tukar hak milik kenderaan dilaksanakan di bawah seksyen 13 akta pengangkutan jalan 1987 di mana...
Post on 13-Jan-2016
270 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Tukar Hak Milik Kenderaan dilaksanakan di bawah Seksyen 13 Akta Pengangkutan Jalan 1987 di mana sebarang tukar hak milik kenderaan mesti dimaklumkan kepada Pengarah JPJ Negeri dalam tempoh 7 hari.
Dokumen yang diperlukan
A. KENDERAAN PERSENDIRIAN
1. Kenderaan Persendirian Individu
I. 2 salinan Borang Senarai Semak TM-1 (Pind. 1/2012); TM-1II. 2 salinan JPJK3 yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pemilik berdaftar dan pemilik baru; Borang JPJ K3III. Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal (JPJK2);
IV. Salinan dokumen pengenalan identiti pemilik berdaftar dan pemilik baru menggunakan TM-AB (jika tidak hadir semasa permohonan dikemukakan) *bagi kategori individu dan perniagaan milikan tunggal sahaja; TM-ABV. Salinan asal dan fotostat dokumen pengenalan identiti wakil (jika permohonan dikemukakan oleh wakil)
VI. Surat/Keratan pembatalan tuntutan hakmilik pemilik berdaftar (selain e-Hakmilik);
VII. Laporan Pemeriksaan Tukar Milik oleh PUSPAKOM yang masih berkuatkuasa (selain motosikal)2. Kenderaan Persendirian Perniagaan Milikan Tunggal/Perkongsian
I. 2 salinan Borang Senarai Semak TM-1 (Pind. 1/2012); TM-1II. 2 salinan JPJK3 yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pemilik berdaftar dan pemilik baru; Borang JPJ K3III. Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal (JPJK2);
IV. Salinan dokumen pengenalan identiti pemilik berdaftar dan pemilik baru menggunakan TM-AB (jika tidak hadir semasa permohonan dikemukakan) *bagi kategori individu dan perniagaan milikan tunggal sahaja; TM-ABV. Salinan asal dan fotostat dokumen pengenalan identiti wakil (jika permohonan dikemukakan oleh wakil)
VI. Bagi perniagaan perkongsian, surat persetujuan penjualan daripada semua ahli rakan kongsi perniagaan tersebut;
VII. Salinan dokumen pendaftaran perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian;
VIII. 1 Borang D (Perakuan Pendaftaran Perniagaan); atau
IX. 2 Lesen Perniagaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan (Sabah dan Sarawak);
X. Surat/Keratan pembatalan tuntutan hakmilik pemilik berdaftar (selain e-Hakmilik); dan
XI. Laporan Pemeriksaan Tukar Milik oleh PUSPAKOM yang masih berkuatkuasa (selain motosikal
top related