indah dimana mereka menimbang rasa orang lain dan mengelakkan
muncul elemen negative di dalam puisi mereka. Sebagai contoh, seseorang yang
malas tidak akan disebut sebagai “amat malas” tetapi “berat tulang”38. Puisi dilihat
sebagai bentuk pengucapan manusia membina kemesraan dan memelihara hubungan
antara individu dan kelompak maka terhindarlah daripada konflik dan mengukuhkan
perpaduan masyarakat39.
37- Mohd Rashid Md Idris, Siti Khairah Mohd Zubir, Andullah Yusof, 2010, hlmn 738- Noriah Mohamed, 2006, hlmn 4739- Zainal Abidin Borhan, Ramli Raman, 2008, hlmn 202
9
2.3 HUBUNGAN PUISI TRADISIONAL DAN PEMIKIRAN DINAMIK
MASYARAKAT MELAYU
Puisi- puisi tradisional merupakan peninggalan warisan tradisi masyarakat rumpun
Melayu tradisonal yang telah wujud sebelum proses Indianisasi di Asia Tenggara
sehinggalah perkembangan Islam. Terdapat beberapa pendapat tentang maksud
sebenarnya puisi tradisional. Maka, setiap genre di dalam puisi-puisi tradisional ini
memiliki asal-usul, ciri-ciri dan cara merangkanya yang tersendiri membuatkan setiap
genre ini walaupun hampir sama tetapi unik. Sebagai contoh, Pantun dan Syair
persamaannya kedua-dua puisi ini mengandungi empat kerat tetapi pantun
mempunyai pembayang dan diikuti dengan maksud manakala kesemua rangkap syair
pula adalah maksud. Selain itu, disebabkan perbezaan dari segi pencampuran budaya
maka terdapat juga beberapa genre puisi yang hampir sama tujuaanya tetapi memliki
asal-usul yang berbeza. Antaranya adalah Nazam dan Seloka dimana ia digunakan
untuk memberi peringatan dan pengajaran kepada masyarakat rumpun Melayu tetapi
Nazam merupakan puisi lama atau puisi klasik yang berpengaruh Arab dan
mempunyai persamaan dihujung bunyinya manakala Seloka merupakan perkataan
yang berasal daripada Sanskrit dan diwarisi melalui Hindu klasik seperti kitab-kitab
Mahabarata dan Ramayana. Gaya penyampaiannya pula hampir serupa seperti
gurindam kecuali ia memiliki empat baris yang bersajak, tiap baris mempunyai empat
patah perkataan dan bunyi suku katanya di hujungnya sama40. Cara penyampaian dan
pengarangan pelbagai genre puisi ini menunjukkan pemikiran yang kreatif dalam
penghasilan puisi tradisional oleh masyarakat rumpun Melayu tradisional. Puisi-puisi
ini mampu memberikan gambaran kehalusan budi dan keprihatinan masyarakat
terhadap alam dan budaya di sekeliling mereka. Dengan beberapa pilihan kata-kata
diikuti dengan irama dan susunan perkataan sesebuah puisi mampu mengambarkan
suasana, mengeksperasikan idea, meluahkan perasaan dan emosi dengan
menggunakan perumpaan disekliling mereka41. Nilai abstrak di antara perkara yang
objektif seperi tumbuh-tumbuhan, haiwan dan yang subjektif seperti nilai, amalan dan
budi menunjukkan kedinamikkan cara berfikiran masyarakat rumpun Melayu
tradisonal42.
37- Mohd Rashid Md Idris, Siti Khairah Mohd Zubir, Andullah Yusof, 2010, hlmn 738- Noriah Mohamed, 2006, hlmn 4739- Zainal Abidin Borhan, Ramli Raman, 2008, hlmn 202
9
Akan tetapi puisi-puisi ini bukan sahaja terikat kepada perihal adab dan nilai,
ia juga menyentuh mengenai adat, peraturan, rawatan tradisonal, ekonomi dan cara
kehidupan masyarakat tempatan. Sebagai contoh, Terombo merupakan pengucapan
adat sebelum memulakan mengucapkan Adat Perpatih. Ia merupakan susunan undang
dan adat pada masa yang sama ia merupakan penceritaan sejarah dalam bentuk
riwayat yang diamalkan oleh daerah Rembau, Kuala Pilah, Tampin, Seremban dan
Jelebu di Negeri Sembilan serta Naning dan Alor Gajah di Melaka bagi43 Tujuan
Terombo ini adalah memastikan masyarakat sentiasa hidup di dalam keadaan aman
dan beradat serta memulaukan sesiapa yang melanggarnya44. Sifat dinamik
masyarakat Melayu ini digalakkan lagi dengan peranan local genius dengan membuat
pilihan dan pengolahan secara aktif terhadap pengaruh asing yang datang seperti
sastera, keagamaan dan kesenian dan mengubahsuainya untuk diasimilasikan ke
dalam masyarakat tempatan tanpa meninggalkan amalan warisan nenek moyangnya45.
Maka kita dapat lihat bahawa segala aspek kehidupan seseorang di dalam masyarakat
Melayu sangat dipengaruhi juga dengan puisi. Ini dapat dilihat dengan kepelbagaian
puisi terutamanya pantun dimana ia hampir merangkumi semua aspek kehidupan
mereka. Di setiap peringkat daripada kanak-kanak sehingga tua mengandungi
pembahgian pantunnya tersendiri seperti pantun bersukacita untuk kanak-kanak dan
pantun nasihat, agama dan adat bagi orang tua46. Kita juga dapat lihat dengan
kewujudan pantun bagi setiap lapisan masyarakat sama ada pemerintah mahupun
hamba, terkandungnya sesebuah pantun bagi lapisan mereka juga.47
3.0 KEGUNAAN PUISI TRADISIONAL DI DALAM MASYARAKAT
RUMPUN MELAYU
Tradsional dapat diertikan sebagai berkaitan, bersifat atau mengikut tradisi dimana
konsep merangkumi puisi lisan dan puisi rakyat dan ia merupakan antara kegiatan
kesenian rakyat yang dipersembahkan, disampaikan di dalam bentuk lisan. Ciri-ciri
37- Mohd Rashid Md Idris, Siti Khairah Mohd Zubir, Andullah Yusof, 2010, hlmn 738- Noriah Mohamed, 2006, hlmn 4739- Zainal Abidin Borhan, Ramli Raman, 2008, hlmn 202
9
puisi ini ialah ia bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan maka
seperti sesebuah masyarakat Melayu ia bersifat kolektif dimana ciptaan puisi ini
digunakan di dalam kehidupan masyarakat48. Maka, ini dapat dilihat dengan keluasan
rangkuman puisi di dalam hidup masyarakat Melayu dimana daripada aspek politik,
ekonomi, falsafah, keagamaan, moral dimana semua lapisan masyarakat dan peringkat
umur akan dipandukan dengan puisi untuk menjalankan kehidupan seharian mereka.
Kewujudan konsep nilai yang diterapkan melalui puisi yang mudah difahami oleh
masyarakat yang dijadikan panduan akan menentukan yang baik daripada yang jahat,
kudus daripada yang tidak kudus, cantik dan buruk ataupun halus dan kasar. Nilai
seperti taat kepada pemimpin, merendah diri, tolong-menolong serta berpegang kuat
kepada adat dan kepercayaan telah diterapakan lama melalui medium ini49.
Tradisi puisi yang sentiasa mengiringi masyarakat Melayu sangat selari dengan
sebahagian daripada adat yang diubahkan mengikut keperluan masa dan citarasa
masyarakat dimana adat Melayu daripada zaman Kesultanan Iskandar Zulkarnain
yang merupakan nenek moyang Melayu. Yang lain akan ditokok tambah oleh petinggi
adat setempat berdasarkan keadaan semasa seperti daripada pengaruh Hinduisme
kewujudan instirusi raja dan konsep dewaraja sehingga Islam dimana adat Melayu dan
Islam jadikan seperti saudara kembar yang dapat dirumuskan melalui perbilangan adat
ini:
Adat bersenidkan syarak
Syarak bersendikan kitab Allah
Syarak mengata, adat memakai
Cermin yang tidak kabur
Pelita yang tidak pandam50
37- Mohd Rashid Md Idris, Siti Khairah Mohd Zubir, Andullah Yusof, 2010, hlmn 738- Noriah Mohamed, 2006, hlmn 4739- Zainal Abidin Borhan, Ramli Raman, 2008, hlmn 202
13
3.1 PUISI TRADISIONAL DIDALAM ASPEK AMALAN DAN
KEPERCAYAAN
Perkataan mantera jarang digunakan oleh masyarakat Melayu dan mereka sering
menggunakan perkataan Jampi Serempah. Harun Mat Piah lebih gemar menggunakan
mantera untuk merangkumi kesuluruhan bentuk atau jenis, seperti petikan ini.
“Semua jenis pengucapan dalam bentuk puisi atau prosa, yang mengandungi tujuan
dan konotasi magis, pengubatan dan perbomohan…merangkumi semua nama dan
jenis pengucapan yang sama fungsi seperti…jampi, serempah, tawa, sembur, cuca,
puja, sertungkal dan lain-lain”51.
Dalam masyarakat yang bersifat tradisonal dimana amalan seharian begitu primitif
kuasa mantera dianggap sangat bersangkut-paut dengan unsur-unsur magis. Di dalam
budaya tradisional Hindu, rumus-rumus berentak atau chhandas ini adalah sebahagian
daripada ujaran-ujaran di dalam kitab suci Vedas, maka dianggap secara langsung
keluar daripada Brahman kepada Guru dan Rishis. Maka ia dianggap sebagai bahasa
Dewa dan bahasa berentak atau bersajak pada padangan masyarakat dianggap sebagai
bahasa Tuhan52. Jampi dan Mantera bukan sahaja pembentukan puisi melalui perasaan
tetepi ia merupakan hubungan jiwa dengan sistem kepercayaan. Ia dibaca untuk
memberi kesaktian terutamanya pada perubatan. Pawang dilihat sebagai manusia yang
luar biasa yang mempunyai kuasa adikodrati dan merupakan manusia perngantaraan
makhluk dengan yang ghaib53. Bagi memastikan sesuatu jampi itu bertambah mujarab
suara seseorang yang mencakapnya juga perlu memliki nada suara yang memerintah
dan kuat. Untuk mencapai ton suara itu, mereka ini juga dibantukan lagi dengan jampi
yang berbeza, dan campuran minuman asam jawa, madu dan daun sirih. Suara yang
jelas dan kuat serta merupakan berbeza daripada ton bunyi biasa dan penstrukturan
ayat supaya berirama dan memiliki ayat-ayat sakti akan membolehkan seseorang itu
secara langsung berkomunikasi dengan kuasa-kuasa lain. Apabila seseorang itu
memiliki banyak jampi dan kepandaian dalam bidang ini mereka dianggap berilmu54.
51- Noriah Mohamed, 2006, hlmn 13152- Rogayah A. Hamid, Mariyam Salim, 2007, hlmn 19353- Mana Sikana, 1996, hlmn 6554- Muhammad Haji Salleh, 2006, hlmn 51
13
Jampi itu sendiri merupakan bentuk ilmu yang bersifat kudus dan tidak boleh
diucapkan oleh sembarangan orang kerana ia sangat berkait rapat dengan kepercayaan
masyarakat55. Garis pengukur bagi sesebuah jampi adalah teks ucapan terbina di
daripada kata-kata atau ayat dalam bentuk puisi atau prosa berirama, kandungan teks
memiliki konotasi magis atau berkaitan kuasa luar biasa, ayat membina teks di dapat
melalui perguruan atau penurunan secara ghaib. Mempercayai dan meyakini
sepenuhnya serta diamalkan atau dipraktikkan bersungguh-sungguh dengan memnuhi
syarat yang ditetapkan dan yang terakhir digunakan untuk kegunaan tertentu sama ada
baik ataupun sebaliknya56. Sistem kepercayaan melahirkan bentuk-bentuk pengucapan
jampi dan ia dibukti melalui unsur-unsur magis, pemujaan, perubatan, kasih saying,
pendiding dan perhubungan dengan psikologi manusia. Menururt W.W. Skeat.
Masyarakat tradisional Melayu amat akrab dengan unsur mistik dan jampi lahir hasil
interaksi antara alam luaran dengan dalaman57. Kewujudan pelbagai kepercayaan ini
telah mempengaruhi hidup masyarakat rumpun Melayu tradisional. Dengan
kewujudan pelbagai jampi bagi membantu mereka di dalam kehidupan mereka maka
ini dapat dilihat dengan pembentukan jampi pantang larang memulakn tuaian padi.
Hei Nur Pulih Cendana Pulih
Jangan duduk ghalik di benua Keling dan benua China
Kami nak sambut bawa balik ke jelapang buluh kami
Di tempat yang sunyi
Jangan duduk di sana sini
Selepas membaca mantera tersebut, maka bermulah kerja diketam tujuh tangkai padi.
Padi yang diketam itu perlu diselimuti dan waktu memulakan itu adalah pada waktu
maghrib. Dalam perjalanan balik, mereka yang terlibat dalam upacara tersebut
dilarang bercakap, walaupun menjawab sapaan dan mereka juga perlu tunduk ke
tanah dan terus tunduk ke tanah dan terus membawa tangkai-tangkai padi yang
diptotong tadi ke tempat simpanan yang dikenali sebagai buluh padi. Bersama padi
diletakkan beberapa benda seperti segelas air, tiga biji buah pisang dan lain-lain lagi
dan patang larang lain pula selama tiga hari tuan rumah tidak boleh menjawab
panggilan, tidak boleh beri sebarang benda yang terdapat di dalam rumah kepada
orang lain dan tidak boleh menumbuk padi58.
51- Noriah Mohamed, 2006, hlmn 13152- Rogayah A. Hamid, Mariyam Salim, 2007, hlmn 19353- Mana Sikana, 1996, hlmn 6554- Muhammad Haji Salleh, 2006, hlmn 51
13
Walaupun ini merupakan jampi, tindakan dan pantang larang hanya khusus
kepada penuai padi tetapi ia adalah moral kehidupan mereka kerana padi merupakan
benda yang paling penting dalam kehidupan sesebuah masyarakat. Maka, ia perlu
dijaga dengan cermat kerana ia merupakan sumber kehidupan dan ia juga dianggap
sebagai harta yang paling berharga. Maka dengan itu, kerahsiaan sesebuah hasil padi
itu sangat dititikberatkan bagi mengekalkan perasaan kekitaan dan semangat
persamaan. Ini disebabkan perbuatan menghebohkan kekayaan kepada orang ramai
dapat silihat sebagai sikap yang boleh merosakkan hubungan antara jiran
sekampung59. Pencampuran diantara pengaruh seperti Islam hanya mengubahkan cara
penyampaian pantun dengan menambah beberapa kalimat seperti syadah, Allah dan
Rasul di dalam jampi. Sebagai contoh,
Tak tabun buah nyirih-nyirih
Buah kembang terlata-lata
Sepuluh umpan kau pilih
Kilat umpan aku dari Sarin ke Maghrib
Dari Mekah ke Madinah
Kilat umpan aku sampai ke dalam batu
Engkau kenallah umpan aku ini
Kalau engkau tidak makan umpan ini
kau derhaka kepada Allah
Kau salah pada penghulu, Nabi Muhammad
Di dalam jampi ini kita dapat lihat bahawa terdapat penggunaan elemen pengaruh
Islam seperti penggunaan perkataan Allah dan Nabi Muhammad. Tujuan jampi ini
digunakkan unutk memanggil dan menyeru kepada segala ikan supaya berada
dikawasan pancing dan memakan umpannya yang disediakan. Jika ikan tidak
memakan umpan tersebut maka ia akan menerima akibat dan kesannya seperti
derhaka kepada Allah dan salah kepada Nabi Muhammad. Walaupun sesebuah jampi
itu sangat dikaitkan dengan golongan pawang dan bomoh untuk perubatan tetapi kita
dapat lihat bahawa masyarakat rumpun Melayu juga mengamalkan pembacaan
mantera untuk aktiviti seharian mereka60.
51- Noriah Mohamed, 2006, hlmn 13152- Rogayah A. Hamid, Mariyam Salim, 2007, hlmn 19353- Mana Sikana, 1996, hlmn 6554- Muhammad Haji Salleh, 2006, hlmn 51
13
Rejang merupakan bidang ilmu astrologi Melayu tradisional. Tradisi rejang
tidak begitu luas penyebarannya iaitu hanya meliputi masyarakat di Nusantara serta ia
diketahui oleh golongan orang seperti alim ulama61. Ia juga merupakan sebuah tempat
di daerah Sumatera Selatan yang dinamakan rejang seperti mayang, batang, hantu,
harang, orang, pasak, kula (lakis), peti dan santi. Sebagai contoh lambang dalam
rejang 1 hari bulan adalah kuda dan 8 hari bulan adalah tikus62.
Rejang ini akan dieksperasikan di dalam bentuk puisi seperti sebahagian
dibawah
Sehari sebulan rejangnya kuda
Perian Abad barinya minggu
Tuanku nyawa orang muda
Disukai oleh kaum dan suku
Perian Ahad harinya minggu
Sebarang kerja hari ‘itu elok
Dikasihi oleh kaum dan suku
Kedua jadi mustika makhluk63
1 hari bulan itu rejangnya kuda dan ia melambangkan tanaman, pelayaran
pernikahan yang baik, jika kehilangan, segera didapati dan penolak bahaya adalah
perbuat nasi seperti gambar kuda, dibuangkan ke mata hari jatuh, serta derma emas
dan perak atau makanan akan fakir dan miskin. Ia melambangkan kebaikan kerana
Allah taala menjadikan Nabi Adam a.s 64. Terdapat perubahan dilakukan terhadap
lambang-lambang Rejang daripada binatang ataupun perkara yang berkait dengan
kepercayaan lama ditukarkan kepada sistem lambang yang lebih dekat dengan
masyarakat semasa yang begitu peka terhadap nilai-nilai Islam. Kedatangan Islam
telah mengubahkan lambang-lambang seperti hantu kepada alam flora seperti tumbuh-
tumbuhan yang lebih sesusai dengan nilai Islam65.
51- Noriah Mohamed, 2006, hlmn 13152- Rogayah A. Hamid, Mariyam Salim, 2007, hlmn 19353- Mana Sikana, 1996, hlmn 6554- Muhammad Haji Salleh, 2006, hlmn 51
13
3.2 PUISI TRADISIONAL DI DALAM ASPEK NASIHAT DAN
IKHTIBAR
Masyarakat rumpun Melayu tradisional sering di lihat sebagai masyarakat yang
memiliki tahap pemikiran dan budi bahasa yang tinggi kerana penyampaian puisi
dihasilkan secara imaginatif pada masa yang sama mempunyai bentuk struktur
terkawal serta bahasa yang indah bagi mengimbangkan nilai rasa dan nilai erti66. Di
dalam inti pati puisi tradisional yang dikarang oleh beberapa masyarakat rumpun
Melayu tradisional memiliki sedikit unsur nasihat bagi pendengarnya untuk dijadikan
iktibar. Ia juga merangkumi pelbagai aspek daripada ekonomi, agama dan sosial.
Sebagai contoh puisi yang mengandungi unsur nasihat:
Bawa resmi padi
Makin berisi makin merunduk
Jangan bawa resmi lalang
Makin berisi makin jegang
Disebabkan cara berkomunikasi oleh masyarakat Melayu tradisional sangat terhad
maka mereka sering akan mengeksprasikan nasihat melalui lisan dengan pelbagai
cara. Di sini adalah contoh dimana nilai budi pada seseorang itu diberikan
perlambangan seperti padi. Orang yang berbudi bahasa, kata-katanya tidak meninggi
manakala Orang yang tidak berbudi diumpamakan lalang yang meninggikan diri,
kata-katanya dilepas tanpa memikirkan perasan orang lain67. Perumpamaan
peribahasa berangkap ini sangat selari dengan budaya pemikiran Melayu yang
menitikberatkan nilai budi di dalam sesorang serta penggunaan unsur padi dimana ia
dianggap sakral oleh masyarakat Melayu68.
51- Noriah Mohamed, 2006, hlmn 13152- Rogayah A. Hamid, Mariyam Salim, 2007, hlmn 19353- Mana Sikana, 1996, hlmn 6554- Muhammad Haji Salleh, 2006, hlmn 51
13
Ini dapat menunjukkan ketajaman minda pengkarya Melayu dalam menghasilkan
puisi-puisi dengan bahasa-bahasa beriman yang sering memaparkan wawasan dan
gagasan dalam dalam bentuk yang tersurat dan tersirat serta difahami oleh kelompok
masyarakat sendiri69. Selain itu, puisi yang memberi nasihat tetapi di dalam bentuk
sindiran pula adalah Seloka Emak Si Randang.
Baik budi emak Si Randang,
Dagang lalu ditanakkan,
Tiada berkayu rumah diruntuh,
Anak pulang kelaparan,
Anak dipangku diletakkan,
Kera dihutan disusui.
Ia mengisahkan mengenai Emak Si Randang yang sanggup melayan tetamunya
sehingga mengabaikan anaknya sendiri. Melalui dua puisi ini kita dapat lihat dinamik
pemikiran masyarakat Melayu tradisional dimana mereka menggunakan dua cara
yang berbeza bagai menyampaikan nasihat70.
Terdapat juga puisi yang mengambil inspirasi daripada Al-Quran bagi
meyampaikan maksud sesebuah ayat Al-Quran secara puisi. Pada masa yang sama
juga agama Islam menyukai penganutnya berkomunikasi dengan menggunakan
bahasa yang puitis, lembut dan bersopan71.
Buah kurma berlambak-lambak,
Dimakan orang pagi petang;
Bagai kerja menolak ombak,
Semakin ditolak semakin datang72.
51- Noriah Mohamed, 2006, hlmn 13152- Rogayah A. Hamid, Mariyam Salim, 2007, hlmn 19353- Mana Sikana, 1996, hlmn 6554- Muhammad Haji Salleh, 2006, hlmn 51
19
Pantun diatas mengandungi falsafah menggalakkan manusia untuk sentiasa berusaha
menyelidik, baca serta belajar ketentuan-ketentuan yang terdapat di alam semesta
sehingga mendapat pengajaran yang boleh dijadikan guru dan sesuatu rujukan yang
berguna kepada manusia Pantun ini mengingat bahawa kemampuan seseorang
manusia itu terbatas dan tiada sesiapa mampu mengatasi kekuasaan alam pada masa
yang sama mengandungi maksud tersirat iaitu kekuasaan itu juga melambangkan
kekuasaan Allah SWT74. Manusia dinasihatkan tidak melakukan pekerjaan sia-sia
seperti “bekerja menolak ombak” yang dinyatakan di dalam pantun diatas. Pantun ini
selari dengan Surah al-Imran ayat 190 iaitu
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang,
ada tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal”
yang membawa bererti menyeru hambanya mempelajari kejadian-kejadian alam,
bumi, langit siang serta malam. Melalui puisi-puisi ini kita dapat lihat bahawa
masyarakat tradisional rumpun Melayu sangat menitik beratkan nilai-nilai murni
kerana tingkah laku individu yang dinilai oleh masyarakat bagi mereka bukan sahaja
akan mempengaruhi mereka tetapi persekitaran masyarakat kerana manusia diberi
kebebasan untuk memilih tingkah laku mereka, maka melalui puisi-puisi nasihat ini
mereka mampu membuat pilihan yang tepat, bijaksana dan sesuai dengan
martabatnya. Dengan menjadikan sifat budi sebagai ukuran penilaian, maka ia boleh
dijadikan pemerhatian bagi budaya sesebuah masyarakat dan kerajaan75.
73- Mohd Rosli Saludin, 2009, hlmn 28674- Mohd Rosli Saludin, 2009, hlmn 467
20
3.3 PUISI TRADISIONAL DI DALAM ASPEK POLITIK
Di dalam konteks politik, puisi ini digunakan daripada pelbagai aspek iaitu
perhakiman, kepimpinan, kedudukan pemerintah dan pelbagai lagi. Puisi memainkan
peranan yang penting di dalam masyarakat tradisional Melayu dimana ia dijadikan
sebagai panduan atau peringatan kepada seluruh lapis masyarakat. Ini dapat dilihat
dengan kewujudan puisi seperti Teromba yang bererti salasilah keturunan seseorang,
suatu kumpulan, bangsa dan sistem76. Teromba juga terdapat beberapa isitilah seperti
tambo terasul, kata-kata adat dan perbilangan adat. Teromba ini diwariskan secara
turun-temurun dan ia digunakan di dalam beberapa majlis seperti istiadat meminang,
nikah kahwin dan majlis perbincangan adat. Maka puisi ini dijadikan sebagai garis
panduan dan amalan kepada Adat Perpatih dan Adat Temenggung sehingga ia masih
diguna pakai di beberapa daerah di Negeri Sembilan dan Melaka77.
Terombo telah menyentuh mengenai pelbagai aspek antara pembahagian
kuasa seperti dibawah
Raja memerintah alam
Undang memerintah luak
Lembaga memerintah suku
Buapak memerintah anak buah
Kita dapat lihat bahawa melalui penggunaan puisi kuasa-kuasa pemerintah dengan
jelasnya telah dinyatakan di dalam puisi tersebut daripada anak buahnya sehingga
Yamtuan seluruh masyarakat memainkan peranan di dalam urusan pentadbiran
sesebuah masyarakat Melayu78. Kita juga dapat lihat bahawa setiap lapisan ini
mengandungi tanggungjawabnya sendiri yang terkandung di dalam teromba. Sebagai
contoh, Buapak di memerintah anak buahnya atau kelompok kekeluargaanya.
Yang kusut diselesaikan
Yang keruh dijernihkan
berkayu berakar
Tunku bercanggah
Kerbau ditambang
Beras dibasuh
76-Harun Mat Piah, 1989, hlmn 42477- Mohd Rosli Saludin, 2009, hlmn 2278- Mohd Rosli Saludin, 2009, hlmn 141
21
Inai andam
Orang dipanggil
Teromba ini menjelaskan mengenai peranan dan tanggungjawab Buapak terhadap
memimpin anak buahnya dimana masalah yang dihadapi oleh anah buahnya perlu
dibantu selesaikan dan apabila Buapak menghadapi kebuntuan maka akan
disampaikan kepada Lembaga79. Walaupun teromba telah ditulis bagi dijadikan
pusaka turun-termurun namun Buapak dan Lembaga masih tetap menghafal teromba
bagi menghindarkan sebarang tokok tambah80. Kita dapat melihat lagi bahawa sifat
permuafakatan di dalam Adat Perpatih ini dengan kekuasaan anak buah kepada
Buapak dan bukan Lembaga yang berkuasa untuk memecatnya. Di dalam teromba ini
iaitu
Hidup kita beranak buah
Hiduplah Buapak
Mati kata anak buah
Matilah Buapak
Daripada sini kita dapat simpul bahawa pemecatan Buapak terletak kepada anak
buahnya dan bukan Lembaga dan Lembaga juga tidak boleh menolak persetujuan
anak buah terhadap pemilihan Buapak mereka81.
Selain itu, puisi lain yang menyentuh mengenai politik juga adalah pantun
dimana ia menyentuh perkara seperti kedudukan raja dalam adat, keistimewaan raja,
sifat pemimpin dan pelbagai lagi. Antara contohnya adalah bahagian daripada pantun
ini iaitu
Alangkah bulat batang meranti
Ke dalam air tampak bayangan
Berkat daulat bersidi sakti
Asalnya turun dari kayangan
Ikan teluk parang-parang
Anak ketam disangka lelebi
Berburu musim tengkujuh
Dapat buruan dibelah-belah
79- Mohd Rosli Saludin, 2009, hlmn 30480- Mohd Rosli Saludin, 2009, hlmn 44081- Mohd Rosli Saludin, 2009, hlmn 220
22
Bukan makhluk sebarang-barang
Cucu Adam sepaian nabi
Turun dari langit ketujuh
Jadi Khalifah kepada Allah
Daripada pada pantun ini, sultan diberikan tanggapan oleh masyarakat bahawa
golongan sultan merupakan pemerintah yang paling berkuasa di sesebuah negeri. Ini
dapat dikesan melalui sastera yang telah dirangka seperti Sulalatus Salatin dimana
sultan merupakan daripada keturunan Raja Iskandar Zulkarnain. Pantun ini selaras
dengan konsep dewaraja yang diamalkan oleh masyarakat Melayu tradisional
walaupun kedatangan Islam82.
82- Harun Mat Piah, 2007, hlmn 83
23
RUMUSAN
Melalui makalah ini kita dapat lihat bahawa penggunaan puisi di kalangan masyarakat
Melayu tradisional sangat meluas sehingga ia merangkumi segala aspek kehidupan
mereka daripada kanak-kanak sehinggalah tua serta segala lapisan masyarakat sama
ada mereka daripada golongan sultan, bangsawan, petani ataupun dukun. Kewujudan
puisi-puisi ini merupakan warisan turun-temurun nenek moyang masyarakat Melayu
sebagai harta pusaka kepada generasi akan datang sebagai bukti bahawa wujudnya
sebuah tamadun yang mempunyai pemikiran intelektual dan kebudayaan yang tinggi
pada suatu masa terdahulu. Malah, penggubalan puisi ini telah menunjukkan bahawa
setiap pemilihan dan perangkaan ayat tersebut mengandungi unsur-unsur estetika,
konotif dan tujuan dengan memadatkan ia kepada kepada beberapa baris ayat di
dalam perkataan. Maka, Puisi telah menarik perhatian sarjana-sarjana di serata dunia
dimana mereka telah mengkaji secara teliti dengan penuh ketekunan sehingga
wujudnya kepakaran di dalam bidang ilmu puisi dikalangan mereka seperti Vladimir
Braginsky dimana beliau telah mengarang beberapa buku mengenai keindahan puisi-
puisi di Alam Melayu. Maka hendaklah kita mengetahui bahawa sesebuah puisi
masyarakat terdahulu menunjukkan kedinamikan pemikiran di kalangan masyarakat
Melayu tradisional dimana mereka mampu mengubah sesuatu hasil seni melalui
pemerhatian dan pengalaman mereka. Kita dapat lihat bahawa tokoh-tokoh seperti
Haji Abdul Malik Karim Amarullah, Zainal Abidin Ahmad dan Lim Swee Tin telah
menghidupkan semula penggunaan puisi pada generasi moden ini supaya kita dilupai
asal-usul kebudayaan masyarakat di Alam Melayu ini.
RUJUKAN
Abdul Halim Ali, 2006, Mendekati Puisi Melayu Tradisional, Penerbitan Profesional
Baharu, Perak
Abd. Rachman Abror, 2009, Pantun Melayu Titik Temu Islam dan Budaya Lokal
Nusantara, LKiS Yogyakarta, Yogyakarta
Aminudin Mansor, 2015, Akal Budi Melayu dalam Pantun dan Sajak, Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
Abdullah Jumain Abu Samah, 1997, Hiraki Sosial dalam kerajaan-kerajaan awal di
Nusantara, Tesis Dr. Fal., Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, UKM
Ampuan Ibrahim bin Ampuan Tengah, 1999, Syair Rajang: Penyelanggaraan dan
Analisis Teks, Tesis Dr. Fal., Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Bushar Muhammad, 1997, Asas- Asas Adat Suatu Pengantar, PT Pradnya Paramita,
Jakarta
Coedès, G., 1968, The Indianized States of Southeast Asia, Uni.of Mal. Co-operative
Bookshop Ltd, Kuala Lumpur
Daillie, Francois-R., 1998, Alam Pantun Melayu. Studies on the Malay Pantun,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Selangor
Darwis Harahap, 1992, Sejarah Pertumbuhan Bahasa Melayu, Penerbit Universiti
Sains Malaysia, P. Pinang
Dharmawijaya, 1998, Dunia Puisi dalam Penelitian dan Pengajaran, Pernerbit Fajar
Bakti Sdn Bhd, Selangor
Djamal Tukimin, 2011, Pantun Dalam Sejarah Perkembangan Pemikiran Melayu
Moden Di Singapura Kajian & Himpunan Institut Alam Dan Tamadun Melayu,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
Haron Daud, 1996, Mantera sebagai Pengucapan Simbolik: Analisis Pemikiran
Melayu, Tesis Dr. Fal., Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya,
Harun Mat Piah, Ismail Hamid, Siti Hawa Salleh, Abu Hassam, Abd. Rahman Kaeh,
Jamilah Haji Ahmad, 2002, Traditional Malay Literature 2nd Edition, Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kuala Lumpur
Harun Mat Piah, 2004, Puisi Melayu Tradisional Nasihat dan Pengajaran, Dawama
Sdn Bhd, Selangor
Harun Mat Piah, 2007, Pantun sebagai Artifak Budaya, Universiti Pendidikan Sultan
Idris, Perak
Kamus Dewan, 2010, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka
Lalita Sinha (pnyt.), 2011, Rainbows of Malay Literature and Beyond: Festschrift in
Honour if Professor Md. Salleh Yappar, Penerbit Universiti Sains Malaysia, Pulau
Pinang
Mana Sikana, 1996, Falsafah dan Seni Kreatif Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Selangor
Mohd Rashid Md Idris, Siti Khairah Mohd Zubir, Andullah Yusof, 2010, Nilai
Estetika dan Intelek dalam Pantun, Emeritus Publication, Perak
Mohd Rosli Saludin, 2009, Teromba dalam Puisi Melayu Tradisional, Karisma
Publication Sdn.Bhd., Selangor
Mohd Rosli Saludin, 2009, Teromba Sebagai Alat Komunikasi dalam Kepimpinan
Adat Perpatih, Karisma Publication Sdn Bhd, Selangor
Mohd Rosli Saludin, Puisi Melayu Tradisional, 2007, Goal Intelligent Publishing
Sdn. Bhd, Penang,
Muhammad Haji Salleh, 2006, Romance and Laughter in the Archipelago, Essays on
Classical and Contemporary Poetics of the Malay World, Penerbit Universiti Sains
Malaysia, Pulau Pinang
Muhammad Haji Salleh, 2008, The Poetics of Malay Literature, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur
Noriah Mohamed, 2006, Sentuhan Rasa dan Fikir dalam Puisi Melayu Tradisonal,
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
Peletz, M.G., 1981, Social History and Evolution in The Interrelationship of Adat and
Islam in Rembau, Negeri Sembilan, Insitute of Southeast Asian Studies, Singapore
Rogayah A. Hamid, Wardati Md. Sheriff, 2007, Tradisi Lisan Manifestasi
Cendiakwan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
Rogayah A. Hamid, Mariyam Salim, 2007, Pandangan Semesta Melayu Mantera,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
Rogayah A. Hamid, Mariam Salim, 2005, Kepustakaan Ilmu Tradisonal, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
Salinah Ja’far, Tengku Intan Marlina Tengku Mohd. Ali, Zurinah Hassan,
Shafa’atussara Silahudin, 2016, Wacana Pantun Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur
Suzana Hj. Othman (susn.), 2008, Menjejak Warisan Melayu Islam Beraja:
Menemukan Kembali Permata Bangsa yang Hilang (Siri kertas kerja), Media Satria
Sdn. Bhd., Kuala Lumpur
Tham Seong Chee, 1990, A Study of the Evolution of the Malay Language Social
Change and Cognitive Development, Singapore University Press, Singapore,
Winstedt, R., 1961, The Malays a Cultural History, Routledge & Kegan Pul Ltd,
London
Zainal Abidin Borhan, Ramli Raman, 2008, Pantun Warisan Rakyat, JKKN, Kuala
Lumpur
Zulkifley Hamid, Ramli Md. Salleh, Rahim Aman, 2007, Linguistik Melayu Edisi
Kedua, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
top related