tugas guru disiplin 12 apr
Post on 09-Apr-2016
2.087 Views
Preview:
TRANSCRIPT
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU DISIPLIN
Bidang Tugas:
1. Pilih pengawas pada setiap hujung tahun untuk bertugas pada tahun berikutnya.
2. Menentukan pemilihan pengawas adalah berdasarkan pencapaian dalam bidang
akademik, kebolehan dan kemampuan pelajar dalam bidang sukan dan permainan.
3. Memastikan perlantikan para pengawas adalah berdasarkan pengalaman, sahsiah,
daya kepimpinan dengan mengambil kira pandangan dan sokongan para guru.
Pemilihan akhir dilakukan oleh para pelajar dengan cara undi, jikalau didapati sesuai
dan boleh dilaksanakan setelah dipersetujui oleh pihak guru.
4. Pemilihan calon dilakukan oleh guru-guru sendiri dan tidak dicalonkan oleh pelajar.
5. Menentukan Ketua dan Penolong Ketua Pengawas dilantik oleh guru penasihat
lembaga pengawas dengan nasihat guru-guru lain.
6. Mengaturkan mesyuarat lembaga pengawas yang diadakan dari semasa ke semasa
di sekolah.
7. Mengawasi disiplin dan akhlak para pelajar di sekolah sepanjang hari persekolahan.
8. Menerima laporan daripada para pengawas dan mengambil segala langkah dan
tindakan yang sesuai.
9. Menentukan segala peraturan dan undang-undang sekolah sentiasa dipatuhi oleh
para pelajar sekolah.
10. Mempamerkan peraturan dan undang-undang sekolah di papan-papan kenyataan
dan di dalam bilik darjah.
11. Membantu Guru Besar dalam mengesan dan mengesahkan kesalahan-kesalahan
besar yang dilakukan oleh pelajar yang boleh membawa kepada penggantungan
sementara atau pembuangan sekolah.
12. Merekodkan segala kesalahan, hukuman dan denda yang dijatuhkan kepada
pelajar di sekolahnya.
13. Berhubung rapat dengan guru bimbingan / kaunseling untuk menyelesaikan
masalah pelajar.
14. Bekerjasama dengan guru-guru bertugas harian atau mingguan untuk menguruskan
kawalan terhadap pelajar pada hari perhimpunan, upacara dan majlis-majlis yang
diadakan oleh pihak sekolah.
15. Menguruskan pertandingan kebersihan bilik darjah pada tiap-tiap minggu dan
mengumumkan kelas yang paling kotor.
Tugas Guru Disiplin
1. Menentukan pelajar mematuhi dan mengamalkan peraturan sekolah.
2. Menetukan adanya kerjasama daripada guru-guru dalam usaha melaksanakan
segala peraturan dan undang-undang sekolah yang dikuatkuasakan.
3. Member nasihat kepada guru-guru dalam hal-hal pengawalan disiplin pelajar.
4. Menyelesaikan masalah disiplin pelajar yang tidak dapat diselesaikan oleh
pengawas atau ketua pengawas.
5. Membantu Pengetua/Penolong Kanan untuk mengesan dan mengesahkan
kesalahan-kesalahan besar yang boleh membawa kepada hukuman
penggantungan sementara atau hukuman buang sekolah sesuai dengan
kehendak surat pekeliling Bil. 9/1975. Dalam hal ini, Pengetua boleh memanggil
Mesyuarat tergempar Lembaga Disiplin Sekolah untuk membicarakan kes-kes
yang berat mengenai disiplin.
6. Membuat perakaun mengenai hukuman-hukuman yang rotan yang dikenakan
oleh Pengetua keatas pelajar yang melanggar peraturan/ undang-undang
sekolah.
7. Berkerjasama dengan guru pengawas dan pengawas sekolah untuk mengurus
kawalan pelajar pada waktu perhimpunan, kecemasan, perbarisan di luar
sekolah, Hari Ibu Bapa, Hari Guru atau pada Hari Sukan Sekolah.
8. Mengadakan dan menyemak rekod-recod disiplin pelajar bagi tiap-tiap kelas
serta mengambil tindakan sewajarnya.
9. Menerima laporan pengawas/guru pengawas dan seterusnya mengambil
tindakan sewajarnya
10.Berusaha menanam semangat patuh dan taat kepada undang-undang sekolah
serta mengamalkan Prinsip-Prinsip Rukunegara.
11.Bertanggungjawab keatas imej sekolah dengan menentukan dan memastikan
perlakuan pelajar sesuai dengan peraturan sekolah dan kehendak-kehendak
masyarakat di sekelilingnya.
DISIPLIN dan KESELAMATAN
PENDAHULUAN
Badan disiplin semestinya bergerak selari dan seiring dengan badan-badan lain
yang wujud di sekolah. Ini kerana pencapaian seseorang pelaja dalam sesuatu
bidang ini baik di bidang akademik atau bidang bukan akademik bergantung
kepada tahap disipilin pelajar itu sendiri. Pelajar yang berjaya dalam bidang
kehidupan sering dikaitkan dengan mereka yang berdisiplin.
RASIONAL
Pembentukan disiplin di sekolah dilihat sama pentingnya dengan penyebaran
ilmu pengetahuan. Oleh itu, badan disiplin harus bergerak dalam bentuk yang
terancang dan sistematik.
OBJEKTIF
1. Melahirkan dan membentuk pelajar yang berdisiplin dan bertanggungjawab
serta peka dengan peraturan dan undang-undang sekolah.
2. Melahirkan pelajar yang mengenal dan menilai diri sendiri dan orang lain
secara rasional dan bijaksana.
3. Melahirkan pelajar yang menyayangi dan menghormati diri sendiri, orang lain,
dan menghargai alam sekitar.
4. Melahirkan pelajar yang bersemangat tinggi, berilmu, berketerampilan serta
menjadikan sekolah sebagai landasan menuju ke arah kecemerlangan hidup.
5. Merealisasikan slogan ‘Sekolahku, Rumahku’.
6. Membebaskan pelajar dari semua gejala dan pengaruh tidak baik.
7. Buku Peraturan
8. Buku Peraturan sekolah dibekalkan kepada pelajar. Buku ini akan
dikemaskini dari masa ke semasa, dan menjadi rujukan kepada setiap
pelajar.
9. Taklimat Awal
Penerangan tentang peraturan dan disiplin juga akan disampaikan oleh
Setiausaha Disiplin pada minggu pertama kemasukan pelajar-pelajar.
10. Surat Akuan dan Ikrar Pelajar
Surat Ikrar pelajar perlu ditandatangani oleh setiap pelajar baru (bertukar dari
sekolah lain) di hadapan guru disiplin serta penjaga pelajar sebagai jaminan
tingkah laku mereka.
11. Borang Perjanjian
Borang Perjanjian perlu ditandatangani oleh pelajar yang masih mengulangi
pelanggaran disiplin. Penjaga kepada pelajar berkenaan akan dijemput ke
sekolah kemudian menyaksikan perjanjian dibuat oleh anak dengan pihak
disiplin. Borang ini sebagai bahan bukti untuk penguatkuasaan dan tindakan
seterusnya. Tindakan ini diharap dapat mengelakkan sebarang tindakan
dipertikaikan nanti, dan sebagai jaminan pelajar tidak akan mengulangi
kesalahan mereka.
12. Surat Kebenaran Ketua Sekolah
Pelajar yang akan keluar kawaswan sekolah untuk sesuatu urusan
diwajibkan mengisi borang khas. Surat ini akan dibawa oleh pelajar dan
menyerahnya kembali apabila kembali ke sekolah. Surat ini juga dapat
menggalakkan pelajar berkenaan daripada ditangkap polis atas tuduhan
ponteng sekolah. Di samping sebagai langkah mengetatkan peraturan keluar
sekolah.
13. Sudut Disiplin
Setiap kelas juga diwajibkan menyediakan sudut disiplin. Sudut ini
dilengkapkan dengan peraturan-peraturan dan undang-undang yang
dikeluarkan oleh badan disiplin serta pekeliling-pekeliling dari Kementerian
Pendidikan dan Jabatan Pendidikan berkaitan dengan peraturan dan notis
tertentu.
14.Kad Kebenaran Keluar Kelas
Terdapat 2 kad, pertama – Kad Keluar ‘Urusan Guru’, Kedua – Kad ‘Keluar
Tandas’. Kad ini bertujuan untuk menggalakkan dan mengawal pelajar dari
terlalu bebas keluar dan berkeliaran di luar semasa P & P.
15. Buku Kawalan Kelas
Setiap Kelas dibekalkan dengan buku kawalan kelas yang akan
ditandatangani oleh setiap guru yang memasuki kelas pada setiap waktu
pembelajaran. Setiap guru akan mencatat nama mata pelajaran, masa, dan
16. Jumlah pelajar yang hadir pada masa mereka mengajar. Tujuan buku ini
adalah untuk memastikan bahawa tidak ada pelajar yang ponteng kelas.
17. ‘Spot – Check’
‘Spot – Check’ terhadap pelajar-pelajar diadakan dalam pelbagai bentuk:-
- ‘Spot Check’ di tempat perhimpunan
- ‘Spot Check’ di dalam kelas secara menyeluruh
- ‘Spot Check’ di luar kawasan sekolah di tempat-tempat yang strategik
sebagai kawasan lepak dan sebagainya.
18. Buku Laporan Disiplin
Buku Khas yang mengandungi semua maklumat bagi pelajar yang kerap
melanggar disiplin seperti Nama, Tahun, Kelas, Kesalahan, Tarikh, Tindakan
dan Hukuman.
19.Fail-fail maklumat pelajar
a) Fail 001 - Fail Amaran 1
b) Fail 002 - Fail Amaran 2
c) Fail 003 - Fail Amaran 3 dan akhir
d) Fail 004 - Surat Gantung sekolah
e) Fail 005 - Surat Buang / Tukar Sekolah
f) Fail 006 - Laporan PPD / JPN
g) Fail 007 - Maklumat SSDM
h) Fail 008 - Laporang Kes
i) Fail 009 - Perjanjian ibu bapa / ikrar pelajar
j) Fail 010 - Kes-kes polis
k) Fail 011 - Minit Mesyuarat Disiplin
l) Fail 012 - Surat Rujuk Kaunselor
PROGRAM ABSENT SIFAR 2001
UNIT DISIPLIN
Program untuk mengurangkan masalah ketidakhadiran dan ponteng sekolah
hingga ke tahap yang minimum atau sifar.
RASIONAL
1. Menyedari bahawa kemerosotan akademik dan disiplin pelajar antaranya
berpunca daripada masalah tidak hadir atau ponteng sekolah
2. Merujuk satu sistem kawalan yang mantap bagi menyelesaikan masalah
tidak hadir ke sekolah.
MATLAMAT
Mengurang atau menghapuskan sama sekali masalah tidak hadir atau
ponteng sekolah tanpa sebab yang munasabah demi menjayakan MISI dan
VISI sekolah selaras dengan matlamat pendidikan negara.
OBJEKTIF
1. Meningkatkan rasa sayang dan cinta pelajar kepada sekolah sebagai
penyalur pelbagai ilmu dan pendidikan.
2. Dapat meningkatkan pencapaian pelajar dari segi akademik seterusnya
mengharumkan nama sekolah.
3. Ibu bapa dapat memastikan bahawa anak-anak mereka benar-benar
berada di sekolah pada waktu yang sepatutnya.
4. Menanam sikap bertanggungjawab pelajar kepada peraturan sekolah dan
menyedarkan mereka bahawa tidak hadir ke sekolah merupakan satu
kesalahan besar.
5. Meningkatkan mutu disiplin sebagai asas ke arah pembentukan
warganegara yang bertanggungjawab.
6. Menyedarkan pelajar bahawa rekod kehadiran ke sekolah adalah
penting untuk masa depan kerjaya mereka.
7. Guru dapat menyampaikan pengajaran dan murid dapat menerima
pengajaran guru sepertimana yang dirancangkan.
STRATEGI
1. Menyediakan Buku Rekod Kawalan Pelajar
- Tujuan untuk mengesan pelajar yang tidak hadir atau ponteng. Mereka
akan diambil tindakan disiplin sekiranya dikesan.
2. Menandakan Jadual Kedatangan
- Guru tingkatan akan menandakan buku kedatangan pada setiap hari pada
masa kedua pengajaran. Pelajar dilarang sama sekali dari menanda
kehadiran pelajar untuk mengelakkan penipuan.
3. Mengumpul Pelajar-Pelajar Yang Tidak Hadir.
- Pelajar yang tidak hadir akan dikumpul oleh AJK Kehadiran dari Unit
Disiplin. Mereka di kehendaki menunjukkan surat-surat kebenaran
seperti:
a) Surat akuan sakit
b) Surat ibu bapa yang disahkan oleh penghulu, imam atau Ketua Polis
(tidak melebihi 1 hari)
4. Mengeluarkan surat amaran I, II, III dan Surat Amaran Buang Sekolah
kepada ibu bapa seperti mana yang diarah oleh JPN. Tujuan untuk
memaklumkan kepada ibu bapa tentang tindakan yang diambil seperti
berikut:-
a. Tidak hadir selama 3 hari akan dimaklumkan dari surat amaran I
1. Tidak hadir selama 6 hari akan dimaklumkan menerusi surat amaran II
2. Tidak hadir selama 9 hari akan dimaklumkan menerusi surat amaran III
dan surat berhenti sekolah
(Kecuali terdapat surat akaun tertentu).
5. Menghubungi penjaga/melawat rumah pelajar.
Tujuan untuk mengesan surat-surat yang dihantar serta mengetahui
masalah sebenar pelajar.
6. Mengenakan Tindakan Disiplin.
Pelajar yang tidak hadir atau cenderung ke arah itu akan dikurniakan
pelbagai tindakan disiplin. Tujuan untuk mencegah dan menyedarkan
mereka.
7. Rondaan dan serbuan mengejut di tempat yang disyaki destinasi pelajar
ponteng.
- Setelah mendapat maklumat penduduk sekitar
- Kerjasama dengan polis
8. Mengadakan Program Kursus.
a. Ceramah kesedaran / disiplin
b. Kem motivasi
c. Pelancaran Minggu Disiplin
d. Pelancaran Program ‘Absent Sifar’
9. Mengadakan ‘spot check’ di dalam bilik darjah
- ‘spot check’ di dalam kelas
10. Mengadakan perbincangan dengan pihak polis sama ada rasmi atau tidak
rasmi untuk mendapat bantuan atau khidmat nasihat.
a. Pegawai perhubungan polis
b. Balai Polis Kubang Kerian
11. Merujuk dan mendapatkan laporan bertulis daripada kaunselor.
PELAKSANAAN
1. Tempoh pelaksanaan : Januari sehingga Disember 2001
2. Membentuk komiti / AJK Program Absent Sifar : Januari 2001
3. Merancang dan menyusun program yang akan dilaksanakan
4. Melancar Hari Absent Sifar : 18 Februaru 2001
5. Melaksanakan Program Absent Sifar mengikut tahap - tahap yang telah
dijadualkan seperti:-
a. Program Berkala
b. Program sepanjang masa (Rujuk Program Tahunan Disiplin)
6. Mengadakan mesyuarat dari masa ke semasa untuk memantau dan menilai
kelemahan dan kejayaan Program Absent Sifar.
BENTUK-BENTUK PENILAIAN
1. Penilaian Jangka Pendek
- Data kehadiran bulanan daripada buku kedatangan kelas
- Jumlah pelajar yang dikumpul setiap hari
2. Penilaian Jangka Panjang
a. Prestasi akademik pada akhir tahun
b. Prestasi disiplin pada akhir tahun.
PROGRAM GERAKSEDAR BERSIRI
PENGENALAN:
Program Geraksedar adalah satu program pemilihan dan kesedaran khusus
untuk pelajar-pelajar yang bermasalah. Mereka secara kelompok akan
mengalami pelbagai aktiviti pemulihan dan kesedaran daripada guru-guru
atau pakar-pakar pemulihan dari luar melalui temuramah. Nasihat, ceramah,
program, seperti sembahyang hajat / sunat, doa dan lain-lain.
RASIONAL
Pelajar-pelajar yang bermasalah boleh dibaiki sikap dan tingkahlaku jika
pelbagai pendekatan digunakan. Selain daripada hukuman fizikal (rotan) atau
denda, tindakan secara kerohanian atau motivasi serta nasihat juga dapat
memberi kesedaran kepada mereka. Oleh itu, masalah disiplin dapat
ditangani jika pelbagai kaedah digunakan menerusi satu disiplin pemulihan
yang mantap dilaksanakan.
OBJEKTIF
a. Untuk mengetasi dan menangani masalah disiplin.
b. Memberi peluang kepada guru atau mana-mana individu untuk menggunakan
kepakaran dan kebolehan mereka memulih dan menyedarkan pelajar-pelajar
yang bermasalah, secara ikhlas.
c. Untuk mencuba dan menguji pelbagai kaedah yang terbaik dan menangani
masalah disiplin pelajar.
d. Sebagai antara sumber rujukan dan kayu pengukur dalam menentukan
seseorang pelajar ini layak dan ditukar atau ditamatkan pengajian mereka.
SASARAN
Pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan sering dan melakukan kesalahan
berulangkali.
TEMPAT / MASA
Tempat dan masa yang sesuai
TENAGA PENGGERAK :
1. Guru Unit Disiplin
2. Kaunselor
3. Pengetua, PK HEM, PKP, Ketua-ketua Bidang.
4. Tenaga Luar
5. Sesiapa yang ingin memberi perkhidmatan secara ikhlas.
Pelaksanaan
Aktiviti Program Gerak Sedar
BULAN DISIPLIN
PENGENALAN
Disiplin adalah teras kejayaan seseorang pelajar serta menentukan
kegemilangan sesebuah sekolah itu. Memandangkan disiplin dan pelajar
adalah dua unsur yang saling berkait rapat, maka Unit Disiplin sebagai
agenda tahunannnya. Di harapkan dengan ‘Bulan Disiplin’ ini dapat
mencerna serta meningkatkan kesedaran dan tahap disiplin para pelajar.
RASIONAL
1. Kemantapan disiplin pelajar memerlukan satu program lebih sistematik.
2. Berakhlak dan berdisiplin adalah satu aspek kehidupan bagi mengawal
sosial yang menjamin keharmonian dan kesejahteraan hidup. Segala
usaha ke arah mengukuh dan meningkatkan disiplin, seharusnya
dititikberatkan baik dirumah mahupun di sekolah.
SASARAN
Semua pelajar SMKKK 1
MASA
Sepanjang bulan Mei 2001
PELAKSANAAN
Pembentukan AJK:-
Pengerusi : Pengetua SMKKK I
Tim. Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi I : P. Kanan HEM
Naib Pengerusi II : Penyelia Petang
Setiausaha I : S/U Disiplin Pagi
Setiausaha II : S/U Disiplin Petang
Penyelaras : - Ketua-ketua Bidang.
- Kaunselor
Bidang Tugas
- Bahagian Perasmian dan Sambutan
Ahli (1) Puan Norliza Mat Yunan
(2) Puan Azmani bt. Daud
- Bahagian Pameran dan Pertandingan
(1) En. Che Ismail b. Yusoff
(2) Puan Marliza bt. Mansor
- Bahagian Ceramah
(1) Ustaz Mohd. Najib
(2) Ustaz Mat Daud b. Omar
- Bahagian hadiah dan cenderamata
3. Aziz b. Salleh
4. En. Nazri
PROGRAM / AKTIVITI
Majlis Pelancaran / Perasmian Oleh Ybrs Ketua Sektor Pembangunan
Kemanusiaan Jab. Pendidikan Negeri Kelantan.
Tempat : Dataran Penyayang
Masa : 8.00 Pagi
Pertandingan Poster Dan Karangan
Ceramah oleh Datuk Timbalan Mufti Negeri Kelantan.
Pidato Pelajar
- Setiap hari Ahad
Ikrar Pelajar
Majlis Penutup
UNIT KESELAMATAN
Pendahuluan
Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian 1 ( seterusnya SMK Kubang
Kerian 1 ) terletak kira-kira 6 kilometer dari pusat bandar Kota Bharu , justeru
dapatlah di kategorikan sekolah ini sebagai pinggir bandar . Kedudukannya
menghala laluan Kota Bharu ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang
Kerian .
Pada masa ini SMK Kubang Kerian 1 merupakan sekolah saluran kepada
beberapa sekolah rendah ke tingkatan satu , beberapa buah sekolah
menengah ke tingkatan empat dan enam rendah . Sehingga kini jumlah
keramaian pelajar di sekolah ini berjumlah 2336 orang pelajar ( 1020 pelajar
lelaki dan 1070 pelajar perempuan ) dengan 112 orang tenaga pengajar .
Bagi menampung bilik kelas yang terhad , SMK Kubang Kerian 1
meneruskan sesi persekolahan 2 sesi ( sesi pagi dan sesi petang ) Sesi pagi
terdiri daripada tingkatan tiga , empat , enam rendah dan enam atas ,
manakala sesi petang pula bagi tingkatan satu dan dua .
Sebagai sebuah sekolah pinggir bandar , sudah tentu latar belakang sosio-
ekonomi dan sosio – budaya pelajar berbeza-beza . Rata-rata pelajar di
sekolah ini datang daripada golongan keluarga yang berpendapatan
sederhana dan rendah.
Rasional
Program keselamatan amat penting dalam sesebuah institusi khususnya
institusi pendidikan . Para pelajarnya mudah terdedah kepada pelbagai
bahaya dan risiko . Menyedari hakikat bahawa pelajar terlalu mudah dengan
pelbagai risiko , maka langkah- langkah keselamatan amat penting di beri
perhatian khusus.
Objektif
1. dapat mempastikan harta benda , persekitaran , bangunan , bilik-bilik dan
setor, kawalan keselamatan serta padang permainan sentiasa berada
dalam keadaan terjamin dan selamat.
2. dapat membantu pihak perancang sekolah dalam merancang dan
membaik pulih bahagian-bahagian bangunan , kawasan , padang dan
gelanggang permainan , setor serta peralatan yang di kenal pasti berisiko
3. memberi pendidikan cara-cara menjaga keselamatan kepada warga
sekolah dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan
4. memberi pendedahan kepada teknik mengguna alat-alat keselamatan
5. mempertingkatkan kasedaran kepada warga sekolah tentang pentingnya
penjagaan keselamatan
6. Dapat menanam sikap “SEKOLAH KU RUMAHKU” yang lebih berkesan
dalam diri warga sekolah berlandaskan persekitaran sekolah dalam
keadaan selamat
7. melatih pelajar sentiasa bersiap sedia menghadapi kecemasan dan mala
petaka
Strategi
1. menbentuk jawatan kuasa keselamatan
2. jawatan kuasa keselamatan yang di bentuk akan di beri tugas dan mandat
bagi mengenalpasti seterusnya emngambil langkah-langkah tertentu sama
ada secara melapor kepada pihak berkenaan atau bertindak segera
sebagai bukti tanggungjawab yang di amanahkan
3. membentuk ‘Skuad Rondaan’ di kalangan anggota pasukan Pasukan
Pakaian Seragam , Ahli Majlis Perwakilan Pelajar, Pelajar- Pelajar
Tingkatan Enam Anak Wawasan , Ahli Skim Lencana Anti dadah ( SLAD)
dan Ahli Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS) meronda secara tidak lansung
ketika hadir ke sekolah atau semasa berada di sekolah sama ada pada
waktu persekolahan atau pada waktu kehadiran petang ,hari minggu dan
hari kegiatan kokurikulum . Maklumat yang di beri oleh skuad ini amat
penting dalam menangani masalah vandalisme.
4. mengadakan beberapa siri ceramah keselamatan kepada warga sekolah
5. satu rangka pelan bertindak dan jadual pemantauan akan di buat bagi
membolehkan setiap tugas dan tanggungjawab yang di serahkan kepada
ketua-ketua unit keselamatan dapat di sediakan.
6. satu pelan laluan yang kemaskini akan di keluarkan dan seterusnya di
edarkan kepada semua kakitangan dan papan kenyataan kelas serta
papan kenyataan umum nuntuk di hayati oleh semua pelajar sebagai
langkah menyelamat diri secara tenteram , aman dan terkawal
7. mengadakan beberapa siri latihan kebakaran dan cara-cara menyelamat
diri
8. bekerjasama dengan semua unit lain yang di bentuk di sekolah dalam
usaha melaksanakan setiap program dan aktiviti latihan kebakaran dan
menyelamat
9. memeriksa dan mengenalpasti alat pemadam kebakaran di sediakan di
tempat-tempat yang di tentukan serta dapat berfungsi dengan baik
10. mengenalpasti langkah-langkah keselamatan adalah tanggungjawap
bersama warga sekolah.
JAWATANKUASA INDUK PROGRAM KESELAMATAN
Pengerusi : Pengetua
N. Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran
Setiausaha :Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Pen . Setiausaha : Penyelia Petang
Penyelaras: Semua Ketua Bidang Kaunselor Sekolah
Ketua Unit ; Setiausaha HEM
Urusetia Keselamatan
Kebakaran : En Che Ismail Yussoff ( sidang pagi )
En Ahmad Faizal Ismail ( sidang petang )
Persekitaran ; En Zakhori Ab Rahman ( sidang pagi )
En Aziz Muhammad ( sidang petang )
Disiplin : En Ab Aziz Salleh ( sidang pagi )
En Ramlee Alias ( sidang petang )
Bencana Alam : En Mazlan Mohd Zain (sidang pagi )
En Sanadi Hhussin ( sidang petang )
Skuad Kecemasan: Hj Mohd Hussin Deraman ( pejabat sekolah )
En Razali Talib ( teknik dan elektrik)
Pn Che Ainun Che Cob ( makmal sains )
En Ab Rahman Harun ( pondok keselamatan )
En Che Ismail Yussof ( kebakaran dan bencana
alam )
En Mohd Nor Deris ( bangunan )
Ustaz Mat Daud Omar ( Mussala )
Pn Noreha Mohamad ( Perpustkaan dan PSS)
Pn Khazimah Mat Rani ( Kemahiran hidup / SRT)
En Alias Yahya ( Padang dan
gelanggang)
En Rawi Ali ( Perabot sekolah )
En Zakaria Jusoh ( Koperasi sekolah )
Semua pekerja
Pembantu-pembantu makmal
BIDANG TUGAS URUSETIA KESELAMATAN
Kebakaran
1. menyediakan peta laluan selamat
2. mengenalpasti fungsi alat pemadam api
3. menyedia dan menempatkan baldi pasir di tempat yang sesuai
4. mengenalpasti tempat pili bomba dan punca tekanan air
5. menyediakan jadual latihan kawad kebakaran
6. menyediakan jadual ceramah dan aktiviti keselamatan
Persekitaran
1. mengenalpasti lalulintas pelajar di jalan raya
2. menyediakan jadual ceramah lalulintas (maklumat semasa perhimpunan )
3. mengenalpasti keadaan pagar sekolah
4. menyediakan kawasan letak kenderaan pelajar ( basikal)
5. mengenalpasti dan menyediakan ‘pass’ keluar masuk pelajar dari kelas
6. mengenalpasti keluar masuk pelajar dari kawasan sekolah
7. mengenalpasti pintu pagar sekolah terkawal
8. mengenalpasti setiap pintu masuk ( bukan utama ) di awasi atau berkunci)
Disiplin
1. mengenalpasti peraturan sekolah di baca oleh setiap pelajar
2. mengenalpasti peraturan sekolah di tampal di papan kenyataan kelas /
umum
3. mengenalpasti ketenteraman pelajar semasa dalam bilik darjah
4. menyediakan jadual ceramah disiplin
5. menyelitkan peringatan disiplin pelajar semasa perhimpunan mingguan
Bencana Alam
1. Menyediakan skuad Bencana Alam
2. Megenalpasti bangunan / blok selamat bagi menempatkan pelajar
3. Mengenalpasti bangunan/blok selamat menyimpan stok makanan
4. Menyediakan peralatan pertolongan cemas ketika bencana
5. Mengenalpasti alamat dan telefon agensi berkaitan
6. Menyampaikan maklumat berkenaan kepada pelajar supaya sentiasa
berwaspada
7. Bekerjasama dengan unit kebakaran dalam latihan menyelamat diri
8. Meyediakan pasukan petugas khas bencana alam
TANGGUNGJAWAB GURU KELAS
Bidang Tugas:
1. Merekod dan mengemaskini butiran peribadi pelajar ke dalam buku jadual
kedatangan, buku rekod mengajar, kad 001, kad 002 dan buku kemasukan
sekolah.
2. Buku jadual kedatangan para pelajar hendaklah ditanda pada waktu yang
pertama pada setiap hari belajar.
3. Memastikan pelajar membawa surat daripada ibu bapa penjaga atau surat
doktor sekiranya mereka tidak dapat menghadirkan diri di sekolah.
4. Bagi pelajar yang tidak hadir selama tiga hari berturut-turut dengan tiada
memberi penjelasan dan sebab yang munasabah, guru darjah hendaklah
mengirimkan surat amaran ponteng sekolah kepada penjaganya dengan
satu salinan ke pejabat sekolah.
5. Sekiranya pelajar tidak hadir selama sebulan, namanya dikeluarkan dari
buku jadual kedatangan. Kes-kes ini hendaklah dirujukkan kepada PK
HEM terlebih dahulu.
6. Menjalankan pengurusan bilik darjah seperti pemilihan ketua darjah m
engikut suara ramai dalam kelas, membuat giliran bertugas, giliran
kebersihan, alat tulis, perhiasan kelas, kerusi meja berada dalam keadaan
teratur dan menguruskan pertukaran pelajar.
7. Memungut yuran-yuran khas, yuran peperiksaan, sukan dan permainan
dan mengeluarkan resit kepada pelajar dan merekodkannya ke dalam
buku jadual kedatangan dan buku yuran.
8. Menyerahkan kira-kira pungutan yuran pada masa yang ditetapkan pihak
sekolah.
9. Menguruskan pengagihan dan pemulangan Skim Pinjaman Buku Teks
kepada pelajar dan memungut buku daripada pelajar yang hendak bertukar
ke sekolah lain.
10. Membantu Guru Besar dalam pengurusan biasiswa, mengirim surat-surat
jemputan kepada ibu bapa, sijil berhenti sekolah dan surat akuan.
11. Mengisi butiran semua ujian dengan lengkap untuk dikaji dan dianalisis.
12. Mengambil, menyalin dan menyemak jadual waktu kelas masing-masing
dan memberitahu pelajar.
13. Bertanggungjawab terhadap disiplin pelajar dalam kelasnya dan
menanam semangat rajin, tekun, dedikasi, berusaha dan kesedaran sivik.
14. Melaporkan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan oleh guru kepada guru
PK HEM seperti ketidakhadiran, ponteng yang berulang, kesulitan
memungut yuran dan masalah disiplin lain.
15. Merekodkan butiran peribadi yang lengkap mengenai kemasukan pelajar
baru dan mereka yang berhenti dalam Jadual Kedatangan, Buku Rekod
Mengajar dan Buku Daftar Kemasukan Pelajar.
16. Bagi kelas-kelas peperiksaan adalah penting baginya untuk mengisi
borang masuk peperiksaan. Mereka juga perlu memungut yuran
peperiksaan dan membantu menyusun kerusi meja.
17. Mengisi butiran kemajuan akademik pelajar ke dalam Buku Kemajuan di
samping menyediakan tabung markah atau mark sheet.
18. Bertanggungjawab terhadap keselamatan perabot dan kebersihan
kelasnya.
19. Menyediakan senarai tugas bagi pelajar dalam kelasnya untuk tugas
pembersihan kelas pada tiap-tiap hari persekolahan.
20. Berada di samping pelajarnya semasa pelajar beratur di kaki lima kelas
dan pada masa perhimpunan hari biasa.
21. Memastikan papan kenyataan kelas ditampalkan dengan makalah-
makalah, maklumat dan berita-berita yang positif, membina dan terkini.
Dalam tiap-tiap peperiksaan sekolah, guru mata pelajaran harus memberi
markah kepada guru-guru kelas untuk meringankan beban tugas guru.
Guru disiplin Guru disiplin ialah guru yang menjalankan tanggungjawab mendisiplinkan
pelajar di sekolah. Secara teori semua guru adalah guru disiplin. Tetapi dalam banyak
perkara guru disiplin tidak diberi taklimat dan kursus serta isu perundangan berhubung
dengan bidang tugas sebenar.
Guru-guru di Malaysia jeran dengan tugas ini. Guru diingatkan tidak menghukum
pelajar dengan tangan seperti lempang, sepak, sepak, cubit, pukul dan lain-lain. Ibu
bapa yang dikatakan cendekiawan dan lebih lebih bijak daripada guru mengugut akan
membawa guru ke mahkamah dan menuntut pampasan. Laporan doktor dan laporan
polis akan dikemukakan sehingga akhirnya guru-guru muda ini dihantar ke pulau atau
ke hulu.
Kementerian Pelajaran Malaysia pernah mencadangkan polis ditempatkan di
sekolah untuk membendung kes kecurian, pergaduhan, perkauman, buli, merokok,
ponteng dan sebagainya. Ada juga yang mencadangkan polis mengawasi kawasan luar
sekolah. Kawasan luar sekolah yng menjadi tempat lepak dan ponteng seperti pusat
beli-belah, rumah kosong, kawasan semak dan sebagainya bukan dalam bidang tugas
sekolah. Malangnya ibu bapa dan masyarakat menyalahkan sekolah kerana tidak
mengambil sebarang tindakan.
Perspektif guru
Seseorang guru tidak minta jawatan guru disiplin. Tetapi mereka dipilih kerana
jantina mereka lelaki, garang dan berani. Di bandar-bandar besar, kebanyakan guru
besar dan pengetua terdiri daripada perempuan. Biasanya mereka enggan merotan dan
diserahkan tugas merotan kepada guru disiplin. Sekeping surat perlantikan boleh
merotan diberikan kepada guru terlibat. Ramai juga guru yang menganggap tugas guru
disiplin ini hebat.Sebenarnya apalah sangat guru disiplin tanpa sebatang rotan.
Kebanyakan guru di Malaysia menganggap tugas guru disiplin berisiko tinggi.
Seorang guru disiplin mestilah tahu membaca mood pelajar, mententeramkan pelajar,
tahu selok-belok jenayah juvenil dan bijak bertikam lidah dengan ibu bapa. Guru yang
tidak mahir berhujah seperti seorang peguam janganlah menjadi guru disiplin.
Guru disiplin mestilah cekap mengingat nama pelajar dan mengingati rentetan
peristiwa lalu sehingga hukuman dijalankan dan dapat diterima. Ego ibu bapa
hendaklah dijatuhkan melalui rekod-rekod lampau . Jadi tugas seorang guru disiplin
ialah mencatat satu persatu kesalahan pelajar tersebut dari A hingga Z.
Kebanyakan ibu bapa dan pakar pendidikan tidak dapat menerima kehadiran
guru disiplin. Tutur bahasa dan perangai anak mereka berlawanan sekali jika dibanding
semasa di rumah atau di sekolah rendah.
Apa yang diperlukan ialah guru kaunseling dan sesi kaunseling mestilah
diadakan. Mereka mempertikaikan peranan guru disiplin kerana tidak memberi
sebarang kesan selama ini kepada sistem pendidikan negara.
Pengetua dan lembaga disiplin sendiri cuba menyembunyikan atau mengecilkan
data salah laku pelajar. Setiap tahun laporan disiplin sekolah dihantar ke PPD, jabatan
pendidikan dan disalurkan ke bahagian disiplin sekolah. Pihak sekolah akan dimalukan,
dipersoalkan dan tidak ada peluang kenaikan pangkat jika prestasi disiplin pelajar tiada
kemajuan.
Perspektif pelajarBagi kebanyakan pelajar dan ibu bapa, bukan semua guru adalah guru disiplin.
Hanya yang dilantik dalam lembaga disiplin sahaja yang diiktiraf sebagai guru disiplin.
Kadang-kala hanya ketua guru disiplin sahaja yang dianggap dan diiktiraf sebagai guru
disiplin. Pada awal tahun, nama guru disiplin akan diumumkan dan majlis penyerahan
rotan akan diadakan. Guru-guru lain yang tidak terlibat dianggap bukan guru disiplin.
Lantaran itu cakap, nasihat dan tindakan serta hukuman oleh guru lain tidak perlu
didengar.
Kebanyakan pelajar yang cemerlang lebih mudah mengingati guru kaunseling
mereka daripada guru disiplin. Mereka amat berterima kasih kepada kaunselor yang
berjasa memberikan khidmat nasihat tentang kerjaya, motivasi dan sebagainya. Tidak
pernah berlaku pelajar mengucapkan terima kasih kepada guru disiplin yang telah
merotan dan memukul mereka. Malahan mereka menyanggah hukuman yang
dikenakan dan berdendam akan menumbuk cikgu, memecahkan cermin kereta atau
membaling rumah guru dengan batu. Kebanyakan pelajar yang berjaya ini mahu sesi
kaunseling sahaja dan menentang keras penggunaan rotan.
Bagi golongan terpelajar ini, hukuman rotan disamakan dengan hukuman sebat
terhadap banduan di dalam penjara. Sedangkan anak-anak mereka perlu diberi
peluang, diberi kaunseling, perlu dimaafkan, perlu dibimbing dan ada rasionalnya. Ibu
bapa yang bijak pandai ini menganggap hukuman rotan ini bertentangan dengan hak
asasi manusia, mencederakan minda dan potensi pelajar. Kebanyakan mereka ini
menjadi pegawai pendidikan di kementerian.
Pelajar yang ketakutan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dikatakan
tidak baik untuk sistem pendidikan sekarang. Sepatutnya guru dan pelajar akrab dan
intim sehingga mudah soal jawab. Namun begitu semua ini amat ideal sekali.
Bayangkan nisbah guru-pelajar 1:37. Kebanyakan kelas di bandar mempunyai ratio
1:40. Di sekolah Cina ada yang mencapai 1:55.
Dalam kebanyakan seminar dan bengkel pendidikan, guru disiplin tidak pernah
diberi peranan untuk memberi ceramah.Sebaliknya kaunselor sekolah dan kaunselor
luar sering dibayar untuk memberi ceramah dan syarahan kepada pelajar, guru-guru
dan kepada ibu bapa.
Maklumat Am Disiplin Sekolah
Pengertian Hukuman
Hukuman boleh diertikan sebagai kuasa mengenakan hukuman bagi sesuatu salah laku. Terdapat tiga unsur utama dalam pengertian hukuman :
i. terpenting sekali ialah pengertian hukuman melibatkan salah laku yang sebenar atau diandaikan berlaku. Ini merupakan hukuman yang bersifat memberi balasan kepada sesuatu kesalahan yang telah dilakukan.
hukuman hendaklah dikenakan oleh seseorang yang berkuasa ke atas yang dihukum.
hukuman melibatkan sesuatu yang tidak menyenangkan dikenakan ke atas yang bersalah, ia boleh jadi tindakan fizikal bersifat positif yang menyakitkan, atau menafikan sesuatu yang disukainya.
Hukuman dalam Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan Guru ialah Pembuangan Sekolah, Penggantungan Sekolah, Hukuman Dera ( Corporal punishment ), Penahanan (detention) dan Amaran.
Pengertian Pembuangan Sekolah
Hukuman yang boleh dikenakan ke atas mana-mana murid yang didapati bersalah
bersabit dengan mana-mana kategori salah laku berat selaras dengan Peraturan-peraturan Pelajaran. (Disiplin Sekolah) 1959.
Seseorang murid yang telah melakukan salah laku atau tingkah laku yang mengganggu
berulangkali dan didapati tidak berubah selepas tindakan memulihnya diambil oleh
Pengetua / Guru Besar atau tingkah lakunya mendatangkan gangguan yang serius
kepada murid-murid lain dan terhadap keseluruhan disiplin sekolah, tindakan yang
sesuai diambil ialah mengarahkan pembuangannya dari sekolah.
Pengertian Penggantungan Sekolah
Hukuman penggantungan merupakan satu arahan di mana seseorang murid itu
dilarang dari memasuki kawasan sekolah. Penggantungan adalah bersifat sementara
sahaja dalam jangka masa yang berpatutuan sehingga tidak lebih 14 hari persekolahan.
Dalam keadaan di mana seorang murid berkelakuan liar dan mengganggu sehingga
perlu diasingkan dari sekolah manakala menunggu hasil siasatan mengenai cara yang
paling sesuai untuk menghadapinya, Pengetua / Guru Besar berkuasa mengarahkan
penggantungan persekolahan murid itu sehingga tidak lebih 14 hari.
Penggantungan yang dibuat kerana menunggu hasil sesuatu siasatan hendaklah
dibezakan sebagai satu hukuman yang dijatuhkan oleh Pengetua / Guru Besar seperti
diperbekalkan dalam Peraturan 8, Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.
Bila penggantungan dibuat sebagai tindakan menghukum peluang yang cukup untuk
murid membuat penjelasan ( to show case ) hendaklah diberi.
Pengertian Hukuman Dera ‘corporal punishment’
Hukuman dera (rotan) boleh dikenakan (kecuali ke atas murid-murid perempuan)
tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran
(Disiplin Sekolah) 1959.
Dijalankan sebaik-baik sahaja sesuatu salah laku itu dilakukan oleh murid. Hendaklah
dibuat setelah sesuatu salah laku telah dapat disahkan.
Dijalankan oleh Pengetua / Guru Besar sendiri atau oleh seorang guru yang berdaftar
yang telah diberikan kuasa secara nyata atau khas iaitu mengikut keadaan [Perkara 6
Ordinan Pelajaran, 1957, Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959].
Hukuman dera hendaklah dijalankan dengan menggunakan rotan ringan dan pukulan
rotan hanya boleh dibuat pada tapak tangan atau di bahagian punggung yang berlapik.
Hukuman dera ke atas pelajar perempuan dilarang secara nyata dalam [Perkara 5
Ordinan Pelajaran, 1957, Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959].
Pengertian Hukuman Penahanan ‘detention’
Hukuman penahanan adalah untuk mengawal murid-murid yang jahat (delinquent)
supaya tingkah lakunya pada masa akan datang diharap dapat dipengaruhi dan dibaiki
dengan cara menafikannya dari menikmati dan menggunakan masa lapangnya.
Arahan penahanan itu hendaklah menentukan masa dan jumlah jam ditahan seseorang
itu ditahan.
Kehadiran kelas penahanan mendatangkan kesan mencegah kepada murid berkenaan
dan juga murid yang lain.
Aktiviti penahanan hendaklah merupakan sesuatu yang berfaedah dan membina.
Pengertian Hukuman Amaran
Hukuman amaran adalah sesuai apabila Pengetua / Guru Besar atau guru yang diberi
kuasa setelah mempertimbangkan keadaan, jenis salah laku dan kelakuan murid yang
telah melakukan salah laku itu, berpendapat bahawa adalah kurang wajar dikenakan
hukuman yang lebih berat lagi.
Tindakan hukuman amaran merangkumi Amaran 1, 2, dan 3 bagi kategori salah laku
ringan, Amaran dan Amaran keras bagi kategori salah laku sederhana dan Amaran Keras bagi kategori salah laku berat.
KATEGORI SALAH LAKU
PENGERTIAN ISTILAH SALAH LAKU
Kesalahan-kesalahan yang dilarang dengan nyata adalah kesalahan-kesalahan seperti
mana yang dibekalkan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran yang sedia ada seperti
mana Peraturan-peraturan Pelajaran Disiplin) Sekolah 1959. Kesalahan yang mana
perbuatannya membahayakan keselamatan diri atau murid lain atau pihak lain dan
melahirkan tingkah laku curang yang bertentangan dengan kehendak-kehendak
peraturan dan matlamat yang hendak dicapai.
Lebih kuat tujuan sesuatu perbuatan salah laku, lebih meningkat bahaya yang
didatangkan, lebih kerap kesalahan berlaku atau lebih bersungguh-sungguh pelajar
melakukan tingkah laku jenayah (curang) sehingga boleh mengganggu ketenteraman.
Lebih berat hukuman yang dikenakan setakat mana perbuatan itu membahayakan
sehingga boleh dibuang sekolah.
Beratnya hukuman yang dikenakan hendaklah jangan sampai tidak setimpal dengan
salah lakunya
SALAH LAKU KATEGORI BERAT
Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga.
Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah.
Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau.
Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang
benda yang memabukkan / mengkhayalkan.
Menyebabkan / melakukan pergaduhan atau kekerasan.
Melawan, mengancam, memukul, mengugut atau mencederakan guru / pengawas /
murid.
Biadab terhadap guru / pengawas / murid.
Memeras ugut guru / pengawas / murid.
Membawa / menggunakan senjata atau alat berbahaya.
Melakukan buli ( pelancoan ), penderaan atau paksaan terhadap murid lain.
Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan.
Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.
Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau
rakaman dan multimedia terlarang.
Membabitkan diri dalam kumpulan haram.
Mencabul kehormatan guru / murid.
Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii.
Melacur / menjadi bohsia / bohjan / pondan.
Bersekedudukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral.
Mengintai murid lelaki / perempuan.
Menulis atau mengeluarkan kenyataan akbar yang mencemarkan.
Merosakkan harta benda sekolah / guru.
Membawa / menggunakan bahan letupan.
Menulis / melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah.
Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh.
Menyalahgunakan alat permainan elektronik atau bahan-bahan multimedia.
Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau mengganggu
pengajaran dan pembelajaran . peperiksaan / ujian.
Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan
masyarakat Malaysia.
Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak
sekolah , Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pelajaran.
Melakukan ponteng sekolah berterusan ( berturut-turut ) selama 30 hari atau berkala
( tidak berturut-turut ) selama 60 hari selama 1 tahun sesi persekolahan.
Mengganggu / menjejaskan kuasa Guru Besar / Pengetua atau guru yang menjalankan
tugas.
Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran.
Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah.
Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.
Melakukan hubungan yang dicurigai.
Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.
SALAH LAKU KATEGORI SEDERHANA
PENGERTIAN ISTILAH
Kesalahan yang mana perbuatannya boleh membawa kepada gangguan
ketenteraman sekolah tetapi tidak sampai mendatangkan.
Sekiranya lebih kerap kesalahan berlaku atau lebih bersungguh-sungguh murid
itu melakukannya boleh membawa kepada ikutan oleh murid lain dan
kemudaratan , keharmonian sistem pendidikan di sekolah.
Lebih meningkat perlakuan negatif ini yang didatangkan maka lebih tingkat
pulalah hukuman yang patut diberi sehingga boleh digantung persekolahan.
Beratnya hukuman yang dikenakan hendaklah jangan sampai tidak setimpal
dengan salah lakunya.
SALAH LAKU KATEGORI SEDERHANA
Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali.
Menyalahgunakan / menggunakan peralatan / sumber bekalan elektrik sekolah
tanpa kebenaran.
Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.
Tidak amanah, menipu, berbohong dan menipu ketika ujian / peperiksaan.
Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.
Tidak menghormati lagu-lagu / bendera / jata sekolah, negeri dan kebangsaan.
Fesyen rambut keterlaluan seperti punk / skin head atau berwarna.
Menconteng pada harta benda sekolah.
Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik telinga dan memakai
subang berlebihan pada satu cuping telinga.
Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini
* Nota Membayar ganti rugi bagi kesalahan yang menyebabkan
kerugian, hendaklah berbincang dengan ibu bapa / penjaga kerana murid tidak
mempunyai sumber kewangan sendiri untuk membayar ganti rugi.
SALAH LAKU KATEGORI RINGAN
PENGERTIAN ISTILAH
Kesalahan-kesalahan salah laku yang dinyatakan seperti mana yang dibekalkan
dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975. Salah laku yang dinyatakan dalam
peraturan, misalnya membuat bising dalam darjah, berkeliaran ( loitering ) dan
berbagai lagi perbuatan yang tidak diingini.
Salah laku dan kelakuan murid yang telah melakukan perbuatan salah laku
dilihat sebagai kurang wajar dikenakan hukuman lebih berat lagi
Lebih meningkat perlakuan salah laku ini yang didatangkan maka lebih tingkat
pulalah hukuman yang patut diberi sehingga boleh diberi Amaran Ketiga
Beratnya hukuman yang dikenakan hendaklah jangan sampai tidak setimpal
dengan salah lakunya.
SALAH LAKU KATEGORI RINGAN
Menyimpan misaim, janggut atau jambang.
Berambut panjang atau menyerupai kumpulan tertentu.
Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan terlarang.
Menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dan sekolah tanpa kebenaran.
Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran.
Berada di kantin pada waktu persekolahan ( kecuali waktu rehat ) tanpa kebenaran.
Menyimpan atau menggunakan alat permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran.
Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran.
Memasuki atau tidak mematuhi arahan makmal / bengkel / bilik khas.
Memakai barang kemas atau perhiasan atau alat solek kecuali jam tangan yang tidak berfesyen.
Memasuki bilik khas tanpa kebenaran.
Makan dan minum dalam bilik darjah.
Melakukan pembaziran air / elektrik.
Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap.
Semua kesalahan yang bersabit dengan pembelajaran ( tidak membawa buku, tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain )
Datang lewat ke sekolah.
Lewat bergerak ke perhimpunan / bengkel / makmal.
Bising dalam bilik darjah sehinggga mengganggu kelas lain.
Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah.
Berjalan-jalan tanpa kebenaran.
Tidak membuat gerak kerja yang ditugaskan.
Mengganggu kawasan.
Mengganggu guru.
Lewat masuk kelas.
Mengotorkan kelas.
Tidak duduk setempat.
Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini
PENGERTIAN SALAH LAKU PONTENG SEKOLAH
Di mana murid sekolah yang tidak hadir ke sekolah pada hari persekolahan rasmi tanpa alasan atau sebab-sebab bertulis atau lisan daripada ibu bapa atau penjaga atau doktor perubatan.
Ponteng Sekolah Secara Berterusan atau Berturut-turut
Di mana murid sekolah telah tidak hadir ke sekolah secara berterusan atau berturut-turut tanpa alasan atau sebab-sebab bertulis atau lisan daripada ibu bapa atau penjaga atau pengesahan doktor perubatan selama 31 hari atau lebih.
Ponteng Sekolah Secara Berkala
Di mana murid sekolah telah tidak hadir ke sekolah secara berkala atau berselang-selang hari tanpa alasan atau sebab-sebab bertulis atau lisan daripada ibu bapa atau penjaga atau pengesahan doktor perubatan selama 60 hari atau lebih.
PENGERTIAN SALAH LAKU PONTENG KELAS
Di mana murid sekolah yang hadir ke sekolah telah tidak berada dalam kelas dalam satu-satu waktu pelajaran atau keseluruhan waktu Pelajaran.
Murid ini masih berada di dalam kawasan sekolah.
PENGERTIAN SALAH LAKU PONTENG ACARA RASMI
Di mana murid sekolah yang tidak hadir ke acara rasmi sekolah yang dimestikan hadir sama ada di dalam sekolah atau di mana-mana di luar sekolah yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
—————————————————————————————-
SULIT
‘SALINAN’
Bil. KP. Sulit 0504/11/(144)
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1972
Peraturan-Peraturan (Tatatertib Sekolah) Pelajaran, 1959
Saya adalah diarah menarik perhatian tuan kepada Peraturan 5 dalam Peraturan 5 dalam Peraturan-Peraturan (Tatatertib Sekolah) Pelajaran, 1959 yang berbunyi seperti berikut:-
5.1 Bagi maksudkan memelihara tatatertib di kalangan murid-murid Guru Besar hendaklah diberi kuasa untuk mengenakan hukuman-hukuman sebagaimana perlu atau mustahak.
Dengan syarat –
(a) Hukuman dera atau “Corporal Punishment” terhadap murid-murid perempuan adalah dilarang ; dan
(b) Hukuman dera terhadap murid laki-laki oleh seorang guru atau kakitangan yang lain hendaklah dihadkan kepada pukulan-pukulan dengan rotan kecil ke atas tapak tangan atau punggung di atas pakaian dan hendaklah dikenakan hanya oleh Guru Besar atau dengan kuasa diberikannya dalam sesuatu kes tertentu.
5.2 Satu rekod mengenai semua hukuman yang dikenakan dibawah perenggan 5.1. hendaklah disimpan rahsia dalam satu borang (cara) yang diluluskan oleh Pendaftar.
Sila menarik perhatian semua sekolah-sekolah kepada Peraturan yang dinyatakan di atas supaya pihak yang berkenaan dapat mematuhi Peraturan ini dengan tepat.
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “
Saya yang menurut perintah,
t.t.
Sdg. (Kum Boo)
b.p. Ketua Setiausaha,
Kementerian Pelajaran.
PERANAN GURU DALAM MELAKSANAKAN DISIPLIN SEKOLAH
1. 1. Pengenalan
1.1 Guru adalah suatu unsur yang sama pentingnya dengan murid di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Seseorang guru mempunyai peranan dan tanggungjawab bukan sahaja setakat mengajar tetapi juga mendidik iaitu membentuk sikap, nilai dan akhlak murid-murid melalui pelaksanaan disiplin yang baik.
1.2 Guru memainkan peranan yang pentingnya dalam melaksanakan disiplin sekolah kerana guru adalah orang yang rapat sekali dan mempunyai hubungan langsung dengan murid-murid. Oleh itu, perlaksanaan disiplin sekolah adalah tanggungjawab dan tugas Guru Besar, Guru Penolong Kanan atau Guru Disiplin sahaja.
1.3 Di dalam melaksanakan tugas ini, guru seharusnya mencari pendekatan-pendekatan yang sesuai supaya mencapai matlamat akhir iaitu membentuk disiplin yang baik dalam diri murid-murid itu sendiri. Disiplin diri sediri ini sepatutnya datang dari kerelaan dan kesukaan hatinya sendiri, dan bukan disebabkan oleh paksaan atau perasaan takut. Untuk mencapai matlamat akhir ini, guru sendiri seharusnya mempunyai disiplin yang baik dan menunjukkan contoh dan tauladan yang baik kepada nurid-murid serta dirinya sendiri.
1. 2. Peranan Guru
2.1 Peranan guru dalam melaksanakan disiplin sekolah bolehlah disimpulkan kepada dua bahagian:
a) Mengawas disiplin di dalam bilik darjah, di sekitar sekolah dan juga di dalam kegiatan-kegiatan di luar sekolah. Guru hendaklah juga memberi kerjasama sepenuhnya kepada Guru Besar dan sesama guru sendiri di dalam tugas melaksanakan disiplin sekolah.
b) Menjalankan hukuman disiplin apabila diarahkan oleh Guru Besar secara arahan nyata mengikut peraturan-peraturan yang ada.
1. 3. Langkah-Langkah Mengelakkan Timbulnya Masalah Disiplin.
3.1 Di antara langkah-langkah yang dapat menggelakkan timbulnya masalah disiplin ialah:
a) Menentukan yang semua murid sentiasa memenuhi masa mereka dengan kerja-kerja yang berfaedah iaitu dengan memberi kerja tambahan kepada murid-murid yang lebih cerdas dan cekap dan memberi pertolongan individu kepada murid-murid yang lemah. Dengan cara ini murid-murid tidak akan merasa bosan dan jemu dan oleh itu akan kurang menimbulkan masalah disiplin.
b) Mewujudkan suasana yang sesuai supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik tanpa sebarang gangguan.
c) Persediaan mengajar hendaklah lengkap sebelum masuk ke bilik darjah. Kaedah-kaedah penyampaian pelajaran yang dipelbagaikan dapat menarik minat dan perhatian murid-murid. Untuk mencapai tujuan ini guru hendaklah melibatkan murid-murid secara aktif melalui perbincangan, perbahasan, soal jawab dan tugasan seperti membuat laporan mengenai lawatan sambil belajar, menjalankan projek tertentu, dan lain-lain tugasan mengenai pelajaran semasa. Alat-alat bantuan mengajar seperti filem jalur, televisyen, radio, slaid dan lain-lain akan dapat menarik minat murid-murid untuk belajar dan seterusnya menghasilkan disiplin yang baik.
d) Guru haruslah sedar bahwa murid-murid adalah manusia biasa seperrti guru juga. Oleh itu murid-murid patutlah diberi layanan yang beradab. Ini akan mendorong murid-murid memberi penghormatan yang setimpal dengan layanan yang diberikan oleh guru kepada mereka. Guru sewajarnya sentiasa menghayati dan mengamalkan Tatasusila Profesyen Perguruan.
e) Kebolehan dan pencapaian murid-murid adalah berlainan di antara sama lain. Oleh itu guru perlu meletakkan harapan pencapaian murid-murid sesuai dengan kebolehan mereka. Kaedah dan cara pendekatan mengajar hendaklah disesuaikan dengan kebolahan mereka. Ini akan dapat mengelakkan masalah disiplin daripada berlaku.
f) Memeriksa kerja-kerja murid dan memberi makluman balas dengan segera mengenai tugasan yang diberikan kepada mereka supaya pembetulan dapat dibuat. Dengan iini murid-murid tidak akan menganggap yang guru telah membuang
dan mensesiakan masa dan tenaga meraka. Perasaan baik yang dihasilkan ini akan mengurangkan masalah disiplin.
g) Semasa menilai kerja-kerja yang dijalankan oleh murid-murid, guru perlu memberi pengukuhan yang positif seperti memberi pujian, markah yang tinggi dan sebagainya telah disempurnakan dengan baik dan memuaskan. Pengukuhan positif ini akan menjadikan pembetulan lebih mudah diterima oleh murid-murid dan dapat memenuhi keperluan semula jadi untuk mendapat penghargaan.
h) Guru haruslah bersifat adil dan tekal apabila menyelesaikan masalah supaya murid-murid selalu menghormati guru. Masalah disiplin akan berlanjutan sekiranya murid-murid tidak lagi menghormati guru.
i) Guru hendaklah mengelakkan hukuman yang keras ke atas murid-murid kecuali sebagai langkah terakhir.
j) Hukuman keras, sekiranya diberi, eloklah menentukan kuasa menghukum dan mengikut Peraturan-peraturan.
1. 4. Tugas-tugas Bagi Guru-Guru Khas di Dalam Melaksanakan Disiplin
4.1 Walaupun setiap guru bertanggungjawab melaksanakan disiplin sekolah guru-guru memegang tugas khas yang berikut adalah diharapkan dapat memainkan peranan lebih dalam hal ini.
5. Guru Disiplin
Di antara tugas-tugas guru disiplin ialah
a) Membantu Guru Besar merangka atau membuat peraturan-peraturan sekolah.
b) Menentukan peraturan-peraturan sekolah dipatuhi sepanjang masa kegiatan dijalankan sama ada di dalam atau diluar sekolah.
c) Mengawasi pengawas-pengawas sekolah.
d) Menjadi penyelaras di antara guru-guru dan Guru Besar di dalam hal disiplin murid-murid.
e) Menjalankan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Guru Besar.
f) Menjadi pegawai perhubungan di antara pihak sekolah dengan ibubapa/penjaga di dalam masalah disiplin.
g) Membantu Guru Besar menimbulkan semangat kesetiaan dan kekitaan di kalangan murid-murid dan guru-guru.
6. Guru Ko-Kurikulum
Di antara tugas-tugas guru ko-kurikulum ialah
a) Mengatur jadual kegiatan-kegiatan ko-kurikulum serta mengadakan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan perlaksanaannya.
b) Menjadi penyelaras di antara ahli-ahli persatuannya dengan guru disiplin / Guru Besar sekiranya masalah disiplin timbul di dalam persatuan.
c) Mengatur acara atau kegiatan yang menarik dan berfaedah untuk persatuannya dan memupuk bakat di kalangan murid-murid.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling
Di antara tugas-tugas guru bimbingan dan kaunseling ialah:-
a) Memberi kerjasama dan nasihat dan pandangan guru disiplin dan guru-guru lain di dalam menyelesaikan masalah disiplin.
b) Memberi bimbingan dan kaunseling kepada murid-murid yang mempunyai masalah disiplin untuk mewujudkan tatakelakuan yang diingini.
c) Membuat perhubungan dengan ibubapa / penjaga murid-murid yang mempunyai masalah disiplin, pegawai Kebajikan Masyarakat atau pihak polis melalui / atas kebenaran Guru Besar.
1. 8. Contoh-contoh Tindakan Disiplin Dalam Bilik Darjah
8.1 Di dalam menyelesaikan masalah disiplin adalah penting bagi guru memahami psikologi kanak-kanak dan mengelakkan diri daripada menghukum semata-mata untuk menghukum dan melepaskan geram atau dendam. Menghukum biarlah dengan tujuan untuk menolong murid-murid yang bersalah memperbaiki tatakelakuan dan cara hidupnya yang tidak berdisiplin kepada yang lebih berdisiplin, seperti yang dikehendaki oleh masyarakt sekolah dan seterusnya masyarakat umum.
Di antara lain-lain, tindakan-tindakan berikut bolehlah dicontohi:
a) Memberi nasihat dan amaran kepada murid-murid yang telah terbukti bersalah.
b) Memberi kerja-kerja yang membina dengan tujuan membentuk semanat dan sikap sayang dan banggakan sekolah sendiri dan juga membersihkan bilik darjah dan seumpamanya.
c) Menghantar murid kepada Guru Besar untuk diberi nasihat atau hukuman. Cara ini hendaklah jangan selalu sangat dilakukan kerana dengan berbuat demikian guru itu sendiri akan kehilangan kewibawaan dirinya dan dipandang rendah oleh murid-murid.
d) Memberi murid tanggungjawab atau tugas tertentu secara berperingkat-peringkat seperti menjadikannya ketua barisan, menjaga kebersihan bilik darjah, menjadi ahli jawatankuasa sesuatu kegiatan dan lain-lain. Tindakan mengiktiraf keupayaan murid-murid di dalam bidang kepimpinan ini akan dapat mengubah sikap dan kelakuan murid-murid yang menimbulkan masalah disiplin.
1. 9. Tatacara Menyelesaikan Masalah Disiplin
Sekiranya guru perlu menyelesaikan masalah disiplin, langkah-langkah berikut bolehlah dianggap sebagai contoh:
a) Guru haruslah lihat atau anggap tiap-tiap kesalahan secara objektif. Elakkan diri daripada nafsu marah dan jauhkan diri daripada membuat kesimpulan terburu-buru tanpa penyelidikan terlebih dahulu. Sekiranya berasa was-was mintalah pendapat rakan sejawat atau Guru Besar sebelum mengambil tindakan.
b) Wujudkan suasana tenang di antara guru dan murid sebelum memulakan usaha penyelidikan mengenai punca-punca masalah disiplin murid.
c) Beri murid peluang untuk menjelaskan kesalahannya dan guru hendaklah mendengar penjelasan dengan teliti dan cuba memahami masalahnya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.
d) Jika murid didapati bersalah, guru seharusnyalah membantu murid menyedari kesalahannya dan menasihatinya untuk mengubah kelakuan. Sekiranya usaha ini gagal dan kesalahan diulangi, minta kerjasama guru Bimbingan dan Kaunseling untuk menyelidik dan mengkaji punca masalah disiplin berkenaan, dan setelah itu barulah tindakan yang sesuai diambil.
e) Di dalam masalah disiplin yang dianggap ada kaitan dengan keluarga murid, guru patutlah Minta kerjasama daripada ibubapa / penjaga untuk menyelesaikan masalah berkenaan dengan pengetahuan Guru Besar.
f) Ada kalanya masalah disiplin mempunyai kaitan dengan masalah ekonomi / keluarga. Di dalam hal ini guru bolehlah merujukkannya kepada Pegawai Kebajikan Sekolah melalui Guru Besar.
g) Dimana kesalahan disiplin bersabit dengan jenayah, penggunaan dadah, peras ugut, subversif, anti sosial, mencuri dan lain-lain seumpamanya, Guru Besar hendaklah diberitahu dengan serta-merta
top related