tmk dalam pdp bm sr video

Post on 21-Dec-2015

30 Views

Category:

Documents

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

TMK DALAM PDP BMSR

TRANSCRIPT

Cara Mendapatkan Bahan Bantu Belajar Video

Layari laman sesawang seperti Youtube.com untuk mencari bahan

bantu belajar video untuk sesi pdp dalam kelas.

Setelah memilih video yang anda ingini, tekan pada tab “share” untuk mendapatkan pautan video tersebut.

Terdapat laman-laman sesawang yang membekalkan

perkhidmatan muat turun secara atas talian.

Antaranya ialah ensavefrom.net dan

clipconverter.com

Masukkan pautan video yang anda ingin muat turun ke dalam kotak URL dan seterusnya tekan butang download (muat turun)

untuk memuat turun video tersebut.

Beberapa pilihan bentuk media dibekalkan. FLV 240p dan MP4 360 p merujuk kepada pilihan bentuk video

yang boleh dimuat turun daripada media yang anda telah pilih.

Alat Membina Bahan Bantu Mengajar Video

Setelah anda selesai memuat turun video tersebut, anda boleh mengedit atau mengolah bahan video tersebut agar bersesuaian

dengan objektif pdp anda menggunakan perisian Window

Live Movie Maker.

Layout untuk perisian Window Live Movie Maker

Untuk memulakan proses pengolahan, guru perlu mempunyai video yang

berbentuk MP4. Tekan pada Add videos and photos untuk masukkan video pilihan anda.

Masuk Folder Downloads. Pilih video yang telah anda

muat turun.

Video yang telah anda pilih akan dipersembahkan dalam bentuk

stripes. Anda boleh menyuntingnya menggunakan alat yang terdapat pada ribbon

di bahagian atas perisian.

Mengolah video

Pilih bahagian yang anda ingin masukkan video lain dan tekan pada Add video

and photos sekali lagi.

v

Pilih video yang anda hendak selitkan dalam video pertama

tersebut.

vv

Menyunting video

Tekan pada ribbon Edit. Pilih bahagian akhir video yang hendak anda sunting daripada video asal. Tekan

pada butang Split.

Hasil daripada suntingan tersebut. Bahagian video yang tidak

dikehendaki boleh disunting dengan menekan butang “split”

pada awal bahagian video itu dan sekali lagi pada akhir bahagian

video tersebut.

Memilih suntingan video yang tidak dikehendaki itu dengan tekan pada

bahagian tengah video tersebut. Tekan pada butang Remove untuk

memadamkan suntingan tersebut.

Untuk mengelakkan penukaran latar bunyi yang mendadak antara

bahagian-bahagian video yang berbeza, anda boleh menggunakan

butang fungsi Fade in bagi permulaan video dan Fade out untuk akhir

bahagian video tersebut.

Fade out turut boleh digunakan untuk mengakhiri sesuatu video dengan

kesenyapan secara beransur-ansuran. Kelajuan bunyi dipadamkan boleh ditentukan dengan kelajuan slow,

medium dan fast.

Kelajuan video dimainkan turut boleh dimanipulasi dengan memilih speed yang

dikehendaki.

Jikalau efek visual video ingin ditukar, tekan pada

ribon Visual Effect. Terdapat pilihan hitam

putih dan sebagainya di ribon ini.

Simpan Projek Video

Tekan pada ribon File sebelah ribon Home. Tekan Save

project untuk simpan bahan olahan ini jika perisian

ditutup sebelum projek ini selesai pengolahan dan

pengeditannya.

Bentuk video yang disimpan ialah dalam format Movie Maker Projects.

Bentuk ini tidak dapat dimainkan dengan perisian Window Media Player,

hanya dapat dimainkan dengan menggunakan Window Live Movie

Maker.

Bagi projek yang telah selesai olahannya, anda perlu save movie dan tekan recommended for this

project.

Masukkan nama pada kotak File name dan pastikan Save as type Window Media Video File. Tekan

butang Save.

Tunggu bar tersebut untuk selesai bergerak sehingga

100% dan bahan video yang anda siap olah boleh

digunakan dan dibuka sebagai video biasa.

top related