unsur unsur seni

Post on 29-Jun-2015

9.703 Views

Category:

Documents

11 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

UNSUR-UNSUR SENI

ASAS SENI REKA

GARISAN-

• GARISAN IALAH SATU DERETAN TITIK YANG BERSAMBUNG-SAMBUNG YANG MEMPUNYAI JARAK TERTENTU• GARISAN BOLEH DIOLAH UNTUK MENCIPTA RUPA, JALINAN, TON, CORAK, DAN UNTUK MENIMBULKAN BENTUK, RUANG, DAN PERGERAKAN.• GARISAN TERDAPAT PADA BENDA ALAM DAN BENDA BUATAN MANUSIA.i. GARISAN PADA BENDA BUATAN MANUSIA:

- GARISAN PADA TALI, BAKUL ANYAMAN, KAIN TENUNAN, BANGUNAN, TAYAR KERETA, CORAK FABRIK, JALA, PENAPIS   DAN SEBAGAINYA.

ii. GARISAN PADA ALAM SEMULAJADI:- GARISAN PADA BATU, HAIWAN DAN TUMBUHAN SEPERTI AKAR TUMBUHAN, TALI, URAT-URAT DAUN, OMBAK DI LAUTAN, TITIS-TITIS HUJAN, KULIT HAIWAN DAN TUMBUHAN, BATU MARMAR, KULIT KAYU DAN SEBAGAINYA

Jenis-jenis Garisan

• Garisan Halus• Garisan Tebal• Garisan Beralun• Garisan

Berpancar• Garisan

Berlingkar• Garisan

Berserabut• Garisan Bersudut-

sudut• Garisan Bergeriji• Garisan Berbiji• Garisan Berbulu• Garisan putus-

putus• Garisan Berduri

Fungsi Garisan

• Garisan Menimbulkan rupa

• GarisanMenimbulkan Bentuk

• Garisan Menimbulkan Ilusi Cahaya dan Bayang

• Garisan Mewujudkan Ruang

• Garisan Menghasilkan Jalinan

• Garisan Menghasilkan Motif pada Reka Corak

• Garisan Menghasilkan Ton

• Garisan Menghasilkan pelbagai Asas Corak Garisan Grid

APLIKASI GARISAN DALAM KARYA SENI

CONTOH- CONTOH GARISAN

1. Lukisan2. Catan3. Anyaman4. Tenunan5. Kolaj6. Pualaman7. Arca8. Gurisan9. Cetakan10. Resis (batik / ikat celup)

MAKSUD JALINAN

Jalinan merupakan kesan yang terdapat pada permukaan Sesuatu benda, seperti kesan pada permukaan kulit durian, kulit rambutan,tapak kasut, kulit kayu, bulu kucing, belang pada harimau dan lain-lain.

Jalinan pada benda buatan manusia dan benda ciptaan Tuhan memberi kesan Tampak yang berbeza.

Setiap objek yang berjalinan, mempunyai fungsi dan nilai-nilai yang tersendiri.

JENIS-JENIS JALINAN

-Merupakan kesan permukaan yang dapat dilihatdan dirasa melalui sentuhan seperti, permukaan batu, kulit kayu, kulit kerang

- Jalinan sentuh dapat dipindahkan ke permukaan 2 dimensi melalui beberapa teknik seperti capan, cetakan, gosokan dan sebagainya

Merupakan kesan jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan seperti, sayap rama-rama, kulit tembikai, kertas pembalut hadiah, kertas dinding, corak tekstil dan sebagainya.

JALINAN TAMPAKJALINAN SENTUH

MAKSUDRUPA

• Rupa ialah hasil daripada pertemuan hujung garisan dengan permulaannya.

• Rupa boleh dihasilkan daripada garisan, warna dan jalinan.

• Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan, tiga segi, empat segi dan lain-lain rupa yang bersudut.

• Dicipta dengan menggunakan alatan khas iaitu pembaris, set geometri dengan ukuran-ukuran tertentu

• Contoh Geometri

•Rupa organic merujuk kepada rupa bebas yang tidak dapat diukur sudutnya seperti rupa daun, rupa orang, rupa ikan dan sebagainya.

•Dihasilkan secara spontan

•Contoh Organik

JENIS-JENIS RUPA

RUPA GEOMETRI RUPA ORGANIK

PERBEZAAN

RUPA POSITIF RUPA NEGATIF

•Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan tertentu.

•Contoh rupa positif

•Rupa negatif ialah ruang di sekeliling rupa objek tersebut.

•Contoh rupa negatif

•Rupa dalam aktiviti mencorak merupakan susunan rupa yang berulang-ulang dengan jarak dan kedudukan tertentu.

Rupa dalam Aktiviti

Mencorak

•Rupa boleh di ubah menjadi lambang atau simbol kepada sesebuah syarikat, persatuan dan pertubuhan.

Rupa dan Lambang

/ logo

•Muka taip ialah jenis-jenisrupa berbentuk huruf.

Rupa dan Muka Taip

MAKSUD

BENTUK

• Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu. Ia mempunyai lebih daripada satu permukaan dan bersifat tiga dimensi (3D)

CIRI-CIRI

BENTUK

• Bersifat tiga dimensi (3D) – mengandungi ketinggian, lebar dan kedalaman

• Berstruktur - mempunyai rangka yang membolehkan membentuk form atau isipadu dengan tepat dan sempurna

• Boleh dilihat dari semua arah – mempunyai lebih dari satu permukaan

• Terdapat bayangan – mempunyai kesan cahaya dan bayang

•Bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi dan dapat dirasa, disentuh dan dilihat daripada pelbagai sudut.

• Contoh bentuk konkrit

•Bentuk ilusi ialah bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran penggunaan unsur-unsur seni seperti warna, garisan dan lain-lain

•Contoh bentuk ilusi

BENTUK KONKRIT BENTUK ILUSI

JENIS-JENIS BENTUK

RUANG• Ruang ialah kawasan

kosong di sekeliling objek, jarak antara dua objek, atau rongga dalam sesuatu objek.

MAKSUD RUANG

• Ruang nyata – ruang sebenar yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit

• Ruang tampak – ruang yang hanya dapat dilihat dalam seni tampak seperti lukisan, catan dan cetakan (bukan sebenar)

JENIS-JENIS

RUANG

JENIS WARNA

ASAS

SEKUNDER

TERTIER

ASAS SEKUNDER TERTEIR

Merah, biru, dan kuning (tidak boleh dihasilkan dengan campuran warna lain)

Campuran dua warna asas (Hijau=Biru + Kuning, Jingga=Kuning + Merah dan Ungu=Merah + Biru)

Campuran warna asas dengan warna sekunder

GUBAHAN WARNA

Warna harmoni

Warna bersebelahan dalamroda warna(warna sekeluarga,selesa dan seimbang)

Warna sewarna

Warna yang bertentangan dalam roda warna (menimbulkan kesan segar, kaya, kontra, getaran dan pergerakan)

Warna penggenap

Hanya satu warna yang mempunyai pelbagai ton (daripada terang kepada gelap)

SUHU WARNA

•Warna panas

Warna antara warna merah ungu hingga kuning hijau pada roda warna (menimbulkan kesan bertenaga, garang, harapan, perang, meriah dsb)

•Warna sejuk

Warna antara hijau hingga ungu pada roda warna (menimbulkan kesan sejuk, sedih, damai dan tenang)

SEKIAN,TERIMA KASIH

top related