topik 1_pengenalan kepada pentaksiran

Post on 13-Dec-2015

53 Views

Category:

Documents

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

PENTAKSIRAN

TRANSCRIPT

JSS_IPGKDRI/SJH3093

TOPIK 1PENGENALAN KEPADA PENTAKSIRAN

ROSMANI BT ALIJABATAN SAINS SOSIAL

IPG KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL

JSS_IPGKDRI/SJH3093

• Konsep• Jenis-jenis Ujian • Ciri-ciri Pengujian • Penilaian dalam mata pelajaran Sejarah

– Mengukur pemahaman tentang idea, konsep fakta dan nilai dalam mata pelajaran Sejarah

PENGENALAN KEPADA PENTAKSIRAN

JSS_IPGKDRI/SJH3093

Kenapa perlunya PENTAKSIRAN

Memperkembangkan aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani;

Sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran;

Satu proses mengumpul maklumat, mengukur dan menilai;

Dikaitkan dengan kemajuan dan prestasi pelajar;

Dikaitkan dengan kemajuan dan prestasi pengajaran guru dalam kelas.

JSS_IPGKDRI/SJH3093

KONSEP PENTAKSIRAN

• Terdapat enam aspek dalam bidang pentaksiran dan penilaian. Pengukuran ( Measurement );

Pengujian ( Testing );

Ujian ( Test );

Penilaian ( Evaluation);

Pentaksiran ( Assessement ); dan

Item / Soalan ( Analisis Item ).

JSS_IPGKDRI/SJH3093

Pengukuran (Measurement)

• Satu proses memberikan nombor-nombor kepada kuantiti atau kualiti sesuatu trait atau ciri yang diukur.

• Konsep; Konsep kuantitatif ( penyelidikan dan pemerhatian ); Mendapatkan kuantiti sesuatu (satu proses); Melibatkan pelbagai alat pengukuran/instrumen; Ujian, senarai semak, soal selidik, inventori; Tidak melibatkan huraian kualitatif/membuat keputusan; Tidak melibatkan penentuan nilai; Membuat perbandingan dan menentukan kedudukan; Pensijilan, pengelompokan, penentuan jurusan

JSS_IPGKDRI/SJH3093

Pengujian (Testing)

Merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus.

Satu teknik untuk mendapatkan maklumat.

Sebagai satu alat yang dapat mencapai tujuan pengguna

JSS_IPGKDRI/SJH3093

Pengujian (Testing)

Konsep; Satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan secara yang

bersistematik;

Mengukur perubahan tingkah laku seseorang terhadap pembelajarannya;

Dilakukan selepas diberikan maklumat, bahan, sesuatu tugasan;

Pengelompokan tertentu;

Pemerhatian, ujian bertulis, ujian lisan;

Contoh : rencana, karangan, kefahaman

JSS_IPGKDRI/SJH3093

Penilaian (Evaluation)

Penilaian merupakan satu proses untuk membuat sesuatu penentuan daripada pelbagai data dan maklumat.

Suatu proses untuk mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.

JSS_IPGKDRI/SJH3093

Penilaian (Evaluation)

Ada unsur kuantitatif dan kualitatif – maklumat:Contohnya : Semua calon guru pelatih dikehendaki menduduki penilaian dan lulus MTest sebelum layak dipanggil ke sesi temu duga.

Ada pertimbangan dan penentuan nilai:– Contohnya : – BBM yang dicadangkan dalam persediaan mengajar

nampaknya sesuai dan boleh membantu meningkatkan proses pembelajaran murid

JSS_IPGKDRI/SJH3093

Penilaian (Evaluation) Membuat keputusan:• Contohnya : • Anda telah memilih langkah keempat untuk

melaksanakan aktiviti pengayaan dan pemulihan.

Penentuan peringkat pencapaian dan kedudukan pelajar dalam pembelajaran;

Suatu proses penambahbaikan – kekuatan dan kelemahan; Meliputi aspek pengujian, pengukuran, penganalisisan dan

penyimpulan

JSS_IPGKDRI/SJH3093

Pentaksiran (Assessement)

• Satu proses untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk pendidikan. Maklumat meliputi hal-hal berkaitan topik, bukti dan prestasi. Penghakiman pula meliputi hal-hal sepertin pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai. Produk pendidikan melibatkan operasi, dapatan dan hasil.

JSS_IPGKDRI/SJH3093

Pentaksiran (Assessement)

Satu proses mengumpul data dan menyusun data ke dalam bentuk yang boleh diinterpretasikan sebelum penentuan dapat dibuat;

Proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan;

Meliputi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran.

JSS_IPGKDRI/SJH3093

Pentaksiran (Assessement)

Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi individu dalam pembelajaran;

Aktiviti yang dijalankan semasa PdP;

Aktiviti yang dijalankan secara berterusan;

Aktiviti yang bertujuan untuk mendapatkan pembelajaran yang baik.

JSS_IPGKDRI/SJH3093

Pengujian

Pengukuran

Penilaian

Kaitan Penilaian, Pengukuran & Pengujian

Perbezaan : Pengujian, Pengukuran & PenilaianJenis/ Perbezaan/Perkara

Pengujian Pengukuran Penilaian

Pengertian Proses menentukan perubahan tingkah laku

Proses menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan di antara pelajar

Proses membuat analisis dengan mentafsir hasil pengukuran

Tujuan Menentukan pencapaian pelajar dlm sesuatu pembelajaran

Membuat perbandingan pencapaian dan kedudukan di antara pelajar dalam penguasaan pembelajaran

Memberikan maklumat mengenai pencapaian pelajar, objektif pelajaran, kaedah mengajar dan kurikulum.

JSS_IPGKDRI/SJH3093

Kegunaan Menempatkan pelajar dalam kumpulan yang sesuai

Mengelas, memberikan sijil dan menempatkan pelajar dalam jurusan yang sesuai dan utk penyelidikan

Membaiki rancangan mengajar, kurikulum, pengesanan punca kelemahan dan membuat ramalan

Bentuk Pemerhatian, ujian, lisan dan bertulis

Ujian bertulis dengan markah dan gred

Jadual/gred berdasarkan teknik perangkaan

Masa Selepas sesuatu atau beberapa pelajaran

Selepas beberapa pelajaran

Sebelum semasa dan selepas satu atau beberapa pelajaran

Proses pelaksanaan

1.persediaan ujian2. Pentadbiran3. Pemeriksaan

1. Proses pengujian

2. Merekod markah/ gred

1. mengukur2. menananalisis3. Menginterpretasi4. Melapor 5. Tindakan JSS_IPGKDRI/SJH3093

JSS_IPGKDRI/SJH3093

Kesimpulan

• Beberapa istilah dikaitkan dengan penilaian:– Pengujian– Pentaksiran– Pengukuran

• Setiap istilah mempunyai pengertian sendiri• Mengukur : memberikan darjah atau nilai tertentu dalam

bentuk angka terhadap apa yang diukur• Pengujian: satu contoh untuk membuat pengukuran• Pentaksiran: Setiap angka yang diperoleh daripada ujian boleh

dibuat taksiran.

JSS_IPGKDRI/SJH3093

JENIS-JENIS UJIAN

UJIAN PENCAPAIANUjian yang digubal oleh guru untuk

mengukur sejauh mana seseorang pelajar dapat menguasai tajuk-tajuk yang telah diajar oleh guru.

Ujian pencapaian terbahagi kepada 2 kumpulan : 1. Ujian Rujukan Norma dan 2. Ujian Rujukan Kriteria.

JSS_IPGKDRI/SJH3093

JENIS-JENIS UJIAN

UJIAN PENCAPAIANUjian Rujukan Norma: Untuk membandingkan

pencapaian seseorang pelajar dengan pelajar-pelajar lain.

Ujian Rujukan Kriteria: Untuk membandingkan pencapaian pelajar dengan beberapa kriteria tertentu.

Contoh Ujian pencapaian peringkat bilik darjah/sekolah: ujian diagnosis, ujian bulanan, dan ujian penggal.

Contoh Ujian pencapaian peringkat kebangsaan: UPSR, PMR, SPM, STPM.

JSS_IPGKDRI/SJH3093

JENIS-JENIS UJIAN

UJIAN KECERDASAN (UJIAN MENTAL) Digunakan untuk mengukur kecerdasan mental

seseorang individu atau perbezaan antara individu.

Ia digunakan untuk mengukur ketajaman deria, gambaran mental dan pencapaian intelektual.

Tujuan ujian ialah untuk membuat telahan pencapaian di sekolah.

Contoh : Ujian Skala Stanford-Binet, Ujian Weschler dan Ujian Lorge-Thorndike.

JSS_IPGKDRI/SJH3093

JENIS-JENIS UJIAN

UJIAN PRESTASIUntuk mengukur keupayaan/kecekapan pelajar

melakukan sesuatu tugas yang melibatkan manipulasi objek yang konkrit dan bukan hanya menggunakan kertas dan pensel sahaja.

Ujian ini agak rumit dan penilaian dibuat melalui pemerhatian atau laporan kendiri.

Contoh: Menjalankan uji kaji kecil.

JSS_IPGKDRI/SJH3093

JENIS-JENIS UJIAN

UJIAN DIAGNOSTIKDigunakan untuk mengenal pasti masalah yang

dihadapi pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Ia juga digunakan untuk menentukan punca-punca yang menyebabkan masalah itu berlaku.

Ujian ini boleh dijalankan secara pensel dan kertas, soal jawab, inventori, pemerhatian dan tugasan.

JSS_IPGKDRI/SJH3093

JENIS-JENIS UJIAN

UJIAN DIAGNOSTIKoCIRI-CIRI

Ujian ini tidak memberikan skor atau gred kepada pelajar.

Ujian ini dilaksanakan semasa pengajaran dan pembelajaran berjalan.

Laporan ujian dibuat dalam bentuk profil perkara yang belum dikuasai pelajar.

Contoh: Ujian bacaan untuk mengenal dan menyebut huruf.

JSS_IPGKDRI/SJH3093

JENIS-JENIS UJIAN

UJIAN BAKATDigunakan untuk membuat telahan tentang bakat

atau keistimewaan yang dimiliki oleh pelajar.Tujuan: untuk membuat telahan tentang prestasi

masa depan seseorang pelajar; pemilihan calon yang sesuai dengan tugas tertentu; program latihan ; permohonan biasiswa.

Contoh: Ujian Kemasukan Ke IPG(INSAK).

JSS_IPGKDRI/SJH3093

JENIS-JENIS UJIAN

UJIAN PERSONALITIUjian yang digunakan untuk mengukur personaliti

pelajar, seperti sikap, pendirian, nilai, minat dan motivasi.

Alat pengukuran : 1. Inventori Laporan Kendiri; 2. Inventori Psikometrik; 3. Teknik

Pemerhatian.Contoh: Keirsey Temperament Test (KTT); Edwards

Personal Preference Schedule (EPPS)

JSS_IPGKDRI/SJH3093

JENIS-JENIS PENILAIANPENILAIAN RUJUKAN NORMA

Dibina untuk menghasilkan perbezaan pencapaian yang maksimum di kalangan pelajar.

Tahap kesukaran yang baik perlu untuk pencapaian penilaian yang sah ialah 25% soalan mudah; 50% soalan sederhana dan 25% soalan susah. Ini dapat memaksimumkan perbezaan pencapaian antara pelajar lemah dan pandai.

PRN diguna untuk menentukan status seseorang pelajar berpandukan kepada prestasi pelajar lain dalam sesuatu ujian tertentu.

JSS_IPGKDRI/SJH3093

JENIS-JENIS PENILAIAN

PENILAIAN RUJUKAN KRITERIA

Diguna untuk menentukan status pencapaian individu pelajar dalam domain tingkah laku

Bahan ujian adalah lebih terperinci/mendalam dan meliputi kandungan pelajaran tertentu

Mengenal pasti kelemahan setiap pelajar.

JSS_IPGKDRI/SJH3093

Perkara Ujian Rujukan Norma Ujian Rujukan Kriteria

Konsep Ujian yang membandingkan pencapaian pelajar dengan pelajar/kumpulan pelajar lain.

Ujian yang membandingkan pencapaian pelajar dengan kriteria tertentu yang telah ditetapkan.

Tujuan Membandingkan pencapaian antara pelajar/kumpulan pelajar.Menentukan pencapaian sama ada lulus/gagal, lemah/sederhana/cemerlang.Memilih pelajar untuk tujuan pengiktirafan-memberi sijil.

Menentukan tahap penguasaan sesuatu kemahiran yang telah dipelajari mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran berdasarkan keputusan ujian.

JENIS-JENIS PENILAIANPERBEZAAN ANTARA PENILAIAN RUJUKAN NORMA DAN

KRITERIA

JSS_IPGKDRI/SJH3093

Perkara Ujian Rujukan Norma Ujian Rujukan Kriteria

Ciri-cirisoalan

Bermula dengan soalan yang mudah kepada sederhana dan lebih sukar dan mempunyai indeks diskriminasi yang tinggi.

Soalan yang hampir sama peringkat kesukaran dengan berpandukan kepada kriteria/objektif pelajaran tertentu.

Ciri-ciriujian

Penentuan gred bagi menentukan pencapaian pelajar dalam pelbagai peringkat.

Tiada gred ditetapkan, tetapi memadai dengan penyataan lulus/gagal sahaja.

JENIS-JENIS PENILAIANPERBEZAAN ANTARA PENILAIAN RUJUKAN NORMA DAN

KRITERIA

JSS_IPGKDRI/SJH3093

Perkara Ujian Rujukan Norma Ujian Rujukan Kriteria

Cukupan kandungan

Meliputi tajuk/kandungan pembelajaran yang lebih luas.

Tertumpu kepada tajuk-tajuk tertentu yang lebih khusus.

Contohujian

Peperiksaan akhir penggal, UPSR, PMR, SPM, STPM.

Ujian pendek, tugasan, latihan, soal jawab dalam bilik darjah.

JENIS-JENIS PENILAIANPERBEZAAN ANTARA PENILAIAN RUJUKAN NORMA DAN

KRITERIA

JSS_IPGKDRI/SJH3093

KEPENTINGAN PENILAIAN UJIAN DAN BILIK DARJAH

• Membuat jangkaan (prediction) potensi – Boleh menentukan keputusan pada masa depan;

• Membuat pemilihan/kenal pasti – pengayaan/ pemulihan atau menerima/ menolak;

• Membuat klasifikasi – pengelompokan mengikut pencapaian/aliran;

• Mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas sedia ada;

JSS_IPGKDRI/SJH3093

CIRI-CIRI PENTAKSIRAN

• Skor yang mempunyai darjah kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi

• Keobjektifan• Kebolehtadbiran• Kemudahtafsiran• Kekomprehensifan

JSS_IPGKDRI/SJH3093

CIRI-CIRI PENTAKSIRAN

• KESAHAN– Merujuk kepada sejauh manakah sesuatu

instrumen mengukur apa yang sepatutnya diukur.

• KEBOLEHPERCAYAAN– Merujuk kepada takat ketekalan alat pengukur itu

mengukur apa yang hendak diukur

JSS_IPGKDRI/SJH3093

CIRI-CIRI PENTAKSIRAN

• KEOBJEKTIFAN– Merujuk kepada ketepatan seseorang pemeriksa

memeriksa skrip jawapan atau ketepatan seseorang pentaksir memberi skor calon.

– Mekanisme ini bertujuan untuk memastikan pemeriksaan mempunyai kefahaman dan kemahiran yang selaras antara satu sama lain.

• KEBOLEHTADBIRAN– Merujuk apabila ujian ditadbir oleh guru. Merangkumi

arahan-arahan ujian dan aspek pemarkahan.

JSS_IPGKDRI/SJH3093

CIRI-CIRI PENTAKSIRAN

• KEMUDAHTAFSIRAN– merujuk kepada sejauh mana ianya dapat memberi maklumat

tentang calon berdasarkan skor yang diperoleh, sejauh mana ianya boleh mendiskriminasikan calon dan dapat menepati tujuan sesuatu ujian itu ditadbirkan.

• KEKOMPREHENSIFAN– merujuk kepada sejauh mana sesuatu ujian itu mengandungi

soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang penting. Oleh kerana itu semakin banyak bilangan item, semakin lebih baik taburan perwakilan adalah lebih menyeluruh.

JSS_IPGKDRI/SJH3093

Tujuan Pentaksiran

• Memberi piawaian lebih bermakna• Memberi fokus pdp utk capai piawaian• Memberi pengiktirafan• Menentukan tahap pencapaian murid• Digunakan sebagai maklum balas pdp• Meningkatkan motivasi murid

JSS_IPGKDRI/SJH3093

PENILAIAN DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH

• Penilaian Secara Sumatif– Mendapatkan maklumat dan memahami masalah,

memutuskan apakah tindakan yang perlu dilakukan dan memeriksa keberkesanan pengajaran dan pembelajaran membantu pelajar cara pelajar sejarah.

– Melibatkan diagnosis, penilaian dan bimbingan untuk menilai keperluan dan kemajuan individu serta diagnosis kurikulum dan pengajaran.

– Merupakan keperluan dan kemajuan pelajar bagi mengenal pasti atau menentukan kelemahan dan kekuatan pelajar dalam sesuatu topik atau kandungan mata pelajaran.

JSS_IPGKDRI/SJH3093

PENILAIAN DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH

• Penilaian Secara Formatif – Bertujuan menimbangkan mutu yang telah dicapai

dan memutuskan siapa yang terbaik untuk menimbangkan potensi atau pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah.

– Melibatkan kaedah pengredan dan pemilihan.

JSS_IPGKDRI/SJH3093

PENILAIAN DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH

• Penilaian Secara Berterusan– Tujuan utama mengadakan ujian adalah untuk

memperbaiki pembelajaran dan membantu dalam membuat keputusan-keputusan pengajaran.

– Ujian-ujian mata pelajaran Sejarah perlu dibuat dari masa ke masa bagi tujuan melaporkan kemajuan atau prestasi pelajar

JSS_IPGKDRI/SJH3093

KESIMPULAN

• Guru harus mempunyai kemahiran yang baik untuk melihat perhubungan antara proses pengajaran, maklumat yang disampaikan, kaedah pengajaran, bahan yang digunakan dengan tindak balas dan reaksi pelajar.

top related