hasmidahsiti.weebly.com · web viewpelajar-pelajar disleksia didapati mempunyai gaya pembelajaran...
Post on 14-Sep-2020
13 Views
Preview:
TRANSCRIPT
GGGE2153 TEKNOLOGI PENDIDIKAN
SEMESTER 2 2015/2016
TUGASAN BERKUMPULAN
TAJUK:
APLIKASI TEKNOLOGI DALAM KALANGAN PELAJAR DISLEKSIA
DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMMAD NURNIZAM BINTI SUHAIMI (A 151177)
NORSHAHIDATUL ASHIMA BINTI RIFIN (A 149874)
SITI ZUBAIDAH BINTI ABDULLAH (A 151367)
SITI HASMIDAH BINTI HUSIN (A 150808)
NOR SYAKIRAH BINTI IBRAHIM (A 151389)
PENSYARAH:
CIK MAZALAH BINTI AHMAD
1.0 PENGENALAN
Penggunaan teknologi merupakan satu isu yang amat penting dibincangkan dalam pendidikan
masa kini. Jika suatu ketika dahulu guru lebih banyak bergantung kepada bahan yang diambil
daripada buku teks, akhbar, majalah, buku rujukan, dan pelbagai bahan bercetak untuk
membantu mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi kini teknologi telah
merubah teknik pengajaran guru dalam bilik darjah. Ini kerana, pelajar hari ini tidak kira pelajar
tersebut dari gologan tipikal mahupun bukan tipikal telah banyak didedahkan dengan teknologi
moden yang serba canggih, malah tidak dinafikan bahawa ramai juga diantara mereka yang
begitu bergantung kepada teknologi moden tersebut dalam kehidupan seharian. Keadaan ini
adalah begitu tepat dengan keperluan bagi kanak-kanak bukan tipikal kerana majoriti daripada
mereka terutama yang mengalami masalah pembelajaran khusus atau lebih dikenali sebagai
Specific Learning Disabilties (SLD) memerlukan teknologi tertentu untuk membantu mereka,
khususnya dalam pembelajaran. Salah satu contoh bagi kanak-kanak yang mengalami
ketidakupayaan ini disebut sebagai Disleksia. Hakikatnya, guru generasi kini sangat beruntung
kerana kerana mereka mendapat banyak peluang dan pendedahan mengenai teknologi moden ini,
berbanding suatu ketika dahulu yang hanya mampu melihat penggunaan teknologi moden dalam
filem sains fiksyen semata-mata. (Mahzan Arshad, 2005).
Masalah murid dalam pembelajaran terutamanya dalam pembacaan merupakan satu isu yang
perlu dititkberatkan kerana ia boleh membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas. Isu ini merupakan masalah yang umum bagi murid-murid di sekolah. Walau
bagaimanapun, kesukaran belajar berbahasa merupakan satu daripada ciri-ciri yang terdapat pada
murid bermasalah pembelajaran dan sering dikaitkan dengan disleksia. Kanak-kanak ini
memerlukan aplikasi yang khusus yang mampu membantu mereka dalam pembelajaran. Aplikasi
yang sering kita dengar dan sering digunakan bagi membantu kanak-kanak yang mengalami
ketidakupayaan ini adalah seperti aplikasi perisian pembelajaran (Learning Content), Learning
Object, dan sebagainya.
Hakikatnya, Program Pendidikan Disleksia di negara kita telahpun dilaksanakan sejajar dengan
aspirasi Pendidikan Negara yang menuntut pendidikan sewajarnya diberikan kepada semua
golongan tanpa mengira agama, bangsa, kaum, keturunan, warna kulit, dan seumpamanya. Oleh
sebab itu, pendidikan disleksia diwujudkan bagi mendepani cabaran untuk memastikan kanak-
kanak bermasalah pembelajaran spesifik disleksia mendapat pendidikan yang setaraf dengan
kanak-kanak normal.
2.0 DEFINISI DISLEKSIA
Perkataan “disleksia” (dyslexia) adalah hasil gabungan dua perkataan Greek iaitu “Dys” yang
bermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran
menggunakan perkataan. Istilah “buta huruf” juga digunakan untuk kategori ini. Ia merupakan
satu masalah pembelajaran spesifik iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis,
mendengar, dan bercakap di sebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna.
Sebenarnya, masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk
mengubatinya, sebaliknya masalah ini dapat dikurangkan dengan program pendidikan yang
sesuai (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2010).
Berikut merupakan ciri-ciri kanak-kanak disleksia
Kanak-kanak pada peringkat pra-sekolah:
Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan
Suka mengganti perkataan dan hiperaktif
Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah
Seringkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari
Tidak merangkak semasa bayi
Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat untuk membaca sendiri
Pada peringkat sekolah rendah:
Seawal dari umur 6 hingga 9 tahun, masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak disleksia adalah
seperti berikut:
Kemahiran membaca, menulis, dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan
perkataan, huruf, dan nombor
Menggunakan jari untuk mengira dan membaca
Keliru dengan kiri dan kanan
Tulisan cermin atau terbalik
Contoh tulisan:
Apabila umur meningkat kepada 9 hingga 12 tahun pula, masalah seperti berikut pula timbul
seperti:
Kesilapan membaca, mengeja, dan lemah dalam kefahaman
Mengambil masa yang panjang untuk menyoapkan latihan
Kesukaran menyalin maklumat di papan putih dan buku teks
Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang
Kelihatan tidak terurus semasa berada di rumah atau sekolah
Kurang keyakinan dan menghadapi masalah jiwa
Apabila meneruskan pelajaran ke sekolah menengah pula, masalah ini mungkin akan timbul
seperti:
Kesukaran menulis karangan
Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral
Kesukaran mempelajari bahasa lain
Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan
Jenis orang yang suka senyap
3.0 TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN
Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT)
meruapakan elemen penting dalam membantu pencapaian matlamat Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) 2006-2010). Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam usaha ke arah
pembestarian sekolah menekankan inisiatif kerajaan dalam pembangunan ICT dalam pendidikan.
Penggunaan ICT dalam pendidikan mestilah difokuskan kepada proses pengaplikasian peralatan
dengan menggunakan prinsip, kaedah, dan teknik yang sesuai dalam pengajaran dan
pembelajaran. Potensi ICT sebagai alat yang boleh membantu dalam pengajaran dan
pembelajaran menjadi semakin penting dan meningkat secara mendadak dalam sistem
pendidikan masa kini. ICT perlu dimanfaatkan oleh guru dan ibu bapa dengan membimbing
pelajar dan anak mereka ke arah penggunaan yang betul. Salah satu cabaran dalam sistem
pendidikan di Malaysia adalah untuk menganjak paradigma guru ke arah perubahan kaedah
pengajaran dan pembelajaran terkini menggunakan komputer dan kemudahan ICT sebagai
pendekata alternatif.
Kanak-kanak masa kini membesar dalam textual landscape di mana mereka mempunyai pelbagai
cara berinteraksi dan bermain dengan lebih aktif di dalam persekitaran yang dicipta melalui
teknologi digital seperti permainan komputer, telefon bimbit, dan dunia virtual. Kajian-kajian
penggunaan ICT pada peringkat awal kanak-kanak menunjukkan pendedahan kepada komputer
multimedia boleh memberangsang dan mendorong kanak-kanak belajar dengan baik, cepat, dan
berkesan. Pendedahan awal kanak-kanak kepada ICT dan teknologi digital dapat membina
pemikiran kritikal, meningkatkan kreativiti, meneroka pelbagai bidang, mengaplikasi
pengetahuan dan kemahiran dalam situasi, di samping meningkatkan minat dan perhatian.
Banyak konsep asas dalam pembelajaran boleh disampaikan dengan berkesan melalui program
pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer multimedia.
Dalam pasaran masa kini, terdapat pelbagai jenis program dan perisian yang boleh diperoleh
dengan mudah. Kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai bahan pembelajaran yang berbentuk
akademik mahupun permainan. Semua ini merupakan alat rangsangan yang menyediakan
pengalaman pembelajaran berharga sekiranya diurus dan diselia dengan baik.
4.0 JENIS-JENIS PERISIAN YANG DIGUNAKAN UNTUK PELAJAR DISLEKSIA
4.1 PERISIAN LO (LEARNING OBJECTIVE)
Penguasaan terhadap 3M iaitu membaca, menulis dan mengira merupakan satu perkara
asas sebelum memasuki sesuatu pendidikan. Hal ini demikian kerana, tanpa penguasaan
dalam 3M, murid-murid tidak akan mampu untuk mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran dengan lancar. Hal ini juga tidak terkecuali kepada pelajar berkeperluan
khas seperti pelajar disleksia yang mana mereka mempunyai kesukaran dalam menguasai
kemahiran 3M tersebut. Menurut Julina (2005), telah menyatakan bahawa salah satu
faktor penyumbang kepada masalah pelajar tidak berkemampuan menguasai 3M di
peringkat rendah adalah disebabkan oleh pelajar yang menghadapi masalah kognitif yang
berat seperti disleksi. Oleh itu, guru-guru perlu kreatif dalam mencari pelbagai altenatif
bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut.
Bagi mengatasi masalah kurang kemahiran dalam 3M, pendekatan itervensi yang sesuai
perlu dijalankan bagi meningkatkan perkembangan pelajar disleksia dalam kemahiran
tersebut. Perisian multimedia yang dihasilkan dalam bentuk Objek Pembelajaran (LO)
merupakan perisian yang dipopularkan oleh Wayne Hodgins pada tahun 1994 (Abtar,
2005). LO merupakan kaedah terkini serta teknologi masa akan datang dalam
menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran (Hodgins, 2000). Menurut Shepherd
(2001) pula, LO merupakan pemikiran berorentasikan objek yang diaplikasikan kepada
dunia pendidikan. Definisi objek pembelajaran oleh Dunning (2004), LO adalah interaktif
serta membenarkan pelajar mempelajari kandungan sehingga ke peringkat masteri dan
menggunakan pengetahuan tersebut dalam aktiviti kemahiran berfikir.
4.1.1 Bagaimana Perisian Digunakan
Objektif Pembelajaran (LO) merupakan satu istilah baru namun pada hakikatnya objektif
pembelajaran lebih kurang sama dengan bahan dalam pengajaran yang diajar oleh guru-
guru di dalam kelas. Dalam konteks ini, LO adalah satu bahan pengajaran yang relatif
dan lebih spesifik terhadap sesuatu perkara yang ingin diajar. Selain itu, objektif
pembelajaran juga adalah lebih fokus dan memberikan penjelasan yang lebih jelas
tentang satu konsep yang akan diajarkan serta diterjemahkan dalam bentuk digital.
LO dilaksanakan adalah untuk memenuhi keperluan kanak-kanak disleksia yang
bermasalah matematik untuk memanfaatkan kelebihan yang ada pada LO yang
dibangunkan seterusnya jumlah pelajar disleksia yang bermasalah numerasi di sekolah
boleh dikurangkan. Selain itu, kandungan LO dapat membantu kanak-kanak disleksia
belajar matematik dan ia juga menyediakan maklumat yang berguna mengenai
bagaimana kanak-kanak disleksia berinteraksi dengan LO yang boleh disediakan dlam
bentuk animasi. Animasi akan dibuat sesuai dengan instruksi khas yang telah direka
bentuk. Kanak-kanak disleksia akan dapat mengadaptasi dengan proses pembelajaran
yang sesuai dengan kehendak merka, (Mortimore, 2008) menurut gaya pembelajaran
disleksia yang mana ia di panggil automaticity. Disamping itu, ia juga amat penting untuk
menetapkan standard untuk produksi LO yang menggunakan animasi, terutamanya untuk
pelajar disleksia. Pada masa yang sma keboleh gunaan LO ini akan menjadi sumber yang
berguna kepada guru dan boleh digunakan untuk kepelbagaian konteks pembelajaran. dan
kepelbagaian masalah pembelajaran yang lain sebagai contohnya untuk pelajar lembab
atau untuk maslah pembelajaran spesifik yang lain.
4.1.2 Kebaikan/Kelebihan Perisian
Antara kebaikan penggunaan LO yang berteraskan multimedia adalah sememangnya
mampu menjadi alat bantu pembelajaran. Keates (2000) menyokong penggunaan perisian
untuk membantu dan memudahkan pembelajaran disleksia. Mortimore (2008) juga
mengesahkan bahawa penyelidikan dan pengalaman mencadangkan bahawa pelajar yang
menghidapi disleksia berjaya apabila pembelajaran dijalankan secara multi-sensori dan
menggunakan kesemua deria untuk memperkukuhkan pembelajaran seperti deria lihat,
sentuh dan dengar. Melalui kajian penggunaan aplikasi pembelajaran mobile komik
interaktif, Fadilahwati & Ronaldi (2009) mendapati kanak-kanak disleksia sangat
meminati aplikasi tersebut. Melalui pendekatan animasi komik interaktif ini, mereka
didapati tidak mempunyai masalah di dalam mengenalpasti huruf dan membaca
perkataan yang tertera di skrin telefon bimbit.
Menurut Keates (2000), pengidap disleksia tidak pernah gagal dalam menggunakan alat-
alat teknologi maklumat seperti computer. Beachem (2007) juga percaya bahawa
penggunaan multimedia berpotensi untuk menggalakkan pembelajaran kanak-kanak
disleksia. Pada tahun 2010, melalui kajian kebolehgunaan Objek Pembelajaran
Multimedia Interaktif, Fadilahwati et al (2010) mendapati pelajar disleksia berasa
bermotivasi, seronok, mudah dan dibantu di dalam memahami kandungan pelajaran
dengan lebih baik. Sebuah koswer untuk mempelajari bahasa Malaysia telah dibangun
dan dikaji oleh Abdullah et al (2009) yang mana isi kandungannya menyediakan cara-
cara belajar huruf, suku kata dan perkataan. Menurutnya, penggunaan elemen multimedia
memberikan kebebebasan kepada pelajar untuk berinteraksi dan pada masa yang sama
menarik perhatian pelajar untuk mengerjakan sesuatu tugasan.
Menurut Taylor et al (2007), animasi mampu menyokong kefahaman pelajar jika ia
digunakan dengan cara yang konsisten mengikut teori pembelajaran multimedia. Parette
(2011) ada menyatakan bahawa animasi mempunyai keupayaan untuk meanrik perhatian
kepada dimensi kritikal pelajar cacat secara berkesan dan boleh memberikan respon yang
benar keatas sesuatu visual dengan cepat. Disamping itu, perisian LO juga turut
menawarkan akses kepada pelbagai mod pembelajaran kepada pelajar, kos yang efektif
yang mana sumbernya percuma dan boleh digunakan berulangkali serta guru boleh
memilih objektif pembelajaran yang boleh disesuaikan dengan bahan sedia ada dan stail
pembelajarannya.
Menurut kajian lepas yang telah dijalankan oleh beberapa pengkaji daripada Universiti
Teknologi Mara, UiTM Shah Alam, mereka telah mengenalpasti ciri-iri pelajar disleksi
melalui pengamatan hasil ujian bulanan yang telah dijalankan. Hasil dari ujian yang
dijalankan oleh mereka didapati bahawa soalan yang paling banyak gagal adalah soalan
yang berkaitan dengan pendaraban. Ia juga disahkan oleh guru berkenaan melalui
temuduga yang telah dibuat. Selain itu, pengkaji juga telah membuat pemerhatian kelas
semasa topik tersebut diterangkan. Pelajar-pelajar disleksia didapati mempunyai gaya
pembelajaran tersendiri. Antara ciri-ciri khas gaya pembelajaran pelajar disleksia adalah
(Mortimore, 2008) berfikir seara menyeluruh bukan fokus dan spesifik dan gaya
pembelajaran yang merujuk kepada satu gaya pembelajaran sahaja yang mana boleh
menyebabkan masalah kepada pelajar untuk memberi tindak balas yang terperinci.
Pada peringkat awal, seramai lima orang pelajar telah dipilih untuk melakukan gaya
pembelajaran yang telah ditentukan oleh pengkaji. Hasil kajian mendapati bahawa
kecenderungan untuk gaya pembelajaran visual cukup nyata dan majority pelajar didapati
mempunyai kecenderungan untuk merujuk kepada gambar jika diberi sesuatu arahan.
Antara pendekatan lain yang boleh diambil kira ialah saranan Dean (1996) yang
menyatakan bahawa pendekatan kepada pelajar disleksia boleh dibuat melalui pemecahan
kepada topic-topik kecil, aktiviti yang membolehkan pelajar tersebut membuat latihan
setelah mengulangkaji dan kerja yang melibatkan rangsnagan secara terus.
Semasa proses pembangunan papan cerita dihasilkan dengan mengambil kira isu ciri-ciri
pelajar, gaya pembelajaran dan isi kandungan berdasarkan sukatan pelajaran yang
ditetapkan. Bradford (n.d) mencadangkan penggunaan teks mnggunakan warna cerah dan
berlatar belakangkan warna gelap bagi mengelakkan sensitivity penglihatan pelajar
disleksia. Teknik sebegini juga mampu mengelakkan masalah bagi teks kelihatan yang
bergerak. Jenis hruf seperti “arial” juga sesuai digunakan bagi mengelakkan masalah
yang sama. Huruf sebegini mempunyai bentuk yang sederhana dan jelas. Selain daripada
teks, penggunaan visual juga diberi penekanan yang amat penting. Visual direka khas
untuk memudahkan pemahaman teks, isi kandungan dan juga konsep pembelajaran.
Konsep penceritaan pula dijalankan untuk mendapatkan rangsangan secara terus kepada
pelajar disleksia dengan menggunakan karakter murid pandai yang boleh bercakap, suara
latar belakang, ikon-ikon gambar yang memberi kefahaman secara terus dan animasi
yang menunjukkan proses pendaraban tersebut. Pelajar telah diarahkan untuk turut serta
membuat persiapan majlis hari jadi di mana mereka perlu memasukkan dua buah gula-
gula ke dalam beg plastik. Kemudian jumlah gula-gula tersebut dikira dan konsep tambah
berulang boleh diperkenalkan.
4.1.3 Kelemahan/Keburukan Perisian
Antara keburukan pengaplikasian objektif pembelajaran (LO) adalah memerlukan guru
untuk berfikir secara kreatif dan kritis untuk mencari idea-idea yang menarik bagi
menghasilkan komik yang mantap dan berkesan untuk digunakan sebagai bahan
pembelajaran bagi kanak-kanak disleksia. Bagi guru-guru ysng tidak mahir dalam
penggunan ICT, hal ini sangat membebankan mereka untuk menyusun atur animasi-
animasi yang digunakan Seperti yang diketahui umum, sememangnya kanak-kanak
disleksia mempunyai kesukaran untuk memahami sesuatu pembelajaran. Oleh itu, guru
tidak seharusnya menggunakan kaedah pembelajaran yang sama dengan kanak-kanak
tipikal yang lain. Selain itu, guru perlu mengambil kira daripada pelbagai aspek seperti
pemilihan animasi yang sesuai dan menarik, pemilihan warna yang pelbagai. Keadaan ini
menyebabkan guru mengambil masa yang sedikit lama dalam menyiapkan sesuatu topik
pengajaran. Bagi pelajar disleksia pula, mereka sememangnya sukar untuk memahami
sesuatu aplikasi yang baru seperti ini dan memerlukan masa yang lama untuk menguasai
sesuatu topic yang diajar.
Kesimpulannya, penggunaan aplikasi objektif pembelajaran LO ini sememangnya
memberi kesan yang positif kepada pelajar terutamanya kepada pelajar disleksia yang
mana memberi keseronokan kepada mereka sepanjang sesi pembelajaran dijalankan.
Namun begitu, tidak dinafikan juga terdapat beberapa keburukan dan halangan untuk
menggunakan perisian ini Tetapi halangan ini dapat diatasi jika guru sentiasa memainkan
peranan mereka dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dan celik IT. Dorongan dan
bimbingan haruslah diberikan kepada pelajar-pelajar ini supaya mereka berasa tidak
bosan dan yakin dalam meneruskan pembelajaran seharian mereka
4.2 PERISIAN PEMBELAJARAN (LEARNING CONTENT)
Perisian pembelajaran merupakan perisian yang terdiri daripada penggunaan teknologi
komputer dan multimedia. Perisian tersebuat sangat popular diaplikasikan dalam
pendidikan pada masa kini dan telah menjadi satu keperluan dalam usaha memantapkan
bidang pendidikan selaras dengan arus semasa di alaf yang mencabar ini. Perisian
pembelajaran ini juga merupakan pembelajaran yang berbantukan komputer yang banyak
digunakan dalam pelbagai bidang sama ada bidang pendidikan, bidang perniagaan dan
sebagainya. Hal ini kerana maklumat pada masa kini boleh diperolehi dihujung jari
dengan menggunakan perisian tersebut ditambah lagi elemen multimedia yang menarik
yang boleh diaplikasi dalam pelbagai maklumat pada masa kini tanpa.
Pembelajaran yang berbantukan komputer dan multimedia sangat sesuai digunakan oleh
guru dalam kelas dan juga sesuai digunakan oleh pelajar untuk memahami apa yang
disampaikan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hal demikian
melalui perisian berbantukan komputer ini banyak membantu guru dan pelajar dalam
aktiviti dalam kelas terutama sekali perisian tersebut sangat sesuai diaplikasi dalam
kalangan pelajar berkeperluan khas khususnya disleksia. Disleksia merupakan pelajar
yang mengalami kesukaran untuk membaca kerana tidak dapat menterjemahkan
lambang-lambang bertulis dengan betul sama ada dalam bentuk huruf itu sendiri, dalam
bentuk suku kata atau pun dalam bentuk perkataan. Pelajar ini juga mempunyai masalah
seperi membaca, menulis dan mengigat. Kesannya, akademik pelajar tesebut akan
merosot kerana kekangan tersebut dan mempunyai masalah daya ingatan yang kurang
akibat mempunyai kognitif yang lemah. Dengan menggunakan pengisian pembelajaran
seperti berbantukan komputer dan multimedia dapat membantu kanak-kanak tersebut.
4.2.1 Bagaimana Perisian Digunakan
Perisian ini memfokuskan kepada pembelajaran asas mengenal huruf dan nombor untuk
kanak-kanak yang masih diperingkat awal pembelajaran terutamanya bagi pelajar
disleksia yang tidak tahu mengenal dan meningat huru atau nombor. Strategi
pembelajaran yang digunakan ialah berasaskan visual dengan ciri-ciri multimedia yang
menggabungkan teks, grafik, audio, video dan animasi agen pedagogi mampu memberi
penerangan dan pengajaran yang berkesan untuk pelajar tersebut. Contohnya huruf-huruf
ABC diajar dengan bantuan elemen-elemen multimedia mmapu menarik minat pelajar
dan merangsang daya ingatan pelajar. Selain topik-topik pembelajaran huruf dan
nombor, perisian ini turut menyelitkan unsur-unsur latihan, permainan dan lagu kanak-
kanak yang boleh menarik minat pelajar seperti lagu-lagu ABC atau pra nombor diajar
dengan bantuan elemen multimedia.
Teknik penggunaan pelbagai elemen multimedia beserta persembahan animasi dapat
menggerakkan saluran verbal dan visual di dalam memori yang merupakan strategi
berkesan bagi memperoleh, memproses, mengekod, menyimpan dan mengingat
maklumat di dalam proses pembelajaran dalam kalangan pelajar disleksia walaupun tidak
sepenuhnya.
4.2.2 Kebaikan/Kelemahan Perisian
Terdapat beberapa kebaikan perisian ini apabila diaplikasi oleh guru mahupun ibu bapa
kepada pelajar disleksia ini. Anatarnya salah satunya ialah pembinaan pembangunan
perisian ini khususnya adalah untuk para pelajar disleksia dalam membantu
meningkatkan pemahaman. Sebagai contoh meningkatkan pemahaman dalam bab pra
nombor. Perisian ini diharap dapat membantu pelajar memahami proses yang abstrak
dalam Matematik dan mencapai objektif pembelajaran. Di samping itu, penerapan ciri-
ciri multimedia di dalam perisian yang menjadi faktor penarik dan interaktif dapat
mendorong pelajar memberi tumpuan serta mengambil bahagian yang menyeluruh dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu penggunaan perisian ini juga dapat menarik minat pelajar dan mewujudkan
suasana pembelajaran yang menyeronok. Hal ini kerana suasana pembelajaran dengan
interaktiviti elemen multimedia seperti teks, grafik, audio dan animasi yang melibatkan
sensori manusia ini diharap dapat menarik perhatian pelajar dan memberi kesan yang
positif dalam prestasi pelajar. Pelajar tidak akan merasa cepat bosan dalam aktiviti
pembelajaran kerana menikmati pembelajaran yang menyeronok dengan belajar
berbantukan perisian diatas dalam kelas khususnya sesuai pada pelajar disleksia. Mereka
mempunyai daya fokus yang kurang dan kurang daya tumpuan serta daya ingatan yang
lemah dalam sesuatu. Dengan berbantukan komputer dan multimedia yang diaplikasikan
dalam subjek yang diajar dapat meningkatkan bangkit minat mereka untuk fokus dan
faham apa yang diajar kerana pembelajaran dilakukan secara abstrak kerana teknologi ini
mewujudkan suatu suasana yang kondusif bagi pengajaran dan pembelajaran.
Seterusnya, perisian yang bukan sahaja memberi kebaikan kepada pelajar bahkan juga
kepada guru. Dengan berbantukan perisian yang diaplikasi dalam kelas, guru dapat
mencpai objektif pengajarannya dan dapat membantu pelajar untuk mengusai bab yang
diajar. Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer juga bertujuan untuk
memudahkan kerja seseorang guru dalam penyampaian maklumat pelajaran. Penggunaan
bahan teknologi pendidikan yang boleh dilihat dan menghasilkan bunyi dan suara telah
didapati memberikan banyak faedah seperti melicinkan lagi proses pengajaran dan
pembelajaran, menjimatkan masa dan tenaga, mengelakkan kebosanan pelajar dan
mengelakkan berlakunya salah tafsir atau tidak faham.
Penggunaannya juga akan memberikan kelainan (variasi) kepada kaedah mengajar,
misalnya dengan menggabungkan kaedah dan alat (penggunaan perisian pembelajaran),
membolehkan pelajar mengulangi pelajaran secara sendirian dan juga membantu pelajar-
pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang
minimum khususnya bagi pelajar berkeperluan khas yang meempunyai daya kognitif
yang lemah.
Hasil kajian Olofsson (2005) telah menunjukkan bahawa cara terbaik untuk membantu
kanak-kanak yang bermasalah membaca ialah melalui komputer, dimana komputer
mampu menyebut sesuatu perkataan dengan tepat apabila diperlukan.
4.2.3 Kelemahan/Keburukan Perisian
Kelemahan dalam meggunakan perisian tersebut adalah didorongi oleh faktor kewangan.
Pelajar yang mempunyai latar belakang yang miskin dan serba kekurangan terutamanya
dalam kalangan pelajar berkeperluan khas. Ibu bapa mereka tidak mampu menyediakan
kemudahan tersebut dirumah untuk anak-anak mereka. Hal ini menyebabkan terdapat
kanak-kanak yang tidak tahu ilmu ict dan tidak dapat pembelajaran yang menyeronok
melalui batuan perisian komputer. Mereka juga ketinggalan dari segi ilmu bagi pelajar
berkeperluan khas yang timggal diluar bandar berbanding di dalam bandar mampu
memiliki kemudahan tersebut kerana keluarga mereka dating dari golongan yang berada.
Masalah kewangan ini bukan sahaja didorongi oleh factor keluarga bahkan ia juga
dialami oleh sekolah tempat pelajar itu belajar sendiri. Kebanyakan sekolah yang tidak
mampu menyediakan kemudahan tersebut dalam bilik darjah untuk pelajar sedemikian
kerana masalah kewangan. Dengan itu guru hanya akan mengajar dengan berbantukan
bahan maujud dan guru perlu kreatif dalam menyediakan bahan bantu mengajar untuk
mengajar pelajarnya tanpa menggunakan elektronik. Disini guru akan menghadapi
masalah kerana tidak semua guru kreatif dalam menggunakan teknik pengajarannya
apatah lagi mengajar pelajar berkeperluan khas yang memerlukan kemahiran yang tinggi
oleh guru. Sebagai contoh, pelajar disleksia memerlukan pengajaran yang abstrak dan
menarik untuk mereka faham dan tidak keliru khsusnya dalam mengenal huruf seperti b
dan d. Guru perlu kreatif dengan caranya untuk mengatasi masalah pelajar tersebut
berbanding menggunakan perisian multimedia dalam pengajaran pelajar mampu kuasai
apa yang diajar kerana pembelajaran yang menarik adanya elemen-elemen multimedia
sebagai objek yang menarik perhatian pelajar untuk fokus dalam kelas.
Selain itu, keburukan atau kelemahan menggunakan perisian ini juga adalah
menyebabkan pelajar bergantung dengan kemudahan tersebut dalam pembelajarannya.
Dengan itu guru perlu mengajar setiap masa dengan berbantukan komputer dan
multimedia. Ini akan menyebabkan proses pembelajaran secara berkumpulan dan
tradisional akan terhapus dan akhirnya kurang kejasama sesama pelajar dalam kelas
untuk membuat tugasan dan kurangnya sosial antara satu dengan yang lain. Secara tidak
langsung juga guru akan menjadi kurang kreatif kerana guru hanya bergantung pada
perisian semata-mata dalam melakukan proses pengajarannya.
4.3 PERISIAN PHONICS TUTOR SOFTWARE DISLEKSIA VISUAL
Malaysia juga turut menghasilkan software yang boleh digunakan untuk mengajar kanak-
kanak disleksia iaitu Perisian Phonics Tutor Software Disleksia Visual. Perisian ini telah
dihasilkan oleh Dr Vijayaletchumy Subramaniam yang bertugas sebagai pensyarah di
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Perisian ini telah
menggunakan 6 kaedah mengeja berteraskan Ortongillingham Phonogram. Ia membantu
mencungkil kebolehan dalam aspek berbeza. Perisian ini telah pun berada di pasaran
dengan harga RM250. Perisian ini berbeza dengan perisian yang lain kerana ia dihasilkan
sepenuhnya dalam Bahasa Melayu dan membolehkan kanak-kanak disleksia lebih mudah
faham. Perisian ini juga menggunakan teori Levinson dan ia sesuai untuk kanak-kanak
yang berusia 4 hingga 9 tahun. Perisian ini dicadangkan untuk digunakan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Khas, Pusat Perkembangan
Kurikulum, guru-guru dan ibu bapa.
4.3.1 Bagaimana Perisian Digunakan
Perisian yang dinamakan Phonics Tutor Software amat sesuai digunakan untuk kanak-
kanak yang menghidapi disleksia visual. Phonic Tutor Software ialah Kaedah Phonics
Tutor pengajaran yang mengajar pelajar tentang bunyi yang sama untuk satu set panjang
Fonogram Orton-Gillingham dengan peraturan ejaan. Bermula dengan Fonogram tunggal
huruf dan kata-kata satu suku kata dan seterusnya ke Fonogram multi-huruf dan kata-kata
multi-suku kata. Selain itu, Phonics Tutor membolehkan pelajar mendapat kesedaran
fonemik tanpa rasa kecewa untuk menghafal set besar Fonogram dan peraturan ejaan
yang berkaitan sebelum membaca perkataan dan ayat. Disampin itu, dengan
mengumpulkan perkataan bersama-sama yang mempunyai pola ejaan yang sama dan
sebutan yang sama, pelajar boleh memahami fonogram yang berkaitan dengan fonem.
Pelan fonik pengajaran Phonics Tutor termasuk penyampaian dan penyelidikan daripada
kata-kata, analisis perkataan, perkataan sebutan, dan ujian ejaan. Kebanyakan pelajaran
berakhir dengan imlak ayat. Phonics Tutor cukup mudah untuk digunakan oleh kanak-
kanak yang berumur emapat tahun dengan pengawasan dan pengajaran diri untuk kanak-
kanak yang berumur enam tahun dan lebih tua.
Penemuan teknologi ini dapat membantu kanak-kanak disleksia visual untuk menguasai
kemahiran menulis, membaca dan mengira (3M). Perisian ini juga menekankan aspek
bacaan bahasa Melayu yang berteraskan Teori Levinson yang sesuai untuk murid
disleksia yang berumur empat tahun hingga sembilan tahun. Selain itu, perisian ini juga
sesuai dengan suasana pembelajaran di Malaysia yang mana ia menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa penghantar berbanding dengan produk disleksia yang lain yang
telah menggunakan bahasa Inggeris sebagai Bahasa penghantar.
4.3.2 Kebaikan/Kelemahan Perisian
Antara kelebihan Phonics Tutor Software ini ialah ia direka khas untuk kepentingan
murid-murid pemulihan yang mengalami masalah pembelajaran spesifik disleksia dalam
proses pembelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, perisian ini juga merupakan satu sumber
pembelajaran yang menyeronokkan untuk murid-murid disleksia jika dibandingkan
dengan bahan bacaan Bahasa Melayu berbentuk buku dan jenis pilihan bahan bacaan
yang terbatas. Seterusnya, perisian ini juga dapat membantu pengajaran guru pendidikan
khas akan bertambah mudah bagi menangani masalah pembelajaran serta keperluan
pendidikan bagi kanak-kanak yang mengalami masalah disleksia mengikut tahap
keupayaan pelajar masing-masing. Bukan itu sahaja, hasil program ini dapat
dimanfaatkan oleh Kementerian Pelajaran, guru-guru dan ibu bapa bagi mengatasi
masalah bacaan Bahasa Melayu justeru menggelakkan murid-murid daripada menghadapi
masalah disleksia dengan lebih serius.
4.3.3 Kelemahan/Kelemahan Perisian
Teknologi yang sering dianggap sesuatu perkara yang membawa kepada perubahan yang
baik tidaklah selalunya menggambarkan kebaikan itu sendiri. Malahan timbul pelbagai
persoalan dan perbandingan mengenai perubahan dan perbezaan yang dibawa oleh arus
perkembangan teknologi ini. Tahap penerimaan sesebuah teknologi itu dipengaruhi oleh
pelbagai faktor seperti tahap pengetahuan, taraf ekonomi dan kemudahan fizikal. Seperti
yang kita tahu, alat-alat teknologi tidaklah dijual atau diperoleh dengan harga yang
murah, ia memerlukan kos yang tinggi. Tambahan pula ia haruslah dikendalikan dengan
pemahaman yang mendalam serta kepakaran yang tinggi. Golongan yang tentunya
terbeban dengan perkara sebegini adalah golongan yang berpendapatan dan
berpendidikan rendah terutamanya yang tinggal di kawasan terpencil dan pedalaman.
Selain itu, ia mengakibatkan jurang digital atau gap yang sedia ada semakin bertambah.
Hal ini bermakna hanya kanak-kanak yang pandai akan menjadi semakin pandai,
manakala kanak-kanak yang lembab atau lembam akan menjadi semakin lembab
seterusnya akan ketinggalan dalam dunia pendidikan. Tambahan lagi, tidak semua
teknologi dapat digunakan oleh semua masyarakat yang memerlukan. Ia dipengaruhi oleh
tahap informasi masyarakat tersebut dan tahap kebolehgunaan alat teknologi tersebut
dalam golongan mereka.
Bukan itu sahaja, terdapat beberapa kawasan yang mempunyai bilangan kanak-kanak
disleksia tidak diberi pendedahan mengenai alat teknologi yang mungkin boleh
membantu mereka dalam pembelajaran. Namun, disebabkan kurangnya pendedahan dan
informasi, kanak-kanak tersebut terpaksa menerima kaedah pembelajaran secara biasa.
Perkara sebegini haruslah difikirkan sebaik mungkin kerana teknologi tidak selalunya
membawa bermacam-macam kebaikan namun juga boleh menyebabkan beberapa
golongan semakin terbeban dan ketinggalan.
Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus iaitu masalah asasnya adalah
perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual melalui bunyi. Selain
itu, penghidap disleksia mengalami kesukaran membaca, menulis, memahami, mengeja
dan mengira. Oleh itu, teknologi yang direka khas ini amat sesuai bagi membantu kanak-
kanak disleksia untuk mendapatkan pendidikan dengan lebih mudah dan tidak
ketinggalan dalam dunia teknologi.
5.0 KESIMPULAN
Menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Maju pada tahun 2020 sangat menuntut kepada
lahirnya masyarakat teknokrat yang bertaraf dunia serta bermoral disamping melahirkan generasi
yang memiliki daya kreatif dan daya saing yang tinggi dan mampu menjadikan Malaysia sebagai
pusat kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia. Apabila kita berbicara mengenai masyarakat,
pelajar-pelajar pendidikan khas juga ahli masyarakat yang berpotensi dalam menjayakan
wawasan Negara ini. Justeru itu, peluang yang sama perlu diberikan kepada golongan ini untuk
mengoptimakan potensi diri mereka mengikut tahap kebolehan mereka.
Sebagai seorang guru pendidikan khas, adalah menjadi satu tanggungjawab bagi memastikan
program yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sebagai seorang guru,
kemahiran dalam ICT perlulah seiring dengan perkembangan semasa teknologi ini. Ini
bermaksud, guru perlu sentiasa bersifat terkini atau ‘up to date’ dalam bidang teknologi
komunikasi dan maklumat. Guru pendidikan khas yang mahir dalam ICT dan pada masa yang
sama berkemahiran serta berpengalaman dalam pengajaran-pembelajaran samada pendidikan
masalah pendengaran, penglihatan mahupun pembelajaran tahu akan keperluan ICT dalam
bidang masing-masing. Guru-guru sebegini perlu dilahirkan dan bertanggungjawab dalam
menyediakan perisian pengajaran-pembelajaran yang khas untuk pendidikan khas terutamanya
pendidikan khas bermasalah pembelajaran yang lebih menjurus kepada masalah akademik
pelajar.
Seperti yang diketahui, pengaplikasian ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah-sekolah rendah pendidikan khas bermasalah pembelajaran adalah masih kurang.
Kebanyakkan fasiliti yang ada sekarang lebih bersifat teknikal seperti komputer riba, televisyen,
radio, projektor dan video. Keperluan ICT dalam pendidikan khas bermasalah pembelajaran
adalah perisian/courseware yang lebih bersifat permainan atau yang sesuai pada tahap
penerimaan pembelajaran. Perlu diketahui bahawa pelajar bermasalah pembelajaran di sekolah
rendah mahupun di sekolah menengah terdiri daripada mereka yang mengalami pelbagai
masalah kesihatan seperti disleksia, down syndrom, terencat akal, hyperactive, ADHD, lembam,
dan sebagainya.
Sungguhpun keperluan prasarana dan fasiliti ICT serta kemahiran guru dalam bidang ini masa
kini masih kurang, namun usaha dan sokongan pihak kerajaan terutamanya Kementerian
Pelajaran Malaysia menampakkan satu usaha yang positif. Usaha pihak kerajaan dan pihak guru
atau sekolah tidak akan berjaya sekiranya tanpa bantuan pihak lain seperti ibubapa, pihak bukan
kerajaan (NGO), pihak swasta dan masyarakat itu sendiri. Semua pihak perlu membina satu
hubungan pintar atau ‘smart partner’ demi kepentingan semua pihak dan sekaligus dapat
mengimbangi antara cabaran dan kejayaan perlaksanaan Program ICT dalam pengajaran-
pembelajaran di sekolah-sekolah pendidikan khas.
6.0 RUJUKAN
Abdullah, M Haziq, Hisham, S & Parumos. (2009) MyLexics: An Assistive Courseware for Dyslexic.
Abtar Kaur, Ansary Ahmed, Zoraini Wati Abas & David Asinatham (2005). E-Learning in Malaysia: accompany the Aston Index. Wisbech, England: Benrose UK Limited.
Athanasios S. Drigas and Batziaka Elektra N.C.S.R. (2016). Dyslexia And Icts, Assessment And Early Intervention In Kindergarten Dyslexia And Icts. International Journal of Emerging Technologies inLearning (iJET). – Net Media Lab, Athens, Greece.
Dean, J (1996). Managing Special Needs in the Primary School. London. Routledge.
Fadilahwati, Abdul Rahman& Fattawi Mokhtar (2009), Dyslexic Children Learning Styles. Proceedings: 3rd International MalAYSIA Educational Technology Convention, Batu Feringgi , Penang, Malaysia 2009:21-26.
Julina Johan (2005). Kementerian rujuk aduan masih banyak pelajar gagal menguasai 3M, Utusan Malaysia 14 Februari:14.
Keates, A (2000). Dyslexia and Information and Communication Technology: A Guide for Teachers and Parents. London: David Fulton Publishers.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2010. Pengenalan Kepada Pendidikan Khas. Modul Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2006. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Liyana Binti Ahmad Afip. Persepsi dan Pengalaman Guru Pendidikan Khas dalam Menghadapi Permasalahan Disleksia dalam Kemahiran Literasi. Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Mahzan Arshad. (2005). Penggunaan Teknologi dalam Pendidikan Literasi Bahasa Melayu. Jurnal Masalah Pendidikan, 28. 269-278. ISSN 0126-5024.
Maria Kazakou, Spyros Soulis, Eleni Morfidi, Tassos A. Mikropoulos. (2011). Themes in Science & Technology Education. Phonological Awareness Software for Dyslexic Children. Education, University of Ioannina, Greece . 4(1), 33-51, 2011.
http://www.phonicstutor.com/ptc.html
http://psasir.upm.edu.my/9616/1/synthesis_36.pdf
http://psasir.upm.edu.my/17758/
http://www.dyslexiamalaysia.org.my/
http://www.kosmo.com.my/
http://library.oum.edu.my/repository/175/1/Perisian_multimedia.pdf
top related