thiqah 2020conference.kuis.edu.my/thiqah/images/buku-program-thiqah...jadual pembentangan selari 9...
Post on 19-Mar-2021
8 Views
Preview:
TRANSCRIPT
2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND HADITH 2020 (2ND THIQAH 2020)
THIQAH2020 1
ISI KANDUNGAN BUKU PROGRAM
THIQAH 2020
PERKARA HALAMAN
Latar Belakang Seminar 2
Kata Aluan 3
Senarai Ahli Jawatankuasa THIQAH 2020 7
Tentatif THIQAH 2020 8
Jadual Pembentangan Selari 9
Abstrak 13
Penghargaan 36
2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND HADITH 2020 (2ND THIQAH 2020)
THIQAH2020 2
LATAR BELAKANG SEMINAR
PENGENALAN
1.1 Al-Quran dan al-Sunnah merupakan dua sumber wahyu yang menjadi teras utama dalam
pembentukan pandangan dalam pengajian dan pengkajian tentang Islam. Justeru kedua-
dua sumber ini sentiasa relevan untuk menjadi fokus kajian dan perbincangan
sepanjang zaman.
1.2 Menyedari relevansi ini, pihak Jabatan al-Quran dan al-Sunnah mengambil inisiatif untuk
menganjurkan Persidangan Antarabangsa Isu-Isu Semasa Al-Quran Dan Hadis (THIQAH
2020). Persidangan ini diharapkan dapat menjadi wadah penyebaran ilmu berkaitan
isu-isu pengajian berkaitan dengan al-Quran dan al-Sunnah.
OBJEKTIF
1. Membahaskan isu-isu pengajian al-Quran dan al-Sunnah kontemporari dalam pelbagai dimensi.
2. Mengumpulkan pakar penyelidik dalam bidang kesepakaran dan perkongsian dapatan
penyelidikan.
3. Menjalin hubungan akademik di antara IPT, badan kerajaan atau badan bukan kerajaan.
4. Meningkatkan sinergi al-Quran dan al-Sunnah sebagai warisan Nabawi.
TEMA
“Membina Kefahaman Maqasid Melalui al-Quran & al-Sunnah”
SUB-TEMA
1. Al-Quran dan hadis sebagai sumber utama maqasid Syariah.
2. Maqasid al-Quran dalam memahami al-Quran.
3. Maqasid Sunnah dalam memahami hadis.
4. Kaedah berinteraksi dengan al-Quran.
5. Kaedah berinteraksi dengan hadis.
6. Al-Quran/hadis dalam bahasa dan sastera.
7. Al-Quran/hadis dalam akidah, dakwah dan tamadun.
8. Al-Quran/hadis dalam ekonomi dan muamalat.
9. Al-Quran/hadis dalam pendidikan dan isu-isu semasa.
10. Al-Quran/hadis dalam sains dan teknologi.
2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND HADITH 2020 (2ND THIQAH 2020)
THIQAH2020 3
Kata Aluan Rektor KUIS
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Segala puji dan puja hanya kepada Allah SWT. Selawat dan salam
kepada junjungan besar Rasulullah SAW, para sahabat dan mereka
yang menyambung risalah perjuangan Rasulullah SAW hingga
akhirnya.
Saya mengambil kesempatan mengalu-alukan kedatangan para
pembentang dan peserta daripada Universiti Ahmad Dahlan (UAD),
ahli akademik institusi pengajian tinggi di Malaysia dan staf
akademik KUIS untuk sama sama berkongsi ilmu dan kajian masing-
masing. Diharapkan Seminar THIQAH 2020 dapat menjadi medan pertemuan para pengkaji dan
penyelidik yang terlibat dalam bidang pengajian Islam sama ada dalam dan luar negara bagi
berkongsi input dan dapatan kajian sebagai kesinambungan keilmuan dan perkembangan
intelektual.
Berdasarkan kepada tema, seminar ini boleh menjadi platform proaktif kepada perbincangan dan
perbahasan terhadap isu-isu komtemporari al-Quran dan al-Sunnah, dakwah, akidah, tamadun,
bahasa, sastera, ekonomi, muamalat, pendidikan, isu semasa dan sains teknologi. Integrasi antara
ilmu-ilmu tersebut dengan pengajian al-Quran dan al-sunnah menjadikan pengajian Islam dapat
menjadi wadah kepada setiap aspek perkembangan ilmu. Seminar ini juga sekaligus meletakkan
pemahaman penting kepada masyarakat bahawa pengajian Islam merupakan tahap pengajian yang
luas dan mampu dijadikan panduan dalam penyelesaian isu-isu semasa dalam kehidupan
masyarakat.
Justeru, langkah menganjurkan seminar ini amat tepat dan relevan dengan suasana pada hari ini.
Semoga dengan pembentangan kertas kerja dan perbincangan dua hala yang berlaku dalam
kalangan peserta dan pembentang dapat meningkatkan kefahaman dan pencerahan terhadap
bidang pengajian Islam khususnya al-Quran dan al-Sunnah.
Tahniah saya ucapkan kepada Fakulti Pengajian Peradaban Islam (FPPI) kerana berjaya
menganjurkan Persidangan Antarabangsa Isu-Isu Semasa al-Quran dan Hadis 2020 (2nd THIQAH
2020) dengan tema ‘Membina Kefahaman Maqasid Melalui al-Quran dan al-Sunnah’. Harapan saya
semoga seminar ini berjaya membuahkan pelbagai hasil dan mencapai objektif yang digariskan.
SELAMAT BERSEMINAR
PROF. DATO DR. AB HALIM BIN TAMURI
Rektor
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND HADITH 2020 (2ND THIQAH 2020)
THIQAH2020 4
Kata Aluan Dekan FPPI
بسم الله الرحمن الرحيم والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وأصحابه أجمعينالحمد لله رب العالمين، والصلاة
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT dan limpah inayah-Nya, Jabatan Al-Quran dan Al-Sunnah,
Fakulti Pengajian Peradaban Islam (FPPI) dapat menganjurkan Persidangan Antarabangsa Isu-Isu
Semasa Al-Quran Dan Hadis Kali Ke-2 (THIQAH 2020) dengan tema "Membina Kefahaman Maqasid
Melalui al-Quran & al-Sunnah”.
Saya mewakili Fakulti Pengajian Peradaban Islam merakamkam ucapan syabas dan tahniah kepada
pihak Jabatan Al-Quran dan Al-Sunnah atas penganjuran persidangan ini di samping ucapan terima
kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak
langsung dalam menjayakan THIQAH 2020.
Saya melihat potensi dan harapan besar dari persidangan yang dianjurkan ini melalui objektif-
objektif yang telah disasarkan seperti perbahasan isu-isu pengajian al-Quran dan al-Sunnah
kontemporari dalam pelbagai dimensi, peningkatan sinergi al-Quran dan al-Sunnah sebagai
warisan Nabawi dan sebagainya. Tema penganjuran yang diketengahkan juga sangat menepati
dengan situasi dan keperluan kontemporari masyarakat dalam usaha memahami secara tepat
Maqasid melalui sumbernya yang asal, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.
Pemahaman secara tepat terhadap Maqasid sangat diperlukan khususnya dalam pelaksanaan
pendidikan era revolusi industri 4.0. Allah SWT telah memberikan tunjuk arah yang sangat jelas
kepada kita sebagaimana maksud firmanNya dalam Surah Al-Mukminun “Maka apakah kamu
menyangka bahawa kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu
tidak akan dikembalikan kepada Kami?” Justeru, Sebagai seorang yang beragama Islam, kita sedia
maklum bahawa agama Islam meliputi seluruh aspek kehidupan manusia serta meletakkan
Maqasid yang utama iaitu mendatangkan maslahah dan menolak segala kemudaratan kepada
manusia sejagat. Maqasid ini mesti disandarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
Akhir sekali, saya mengharapkan agar THIQAH 2020 berjalan dengan lancar dan menatijahkan
manfaat yang bernilai kepada pelbagai pihak. Syabas dan Tahnah atas penganjuran THIQAH 2020.
Jazakumullah Khairal Jaza’.
DR. MD NOOR BIN HUSSIN
Dekan Fakulti Pengajian Peradaban Islam (FPPI)
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND HADITH 2020 (2ND THIQAH 2020)
THIQAH2020 5
Kata Aluan Ketua Jabatan
Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT yang memberi ruang dan peluang kepada Jabatan al-Quran
dan al-Sunnah untuk mengajurkan Seminar THIQAH buat kali kedua. Semoga dengan penganjuran
seminar ini akan memberi pengalaman baharu kepada semua pensyarah terlibat hasil kerjasama
dengan Universiti Ahmad Dahlan serta dapat menjalin kerjasama penyelidikan yang lebih mampan
pada masa hadapan.
Hasil kolaborasi juga diharap dapat mencapai objektif penganjuran seminar dengan perbincangan
berkenaan isu-isu pengajian al-Quran dan al-Sunnah kontemporari dalam pelbagai dimensi,
mengumpulkan pakar penyelidik dalam bidang kesepakaran dan perkongsian dapatan
penyelidikan, menjalin hubungan akademik di antara IPT, badan kerajaan atau badan bukan
kerajaan serta meningkatkan sinergi al-Quran dan al-Sunnah sebagai warisan Nabawi.
Saya juga menyeru kepada semua agar melakukan anjakan dalam pemikiran dan amalan ke arah
mencapai matlamat seperti yang digariskan dalam al-Quran dan al-Sunnah. Di samping itu juga kita
perlu peka dan bersikap proaktif terhadap isu-isu semasa dalam pengajian Islam khususnya agar
kita dapat bersama-sama menyumbang ke arah pembentukan masyarakat yang progresif dan
berpengetahuan.
Akhir kata, saya ucapkan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa, peserta dan pembentang kertas
kerja THIQAH 2020. Semoga seminar kali ini berjalan dengan lancar dan mampu mencapai
objektifnya seterusnya memacu pendidikan al-Quran dan al-Sunnah ke tahap yang cemerlang.
Sekian, terima kasih.
SURIANI SUDI,
Ketua Jabatan al-Quran dan al-Sunnah
Fakulti Pengajian Peradaban Islam (FPPI)
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND HADITH 2020 (2ND THIQAH 2020)
THIQAH2020 6
Kata Aluan Pengarah THIQAH 2020
Alhamdulillah, segala puji dan syukur kita panjatkan ke hadrat Allah SWT. Selawat dan salam ke
atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, penghulu segala nabi dan rasul, pemimpin umat ke
jalan kebenaran.
Seminar ini bertujuan untuk memberikan pendedahan isu-isu semasa dalam al-Quran dan Al-
Sunnah. Justeru, tema utama seminar kali ini ialah “ Membina Kefahaman Maqasid Melalui Al-Quran
dan Al-Sunnah”. Tema ini dibahagikan kepada beberapa subtema yang berkaitan dengan Maqasid
al-Quran dan al-Sunnah dengan harapan ianya dapat menyumbang ke arah pemahaman maqasid
yang lebih jitu dalam menjelaskan isu-isu al-Quran dan al-Sunnah.
Saya dengan rendah hati mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada para ilmuan dan pengkaji yang datang untuk berkongsi ilmu dan hasil penyelidikan dalam
Persidangan Antarabangsa Isu-Isu Semasa Al-Quran dan Hadis kali ke 2 (THIQAH 2020). Seminar
ini merupakan kesinambungan daripada siri seminar sebelum ini dan bertujuan sebagai wadah
perkongsian ilmu, pengalaman, dapatan baru dalam bidang al-Quran dan al-Sunnah khususnya.
Akhirnya, ucapan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua jawatankuasa kerja
yang terdiri daripada para pensyarah Jabatan al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Peradaban
Islam (FPPI) KUIS yang memberi komitmen tahap tinggi demi menjayakan THIQAH kali yang kedua
ini. Ucapan terima kasih juga kepada Universitas Ahmad Dahlan (UAD) yang bersetuju menjadi
penganjur bersama seminar THIQAH 2020 ini. Mudah-mudahan usaha kita semua dinilai sebagai
amal soleh di sisi Allah SWT. Akhir kata saya mengucapkan selamat berseminar kepada semua.
Semoga perkongsian ilmu ini memberikan manfaat sertai kemaslahatan kepada insan lain. Sekian,
terima kasih.
ABDUL HADI AWANG
PENGARAH THIQAH 2020
2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND HADITH 2020 (2ND THIQAH 2020)
THIQAH2020 7
AHLI JAWATANKUASA
Penaung I : Ybhg. Prof. Dato’ Dr. Ab. Halim bin Tamuri
Penaung II : Dr. Mokmin bin Basri
Penasihat I : Dr. Md Noor bin Hussin
Penasihat II : Dr. Rosni binti Wazir
Penasihat III : Suriani binti Sudi
Pengarah : Abdul Hadi bin Awang
Setiausaha : Siti Mursyidah binti Mohd Zin
Bendahari : Mohd Hasbie Al-Shiddieque bin Ahmad
AHLI JAWATANKUASA
Abdul Azis bin Awang Kechik
Dr. Mohd Khafidz bin Soroni
Hamzah bin Omar
Dr. Nurzatil Ismah binti Azizan
Abdul Mukti bin Bahruddin
Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah
Wan Fakhrul Razi bin Wan Mohamad
Zaidul Amin Suffian bin Ahmad
Dr. Phayilah Yama
Dr. Farhah Zaidar binti Mohd Ramli
Dr. Abur Hamdi bin Usman
Mohd Norzi bin Nasir
Mohd Aizat Syimir bin Rozani
Khairunnisa binti Ismail
Wan Ramizah binti Wan Hassan
Sahlawati binti Abu Bakar
2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND HADITH 2020 (2ND THIQAH 2020)
THIQAH2020 8
TENTATIF PROGRAM THIQAH 2020
22 Februari 2020 (Sabtu)
Masa Aktiviti
7:00 am Pendaftaran Pembentang & Peserta
7:30 am Sesi I
9:30 am Minum Pagi
10:00 am Ucaptama I:
YBhg. Dr. Rosni Wazir
Timbalan Dekan (Akademik dan Penyelidikan)
Fakulti Pengajian Peradaban Islam
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
10:30 am Ucaptama II:
YBhg. Dr. Nur Kholis, M.Ag
Dekan Fakultas Agama Islam
Universitas Ahmad Dahlan
11:00 am Majlis Perasmian THIQAH 2020
Ucapan wakil KUIS:
YBhg. Dr. Muhammad Syukri bin Abdul Rahman
Timbalan Rektor (Mahasiswa dan Alumni)
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
11:20 am Ucapan Perasmian oleh:
YBhg. Profesor Madya Dr. Muchlas MT
Rektor Universitas Ahmad Dahlan
11:40 am Persembahan Montaj
Penyampaian Cenderahati & Sesi Bergambar
12:00 pm Makan Tengahari dan Solat
1:30 pm Sesi II
3:30 pm Sesi III
5:30 pm Minum Petang dan Bersurai
2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND HADITH 2020 (2ND THIQAH 2020)
THIQAH2020 9
JADUAL PEMBENTANGAN
THIQAH 2020
PRESENTATION SCHEDULE
2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND HADITH 2020 (2ND THIQAH 2020)
THIQAH2020 10
JADUAL PEMBENTANGAN
SESI I
JADUAL PEMBENTANGAN KERTAS KERJA THIQAH 2020 22 FEBRUARI 2020 (SABTU)
(7.30AM-9.30AM) MODERATOR: ZAIDUL AMIN SUFFIAN AHMAD
Bil. No siri
Pembentang Tajuk
1 1003 NURUL AUJI HASBULLAH AHMAD SANUSI AZMI ADNAN MOHAMED YUSOFF NORASIKIN FABIL
ILMU TARANNUM DI MALAYSIA : AMALAN DAN KAEDAH MELAGUKANNYA
2 1004 DR. MUHAMAD FADLLY BIN ISMAIL DR. NOR HAFIZI BIN YUSOF WAN RUSWANI BINTI WAN ABDULLAH
KEISTIMEWAAN KAEDAH RASM UTHMANI DAN HUBUNGANNYA DENGAN ILMU TAFSIR
3 1005 DR. HAZIYAH BINTI HUSSIN MUHAMMAD HADI MOIN BIN ABDUL LATIFF
PERKEMBANGAN PENTERJEMAHAN AL-QURAN DI MALAYSIA PADA ABAD KE 21
4 1027 DR. MUNIRAH @MONIKA ABD RAZZAK DR. NIK MOHD ZAIM AB RAHIM
PENGAJIAN KISAH-KISAH AL-QURAN MENERUSI RADIO IKIM: KAJIAN TERHADAP RANCANGAN IBRAH
5 1009 MUHAMMAD AIZAT SYIMIR BIN ROZANI MOHD FAROUQ NUKMAN BIN ZAMRI AHMAD BIN ISMAIL
RELEVANTASI ILMU MAKKI DAN MADANI TERHADAP SYARIAH: ANALISIS TERHADAP PERKATAAN “ جهد” DALAM AL-QURAN
6 1010 DR. NURZATIL ISMAH BINTI AZIZAN FATHI NAIL JINAN BINTE AGUS RIZAL
PENDEKATAN MEMUJUK MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN
7 1012 SAHLAWATI ABU BAKAR HAZIYAH HUSSIN WAN NASYRUDIN WAN ABDULLAH
HUBUNGAN DI ANTARA MAQASID AL-QURAN DAN TAFSIR MAWDU’I
8 1013 WAN RAMIZAH BINTI HASAN DR. MOHD FARID RAVI BIN ABDULLAH
PENGAJARAN DARIPADA PERISTIWA AL-IFK: KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA AL-TAFSIR AL-MUNIR DAN FI ZILAL AL-QUR’AN
9 1017 ZAIDUL AMIN SUFFIAN AHMAD SITI FARZANA LOKMAN
MUTARADIF DALAM AL-QURAN: KAJIAN KALIMAH FI'IL DAN AMAL
10 1022 HASBIE AL-SHIDDIEQUE AHMAD
QURANIC PRINTING ISSUES IN MALAYSIA: AN EXAMINE AT MINISTRY OF HOME AFFAIRS.
2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND HADITH 2020 (2ND THIQAH 2020)
THIQAH2020 11
SESI II
JADUAL PEMBENTANGAN KERTAS KERJA IRSYAD 2019 22 FEBRUARI 2020 (SABTU)
(1:30 PM-3:30 PM) MODERATOR: DR. MOHD. KHAFIDZ BIN SORONI
Bil. No siri
Pembentang Tajuk
1 1002 DR. MOHD. KHAFIDZ BIN SORONI
EPISTEMOLOGI AL-‘ILM DALAM PERBAHASAN AUTORITI HADIS
2 1001 DR. ABUR HAMDI USMAN IMPLEMENTASI TASAWUF DALAM IBADAH: SATU TINJAUAN RAWATAN TERHADAP PEDOFILIA
3 1015 MOHD NORZI BIN NASIR DR. MOHD FARID RAVI ABDULLAH
ELEMEN-ELEMEN TARBIAH MELALUI HADIS NABAWI BERASASKAN MAQASID SUNNAH
4 1026 DR. NAJAH NADIAH AMRAN PEMBERDAYAAN PERANAN DAN PENGETAHUAN TEKSTUAL KONTEKSTUAL PELAJAR SUBJEK HADITH MELALUI PEMUDAHCARA PENCARIAN MAKLUMAT TERARAH (PMT)
5 1016 HAMZAH OMAR KORELASI ANTARA HADIS AMANAH DAN APLIKASI DALAM KALANGAN KAKITANGAN BANK: SATU ANALISIS HADIS TEMATIK
6 1018 WAHYU HIDAYAT ABDULLAH, MOHD IKHWAN ZOLKAPLI, NURUL FATHONAH ABDUL HALIM
ANALISIS PENDEKATAN PENGAJARAN ILMU HADIS (IH) DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SEKITAR NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
7 1021 ASRI ISHAK MAQASID SYARIAH DALAM HADIS-HADIS ARBA’IN NAWAWI: SATU TINJAUAN
8 1029 DR. ROSNI BINTI WAZIR HURAIAN SUFISTIK AL-TAFTAZANI DALAM HADIS 18 (BERTAQWA DAN BERBUDI PEKERTI MULIA) DALAM AL-ARBA’IN AL-NAWAWIYYAH DAN PERBANDINGANNYA DENGAN HIKAM MELAYU
9 1014 SURIANI SUDI PROF. DR. FARIZA MD SHAM DR. PHAYILAH YAMA
IMAN KEPADA ALLAH SEBAGAI ASAS KECERDASAN SPIRITUAL MUSLIM
10 3001 HUSNI ABDULLAH
مقاصد العرب في المصطلحات الدينية : دراسة دلالية في الخطاب النبوي
2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND HADITH 2020 (2ND THIQAH 2020)
THIQAH2020 12
SESI III
JADUAL PEMBENTANGAN KERTAS KERJA IRSYAD 2019 22 FEBRUARI 2020 (SABTU)
(3:30 PM – 5:30 PM) MODERATOR: DR.MOHD FARID RAVI ABDULLAH
Bil. No siri
Pembentang Tajuk
1 1011 ABDUL HADI AWANG MAQASID SHARIAH MENURUT AL-QURAN DAN HADIS
3 1034 DR. NIK MOHD ZAIM AB RAHIM DR. MONIKA @ MUNIRAH ABD RAZZAK HAMIZAH RUSLAN
GAYA PENTAFSIRAN JAMAL AL-DIN AL-QASIMI DALAM TAFSIR MAHASIN AL-TA’WIL
1023 AHMAD SYAHIR BIN AHAMAD NZLY ZAWAWI BIN TEMYATI SAYYIDAH MARYAM AIMAN BINTI SURTAHMAN
IMPAK QIRAAT SEPULUH TERHADAP TAFSIRAN AYAT-AYAT MUNAKAHAT DAN PENJELASAN HUKUMNYA
4 1024 WAN FAKRUL RAZI ABDUL AZIS AWANG KECHIK FARAHWAHEDA HAZIDI
PEMAHAMAN KONSEP TOLERANSI DALAM ORGANISASI MENURUT AL-QURAN TERHADAP BADAR KUIS
5 1025 DR.MOHD FARID RAVI ABDULLAH MOHD NORZI NASIR
“BALDATUN TAYYIBATUN WA RABBUL GHAFUR”: THE FOUNDATION OF A NATION WELLBEING
6 1028 SITI MURSYIDAH MOHD ZIN DR. NURZATIL ISMAH AZIZAN, SAFINAH ISMAIL, FATIN NAZMIN MANSOR SITI NUR HUSNA ABD RAHMAN
ELEMEN KOMUNIKASI GURU PRA TAHFIZ AL-QURAN DI AS SALAHUDDIN SMART TAHFIZ SCHOOL
7 1030 ABDUL MUKTI BIN BAHARUDIN HAJAH MAKIAH TUSSARIPAH BINTI JAMIL
AL-FALAH MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN
8 1031 KHAIRUNNISA ISMAIL KEPENTINGAN AL-QASAS DALAM AL-QURAN
2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND HADITH 2020 (2ND THIQAH 2020)
THIQAH2020 13
ASBTRAK THIQAH 2020
2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND HADITH 2020 (2ND THIQAH 2020)
THIQAH2020 14
TUNTUTAN KESIHATAN MENTAL MENURUT MAQASID AL-SUNNAH
DR ROSNI BINTI WAZIR Fakulti Pengajian Peradaban Islam
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) rosni@kuis.edu.my
ABSTRAK
Kesihatan mental adalah sesuatu yang dititikberatkan oleh Kementerian Kesihatan sehingga melahirkan Dasar Kesihatan Mental Negara dengan 9 dasarnya yang jelas. Namun begitu, kesedaran ke arah kesihatan mental masih rendah dalam masyarakat. Masih ramai yang tidak menyedarinya, menafikannya, tidak terbuka, malah berfikiran negatif tentangnya. Ini adalah cabaran yang perlu ditangani segera dalam proses melahirkan generasi yang sihat mental dan fizikal. Oleh itu, penulisan ini dengan menggunakan kaedah analisis akan mengkaji tentang tuntutan kesihatan mental menurut maqasid al-sunnah. Analisis terhadap hadis-hadis yang berkaitan menunjukkan bahawa Rasulullah SAW telah menggariskan dengan jelas beberapa tuntutan yang perlu dilakukan untuk memastikan umat Islam mencapai kesihatan mental yang optimum Kata kunci : Kesihatan Mental, Maqasid al-Sunnah, Kesihatan Fizikal, Hati, Ibadah
EPISTEMOLOGI AL-‘ILM DALAM PERBAHASAN AUTORITI HADIS
DR. MOHD. KHAFIDZ BIN SORONI
Institut Kajian Hadis & Akidah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
mohdkhafidz@kuis.edu.my
ABSTRAK
Hadis dalam pensyariatan Islam merupakan sumber kedua selepas al-Quran al-Karim. Kedua-duanya sejak mula adalah sumber utama yang menjadi rujukan para ulama dalam segala aspek permasalahan hidup umat manusia. Namun, dengan perkembangan metode berfikir dalam kalangan ulama kalam, usul dan fiqah, kedudukan hadis kemudian dibahaskan dengan lebih mendalam dan terperinci. Justeru, berlaku perselisihan antara para ulama dalam menetapkan nilai ilmiah atau autoriti bagi hadis, sama ada kesemuanya mencapai tahap al-‘ilm atau sebahagian sahaja yang mencapai tahap tersebut, justeru selebihnya perlu dibezakan dengan al-Quran dari sudut nilai ilmiah atau autoritinya. Perbahasan nilai ilmiah atau autoriti hadis ini, bukan sahaja dibincangkan dalam kitab-kitab ilmu kalam dan usul al-fiqh, malah turut dimasukkan ke dalam perbincangan disiplin ‘ulum al-hadith. Justeru dalam kajian ini, fokus perbincangan akan ditumpukan khusus terhadap epistemologi al-‘ilm dalam perbahasan nilai ilmiah atau autoriti hadis berdasarkan perselisihan pandangan di kalangan para ulama. Kajian kualitatif berdasarkan analisis dokumen ini meninjau tentang persoalan tersebut melalui penelitian terhadap karya-karya ilmu kalam, usul al-fiqh dan ‘ulum al-hadith sekaligus. Kajian mendapati, jumhur ulama bersependapat bahawa tidak kesemua hadis itu mencapai tahap al-‘ilm kerana majoritinya adalah pada tahap al-zann dari segi autoriti atau nilai ilmiahnya. Kata kunci: epistemologi, al-‘ilm, al-zann, ulama, autoriti, hadis.
2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND HADITH 2020 (2ND THIQAH 2020)
THIQAH2020 15
IMPLEMENTASI TASAWUF DALAM IBADAH: SATU TINJAUAN RAWATAN TERHADAP PEDOFILIA
ABUR HAMDI USMAN NORSALEHA MOHD SALLEH
SYARUL AZMAN SHAHARUDDIN ROSNI WAZIR
MOHD NORZI NASIR MUHAMMAD FAKHRUR RAZI SHAHABUDIN
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS) aburhamdi@kuis.edu.my
ABSTRAK
Ibadah merupakan amalan yang dilakukan oleh seluruh Muslim di dunia, dan diyakini mampu mengekang pengamalnya daripada melakukan dosa kemaksiatan. Namun tidak dinafikan terdapat sebilangan kecil dari masyarakat yang terlibat dengan perbuatan tidak berperikemanusiaan dengan menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa kepuasan seksual. Kebanyakan penjenayah pedofil di Malaysia berasal dari kalangan individu berautoriti dalam agama yang memberi imej negatif terhadap kemurnian agama Islam. Sehubungan dengan itu, artikel ini dihasilkan bertujuan untuk menganalisis konsep tasawuf dalam ibadah khususnya rukun Islam sebagai tinjauan rawatan terhadap masalah pedofilia. Dengan menggunakan metode kualitatif, artikel ini mendapati teori Imam al-Ghazali dan Said Hawwa dapat mengimplementasikan nilai dan pengahayatan tasawuf dalam ibadah, sekali gus menjadikan sandaran rukun Islam sebagai impak yang besar terhadap jalan hidup seorang pedofil. Kata kunci: Implementasi, Tasawuf, Ibadah, Rawatan, Pedofilia.
MAQASID SHARIAH MENURUT AL-QURAN DAN HADIS
ABDUL HADI AWANG
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Email: abdulhadi@kuis.edu.my.
ABSTRAK
Ilmu maqasid telah lama dibincangkan oleh para ulama terdahulu seperti al-Juwayni (w. 348 H), al-Ghazali (w. 505 H) dan selainnya dalam karya masing-masing. Perbincangan ini diteruskan dengan lebih terperinci oleh al-Shatibi (w. 790 H) dan ulama kontemporari seperti Ibn ‘Asyur (w. 1393 H) yang telah mengukuhkan disiplin ilmu ini sehingga menjadi ilmu yang sangat memberi kesan kepada dunia shariah pada hari ini. Walaupun perbincangan lebih tertumpu kepada maqasid shariah, hakikatnya semuanya adalah bermula daripada al-Quran dan hadis.. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk membincangkan maqasid shariah menurut al-Quran dan hadis. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif melalui analisis diskriptif dokumen dan teks buku-buku ulama silam dan komtemporari berkaitan maqasid shariah. Kajian ini mendapati, menjadi keperluan kepada para sarjana zaman ini untuk berijtihad, menyelidik dan berfikir bagi mengeluarkan kefahaman maqasid daripada teks-teks al-Quran dan hadis sepertimana yang dilakukan oleh para sahabat, tabi’in dan imam-imam mujtahis sebelum ini. Kata kunci: Maqasid shariah, al-Quran, hadis.
2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND HADITH 2020 (2ND THIQAH 2020)
THIQAH2020 16
KEISTIMEWAAN KAEDAH RASM UTHMANI DAN HUBUNGANNYA DENGAN ILMU TAFSIR
DR. MUHAMAD FADLLY BIN ISMAIL DR. NOR HAFIZI BIN YUSOF
WAN RUSWANI BINTI WAN ABDULLAH
Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS)
ABSTRAK
Rasm Uthmani merupakan salah satu daripada cabang ilmu al-Quran. Penyusunan ilmu ini merupakan antara usaha dan inisiatif yang dilakukan oleh para ulama besar terdahulu demi memartabatkan al-Quran dalam masyarakat Islam. Hasil penelitian mendapati kurangnya pengetahuan masyarakat Islam masa kini terhadap perbezaan antara Rasm Uthmani dan Rasm Imla’i. Perbezaan Rasm Uthmani dan Rasm Imla’i juga banyak menimbulkan implikasi ke atas penulisan teks al-Quran. Jika perbezaan ini tidak ditangani akan wujud mushaf dalam pelbagai versi yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat Islam. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kaedah asas Rasm Uthmani yang diguna pakai oleh penulisan teks al-Quran. Kajian ini juga menganalisis keistimewaan Rasm Uthmani dalam hubungan dengan ilmu Tafsir. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang berbentuk pengumpulan data daripada sumber primer dan sekunder. Data dikumpulkan daripada buku-buku yang relevan dengan tajuk kajian. Bagi mendapatkan analisis data yang tepat, kajian ini menggunakan sumber primer dan sekunder di samping meneliti kaedah Rasm. Kajian komparatif digunakan dalam membuat analisis perbandingan dan kesimpulan terhadap data-data yang diperoleh. Hasil kajian mendapati dari sudut keistimewaan kaedah Rasm hubungannya dengan Ilmu Tafsir, antaranya ialah meluaskan maksud perkataan, perkaitannya dengan sebab nuzul dan kesesuaiannya dengan wajah Qiraat yang pelbagai. Kajian ini mencadangkan usaha menyelidik manuskrip-manuskrip berkaitan ilmu Rasm yang masih belum ditemui atau yang belum dicetak diteruskan agar menjadi sumbangan kepada bidang ilmu ini terutama dalam penulisan mushaf. Kata Kunci: Rasm Uthmani, Rasm Imla’i, ilmu Tafsir.
2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND HADITH 2020 (2ND THIQAH 2020)
THIQAH2020 17
PERKEMBANGAN PENTERJEMAHAN AL-QURAN DI MALAYSIA PADA ABAD KE 21
HAZIYAH BINTI HUSSIN (PhD) Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
Email: haziyah@ukm.edu.my
MUHAMMAD HADI MOIN BIN ABDUL LATIFF Program Sarjana Pengajian al-Quran dan al-Sunnah
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
Email: hadimoin19@gmail.com
ABSTRAK
Mutakhir ini jumlah penerbitan terjemahan al-Quran di Malaysia menunjukkan peningkatan yang agak ketara malah pelbagai judul terjemahan dengan nama-nama yang menarik yang ditemui. Selain makna ayat, terjemahan ini juga turut memuatkan elemen tambahan seperti hukum tajwid, waqf dan ibtida’ yang ditanda dengan warna-warna berbeza, sisipan riwayat sabab nuzul, hadis, pengajaran dan mutiara hikmah serta tema-tema perbincangan ayat-ayat al-Quran. Penampilan dan persembahan terjemahan al-Quran juga berbeza dari segi saiz dan warna. Fenomena ini menunjukkan suburnya kegiatan penerbitan terjemahan al-Quran di negara ini. Meskipun begitu kepelbagaian terjemahan di pasaran juga berkemungkinan boleh mengelirukan masyarakat dalam mendapatkan sebuah karya terjemahan yang baik bagi membantu mereka memahami al-Quran. Kertas kerja ini bertujuan untuk meneroka perkembangan penerbitan terjemahan al-Quran di Malaysia yang terkini dan mengenalpasti pola terjemahan yang berlaku di samping mengkaji isu-isu yang berkaitan dengan metode terjemahan. Oleh itu, kajian ini menggunakan rekabentuk kualititatif dengan jenis analisis kandungan. Data dikumpulkan menerusi sorotan literatur tentang penterjemahan al-Quran, karya-karya terjemahan al-Quran dan Ulum al-Quran serta Garis Panduan Penapisan Bahan Berunsur Islam. Data ini seterusnya dianalisis secara deskriptif bertema. Kajian ini mendapati sebahagian besar terjemahan al-Quran yang dihasilkan adalah menggunakan bahasa Melayu dan sebilangan kecil sahaja dalam bahasa-bahasa lain. Pelbagai kaedah penterjemahan digunakan, antaranya penterjemahan tafsiriyyah, kaedah campuran antara penterjemahan tafsiriyyah dan harfiyyah, penterjemahan per kata serta kaedah komunikatif. Penerbit pula perlu mendapatkan perakuan pihak berkuasa sebelum sesebuah terjemahan al-Quran boleh dicetak dan dipasarkan. Bagi meminimakan risiko ketidak tepatan makna dan terjemahan, penterjemah al-Quran dan penerbit perlu mengambil perhatian dan mematuhi prosedur kerja yang khusus dalam penterjemahan al-Quran. Hasil kajian ini wajar diketengahkan agar terjemahan al-Quran mengandungi makna yang sahih dan diterbitkan atas tanggungjawab yang murni; bukan semata-mata faktor bisnes dan keuntungan. Ia juga dapat menyedarkan masyarakat akan pentingnya sikap prihatin dan cakna terhadap keperluan sebenar mereka kepada karya terjemahan makna al-Quran yang autentik. Katakunci: terjemahan al-Quran, penterjemahan tafsiriyyah, Teks al-Quran, Malaysia, tulisan Jawi
2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND HADITH 2020 (2ND THIQAH 2020)
THIQAH2020 18
ORANG KURANG UPAYA (OKU) MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN DAN HADIS
IZZATUL NAJIHA BINTI BAHARUDIN FARHAH ZAIDAR MOHAMED RAMLI
farhahzaidar@kuis.edu.my Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
ABSTRAK
Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan komuniti marginal yang menjadi salah satu daripada entiti dalam masyarakat. Tanpa disedari kelainan ketara antara komuniti ini dengan manusia yang normal menyebabkan terbentuk jurang dalam kehidupan seharian mereka. Justeru, keberadaan komuniti ini menuntut lebih keprihatinan dan kebijaksanaan daripada masyarakat dalam berinteraksi dengan mereka. Masyarakat memerlukan dorongan berpandu al-Quran dan hadis nabawi untuk meningkatkan lagi kesedaran bagi menerima dan menyantuni komuniti ini. Artikel ini bertujuan untuk menghuraikan pandangan Islam bersumberkan al-Quran dan Hadis terhadap komuniti tersebut. Data-data kajian dikumpulkan secara analisis dokumen. Dapatan kajian dianalisa secara deskriptif. Dapatan menunjukkan al-Quran menerusi ayat satu hingga 10 surah ‘Abasa dan ayat 17 surah al-Fath serta empat buah hadis nabawi telah menjadi dalil utama yang menggariskan panduan tertentu untuk menyantuni golongan ini. Dapatan juga menemui tiga contoh sahabat Rasulullah yang terdiri daripada komuniti OKU yang direkodkan bersangkut paut dengan kemunculan nas-nas tersebut. Kajian merumuskan bahawa OKU menurut al-Quran mahu pun hadis adalah diterima keberadaan mereka dan perlu disantuni berdasarkan tahap kemampuan mereka dalam semua aspek kehidupan termasuk ibadah, peluang menuntut ilmu, peluang membina kerjaya, berkeluarga dan lain-lain. Walau pun mereka berbeza tetapi perlu diberi peluang sama rata dengan manusia normal. Ia supaya kelangsungan hidup mereka dapat dirancang dengan berkesan dan dapat menggapai masa depan yang terbaik.
Kata kunci: Orang Kurang Upaya (OKU), garis panduan, interaksi, al-Quran, Hadis.
PENDEKATAN MEMUJUK MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN
DR. NURZATIL ISMAH BINTI AZIZAN Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
nurzatil@kuis.edu.my
FATHI NAIL JINAN BINTE AGUS RIZAL
ABSTRAK Manusia mempunyai unsur fizikal dan emosi yang menjadikan diri seseorang manusia yang seimbang. Emosi merupakan perasaan dan rasa dalaman hasil tindak balas seseorang terhadap sesuatu perkara, pengalaman dan peristiwa yang berlaku seperti emosi takut, marah, kecewa, gembira, suka dan kasih sayang. Kestabilan emosi penting dalam diri seseorang dalam menghadapi cabaran kehidupan seperti ujian yang pasti akan menggangu emosi. Artikel ini menganalisis ayat-ayat al-Quran yang memaparkan pendekatan memujuk khususnya pujukan yang memberi motivasi dan dorongan kepada seseorang individu untuk terus berbaik sangka dengan Allah SWT. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan rekabentuk kajian analisis kandungan (dokumen). Instrumen yang digunakan ialah dokumen dan dianalisis dengan pendekatan induktif. Hasil kajian mendapati dalam al-Quran terdapat pendekatan memujuk yang dinyatakan iaitu memujuk melalui rayuan emosi, memujuk melalui mesej motivasi dan dorongan serta mesej ganjaran dan janji. Ketiga-tiga aspek memujuk ini jelas menunjukkan bahawa al-Quran wajar dijadikan rujukan psikologi dan menguatkan motivasi diri seorang mukmin agar menjalani kehidupan dengan keimanan dan kesyukuran. Kata kunci: Pendekatan memujuk, perspektif al-Quran.
2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND HADITH 2020 (2ND THIQAH 2020)
THIQAH2020 19
RELEVANTASI ILMU MAKKI DAN MADANI TERHADAP SYARIAH:
ANALISIS TERHADAP PERKATAAN “جهد” DALAM AL-QURAN
MUHAMMAD AIZAT SYIMIR BIN ROZANI
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) aizatsyimir@kuis.edu.my
MOHD FAROUQ NUKMAN BIN ZAMRI Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)
farouqnukman@usas.edu.my
AHMAD BIN ISMAIL Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
ahmadbinismail23@gmail.com
ABSTRAK
Ilmu Syariah merupakan warisan agama yang diwarisi secara turun temurun melalui peninggalan para ulama. Namun, ilmu-ilmu ini perlu diselarikan dengan peredaran zaman yang penuh dengan perubahan bagi memastikan relevantasinya. Misalnya ilmu Makki dan Madani yang merupakan di antara cabang Ulum Al-Quran. Maka, ilmu ini perlu dibincangkan dengan lebih luas dan tidak terhad kepada pembahagian surah sama ada kategori Makki atau Madani. Bahkan ia perlu dilihat atas neraca syariah dengan melihat perkembangan sesuatu syariat melalui ayat Makkiyah dan Madaniyyah. Untuk menilai relevantasi ilmu Makki dan Madani, pensyariatan Jihad yang terdapat di dalam ayat-ayat Makkiyyah dan Madaniyyah akan dijadikan sebagai sampel kajian yang akan dianalisis dan dinilai daripada sudut perubahan maknanya seiring dengan waktu dan tempat ia diturunkan. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kualitatif. Hasil kajian mendapati bahawa wujudnya evolusi terhadap sesuatu syariat melalui peredarannya daripada ayat Makkiyah ke Madaniyyah. Hal ini amat sesuai diteliti dan dikaji agar setiap syariat yang diturunkan oleh Allah SWT dapat difahami dengan baik dan menepati maqasid yang ditentukan oleh Allah SWT.
Kata kunci: Relevantasi, Makki, Madani, Syariah, Jihad.
KOLERASI ANTARA HADIS AMANAH DAN APLIKASI DALAM KALANGAN KAKITANGAN BANK: SATU ANALISIS HADIS TEMATIK
HAMZAH BIN OMAR
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) hamzah@kuis.edu.my
FARAH ‘ADILAH BINTI MOHD NOR
Kajian ini adalah untuk mengkaji aplikasi tema amanah dalam kalangan kakitangan pekerja. Dengan menggunakan metod kuantitatif, pengkaji memperincikan kolorasi pengaplikasian amanah kakitangan di Pejabat Agrobank Wilayah Johor/Melaka dan kefahaman mereka terhadap hadis-hadis yang berkaitan dengan amanah. Kesimpulan secara menyeluruh mendapati majority kakitangan Pejabat Agrobank Wilayah Johor/Melaka faham tema amanah berlandaskan kepada hadis dan menggunakannya dalam pekerjaan harian mereka . Semoga kajian ini dapat memberikan impak positif kepada kakitangan pekerja lain untuk lebih memahami dan mendalami tentang konsep amanah dalam pekerjaan, seterusnya mengamalkan dan mengambil nilai amanah sebagai tunjang utama dalam pengamalan kehidupan seharian.
2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND HADITH 2020 (2ND THIQAH 2020)
THIQAH2020 20
HUBUNGAN DI ANTARA MAQASID AL-QURAN DAN TAFSIR MAWDU’I
SAHLAWATI ABU BAKAR Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
sahlawati@kuis.edu.my
HAZIYAH HUSSIN WAN NASYRUDIN WAN ABDULLAH
Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
ABSTRAK Ramai dalam kalangan pengkaji al-Quran membincangkan mengenai maqasid al-Quran serta tafsir mawdu’i atau tematik. Namun kebanyakan kajian membincangkan perkara ini sebagai dua aspek yang terpisah. Artikel ini bertujuan untuk menghuraikan hubungan di antara maqasid al-Quran dan tafsir mawdu’i. Kajian ini menggunakan kaedah analisis teks dan hasil kajian mendapati bahawa secara prinsipnya maqasid al-Quran mempunyai hubungan dengan tafsir mawdu’i dari aspek kesatuan tema yang terdapat di dalam al-Quran. Maqasid al-Quran ialah tujuan utama al-Quran yang perlu dicapai oleh mufassir dalam pentafsirannya. Manakala tafsir mawdu’i ialah satu pendekatan mentafsirkan ayat-ayat al-Quran yang dikumpulkan dalam satu tema yang sama dan mengaitkannya dengan maqasid al-Quran. Selain itu tafsir mawdu’i juga mengkaji isu-isu yang terdapat di dalam al-Quran berdasarkan maqasid al-Quran. Kajian mendapati terdapat tiga hubungan di antara maqasid al-Quran dan tafsir mawdu’i iaitu pertama aspek prinsip pentafsiran, kedua elemen dalam maqasid al-Quran dan tafsir mawdu’i dan ketiga tafsir al-maqasidi. Justeru, maqasid al-Quran dapat direalisasikan dengan meneliti hubungannya dengan tafsir mawdu’i serta pendekatannya dalam pentafsiran al-Quran. Kata kunci: Maqasid Al-Quran, Tafsir Mawdu’i, Tematik, Kesatuan Tema, Tafsir
MUTARADIF DALAM AL-QURAN: KAJIAN KALIMAH FI'IL DAN AMAL
ZAIDUL AMIN SUFFIAN AHMAD, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Email: zaidulamin@kuis.edu.my
SITI FARZANA LOKMAN farzanalokman@gmail.com
ABSTRAK
Mutaradif merupakan salah satu bahagian penting dalam kaedah penafsiran. Walaupun secara terminologinya ulama berbeza pendapat dalam memberikan definisi kata taraduf, kerana sejak awal mereka memang berselisih dalam memahami hakikat taraduf dalam sebuah bahasa. Al-Quran sering memberi makna baru bagi setiap orang yang menafsirkannya, tanpa mengubah makna yang terkandung di dalamnya dan tidak juga mengurangi nilai-nilai yang hendak disampaikan kepada manusia. Oleh hal yang demikian, ia bergantung kepada para mufassir untuk menafsirkan ayat tersebut. Melalui metode analisis kualitatif berdasarkan dokumen-dokumen yang diperolehi daripada kitab-kitab tafsir, buku-buku dan jurnal-jurnal, dapatan kajian mendapati terdapat pengertian serta konteks penggunaan yang berbeza bagi kata fi’il (فعل( dan camal (عمل).
Kata kunci: Mutaradif, fi’il, camal, tafsir.
2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND HADITH 2020 (2ND THIQAH 2020)
THIQAH2020 21
IMAN KEPADA ALLAH SEBAGAI ASAS KECERDASAN SPIRITUAL MUSLIM
SURIANI SUDI
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
suriani@kuis.edu.my
FARIZA MD SHAM
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
farisham@ukm.edu.my
PHAYILAH YAMA
phayilah@kuis.edu.my
ABSTRAK
Kecerdasan spiritual merupakan satu aspek penting dalam pembentukan peribadi seseorang. Sebelum ini banyak teori dan kerangka konsep berkaitan kecerdasan spiritual dirujuk kepada sarjana Barat. Walau bagaimana pun, teori dan kerangka konsep yang dikemukakan oleh mereka adalah tidak sesuai untuk dijadikan kayu ukur dalam hidup seorang muslim. Keperluan kepada kecerdasan spiritual hakikatnya telah lama dibincangkan di dalam ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis nabi SAW. Teori berkaitan kecerdasan spiritual turut dikemukakan oleh para sarjana muslim antaranya al-Ghazali, Miskawaih, Ibnu Sina serta Najati. Dari situ satu konsep kecerdasan spiritual menurut Islam telah dibentuk. Kefahaman tentang definisi dan konsep kecerdasan spiritual perlu dirungkai dalam masyarakat Islam kerana ia merupakan faktor utama kepada perubahan diri seseorang dan membuatkan hidup lebih bermakna. Kajian ini menghuraikan asas pada kecerdasan spiritual iaitu beriman pada Allah. Kajian akan menggunakan kaedah analisis kandungan iaitu dengan mengenal pasti ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang mengaitkan antara iman kepada Allah dengan kecerdasan spiritual seterusnya disokong oleh pandangan para sarjana muslim. Hasil kajian mendapati iman kepada Allah merupakan elemen asas dalam menentukan tahap kecerdasan spiritual khususnya seorang muslim.
Kata kunci: kecerdasan spiritual, iman, Allah,
MAQASID SYARIAH DALAM HADIS-HADIS ARBAIN NAWAWI : SATU
TINJAUAN
MOHD ASRI BIN ISHAK asri@kuis.edu.my
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.(KUIS)
ABSTRAK
Bagaimana yang kita sedia maklum hadis-hadis yang terdapat dalam Arbain Nawawi merupakan hadis-hadis
yang jawami’ul kalim, hadis yang ringkas tetapi mempunyai maksud yang pelbagai. Dari hadis-hadis yang
dikumpulkan ini terdapat banyak instinbat hukum yang boleh kita keluarkan bagi mengetahui maqasid
syariah yang lima.Maka penulis cuba mengeluarkan maqasid syariah dari hadis-hadis terpilih yang terdapat
dalam Arbain Nawawi .Bagi menyempurnakan kajian ini,metodologi yang digunakan adalah berasaskan
pegumpulan data, analisis maklumat dan kualitatif kepustakaan. Data yang dikumpulkan adalah berasaskan
kitab-kitab syarah Arbain Nawawi dan syarah-syarah hadis yang lain , selain itu tesis-tesis,jurnal dan artikel –
artikel ilmiah juga digunakan bagi melengkapkan kajian ini. Dapatan kajian mendapati dari hadis-hadis Arbain
Nawawi, telalu banyak maqasid syariah yang boleh kita keluarkan dan kita kupaskan bagi melihat keindahan
dan kesempurnaan Islam dalam manjaga keharmonian dan keselamatan agama,diri,aqal,harta dan maruah
setiap individu Muslim.
Kata kunci: Maqasid Syariah, hadis-hadis, Arbain Nawawi.
2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND HADITH 2020 (2ND THIQAH 2020)
THIQAH2020 22
PEMAHAMAN KONSEP TOLERANSI DALAM ORGANISASI MENURUT AL-QURAN
WAN FAKHRUL RAZI WAN MOHAMAD
MOHD MANAWI MOHD AKIB
ABDUL AZIS AWANG KECHIK
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) wanfakhrulrazi@kuis.edu.my
Abstrak
Islam adalah agama yang mudah dan penuh dengan sikap toleransi. Allah mengutus Muhammad SAW dengan
membawa agama yang lurus, mudah dan tidak menyusahkan. Sikap toleransi merupakan amalan yang penting
dalam kehidupan manusia untuk mewujudkan hubungan yang harmoni antara umat manusia mahupun di
dalam sesebuah organisasi. Akan tetapi Islam menerima hanya perkara-perkara yang tidak bercanggah dengan
agama sahaja. Toleransi Islam menolak sikap fanatik, perbezaan rupa paras, bangsa dan sebagainya. Oleh
kerana itu artikel ini berusaha untuk mendedahkan kepentingan dalam memahami konsep toleransi dalam
organisasi menurut al-Quran bagi menyelesaikan masalah yang sering timbul antara individu dalam organisasi.
Kajian ini menggunakan pendekatan metode kualitatif dan kajian maktabi yang akan memberi tumpuan
terhadap tinjauan kepustakaan mengenai konsep, teori, dan kajian-kajian yang berkaitan dengan konsep
toleransi. Justeru itu, sekiranya ia tidak peduli akan masalah ini maka didalam organisasi bakal menimbulkan
pergaduhan dan perbalahan. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, artikel ini cuba untuk memberi
pemahaman berkaitan permasalahan ini berpandukan nas-nas al-Quran dan tafsiran para ulama.
Kata kunci: toleransi, organisasi, al-Quran.
PENGAJIAN KISAH-KISAH AL-QURAN MENERUSI RADIO IKIM: KAJIAN
TERHADAP RANCANGAN IBRAH
MONIKA @ MUNIRAH ABD RAZZAK NIK MOHD ZAIM AB RAHIM
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya munirahar@um.edu.my
ABSTRAK
Selari dengan perkembangan dunia kini, media massa terutamanya telah menjadi medium paling efektif dalam
menyampaikan ajaran agama termasuklah pengajian Al-Quran. Melihat kepada konteks situasi pada hari ini,
kajian ini dijalankan bagi melihat aplikasi media massa menerusi radio terutamanya radio IKIM.fm sebagai
radio dakwah yang pertama di Malaysia yang menyajikan pelbagai rancangan keagamaan dalam usaha untuk
menyampaikan ilmu Islam kepada masyarakat. Di antaranya rancangan radio ini adalah penyebaran ilmu
berkaitan kisah-kisah Al-Quran. Justeru, artikel ini ditulis dengan menfokuskan kepada rancangan Ibrah
sebagai platform bagi meninjau pengisian berkaitan kisah-kisah Al-Quran serta kaedah penyampaian yang
disampaikan kepada pendengar. Kajian ini menggunakan metode analisis kandungan terhadap rancangan
berkenaan dan data dianalisis berdasarkan isi kandungan dan kaedah penyampaian yang diketengahkan oleh
penyampai. Kajian mendapati rancangan Ibrah ini merupakan sebuah rancangan yang bermanfaat serta
memberikan input yang sangat padat dan berguna berkaitan kisah-kisah Al-Quran kepada masyarakat.
Kata kunci: Media massa, kisah, al-Quran, radio, IKIM
2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND HADITH 2020 (2ND THIQAH 2020)
THIQAH2020 23
ELEMEN KOMUNIKASI GURU PRA TAHFIZ AL-QURAN DI AS SALAHUDDIN SMART TAHFIZ SCHOOL
SITI MURSYIDAH MOHD ZIN NURZATIL ISMAH AZIZAN
SAFINAH ISMAIL FATIN NAZMIN MANSOR
SITI NUR HUSNA ABD RAHMAN Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
sitimursyidah@kuis.edu.my
ABSTRAK Kemahiran komunikasi guru akan mewujudkan suasana kelas interaktif di mana pelajar boleh aktif mengambil bahagian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Komunikasi mahir seseorang guru sekaligus menjadi medium untuk memudahkan pelajar menjadi aktif berkomunikasi dalam usaha mendapatkan maklumat.Artikel ini bertujuan untuk membincangkan elemen-elemen komunikasi guru hafazan al-Quran yang digunakan di As Salahuddin Smart Tahfiz School di dalam menanam minat kanak-kanak untuk menghafal al-Quran. Artikel ini menggunakan metode kualitatif dengan rekabentuk kajian etnografi. Instrument kajian yang digunakan ialah temubual separa struktur ke atas guru As Salahuddin Smart Tahfiz School dan pemerhatian turut serta. Data kajian dianlisis secara induktif. Hasil kajian mendapati elemen komunikasi yang digunakan oleh As Salahuddin Smart Tahfiz School di dalam memupuk minat kanak-kanak Pra Tahfiz menghafal al-Quran sangat baik seperti menggunakan sumber yang utama iaitu al-Quran degan kaedah log book,ibu bapa turut berpenanan untuk menyemak hafazan di rumah serta tidak menggunakan kaedah kekerasan. Selain itu saluran P&P yang menarik seperti manila kad, yotube, lcd dan lain-lain lagi untuk membuat aktiviti bersama pelajar, serta pemindahan mejes melalui P&P dengan pelbagai kaedah seperti bermain, berlakon, flash card dan lain-lain lagi. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan bahawa kanak-kanak Pra Tahfiz terbukti mampu menghafal dan mengingat al-Quran dengan sangat baik melalui elemen – elemen yang di gunakan di As Salahuddin Smart Tahfiz School. Kata kunci: Pra Tahfiz, metode komunikasi, al-Quran, As Salahuddin Smart Tahfiz School
HURAIAN SUFISTIK AL-TAFTAZANI DALAM HADIS 18 (BERTAQWA DAN
BERBUDI PEKERTI MULIA) DALAM AL-ARBA’IN AL-NAWAWIYYAH DAN
PERBANDINGANNYA DENGAN HIKAM MELAYU
ROSNI BINTI WAZIR Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
rosni@kuis.edu.my
ABSTRAK Manusia diberikan oleh Allah Taala dengan dua kemampuan yang hebat iaitu kekuatan untuk berfikir dan kekuatan untuk beramal. Manusia mampu untuk berfikir tentang hakikat sesuatu perkara yang mampu membawanya lebih dekat pada Allah Taala. Manusia juga mampu membezakan sesuatu yang boleh memberi manfaat serta memberikan mudarat kepadanya. Manusia juga diberikan kekuatan untuk beramal dan mencapai maghfirah-Nya. Penulisan ini akan mengkaji huraian sufistik yang dilakukan oleh al-Taftazani terhadap Hadis 18 (Bertaqwa Dan Berbudi Pekerti Mulia) yang terdapat di dalam al-Arba’in al-Nawawiyyah. Analisis menunjukkan bahawa pendekatan tasawuf yang dilakukan oleh al-Taftazani menyerlahkan kemampuan manusia untuk mendekatkan diri kepada Allah Taala sekiranya beliau menggunakan kekuatan akal dan amal dengan sebaiknya. Kata Kunci : Huraian, Sufi, al-Taftazani, Hadis, al-Arba’in al-Nawawiyyah
2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND HADITH 2020 (2ND THIQAH 2020)
THIQAH2020 24
AL-FALAH MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN
ABDUL MUKTI BIN BAHARUDIN Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
abdulmukti@kuis.edu.my
HAJAH MAKIAH TUSSARIPAH BINTI JAMIL UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban 3
makiah@uitm.edu.my
ABSTRAK Al-Quran merupakan panduan serta pedoman hidup yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan berkekalan hingga hari Kiamat. Sesiapa yang mengambilnya sebagai pegangan hidup, pasti tidak akan sesat dan menyimpang dari jalan yang sebenar. Di antara seruan dan ajaran al-Quran ialah mengajak manusia ke jalan kejayaan, iaitu al-falah. Seruan menuju kejayaan ini sudah pasti perkara yang amat diingini dan diimpikan oleh setiap manusia. Namun, disebabkan kejahilan umat manusia tentang konsep al-falah yang dinyatakan di dalam al-Quran, seringkali kejayaan itu hanya dilihat dari sudut material dan duniawi semata-mata. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis kalimah al-falah yang disebut di dalam al-Quran. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah berbentuk kualitatif. Penyelidik mendapati sebanyak 40 kali kalimah al-falah disebut di dalam al-Quran. Kalimah al-falah yang disebut didapati dalam bentuk yang pelbagai sama ada dalam bentuk kata nama dan kata kerja. Hasil kajian mendapati bahawa konsep al-falah dalam al-Quran ialah kejayaan hakiki yang dicapai oleh orang yang mematuhi dan mentaati segala perintah Allah s.w.t dan akan dimasukkan ke dalam syurga. Kata Kunci: Al-falah, al-Quran, Kejayaan, Ketaatan, Syurga.
KEPENTINGAN AL-QASAS DALAM AL-QURAN
KHAIRUNNISA ISMAIL Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
khairunnisa@kuis.edu.my
ABSTRAK Kajian ini merupakan satu analisis terhadap kepentingan al-qasas al-Quran. Pembicaraan mengenai kemukjizatan al-Quran, sebenarnya adalah dengan melihat keseluruhan aspek al-Quran termasuk bahasa, isi kandungan, nilai dan sebagainya. Justeru, al-Quran merupakan sebuah kitab yang lengkap dan sempurna dari segenap aspek. Ini termasuk metode penyampaian yang digunakan. Antaranya ialah penggunaan al-qasas atau metode penceritaan. Keistimewaan al-qasas atau cerita dalam al-Quran bukan terletak pada watak atau plot atau latarnya tetapi nilainya adalah pada ketinggian dan kemuliaan matlamatnya. Rangkuman aspek-aspek akhlak yang cukup luas dengan nilai-nilai adab dan hikmah serta pengajaran sesekali diselan-gseli dengan unsur-unsur ancaman dan peringatan begitu meruntun jiwa. Oleh itu, objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji kepentingan qasas al-Quran dalam mencapai maqasid al-Quran. Untuk itu, kajian ini menghuraikan definisi, fungsi dan kategori qasas al-Quran.
Kata Kunci: Mukjizat al-Quran, Maqasid al-Quran, Qasas al-Quran
2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND HADITH 2020 (2ND THIQAH 2020)
THIQAH2020 25
UNGKAPAN-UNGKAPAN POLITIK DAN MISINYA DI DALAM AL-QURAN
SHUKERI MOHAMAD MOHAMAD AZRIEN MOHAMED ADNAN
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Nilam Puri Kelantan
ABSTRAK
Bicara al-Quran merupakan perkara yang paling besar nilainya kepada kehidupan manusia di alam ini. Bicara
akidah akan memimpin manusia kepada aspek ketuhanan yang sebenar dan menjadikan manusia insan yang
jelas matlamat hidup. Bicara akhlak akan memimpin manusia kepada aspek keindahan diri dan kesopanan
yang memukau. Bicara ibadat dan muamalat harian akan memimpin manusia kepada perlakuan amali yang
mensejahterakan diri sendiri dan orang ramai semua peringkat. Ia termasuklah bicara siasah yang akan
memimpin golongan pemerintah dan rakyat menjadi satu jasad yang bekerjasama membangunkan dunia untuk
kebaikan generasi, berpandukan acuan yang terbaik. Untuk memahami perkara tersebut, kertas ini akan
menganalisa ungkapan-ungkapan al-Quran berkaitan dengan dunia politik dan misi-misi kesejahteraanya
Semoga kertas ini dapat membantu golongan pemimpin merealisasikan misi politik Islam dan semua pihak
yang berkaitan. insyaAllah.
AMALAN PENILAIAN KENDIRI AMALI SOLAT DAN KONSEP AL-MUHASABAH IMAM AL-GHAZALI
MOHAMAD HILMI BIN MAT SAID, PhD Universiti Malaysia Pahang, Pekan, Pahang DM
FATMAWATI BINTI LATADA, PhD Universiti Malaysia Pahang, Pekan, Pahang DM
NORSUHAILA BINTI MUSA
SK Pandan, Kuantan, Pahang DM
ABSTRAK
Solat merupakan tuntutan ibadah yang wajib ke atas setiap Muslim yang mukallaf . Ibadah ini adalah paksi
kepada seluruh ibadah lain dan berperanan sebagai perisai diri dari perbuatan keji dan mungkar. Ibadah solat
yang sempurna akan terbentuk melalui proses pengajaran, pembelajaran dan penilaian. Ketiga-tiga proses ini
perlu dilalui dengan berkesan supaya dapat menghasilkan kualiti solat yang memberi impak kepada diri
seseorang. Proses pengajaran dan pembelajaran adalah melibatkan interaksi dua hala antara guru dan murid.
Pengajaran yang berkesan akan menimbulkan suasana pembelajaran yang efektif dan kondusif kepada murid.
Proses penilaian juga mempunyai kepentingan yang sama. Kebiasaannya guru bertindak sebagai penilai
namun murid juga boleh menjalankan penilaian terhadap diri mereka sendiri atau disebut juga sebagai Self-
assessment . Kajian ini adalah kajian kepustakaan yang bertujuan untuk meninjau perkaitan antara amalan
penilaian kendiri amali solat dengan teori al-Muhasabah oleh al-Ghazali yang dibahaskan di dalam kitabnya,
Ihya’ Ulumuddin. Usaha ini dijalankan untuk membina satu instrumen yang memberi peluang kepada murid
untuk menilai sendiri kefahaman mereka terhadap ibadah solat dan seterusnya mengenal pasti
penambahbaikan yang perlu dilakukan.
Kata kunci : Penilaian Kendiri, al-Muhasabah, Amali Solat.
2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND HADITH 2020 (2ND THIQAH 2020)
THIQAH2020 26
QURANIC PRINTING ISSUES IN MALAYSIA: AN EXAMINE AT MINISTRY OF HOME AFFAIR
MOHD HASBIE AL-SHIDDIEQUE BIN AHMAD Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
alshiddieque@kuis.edu.my
ABSTRACT
Quranic printing has received a few modifications according to with the printing’s revolution. The first printed of
Quran was in year 1530 AD in Venice, Italy. This proves mentioned that the Quranic printing has moved in
parallel with the printing’s revolution. During the year 1530 AD, several countries took the opportunity to print
the Quran including German, Russia, Iran, India, and Turkish. Nevertheless, the quranic printing requires
surveillance to make sure Quranic authenticity. Therefore, there are some of the countries that have taken the
initiative to establish the Quranic Tasheh Committee. This research focuses on the issues of Quranic printing in
Malaysia and makes the Ministry of Home Affairs an observation place. This research is a qualitative study and
choose research methods like interview and document analysis as the research instruments. As a result of the
problems arising in relation with the Quranic printing were mostly due to a number of factors including the
attitude among the Quranic printing companies who was less concerned with the Quran Printing Act and the
lack of awareness among the local community.
Keyword: Quranic Printing, Surveillance, Quranic Tasheh, Attitude, Awareness.
“BALDATUN TAYYIBATUN WA RABBUL GHAFUR”: THE FOUNDATION OF A NATION WELLBEING
DR. MOHD FARID RAVI BIN ABDULLAH,
MOHD NORZI BIN NASIR. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
faridravi@kuis.edu.my
ABSTRACT
Baldatun Tayyibatun Wa Rabbul Ghafur nation is a form of Islamic model that is clearly stated in the Quran. The model is based on the conception of Islamic principle, that adopts Islamic syariat (order) preservation approach, and executes nation development based on the guidelines embodied in the Quran and Sunnah. Therefore, this working paper will explicate the features of Baldatun Tayyibatun Wa Rabbul Ghafur as the basis of global Islamic nation building. By understanding the Baldatun Tayyibatun principle and its features, the greatness of a nation civilisation will reintstate. Thus, the basic of a nation’s wellbeing relies on its political stability, holistic education system, fair economic system and sustainable environment.
Keyword: Baldatun Tayyibatun, Islamic principle, syariat (order) preservation, Islamic nation.
2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND HADITH 2020 (2ND THIQAH 2020)
THIQAH2020 27
PENGAJARAN DARIPADA PERISTIWA AL-IFK: KAJIAN PERBANDINGAN
ANTARA AL-TAFSIR AL-MUNIR DAN FI ZILAL AL-QUR’AN
WAN RAMIZAH BINTI HASAN DR. MOHD FARID RAVI BIN ABDULLAH
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) wanramizah@kuis.edu.my
faridravi@kuis.edu.my
ABSTRAK
Fitnah adalah suatu jenayah yang bertujuan untuk merosakkan reputasi atau menjatuhkan kredibiliti
seseorang. Jenayah yang sedang membarah dalam masyarakat Melayu pada ketika ini bukanlah suatu gejala
baru. Ia pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW dan diceritakan dalam surah al-Nur ayat 11-19 dan
dihuraikan oleh ulama-ulama dalam kitab-kitab tafsir mereka. Antara kitab yang menjadi rujukan umat Islam
dewasa ini adalah Fi Zilal al-Qur’an dan al-Tafsir al-Munir. Justeru, penulisan ini dilakukan bertujuan mengkaji
apakah perbezaan dan persamaan yang wujud antara kedua buah kitab ini iaitu Fi Zilal al-Qur’an yang
berbentuk adabi, ijtima’i dan haraki dan al-Tafsir al-Munir yang berbentuk adabi, ijtimai dan fiqhi. Metode
yang digunakan dalam penulisan ini ialah analisis kandungan terhadap kitab-kitab tafsir dan hadis serta
kajian-kajian ilmiah seperti tesis, jurnal-jurnal dan kertas-kertas penyelidikan. Kajian mendapati bahawa wujud
banyak perbezaan antara keduanya dan sedikit sahaja persamaannya. Namun, jika digabungkan, ianya akan
menjadi kesimpulan dan pengajaran yang mantap dan mengubati penyakit-penyakit atau masalah-masalah
dalam masyarakat. Penulisan ini penting kerana ia mengupas tentang bagaimana al-Quran menangani suasana
fitnah yang melanda isteri Rasulullah SAW Aisyah r.a. Justeru, dengan memahami pengajaran daripada
peristiwa al-Ifk, diharapkan usaha mengekang masalah dalam masyarakat dapat ditangani oleh semua pihak.
Kata kunci: fitnah, al-Ifk, surah al-Nur, Fi Zilal al-Qur’an, al-Tafsir al-Munir
2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND HADITH 2020 (2ND THIQAH 2020)
THIQAH2020 28
ILMU TARANNUM DI MALAYSIA : AMALAN DAN KAEDAH MELAGUKANNYA
NURUL AUJI HASBULLAH
auji88@gmail.com AHMAD SANUSI AZMI sanusi@usim.edu.my
ADNAN MOHAMED YUSOFF
adnan@usim.edu.my Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
NORASIKIN FABIL
norasikin.fabil@usim.edu.my Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
ABSTRAK
Penulisan artikel ini meneroka tentang ilmu berkaitan dengan Tarannum al-Quran dan membincangkan definisi Tarannum al-Quran, sejarah perkembangan ilmu Tarannum, aliran ilmu Tarannum al-Quran serta merungkaikan tentang teknik atau kaedah dalam pembacaannya. Pendekatan kajian ini berbentuk kajian kualitatif dimana, metodologi kajian yang digunakan di dalam penulisan ini adalah analisis dokumen daripada sumber-sumber Tarannum al-Quran seperti buku berkaitan Tarannum dan artikel-artikel berkaitan di mana untuk melihat persamaan dan perbezaan pendapat antara dua karangan buku Tarannum di Malaysia berkenaan dengan sifat-sifat bagi setiap Tarannum. Kemudian, kajian ini menganalisis unsur atau sifat-sifat bagi setiap Tarannum tersebut dan hasil daripada analisis dokumen tersebut di susun dan di masukkan ke dalam jadual di bahagian dapatan kajian. Tinjauan awal juga turut dilakukan dengan menemubual ringkas qari-qari berkenaan dengan kaedah atau teknik bacaan Tarannum yang di amalkan. Dapatan menunjukkan bahawa bacaan Tarannum yang di amalkan oleh qari-qari di Malaysia berasaskan lagu dan tidak di telankan kepada makna ayat al-Quran. Kata kunci : Tarannum al-Quran, amalan, kaedah, sifat, peranan.
2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND HADITH 2020 (2ND THIQAH 2020)
THIQAH2020 29
ELEMEN-ELEMEN TARBIAH MELALUI HADIS NABAWI
BERASASKAN MAQASID SUNNAH
MOHD NORZI BIN NASIR
mohdnorzi@kuis.edu.my
MOHD FARID RAVI BIN ABDULLAH
faridravi@kuis.edu.my
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
ABSTRAK
Keistimewaan sunnah Rasulullah terserlah melalui dua dimensi iaitu ilahi dan insani. Agar sunnah tetap relevan
seiring zaman dan sesuai diaplikasikan sebagai maslahah kepada ummah, maka pemahaman hadis berasaskan
maqasid sunnah amat diperlukan. Interaksi terhadap sunnah berasaskan maqasid merupakan suatu
pendekatan ilmu yang mengutamakan maslahah ummah tanpa mengabaikan autentik sunnah atau nas-nas
hadis. Metode ini jelas diaplikasikan oleh salafussaleh terdahulu yang sentiasa berusaha untuk memahami dan
menerapkan hukum dengan bersandarkan kepada maqasid yang sebenar. Konsep interaksi berasaskan maqasid
terhadap hadis sama ada dari aspek pemahaman atau aplikasi perlu menepati mabadi’ atau asas-asas dalam
berinteraksi dengan sunnah. Kertas kerja ini membawakan perbahasan beberapa contoh hadis sebagai sampel
agar maqasid sunnah berkaitan elemen-elemen tarbiah dapat diketahui dan difahami melalui himpunan
pandangan ilmuwan hadis klasik dan kontemporari. Kajian ini merupakan kajian kepustakaan berdasarkan
analisa matan serta pemahaman hadis melalui beberapa contoh hadis terpilih. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa interaksi terhadap sunnah berasaskan maqasid adalah suatu pendekatan ilmu yang mengintegrasikan
antara pembacaan nas syariat dan pengamatan realiti. Selain itu kefahaman yang sahih terhadap maksud hadis
berasaskan maqasid dapat mengelakkan seseorang dari batasan terjemahan secara literal (harfiah) dan
terpengaruh dengan fahaman liberal serta pandangan aktivis feminisme yang jauh tersasar dari maksud hadis
yang sebenar.
Kata Kunci: Maqasid, Sunnah. Elemen, Tarbiah, Hadis.
2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND HADITH 2020 (2ND THIQAH 2020)
THIQAH2020 30
ANALISIS PENDEKATAN PENGAJARAN ILMU HADIS (IH) DI INSTITUSI
PENGAJIAN TINGGI SEKITAR NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
WAHYU HIDAYAT ABDULLAH, Univeristi Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim Perak.
MOHD IKHWAN ZOLKAPLI,
Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar Perak.
NURUL FATHONAH ABDUL HALIM Univeristi Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim Perak
ABSTRAK
Ilmu-ilmu Hadis (IH) yang turut dikenali dengan Mustalah al-Hadith merupakan salah satu mata pelajaran
dalam pengajian Islam yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi (IPT) di dalam negara. Penerapan asas
memahami hadis dalam mata pelajaran ini mampu meningkat kefahaman lebih baik mengenai hadis nabi SAW
sebagai sumber kedua dalam agama Islam. Dengan pendekatan pengajaran yang diterapkan berdasarkan
pembelajaran abad ke-21, ilmu hadis (IH) turut tidak ketinggalan dalam arus pendidikan dalam negara. Ia
dilihat sebagai satu langkah dalam memertabatkan Islam sebagai agama rasmi di dalam negara. Kertas kerja
ini merupakan sebahagian kajian pendekatan pengajaran Ilmu-ilmu Hadis (IH) di di institusi pengajian tinggi
sekitar negeri Perak Darul Ridzuan. Dengan menggunakan kajian kuantitatif, sebanyak 85 responden
digunakan dari dua universiti terpilih. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pelaksanaan silibus dalam
matapelajaran ini di institusi pengajian tinggi terpilih di negeri Perak Darul Ridzuan. Pendekatan pengajaran
bagi mata pelajaran IH turut dianalisis dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati mendapati bahawa hampir
kesemua responden menunjukkan persepsi yang positif mengenai silibus yang digunakan bagi mata pelajaran
(IH) dengan nilai min keseluruhan iaitu 4.63 dengan nilai sp=0.50. Begitu juga kajian mendapati, nilai min
keseluruhan bagi pendekatan pengajaran yang melibatkan gaya penerangan, penggunaan teknologi dan
pendekatan soal jawab berada pada tahap yang tinggi.
Kata kunci: Ilmu-ilmu Hadis (IH), Mustalah al-Hadith; Institusi Pengajian Tinggi, Perak Darul Ridzuan.
2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND HADITH 2020 (2ND THIQAH 2020)
THIQAH2020 31
IKHTILAT MENURUT AL-QURAN DAN KESANNYA TERHADAP
PEMBENTUKAN AKHLAK REMAJA MASA KINI
PHAYILAH YAMA
SITI NORASIAH MOHD HILMI
SITI AZWANI CHE OMAR
SURIANI SUDI
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
ABSTRAK
Ikhtilat dalam bahasa arab berasal daripada perkataan khatala bermaksud bercampur. Manakala dari segi
istilah pula adalah percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Marcapada kini, kemajuan
teknologi yang semakin canggih menjadikan peribadi akhlak remaja tersasar dari landasan Islam yang semakin
merisaukan. Oleh itu kajian ini dilakukan untuk mengetahui teknik-teknik ikhtilat yang telah digariskan di
dalam al-Quran sebagai penduan kehidupan remaja masa kini. Kajian ini berbentuk kualitatif yang mengumpul
maklumat melalui metode keperpustakaan dan dokumentasi. Setelah dianalisis secara kritis, hasil kajian
menunjukkan bahawa dalam menafsirkan ayat al-Quran mengenai ikhtilat dalam tafsir Ibnu Kathir dan tafsir
al-Azhar, penulis menunjukkan bahawa kedua-dua ulamak meletakkan beberapa garis panduan dalam
menjaga hubungan antara mahram dan bukan mahram iaitu pergaulan mestilah menurut syariat Islam,
pergaulan untuk menjaga silaturrahim, pergaulan dengan orang-orang soleh dan pergaulan mestilah tanpa
niat zina. Pada masa yang sama, penulis juga mengemukakan cadangan kajian supaya pengkaji yang lain
meluaskan lagi skop kitab tafsir yang lain untuk mengetahui perbezaan analisis ayat al-Qurannya dalam konsep
ikhtilat. Konklusinya, ikhtilat sangat memainkan peranan yang penting demi menjaga keperibadian seseorang
Muslim kerana cerminan diri seseorang individu itu bermula dengan akhlak yang mulia.
Kata kunci: Ikhtilat, Al-Quran, , Akhlak, Remaja
2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND HADITH 2020 (2ND THIQAH 2020)
THIQAH2020 32
IMPAK QIRAAT SEPULUH TERHADAP TAFSIRAN AYAT-AYAT
MUNAKAHAT DAN PENJELASAN HUKUMNYA
AHMAD SYAHIR BIN AHAMAD NZLY
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) syahirnzly@kuis.edu.my
ZAWAWI BIN TEMYATI
ACIS, UITM zawawitemyati@salam.uitm.edu.my
SAYYIDAH MARYAM AIMAN BINTI SURTAHMAN (FPPI, KUIS) sma.syidah@yahoo.com
ABSTRAK
Qiraat merupakan sebuah cabang ilmu yang sangat penting untuk dipelajari oleh para penuntut di dalam
bidang pengajian Islam khususnya dan masyarakat amnya. Hal yang demikian adalah kerana, melalui
pengetahuan yang jelas terhadap ilmu ini, akan menghasilkan pemahaman yang mendalam dan menyeluruh
terhadap agama Islam. Namun, pengajian qiraat di Malaysia lebih memberi penekanan tentang perincian
berkenaan pembacaan dan kurang memberikan tumpuan terhadap aspek tafsiran dan impaknya di dalam
perbahasan fiqh. Justeru, kertas kerja ini akan mengupas berkenaan perbezaan qiraat sepuluh dan impaknya
terhadap penafsiran al-Quran dengan menjadikan ayat-ayat munakahat sebagai sampel kajian. Metodologi
yang digunakan adalah kaedah analisis kandungan secara tematik dan kualitatif dengan mengenal pasti ayat-
ayat yang berkaitan munakahat di dalam al-Quran. Seterusnya menunjukkan bagaimana perbezaan qiraat
pada ayat tersebut memberi impak terhadap tafsiran dan penentuan hukum fiqh al-Quran. Kajian mendapati,
dengan perubahan qiraat membawa kepada perubahan tafsiran dan penjelasan hukum fiqh. Tambahan pula,
dengan menggabungkan perbezaan tersebut dapat menghasilkan pemahaman yang lengkap terhadap ayat al-
Quran dengan lebih menyeluruh kerana ayat al-Quran itu sendiri bersifat menafsirkan dan ditafsirkan antara
satu dengan yang lain.
Kata Kunci: Impak, Qiraat Sepuluh, Tafsiran, Ayat-Ayat Munakahat, Hukum
2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND HADITH 2020 (2ND THIQAH 2020)
THIQAH2020 33
PEMBERDAYAAN PERANAN DAN PENGETAHUAN TEKSTUAL KONTEKSTUAL PELAJAR SUBJEK HADITH MELALUI PEMUDAHCARA
PENCARIAN MAKLUMAT TERARAH (PMT)
NAJAH NADIAH AMRAN
Pusat Kajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan
Malaysia
najah@ukm.edu.my
ABSTRAK
Terdapat pelbagai kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru/pensyarah bagi memastikan hasil
pembelajaran dapat dicapai. Kaedah yang bagaimanakah lebih berkesan dan bersesuaian dengan latar
belakang pelajar pada hari ini? Persoalan ini dibincangkan merentas bidang termasuklah dalam bidang
pengajian al-Quran dan hadith. Kertas kerja ini bertujuan memperkenalkan salah satu pemudahcara
pembelajaran hadith yang dilaksanakan dalam kursus Hadith I PPPN3333 dan Hadith II PPPN3243 yang
diambil oleh pelajar tahun tiga program Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti
Kebangsaan Malaysia. Pensyarah yang terlibat mengendalikan kursus tersebut menjalankan kajian tindakan
bagi meninjau perkembangan pembelajaran pelajar sesi 2016/2017, 2017-2018 dan 2018/2019 setelah
mengaplikasikan kaedah tersebut. Tujuan aplikasi pemudahcara tersebut adalah untuk mempertingkatkan
penguasaan pengetahuan pelajar dan mencapai hasil pembelajaran. Pemudahcara Pencarian Maklumat
Terarah terdiri dari sembilan langkah yang perlu dilaksanakan oleh pelajar kursus dalam menyelesaikan
tugasan secara kolaboratif. Berdasarkan maklumbalas dan juga pemerhatian semasa pembelajaran, pelajar
yang mengaplikasikan sembilan langkah tersebut mendapat pertambahan pengetahuan malah mereka
menunjukkan tahap pencapaian gelung pembelajaran berganda (double loops learning) sewaktu dalam sesi
kuliah dan di luar bilik kuliah. Hasil refleksi dan ulasan pelajar turut menjelaskan mereka dapat merasai
suasana pembelajaran aktif dan bermakna. Secara umumnya, pendekatan bersesuaian diperlukan dalam
pengajaran dan pembelajaran subjek hadith mengambil kira aspek latar belakang pelajar generasi baharu,
keperluan kursus dan program serta objektif pembelajaran. Rekabentuk pengajaran dan pembelajaran menjadi
keperluan namun ia harus mengekalkan aspek pembelajaran tradisi yang menuntut kepada kejituan dan
penguasaan pengetahuan hadis secara mendalam. Pemudahcara Pencarian Maklumat Terarah sesuai
digunakan sebagai pemudahcara pembelajaran kerana ia turut memberikan penekanan aspek tradisi
penguasaan keilmuan Islam selain ia relevan dengan perkembangan pembelajaran semasa.
Kata kunci: Hadis, Gelung Pembelajaran Berganda, PdPc, Pencarian Maklumat Terarah , Maqasid Sunnah
2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND HADITH 2020 (2ND THIQAH 2020)
THIQAH2020 34
GAYA PENTAFSIRAN JAMAL AL-DIN AL-QASIMI DALAM TAFSIR MAHASIN
AL-TA’WIL
NIK MOHD ZAIM AB RAHIM Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi
Malaysia, Kuala Lumpur nmzaim.kl@utm.my
MONIKA @ MUNIRAH ABD RAZZAK
Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur munirahar@um.edu.my
HAMIZAH RUSLAN
Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
ABSTRAK Jamal al-Din al-Qasimi (1866-1914) antara nama yang cukup dikenali dalam kalangan pendokong gerakan Islam era moden. Dalam dunia penulisan, beliau banyak menghasilkan karya dalam pelbagai bidang seperti bidang tauhid, tafsir, hadis, fikah, sejarah dan falsafah. Antara karya dalam bidang tafsir ialah kitab Mahasin al-Ta’wil. Artikel ini bertujuan membincangkan pemikiran tafsir beliau dengan mengetengahkan cara dan gaya pentafsiran yang dikemukakan ketika mentafsirkan ayat-ayat al-Quran. Justeru, kajian ini berbentuk kajian kepustakaan dengan menjadikan metode analisis kandungan sebagai metode pengumpulan data, manakala metode induktif, deduktif dan komparatif sebagai metode analsis data. Jelasnya, hasil analisis terdapat gaya pentafsiran ayat-ayat kawniyyah oleh al-Qasimi mendapati beliau mempunyai cara dan gaya persembahan yang tersendiri dalam mentafsirkan ayat-ayat al-Quran yang dapat diringkaskan kepada empat gaya iaitu mengemukakan ayat al-Quran lain yang berkaitan ayat yang sedang ditafsirkan, menyebut kata-kata ahli perubatan apabila menyentuh mengenai ayat perubatan, menyebut pendapat ahli falak ketika mentafsirkan ayat berkaitan astronomi, dan mengkhaskan bahagian tanbihat selepas menjelaskan secara tahlili bagi setiap ayat yang ditafsirkan. Kata kunci: gaya pentafsiran, tafsir ‘ilmi, ayat al-Quran, pandangan pakar bidang
2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND HADITH 2020 (2ND THIQAH 2020)
THIQAH2020 35
مقاصد العرب في المصطلحات الدينية : دراسة دلالية في الخطاب النبوي
إعداد
حسني بن عبد الله القسم اللغة العربية وآدابها، الكلية الدراسات والحضارة الإسلامية
بسلانجور الكلية الجامعية الإسلامية العلمية husni@kuis.edu.my
لملخصا
إن البحث في مشكلة دلالة الألفاظ واقع حيوي في الدرس اللغوي فقد اهتم العلماء العرب منذ القديم بمعاني الكلمات أيما اهتمام مما بعد ألفاظ القرآن الكريم وا به ألفاظ الحديث النبويالطويلة. وكان أول ما اهتمجعلهم يبذلون الجهود المضنية وينفقون الأوقات
م بقوة فصاحة وبلاغة ودلالة. وبما أن الحديث الشريف يمثل المذكرة التفسيرية للأحكام الشرعية فإن تركيبات اللغة على لانبهاره اللغة وعلماء الشريعة على ل الاهتمام في كل من علماءمستوى الكلمات ومن ثم المصطلحات تضمنت مفاهيم وقيم جعلت منها مح
م الدراسة بدلالة الخطاب النبوي على مستوى المفردات التي تنبني عليها الأحكام الشرعية مع حد سواء. وفي إطار هذا السياق تهت .تلك الكلمةتطور دلالتها المعجمية على مر العصور وضرورة الإعادة إلى دلالتها الإدراكية في عصر النطق ل
. ، ودلالة ، تركيبات ، الخطاب ، المعجميةالإدراكية كلمات مفتاحية :
2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND HADITH 2020 (2ND THIQAH 2020)
THIQAH2020 36
PENGHARGAAN
SEKALUNG PENGHARGAAN KEPADA SEMUA PENYUMBANG DAN PENAJA UNTUK
THIQAH 2020
top related