topik 2 kesedaran pelbagai budaya 2a

Post on 04-Aug-2015

1.722 Views

Category:

Documents

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

KESEDARAN PELBAGAI SOSIAL-BUDAYA

BangsaStruktur Masyarakat/ Kelas SosialKepercayaanBahasaAdat ResamJantina (Gender)

Dewan Bahasa & Pustaka (DBP), bangsa bermaksud kumpulan manusia yang sama asal usulnya serta serupa sifat-sifatnya; contohnya Melayu. Ia juga boleh ditakrifkan sebagai perkataan lain bagi kaum.

Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam orang Melayu.

Penakrifan undang-undang:Di negara Malaysia, orang Melayu didefinisikan menurut perlembagaan dalam perkara 160(2). Menurut perkara ini, orang Melayu ditakrifkan sebagai: Bertutur bahasa Melayu Mengamalkan adat istiadat Melayu Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan

atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura

Menurut Syed Husin Ali, orang Melayu itu dari segi zahirnya, lazimnya berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa

Terdapat dua teori yang menyatakan mengenai asal-usul bangsa Melayu: Bangsa Melayu berasal daripada Yunnan Bangsa Melayu berasal daripada Sumatera

Pecahan suku kaum Melayu di Malaysia : Banjar, Boyan, Bugis, Jawa, Kampar, Kerinci, Mendaling,

Minangkabau, Rawa dan Johor-Riau

Kesemua orang Melayu beragama Islam, tetapi tidak semua yang beragama Islam merupakan orang Melayu.

Sejarah menunjukkan bahawa kawasan dimana orang Melayu tinggal ini dikenali sebagai Semenanjung Tanah Melayu.

Dari segi ekonomi, orang Melayu ramai yang bermula dengan ekonomi sektor pertanian dan industri-industri tradisi yang berproduktiviti rendah.

Ekonomi orang Melayu kini sudah mencapai ke satu tahap yang boleh dibaggakan dan ramai telah berjaya dalam sektor koperat terutamanya sektor perbankan.

Kehadiran orang Cina di Tanah Melayu dapat dikesan semenjak di zaman Kerajaan Melayu Melaka.

Kebanyakan orang Cina di Tanah Melayu berasal dari China selatan, terutamanya wilayah Fujian dan Guangdong.

Orang Cina di Tanah Melayu dapat dibahagikan kepada beberapa kelompok iaitu Hokkien, Kantonis, Hakka, Hainan, Teochew dan Hailam.

Di negara kita kebanyakan orang Cina beragama Budha namun terdapat juga yang beragama Taoisme dan Kristian.

Dari segi bahasa, mereka menggunakan pelbagai dialek berdasarkan kelompok mereka tersendiri. Namun, Bahasa Mandarin merupakan bahasa rasmi bagi masyarakat Cina di Malaysia.

Ramai daripada orang Cina terlibat dalam aktiviti perniagaan seperti menjadi pedagang , peniaga dan tukang.

Mereka juga merupakan kaum terbesar yang terlibat dalam bidang-bidang pekerjaan profesional seperti arkitek dan akauntan.

Kehadiran orang India di Tanah Melayu boleh dikesan melalui sejarah lebih awal daripada kedatangan orang cina

Mereka datang ke Tanah Melayu untuk aktiviti perdagangan. Sebahagian besar berasal dari India Selatan(Tamil Nadu).

Bagi masyarakat India, mereka dapat dipecahkan kepada beberapa kelompok lagi seperti Tamil, Malayali, Telegu dan Sikh.

Orang India di Malaysia menganuti pelbagai agama seperti Hindu, Sikh, Islam dan Kristian. Kebanyakannya adalah beragama Hindu.

Mereka menggunakan Bahasa Tamil sebagai bahasa perantara dalam perbualan sesama mereka.

Pada asalnya, orang India datang ke Malaysia dengan kemahiran dalam bidang perniagaan dan modal. Golongan Chettier terkenal sebagai pemberi pinjam wang.

Sekarang orang India di Malaysia berpendapatan rendah dan masih banyak yang terlibat dengan perladangan dan buruh kasar.

Namun terdapat juga yang terlibat dalam bidang perubatan dan guaman.

Sistem kasta dan kelas sosial

Sistem Kasta

Kelas Warna Kulit Pekerjaan

Brahmin Putih Paderi dan Guru

Ksatriya MerahPendekar dan

Pemerintah

Vaisya CokelatPetani, Pedagang

dan Pelukis

Sudra Hitam Buruh

Struktur/ Kelas sosial

Kumpulan intelektual – ahli fikir, guru Penjawat awam – termasuklah tentera Kumpulan Petani Kumpulan Peniaga

Membawa pengertian kepada makhluk halus Orang Melayu mempercayai :

Hantu

Semangat

Mana/Sakti

Binatang/Tempat yang Sakti

Makan nasi jika tidak dihabiskan nasi akan menangis Jangan kencing dibusut nanti kemaluan tak elok Jangan bergendang dalam rumah nanti kena curi

segala harta Ibu hamil jangan lalu di bawah ampaian nanti anak

gagap Jika keluar rumah ternampak biawak, patah balik ke

rumah kerana dikhuatiri akan ditimpa bencana Keluar rumah jangan toleh belakang nanti diserang

musuh Jangan tunjuk pada pelangi nanti tangan kudung

Chinese New Year tidak boleh pakai baju putih, biru, hitam. Sebaliknya baju kuning dan merah membawa tuah.

Meja makan mesti bulat, melambangkan kesatuan

Chinese New Year tidak boleh menyapu sampah, dikhuatiri buang nasib baik “ong”

Jika ada kematian tidak dibenarkan pakai warna warni tetapi warna hitam, kelabu dan biru

Tidak boleh menyapu rumah pada waktu malam

Perempuan keluar rumah selepas pukul 8 dikhuatiri kena rasuk

Tidak boleh makan daging Jika masuk rumah perlu mencuci kaki

jika tidak semangat jahat akan ikut Orang baru kahwin perlu jadi vegeterian

selama 3 hari untuk cuci badan

Hari bayi dilahirkan hingga hari ke 16 dianggap keluarga tersebut tidak suci

Ketika berlaku kematian rumah tersebut tidak boleh membuat aktiviti memasak

Kaum wanita dilarang untuk mengiringi mayat ke tempat membakar

Kalau makan daging sembahyang tidak diterima

Jika perayaan Tahun Baru (India) jangan mengunjungi pada hari Ahad, Selasa, atau Khamis

Orang Asli – tidak boleh memuji “bayi comel” kerana akan di ambil hantu

Orang Kadazan – Pengunjung dihadiahkan seekor ayam sebagai tanda terima kasih kerana mengunjungi rumah mereka

Bajau – harta orang mati ditanam bersama jenazahnya

Rujukan Arends, R.I (1994) Learning to Teach, 3th

Ed, N.Y.: McGraw Hill Montgomery, W (2001), Creating culturally

responsive, inclusive classrooms: Teaching Exceptional Children Vol.33(4) pp 4-9.

Muhamad K. K & Zaharah H (2005), Reading on ethnic relations in a multicultural society, Serdang: UPM

Cheyney, A B (1967), Teaching children of different cultures in the classroom (2nd Ed.): Bell&Howell, Columbus, Ohio.

Jones B F (1995), Comprehensive classroom management: Creating postive learning environment for all students,Mass: Allyn & Bacon.

Steel, F I (1973), Physical setting and organization development; Reading, MA: Addison-westley

Kementerian Pelajaran Malaysia (1982), Buku Panduan Khas Kelas Bercantum KBSR.

Terima kasih

top related