tiang t berlajur
Post on 11-Dec-2015
231 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
TIANG T BERLAJUR
Pendahuluan
Matlamat pendidikan matematik adalah untuk memperkembangkan pemikiran mantik,
analitis, bersistem dan kritis, kemahiran penyelesaian masalah serta kebolehan menggunakan
ilmu pengetahuan matematik supaya individu dapat berfungsi dalam kehidupan seharian
dengan berkesan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988). Proses pengajaran dan
pembelajaran matematik perlu memberi keutamaan kepada penguasaan pengetahuan dan
pemahaman bagi membolehkan murid mengaplikasikan konsep, prinsip dan proses
matematik yang dipelajari. Penekanan kepada aspek perkembangan pemikiran murid secara
matematik dibina dan dikembangkan melalui proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah berdasarkan prinsip-prinsip di atas. Untuk mencapai matlamat dan focus
pendidikan ini, maka proses pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah perlu
dipertingkatkan.
Ukuran Panjang
Pengukuran panjang sudah menjadi ilmu yang penting sejak manusia mula menggunakan
bangunan dan tanah dalam meneruskan kehidupan. Panjang merupakan ukuran jarak satu
dimensi untuk mana-mana objek. Kuantiti-kuantiti yang serupa dengannya adalah tinggi,
lebar, jarak dan sesaran.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan sukatan pendidikan ukuran
panjang di sekolah rendah. Ianya tertumpu kepada penukaran nilai pelbagai unit ukuran
panjang iaitu milimeter (mm) dan sentimeter (cm), sentimeter (cm) dan meter (m), meter (m)
dan kilometer (km). bentuk-bentuk nombor yang diguna pakai pula terdiri daripada nombor
bulat, pecahan dan perpuluhan.
Fokus inovasi yang dilakukan adalah melibatkan penukaran antara unit panjang yang
hanya melibatkan nombor bulat dan perpuluhan sahaja.
1
TIANG T BERLAJUR
Fokus Masalah
Ketika saya mengajar kemahiran ukuran panjang yang melibatkan penukaran unit, saya
menggunakan teknik yang diajar sejak zaman saya bersekolah lagi iaitu Teknik Gerak Titik.
Teknik Gerak Titik ini hanya boleh dilakukan untuk operasi darab dan bahagi yang
melibatkan nombor 10, 100 dan 100.
Contoh 1:-
3.5 m = ____________ cm
3.5 x 100 cm
Untuk operasi darab, titik perpuluhan akan digerakkan ke arah kanan sebanyak
bilangan sifar pada soalan
Contoh 2:-
35 m = ____________ km
35 ÷ 1000 m
Untuk operasi bahagi pula, titik perpuluhan akan digerakkan ke arah kiri sebanyak
bilangan sifar pada soalan
Diakui bahawa Teknik Gerak Titik ini agak mudah, namun masalah mula timbul apabila
murid diberi soalan yang melibatkan dua unit berbeza.
2
3.5 _. = 350 cm
._ 3 5 = 0.035km
TIANG T BERLAJUR
Contoh 3:-
3 m 5 cm = ____________ cm
Murid akan mula mencantumkan kedua dua nombor yang diberi dan memberi
jawapan 350 cm.
Kesilapan ini terjadi berikutan daripada murid tidak melihat perbezaan di antara
kedua-dua unit itu. Murid hanya diajar secara teori tanpa memperlihatkan perbezaan jarak di
antara unit. Semasa saya memulakan pengajaran ukuran panjang, saya telah meminta murid-
murid menunjukkan kepada saya jarak ukuran panjang 1 milimeter pada pembaris mereka.
Seperti yang saya duga, hanya 4 orang murid daripada 34 orang murid yang dapat
menunjukkan jarak ukuran sebenar 1 milimeter.
Kita sebagai orang dewasa mungkin dapat melihat perbezaan setiap unit dengan
mudah, tetapi jika dilihat dari sudut pandangan kanak-kanak, kebanyakan dari mereka tidak
tahu sebesar mana jarak ukuran milimeter (mm) dan apabila arahan soalan meminta mereka
menukar unit kepada sentimeter (cm), mengapa ia perlu didarabkan dengan 10.
Bagi menangani masalah kesilapan pergerakan titik ini, saya telah menginovasikan
satu cara baru kepada anak-anak murid saya iaitu ‘Tiang T Berlajur’.
3
3 5 _. = 350 cm
TIANG T BERLAJUR
Tiang T Berlajur
Jenis-jenis Tiang T Berlajur
Tiang T Berlajur sebenarnya diadaptasi dari teknik yang telah sedia ada sebelum ini, hanya
ianya perlu ditambahkan lajur di bahagian unit yang berada di bahagian belakang tiang.
Untuk topik ukuran panjang, tiga jenis Tiang T perlu dingat oleh murid kerana ukuran
panjang mempunyai variasi unit.
1. Tiang T Berlajur 1
Tiang T Berlajur 1 digunakan untuk unit milimeter (mm) dan sentimeter (cm). Lajur
di bahagian belakang tiang untuk unit milimeter (mm) hanya memiliki satu lajur
sahaja mewakili hubungan antara unit 1 cm = 10 mm. Satu lajur mewakili satu
bilangan sifar untuk 10.
2. Tiang T Berlajur 2
Tiang T Berlajur 2 digunakan untuk unit sentimeter (cm) dan meter (m). Lajur di
bahagian belakang tiang untuk unit sentimeter (cm) hanya memiliki dua lajur sahaja
mewakili hubungan antara unit 1 m = 100 cm. Dua lajur mewakili dua bilangan sifar
untuk 100.
4
10
100
cm mm
m cm
TIANG T BERLAJUR
3. Tiang T Berlajur 3
Tiang T Berlajur 3 digunakan untuk unit meter (m) dan kilometer (km). Lajur di
bahagian belakang tiang untuk unit meter (m) memiliki tigga lajur mewakili
hubungan antara unit 1 km = 1000 m. Tiga lajur mewakili tiga bilangan sifar untuk
1000.
Langkah-langkah memasukkan nilai pada Tiang T Berlajur
Untuk memasukkan nilai pada Tiang T Berlajur, murid perlu melihat terlebih dahulu unit
pada soalan yang diberi dan kehendak soalan. Murid perlu mengenal pasti Tiang T Berlajur
yang akan diguna pakai. Seterusnya, jika unit pada soalan berada di bahagian hadapan, murid
perlu memasukkan nilai dari hadapan. Manakala, jika unit pada soalan berada di bahagian
belakang, murid perlu memasukkan nilai dari bahagian belakang.
Guru perlu mengingatkan murid bahawa bilangan lajur di bahagian belakang tiang
hanya boleh menempatkan satu digit bagi setiap lajur. Baki digit selebihnya perlu dibawa
kehadapan. Jika nilai dimasukkan dari hadapan pula, syarat untuk ‘melanggar’ Tiang T’
hubungan antara unit adalah titik perpuluhan. Jika nilai yang diberi tidak mempunyai titik
perpuluhan, semua digit perlu diletakkan di bahagian hadapan.
Bagi mengeluarkan jawapan akhir pula, guru perlu menegaskan kepada murid bahawa
jika kehendak soalan inginkan jawapan untuk unit yang berada di bahagian hadapan Tiang T,
titik perpuluhan wujud. Namun, jika kehendak soalan inginkan jawapan untuk unit yang
berada di bahagian belakang Tiang T, titik perpuluhan diabaikan.
5
1000km m
TIANG T BERLAJUR
Contoh 1:-
4 cm = __________ m
= 0.04 m
Contoh 2:-
3.5 m = ____________ cm
= 350 cm
Contoh 3:-
3 m 5 cm = ___________ cm
6
100
100
100
m cm
0 0 4
m cm
3 5 0
m cm
3 0 5
TIANG T BERLAJUR
= 305 cm
Kesimpulan
Selepas menggunakan Tiang T Berlajur semasa proses pengajaran dan pembelajaran, saya
dapati murid saya semakin mahir dalam menukar unit. Malahan, ada sebilangan kecil dari
mereka boleh menukar unit dari m kepada mm walaupun tidak diajar oleh saya. Ada
sebilangan murid saya juga sudah boleh mencongak sahaja hubungan antara unit yang saya
beri.
Namun, masih ada beberapa orang murid saya masih lagi melakukan kecuaian ketika
memasukkan nilai yang diberi. Apabila saya menegur bahawa nombor mereka salah, mereka
boleh membetulkan sendiri nilai tersebut.
Selain itu, Tiang T Berlajur juga turut saya aplikasikan ketika mengajar kemahiran
menambah, menolak, mendarab dan membahagi.
7
top related