tokoh tempatan dr mahathir

Post on 26-Dec-2015

46 Views

Category:

Documents

12 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

dr mahathir

TRANSCRIPT

Tokoh Moral Tempatan

Adila Fazleen Binti Che MananFarhanah Binti Samat

Syazana Fatin Binti Abdul Razak

Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia Keempat (1981-2002)

Pendidikan Awal Tun Dr. Mahathir

Mahathir di zaman kanak-kanak

Latar Belakang Tun. Dr. Mahathir

Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 20 Disember 1925 oleh Wan Tempawan di sebuah rumah di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

Ibunya Wan Tempawan binti Wan Hanafi adalah keturunan Wan Mat Saman, Menteri Besar Kedah yang membina terusan Wan Mat Saman.

Beliau adalah anak bongsu kepada Encik Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi dikurniakan sembilan orang anak. Dr. Mahathir anak mereka yang bongsu .

Dr.Mahathir di hari perkahwinannya

LATAR BELAKANG TUN DR, MAHATHIR Dr. Mahathir mula bersekolah di Sekolah Melayu Laki-laki Seberang Perak, Kedah.

Kemudian menyambung persekolahan ke Sekolah Inggeris Alor Setar (kini Maktab Sultan Abdul Hamid) di mana ayahandanya, Encik Mohamad bin Iskandar adalah gurubesar sekolah itu yang pertama. Encik Mohamad Iskandar adalah anak Melayu pertama yang menjadi guru besar sebuah sekolah Inggeris pada tahun 1908.

Beliau adalah seorang yang tegas dan menitikberatkan prestasi pendidikan yang tinggi di kalangan anak-anaknya.

Sejak kecil Tun Dr Mahathir bin Mohamad dikatakan sebagai seorang yang pasti akan jalan tujunya dan cara mencapai matlamatnya. Secara semulajadi beliau merupakan seorang yang rajin dan mempunyai determinasi untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya.

Tun Dr Mahathir bin Mohamad bersekolah di Sekolah Melayu Seberang Perak sebelum memasuki Sekolah Inggeris Kerajaan di Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Halim.

Semasa Jepun memerintah Malaya persekolahannya tergendala dan Tun Dr Mahathir bin Mohamad berkecimpung dalam perniagaan gerai kopi serta menjual buah-buahan dan barangan kraftangan di Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah. Setelah tamat Perang Dunia Kedua, Tun Dr Mahathir bin Mohamad menyambung pelajarannya di sekolah yang sama pada tahun 1945 sehingga Senior Cambridge.

Tun Dr Mahathir bin Mohamad kemudiannya pada tahun 1947, melanjutkan pengajian ke King Edward VII College of Medicine, Universiti Malaya, Singapura . Pada tahun 1952, Tun Dr Mahathir bin Mohamad lulus dengan ijazah perubatan MBBS.

Pengalaman Tun Dr. Mahathir

Dr. Pernah meletakkan jawatannya dengan kerajaan. Beliau pernah berniaga buah-buahan dan cendol di Pekan Rabu, Kedah.

Beliau telah dilantik dalam jawatankuasa Pekan Rabu. Beliau melihat sendiri betapa susahnya orang Melayu mendapatkan ruang niaga.

Beliau kemudiannya membuka klinik sendiri.

Pengalaman berniaga yang dilalui menyedarkan beliau betapa perlunya kemahiran berniaga untuk meninggikan taraf hidup kaum Melayu. Inilah yang mendorong Tun Dr Mahathir bin Mohamad menceburi bidang politik apabila beliau masih di bangku sekolah.

Latar Belakang Politik Tun Dr. Mahathir

Ketika zaman persekolahan lagi Tun Dr Mahathir bin Mohamad menentang Malayan Union dengan lantang dan menubuhkan Kesatuan Melayu Kedah serta Kesatuan Pemuda Melayu Kedah.

Pada tahun 1946, Tun Dr Mahathir bin Mohamad merupakan salah seorang ahli UMNO yang awal dengan kemasukan Kesatuan Melayu Kedah ke dalam UMNO.

Dr. Mahathir sejak mudanya adalah seorang yang rajin menulis. Dengan nama penanya 'Che Det' beliau banyak menulis tentang kisah-kisah yang melanda masyarakat Melayu yang tersiar dalam akhbar-akhbar tempatan. Kebanyakan rencana Tun Dr Mahathir bin Mohamad dihantar ke Strait Times dan Sunday Times bertemakan kepahitan hidup masyarakat Melayu.

Bakat kepimpinannya terselah semasa menuntut lagi apabila beliau dilantik sebagai Presiden, Penrtubuhan Islam, Kolej Kedoktoran. Tun Dr Mahathir bin Mohamad sering mengikuti perdebatan dan forum dan tidak segan silu menyatakan pendapatnya yang sebenar.

Keistimewaan Tun Dr. Mahathir

Tun Dr Mahathir bin Mohamad dianggap seorang pemikir dan revolusiner.

Tun Dr Mahathir bin Mohamad ingin perubahan berlaku dalam minda dan fizikal rakyat. Dr. Mahathir inginkan nama Malaysia dikenali dalam pentas dunia. Beliau mahukan rakyatnya menepati masa dan bekerja keras. Perkara ini diilhamkan dalam 'Dasar Pandang Ke Timur'. Beliau membawa Malaysia lebih rapat dan menjadi rakan karib bagi dua negara Korea Selatan dan Jepun. Kedua dua negara ini dilihat telah menjadi peneraju dalam pelbagai sektor industri.

Tun Dr Mahathir bin Mohamad memperkenalkan konsep Persyarikatan Malaysia di mana Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat dan rakyat adalah pekerja dan pemegang saham. Hal ini diadaptasi daripada Jepun yang telah memberi peranan yang lebih besar kepada sektor swasta untuk turut memacu negara ke arah kemajuan.

Konsep ini telah meningkatkan lagi prestasi pekerjaan, pendapatan serta imej negara. Di antara langkah-langkah ke arah mencapai sistem ekonomi perindustrian ini adalah pembangunan sektor industri berat.

Salah satu kejayaan industri ini ialah pengeluaran kereta nasional yang kini merupakan kereta yang paling laris di Malaysia (Kereta import dikenakan cukai 100%).

Memperkenalkan pelbagai Slogan, Dasar dan Konsep baru

Dasar Pandang Ketimur

Dasar Penerapan nilai-nilai Islam

Dasar Kependudukan 70 juta

Wawasan 2020

Slogan "Bersih, Cekap dan Amanah".

Wawasan 2020

Harapan Datuk Seri Dr Mahathir bin Mohamad adalah menjadikan Malaysia sebuah negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.

Matlamatnya ialah pembangunan yang berwajahkan kemanusiaan dengan persekitaran yang seimbang.

top related