tmk
Post on 23-Dec-2015
26 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
1.0 Pengenalan
Android & Telefon Pintar
Android adalah sistem pengendalian untuk peranti bergerak seperti telefon selular, komputer tablet
dan notebook. Android dibangunkan oleh Google berdasarkan sistem perisian Linux dan perisian
GNU. Android asalnya dibangunkan oleh Android Inc. (firma yang kemudiannya telah dibeli oleh
Google). Kemudian untuk mengembangkan Android, dibentuklah Open Handset Alliance,
konsortium daripada 34 syarikat telekomunikasi, termasuk Google, HTC, Intel, Motorola,
Qualcomm, T-Mobile, dan Nvidia. Android mempunyai komuniti yang besar dalam
membangunkan serta menulis aplikasi untuk pengembangan fungsi peralatan. Dianggarkan hampir
70,000 aplikasi untuk Android boleh didapati, menjadikanya sasaran pengembangan peralatan
kedua paling popular
Telefon pintar adalah telefon bimbit yang mempunyai ciri pengkomputeran maju dan
ketersambungan berbanding dengan telefon bimbit biasa. Telefon pintar membolehkan
penggunanya memasang aplikasi canggih di dalamnya berasaskan pelantar telefon seperti
Symbian, Android, iOS atau Windows Phone. Ia juga menggunakan sistem pengendalian yang
menyediakan satu pelantar untuk pembina aplikasi.
2.0 Android
Android versi 1.1
Pada 9 Mac 2009, Google melancarkan Android versi 1.1. Android versi ini dilengkapi dengan
kemas estetik dalam aplikasi, jam penggera, voice search (carian suara), penghantaran mesej
dengan Gmail, dan notis e-mel.
Android versi 1.5 (Cupcake)
Pada pertengahan Mei 2009, Google kembali mengeluarkan telefon bimbit dengan menggunakan
Android dan SDK (Software Development Kit) dengan versi 1.5 (Cupcake). Terdapat beberapa
kemas kini termasuk juga penambahan beberapa ciri-ciri dalam telefon bimbit versi ini iaitu
kemampuan merakam dan menonton video dengan mod kamera, memuat video ke Youtube dan
gambar ke Picasa terus dari telefon, sokongan Bluetooth A2DP, kemampuan disambungkan secara
automatik ke alat dengar Bluetooth, animasi skrin, dan keyboard pada skrin yang boleh
disesuaikan dengan sistem.
Android versi 1.6 (Donut)
Donut (versi 1.6) dikeluarkan pada September 2009 dengan menampilkan proses carian yang lebih
baik berbanding sebelumnya, penggunaan bateri penunjuk dan kawalan applet VPN. Ciri-ciri lain
adalah album yang membolehkan pengguna untuk memilih gambar yang akan dihapuskan;
kamera, camcorder dan album yang dintegrasikan; CDMA / EVDO, 802.1x, VPN, Gestures, dan
Text-to-speech engine; kemampuan dial kenalan; teknologi text to change speech (tidak terdapat
pada semua telefon; pengadaan resolusi VWGA.
Android versi 2.0/2.1 (Eclair)
Pada 3 Disember 2009 kembali dilancarkan telefon Android dengan versi 2.0/2.1 (Eclair),
perubahan yang dilakukan adalah pengoptimuman hardware, peningkatan Google Maps 3.1.2,
perubahan UI dengan pelayar baru dan sokongan HTML5, senarai kenalan(phone contacts) yang
baru, sokongan flash untuk kamera 3 , 2 MP, digital Zoom, dan Bluetooth 2.1.Untuk bergerak
cepat dalam persaingan peranti generasi ini, Google melakukan pelaburan dengan mengadakan
pertandingan aplikasi mobile terbaik (killer apps - aplikasi unggulan). Pertandingan ini berhadiah
$ 25,000 bagi setiap pemaju aplikasi terpilih. Pertandingan diadakan selama dua tahap yang tiap
tahapnya dipilih 50 aplikasi terbaik.Dengan semakin berkembangnya dan semakin bertambahnya
jumlah telefon Android, semakin banyak pihak ketiga yang berminat untuk menyalurkan aplikasi
mereka kepada sistem operasi Android. Aplikasi terkenal yang diubah ke dalam sistem operasi
Android adalah Shazam, Backgrounds, dan WeatherBug. Sistem operasi Android dalam laman
Internet juga dianggap penting untuk mencipta aplikasi Android asli, contohnya oleh MySpace
dan Facebook.
Android versi 2.2 (Froyo: Frozen Yoghurt)
Pada 20 Mei 2010, Android versi 2.2 (Froyo) dilancarkan. Perubahan-perubahan umumnya
terhadap versi-versi sebelumnya antara lain sokongan Adobe Flash 10.1, kelajuan prestasi dan
aplikasi 2 hingga 5 kali lebih cepat, intergrasi V8 JavaScript engine yang digunakan Google
Chrome yang mempercepatkan kemampuan rendering pada browser, pemasangan aplikasi dalam
SD Card, kemampuan WiFi Hotspot mudah alih, dan kemampuan auto update di dalam aplikasi
Android Market.
Android versi 2.3 (Gingerbread)
Pada 6 Disember 2010, Android versi 2.3 (Gingerbread) dilancarkan. Perubahan-perubahan am
yang didapati dari Android versi ini antara lain peningkatan kemampuan permainan (gaming),
peningkatan fungsi copy paste, skrin antara muka (User Interface) direka semula, sokongan format
video VP8 dan WebM, kesan audio baru (reverb, equalization, headphone virtualization, dan bass
boost), sokongan kemampuan Near Field Communication (NFC), dan sokongan jumlah kamera
yang lebih daripada satu.
Android versi 3.0/3.1 (Honeycomb)
Android Honeycomb direka khusus untuk tablet. Android versi ini menyokong saiz skrin yang
lebih besar. User Interface pada Honeycomb juga berbeza kerana sudah direka untuk tablet.
Honeycomb juga menyokong multi pemproses dan juga akselerasi (kelajuan) perkakasan
(hardware) untuk grafik. Tablet pertama yang dibuat dengan menjalankan Honeycomb adalah
Motorola Xoom.
Android versi 4.0 (ICS: Ice Cream Sandwich)
Diumumkan pada tarikh 19 Oktober 2011, membawa ciri Honeycomb untuk smartphone dan
menambah ciri-ciri baru termasuk membuka kunci dengan pengenalan wajah, rangkaian data
pemantauan penggunaan dan kawalan, kenalan rangkaian sosial bersepadu, tambahan fotografi,
mencari e-mel secara offline, dan berkongsi maklumat dengan menggunakan NFC .
3.0 Penrisian telefon pintar serta aplikasi dalam pendidikan
Telefon pintar merupakan gadget yang tidak asing lagi kepada pengguna seluruh dunia.
Perkembangan teknologi ini mengorak langkah lebih jauh dalam industri pembangunan aplikasi.
Pembangunan aplikasi secara atas talian telah mendominasi industri sejak beberapa tahun
kebelakangan ini. Pada hari ini, permintaan terhadap aplikasi telefon pintar semakin meningkat
sesuai dengan kadar perolehan telefon pintar bagi setiap orang.
Peningkatan ini menghasilkan satu daya penarik kepada pengeluar aplikasi di dunia untuk
menghasilkan lebih banyak aplikasi untuk pelbagai tujuan samaada khusus untuk pengguna
tertentu mahupun untuk pengguna umum.merujuk kepada aspek pendidikan, guru adalah
kumpulan sasaran dalam penggunaan perisian serta telefon pintar ini sebagai salah satu
bentuk pengajaran baharu, kerana umum tahu pelajar hari ini sudah terdedah dengan
kepelbagaian teknologi.
Pada hari ini, telefon pintar dianggap sebagai satu trend gaya hidup para remaja sama ada dari
golongan atasan atau kelas pertengahan. Tidak dinafikan bahawa gajet telefon pintar ini telah
banyak mempengaruhi cara masyarakat mengendalikan urusan seharian mereka.
Antara kebaikan telefon pintar ialah gajet ini boleh dijadikan sebagai alat perhubungan. Misalnya,
telefon pintar membolehkan ahli keluarga yang berjauhan berhubung antara satu sama lain untuk
bertanya khabar berita dan secara tidak langsung hubungan silaturrahim antara ahli keluarga dapat
diperkukuhkan lagi. Tambahan pula, telefon pintar merupakan salah satu aset yang penting kepada
pemandu kenderaan sekiranya berlaku sebarang masalah atau kecemasan. Jika berlaku sebarang
kerosakan kenderaan, pemandu boleh menghubungi bengkel membaiki kenderaan atau juruteknik
untuk membaiki kenderaan tersebut.
Selain itu, telefon pintar juga boleh dijadikan sebgai alat untuk melayari internet. Pada masa kini,
penggunaan internet amat penting kepada para pelajar bagi membuat kajian atau menyiapkan
tugasan yang diberikan oleh pensyarah atau guru. Oleh itu, dengan kemajuan dan kecanggihan
telefon pintar ini, para pelajar boleh melayari internet dengan menggunakan gajet ini di mana-
mana sahaja dan pada bila-bila masa malah dapat memperolehi sesuatu maklumat yang diperlukan
dengan cepat.
Di samping itu, penggunaan telefon pintar di universiti adalah untuk mengesan kehadiran pelajar
ke dewan kuliah. Contohanya di Universiti Tokyo, Jepun, pihak universiti memberi beratus-ratus
iPhone kepada 550 orang pelajar Fakulti Sosial Informatik yang mengkaji penggunaan internet
dan teknologi komputer dalam masyarakat. Alat berkenaan boleh digunakan dalam kajian mereka
tetapi ia juga turut dilengkapi GPS untuk menentukan kedudukan setiap pelajar.
Telefon pintar pintar juga boleh dijadikan sebagai alat hiburan untuk merehatkan minda. Dengan
memiliki telefon pintar, kita dapat mendengar lagu dan menonton video kegemaran bila-bila masa
dengan cara memuat turun video kegemaran di laman sesawang dengan pantas. Gajet ini juga
mempunyai pelbagai aplikasi permainann yang mengikut gaya masa kini. Aplikasi permainan ini
amat disukai oleh golongan para pelajar bagi mengisi masa lapang mereka atau selepas
menyiapkan tugasan mereka.
Telefon pintar bukan sahaja memberi kebaikan kepada penggunanya, malah keburukan apabila
berlaku penyalahgunaan teknologi ini. Antara keburukan telefon pintar ialah gajet telefon pintar
ini menyebabkan kadar statistik jenayah di bawah umur meningkat kerana apabila keinginan para
remaja yang ingin memiliki telefon pintar ini tidak dapat dipenuhi oleh ibu bapa, sudah tentu
mereka akan menggunakan cara yang lain untuk mendapatkannya. Hal ini sering berlaku kepada
para pelajar yang mempunyai latar belakang ahli keluarga yang kurang berkemampuan.
Dari aspek keperluan pendidikan hari ini, terdapat banyak aplikasi atau perisian yang boleh
digunakan oleh guru untuk diaplikasikan atau digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
didalam bilik darjah, contoh perisian berserta ciri-cirinya :
Perisian Ciri-ciri / fungsi Subjek
Arcus Dictionary Menterjemah pelbagai bahasa Bahasa/linguistik
Perfect keyboard Kod piano muzik
Sketch dan draw Melukis dan melakar P.seni visual
Doc to go Membuka perisian dokumen Semua subjek
Math workout Latihtubi matematik matematik
Smart tools Mengukur/meminda ukuran matetmatik
4.0 Penilaian Sumatif
Borang Soal Selidik Perisian ANDROID
" Isi kandungan dan teknikal aplikasi/perisian android dalam pendidikan”
Borang Soal Selidik Guru:
Nama : _______________________________
Jantina : Lelaki / Perempuan
Umur sekarang :
Subjek yang diajar : _______________________________
Bidang Kursus Yang diikuti : _______________________________
Terdapat 5 komponen dalam soal selidik ini,
Sila beri maklum balas anda kepada kenyataan-kenyataan berikut:
1. Penggunaan Telefon Pintar
Ya Tidak
1.1 Adakah anda menggunakan telefon pintar . ___ ___
1.2 Adakah anda tahu penggunaan aplikasi
dalam telefon pintar. ___ ___
1.3 Adakah anda tahu aplikasi pendidikan dalam telefon
Pintar ___ ___
2. Kesan Pembelajaran
Ya Tidak
2.1 Aplikasi/ perisian mudah di muat turun ___ ___
2.2 aplikasi/perisian mudah difahami. ___ ___
2.3 Aplikasi/perisian mudah digunakan. ___ ___
2.4 Aplikasi/perisian sesuai dengan tahap murid. ___ ___
2.5 Tahap bahasa yang di gunakan sesuai dengan pelajar. ___ ___
3. Rangsangan dan Motivasi
Ya Tidak
3.1 Pujian diberikan apabila soalan berjaya dijawab. ___ ___
3.2 Aplikasi/perisian merangsang minat murid ___ ___
3.3 Murid yakin menggunakan aplikasi/perisian android. ___ ___
4. Persembahan
Ya Tidak
4.1 Dimulakan dengan animasi/gambar berwarna dan muzik latarbelakang. ___ ___
4.2 Animasi/gambar yang digunakan bersesuaian dengan tajuk perisian ___ ___
4.4 Saiz tulisan/teks yang digunakan bersesuaian. ___ ___
4.5 Saiz tulisan/teks yang digunakan konsisten. ___ ___
4.6 Warna yang digunakan pada teks bersesuaian. ___ ___
4.7 Jenis font yang digunakan bersesuaian. ___ ___
4.8 Susunan teks yang dipersembahkan bersesuian. ___ ___
4.9 Gambar atau animasi yang dipersembahkan jelas. ___ ___
4.10 Video yang dipersembahkan dapat dilihat dengan jelas. ___ ___
4.11 Video yang dipersembahkan sesuai dan berkaitan dengan pelajaran. ___ ___
4.12 Suara yang dipersembahkan dapat difahami. ___ ___
4.13 Intonasi suara yang dipersembahkan sesuai. ___ ___
4.14 Warna latar belakang bersesuaian. ___ ___
5. Pandangan Pelajar Terhadap Keseluruhan Perisian ANDROID
Ya Tidak
5.1 Perisian ini sangat menarik untuk digunakan. ___ ___
5.2 Perisian ini adalah mudah digunakan ___ ___
5.3 Kandungan Perisian ANDROID ini ada kaitan dengan kursus ___ ___
5.4 Dengan menggunakan Perisian ANDROID ini membantu saya mengajar ___ ___
Apakah masalah yang anda hadapi semasa menggunakan Perisian ANDROID ini ?
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Berdasarkan borang soal selidik diatas, satu soal selidik telah dilaksanakan kepada 5 orang guru yang mengajar subjek yang mempunyai aplikasi android berkaitan dengan subjek yang diajar iaitu :
1. Pendidikan muzik2. Matematik3. Bahasa Melayu4. Bahasa Inggeris5. Pendidikan Seni Visual.
5.0 Laporan
Bilangan jawapan akan dikira dan dijumlahkan sekaligus,contohnya :
Bilangan soalan – 3
Responden - 5
Jawapan Ya – 5
Keseluruhan jawapan – 3x5 = 15
Komponen penilaian Ya Tidak
1. Penggunaan Telefon
Pintar
15 -
2. Kesan Pembelajaran 25 -
3. Rangsangan dan
Motivasi
10 5
(soalan 3.1)
4. Persembahan 65 -
5. Pandangan terhadap
keseluruhan Perisian
ANDROID
20 -
Komponen 1
komponen 2
komponen 3
komponen 4
komponen 5
0 10 20 30 40 50 60 70
Column1TidakYa
Daripada kajian yang dilaksanakan berdasarkan soal selidik yang telah disediakan, didapati
bahawa hari ini kebanyakan guru mnyetujui bahawa penggunaan aplikasi android dalam pendidikan
begitu membantu guru terutamanya dari segi menarik minat murid untuk meneruskan sesi
pembelajaran. Walaubagaimanapun, terdapat masalah yang masih dinyatakan oleh guru-guru yang
telah disoal selidik.
Untuk komponen yang pertama iaitu pengetahuan mengenai telefon pintar dan android, tidak
terdapat sebarang masalah besar kerana kebanyakan guru sudah menggunakan tekefon piontar sebagai
salah satu gajet harian, begitu juga dengan murid, guru memaklumkan bahawa murid juga secara
puratanya telah menggunakan telefon pintar ini, dari segi pengetahuan mengenai aplikasi juga
menunjukkan kebanyakan guru begitu mahir dan memahami penggunakan aplikasi yang dimuat turun
melalui pelbagai medan contohnya ‘palystore’ dan lain-lain laman muat turun. Guru juga mengetahui
akan wujudkan aplikasi atau perisian yang mendokong pembelajaran hari ini.
Untuk komponen yang kedua iaitu berkaitan dengan kesan pembelajaran. Kesemua guru
bersetuju akan kesan-kesan positif yang dinyatakan dalam borang soal selidik seperti teknikal
penggunaan aplikasi serta isi kandungan aplikasi atau perisian itu secara umumnya mudah difahami
ataupun tidak. Daripada laporan ini juga menunjukkan guru-guru begitu berkeyakinan untuk
menjadikan aplikasi android ini sebagai salah satu medium pengajaran yang relevan, menurut seorang
guru pendidikan seni yang menjadi responden dalam kajian ini menyatakan beliau menggunakan
aplikasi android untuk membuat lakaran awal bagi idea-idea yang ingin dilontarkan oleh murid.
Komponen 3 iaitu rangsangan dan motivasi menunjukkan bahawa terdapat isitik kurang setuju
dikalangan guru-guru mengenai fungsi android dalam memberikan pujian, diakui bahawa aplikasi
android yang mempunyai unsur pendidikan hanyalah bersifat umum untuk pengetahuan sahaja, tidak
pula ada sebarang elemen yang menunjukkan bahawa aplikasi ini mampu menjadi mesra pelajar
secara sepenuhnya,namun aplikasi android ini masih mampu untuk menarik minat murid untuk
meneruskan pembelajaran kerana dari segi teknikal dan isi kandungannya yang amat menarik, mudah
dan mneyeronokkan.
Dari segi persembahan pula, tidak terdapat sebarang masalah kerana umum tahu penghasilan
sesebuah aplikasi kebiasaannya memerlukan penilitian yang khusus bagi membuatkan pengguna
berpuas hati dengan apa yang disediakan, maka tidak terdapat sebarang masalah dari segi komponen
paparan kerana penghasilan aplikasi android ini telah melalui pelbagai fasa ujian untuk menghasilkan
paparan yang jelas, interaktif serta menghiburkan kepada penggunanya.
Secara keseluruhannya daripada kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan aplikasi andorid
yang mengandungi unsur pendidikan amat berguna bukan sahaja sebagai salah satu trend dalam
pengajaran, malah ia mampu menjadikan pengajaran itu menarik, berkesan dan menunjukkan bahawa
sistem pendidikan yang ada dinegara ini berkembang seiring dengan kemajuan teknologi.
Kesimpulan
Kajian ini menunjukkan bahawa telefon pintar memberikan pengaruh yang besar kepada
setiap pelajar yang menggunakannya, terutamanya dalam aspek pendidikan. Dalam kalangan pelajar,
penggunaan telefon pintar yang ada capaian internet dapat membantu proses pengajian mereka
khususnya ketika mencari bahan rujukan. Begitu juga dengan guru, penggunaan telefon pintar serta
aplikasi android yang berunsurkan pendidikan itu banyak membantu guru terutama dari segi menarik
minat belajar murid serta persediaan guru untuk mengajar.
Penggunaan telefon pintar wajar dilihat dari perspektif positif supaya pelajar mendapat lebih
banyak manfaat untuk kejayaan dalam akademik. Pelajar juga patut sentiasa diingatkan supaya
menggunakan sambungan tanpa wayar sebagai instrumen menjulang kejayaan akademik bukannya
mensia-siakannya.
Rujukan
Derek Ferguson. (2002). History of internet phones.
Jerri Ledford. (2010). The history of iPhones.
Utusan Malaysia. (2009). iPhone kesan pelajar ponteng, 30 Mei.
Utusan Malaysia. (2012). Kesan baik dan buruk penggunaan telefon pintar kepada pelajar, 28 Ogos.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Telefon_pintar ( 1 Julai 2014)
http://en.wikipedia.org/wiki/History_of_the_iPhone ( 1 Julai 2014)
https://en.wikipedia.org/wiki/BlackBerry ( 1 Julai 2014)
http://en.wikipedia.org/wiki/Windows_Phone ( 1 Julai 2014)
top related