tugasan qgj 3063 sukan berpasukan bola baling
Post on 11-Aug-2015
190 Views
Preview:
TRANSCRIPT
ISI KANDUNGAN HALAMAN
1.0 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BOLA BALING 3
1.1 Pengenalan dan asal-usul 3
1.2 Perkembangan sukan bola baling 3
1.3 Sejarah Bola Baling 4
2.0 KEMAHIRAN ASAS DALAM PERMAINAN BOLA BALING. 7
2.1 Kemahiran Hantaran bola. 7
2.2 Kemahiran menyambut / menangkap bola. 10
2.3 Kemahiran Menggelecek, Mengacah dan Mengawal Bola 14
2.4 Kemahiran menjaring bola. 15
3.0 PROSEDUR / ANSUR MAJU LATIHAN KEMAHIRAN ASAS BOLA BALING21
4.0 LATIHAN ANSUR MAJU / JUSTIFIKASI LATIHAN 23
4.1 Ansur Maju Kemahiran Menghantar Bola 23
4.2 Ansur maju kemahiran menangkap bola 24
4.3 Ansur Maju Kemahiran Menjaring 24
4.4 Ansur Maju Kemahiran Mengadang Bola 26
5.0 PERALATAN PERMAINAN 27
5.1 Gelanggang Bola Baling Dan Ukuran 27
5.2 Bola 27
5.3 Tiang Gol 28
5.4 Pemain Dan Pakaian 29
6.0 LIMA PRINSIP LATIHAN DALAM SUKAN BOLA BALING 30
6.1 Perkembangan holistik 30
6.2 Pelbagaian latihan 30
6.3 Ciri-ciri individu 31
6.4 Prinsip ansur maju. 31
6.5 Prinsip latihan perkembangan menyeluruh 32
7.0 RUMUSAN 33
BIBLIOGRAFI 34
1.0 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BOLA BALING
1.1 Pengenalan dan asal-usul
Permainan bola baling berasal dari Eropah dan telah diubah suai daripada permainan-
permainan asal seperti Czeska Hasenka di Czechoslovakia, Handbold di Denmark dan Korball
serta Raffball di Jerman. Pada Perang Dunia Pertama, permainan yang pernah dikenali sebagai
Torball ini membabitkan tujuh orang pemain namun telah diubah kepada 11 orang sepasukan
dan dimainkan di padang bola sepak pada tahun 1917 di Jerman dan secara rasminya dikenali
sebagai handball.
1.2 Perkembangan sukan bola baling
Peringkat Antarabangsa
Pada tahun 1926, Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) telah menubuhkan
satu jawatankuasa khas bagi menyelaraskan undang-undang permainan ini. Kesatuan Bola
Baling Amatur Antarabangsa (IAHF) pula ditubuhkan di Amsterdam pada tahun 1928 dan Avery
Brudge dari Residen Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) dilantik sebagai ahli piagam kesatuan
tersebut. Sebanyak 23 buah negara menganggotai kesatuan ini pada tahun 1936 apabila
pertandingan bola baling buat kali pertama dalam Sukan Olimpik di Berlin. Pada tahun 1946,
IAHF telah digantikan dengan sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Kesatuan Bola Baling
Antarabangsa (IHF). Kesatuan ini menyatakan bahawa hanya tujuh orang pemain sepasukan
dalam permainan bola baling dan dimainkan di padang atau gelanggang seperti permainan bola
keranjang.Di peringkat dunia, sukan bola baling dimonopoli oleh beberapa negara seperti
Jerman, Yugoslavia, Rusia, Romania, Czechoslovakia, Hungary dan Poland. Di Asia pula negara
yang menguasai sukan ini ialah Jepun, China dan Korea.
Peringkat Kebangsaan (Malaysia)
Permainan bola baling telah diperkenalkan oleh Encik Lim Hock Han, iaitu Pengarah
Bahagian Sukan di Pejabat Pendidikan Selangor pada tahun 1976 kepada sekumpulan guru dan
pelajar di Selangor. Pada tahun 1978, sebuah jawatankuasa kerja bola baling telah
dipengerusikan oleh Encik Cheah Hai Su dan banyak kursus-kursus bola baling seperti
2
pengenalan permainan, pengadilan dan kejurulatihan dijalankan untuk guru-guru sekolah bagi
memperkenal sukan ini kepada pelajar sekolah. Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor dan
Wilayah Persekutuan kategori lelaki dan wanita julung-julung kali diadakan pada 2 Jun 1982 dan
telah mendapat perhatian 12 pasukan dari Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Pahang dan
Universiti Malaya. Pada 11 September 1982, Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor dan
Wilayah Persekutuan telah didaftarkan secara rasmi manakala Persekutuan Bola Baling Malaysia
didaftarkan secara rasmi pada tahun 1985 dan Encik Cheah Hai Su dilantik sebagai presiden
yang pertama. Pada tahun 1986, kesatuan ini telah menjadi ahli gabungan Kesatuan Bola Baling
Asia.. Bola Baling Kebangsaan yang pertama bagi lelaki dan wanita telah diadakan pada 7
Disember 1985. Pada tahun 1994, Persekutuan Bola Baling Malaysia telah memperoleh
kepercayaan untuk menganjurkan Kejohanan Bola Baling antara Kelab-kelab Negara Komanwel.
Sebanyak tujuh buah negara mengambil bahagian termasuk Malaysia.
Logo Pertubuhan Bola Baling
Rajah 1.1 Logo pertubuhan bola baling daripada pelbagai peringkat
1.3 Sejarah Bola Baling
Permainan bola baling berasal dari Eropah. Permainan ini merupakan satu permainan
yang telah diubahsuai dari permainan-permainan seperti Czeska Hasenka di Czehoslovakia,
Handbold di Denmark dan Korball serta Raffbold di Jerman. Semasa perang dunia kedua,
permainan ini dikenali sebagai Torball yang dimainkan seramai tujuh orang. Pada tahun 1917,
bilangan pemain telah ditambah menjadi sebelas orang dan dimainkan di padang bola sepak.
Permainan ini telah diasaskan oleh Heizer di Jerman.
3
Pada tahun 1926, Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) telah menubuhkan
satu jawatankuasa khas untuk menyelaraskan permainan ini. Kesatuan Bola Baling Amatur
Antarabangsa (IAHF) telah ditubuhkan oleh Avery Brudge di Amsterdam. Pada tahun 1936, bola
baling buat pertama kalinya dipertandingkan dalam sukan Olimpik yang diadakan di Berlin.
Enam buah negara telah menyertainya dan negara Jerman telah muncul sebagai juara. Pada tahun
1938 sekali lagi, Jerman menjadi juara dalam Kejohanan Bola Baling Sedunia di mana 10 buah
negara telah menyertainya. Pada tahun 1946, (IAHF) telah ditukar kepada Kesatuan Bola Baling
Antarabangsa (IHF). Kesatuan ini menggalakkan permainan menggunakan tujuh orang
sepasukan. Sekali lagi Kejohanan Bola Baling Sedunia telah diadakan pada tahun 1956 dan kali
ini Sweden pula telah menjadi juara. Pada tahun 1956, undang-undang permainan ini telah
diubahsuai dan diguna pakai sehinggalah ke hari ini.
Antara negara yang menguasai permainan ini ialah Jerman, Yugoslavia, Rusia, Romania,
Czechoslovakia, Hungury dan juga Poland. Di Asia, Jepun, China dan Korea adalah antara
negara yang terkuat di mana pasukan wanita Korea Selatan telah memenangi pingat emas dalam
Sukan Olimpik tahun 1988 manakala pasukan lelaki telah memenangi pingat perak. Pada hari
ini, sebanyak 68 buah negara telah mendaftar dengan IMF. Sementara itu, Kesatuan Bola Baling
Asia pula telah ditubuhkan pada tahun 1974 semasa Sukan Asia di Teheran sedang berlangsung.
Ibu pejabat kesatuan ini ialah di Kuwait.
Permainan bola baling di Malaysia dianggap satu permainan yang baru. Ia mula
diperkenalkan pada tahun 1976 oleh Lim Hock Han. Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor
dan Wilayah Persekutuan secara rasminya telah didaftarkan pada 11 September 1985. Cheah Hai
Su telah dilantik sebagai presiden dan Lian Chin Nam sebagai Naib Presiden. Pada tahun 1986,
persekutuan ini telah menjadi ahli gabungan Kesatuan Bola Baling Asia. Kejohanan Bola Baling
Terbuka Selangor dan Wilayah Persekutuan yang pertama telah diadakan pada 2 Jun 1982.
Kejohanan Bola Baling Kebangsaan pula telah diadakan pada 7 Disember 1985 di mana 11
pasukan telah mengambil bahagian. Mulai tahun 1987, permainan bola baling telah diterima
sebagai satu permainan yang dipertandingkan di peringkat kebangsaan di bawah kelolaan Majlis
Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM).
4
Di peringkat sekolah, MSSM telah menganjurkan dua kursus iaitu di Kompleks TUDM,
Lumut pada tahun 1985 dan di Sekolah Menengah Sains Selangor pada tahun 1986 untuk
melatih guru dari semua negeri dalam aspek kejurulatihan dan pengadilan. Di maktab perguruan
pula, permainan ini telah disenaraikan dalam kegiatan kokurikulum pelajarnya dan menjadi salah
satu permainan yang dipertandingkan antara maktab-maktab perguruan dalam Pestarama Maktab
mulai tahun 1985.
Di Malaysia, permainan bola baling mula diperkenalkan pada tahun 1976 kepada
sekumpulan guru dan pelajar di Selangor oleh Encik Lim Hock Han. Ketika itu, beliau bertugas
sebagai pengarah Bahagian Sukan di Pejabat Pendidikan Selangor dan kemudian di Universiti
Malaya. Seterusnya, satu jawatankuasa kerja bola baling yang dipengerusikan oleh Encik Cheah
Hai Su dari Unit Pendidikan Jasmani Dan Sukan, Kementerian Pendidikan telah ditubuhkan pada
tahun 1978. Sejak itu, kursus-kursus bola baling untuk guru-guru telah dijalankan untuk
mempopularkan permainan ini dalam kalangan pelajar sekolah.
Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor dan Wilayah Persekutuan bagi lelaki dan
wanita buat kali pertama telah diadakan pada 2 Jun 1982. Kejohanan ini telah disertai 12 buah
pasukan dari Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Pahang dan Universiti Malaya. Persatuan
Bola Baling Olimpik Selangor dan Wilayah Persekutuan telah didaftarkan secara rasmi pada 11
September 1982. Persekutuan Bola Baling Malaysia pula telah didaftarkan secara rasmi pada
tahun 1985. Di peringkat sekolah, MSSM telah menganjurkan dua kursus bola baling bagi
melatih guru dalam aspek pengadilan dan kejurulatihan.
5
2.0 KEMAHIRAN ASAS DALAM PERMAINAN BOLA BALING.
2.1 Kemahiran Hantaran bola.
Dalam permainan Bola Baling terdapat beberapa cara penghantaran bola yang sama dengan cara-cara yang digunakan dalam permainan bola keranjang dan bola jaring. Jenis hantaran yang biasa digunakan adalah seperti berikut :
a) Hantaran bahu
b) Hantaran lantun
c) Hantaran aras dada
d) Hantaran lompat
e) Hantaran sisi
6
1
Hantaran Lob
Hantaran Lantun Dua Belah TanganHantaran Lantun Sebelah Tangan
Hantaran SisiHantaran Paras Dada
Hantaran Atas KepalaHantaran Atas Bahu
TEKNIK DAN KEMAHIRAN ASAS BOLA BALINGJenis Hantaran
1. HANTARAN BAHU
Cara menghantar bola yang sering digunakan oleh pemain dalam permainan Bola Baling.
Biasanya, cara ini dilakukan semasa membuat hantaran jauh. Kelebihan cara ini ialah persediaan
hantaran ini boleh mengelirukan pihak lawan. Dari keadaan bersedia, pemain boleh terus
mengelecek, menjaring, menukar hala hantaran atau memusingkan badannya.
Hantaran atas bahu
Bola dipegang melepasi paras bahu dan di bawa ke belakang kepala
Kedudukan siku yang memegang bola di bengkokkan dengan kedudukan lengan condong
sedikit ke sisi.
Bahagian atas badan tegak kepala didongakkan sedikit dan mata memandang kesasaran
Pemain mengambil langkah kehadapan menggunakan kaki yang berlainan dengan tangan
yang membaling memindahkan berat badan dan kaki belakang ke kaki hadapan
Semasa pemindahan berat badan,siku bagi tangan membaling dibawa kehadapan dengan
segera dan membuat hayunan lengan dengan
Kuat.pergelangan tangan disentap kebawah diikuti dengan jari-jari semasa melepaskan
bola.jari telunjuk menghala kesasaran di akhir perlakuan.
Tangan bebas dihalakan kesasaran
Lutut hendaklah dibengkokkan sedikit.semakin jauh jarak baling,semakin luas langkah
pertama.ini akan membantu keseimbangan dan kawalan pemain.biasanya langkahan
dihalakan ke sasaran.
2. HANTARAN LANTUN
Dilakukan apabila membuat hantaran secara mengejut. Kelemahannya adalah bola itu
dapat disekat oleh pihak lawan yang bertindak balas pantas. Hantaran ini biasanya dilakukan
dengan sebelah tangan.
Hantaran lantun
Bola dipegang pada ‘posisi triple-threat’
Kedudukan siku yang memegang bola dibengkokkan dengan kedudukan lengan condong
sedikit ke sisi
Bahagian atas badan condong dan mata memandang ke sasaran
7
Pemain melantunkan bola dengan melangkah kaki menggunakan kaki yang berlawanan
dengan tangan membaling.pemindahan berat badan dan kaki belakang ke kaki hadapan
Lengan ikut lajak ke arah sasaran
3. HANTARAN LOMPAT
Ini adalah satu lagi gerak keliru yang berasal dari permainan bola keranjang. Biasanya
apabila seorang penyerang melompat untuk menjaring tidak berpeluang membuat demikian, ia
akan membuat hantaran terus kepada kawannya supaya bola tidak terlepas kepada pihak lawan.
Hantaran lompat
Bola dipegang melepasi paras bahu dan dibawa kebelakang kepala
Kedudukan siku yang memegang bola dibenkokkan ddengan kedudukan lengan condong
sedikit ke sisi
Bahagian atas badan tegak,kepala didongakkan sedikit dan mata memandang ke sasaran
Pemain melonjak kehadapan menggunakan kaki yang berlainan dengan tangan
membaling pemindahan berat badan dan kaki belakang kekaki hadapan.
semasa pemindahan berat badan ,siku bagi tangan membaling di bawa kebelakang
dengan segera dan membuat hayunan lengan dengan kuat.pergelangan disentapkan
kebawah diikuti dengan jari-jari semasa melepaskan bola.jari menghala kesasaran di
akhir perlakuan.
Tangan bebas dihalakan ke sasaran
Lengan ikut lajak ke arah sasaran
4. HANTARAN SISI
Cara hantaran sisi juga digunakan bila membuat hantaran jarak dekat dan pantas. Pemain
tidak perlu memusingkan badannya untuk menghadap ke arah penerima hantarannya apabila
hantaran sisi dilakukan. Hantaran cara ini banyak melibatkan pergerakan pergelangan tangan dan
memang sesuai bagi pemain yang mempunyai tapak tangan yang besar.
8
Hantaran sisi
Hantaran ini dilakukan secara menyisi kesasaran
Pemain daripada keadaan kedudukan ‘posisi triple-threat’,mengankat siku tangan
membaling menghala kesasaran
Pada masa yang sama,pemain meluruskan lengan dan menghayunkannya kesasaran
Semasa lengan lurus,pergelangan tangan disentap diikuti dengan jari-jari semasa
melepaskan
Lengan ikut lajak kearah sasaran
5. PRINSIP ASAS HANTARAN BOLA
Keberkesanan sesuatu hantaran bola oleh seorang pemain bola dilihat dari sejauh mana
hantaran itu memenuhi prinsip-prinsip asas yang berikut:
a) Suai-masa (timing) – bilakah bola patut dilepaskan?
b) Ketepatan – adakah bola ditujukan kepada sasarannya?
c) Arah – ke manakah bola dihantar supaya permainan menjadi positif?
d) Kekuatan – sekuat manakah boal patut dibaling dalam situasi yang dihadapi oleh pemain
supaya sesuai dengan jarak dan kedudukan pemain yang menerima bola?
2.2 Kemahiran menyambut / menangkap bola.
Prinsip utama dalam menangkap bola ialah mengawal, mematikan kelajuan bola,
memegangnya dengan baik dan terus mengawalnya dengan menggunakan kedua-dua belah
tangan yang berkedudukan relaks.
Pelbagai cara tangkapan boleh dilakukan dengan paling penting ialah setiap tangkapan
hendaklah dilakukan dengan tepat tanpa mengira kelajuan atau jenis hantaran yang dibuat oleh
rakan. Bagaimanapun, tangkapan yang tepat dan betul bermula daripada lontaran atau hantaran
yang tepat atau sempurna.
9
10
2
RendahMenyambut Bola
Menyambut Bola Tinggi
Sebelah TanganMenyambut Bola dengan
Menyambut Bola Aras Muka
Kedudukan Tangan dan Jari Semasa Menyambut Bola
Kemahiran Menyambut Bola
Untuk menangkap bola dengan tepat dalam apa jua keadaan dan situasi permainan, seorang
pemain mestilah memberikan perhatian pada faktor-faktor berikut:
1. Penglihatan pemain hendaklah fokus pada bola dan penghantarnya.
2. Kedua-dua belah tangan direnggangkan dan dihulurkan ke arah bola.
3. Tangan dan jari hendaklah dalam kedudukan terbuka semasa membuat tangkapan. Ibu jari
berfungsi sebagai penahan bola.
4. Setelah berjaya ditangkap, bola hendaklah dirapatkan ke dada dalam kedudukan yang
selamat.
5. Kedudukan sebelah kaki hendaklah ke depan dan harus berjarak seluas bahu dengan kaki
belakang.
6. Sepanjang pergerakan untuk menangkap bola, pemain hendaklah berada dalam kedudukan
seimbang.
7. Bola yang diterima berada di atas pinggang perlu ditangkap dengan tangan terbuka dan jari-
jari menunjuk ke atas dengan ibu jari membentuk W di belakang bola. Untuk bola yang berada di
bawah pinggang, tangan diterbalikkan dan bola disentuh hanya pada jari. Untuk menangkap bola
terlalu rendah, satu kaki dikeluarkan ke depan, lalu lutut membengkok dan tangan terbalik.
Pemain perlu berupaya menangkap pelbagai hantaran seperti hantaran tinggi, hantaran rendah
dan hantaran sisi sama ada dalam kedudukan bergerak atau statik.
CARA MENANGKAP BOLA
1. Dengan kedua-dua belah tangan – bola aras muka
Apabila hendak menangkap bola setinggi aras muka, pemain seboleh-bolehnya hendaklah berada
di belakang hala pergerakan bola itu. Kedua-dua belah tangan dihulur secara lurus ke hadapan
untuk menangkap bola. Sebaik sahaja ditangkap bola hendaklah dibawa dekat badan untuk
kawalan yang lebih baik.
11
2. Dengan kedua-dua belah tangan – bola rendah
Untuk menangkap bola rendah pemain perlu merendahkan badannya dan kedua-dua belah tangan
dihulur untuk menerima bola yang menuju kepadanya. Jari-jari menghala ke bawah semasa
menangkap bola.
3. Menangkap bola dengan sebelah tangan
Cara ini hanya dapat dilakukan dalam situasi apabila penerima bola tidak menghadapi tekanan
atau gangguan daripada pihak lawan semasa hantaran dibuat. Penerima hendaklah memerhatikan
bola sehingga dapat ditangkapnya. Untuk kawalan bola yang kemas, keseluruhan tapak tangan
yang menangkap bola hendaklah berada di belakang bola.
4. Menangkap bola tinggi
Jika perlu pemain hendaklah melompat untuk menangkap bola hantaran tinggi. Faktor yang
sangat penting dalam situasi ini adalah lompatan hendaklah dibuat pada masa yang tepat. Kedua-
dua belah tangan dihulur ke atas untuk menangkap bola. Sebaik sahaja mendarat, bola hendaklah
dibawa rapat ke badan supaya dapat mengawalnya dengan lebih kemas.
KESALAHAN-KESALAHAN MENANGKAP BOLA
1. Memegang bola menggunakan jari dan tidak menggunakan tapak tangan.
2. Tangan yang dihulurkan ke depan berada terlalu rendah dan tidak pula berada terlalu jauh di
belakang.
3. Tidak menggunakan pergelangan tangan.
4. Genggaman yang tidak kemas.
5. Tangkapan yang salah dan tidak mengikut situasi permainan.
12
MEMEGANG BOLA
Selepas menangkap bola, pemain dibenarkan memegangnya tidak lebih daripada 3 saat
sebelum menghantarnya kepada rakan atau terus membuat jaringan gol. Dalam masa yang
singkat ini, pemain menguasai bola sepenuhnya. Pemain perlu memegang bola dengan kedua-
dua belah tangannya kerana jika sebelah tangan digunakan, kemungkinan bola terlepas daripada
pegangannya.
Apabila bola dirapatkan ke dada, ia dipegang erat oleh jari-jari yang dibuka dan
mengarah ke depan. Pegangan yang kukuh ini adalah penting bagi membolehkan pemain
melakukan gerakan yang seterusnya. Umumnya, memegang bola hendaklah menggunakan
kedua-dua belah tangan dan berkedudukan pada aras dada. Pegangan ini hendaklah sekejap
mungkin agar tidak mengganggu pergerakan bola serta memberikan masa dan kesempatan
kepada pemain pertahanan pasukan lawan mengatur pertahanannya atau mematah serangan.
2.3 Kemahiran Menggelecek, Mengacah dan Mengawal Bola
Menggelecek
Suatu pergerakan melantun bola ketanah secara berterusan dengan menggunakan sebelah
tangan atau bertukar tangan tanpa memegang bola.kemahiran ini berkesan dalam tiga situasi
apabila satu lawan satu,bergerak pantas bila ada peluang bergerak berseorangan dan tidak dapat
menghantar bola.
Lutut dibengkokkan lebih kurang 120° dengan imbangan badan yang terkawal.
Menyentuh tangan pada bahagian atas bola manakala jari sentiasa terbuka
Melakukan lantunan bola dengan jari dan bukan dengan tapak tangan
Menolak bola ketanah dengan pergerakan pada pergelangan tangan
Badan hendaklah dibengkokkan sedikit kehadapan
Hendaklah fokuskan penglihatan pada hantaran yang akan dibuat dan bukan pada
bola
Tinggi lantunan hendaklah pada paras sederhana iaitu antara pinggang dan lutut
Untuk membuat hadangan,badan pemain hendaklah sentiasa berdepan dengan
pihak lawan.
13
Mengacah
Lari dapatkan bola diudara dan mendarat dengan imbangan yang baik
Posisi membolehkan pemain untuk mengubah arah bagi mengelirukan pihak
lawan
Gerakkan sebelah kaki kedepan mengawal bola dengan kedua-dua belah tangan
pada paras pinggang
Gerakkan badan kekiri dan kekanan untuk mengelirukan pihak lawan
Dengan pergerakan ini,pemain meju kehadapan dan melakukan gerak keliru
kearah pihak lawan
Mengadang
Mengadang merupakan kemahiran seseorang pemain dalam mengawal pergerakan pemain
lawan daripada menyerang atau menjaringkan gol.matlamat mengadang adalah untuk
menghalang pihak lawan daripada melakukan serangan yang mungkin dilakukan sehingga
menghasilkan gol
Kaki buka seluas bahu untuk mendapatkan sokongan yang kukuh
Lutut bengkok sedikit untuk mendapatkan kestabilan badan
Tangan diangkat menghadang pihak pihak penyerang
Luruskan badan dan kepala
2.4 Kemahiran menjaring bola.
Bola baling ialah sukan yang berkisar tentang menjaringkan gol. Sudah tentu pemain dan
penonton akan berasa puas hati dan gembira apabila gol berjaya dihasilkan, terutamanya jika
hasil gol itu dianggap menarik. Dianggarkan purata jumlah gol yang mampu dijaringkan dalam
sesuatu permainan bola baling ialah 40 gol. Maka, bola baling merupakan permainan yang
banyak menghasilkan gol.
Walaupun kemahiran menjaringkan gol dijangkakan dapat dilakukan oleh semua pemain
kecuali penjaga gol, namun kelebihan dari segi keupayaan perlu ada pada pemain barisan
belakang yang sememangnya ditugaskan menjaringkan gol. Manakala pemain-pemain lain lebih
14
bertanggungjawab dalam mengatur dan melaksanakan taktik dan strategi permainan agar bola
dapat disampaikan kepada barisan belakang yang akan menjaringkan bola.
Kekuatan, kelajuan ketepatan sasaran dan masa adalah antara kualiti utama yang perlu
ada pada pemain bola baling, terutamanya mereka yang ditugaskan mendapatkan gol. Pemain-
pemain juga diharapkan mempunyai ketangkasan pemikiran dan tindakan, bijak merebut
peluang, bijak memintas, tahan lasak dan tidak mudah berputus asa.
15
PRINSIP – PRINSIP UTAMA
Umumnya, terdapat beberapa prinsip utama dalam kemahiran menjaringkan gol dalam permainan bola baling. Antaranya ialah:
16
Kemahiran Menjaringkan Gol
Rejaman Menjunam
Rejaman Lonjakan
Rejaman dari Bawah Lengan
Rejaman dari Atas Kepala
Jaringan ‘Dive’
1. Pemain mempunyai keyakinan diri pada setiap pemain.
2. Pemain dapat mengawal imbangan dan pergerakan dalam tempoh permainan.
3. Pemain memberikan penumpuan sepenuhnya pada gerakan yang hendak dilaksanakan.
4. Pemain mengikut lajak.
5. Pemain bijak mengarah dan menepati sasaran tertentu.
6. Pemain cekap menilai ruang kosong dan kedudukan penjaga gol.
JENIS JARINGAN
1. Jaringan dari Atas Kepala
Jaringan dari atas kepala ialah jaringan yang biasa dan mudah dilakukan, serta mudah
pula untuk mendapatkan gol. Jaringan ini juga paling disukai oleh pemain-pemain baru. Jaringan
ini boleh dilakukan oleh pemain dalam kedudukan statik dan kedudukan bergerak atau berlari.
Teknik melakukan jaringan dari atas kepala ialah:
1. Pemain bergerak satu langkah ke depan.
2. Pemain meletakkan berat badan pada kaki kiri sambil kaki kanan membengkok.
3. Tangan pemain yang memegang bola dibengkokkan sedikit dan dibawa ke belakang kepala pada aras bahu.
4. Satu lonjakan dilakukan oleh pemain sambil tangan yang memegang bola diluruskan ke atas kepala dan membalingnya kuat ke arah sasaran.
5. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak selepas membuat hantaran.
2. Jaringan dari Bawah Lengan
Umumnya, jaringan ini kurang berkesan untuk menghasilkan gol. Namun, ia boleh
dilakukan apabila pemain lawan terdiri daripada pemain yang berbadan tinggi. Kadang-kadang,
pertahanan tinggi kurang memberikan perhatian pada kawalan atau pertahanan rendah. Bola
selalunya diarahkan ke sudut bawah gol pihak lawan.
Teknik melakukan jaringan dari bawah lengan ini adalah seperti berikut:
1. Pemain mengambil satu langkah ke depan dengan kaki kiri. Kaki kanan dibengkokkan
sambil bola dibawa ke belakang bawah aras bahu.
17
2. Tangan pemain yang memegang bola diluruskan sambil kaki kanannya melangkah ke depan
dan seterusnya bola dilontar dengan kuat ke sasaran.
3. Kaki kiri pemain dilajakkan ke belakang dan tangan kanan dilepaskan.
3. Jaringan Lompat
Teknik jaringan lompat adalah hampir sama dengan jaringan dari atas kepala, tetapi
perkara yang terpenting ialah dalam jaringan lompat ialah pemain perlu bergerak tiga langkah ke
depan sebelum membuat jaringan. Walaupun ia agak sukar dilakukan, terutamanya bagi pemain-
pemain baru, namun jika sudah mahir, ia merupakan jaringan yang berbahaya.
Hal ini terjadi kerana dalam kebanyakan perlawanan, banyak gol diperoleh daripada
jaringan ini. Jaringan ini sering dilakukan selepas serangan pantas. Biasanya, jaringan daripada
lompatan dibuat apabila posisi bola berada di puncak lompatan.
Teknik dalam jaringan lompat adalah seperti berikut:
1. Pemain bergerak sebaik-baiknya tiga langkah ke garisan gol. Ketika ini pemain memegang
bola dengan kedua-dua belah tangan.
2. Di luar garisan gol, pemain akan melonjak tinggi ke kawasan gol sambil membuat jaringan
dengan menggunakan sebelah tangan seperti cara jaringan dari atas kepala. Arah yang dituju
ialah satu daripada empat penjuru gol pihak lawan.
3. Pemain akan mendarat dalam kawasan gol selepas bola dilontarkan.
4. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak.
Kelebihan-kelebihan yang ada pada jaringan lompat adalah seperti berikut:
1. Dari mula bergerak hingga membuat lompatan, penjaring yang membuat lompatan sendiri
boleh mengelirukan penjaga gol.
2. Penjaring atau penyerang gol boleh menukar arah jaringan dengan pantas secara
memusingkan bahu dan lengannya.
3. Pemain boleh melontar bola ke tanah untuk dilantunkan dan bergolek ke dalam gol di celah-
celah kaki penjaga gol.
18
4. Oleh sebab penjaring terpaksa melompat untuk membuat jaringan gol, maka mereka sudah
tentu mempunyai kelebihan psikologi dan peluang.
4. Jaringan pada Aras Paha
Jaringan ini agak berkesan dalam menghasilkan gol. Namun, ia memerlukan latihan yang
lama. Pemain yang menerima bola, memegangnya pada kedudukan aras paha, dan dengan serta-
merta terus membuat jaringan. Gerakan dalam jaringan ini amat pantas. Arah tujuan bola
daripada jaringan ini amat sukar ditentukan oleh penjaga gol atau pemain pertahanan. Cara
jaringannya ialah pemain berlari pantas ke kawasan gold an membengkokkan lututnya sehingga
bola berada di bawah lengan lawan. Dengan pantas, pemain ini membuat jaringan yang ditujukan
ke sebarang bahagian di bawah palang pintu gol pihak lawan.
5. Jaringan Sisi
Selain daripada membuat jaringan tinggi atau rendah untuk menewaskan pertahanan
lawan, penjaring juga boleh membuat jaringan daripada sisi pemain yang mengawal. Pemain
tangan kanan berpura-pura membuat jaringan pada arah kiri pemain lawan. Secara tiba-tiba , dia
akan mengangkat kaki kanannya, menggerakkan badannya ke kiri dan berdiri pada kaki kiri.
Apabila mendarat di sisi, pemain berkenaan memusingkan sedikit badan dan bahunya, membawa
bola lebih rendah lalu membuat jaringan di bawah lengan pemain lawan. Jaringan ini lebih
berkesan jika dilakukan secara mengejut.
6. Jaringan Junam dan Jaringan Jatuh
Walaupun dianggap berbahaya dan sukar dilakukan terutama oleh pemain-pemain baru, jaringan
junam jika dilakukan dengan baik, hasilnya amat menarik, khasnya pada aksi dan gerakannya. Ia
selalunya dilakukan dalam kawasan balingan percuma. Jaringan dari arah kedua-dua tepi
kawasan memerlukan pemain membengkokkan badan supaya dapat membesarkan lagi sudut
jaringan.
Teknik melakukan jaringan junam adalah seperti berikut:
1. Pemain berada di luar garisan kawasan gol.
19
2. Dengan menggunakan kaki kiri, pemain melonjakkan badannya ke udara menuju ke kawasan gol.
3. Semasa melonjak, pemain membuat jaringan ke sasaran, iaitu jaringan dibuat semasa berada di udara sebelum mendarat.
4. Pemain mendarat dengan mempertahankan badan menggunakan tangan atau menggulingkan tangan.
7. Jaringan Penalti
Jaringan penalti dibuat dari garisan 7 meter. Jaringan ini terhad mengikut undang-undang
penting, iaitu kaki penjaring tidak boleh terkena atau melepasi garisan balingan. Jaringan
hendaklah dilakukan dalam masa 3 saat selepas pengadil meniupkan wisel.
Teknik dalam melakukan jaringan penalti adalah seperti berikut:
1. Pemain berada di tempat penalti bersama-sama dengan bola. Pandangan hendaklah fokus pada penjaga gol untuk memerhatikan kemungkinan pergerakan yang bakal dilakukan.
2. Pemain melakukan jaringan pada sebarang sudut gol pihak lawan.
3. Jika penjaga gol ke depan, pemain menggunakan teknik membuat jaringan melambung untuk menjaring.
4. Pemain melakukannya mengikut lajak.
8. Jaringan Lambung
Jaringan lambung (lob) digunakan untuk menewaskan penjaga gol yang telah bergerak ke depan
golnya. Umumnya, terdapat 3 situasi berlakunya keadaan begini, iaitu:
1. Apabila penjaga gol berada jauh di depan golnya dengan tujuan mengecilkan sudut pemain
lawan daripada lontaran penalti.
2. Apabila penjaga gol meluru ke depan untuk menandingi pemain lawan yang memperoleh
bola untuk membuat jaringan.
3. Apabila penjaga gol keluar untuk mengecilkan sudut terhadap pemain lawan ketika terjadi serangan pantas.
9. Jaringan Voli
20
Jaringan Voli adalah sama dengan jaringan lompat.
Teknik melakukan jaringan Voli adalah seperti berikut:
1. Jaringan ini dimulakan dengan pemain melompat ke arah bola hantaran.
2. Semasa melompat, pemain menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan.
3. Pemain membuat jaringan sebelum mendarat.
3.0 PROSEDUR / ANSUR MAJU LATIHAN KEMAHIRAN ASAS BOLA BALING
Jaringan Lompat
a) Berlari dan melonjak atas sebelah kaki.
b) Berlari, melonjak dan mengangkat sebelah tangan ke atas (jika kaki kiri melonjak, angkat tangan
kanan)
c) Seperti latihan (b) sambil melonjak bahu kiri menghala ke sasaran (gol). Tangan kanan (bengkok
sedikit) dihayun ke hadapan dari belakang bahu.
d) Ulang latihan (a), (b) dan (c) dengan memegang bola tanpa melemparkannya.
e) Latihan berpasangan – berlari, melonjak dan melempar bola kepada kawan di hadapan.
f) Latihan dengan tentangan pasif oleh seorang pengawal (latihan ini memerlukan 3 orang).
g) Latihan menjaring dengan tentangan aktif (seorang menjaga gol).
Jaringan – jaringan Lain
a) Latihan membaling pundi kacang, bola sofbol, bola baling antara 2 orang.
b) Latihan membaling bola ke sasaran (tanda di dinding) melalui gelung.
c) Latihan melempar bola ke pintu gol (cara berdiri)
d) Latihan melempar bola ke pintu gol (cara bergerak 3 langkah)
e) Ulang latihan (c) dan (d) dengan tentangan penjaga gol
21
22
Pita Ukur – 1Skital – 5Palang – 2Wisel – 1Bola – 5 bijiPeralatan :
65
4
32
18 7 6 5
4 3 2 1
m10
Latihan mengacah satu lawan dua9.
Latihan menjaringkan gol7.
Latihan mengacah satu lawan satu8.
bola
Pintu gol
skitalLatihan dan ujian menggelecek6.
X
tamat
Mula m 2.5 m 2.5 m 2.5 m 2.5 m 2.5 m1.2
m (10’3 ) m (33’10 )
5. Latihan ujian berlari dan menyambut bola
menyambut bolaberhenti menghantar dan 3 X
alikBerlari ulang
Jam Randik - 1Bola – 2 bijiWisel – 1Skital – 3Peralatan :
golBerlawan menyentuh palang4.
terkena kaki terkeluar dan didenda.dikehendaki melompat. Mereka yangdipusingkan pada paras lutut. PemainTali Beracun – tali dihayun dan3.
gelanggangsebelum bola itu jatuh atau menyentuh
2. Berlari, melompat dan menyambut bola1. Melompat batang rotan atau pagar
CADANGAN LATIHAN ANSUR MAJU KEMAHIRAN BOLA BALING
4.0 LATIHAN ANSUR MAJU / JUSTIFIKASI LATIHAN
4.1 Ansur Maju Kemahiran Menghantar Bola
• Buat satu tempat sasaran pada tembok. Berdiri dalam jarak 3 meter dari tempat sasaran.
Lakukan 10 kali hantaran bola secara hantaran aras dada.
• Setiap hantaran yang tepat mengenai sasaran, pemain dianggap memperoleh dua mata.
Pastikan kamu memperolehi 20 mata selepas membuat 10 hantaran.
• Berdiri pada jarak 3 meter menghadap rakan kamu. Lakukan hantaran bola secara
hantaran dada berganti-ganti selama 30 saat. Catatkan bilangan hantaran yang kamu buat dalam
jangka masa tersebut.
• Berdiri pada jarak lima meter dari rakan kamu. Minta seorang seorang lagi rakan kamu
berdiri di tengah-tengah jarak tersebut. Buat hantaran melepasi kepala rakan kamu yang berada
di tengah. Ulang hantaran sebanyak 30 kali sacara bertukar ganti.
• Semasa hendak melakukan hantaran, pemain yang berada di tengah-tengah mendepakan
tangan seolah-olah hendak menghalang hantaran bola. Bola yang dihantar hendaklah melepasi
halangan dan dapat disambut oleh rakan kamu.
• Latihan-latihan di atas boleh diulang menggunakan hantaran:
Hantaran aras bahu
Hantaran lantun
Hantaran sisi
Hantaran lompat
Latihan yang dicadangkan ini mampu meningkatkan kemahiran pemain menangkap bola.
Pemain akan membuat hantaran menggunakan daya yang terdapat di lengannya. Apabila bola
berada di tapak tangan pemain, lengan menjadi daya kepada bola tersebut untuk bergerak
manakala siku sebagai fulkrum atau sendi yang berfungsi untuk menggerakkan bola tersebut.
Oleh itu, jika lengan mengenakan daya yang kuat ke atas bola tersebut maka bola itu akan
bergerak dalam kelajuan yang tinggi dan menyebabkan hantaran bola itu berlaku dengan cepat.
Pelbagai jenis hantaran boelh diaplikasi semasa bermain bola baling. Jenis hantaran tersebut
haruslah bersesuaian dengan situasi yang dihadapi oleh pemain. Oleh yang demikian, pemain
akan lebih mahir mengenai kemahiran hantaran dan mampu menghadapi lawan dengan ilmu dan
latihan yang mereka ada.
23
4.2 Ansur maju kemahiran menangkap bola
• Secara individu lambung bola ke atas dan sambut. Buka jari semasa menangkap bola.
Tangan dan mata melihat bola. Lakukan aktiviti ini berulang kali.
• Lakukan latihan secara berkumpulan lebih kurang 2-3 orang pemain. Dengan menghadap
tembok, seorang pemain melontar bola ke tembok dan biarkan bola itu melantun ke arah pemain
lain. Pemain itu akan cuba menangkap bola yang melantun ke arahnya.
• Buat latihan secara berpasangan. Anggarkan jarak antara kamu dan rakan kamu dalam 3
meter. Suruh rakan lontar bola ke arah kamu dan cuba tangkap bola itu. Lakukan latihan secara
berulang-ulang selama 30 saat. Cacatkan jumlah tangkapan yang kamu buat dalam 30 saat.
Prinsip utama dalam menangkap bola ialah mengawal, mematikan kelajuan bola,
memegangnya dengan baik dan terus mengawalnya dengan menggunakan kedua-dua belah
tangan yang berkedudukan relaks. Pelbagai cara tangkapan boleh dilakukan dengan paling
penting ialah setiap tangkapan hendaklah dilakukan dengan tepat tanpa mengira kelajuan atau
jenis hantaran yang dibuat oleh rakan. Bagaimanapun, tangkapan yang tepat dan betul bermula
daripada lontaran atau hantaran yang tepat atau sempurna.
Dalam kemahiran menangkap bola, tangan dihulur keluar ketika menangkap bola dan
tangan ditarik ke dada bagi menyerap inersia yang terdapat pada bola tersebut. Perkara ini
dilakukan supaya tangkapan bola itu menjadi kemas dan bola tidak mudah terlepas apabila bola
berada di tangan pemain. Hal in juga dapat mengelakkan berlakunya kecederaan terhadap
pemain ketika bola ditangkap. Hal ini akan mengelakkan pemain melakukan kesilapan dengan
tangkapan yang kurang kemas serta memberi peluang kepada pihak lawan untuk merampas bola
dan mengawal permainan.
4.3 Ansur Maju Kemahiran Menjaring
• Berlari dan melonjak atas sebelah kaki.
• Berlari, melonjak dan mengangkat sebelah tangan ke atas (jika kaki kiri melonjak, angkat
• tangan kanan)
• Seperti latihan (b) sambil melonjak bahu kiri menghala ke sasaran (gol). Tangan kanan
24
• (bengkok sedikit) dihayun ke hadapan dari belakang bahu.
• Ulang latihan (a), (b) dan (c) dengan memegang bola tanpa melemparkannya.
• Latihan berpasangan – berlari, melonjak dan melempar bola kepada kawan di hadapan.
• Latihan dengan tentangan pasif oleh seorang pengawal (latihan ini memerlukan 3 orang).
• Latihan menjaring dengan tentangan aktif (seorang menjaga gol).
Jaringan – jaringan lain :
• Latihan membaling pundi kacang, bola sofbol, bola baling antara 2 orang.
• Latihan membaling bola ke sasaran (tanda di dinding) melalui gelung.
• Latihan melempar bola ke pintu gol (cara berdiri)
• Latihan melempar bola ke pintu gol (cara bergerak 3 langkah)
• Ulang latihan (c) dan (d) dengan tentangan penjaga gol.
Umumnya, terdapat beberapa prinsip utama dalam kemahiran menjaringkan gol dalam
permainan bola baling. Antaranya ialah:
1. Pemain mempunyai keyakinan diri pada setiap pemain.
2. Pemain dapat mengawal imbangan dan pergerakan dalam tempoh permainan.
3. Pemain memberikan penumpuan sepenuhnya pada gerakan yang hendak
dilaksanakan.
4. Pemain mengikut lajak.
5. Pemain bijak mengarah dan menepati sasaran tertentu.
6. Pemain cekap menilai ruang kosong dan kedudukan penjaga gol.
Semasa hendak menjaringkan bola, kaki akan bergerak 3 langkah ke hadapan untuk
memberikan lajak kerana pada ketika ini, daya akan diaplikasikan ke atas kaki dan memberikan
daya yang kuat supaya bola dapat bergerak dengan lebih cepat ke arah sasaran dengan tepat.
Ikut lajak penting dalam kemahiran menjaring. Ikut lajak merujuk kepada unjuran pergerakan
yang telah dimulakan. Kelajuan terakhir objek berkadar terus kepada jumlah masa daya
diaplikasikan. Ikut lajak memastikan daya menggerakkan tubuh badan digunakan dengan
sepenuhnya. Pendeknya, ikut lajak memastikan pelepasan objek berlaku bersama dengan
pergerakan momentum maksimum tangan. Jika ikut lajak tidak dilakukan, maka daya yang diberi
kepada objek adalah kurang.
25
4.4 Ansur Maju Kemahiran Mengadang Bola
• Bola yang dipegang. Pemain A memegang bola dengan kedua-dua tangan sambil
menghulurkannya ke atas. Pemain B cuba mengadang bola dengan dua tangan. Ulang perlakuan
ini 10 kali dan tukar peranan selepas itu.
• Bola yang digerakkan. Ulang Latihan 1. Pemain A menggerakkan bola ke kanan dan ke
kiri. Pemain B cuba mengadang bola itu dengan dua belah tangan. Ulang 10 kali dan tukar
peranan selepas itu.
• Mengadang tanpa bola. Pemain berdiri di depan dan cuba melompat setinggi yang boleh
untuk melakukan hadangan dengan kedua-dua belah tangan tanpa bola. Kemudian, pemain
bergerak ke kanan dan ke kiri sambil melakukan perlakuan yang sama.
• Menghadang sendirian : Lakukan lonjakkan menegak dan sentuh tiang gol dengan kedua-
dua belah tangan. Lakukan aktiviti ini berulang-ulang.
• Menghadang berpasangan : Berdiri berhadapan rakan. Lakukan lonjakkan menegak
serentak dengan rakan. Cuba tepuk tangan rakan dengan kedua-dua belah tangan. Lakukan
berulang-ulang kali.
Semua pemain perlulah mampu untuk menjadi penyerang dan juga bermain sebagai
pertahanan. Biasanya, pasukan yang menguasai bola dianggap sebagai pasukan penyerang
sementara pasukan lawannya dianggap pasukan pertahanan. Maka, setiap pemain perlu mahir
mengadang bola. Setiap gerakan ini hendaklah dilakukan dengan pantas. Ketika bertahan,
pemain hendaklah menghalang pasukan lawan daripada membuat hantaran atau jaringan.
Sebagai pasukan yang membuat pertahanan, setiap pemain akan mengawal lawan masing-
masing dan seboleh-bolehnya cuba untuk merampas semula penguasaan bola. Lazimnya,
kawalan dilakukan secara satu lawan satu di mana setiap pemain akan mengawal lawannya
sepanjang permainan. Apabila mengawal dan menghalang, pemain hendaklah menjangkakan
arah atau haluan bola yang akan dilontar. Ini termasuklah juga menjangkakan kepada siapa
dalam pasukan lawan bola tersebut akan dihantar. Latihan yang diberikan menjurus ke arah itu
dan sangat berguna semasa pemainan sebenar.
26
5.0 PERALATAN PERMAINAN
Bola Baling boleh dimainkan sama ada di dalam atau luar dewan. Peralatan yang
diperlukan adalah tidak banyak. Apa yang diperlukan ialah padang atau gelanggang (tertutup
atau terbuka), sebiji bola baling dan 14 orang pemain (tujuh orang sepasukan). Dua orang
pengadil diperlukan untuk mengawal permainan.
5.1 Gelanggang Bola Baling Dan Ukuran
Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata. Gelanggang yang digunakan boleh
merupakan gelanggang berumput di padang terbuka atau gelanggang bersimen atau berparket di
dalam dewan yang tertutup. Gelanggang permainan berbentuk segiempat bujur, 40 meter
panjang di garisan tepi dan 20 meter lebar di garisan gol. Gelanggang permainan dibahagikan
kepada dua bahagian yang sama luas oleh satu garisan tengah. Setiap kawasan gol mengandungi
satu garisan kawasan go yang berjejari 6 meter dari tepi dalam tiang gol. Garisan balingan
percuma adalah putus-putus dan berjejari 9 meter dari tepi dalam tiang gol.
Panjang garisan penalti ialah 1 meter dan berjarak 7 meter dari tengah garisan gol.
Panjang garisan penjaga gol pula ialah 15 cm dan jaraknya dari tengah garisan gol ialah 4 meter.
Di dua garisan tepi, terdapat dua garisan pertukaran pemain dengan panjang 15 cm dan jaraknya
dari garisan tengah ialah 4.5 meter. Semua garisan dalam gelanggang perlu ditandakan secara
jelas dengan ukuran selebar 5 cm.
27
5.2 Bola
Bola harus berbentuk bulat dan diperbuat daripada kulit atau
getah berwarna yang tidak terlalu keras. Berat dan lilitan bola untuk
setiap kategori pemain adalah seperti berikut :
1. Lelaki dan remaja lelaki (16 tahun ke atas)
Bola saiz 3.
Berat antara 425 g sehingga 475 g.
Lilitan antara 58 cm hingga 60 cm.
2. Wanita dan remaja perempuan (14 tahun ke atas) dan remaja lelaki (12 tahun sehingga 16
tahun)
Bola saiz 2.
Berat antara 325 g hingga 375 g.
Lilitan antara 54 cm hingga 56 cm
3. Remaja perempuan (8 tahun hingga 14 tahun) dan remaja lelaki (8 tahun hingga 12 tahun)
Bola saiz 1.
Berat antara 290 g hingga 330 g.
Lilitan antara 50 cm hingga 52 cm.
Biasanya, dua biji bola yang telah diperiksa dan disahkan oleh pengadil akan disediakan
bagi setiap perlawanan. Bola yang digunakan dalam sesuatu perlawanan tidak boleh ditukar ganti
kecuali dengan sebab-sebab tertentu. Di peringkat antarabangsa, hanya bola yang ditandakan
dengan logo IHF (Kesatuan Bola Baling Antarabangsa) dibenarkan dalam sesuatu pertandingan.
5.3 Tiang Gol
Tiang gol perlu diletakkan di tengah-tengah garisan gol.
Tiang gol terdiri daripada dua batang tiang tegak yang
panjangnya 3 meter dan tingginya 2 meter. Kedua-dua tiang ini
disambungkan oleh sebatang palang empat segi yang panjangnya
3.16 meter. Tiang gol diperbuat daripada kayu atau bahan sintetik
yang serupa dan dicat dengan warna yang sama dengan ukuran 28
cm. Di bahagian lain tiang gol dan palang ialah 8 cm.
28
5.4 Pemain Dan Pakaian
Pakaian untuk pemain lelaki dan pemain
perempuan terdiri daripada baju lengan pendek atau
panjang, seluar pendek, stoking dan kasut biasa atau
but. Semua pemain gelanggang hendaklah berpakaian
serupa (seragam) kecuali penjaga gol yang perlu
memakai warna pakaian yang berlainan daripada
pemain lain dalam pasukannya dan pemain pasukan
lawan. Pemakaian segala alat yang dianggap berbahaya
kepada pemain-pemain adalah tidak dibenarkan.
Setiap pasukan Bola Baling perlu terdiri daripada 12 orang pemain, iaitu 10 orang pemain
gelanggang dan dua orang penjaga gol. Pemain-pemain dibenarkan memakai jersi bernombor
antara 1 orang hingga 20. No 1, 12 dan 16 dikhaskan untuk penjaga gol sahaja manakala
nombor-nombor lain adalah untuk pemain-pemain gelanggang.
29
6.0 LIMA PRINSIP LATIHAN DALAM SUKAN BOLA BALIN
6.1 Perkembangan holistik
Jurulatih perlu membantu membina kemahiran atlit supaya melalui kemahiran tersebut. Ia
akan dapat membantu atlit selepas menamatkan kerjaya sukannya. Aspek-aspek seperti
pengurusan kesihatan, komunikasi, kaedah membuat keputusan, pengurusan masa, organisasi,
pengurusan kewangan, perancangan ker]aya serta amalan agama tidak diabaikan. Selain daripada
pembangunan kemahiran hidup, atlit-atlit muda perlu digalakkan dan didedahkan dengan aspek-
aspek teori latihan. Atlit perlu membina kefahaman asas dalam perkara-perkara seperti anatomi,
perkembangan dan pertumbuhan pemakanan, pembelajaran kemahiran, kaedah latihan,
perubatan sukan, keselamatan dan pengurusan tekanan. Usaha mereka membentuk suatu
program latihan holistik bukanlah mudah. Bagaimanapun kita perlu mengasaskan suatu sukan
yang memenuhi keperluan holistik atlit.
6.2 Pelbagaian latihan
Kanak-kanak dan remaja perlu melalui ribuan jam untuk berlatih. Sesetengah senaman dan
latih tubi kadang kala perlu dilakukan beribu kali, dengan itu program latihan perlu dimantau dan
dipelbagaikan bagi mengurangkan tekanan fizikal dan psikologikal. Dalam sukan-sukan
berpasukan, atlit lazimnya boleh didedahkan dengan kaedah latihan dan Iatih tubi yang pelbagal.
Bagaimanapun dalam sukan-sukan individu seperti renang, tinju dan lumba basikal, ianya agak
terhad.
Contohnya seorang perenang sering didedahkan dengan jenis senaman, elemen teknikal
dan Iatih tubi selama 2 hingga 3 jam sehari, 4 hingga 7 hari seminggu, 45 hingga 50 minggu
setahun dalarn jangka masa selama 20 tahun. Jenis latihan yang berulang-ulang boleh
menyebabkan kecederaan lebihguna dan masalah psikologikal. Kesannya sering berlaku
'burnout' atau keciciran semasa muda.
Seseorang jurulatih perlu kreatif, berpengetahuan dan imiginatif dalam mereka bentuk
aktiviti dan senaman yang pelbagai. Setiap sesi latihan perlu direka bentuk dengan
memperkenalkan pelbagai senaman dan lati tubi. Contohnya bagi membina daya tahan dan
kecergasan. Jurulatih boleh mengunakan kombinasi sukan-sukan lain seperti merentas desa,
renang dan berbasikal.
30
6.3 Ciri-ciri individu
Setiap individu mempunyai keunikan personaliti, ciri-ciri fizikal, tingkahlaku sosial dan
keupayaan intelek. Bagi mereka bentuk program latihan yang berkesan, jurulatih perlu
memaharni kekuatan dan limitasi setiap individu. Jurulatih perlu mengambilkira perbezaan setiap
individu. Contohnya pada peringkat perkembangan dan pertumbuhan atlit, latarbelakang dan
pengalaman latihan, status kesihatan dan kadar pemulihan diantara sesi latihan.
a. Umur Morphologikal
Umur morphologikal merujuk kepada beberapa peringkat pertumbuhan anatomi. Ia dapat
dikenalpasti melalui perkembangan bahagian tertentu. Perkembangan atlit pada peringkat 6
hingga 18 tahun merupakan peringkat yang paling penting. Pada peringkat ini atlit-atlit bagi
kebanyakan sukan akan membentuk kemahiran dan keupayaan motor yang berbagai serta
mengasaskan tapak yang kukuh bagi perkembangan seterusnya dalam sukan yang dipilih.
b. Umur Biologikal
Umur biologikal merujuk kepada perkembangan fisiologikal organ-organ dan sistem
dalaman badan atlit. Perkembangan akan menentukan potensi fisiologikal atlit. Potensi ini akan
menentukan keupayaan atlit untuk menjalani latihan dan pertandingan kearah tahap prestasi yang
tinggi.
c. Umur Latihan
Umur latihan merujuk kepada bilangan tahun latihan yang dilalui oleh seseorang atlit.
Jangkamasa ini akan mempengaruhi perbezaan tahap kecergasan dan pengalaman individu.
Jadual berikut dapat membentuk kita menjelaskan pentingnya pertimbangan umur biologikal dan
umur latihan disamping umur kronologikal.
·
6.4 Prinsip ansur maju.
Untuk mencatat kemajuan dari satu peringkat ke peringkat yang lain, anda perlu
menambah kesukaran latihan secara beransur-ansur. Oleh kerana badan manusia boleh
disesuaikan dengan tekanan atau beban kerja yang baru, jumlah kerja tersebut hendaklah
ditambah dari masa ke semasa. Misalnya jika anda memulakan latihan dengan berlari satu
31
kilometer sehari dalam masa lapan minit, anda mungkin berasa bahawa latihan tersebut
merupakan satu bebanan pada mulanya. Dengan latihan yang kerap anda pasti dapat
meningkatkan kadar kardiovaskular dalam tempoh beberapa minggu berikutnya. Namun
sekiranya anda terus melakukan latihan pada tahap yang sama maka anda tidak dapat
meningkatkan tahap kecergasan anda. Di samping meningkatkan tahap kesukaran latihan, anda
juga hendaklah meningkatkan lakuan latihan secara beransur-ansur daripada kemahiran mudah
kepada kemahiran yang lebih sukar atau kompleks. Misalnya dalam permainan badminton;
setelah anda mampu menguasai kemahiran asas pukulan atas kepala, anda hendaklah pula
mencuba pukulan smesy. Dalam meningkatkan kemahiran, anda hendaklah menguasai dulu
kemahiran asas sebelum menguasai kemahiran yang sukar.
6.4.1 Teori Ansur Maju
Prinsip ini berkait rapat dengan prinsip penambahan beban. Prinsip ini adalah berasaskan
idea bahawa latihan harus dijalankan pada tahap-tahap yang sentiasa meningkat bersesuaian
dengan proses penyesuaian badan kepada rangsangan senaman. Anda harus mencatat beban
senaman anda supaya kemajuan- kemajuan tertentu dapat dicapai. Terdapat dua bentuk latihan
dalam teori ansur maju iaitu mempelajari pergerakan yang senang dahulu sebelum melakukan
pergerakan yang susah dan melakukan pergerakan yang mudah sebelum melakukan pergerakan
yang lebih kompleks.
6.5 Prinsip latihan perkembangan menyeluruh
Perkembangan menyeluruh merupakan prinsip yang paling penting dalam latihan kanak-
kanak dan remaja. Ianya penting untuk membina asas yang kukuh bagi atlit muda sebelum
mereka memilih dan mengkhususkan diri dalam suatu sukan. Asas multilateral bagi
perkembangan fizikal yang kukuh adalah perlu bagi rneningkatkan tahap pengkhususan dan
pembentukan kemahiran teknikal.
Kesimpulannya, tujuan pembangunan multilateral adalah bagi membolehkan atlit membina
adaptasi menyeluruh. Kanak-kanak dan remaja yang mempunyai keupayaan, kemahiran dan
32
kebolehan motor lebih mampu untuk menghadapi beban latihan yang Iebih mencabar tanpa
menghadapi risiko tekanan yang berkaitan dengan pengkhususan awal.
7.0 RUMUSAN
Bola Baling merupakan salah satu permainan padang yang terdapat di Malaysia ini.
Mengikut sejarahnya, Bola Baling (handball berasal daripada Eropah. Bola Baling boleh
dimainkan sama ada di dalam atau luar dewan. Peralatan yang diperlukan dalam Bola baling
adalah tidak banyak. Peralatan yang diperlukan ialah padang atau gelanggang (tertutup atau
terbuka), sebiji bola baling dan 14 orang pemain (tujuh orang sepasukan). Dua orang pengadil
diperlukan untuk mengawal permainan.
Dalam permainan bola baling, teknik kemahiran amat penting. Untuk mendapatkan
peningkatan tahap kemahiran, pemain harus melalui teknik pengelolaan latihan yang teratur.
Kebolehan deria dan pergerakan motor seseorang pemain juga sangat penting dalam peningkatan
pretasi dirinya. Tambahan lagi, disiplin diri dan sikap semula jadi akan menyesuaikan diri
pemain untuk menjalani latihan kemahiran dengan bersungguh-sungguh.
Kemahiran asas yang terdapat dalam Bola Baling ialah berlari, melompat, hantaran bola,
menangkap bola, mengelecek bola dengan tangan, mengadang, menjaring dan menjaga gol.
Setiap kemahiran harus dikuasai dengan cekap oleh setiap pemain. Oleh yang demikian, setiap
pemain harus mengikuti setiap latihan yang ada agar menjadi pemain bola baling yang cekap
menghantar bola, cekap menangkap bola, bijak menggunakan peluang untuk menjaringkan gol
serta mahir mengadang tanpa memberi ruang kepada pihak lawan untuk menghasilkan gerakan
mahupun jaringan.
Sungguhpun permainan bola baling popular di seluruh dunia, permainan ini telah
menghadapi pelbagai “krisis identiti” di negara kita. Masih ramai orang tidak mengetahui
permainan ini secara terperinci termasuk jurulatih dan pengadil. Sukan bola baling ini adalah
sesuatu sukan yang dinamik yang mempunyai keseronokan dan mencabar. Pemain-pemain dan
penonton amat tertarik dengan sifat permainan yang pantas dengan aksi-aksi penjaga gol dan
pemain gelanggang. Pada pemahaman penonton, sukan bola baling itu adalah seperti bermain
33
bola sepak dengan tangan, tetapi ianya mengandungi elemen-elemen berasaskan permainan bola
keranjang, polo air, bola jaring dan hoki ais.
BIBLIOGRAFI
Lee Chin Choy (2006). Siri Sukan Popular Fajar Bakti: Bola Baling. Shah Alam. Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Poh Liong Yong (2003). Fizik Tingkatan 4. Cheras. Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd.
Reita E. Clanton (1997). Team Handball Step To Success. United States of America. Human Kinetics, Inc.
Teng Boon Tong (1993). Panduan Pengajaran Kemahiran Asas Permainan. Petaling Jaya. Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Wee Eng Hoe (2000). Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Edisi Kedua. Shah Alam. Fajar Bakti Sdn. Bhd.
http://mainbolabaling.blogspot.com/p/pengenalan.html tarikh muat turun pada 16 April 2015
http://notakuliahpismp.blogspot.com/2011/11/kkbi-bola-baling-kemahiran-asas-bola.html tarikh muat turun pada 19 April 2015
http://sayacikgusukan.blogspot.com/2012/10/latihan-bebanan.html tarikh muat turun pada 22 April 2015
http://www.smkevii.edu.my/index.php/prinsip-latihan.html tarikh muat turun pada 27 April 2015
http://akitom.blogspot.com/2008/04/kecergasan-fizikal.html tarikh muat turun pada 29 April 2015
34
top related