usahawan berjaya penulis buku j.k.rowling-harry potter

Post on 17-May-2015

343 Views

Category:

Education

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

perniagaan dan keusahawanan

TRANSCRIPT

USAHAWAN…

Dengan mendengar perkataan USAHAWAN…

Kita sudah tahu perkataan ini

berkaitan dengan usaha….

Usahawan merupakan individu yang Kreatif, Inovatif, serta

berfikir Luar dari Kotak..Usahawan juga seseorang yang sanggup menghadapi

risiko…Adakah anda seperti itu???Adakah anda

mempunyai ciri-ciri

usahawan seperti saya??Hehe..

Puan, sila berhenti…Boleh saya tanya apa maksud usahawan? Saya tak faham lagi

laa…Jawab..

Saya polis tau..

Eh?Pada pendapat

saya, usahawan bermaksud

seseorang yang sanggup mengutip

risiko dan berusaha untuk

mencapai kejayaan…

Tetapi…Siapa puan ?Tersenyum-senyum..Kenapa?

Adakah saya masih waras kerana saya

baru ternampak kelibat… kelibat..

Kelibat? Bulu ayam Tok?

Siapa ?

Alamak…J.K Rowling !Penulis novel

Harry Potter !!

Joanne Kathleen Rowling…

Salah seorang penulis buku paling popular dan terkaya

pada masa kini…

Biodata J.K.Rowling

• Dilahirkan 31 July 1965 di sebuah perkampungan Chipping Sodbury, Gloucestershire, England..

• Ayahnya , Peter James Rowling dan ibunya, Anne

• Mempunyai seorang adik yang bernama Diana

• Rowling suka namanya dipanggil, Jo

Sekolah Rowling…•Rowling mula bersekolah di St. Micheal’s village school. Guru besar Rowling yang pertama yang bernama Alfred Dunn, merupakan inspirasi pada watak Albus Dumbledore, pengetua sekolah Hogwarts dalam novel Harry Potter yang ditulis oleh beliau.

Sekolah MenengahApabila Rowling berusia sembilan tahun , keluarga beliau berpindah ke perkampungan Tutshill , berhampiran dengan Chepstow, dimana Rowling hadir bagi alam persekolahan menengah di Wyeden College. Pada waktu temuramah, Rowling mengaku pada waktu itu , dia mengangap dirinya pemalu dan pelik dengan tiada kemahiran sukan tetapi cinta yang besar pada mata pelajaran penulisan.

Rowling …• Apabila ditanya tentang perangainya sewaktu

remaja, Rowling mengaku bahawa salah satu watak Harry Potter, iaitu Hermoine Granger yang cermat dan pintar adalah berdasarkan beliau sewaktu remaja.

• Seorang yang pendiam dan berpelajaran , beliau melakukan yang terbaik sewaktu bersekolah dan tamat belajar dengan Ijazah kepujian Perancis dan Klasik di University Exeter. Dia juga berbangga kerana meluangkan masa setahun, belajar di Paris.

Perjalanan awal Rowling• Pada tahun 1990, sewaktu perjalanan beliau menaiki keretapi dari

Manchester ke London, Rowling mendapat idea sebuah cerita tentang kisah seorang budak lelaki bersekolah di sebuah sekolah magikal untuk ahli sihir

• Selepas pulang dari Manchester, dia mengambil keputusan untuk mengajar sebagai guru Bahasa Inggeris dan berpindah ke Portugal , dimana Rowling bertemu jodoh dan berkahwin dengan seorang jurnalis, Jorge Arantes pada tahun 1992. Lalu melahirkan seorang anak perempuan,Jessica Isabel, pada tahun 27 July tahun seterusnya

Inspirasi Harry Potter• Sayangnya ,perjalanan hidup Rowling

dengan suaminya gagal beberapa bulan seterusnya.Kemudian , Rowling berpindah ke Britain dan tinggal di Edinburgh, Scotland, agar beliau boleh berada dekat dengan adik beliau, Diana.

• Tetapi ,sebagaimana penulis yang sejati, beliau mengumpulkan semua pengalaman buruk dan menukarkannya kepada idea kreatif, dengan menggunakan perasaan

dari pengalamannya dengan menukarkannya kepada watak penyedut-kebahagiaan dalam novel Harry Potter iaitu penjaga penjara Azkaban, Dementor..

Harry Potterand the philosopher’s stoneand the chamber of secretsand the prisoner of Azkaban

and the goblet of fireand the order of phoenixand the half-blood princeand the deathly hallows

Yakin seorang Ibu• Mencipta watak Harry Potter tidaklah semudah

mana bagi seorang ibu tunggal .Terdapat banyak selekoh tajam yang Rowling cipta pada setiap cerita Harry Potter . Itulah kualiti Rowling.

• Pada kebiasaanya, Rowling akan membawa bayi kecilnya bersiar-siar sehingga dia tertidur. Lalu, Rowling akan singgah di Nicholson’s Café , tempat dimana lahirnya idea besar Harry Potter…

Harry potter and the Philosopher’s Stone…

• Pada tahun 1995, lengkaplah novel siri Harry Potter pertama yang bertajuk Harry Potter and the philosopher’s Stone .Lalu menghantarnya kepada ejen-ejen penulisan . Seorang pembaca yang diikenali sebagai Bryony Evans , dari Christopher Little Literary Agents, yang memang sudah mengenali kualiti Rowling, bersetuju untuk mempersembahkan karyanya kepada lebih kurang dari 12 penerbit .

Berita Gembira !Ianya selama setahun sebelum Rowling menerima berita gembira bahawa karya beliau sudah mempunyai penerbit iaitu syarikat penerbitan, Bloomsbury. Ini kerana, Alice Newton, anak kepada pengerusi syarikat Bloomsbury sangat kagum akan karya pertama Rowling. Oleh itu , Rowling mendapat bayaran awal sebanyak £1,500 bagi novel pertamanya dengan cetakan sebanyak 1000 dan 500 yang dijual kepada perpustakaan awam.

Novel Harry Potter yang semakin lama semakin terkenal, menyebabkan kebolehan Rowling juga semakin dikenali ramai . Malahan , novel Harry Potter juga menyebabkan Rowling menjadi juara sebanyak tiga kali bagi pertandingan Nestle Smarties. Tidak juga menghairankan bahawa Rowling pernah dinobatkan sebagai Author Of The Year di British Book Awards pada tahun 2000.

Kejayaan Rowling• Pada tahun 1998 , dalam jangka masa yang pendek

selepas novel ‘Harry Potter and the Philosopher’s Stone’ diterbitkan, Rowling bersetuju agar karya beliau difilemkan oleh sebuah syarikat rakaman, Warner Brothers. Dengan persetujuan itu, ini menjadikan Rowling wanita terkaya British . Malah lebih kaya daripada Ratu . Apabila novel Harry Potter yang keempat diterbitkan, bilangan cetakan novel itu berjaya memecahkan rekod cetakan sebelumnya dengan jumlah cetakan sebanyak 372,000 cetakan di United Kingdom dan sebanyak 3000,000 cetakan di United States, America dalam masa 48 jam.

Perkahwinan Rowling• Pada Disember 2001, Rowling telah mengahwini Neil

Micheal Murray dengan acara perkawinan yang tidak begitu meriah dan tanpa siaran langsung di televisyen atau kemera ‘ paparazi ‘. Pada Mac 2003 David Gordon Rowling Murray dilahirkan dan pada Januari 2005, anak perempuan Rowling, Mackenzie Jean dilahirkan.

Rowling….• Apabila dia mengambil bahagian dalam

sebuah dokumentari yang dikenali sebagai ‘BBC documentary’ , Rowling melinangkan air mata apabila dia melawat sebuah flat di Edinburgh, Scotland , tempat dimana beliau melengkapkan novel pertama Harry Potter beliau dan berkata “This is where I turned my life around”

Kalau Aku Kaya !• Novel-novel Harry Potter telah membuatkan

Rowling kaya ! Dan pada 2008 Sunday Times Rich List , nama Rowling telah dicatatkan sebagai rakyat terkaya Britain yang ke-144…

The Tales of Beddle the Bard• Pada Disember 2008, buku baru

Rowling, ‘The Tales of Beedle the Bard’ telah diterbitkan . Semuanya semata-mata untuk mengumpul dana bagi ‘ Children’s High Level Group’ yang kini dipanggil Lumos .

Bersama Keluarga• Selepas buku Harry Potter yang terakhir,

Harry Potter and the Deathly Hallows diterbitkan . Rowling tidak bercadang untuk menulis novel yang ke-8 dalam siri Harry Potter . “ In ten years time , I might want to return to it, but I think it’s unlikely .” Dia juga berkata yang dia ingin meluangkan lebih masa bersama anak-anaknya, “ –because that’s what I enjoy”

A Casual Vacancy• Pada 12 April 2012, Rowling telah menerbitkan

sebuah lagi buku yang bertajuk ‘ A Casual Vacancy’ yang mengisahkan cerita tentang peperangan kampung, kekayaan lawan kemiskinan, pergaduhan antara remaja dan ibubapa, pergaduhan antara isteri dan suami, guru dan murid… Buku ini juga akan diterbitkan oleh syarikat penerbitan ‘ Little Brown ‘pada 27 September 2012.

Kenangan…• Rowling tidak pernah melupakan Harry Potter

sedang dia menyiapkan projek “Pottermore” bersama Sony. Malahan ‘website’ juga membuka dunia Harry Potter kepada peminat-peminat Harry Potter untuk mencari maklumat tentang novel itu,watak-watak Harry Potter dan permainan alamaya yang dipanggil ‘Book Of Spells’ pada pengukuhan baru Wonderbook yang akan diterbitkan pada Krismas 2012

Watak Utama Harry Potter

Daripada filem awal dan akhir, pelakon yang terlibat merupakan pelakon yang sama . Pelakon-pelakon tersebut melakonkan watak mereka daripada filem Harry Potter yang pertama sehingga filem Harry Potter yang terakhir iaitu ’Harry Potter and the Deathly Hallows’…

Watak Harry Potter dilakonkan oleh Daniel Radcliffe

Watak Ron Weasley dilakonkan oleh Rupert Grint

Watak Hermoine Granger dilakonkan oleh Emma Watson

Maka, filem Harry Potter ini mengambil masa yang lama untuk

lengkap

• Terima kasih buat J.K Rowling kerana berjaya menerbitkan sebuah buku yang mengagumi rakyat dari seluruh negara di dunia . Sebuah buku yang telah mengubah persepsi seluruh manusia yang..

Imaginasi mengubah semuanya

If you can Dream it,You can Do it..

-Walt Disney

Harry Potter

Dalam mimpi,Kita memasuki dunia milik kita sesungguhnya,Biarkan mereka berenang dalam lautan paling

dalamatau

mencapai awan paling tinggi..

Magic comes in

many forms

Dreams Do Come True

Just Keep Believing

Tajuk persembahan:Usahawan Berjaya

Disediakan Oleh:Ain

Inspirasi dari:Shakira,Farhana,Farhani

Nama kumpulan:Buddiezz

Ketua Kumpulan:Ain Nur Iffah

Setiausaha:Shakira

Penasihat:Farhana

Penjana Utama:Farhani

TERIMA KASIH

J . K Rowling’ sHarry Potter …

Life is Not Theory

Life is Action !

The End..

top related