vol. 2/2013 issn 1985-9554 julai-disember 2013
Post on 23-Oct-2021
11 Views
Preview:
TRANSCRIPT
w w w. m a m p u . g o v. m y
BERSAMA MELAKSANA TRANFORMASI
VOL. 2/2013 ISSN 1985-9554 JULAI-DISEMBER 2013
03PERSIDANGAN PERKHIDMATAN GUNASAMA ICT KERAJAAN DAN MAJLIS PENUTUP BULAN KESELAMATAN ICT SEKTOR AWAM 2013
05WACANA GCIO 2013 – GETTING TO THE NEXT LEVEL OF SMART GOVERNMENT
07NEXTGEN ePEROLEHAN
091GOVERNMENT ENTERPRISE ARCHITECTURE (1GovEA)
12MALAYSIA GOVERNMENT SECURITY OPERATION CENTRE (MYGSOC)
15SISTEM DOKUMEN PELAUT (SDPX)
11DATA LEAKAGE PROTECTION (DLP)
16SME COMPETITIVENESS RATING TO ENHANCEMENT (SCORE)
19SISTEM e-PEMAJU
21ePCO
23ePERMIT
PERSIDANGAN PERKHIDMATAN GUNASAMA ICT KERAJAAN DAN MAJLIS PENUTUP BULAN KESELAMATAN ICT SEKTOR AWAM 2013
Persidangan Gunasama ICT Kerajaan (Government Shared Services) dan Majlis Penutup Bulan Keselamatan ICT Sektor Awam 2013 telah diadakan pada 1 Julai 2013 (Isnin) bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Dewan Perdana Putrajaya International Convention Centre (PICC). Persidangan yang bertemakan Security Beyond Minds ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan telah dihadiri oleh 414 peserta dari agensi-agensi Kerajaan.
YB Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri juga telah merasmikan pelancaran 1GovCloud. Selesai majlis perasmian persidangan, YB Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan diiringi oleh VVIP telah melawat booth-booth pameran yang turut diadakan di ruang legar hadapan Dewan Perdana.
Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam (PERJASA) turut berganding bahu dengan MAMPU bagi menjayakan majlis ini. Pihak PERJASA telah membantu dalam menyelaras dan menjemput penceramah luar serta wakil industri khususnya bagi menjayakan pameran yang melibatkan produk/perkhidmatan berkaitan keselamatan ICT dan juga perkhidmatan gunasama ICT Kerajaan.
Oleh: MAMPU, JPM
Tujuan untuk mengadakan Persidangan Perkhidmatan Gunasama ICT Kerajaan (Government Shared Services) dan Majlis Penutup Bulan Keselamatan ICT Sektor Awam 2013 adalah seperti berikut:
i. Menerangkan halatuju, peranan agensi dan status pelaksanaan semasa Program Transformasi Ekonomi (ETP), Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Perkhidmatan Perniagaan, EPP2-1 Government Shared Services (GSS);
PRAKATA KETUA EDITOR
SIDANG PENGARANG ISI KANDUNGANPENASIHAT:Datuk Wira Omar Bin KasehKetua Pengarah
KETUA EDITOR:Dato’ Dr. Nor Aliah Mohd ZahriTimbalan Ketua Pengarah (ICT)
EDITOR:Puan Parmjit KaurPengarah, Bahagian Pembangunan dan Pengurusan EG
PENOLONG EDITOR:Encik Norzaman NordinEncik Yee Chen HuaPuan Ganeshwari A/P Balakrishnan
PRAKATA PENGARANG PERSIDANGAN PERKHIDMATAN GUNASAMA ICT KERAJAAN DAN MAJLIS PENUTUP BULAN KESELAMATAN ICT SEKTOR AWAM 2013 WACANA GCIO 2013 – GETTING TO THE NEXT LEVEL OF SMART GOVERNMENT NEXTGEN ePEROLEHAN
1GOVERNMENT ENTERPRISE ARCHITECTURE (1GovEA)
DATA LEAKAGE PROTECTION (DLP)
MALAYSIA GOVERNMENT SECURITY OPERATION CENTRE (MYGSOC)
SISTEM DOKUMEN PELAUT (SPDX)
SME COMPETITIVENESS RATING TO ENHANCEMENT (SCORE)
SISTEM e-PEMAJU
ePCO
ePERMIT
03
05
07
02
091112
1516192123
ii. Menyampaikan perincian maklumat berkenaan projek-projek di bawah inisiatif NKEA Perkhidmatan Perniagaan, EPP2-1 Government Shared Services kepada semua Ketua Pegawai Maklumat, Pengurus ICT di Kementerian dan agensi-agensi di bawahnya dan Pasukan Pelaksana Perkhidmatan Gunasama Kerajaan;
iii. Mengadakan Majlis Penutup Bulan Keselamatan ICT serta Penyerahan Anugerah Kecemerlangan, Sijil dan Penghargaan kepada agensi-agensi terlibat MoU Kerjasama Strategik MAMPU-CyberSecurity Malaysia;
iv. Pembentangan (Product GSS Highlight) kemajuan pelaksanaan, penggunaan dan peluasan projek-projek terlibat seperti Pusat Data Sektor Awam (PDSA), 1GovUC, 1MOCC dan 1MTC;
v. Menyediakan platform secara terus dengan Product GSS Showcase perbincangan, kerjasama strategik dan pertukaran idea di kalangan Pemilik Projek di MAMPU dan Pelaksana Projek di Kementerian/Agensi; dan
vi. Meningkatkan program kesedaran dan pengurusan perubahan kepada Kumpulan Pengurusan Tertinggi iaitu CIO dan Pengurus ICT dalam merancang, mengurus,
Ucapan Aluan YBhg. Datuk Wira Omar Bin Kaseh semasa PersidanganGunasama ICT Kerajaan dengan Majlis Penutup Bulan Keselamatan ICT
INFO EG JULAI-DISEMBER 20132 3INFO EG JULAI-DISEMBER 2013
JABATAN PERDANA MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI
Assalamualaikum, Salam Kegemilangan dan
Salam “1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan”.
Syukur ke hadrat Ilahi kerana Buletin Info EG siri dua bagi
tempoh Julai hingga Disember 2013 berjaya diterbitkan.
Saya ingin merakamkan sekalung penghargaan dan
terima kasih kepada barisan sidang redaksi dan semua
agensi yang terlibat dalam menerbitkan buletin kali ini.
Perkhidmatan Awam telah mengguna pakai
pendekatan “Whole-of-Government” dalam merencana
respon kepada agenda ICT negara. Sebagai langkah
pertama, agensi sektor awam perlu berkolaborasi
secara strategik dengan sektor swasta agar dapat
memanfaatkan trend dan aplikasi ICT yang terkini
dalam menentukan penyelesaian yang mantap bagi
persekitaran ICT sektor awam. Penerbitan siri kedua ini
memaparkan iniasiatif 1GovEA (Enterprise Architecture)
dalam memastikan peluang-peluang baru dapat
diterokai, mewujudkan penjimatan dalam penggunaan
sumber di organisasi termasuk sumber ICT serta
secara tidak langsung meningkatkan penyampaian
perkhidmatan di sektor awam.
Pencapaian Malaysia berdasarkan pengukuran
daya saing negara di peringkat antarabangsa yang
dicatatkan di dalam Laporan “World Bank’s 2013 Ease of
Doing Business” menunjukkan kedudukan Malaysia telah
meningkat dari tempat ke-18 pada tahun 2012 ke tempat
ke-12 pada tahun 2013. Ini merupakan peluang kepada
Kerajaan untuk merancakkan industri digital negara
supaya memberi impak positif kepada transformasi
ekonomi negara. Selain itu, edisi kali ini juga akan
memaparkan beberapa inisiatif ICT mesra perniagaan
seperti NextGen ePerolehan, Sistem Pemberitahuan
Secara Sukarela Hak cipta, SME Competitiveness Rating
to Enhancement (SCORE), ePermit dan ePCO (Preferential
Certificate of Origin).
Akhir kata, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun
Baru 2014 dan selamat membaca Buletin Info EG
Bilangan 2 / 2013
Dato’ Dr. Nor Aliah Mohd Zahri
menyelaras dan memantau program/projek ICT iaitu Perkhidmatan Gunasama Kerajaan di kementerian dan agensi masing-masing.
PENERIMA ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN SIJIL PENGHARGAAN
Dalam persidangan ini, YB Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menyampaikan anugerah kecemerlangan dan sijil penghargaan kepada tiga (3) kategori penerima. Pertama, Anugerah Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO) Cemerlang dan penerimanya adalah seramai 10 orang. Penganugerahan yang buat julung kalinya diadakan pada tahun ini bertujuan menghargai peranan dan sumbangan pegawai terlibat di agensi terpilih.
Penganugerahan kategori kedua pula adalah anugerah penghargaan kepada agensi yang telah mendapat pensijilan MS ISO/IEC: 27001 Information Security Management Systems (ISMS) dan telah melaksanakan ISMS dengan cekap, berkesan dalam tempoh yang ditetapkan. Jumlah agensi penerima dalam kategori ini adalah sebanyak tujuh (7) agensi. Untuk kategori ketiga, anugerah penghargaan telah diberi kepada enam (6) agensi yang telah menjadi ahli khususnya dalam menjayakan Program 1GovCloud Kerajaan.
KERTAS PEMBENTANGAN
Sejumlah tujuh (7) kertas telah dibentangkan dalam Persidangan ini. Sebanyak dua kertas telah dibentangkan pada sesi pagi oleh Pegawai MAMPU iaitu kertas bertajuk “Pusat Data Sektor Awam” oleh Tn. Hj. Mohd Shahar Salim dan “Government Unified Communication” oleh En. Baharim Salleh. Manakala pada sesi petang pula dua lagi kertas telah dibentangkan oleh penceramah jemputan bertajuk “Government ICT Outsourcing Trend Around The World” oleh Mr. Jurgen Coppens dan “CyberSecurity Trends and Threats” oleh Mr. John McCormack, CEO Websense Inc.
Selain pembentangan kertas di atas, sesi panel juga telah diadakan. Fokus perbincangan adalah mengenai Banking on Shared Services – The Security Challenge. Sesi yang dipengerusikan oleh Encik Wan Mohd Rosdi Wan Dolah (Ketua Perunding Teknikal), telah dijayakan bersama tiga (3) Perunding ICT Sektor Awam dengan tajuk kertas yang dibentangkan seperti Jadual 1.
INFO EG JULAI-DISEMBER 20134 5INFO EG JULAI-DISEMBER 2013
JABATAN PERDANA MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI
Jadual 1 : Senarai nama Perunding ICT dan tajuk pembentangan bagi sesi panel
Bil. Perunding ICT Tajuk pembentangan
1.Encik Kathirrasan K. Kupusamy
Perkhidmatan Aplikasi Gunasama - Cabaran dan Masa Hadapan
2. Encik Mohd Nor HassanInovasi BYOD - Hala Tuju Baru Perkongsian Sumber
3. Dr. Suhazimah DzazaliKetirisan Maklumat – Memberi Perkhidmatan Yang Dipercayai
Penerima Anugerah Kecemerlangan dan Sijil Penghargaan
WACANA GCIO 2013 – GETTING TO THE NEXT LEVEL OF SMART GOVERNMENTOleh: MAMPU, JPM
Program Wacana GCIO: Getting To The Next Level Of Smart Government telah diadakan pada 30 September 2013 (Isnin) bermula jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang bertempat di Gateway Ballroom, Hotel Sama Sama, KLIA Sepang. Program ini telah dihadiri oleh 200 orang peserta dari pelbagai agensi Kerajaan.
Program ini merupakan satu sesi interaktif khusus di antara Ketua Pegawai Maklumat Kerajaan (GCIO) bersama para Ketua Pegawai Maklumat (CIO), Pengurus IT Sektor Awam dan peserta-peserta jemputan. Tujuan program ini diadakan adalah untuk:
i. Mengadakan sesi perkongsian maklumat dan pertukaran minda interaktif di antara Ketua Pegawai Maklumat Kerajaan dan para CIO, Pengurus IT Sektor Awam serta peserta
jemputan berkaitan inisiatif-inisiatif ICT terkini berasaskan tema wacana; dan
ii. Memberi kesedaran dan galakan berkaitan kepentingan pembangunan perkhidmatan berteraskan Smart Government dalam usaha meningkatkan mutu sistem penyampaian perkhidmatan sektor awam.
Ucaptama program ini bertajuk “GETTING TO THE NEXT LEVEL OF SMART GOVERNMENT” telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Nor Aliah Mohd. Zahri yang merupakan Ketua Pegawai Maklumat Kerajaan (GCIO) Malaysia. Sebanyak lima (5) kertas telah dibentangkan dalam program ini semasa sesi Smart Government Initiative’s Preview. Tujuannya adalah untuk memberikan penerangan awal berkaitan inisiatif-inisiatif smart
Ucaptama YBhg. Dato’ Dr. Nor Aliah Mohd Zahri semasa Program Wacana GCIO
INFO EG JULAI-DISEMBER 20136 7INFO EG JULAI-DISEMBER 2013
JABATAN PERDANA MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI
Jadual 2 : Senarai tajuk pembentangan dan nama pembentang
government yang bakal dilaksanakan pada masa hadapan. Kertas-kertas pembentangan tersebut adalah seperti Jadual 1 :
TAJUK PEMBENTANGAN PEMBENTANG
Inisiatif 1Gov AppsStore YBhg. Datin Maimon Sulaiman dari Bahagian eKL, MAMPU
Inisiatif 1GovSearch YBrs. Dr. Sapiah Hj. Sakri dari Bahagian Dasar dan Perancangan ICT, MAMPU
Inisiatif 1GovEA Encik Mohd Zamri Bin Selamat dari Pasukan Perunding ICT, MAMPU
Towards 1Government Single Sign On Implementation
YBhg. Datin Maimon Sulaiman dari Bahagian eKL, MAMPU
Inisiatif Data Leakage Protection Puan Marsineh Jarmin dari Bahagian Pematuhan ICT, MAMPU
Selain dari pembentangan kertas, sesi mind exchange bersama GCIO turut diadakan yang merupakan platform untuk pertukaran minda dan pandangan bersama GCIO berkaitan tema program ini iaitu Smart Government. Sesi ini dikendalikan oleh Mr. Alan Goon, Executive Partner dari Gartner.
Bagi menguar-uarkan produk serta inisiatif-inisiatif transformasi digital sektor awam, MAMPU turut mewadahi Inisiatif-Inisiatif ICT Kerajaan yang terdiri daripada Government to Government (G2G) dan Government to Citizen (G2C) sepanjang program berlangsung. Antara inisiatif tersebut adalah:
i. Digital Document Management System (DDMS);
ii. MyMesyuarat;
iii. MyGov Mobile dan MyGovernment Online Services Portal;
iv. Pusat Data Sektor Awam (PDSA);
v. Komunikasi Bersepadu Sektor Awam (1GovUC); dan
vi. Rangkaian Bersepadu Sektor Awam (1Gov*Net).
Rajah 1 : Portal ePerolehan
Sejajar dengan perkembangan pesat teknologi ICT dan perubahan keperluan dalam penggunaan Sistem ePerolehan, maka Kementerian Kewangan telah mengambil langkah untuk membangunkan Sistem ePerolehan baru yang lebih strategik bagi menambah baik urusan perolehan Kerajaan khususnya di dalam perolehan bekalan dan perkhidmatan. Pelaksanaan ePerolehan yang telah diperkemaskan, memerlukan perancangan dan metodologi yang inklusif serta holistik. Pelbagai perkara telah dirancang dan digarap dengan strategik di dalam kerangka NextGen ePerolehan agar pelaksanaannya benar-benar memenuhi keperluan nasional.
Sistem ePerolehan (eP) baru atau dikenali sebagai Nextgen eP telah dilancarkan pada 13 Mac 2013 oleh YB Dato’ Dr. Awang Adek Hussin, Timbalan Menteri Kewangan. Projek Nextgen ePerolehan ini merupakan salah satu transformasi yang dilaksanakan oleh Kementerian Kewangan dengan Kerjasama pihak Commerce Dot Com Sdn. Bhd. (CDCSB) seiring dengan transformasi negara untuk menambah baik penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
NextGen eP akan dilengkapi dengan teknologi terkini dan kaedah penyelesaian inovatif bagi menyokong keperluan perubahan dalam sistem perolehan semasa. NextGen eP membolehkan pencapaian keberhasilan utama perniagaan yang melibatkan teknologi dan modal insan. Keberhasilan utama perniagaan seperti mempercepatkan proses perolehan, perolehan yang lebih terancang, meningkatkan produktiviti, meningkatkan kepelbagaian capaian sistem dan mengurangkan kos operasi akan dapat dicapai dengan mudah. Penggunaan teknologi terkini memberi pengalaman baru kepada pengguna Kerajaan dan pembekal di dalam memperbaiki dan memudahkan kerja harian mereka di dalam urusan perolehan kerajaan.
Selain itu, Nextgen eP akan dibangunkan dengan tambahan ciri-ciri baru seperti:i. Aplikasi teknologi dashboard untuk pemantauan prestasi
perolehan yang lebih efektif;
ii. Sistem yang lebih mesra pengguna;
NEXTGEN ePEROLEHAN:TRANSFORMASI DALAM SISTEM PEROLEHAN ELEKTRONIK KERAJAANOleh: KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
Sesi Mind Exchange Bersama GCIO
Pameran Inisiatif ICT di Program Wacana GCIO
INFO EG JULAI-DISEMBER 20138 9INFO EG JULAI-DISEMBER 2013
JABATAN PERDANA MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI
iii. Kerangka sistem yang lebih fleksibel bagi membolehkan sistem dikemas kini dan dinaik taraf selaras dengan keperluan semasa;
iv. Penggunaan aplikasi teknologi Business Intelligence dalam penyediaan laporan yang komprehensif bagi membantu pengguna membuat keputusan yang lebih tepat;
v. Kebolehcapaian sistem daripada pelbagai peranti mudah alih; dan
vi. Pembangunan proses secara bersepadu untuk meningkatkan tahap keberkesanannya.
Dalam memastikan kejayaan pembangunan Nextgen eP, penglibatan pengguna di dalam kajian keperluan amatlah penting. Sepanjang fasa kajian keperluan pengguna, beberapa sesi taklimat, bengkel dan pembentangan kepada pengguna yang terlibat tentang Nextgen ePerolehan telah diadakan dan akan dilaksanakan secara berterusan.
Pembangunan Nextgen eP akan memberi banyak kelebihan kepada semua kementerian dalam meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Pelbagai aplikasi baru yang akan diperkenalkan kelak dapat mengatasi kekangan sistem eP semasa. Sejajar dengan transformasi negara, Nextgen eP akan mentransformasi perolehan Kerajaan khususnya dalam bekalan dan perkhidmatan ke tahap yang boleh dibanggakan. Kerjasama semua pihak terutamanya di pihak pengguna amatlah penting di dalam menjayakan misi negara. Semoga Nextgen ePerolehan akan menjadi produk kebanggaan Malaysia. Kini, Nextgen eP di dalam fasa kajian keperluan dan disasar untuk dilaksanakan pada Januari 2015.
1GOVERNMENT ENTERPRISE ARCHITECTURE (1GovEA)Oleh: MAMPU, JPM
Sehingga kini, sektor awam di Malaysia perlu menjalani transformasi berdasarkan beberapa driving force yang menjurus kepada pelaksanaan Enterprise Architecture (EA) di Malaysia. Wawasan 2020, Nexus of Forces, Pelan Strategik ICT Sektor Awam 2011-2015 dan inisiatif di bawah NBOS memerlukan ICT di sektor awam mempunyai anjakan ke satu tahap yang lebih tinggi dalam menyokong aspirasi kerajaan. Sehubungan itu, EA sektor awam atau 1GovEA adalah salah satu langkah yang proaktif dan prediktif yang perlu dibangunkan dalam memastikan peluang-peluang baru dapat diterokai, mewujudkan penjimatan dalam penggunaan sumber di organisasi termasuk sumber ICT serta secara tidak langsung meningkatkan penyampaian perkhidmatan di sektor awam. Dalam menerajui dan memacu pelaksanaan Kerajaan Digital, amalan dan inovasi akan menangani jurang dalam persekitaran semasa dari segi pemahaman dan perhubungan di antara Kerajaan Digital dan Enterprise Architecture (EA) sektor awam. EA kini mendapat perhatian yang lebih berbanding sebelum ini kerana ia menjadi keperluan bagi mana-mana organisasi untuk dilaksanakan.
Inisiatif EA di sektor awam membawa perspektif baru dalam sistem penyampaian kerajaan. Sehubungan degan itu, 1GovEA merupakan salah satu projek ICT berimpak tinggi yang mampu mentransformasikan perkhidmatan ICT ke satu tahap yang lebih tinggi. Sebagai agensi peneraju ICT di
sektor awam, MAMPU mengambil langkah proaktif dalam menjalankan projek ini bagi memastikan kapasiti dalam penyampaian perkhidmatan terutamanya bidang ICT dikaji secara menyeluruh dan penggunaannya adalah pada tahap yang optimum.
1GovEA diwujudkan dengan tujuan seperti berikut:
(a) Meningkatkan keupayaan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan yang cekap serta dapat memenuhi ekspektasi pelanggan.
(b) Mempertingkatkan keupayaan melalui penggemblengan kapasiti ICT secara strategik dan holistik.
(c) Memantapkan program pembangunan kompetensi personel ICT sektor awam ke arah menjayakan projek ICT yang berimpak tinggi.
(d) Menggalakkan perkongsian dan konsolidasi sumber-sumber ICT Sektor Awam melalui jalinan strategik.
MAMPU akan menjalankan Kajian 1GovEA yang mana tempoh pembangunan projek adalah selama lapan (8) bulan dijangka bermula pada bulan September 2013 sehingga Jun 2014. Pelan projek digambarkan seperti Rajah 2.
Rajah 2 : Tujuan Pembangunan 1GovEA
20%-30% Potentially Cost Saving
90% Services Available Online
Towards Paperless Government
Seamless and Lead Civil Service
CREATE BUSINESS VALUES,
OPPORTUNITIES, NEW CAPABILITIES, COST SAVING AND
EXCELLENT SERVICE DELIVERY
Merancang mengoptimapengurusan sumber maklumat.
Meningkatkan penyampaian perkhidmatan yang seragam,
konsisten dan menyeluruh.
Mengoptimakan penggunaan aset Kerajaan dan penjimatan
penggunaan ICT.
INFO EG JULAI-DISEMBER 201310 11INFO EG JULAI-DISEMBER 2013
JABATAN PERDANA MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI
Rajah 4 : Inisiatif Bitara 1GovEA
Kajian ini memberi fokus kepada pembangunan rangka kerja EA di sektor awam dan juga metodologi yang bersesuaian dengan agensi-agensi sektor awam. Untuk memastikan agar pembangunan EA ini berjaya, antara beberapa faktor kejayaan kritikal yang telah dikenalpasti adalah:
(a) Mendapat sokongan pihak Pengurusan atasan
(b) Penubuhan struktur tadbir urus EA di MAMPU dan agensi;
(c) Memberi kesedaran dan kefahaman terhadap Rangka Kerja EA kepada pengguna ; dan
(d) Kemahiran pegawai-pegawai dalam melaksanakan EA yang telah dirangka.
Faedah-faedah yang dapat diperolehi daripada projek ini adalah seperti berikut:
(a) Membantu mencapai KPI NKEA yang lebih baik dari segi keberkesanan penyampaian perkhidmatan, di samping menyumbang kepada sasaran 90% perkhidmatan kerajaan secara online dan sasaran 90% pelaksanaannya pada tahun 2015;
(b) Mengintegrasikan data, proses, teknologi dan inisiatif ICT. Ini secara tidak langsung menggalakkan penggunaan dan koordinasi sumber-sumber di organisasi dengan lebih efektif dan seterusnya mengurangkan kos perbelanjaan mengurus di organisasi; dan
(c) Menyelaraskan sistem maklumat sesuai dengan keperluan strategik perkhidmatan. Ini secara tidak langsung menggalakkan penambahbaikan proses bagi perkhidmatan.
DATA LEAKAGE PROTECTION (DLP) Oleh: MAMPU, JPM
Mesyuarat Jawatankuasa e-Kedaulatan Bil. 1/2013 bertarikh 14 Januari 2013 telah bersetuju dengan cadangan pembangunan Rangka Dasar dan Rangka Kerja Perlindungan Ketirisan Maklumat Elektronik Sektor Awam dan diterajui oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).
Pelaksanaan DLP di MAMPU secara Proof of Concept (POC) telah dilaksanakan pada bulan Ogos 2012 hingga Disember 2012. Hasil POC telah dibentangkan di dalam Mesyuarat Pendekatan Pelaksanaan Projek Perlindungan Ketirisan Maklumat Elektronik Sektor Awam (Data Leakage Protection – DLP) pada 13 Disember 2012. Mesyuarat telah bersetuju;
a) MAMPU menerajui pelaksanaan sistem DLP sektor awam dan dianggotai oleh CGSO;
b) Pelaksanaan di MAMPU sebagai perintis dan diperluaskan ke agensi-agensi sektor awam secara berfasa;
c) Mengenal pasti program-program berkaitan DLP secara terperinci dan masukkan di dalam perancangan strategik MAMPU 2013; dan
d) Pelaksanaan sistem DLP akan diterajui oleh Bahagian Pematuhan ICT dengan bantuan khidmat perundingan oleh Pasukan Perunding ICT(Keselamatan Maklumat).
Peruntukan bagi melaksanakan projek ini diperolehi daripada Peruntukan NKEA Komunikasi, Kandungan dan Infrastruktur CCI EPP E-KERAJAAN.
Selain daripada pelaksanaan sistem DLP di MAMPU, satu dasar dan garis panduan Perlindungan Ketirisan Maklumat Elektronik Kerajaan perlu dibangunkan bagi menyokong pelaksanaan sistem DLP di sektor awam.
Perlindungan ke atas data adalah penting kerana isu, cabaran dan ancaman semasa ke atasnya boleh memberi impak yang besar kepada organisasi dan negara. Pengendalian Maklumat Elektronik di dalam sesebuah organisasi umumnya
adalah dalam tiga (3) kaedah/keadaan iaitu:
a. Data dalam penggunaan (semasa penggunaan komputer desktop, komputer riba, telefon pintar, tablet atau lain-lain peranti mudah alih);
b. Data sedang dipindahkan (data dalam rangkaian melalui Internet dan rangkaian tanpa wayar); dan
c. Data dalam simpanan (pangkalan data, sistem fail dan media storan).
Objektif pelaksanaan sistem DLP adalah untuk:
a. Melindungi dan menghalang ketirisan maklumat elektronik dari perbuatan yang disengajakan atau tidak;
b. Memudahcara pengesanan awal aktiviti berisiko dan membolehkan tindakan mitigasi segera;
c. Mengurangkan kos penyiasatan insiden ketirisan dan kos membina kembali reputasi organisasi sekira berlaku insiden ketirisan maklumat; dan
d. Meningkatkan tahap keyakinan pengurusan organisasi dengan adanya langkah kawalan keselamatan perlindungan maklumat elektronik
Pembangunan Dasar dan Garis Panduan Perlindungan Ketirisan Maklumat Elektronik Kerajaan sedang dibangunkan bersama-sama dengan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysis (CGSO).
Rajah 3 : Pelan Projek 1GovEA
ROADMAP
PreliminaryResearch Phase 1 Phase 2 Phase 3
• Intialstudy
• Desktopreview
• Document/literature searches
STUDYTo conduct study on
existing environment, readiness, best practices and
maturity level of EA in organisation (Public
Sector)
DEVELOPMENTTo develop Public
Sector EA - Blueprint, Framework, Roadmap and EA Development
Methodology (components,
strategies, programmes and
action plans
CHANGE MANAGEMENT PROGRAMMES
Awareness, Change Management and Transfer
of Technology Programmes
Q3 - Q4 Year 1 Q4 Year 1Q4 Year 1-Q2 Year 2
Q2 - Q3 Year 2
2013 - 60% Services made Online
GOVERNMENT SHARED SERVICES
Business ArchitectureInformation/Application
ArchitectureInfrastructure Architecture
SERVICES APPLICATIONS INFRASTRUCTURE
INFO EG JULAI-DISEMBER 201312 13INFO EG JULAI-DISEMBER 2013
JABATAN PERDANA MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI
MALAYSIA GOVERNMENT SECURITY OPERATION CENTRE (MYGSOC)Oleh: MAMPU, JPM
MyGSOC adalah satu projek untuk memantau serta meningkatkan ketersediaan keselamatan ICT Kerajaan, merangkumi tindakan proaktif dan reaktif serta cadangan pengukuhan keselamatan ICT secara berterusan. MyGSOC telah ditauliahkan kepada pembekal pada 15 Januari 2013 bagi tempoh lima (5) tahun mulai 2013 sehingga 2017. Sistem kawalan keselamatan ICT secara menyeluruh dan berpusat MyGSOC meliputi tujuh (7) perkhidmatan berikut :
i. Security monitoring and management;
ii. Webserver monitoring and defense ;
iii. Log retention and management;
iv. Collaboration portal;
v. Vulnerability management;
vi. Server threat monitoring and management; dan
vii. Gateway IPS monitoring.
Perkhidmatan MyGSOC mempunyai objektif seperti berikut :
i. Menyediakan sistem kawalan keselamatan ICT
secara menyeluruh dan berpusat melalui konsep
perkhidmatan keselamatan ICT terurus Kerajaan;
ii. Membolehkan pengendalian insiden keselamatan ICT
yang lebih cekap dan berkesan; dan
iii. Meningkatkan keupayaan untuk memantau, mengukur
dan melindungi aset ICT Kerajaan.
Faedah yang diperolehi melalui perkhidmatan MyGSOC adalah seperti berikut:
Majlis Kick Off Projek MyGSOC pada 29 Mac 2013
i. Berupaya memantau, mengukur dan menilai keselamatan ICT dalam agensi sektor awam secara
berterusan (24x7x365) bagi memastikan tahap
ketersediaan perkhidmatan Kerajaan adalah tinggi;
ii. Berupaya memastikan penyampaian perkhidmatan
kerajaan mempunyai persekitaran ICT yang selamat
dan mengenal pasti gangguan atau ancaman ke atas
perkhidmatan Kerajaan serta dapat mengemukakan
cadangan pengukuhan yang perlu dilaksanakan;
iii. Meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap
perkhidmatan Kerajaan; dan
iv. Mewujudkan prasarana keselamatan dan pematuhan
ICT yang optimum, komprehensif dan berkesan.
Pelaksanaan MyGSOC akan memberi outcome seperti berikut:
i. Peningkatan tahap keselamatan maklumat Kerajaan;
ii. Pengurusan risiko keselamatan yang lebih
komprehensif dan cekap;
iii. Pematuhan kepada Rangka Dasar Keselamatan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kerajaan
(Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2000);
iv. Pemantauan secara proaktif dan reaktif serta
menyeluruh bagi meningkatkan tahap ketersediaan
aset ICT Kerajaan;
v. Peningkatan tahap keyakinan pelanggan terhadap
perkhidmatan online;
vi. Peningkatan imej Kerajaan melalui pengendalian
insiden keselamatan ICT yang cekap dan berkesan;
dan
vii. Peningkatan keupayaan dan kemahiran penjawat
awam dalam pengurusan keselamatan ICT.
Peserta Majlis Kick Off Projek MyGSOC pada 29 Mac 2013.
INFO EG JULAI-DISEMBER 201314 15INFO EG JULAI-DISEMBER 2013
JABATAN PERDANA MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI
SISTEM DOKUMEN PELAUT (SDPX)Oleh: JABATAN LAUT MALAYSIA
SDPX merupakan sistem online dibangunkan oleh Jabatan Laut Malaysia bagi menggantikan proses dokumentasi pelaut yang sebelum ini dilakukan secara manual. Ianya telah diperkenalkan pada tahun 2009 yang melibatkan 29 pejabat pelabuhan di seluruh Malaysia. Antara modul-modul yang telah dibangunkan dibawah sistem ini adalah pendaftaran pelaut, permohonan perakuan kekompetenan, permohonan perakuan pengiktirafan, permohonan peperiksaan, permohonan sijil keanggotaan selamat, perjanjian anak kapal, permohonan pengamal perubatan, endorsan latihan khas, permohonan perakuan kelasi pengawasan, pengeluaran sijil modular, pertanyaan status permohonan dan juga permohonan pekerjaan.
Objektif SDPX ini adalah untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada industri perkapalan khususnya
dalam memberikan perkhidmatan kepada pelaut yang dilakukan secara online. Selaras dengan aspirasi Kerajaan yang mengutamakan rakyat, perlaksanaan sistem secara online ini dapat meningkatkan mutu perkhidmatan dengan lebih tepat, cepat dan berkesan. Selain itu, perkhidmatan ini juga menyediakan platform kepada pelaut-pelaut untuk mendapatkan pekerjaan terutamanya dalam industri perkapalan.
SPDX telah beroperasi secara berperingkat bermula bulan Mei 2009 di beberapa pejabat pelabuhan seperti di Kompleks Dayabumi (Kuala Lumpur), Pelabuhan Klang, Pulau Pinang, Pasir Gudang, Kuala Terengganu, Labuan, Kota Kinabalu, Sibu, Kemaman dan Sandakan. Sehingga kini terdapat 29 pejabat pelabuhan yang menawarkan urusan perkhidmatan dan permohonan secara atas talian.
Rajah 5 : Paparan Sistem Dokumen Pelaut
Contoh Kad Pengenalan Pelaut
Ilustrasi 3D Government Security Operation Centre (GSOC) dan Bilik Krisis
Majlis Kick Off projek MyGSOC telah diadakan pada 29 Mac 2013 di Hotel Marriot Putrajaya dan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Nor Aliah Mohd Zahri, Timbalan Ketua Pengarah (ICT) MAMPU. Hampir 200 peserta yang terdiri daripada Ketua Pegawai Maklumat agensi persekutuan telah hadir ke sesi ini. Projek ini akan menggantikan projek Perkhidmatan Pemantauan Rangkaian ICT Sektor Awam Malaysia (PRISMA) yang bermula pada 1 Disember 2013.
Selain program Kick Off, bengkel teknikal projek MyGSOC yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada agensi mengenai projek MyGSOC dan memberi panduan untuk melengkapkan templat maklumat ketersediaan infrastruktur ICT agensi telah diadakan pada 17 – 23 April
2013 di IMPACT, Cyberjaya. Selain itu, sesi engagement dengan agensi turut telah diadakan pada 31 Julai sehingga 2 Ogos 2013 di Kompleks JPM, Putrajaya dan 19 Ogos 2013 di Paya Indah Wetland. Sesi ini bertujuan untuk menerangkan kepada agensi-agensi mengenai perkhidmatan MyGSOC dan keperluan pemasangan peralatan MyGSOC sebagai persediaan bagi pelaksanaan MyGSOC. Seramai 131 orang peserta yang merupakan pegawai teknikal agensi telah hadir ke sesi ini. Site
deployment yang meliputi aktiviti on-site engagement di agensi, pemasangan sensor dan agen Critical Server
Protection MyGSOC pada agensi fasa 1 dan fasa 2 telah dilaksanakan mulai pada 11 September 2013. MyGSOC disasarkan untuk beroperasi mulai pada 1 Disember 2013.
INFO EG JULAI-DISEMBER 201316 17INFO EG JULAI-DISEMBER 2013
JABATAN PERDANA MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI
SME COMPETITIVENESS RATING TO ENHANCEMENT (SCORE) Oleh: SME CORPORATION, KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
SCORE merupakan kaedah diagnostik yang dibangunkan pada tahun 2007 menggunakan kepakaran dalaman, bertujuan menilai dan mengukur daya saing Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) berdasarkan prestasi perniagaan, daya tahan dan keupayaan mereka. Kaedah diagnostik merupakan asas dalam mengenalpasti kekuatan dan kelemahan syarikat berdasarkan tujuh (7) parameter.
Berdasarkan penarafan syarikat yang diukur melalui SCORE, bantuan yang bersesuaian dapat ditentukan, bertujuan untuk meningkatkan prestasi perniagaan dan kelestarian syarikat.
Walau bagaimanapun, penarafan syarikat ini mempunyai tempoh sah selama setahun di mana, melalui annual performance review, SME Corp dapat mengukur dan memantau perkembangan serta kelestarian syarikat. Ini adalah selaras dengan fungsi SME Corp untuk menyelaras, memantau dan menilai perlaksanaan dasar, program dan strategi bagi PKS.
Objektif SCORE adalah seperti berikut:a) Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan syarikat secara
menyeluruh;
b) Membantu SME Corp dalam mengoptimakan penggunaan dana dan sumber secara efisien dan efektif. Melalui keputusan SCORE, kelemahan dan kekuatan syarikat dapat dikenalpasti dan seterusnya, pelan tindakan akan dihasilkan menjurus kepada keperluan syarikat dan bukan berdasarkan kepada kehendak
Perkongsian Ilmu antara SME CORP. MALAYSIA dengan Malaysia Productivity Corporation (MPC) pada 10 Jan 2012
syarikat. Oleh itu, bantuan menjadi lebih fokus dan bertepatan dengan keperluan syarikat;
c) Mengukur keberhasilan bantuan yang diberikan untuk memastikan perkembangan dan pertumbuhan syarikat melalui sistem pemantauan dan re-evaluation
d) Mempermudahkan padanan perniagaan antara PKS dengan syarikat-syarikat multinasional, syarikat-syarikat besar, agensi-agensi kerajaan dan retail outlets tempatan dan antarabangsa melalui rating syarikat; dan
e) Mewujudkan pangkalan data PKS yang komprehensif.
Fokus pelaksanaan SCORE adalah ke atas syarikat mikro, kecil dan sederhana dengan matlamat untuk meningkatkan daya saing, daya tahan, prestasi serta produktiviti syarikat.
Model SCOREKeunikan SCORE adalah ianya boleh diolah mengikut jenis sektor tertentu dan tidak secara ‘one size fits all’. Sebanyak tujuh (7) model telah dibangunkan iaitu:
• Perkilangan&PerkhidmatanBerkaitanPerkilangan• PeruncitandanPerdaganganAgihan• Pembinaan• ICT• Penyelenggaraan,PembaikandanOverhaul • PerkhidmatanProfesional
• M-COREuntukPerusahaanMikro
Parameter SCOREAktiviti penarafan SCORE melibatkan penilaian 360˚ berdasarkan tujuh (7) parameter yang dikenal pasti mengikut sektor.1. Prestasi Perniagaan2. Keupayaan Pengurusan3. Kecekapan Pengurusan4. Kapasiti Pengeluaran5. Keupayaan Teknikal6. Sistem Kualiti7. Inovasi
Rajah 6 : Contoh parameter di dalam Model Perkilangan & Perkhidmatan Berkaitan Perkilangan
Jadual 3 : Kriteria Penarafan Bintang
Penarafan Kriteria
Tiada bintang Operasi asas sahaja, proses manual dan purata kadar pertumbuhan adalah negatif;
Proses secara manual, sistem pengurusan kualiti yang diamalkan adalah minimum dan pertumbuhan purata yang negatif
Proses separa-automatik, persijilan asas, aktiviti peningkatan produk dan proses yang minimum, purata pertumbuhan yang minimum
Automasi secara intensif, pengamalan sistem pengurusan kualiti yang baik, melaksanakan peningkatan produk dan proses, mendaftarkan hakcipta, bersedia untuk memenuhi persijilan untuk mengeksport
Automasi sepenuhnya, berpotensi tinggi untuk mengeksport, pelaburan yang tinggi dalam peningkatan produk dan proses, mempunyai persijilan untuk mengeksport seperti CE Marking, GMP, HACCP
Mempunyai penjenamaan dan pembungkusan yang baik, telah mengeksport ke negara lain, mempunyai persijilan yang memenuhi keperluan negara pengeksport
Inovasi
• IntellectualPropertyRights• PeningkatanProduk&Proses• AktivitiKeupayaanProduk&Proses
PKS
Kecekapan Pengurusan
• PerancanganKorporat• PengurusanInovasi&Teknologi• PembangunanModalInsan• PenggunaanIT
Sistem Kualiti
• SentiasaMempratikkanPembaharuan• PersijilandanPengesahanProduk• Persijilan(Basic&AdvanceRequirement)• Anugerah
Prestasi Perniagaan
• Jualan• KadarPertumbuhan• Eksport• Pemasaran• KepuasanPelanggan
Keupayaan Teknikal
• No. of Trained Personal• ManagementtoStaff(MTSRatio)• TypesofTechnologyUtilised
KeupayaanKewangan
Kapasiti Pengeluaran
• Capital Investment per Employee(CIPE)
• Tingkatkanautomasidikilang• PenggunaanMesin
INFO EG JULAI-DISEMBER 201318 19INFO EG JULAI-DISEMBER 2013
JABATAN PERDANA MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI
Keputusan SCORE
Setiap penilaian SCORE akan menghasilkan Radar Diagram yang mempamerkan kekuatan dan kelemahan syarikat berdasarkan tujuh (7) parameter utama. Radar Diagram
Rajah 7: Radar Diagram
Program bersama perbankan Islam berkenaan kesedaran Score pada 12-14 Ogos 2013 di Bilik Kenanga, SME Corp.
merupakan report card syarikat yang mudah difahami dan senang diterjemahkan oleh syarikat bagi merangka pelan pembangunan perniagaan (business development plan) secara jelas dan ketara seperti dalam Rajah 6.
Penyerahan Sijil SCORE kepada syarikat di bawah naungan NCIA, Dreamedge Sdn. Bhd. mendapat 3 Bintang sementara ECE Technologies Sdn. Bhd. mendapat 4 Bintang di dalam Penilaian SCORE pada 24 Mac 2013 di Corridors & Citi Lab, Taiping Perak
SISTEM e-PEMAJUOleh: KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI (MITI)
Sistem e-Pemaju merupakan sistem yang telah dibangunkan oleh Jabatan Perumahan Negara bagi melancarkan proses-proses kerja berkaitan pematuhan Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) Akta 118 & Peraturan-peraturanberkaitan. Sebelum sistem ini diperkenalkan, pihak Jabatan Perumahan Negara (JPN) telah menetapkan tatacara penghantaran Laporan 7F hendaklah dilakukan secara manual, sama ada melalui pengisian borang atau penghantaran laporan dengan menggunakan cakera padat. Sistem yang dilancarkan pada 1 April 2013 telah memberi kemudahan kepada pemaju menghantar laporan secara online. Sistem ini boleh dilayari di laman web rasmi JPN di url : htttp://ehome.kpkt.gov.my seperti yang ditunjukkan pada Rajah 8.
Jadual 4 : Jadual penghantaran Laporan 7F
SESI TEMPOH KEMAJUANTEMPOH PENGHANTARAN
MULA TAMAT
1 JANUARI, FEBRUARI, MAC 1 APRIL 21 MEI
2 APRIL, MEI, JUN 1 JULAI 21 OGOS
3 JULAI, OGOS, SEPTEMBER 1 OKTOBER 21 NOVEMBER
4 OKTOBER, NOVEMBER, DISEMBER 1 JANUARI 21 FEBUARI
Terdapat enam (6) jenis perkhidmatan yang dapat diakses oleh syarikat-syarikat pemaju perumahan melalui sistem ini iaitu:1. Penghantaran Laporan Kemajuan Projek (Laporan 7F);2. Penghantaran Laporan Kewangan Tahunan Beraudit
(Laporan 7E);3. Permohonan Pengeluaran Wang Lebihan;4. Permohonan Pengeluaran Kesemua Wang;5. Permohonan Pengeluaran Deposit Lesen; dan6. Perlantikan Juruaudit.
Penghantaran Laporan Kemajuan Projek (Laporan 7F)Berdasarkan Seksyen 7(f), Akta 118, setiap pemaju perumahan yang berlesen perlu menghantar satu Laporan Kemajuan Projek (Laporan 7F) kepada Pengawal Perumahan mengikut tempoh-tepoh yang ditetapkan.
Rajah 8 : Sistem e-Pemaju
Pada 1 April 2013, pihak JPN telah membangunkan Sistem e-Pemaju untuk memberi kemudahan kepada pemaju menghantar laporan secara online.
Untuk mendaftar, pemaju hanya perlu mengisi No. Kod Pemaju yang diperolehi selepas Lesen Pemaju Perumahan dikeluarkan. Seterusnya, pemaju perlu memilih Ahli Lembaga Pengarah Syarikat (BOD) dan memasukkan No. Kad Pengenalan BOD tersebut sebagai pengesahan. Kata laluan akan dijana dan pihak pemaju boleh menggunakan Sistem dengan memilih salah satu daripada 6 perkhidmatan yang disediakan.
Bagi penghantaran Laporan 7F, pemaju perlu membuat penghantaran pada setiap suku tahun (empat (4) kali setahun ) seperti Jadual 4.
Antara maklumat-maklumat yang perlu dimasukkan oleh pemaju ialahi. Progres kemajuan fizikal projek;ii. Maklumat jualan;iii. Tarikh kelulusan diperolehi (CFO/CCC);iv. Maklumat firma-firma teknikal dan bukan teknikal;
INFO EG JULAI-DISEMBER 201320 21INFO EG JULAI-DISEMBER 2013
JABATAN PERDANA MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI
ePCO Oleh: KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI (MITI)
Sijil Tempasal Berkeutamaan atau Preferential Certificate of Origin (CO) merupakan dokumen pengesahan bahawa barang-barang dalam sesuatu penghantaran adalah asal-usul tertentu. Sijil ini diperlukan oleh pihak berkuasa kastam negara pengimport dalam membuat keputusan sama ada import harus mendapat manfaat daripada layanan istimewa selaras dengan bidang perdagangan khas.
ePCO adalah sistem permohonan dan kelulusan Sijil Tempasal Berkeutamaan berasaskan web yang dibangunkan oleh Kerajaan melalui Dagang Net Technologies Sdn Bhd. Pengeluar atau pengeksport yang memerlukan pensijilan negara asal untuk satu produk tertentu boleh menggunakan ePCO untuk memperoleh Sijil Tempasal Berkeutamaan dalam bentuk dokumen atas talian yang rasmi. Sijil Tempasal Berkeutamaan ini memenuhi syarat eksport Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia bersama Negara rakan Free
Trade Agreement (FTA). ePCO merupakan salah satu daripada inisiatif perkhidmatan National Single Window Malaysia.
Fungsi-fungsi yang lain termasuk:• Permohonan atas talian Analisis Kos dan borang Sijil
Tempasal Berkeutamaan• Kelulusan atas talian oleh pihak berkuasa contohnya
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
• Pertanyaanatastalianmengenaistatuspermohonan Sistem ePCO telah dilaksanakan sepenuhnya sejak Januari 2013 dan merupakan hasil kerjasama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Dagang Net Technologies Sdn Bhd yang selaras dengan usaha pihak Kerajaan untuk menyediakan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang cekap bagi komuniti perniagaan.
ePCO kini dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara yang meliputi lapan cawangan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dengan lebih daripada 7,500 transaksi pengguna dengan purata 550,000 Sijil Tempasal Berkeutamaan sebulan.
Terdapat 14 skim yang ditawarkan atas talian untuk pengeluar dan pengeksport dan ianya adalah:• ASEAN-Australia-New Zealand FTA (AANZFTA) • ASEAN-India FTA (AIFTA) • Malaysia-New Zealand FTA (MNZFTA)• ASEAN-Japan Comprehensive Economic Partnership
(AJCEP)• Malaysia-Pakistan Closer Economic Partnership Agreement
(MPCEPA)
Rajah 11 : Contoh Penghantaran Laporan 7E melalui Sistem e-Pemaju
Rajah 9 : Contoh Laporan 7F bagi maklumat kemajuan fizikal projek yang perlu diisi oleh pemaju di dalam Sistem e-Pemaju
Rajah 10 : Contoh maklumat kewangan yang perlu diisi pemaju dalam Sistem e-Pemaju
v. Maklumat kewangan (Akaun Pemajuan Perumahan);dan vi. Senarai nama pembeli.
Laporan yang dihantar secara online perlu dicetak dan dibuat perakuan sumpah oleh Pesuruhjaya Sumpah sebelum dihantar kepada Pengawal Perumahan. Bagi sesi berakhir 21 Ogos 2013 (Sesi 3/2013), sebanyak 3,483 laporan telah diterima menerusi sistem ini.
Sekiranya pemaju didapati gagal menghatar Laporan 7F, pemaju boleh dikenakan denda tidak kurang dari RM50,000 dan tidak melebihi RM250,000 atau dipenjarakan tidak lebih dari tiga (3) tahun atau kedua-duanya sekali selaras dengan Seksyen 19, Akta 118.
Penghantaran Laporan Kewangan Beraudit (Laporan 7E).Berdasarkan Seksyen 7(e), Akta 118, pemaju adalah wajib mengemukakan Laporan Kewangan Beraudit yang telah diwartakan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh kewangan berakhir. Laporan tersebut perlu mengandungi maklumat-maklumat yang betul dan lengkap seperti berikut:
i. Laporan Kewangan Tahunan Beraudit bagi tahun berakhir;ii. Laporan juruaudit kepada Pengawal selaras Seksyen 9(3); dan
iii. Laporan juruaduit kepada Pengawal selaras dengan Peraturan 12, Peraturan
Akaun Pemajuan Perumahan 1991.Laporan tersebut juga perlu dihantar dengan memuat naik dokumen-dokumen berkenaan melalui Sistem e-Pemaju. Sekiranya pemaju didapati gagal menghantar Laporan 7E, pemaju juga boleh dikenakan denda tidak kurang dari RM50,000 dan tidak melebihi RM250,000 atau dipenjarakan tidak lebih dari tiga (3) tahun atau kedua-duanya sekali selaras dengan Seksyen 19, Akta 118.
Buat masa ini, modul Perkhidmatan Penghantaran Laporan Kemajuan Projek (Laporan 7F) dan modul Penghantaran Laporan Kewangan Tahunan Beraudit (Laporan 7E) telah digunakan sepenuhnya manakala baki empat (4) modul lagi akan digunakan dalam jangka masa terdekat. Contoh laporan-laporan tersebut adalah seperti di Rajah 9, 10, dan 11.
Selain daripada manual pengguna yang boleh dimuat turun, pihak JPN juga telah mengadakan lima (5) sesi roadshow sepanjang tahun 2013 bagi memberikan panduan kepada para pemaju tentang penggunaan Sistem e-Pemaju di Putrajaya, Pulau Pinang, Johor Bharu, Kuala Terengganu dan Seremban.
Rajah 12 : Portal ePCO
INFO EG JULAI-DISEMBER 201322 23INFO EG JULAI-DISEMBER 2013
JABATAN PERDANA MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI
• Malaysia-Japan Economic Partnership Agreement (MJEPA) • ASEAN-China FTA (ACFTA)• ASEAN-Korea FTA (AKFTA) • ASEAN Trade in Goods Agreement (ATIGA) • Generalised System of Preferences (GSP)• Textile (TEXTILE)• Malaysia-Australia FTA (MAFTA) • Malaysia-India Comprehensive Economic Cooperation
Agreement (MICECA) • Malaysia-Chile FTA (MCFTA)
Permohonan Sijil Tempasal Berkeutamaan secara manual telah dihentikan sejak 1 Januari 2013 dan semua permohonan Sijil Tempasal Berkeutamaan kini perlu dilakukan secara atas
talian melalui perkhidmatan ePCO. Perkhidmatan ePCO ini telah dinaik taraf dengan platform baru yang menawarkan faedah kepada pengguna seperti:• Lebihmudahuntukdigunakan• Lebihcepatuntukmemproses• Transaksilancar.
Sebanyak lapan skim - MAFTA, MICECA, MCFTA, MNZFTA, MPCEPA, AJCEP, AIFTA dan AANZFTA - kini ditawarkan pada platform ePCO baru dan lima skim lagi akan menyusul tidak lama lagi.
Anugerah
ePCO telah memenangi anugerah berprestij 2009 E- Asia Award di dalam kategori Trade Facilitation pada 2009 dalam mengiktiraf kepentingan dan usaha besar Kerajaan melalui Dagang Net Technologies Sdn Bhd untuk meningkatkan perdagangan antarabangsa dan perniagaan.
Satu lagi anugerah yang telah dimenangi oleh ePCO adalah Merit Award di Malaysia MSC APICTA 2009 Awards, di bawah kategori Best e-Government Services.
ePermit Oleh: KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI (MITI)
ePermit adalah sistem permohonan dan kelulusan import eksport permit berasaskan web yang dibangunkan oleh Kerajaan melalui Dagang Net Technologies Sdn Bhd. Sistem ini membolehkan pengimport, pengeksport dan ejen-ejen penghantaran memohon permit daripada Permit Issuing Agencies (PIAs) dan mendapatkan kelulusan melalui internet. Permit yang diluluskan daripada PIAs akan dihantar kepada Sistem Maklumat Kastam secara elektronik bagi pengesahan dan rujukan silang terhadap pengisytiharan Kastam.
ePermit merupakan salah satu daripada perkhidmatan National Single Window Malaysia dan merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia, ePermit juga merupakan gerbang tunggal sehenti yang menghubungkan 26 PIAs, Kastam Diraja Malaysia, bank, pengimport, pengeksport dan ejen penghantaran untuk memudahkan sistem pengeluaran permit yang lebih berkesan dan responsif untuk barangan yang akan dieksport keluar atau diimport masuk ke Malaysia.
ePermit menepati hasrat Kerajaan Malaysia dalam mencapai persekitaran yang automatik sepenuhnya
tanpa kertas ke arah pembangunan ekonomi berasaskan e-dagang dan e-kerajaan. Ianya juga hasil daripada usaha berterusan Kerajaan untuk menawarkan servis bermutu kepada pelanggan sejajar dengan sasaran Kerajaan untuk memperbaiki sektor perdagangan dan logistik.
Sehingga kini, sistem permohonan dan kelulusan import eksport permit berasaskan web ini telah dilaksanakan di 26 agensi pengeluar permit dengan sejumlah 19 agensi telah berada di persekitaran tanpa kertas. Secara purata, kira-kira 480,000 permit telah diproses pada 2012 dengan setiap kitaran elektronik mengambil masa kurang daripada satu hari untuk diproses. Setakat ini bilangan pengguna ePermit telah mencecah 15,000 terutamanya daripada komuniti perdagangan dan ejen-ejen penghantaran.
ePermit mempamerkan contoh terbaik kerjasama sektor awam dan swasta, di mana ia telah menerima anugerah e-Government Award and Best Service di Asia Pacific ICT Awards - MSC 2005 dan anugerah dalam kategori "Public Sector Technology Project of the Year" di ZDNet Asia Smart 50 Awards 2006.
Rajah 13 : Portal ePermit
APA Itu 1MTC? 1MTC merupakan satu usaha Kerajaan untuk menggunakan
sepenuhnya kemudahan-kemudahan sedia ada institut-institut Latihan Awam Seluruh Negara dengan mengadakan kolaborasi strategik antara kementerian dan agensi-agensi
awam.
OBJEKTIFMengoptimakan penggunaan sumber dan kemudahan latihan asas sedia ada di institut-institut latihan awam
seluruh negara.
PERKHIDMATAN 1MTCPembangunan Portal 1MTC kini melibatkan modul tempahan fasiliti yang merangkumi empat kemudahan iaitu bilik kuliah, bilik mesyuarat, dewan dan makmal. Selain itu, fungsi carian
kursus-kursus yang ditawarkan di Institut Latihan Awam turut disediakan.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui Portal 1MTC di www.1mtc.gov.my. Fasa-fasa seterusnya akan melibatkan peluasan 1MTC ke semua Institut Latihan Awam dan Portal 1MTC akan terus dimantapkan dengan tambahan
modul-modul baru dan sebagainya.
ww
w.1
mtc
.go
v.m
y
top related