tokoh pendidikan di alam melayu (aidil al akbar)
Post on 28-Nov-2014
157 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Tokoh Pendidikan di Alam Melayu
- Sheikh Wan Abdul Qadir al-Fathani
-Syed Sheikh Al-Hadi-Zainal Abidin bin Ahmad
(Za’aba)-Sheikh Abdullah Fahim-Prof. Dr. Haji Abdul Malik
Sheikh Wan Abdul Qadir
• Mendapat pendidikan agama di Mekah di samping ulama Melayu dan Arab. Setelah memperoleh ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang di Mekah dan Madinah, beliau turun ke Jawi. Pertama kali ke sana beliau tidak langsung ke negeri asalnya Patani, tetapi beliau ke Pulau Duyung, Terengganu.
• beliau memusatkan aktivitinya di Bukit Bayas, maka terkenallah namanya kemudian hari dengan gelaran Syeikh Wan Abdul Qadir Bukit Bayas, pengganti kepada nama terkenal sebelumnya iaitu gelaran Syeikh Wan Abdul Qadir Duyung (Tok Duyung sahaja).
• At-Targhib wat Tarhib li al-Bai'i wa Asy-Syira ; membicarakan tentang perniagaan menurut ajaran Islam, mengemukakan hujah-hujah berdasarkan al-Quran dan hadis mengenai
terlarangnya memakan riba.• Syeikh Wan Abdul Qadir amat menitik
beratkan mengenai hukum riba’ dalam berjual beli kerana baginya, setiap mereka
yang ingin memulakan perniagaan hukumnya wajib mengetahui akan hukum
riba’ dan jual beli.
Syed Sheikh Abdul Hadi• Syed Sheikh Al-Hadi adalah
reformasi Islam ulung di Tanah Melayu yang
memainkan peranan penting dalam memajukan sistem
pendidikan negara, khususnya sistem agama. Madrasah Al-Iqbal adalah madrasah yang pertama
didirikan oleh Syed Sheikh Al-Hadi bagaimanapun,
Madrasah Al-Iqbal kurang mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat Islam.
• Beliau mendirikan Madrasah Al-Masyhor Al-Islamiyah di Pulau Pinang, iaitu pada tahun
1919. Syed Sheikh Al-Hadi kemudiannya menceburkan diri dalam bidang penerbitan
buku dan percetakan akhbar. Syarikat percetakan yang dimiliki oleh Syed Sheikh
Al-Hadi ialah Jelutung Press. Melalui syarikat itu,beliau telah menerbitkan majalah
bulanan Al-Ikhwan dan landasan perjuangan Islam.
Zainal Abidin bin Ahmad (Za’aba)
• ZA’BA merupakan seorang tokoh cendekiawan dan patriot Melayu
yang ulung dan yang amat prihatin terhadap masalah umat Melayu dalam pelbagai bidang terutama bahasa, pendidikan, agama dan
ekonomi.Beliau telah menghasilkan
beberapa majalah berbahasa Melayu seperti Utusan Melayu, Lambaga Melayu dan Pengasuh
yang memperjuangkan nasib dan masa depan orang Melayu. ZA’BA
merupakan seorang pemikir, pejuang dan penulis yang prolifik.
• dianugerahkan oleh Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga suatu gelaran unik iaitu Pendeta Bahasa yang bermaksud ilmuan bahasa yang ulung. Pada tahun 1973, beliau mendapat anugerah Ijazah Doktor Persuratan
Kehormat oleh UKM• .Bersesuaian dengan kedudukannya sebagai
pemikir bahasa, sastera dan kebudayaan Melayu, beliau merupakan pengasas Jabatan
Pengajian Melayu di UM Singapura.Dari jabatan inilah kemudian tertegaknya Jabatan Pengajian
Melayu, UM Kuala Lumpur yang kini berkembang menjadi Akademi Penyajian Melayu.
Sheikh Abdullah Fahim
• Sheikh Haji Abdullah Fahim pernah dilantik sebagai ahli lembaga Masjid al-Haram.
Sewaktu berada di Mekah, Tuan Guru Sheikh Haji Abdullah Fahim
mengambil kesempatan mempelajari ilmu politik Islam
dan antarabangsa. Beliau mempunyai kelulusan dalam lebih daripada 15 bidang ilmu Islam. Kemahiran utama Tuan
Guru Sheikh Haji Abdullah Fahim adalah dalam bidang ilmu falak
dan kesusasteraan Arab.
• Selain itu, Tuan Guru Haji Abdullah Fahim juga memiliki semangat jihad yang tinggi dan
pernah menyertai gerakan Islam di negara Arab untuk menentang penjajahan Yahudi, Inggeris,
Perancis dan Amerika Syarikat.• Sekembalinya ke Tanah Melayu, beliau menubuhkan Daeratul Maarif al-Wataniah
(DMW). Sebelum pengisytiharan kemerdekan, para pemimpin negara telah menemui beliau untuk bertanyakan tarikh kemerdekaan yang
sesuai mengikut ilmu Falak. Beliau telah mencadangkan 31 Ogos 1957 sebagai tarikh
yang sesuai.
Prof. Dr. Abdul Malik Amarullah
• Hamka mendapat pendidikan awal agama dari Madrasah Tawalib yang didirikan oleh bapanya. Selepas itu beliau berguru pula kepada Sheikh
Ibrahim Musa di Bukit Tinggi. Dalam tahun 1924, Hamka
berhijrah ke Jawa sempat menuntut pula kepada pemimpin gerakan
Islam Indonesia seperti Haji Omar Said Chakraminoto.
• Hamka telah menyertai Gerakan Muhamadiah dan menerajui
kepimpinan pertubuhan itu di Padang Panjang tahun 1928.
Hamka bergiat aktif bagi menentang gejala khurafat, bidaah
dan kebatinan sesat di sana.
• Keilmuan dan ketokohan yang ada pada beliau mendorong beberapa buah universiti mengambilnya
sebagai pensyarah dalam bidang agama dan falsafah. Bagi mengiktiraf keilmuannya, Universiti Al Azhar, Mesir telah menganugerahkan Doktor Kehormat
dalam tahun 1958 dan beliau turut menerima ijazah Doktor Persuratan UKM pada 7 Jun 1974.
• Berikut ialah beberapa buah buku karangan tersebut ; Tenggelamnya Kapal Vanderwick, Dalam Lembah kehidupan, Di Bawah Lindungan Kaabah dan Laila
Majnun. Dari segi penulisan agama dan falsafah pula ialah, Tafsir Al Azhar ( 30 Juz), Khatib Ul Ummah
( 1925), Tarikh Abu Bakar As Sidiq, Islam dan Adat Minangkabau dan Tasawuf Moden.
KESAN PENDIDIKAN
• Muncul institusi kesultanan• rantau Melayu telah berjaya menjadi tempat
pengumpulan hasil jualan dari timur dan barat dan seterusnya menjadikan bahasa
Melayu menjadi bahasa lingua franca.• Kelahiran ramai intelektual Melayu
• penerapan nilai Islam terus berlangsung sehingga kini.
top related