teori kerjaya
Post on 25-Oct-2015
1.001 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
KKC 3013BIMBINGAN DAN PERKEMBANGAN KERJAYA
TEORI BERFOKUSKAN PROSES
AHLI KUMPULAN:
NURUL SYAKILA BT MOHAMED DARUSSALAM D20121057643NUR HEIDA SHAMIRA BT HAIDZIR
D20121057636PUTERI YUHANIS BT MOHD NOR
D20121057615NUR ARFAH BT RA’IL
D20121057703
AA16: BACHELOR OF PSYCHOLOGY
KUMPULAN: A
PENSYARAHDR. NORAINI BINTI HJ. ISMAIL
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
ISI KANDUNGAN
ISI MUKA SURAT
1.0 Pengenalan 1
2.0 Teori Super2.1 Latar Belakang Teori Super 22.2 Konsep Teori Super 32.3 Teori Perkembangan Kerjaya Super 4-52.4 Elemen Asas dan Faktor-faktor Mempengaruhi Kerjaya 6-8
Teori Super2.5 Peringkat Perkembangan Konsep Kendiri dalam Memilih 8-12
Kerjaya2.6 Tugas-tugas Perkembangan Kerjaya 132.7 Pelangi Kerjaya Kehidupan 14-152.8 Model Pintu Penentu Kerjaya 16-17
3.0 Teori Ginzberg3.1 Latar Belakang Teori Ginzberg 183.2 Konsep dan Maksud Teori Ginzberg 193.3 Faktor Mempengaruhi Pemilihan Kerjaya 203.4 Peringkat Perkembangan Kerjaya 21-223.5 Perbezaan di antara Teori Super dan Ginzberg 233.6 Persamaan antara Teori Super dan Ginzberg 23
4.0 Teori Gottfredson4.1 Latar Belakang Teori Gottfredson 244.2 Konsep Utama Teori Gottfredson 25-274.3 Teori Individual oleh Gottfredson 28-30
5.0 Rumusan 31
Bibliografi
1.0 PENDAHULUAN
Proses pemilihan kerjaya ini mempunyai tiga teori yang boleh dirujuk dan digunapakai dalam
aspek memilih kerjaya di mana teori tersebut adalah teori Super, Ginzberg dan Gottfredson.
Teori-teori ini merupakan satu peringkat perkembangan kerjaya yang digunakan sebagai
panduan dan sokongan kepada masyarakat masa kini untuk memilih bidang pekerjaan yang
bersesuaian dengan diri seseorang individu. Secara keseluruhannya, ketiga-tiga teori ini
membawa maksud yang sama iaitu merujuk kepada perkembangan individu dari kecil
sehinggalah ia membesar walaupun ada sedikit perbezaan dari sudut pandangan pelopornya.
Antara kandungan teori Super yang akan dibincangkan adalah maksud atau konsep yang
tepat serta pendekatan yang digunakan beserta unsur yang dikemukakan seperti kematangan
vokasional dan corak kerjaya itu sendiri. Seterusnya penjelasan tentang elemen-elemen yang
mempengaruhi kerjaya seseorang seperti faktor sosioekonomi,status dan faktor ekonomi dan
lain-lain akan diterangkan, kemudian penjelasan mengenai peringkat-peringkat
perkembangan pemilihan kerjaya seseorang bermula daripada kecil sehinggalah ia membesar
dimana terdapat 5 peringkat iaitu pertumbuhan, penerokaan, pengekalan, penstabilan dan
penurunan. Selain itu dalam teori Super kita akan dapat memahami tentang elemen-elemen
asas pembentukan teori super dan juga tugas-tugas perkembangan kerjaya mengikut Super.
Teori Ginzberg pula adalah hasil idea daripada empat orang pakar dari bidang yang
berbeza dan mementingkan aspek ekonomi disebabkan oleh pelopornya iaitu Gizberg ialah
ahli ekonomi. Dalam teori Ginzberg, sama seperti teori Super yang mana proses pemilihan
kerjaya bermula sejak kecil dan dalam satu jangkamasa yang lama. Individu tidak boleh
berpatah balik setelah membuat pemilihan muktamad mengenai kerjaya mereka kerana
jangkamasa yang lama telah diberikan untuk membuat pilihan. Terdapat tiga peringkat di
dalam teori Ginzberg iaitu fantasi, percubaan dan realistik.
Selain itu, teori Gottfredson pula mengfokuskan kepada perspektif individu itu sendiri
terhadap pilihan kerjayanya. Faktor penting dalam teori ini yang melibatkan pemilihan
kerjaya seseorang individu ialah persekitarannya. Teori ini percaya bahawa untuk memilih
sesuatu bidang kerjaya, kesesuaian antara individu dengan persekitaran dan pekerjaan yang
dipilih harus wujud. Tetapi, teori ini jarang digunakan di antara teori proses yang lain kerana
tidak mampu memberikan kenyataan yang pasti mengenai pemilihan kerjaya dari sudut
persekitaran.
2.0 TEORI PERKEMBANGAN KERJAYA SUPER
2.1 Latar Belakang Teori Super
Teori Super telah diasaskan oleh Donald E. Super yang merupakan pengkaji yang
memperkenalkan teori kerjaya. Donald Super dilahirkan pada 10 Julai 1910 di Honolulu,
Hawaii. Bapanya merupakan seorang yang pakar dalam kakitangan kerja manakala ibunya
seorang penulis. Super dan abangnya mengikuti sebuah sekolah rendah di Upper Montclair,
New Jersey apabila ayahnya ditempatkan di pejabat YMCA di New York. Keluarga Super
berpindah ke Warsaw, Poland semasa dia berusia 12 tahun. Super mengalami peristiwa sedih
apabila beliau kehilangan abangnya yang menderita penyakit yang membawa maut.
Komitmen dan sumbangan Super kepada Gerakan Bimbingan Vokasional, Psikologi
Kaunseling termasuk Kaunseling Kerjaya dan Perancangan Hidup diiktiraf oleh ahli
akademik. Rentetan itu, Super memulakan kerjayanya sebagai kaunselor YMCA sepanjang
tahun 1930-an sehingga 1940-an. Super juga merupakan pengasas dan pengarah Cleveland
Perkhidmatan (Ohio) Bimbingan dan pengarah Biro Pelajar Clark Universiti Personel
sepanjang kariernya. Disebabkan minat yang mendalam Super dalam menyusun maklumat,
ianya membawa Super kepada integrasi pengetahuan yang sedia ada tentang bimbingan
vokasional. Semasa gabungan beliau dengan YMCA, Super mengumpul maklumat tentang
pekerjaan di Cleveland dalam Projek Penyusunan beliau.
Super menerbitkan buku pertamanya tentang Bimbingan Vokasional, dan Dinamik
Pelarasan Vokasional pada tahun 1942. Naskahnya dibentangkan dan menjadi bukti bahawa
pilihan pekerjaan sebagai satu proses dan bukannya satu acara dalam kehidupan individu.
Super juga dilantik menjadi presiden Bahagian APA Psikologi Kaunseling. Pada tahun 1983,
beliau menerima Anugerah Persatuan Psikologi Amerika untuk Sumbangan Cemerlang
Saintifik menerusi Permohonan Psikologi. Beliau juga merupakan penerima Doktor Muda
Sains dari Universiti Oxford.hSuper meninggal dunia pada 21 Jun 1994 pada usia 83 tahun.
2.2 Konsep Teori Super
Teori Super memfokuskan kepada konsep kendiri dalam pemilihan kerjaya dan hala tuju
hidup. Menurut teori ini, individu membuat pilihan vokasional melalui pemahaman diri
sendiri yang berkembang dari semasa ke semasa. Kepuasan bekerja dapat diekspresikan
melalui komitmen dan peranan individu tersebut dalam melaksanakan kerjayanya dan
membangunkan konsep kendiri mereka. Teori ini bermula dengan usaha penambahbaikan
dan pembangunan oleh Super daripada hasil kerja rakan sekerja Eli Geinzberg. Menurut
Super (Isaacson & Brown, 1993), konsep kendiri ini berkembang melalui pertumbuhan
fizikal dan mental, pemerhatian terhadap pekerjaan, hubungan dengan orang dewasa yang
bekerja, persekitaran dan pengalaman. Dimensi-dimensi ini mewujudkan perbezaan dan
persamaan antara individu dan dapat membantu seseorang memilih kerjaya yang sesuai.
Perkembangan kerjaya individu mengambil kira faktor-faktor seperti keperluan,
kebijaksanaan, minat, nilai, sikap, keluarga, rakan sebaya, masyarakat, ekonomi negara,
pasaran buruh dan sekolah.
Konsep kendiri melalui pertumbuhan fizikal dan mental merujuk kepada keadaan
biologi dan psikologi seseorang itu dari sudut fizikal termasuklah keadaan persekitaran sama
ada baik atau pun buruk kemudian merujuk kepada keupayaan,kebolehan dan sebagainya.
Manakala mental pula akan berfungsi dalam membantu individu tersebut untuk membentuk
kendiri ke arah memilih kerjaya. Seterusnya ialah aspek pemerhatian kerjaya. Ianya merujuk
kepada individu yang melakukan pemerhatian dalam semua kerja yang wujud, kemudian
mengambil maklumat dan mengintepresikan nilai kerja tersebut dalam diri mereka sehingga
terbentuk konsep kendiri yang memberi rangsangan kepada individu tersebut. Kemudian
individu yang mengenal pasti sesuatu karier melalui kerjaya orang dewasa akan dipengaruhi
dan seterusnya individu tersebut mula untuk membuat pertimbangan dan mengambil iktibar
sehingga membina satu konsep kendiri dalam diri iaitu mahu mendapatkan kerjaya tersebut.
Disamping itu pengalaman-pengalaman umum akan mendorong individu dalam membina
konsep kendiri apabila sesuatu situasi itu memberi inspirasi,dorongan,motivasi dan juga
semangat dalam diri untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan.
2.3 Teori Perkembangan Kerjaya Super
Super lebih gemar menggunakan pendekatan berbanding menggunakan teori. Super
mencadangkan pendekatan yang dibawanya boleh diberikan dalam kategori differential iaitu
perbezaan, development iaitu perkembangan dan social phenomenological psychology iaitu
fenomena psikologi sosial.
Maksud differential (pembezaan) adalah melihat kepada kebolehan, potensi,
keupayaan, kekuatan dan kelemahan yang dimiliki oleh seseorang secara semula jadi, dimana
ia akan mempengaruhi pemilihan kerjaya di masa hadapan dan faktor pembezaan ini
merupakan cara mengukur kesepadanan individu dalam mencari kerjayanya. Seterusnya
adalah development (perkembangan) dimana ia merujuk kepada peringkat-peringkat
perkembangan individu dalam pemilihan kerjaya dimana setiap tahap peringkat ini
mempunyai beza dan berkembang mengikut urutan. Kemudian social phenomenogical
phychology (fenomena psikologikal sosial) pula merujuk kepada keadaan biologi dan sikologi
seseorang. Dalam biologi akan dilihat dari segi latar belakang, status sosioekonomi dan faktor
politik dan juga melihat kepada ilmu yang dimiliki dalam diri seseorang dan semua ini akan
membantu proses memilih kerjaya dalam teori ini.
Super juga telah mengambil kira empat unsur utama dalam pendekatannya iaitu
peringkat hidup semasa mencari vokasional, kematangan vokasional, pemindahan konsep
kendiri kepada konsep kendiri vokasional dan corak kerjaya itu sendiri. Peringkat hidup
semasa mencari vokasional merupakan tahap seseorang individu untuk menguasai dan
mencari segala kemahiran-kemahiran yang diperlukan oleh seseorang dalam
memperkembangkan kemahiran yang sedia ada selain menguasainya untuk persediaan
sebelum memasuki ke alam kerjaya mengikut urutan setiap peringkat-peringkat iaitu
pertumbuhan, penerokaan, pengukuhan, penstabilan dan penurunan. Selepas memperolehi
segala ilmu kemahiran dalam diri, kematangan vokasional merupakan aspek penting dalam
membolehkan kemahiran yang telah dikuasai itu dikembangkan lagi ataupun ditingkatkan
lagi tahap kualitinya agar, individu tidak ada masalah dalam membuat pemilihan kerjaya
setelah karier yang dipilih itu bersesuaian dengan dirinya. Seterusnya pemindahan konsep
kendiri kepada konsep kendiri vokasional adalah salah satu cara untuk mempastikan kerjaya
yang dipilihnya tidak menimbulkan sebarang masalah oleh individu berkenaan.Konsep
kendiri iaitu penilaian terhadap diri sendiri seperti kebolehan, potensi dan bakat akan
diaplikasikan dalam konsep kendiri vokasional yang dimiliki oleh seseorang dalam kerjaya
yang dipilihnya.
Seperti yang diterangkan oleh pelapor teori ini iaitu Super E Donald, konsep kendiri
merupakan satu penilaian individu terhadap dirinya sendiri dalam kehidupan seharian,dan
dalam penilaian ini ada cara dan aspek yang perlu ditekankan. Individu akan membuat
penilaian dengan mencari segala kekuatan dan kelemahan yang ada dalam dirinya untuk
bertindak balas terhadap persekitarannya iaitu memilih bidang kerjaya dengan syarat
seseorang itu tanpa bergantung kepada orang persekitaran. Dalam membuat penilaian sendiri
iaitu (secara semulajadi) terdapat dua aspek yang dilihat untuk mendapatkan nilai yang ada
dalam dirinya iaitu pertama sekali ialah sedar dimana kita menilai dengan sendiri apa yang
kita rasa,segala kekuatan,kelemahan,bakat dan potensi dalam diri melalui interaksi terhadap
persekitaran. Manakala bagi perkara yang tidak disedari adalah sesuatu nilai yang ada dalam
diri kita,tidak dapat dikenalpasti secara peribadi,namun dengan penilaian orang lain melalui
penglibatan aktiviti sosial,maka disitu orang akan melihat kelebihan.potensi,bakat dan
sebagainya.
Menurut kajiannya lagi individu akan mencari dirinya sendiri, memahami dirinya,
kemudian mengambil tindakan mengikut kemampuan diri untuk memperkembangkan
vokasional dan juga nilai yang ada dalam dirinya. Jika peringkat perkembangan konsep
kendiri tidak berjalan dengan lancar, maka individu akan menghadapi kesukaran dalam
menentukan proses pemilihan kerjaya pada peringkat seterusnya yang menyebabkan individu
sukar untuk memperolehi kepuasan dalam kerjayanya.
2.4 Elemen Asas dan Faktor-Faktor Mempengaruhi Keputusan Kerjaya Teori Super
Super mengklasifikasikan elemen asas dalam pembentukan teorinya berdasarkan pembezaan
individu, potensi yang berlainan, corak kebolehan bekerja, identifikasi dan model peranan,
peringkat kehidupan, dan corak kerjaya.
a) Pembezaan individu.
Menurut Super (dlm Brown & Brocks) pembezaan individu merujuk kepada perbezaan
konsep kendiri seseorang secara realitinya dimana kita boleh melihat melalui minat terhadap
kerjaya yang bermula dari peringkat awal pertumbuhan oleh seseorang,kemudian kebolehan
yang ada dalam diri individu secara luar biasa boleh dinilai sebagai langkah menceburi dalam
bidang kerjaya dan juga potensi seseorang yang meliputi aspek fizikal,emosi dan
mental,jasmani dan rohani.
b) Potensi yang berlainan
Seseorang individu mempunyai potensi yang berbeza terutamanya dalam aspek kemampuan
dan keupayaan untuk bertindak dalam menentukan apa jenis kerjaya yang diceburi. Aspek ini
penting dalam kaunseling kerjaya untuk membuat penilaian terhadap individu, kerana setiap
individu mempunyai potensi yang berlainan dan sudah tentu bidang kerjaya adalah berbeza
yang ingin diceburi.
c) Corak kebolehan bekerja
Setiap kerjaya yang diceburi oleh individu mempunyai corak dan ciri tertentu yang merujuk
kepada kebolehan, minat dan tret-tret personaliti seseorang. Justeru itu individu akan
membuat pertimbangan terhadap pekerjaan yang dapat dilakukan pada satu masa dan
sebaiknya boleh membuat kerja yang berlainan dalam satu-satu masa.
d) Identifikasi dan model peranan
Berdasarkan identifikasi dan model peranan, pihak pengamal psikologi dan kaunseling boleh
mengenal pasti tahap perkembagan individu dengan cara soal selidik,atau menggunakan
kaedah inventori serta temu bual keluarga dan remaja yang lain atau individu yang signifikan
dalam kehidupanya untuk mengenalpasti apakah model-model dan perkara yang boleh
mendorong,memberi semangat dan motivasi dalam proses pemilihan kerjaya seseorang dalam
kehidupannya.
f) Peringkat kehidupan
Elemen ini menekankan tentang proses perkembangan kerjaya seseorang bermula dari usia
awal sehinggalah mencapai kerjayanya dan ini dinamakan sebagai satu edaran mini dan
edaran maksi atau dikenali sebagai edaran jangka pendek atau jangka panjang yang berlaku
kepada personaliti individu tersebut secara berperingkat-peringkat mengikut tahap
perkembangannya.
f)Corak kerjaya
Dalam menceburi alam pekerjaan, corak kerjaya yang dipamerkan oleh seseorang akan
ditentukan oleh tahap sosioekonomi ibubapa, kebolehan mental, pendidikan, kemahiran, ciri-
ciri personaliti, kehendak nilai, minat, tret dan konsep kendiri serta kematangan kerjaya dan
ini merupakan faktor utama dalam mempengaruhi prestasi kerjaya .
Menurut Super lagi dalam (Weinrach 1979) megatakan bahawa sesuatu keputusan
kerjaya dalam kehidupan seseorang dipengaruhi oleh beberapa faktor penentu iaitu penentu
ekonomi, penetu sosial, dan penentu psikologi.
Dalam penentu ekonomi,terdapat beberapa aspek yang mempengaruhi pemilihan
kerjaya seseorang seperti perdangangan, perubahan teknologi dan peperangan. Apabila
keadaan keseluruhan perdangangan dalam negara tidak stabil berlanjutan ini akan
menjejaskan pendapatan rakyat dan sudah tentu mengalami masalah kewangan. Apabila
berlaku sedemikian maka berlakulah migrasi penduduk ke satu tempat baru semata-mata
mencari keadaan ekonomi yang baik. Manakala perubahan teknologi turut mempengaruhi
pemilihan kerjaya seseorang, melalui teknologi yang semakin canggih, moden dan hebat,
maka individu akan lebih tertumpu kepada keadaan kecanggihan teknologi untuk mencari
peluang pekerjaan dan seterusnya berubah kerjayanya. Selain itu, peperangan yang berlaku
juga menyebabkan pemilihan kerjaya dipengaruhi dimana ia membahayakan keselamatan
awan dan menganggu perjalanan ekonomi dalam negara.
Untuk penentu sosial ia melibatkan beberapa aspek yang menyebabkan pemilihan
kerjaya seseorang terganggu seperti jantina, agama, kewarganegaraan, pelajaran dan
sosioekonomi. Sekirannya individu mengalami satu daripada keadaan yang
dinyatakan ,misalnya tahap pelajaran rendah dan sosioekonomi rendah, menyebabkan proses
memilih kerjaya akan terganggu dan keputusan yang diambil oleh individu tersebut juga
dalam keadaan yang rendah berbanding dengan orang lain.
Penentu psikologi ini merupakan penentu yang utama dalam mempengaruhi
pemilihan kerjaya seseorang. Sekirannya individu memiliki warisan keluarga yang berstatus
tinggi atau berprofail tinggi maka secara amnya anak berpotensi untuk menjadi orang yang
berstatus tinggi. Selain itu aspek kebolehan,bakat dan kecerdasan minda seseorang akan
mempengaruhi proses memilih kerjaya dalam hidupnya.
2.5 Peringkat Perkembangan Konsep Kendiri dalam Memilih Kerjaya
Dalam pemilihan kerjaya ini, Super (dlm. Ishamumudin Hj. Ismail, 1997) telah menekankan
wujudnya beberapa peringkat perkembangan kerjaya seperti peringkat perkembangan,
penerokaan, pengukuhan, pengekalan dan peringkat penurunan.
Peringkat perkembangan menjelaskan mengenai pembentukan konsep kendiri oleh
seseorang individu dengan mengenal pasti orang-orang yang signifikan dalam keluarga dan
sekolah. Dalam peringkat perkembangan, peringkat umur yang terlibat ialah dalam
lingkungan baru lahir sehingga 14 tahun. Peringkat ini dikenali sebagai peringkat
perkembangan fizikal dan psikologikal. Pada peringkat ini, individu akan membentuk sikap,
mekanisme tingkah laku, pengamatan berdasarkan pengalaman, latar belakang pengetahuan
terhadap dunia pekerjaan yang akhirnya akan digunakan untuk membuat pilihan terakhir
dalam kerjaya. Individu juga semakin sedar bahawa pekerjaan adalah aspek dalam
kehidupan. Mereka pada peringkat ini akan menonjolkan minat dan kebolehan dengan
pengukuhanpengekalan
penurunanperkembangan
penerokaan
menceburi dirinya dalam aktiviti-aktiviti sosial di sekolah atau di rumah. Super telah
membahagikan peringkat ini kepada tiga bahagian, iaitu:
Bahagian fantasi - 4 hingga 10 tahunh
Bahagian minat - 11 hingga 12 tahun
Bahagian kebolehan - 13 hingga 14 tahun
Peringkat penerokaan pula adalah peringkat di mana individu itu berada dalam
lingkungan 15 hingga 24 tahun. Dalam peringkat ini, Super membahagikannya kepada tiga
bahagian, iaitu:
Bahagian tidak tetap - 15 hingga 17 tahung
Bahagian peralihan - 18 hingga 21 tahun
Bahagian percubaan - 22 hingga 24 tahun
Dalam peringkat ini, peranan yang dimainkan oleh pihak keluarga dan sekolah adalah amat
penting. Di peringkat ini, individu akan cuba-cuba untuk bekerja secara sambilan untuk
menerokai dunia pekerjaan yang sebenar. Ketika ini jugalah individu mencari kerjaya yang
sesuai dan yang mereka minati. Peringkat ini pula terbahagi kepada dua fasa, iaitu fasa
tentatif dan realistik. Pada fasa tentatif, individu akan menghadapi beberapa ketidakpastian
tentang keupayaan, latihan yang disediakan, peluang pekerjaan dan senarai pemilihan yang
mungkin juga menjadi sempit dan terhad. Fasa relatif pula, individu akan lebih
menyempitkan pemilihan kerjayanya kepada pekerjaan yang dapat dicapai olehnya dan dapat
memberikan peluang-peluang yang baik yang dirasakan lebih mustahak kepadanya.
Peringkat pengukuhan pula adalah peringkat di mana individu itu berada dalam
lingkungan 25 hingga 44 tahun. Dalam peringkat ini, Super membahagikannya kepada dua
bahagian, iaitu;
Bahagian percubaan - 25 hingga 30 tahun
Bahagian kestabilan – 31 hingga 44 tahun
Bahagian percubaan dikenali sebagai fasa percubaan. Semasa fasa percubaan, individu mula
memperlihatkan hubungan antara pertemuan awal dengan pengalaman bekerja. Ketika ini
individu akan sentiasa mencuba, meninjau dan menilai untuk memastikan pilihan dan
keputusan yang dibuat pada peringkat penerokaan boleh direalisasikan. Bahagian kestabilan
pula dikenali sebagai fasa stabil. Pada peringkat ini, individu sudah mempunyai pegangan
dan pendirian yang kukuh dalam pemilihan kerjayanya. Individu mula yakin bahawa kerjaya
yang dipilih olehnya adalah bersesuaian dengan dirinya kerana pelbagai pengalaman telah
ditimba sepanjang pengukuhan kerjayanya yang menjadikannya cekap dalam melakukan
tugas serta memberi kepuasan dalam hidupnya. Tahun-tahun sepanjang fasa stabil merupakan
tahun yang paling kreatif bagi individu kerana individu sudah mahir dan stabil dalam bidang
yang diceburi dan mampu mencurahkan pelbagai bakti dan idea untuk terus maju.
Peringkat pengekalan pula adalah peringkat di mana individu itu berada dalam
lingkungan 45 hingga 64 tahun. Pada peringkat ini, individu akan cuba berusaha untuk
meneruskan dan membaiki situasi pekerjaannya. Dalam pada masa yang sama, individu akan
terus melakukan pekerjaan yang memberikan kepuasan kepadanya serta melakukan refleksi
diri untuk memperbaiki dirinya.
Peringkat penurunan pula adalah peringkat di mana individu itu berada dalam
lingkungan 65 tahun ke atas. Ketika ini, individu menghampiri waktu pencen. Semasa
peringkat ini individu melaksanakan tugas dengan output yang minimum disebabkan oleh
faktor daya kekuatan fizikal dan mental menurun. Maka, aktiviti kerja mula bertukar dari atas
ke bawah. Produktiviti menurun tergambar melalui kerja-kerja tersangkut, bentuk kerja
bertukar dan kebolehan diri turut merosot.
Jadual 1
Tahap Lingkungan Umur Ciri-ciri
Perkembangan:
1. Fantasi
2. Minat
3. Kebolehan
0 sehingga 14 tahun
4 hingga 10 tahun
11 hingga 12 tahun
13 hingga 14 tahun
Memperoleh pemahaman kendiri
serta pemahaman keseluruhan
mengenai dunia pekerjaan
Main peranan fantasi mengenai
dunia pekerjaan. Kegemaran kanak-
kanak mempengaruhi aspirasi
kerjaya.
Mempunyai pandangan realistik
mengenai dunia pekerjaan. Memberi
pertimbangan terhadap kebolehan
dan keperluan pekerjaan.
Penerokaan:
1. Tentatif
2. Transisi
3. percubaan
14 hingga 24 tahun
15 hingga 17 tahun
18 hingga 21 tahun
22 hingga 24 tahun
Melibatkan diri dengan kerja
sambilan.
Mengenalpasti bidang kerja yang
sesuai dengan diri.
Memperoleh kelayakan akademik
atau latihan ikhtisas berhubung
dengan sesuatu bidang kerjaya atau
mula bekerja.
Menceburi diri dalam pekerjaan
pertama.
Pengukuhan:
1. percubaan
2. kestabilan
25 hingga 44 tahun
25 hingga 30 tahun
31 hingga 44 tahun
Telah mengenalpasti bidang kerja
yang ingin diberi komitmen.
Sama ada kekal dengan sesuatu
pekerjaan atau cuba menerokai
bidang kerjaya yang lain.
Mula berasa stabil dalam bidang
kerjaya yang diceburi.
Pengekalan 45 hingga 64 tahun Menikmati kestabilan dalam
pekerjaan dan berusaha mengekalkan
status sebagai seorang ahli
professional yang senior.
Penurunan Mula pada umur 64
tahun
Menyesuaikan diri dengan persaraan.
Menerima kemerosotan dari segi
kebolehan dan kemahiran mental dan
fizikal.
Gambar rajah peringkat perkembangan konsep kendiri dalam memilih kerjaya.
2.6 Tugas-Tugas Perkembangan Kerjaya
Berdasarkan peringkat perkembangan kerjaya seseorang, tugas perkembangan kerjaya seperti
dalam jadual akan menerangkan tentang sifat-sifat manusia yang lebih spesifik.
Tugas-tugas
perkembangan
kerjaya Umur Sifat-sifat umum
Kristalisasi 14 ahun- 18 tahun
- Proses membentuk 1 matlamat umum
kerjaya menerusi nilai-nilai dalam diri
sendiri:
• Kesedaran
• Minat
• Nilai-nilai
• Perancangan kerjaya individu
Penerokaan 18 ahun- 21 tahun- Pemilihan cadangan kerjaya dengan
membuat pemilihan satu kerjaya tertentu
sahaja dengan memulakan penerokaannya
dari pelbagi sumber maklumat.
Pelaksanaan 21 tahun- 24 tahun - Memenuhi latihan kerjaya yang dibuat dan
terus memasuki bidang pekerjaan
Kestabilan 24 tahun -35 tahun - Menetapkan pemilihan kerjaya berdasarkan
pengalaman kerja.
- Pilihan kerjaya yg dipilih adalah tepat.
Pengukuhan 35 tahun ke atas - Kemajuan dlm kerjaya
• Status
• Senioriti @ kekananan
Sumber: Mohd Mansur Abdullah dan Siti Nordinar(1989)
2.7 Pelangi Kerjaya Kehidupan
Super telah memperkenalkan konsep pelangi kerjaya kehidupan atau “life-stage model”
sebelum kematiannya. Rajah grafik dua dimensi ini membentangkan satu dimensi membujur
jangka hayat yang dikenali sebagai “maxicycle” dan sejajar dengan peringkat kehidupan
utama iaitu“minicycles”. Dimensi yang lain pula mempamerkan ruang kehidupan atau
peranan yang dimainkan oleh individu sepanjang peringkat perkembangan.
Super terus membangunkan idea-idea beliau dalam tempoh lima puluh tahun, dengan
memperkenalkan pelangi hidup kerjaya (1980, p289) dan menunjukkan kemajuan yang
ketara. Ia menekankan kepentingan yang berbeza serta peranan yang dimainkan oleh individu
pada pelbagai peringkat umur kehidupan mereka (khususnya kanak-kanak, pelajar,ibu
bapa ,warganegara, pekerja, suami, suri rumah dan pesara) dan konsep ruang kehidupan (iaitu
empat teater kehidupan utama: rumah, komuniti, pendidikan dan kerja).
Super menggunakan konsep peranan untuk menggambarkan banyak aspek kerjaya di
seluruh jangka hayat seseorang individu. Sesetengah idea-idea utama termasuk: bilangan
peranan bermain seorang individu akan berbeza-beza; semua peranan tidak `dimainkan' oleh
semua orang; peranan masing-masing mempunyai perbezaan kepentingan pada masa yang
berlainan bagi individu (contohnya pelajar); dan kejayaan peranan dalam sesuatu kerja
cenderung untuk memperoleh kejayaan.
Pembangunan idea-idea beliau mengenai konsep kendiri dan pelarasan vokasional
mengakibatkan bimbingan vokasional berkembang sebagai: proses membantu seseorang
untuk membangunkan bersepadu dan gambaran yang mencakupi dirinya dan peranannya
dalam dunia kerja, untuk menguji konsep ini terhadap realiti dan menukarkan ia menjadi
kenyataan, dengan kepuasan kepada dirinya dan faedah kepada masyarakat (Super, 1988,
p357)
2.8 Model Pintu Gerbang Penentu Kerjaya
Super (1990) membangunkan Model Archway kerana beliau mahu menggambarkan
dengan lebih jelas faktor-faktor biologi, psikologi dan sosio-ekonomi dalam pilihan kerjaya
dan pembangunan. Tiang kanan dan kiri Model Archway mencerminkan asas biografi dan
geografi perkembangan manusia (Super, 1990). Lajur masyarakat pada tiang geografi
mencerminkan pembolehubah seperti keluarga, sekolah, rakan sebaya, ekonomi, pasaran
kerja dan dasar sosial. Lajur personaliti pada tiang biografi mencerminkan pembolehubah
seperti nilai, keperluan, minat, kecerdasan, kebolehan am dan kebolehan khas. Ia
menerangkan tentang pembolehubah dalam setiap lajur akan berinteraksi antara satu sama
lain. Model Archway adalah wakil perkembangan pemilihan kerjaya seseorang termasuk
peringkat pembangunan, peranan diri konsep, pembelajaran sosial, dan membuat keputusan.
Kaunselor tahu ia adalah penting untuk memahami orang holistik (Arredondo et al.,
1996). Model Archway bertujuan untuk menangani pembolehubah dalam pembangunan
kerjaya, tetapi ia tidak mengenal pasti orientasi seksual sebagai pembolehubah berpotensi.
Ramai ilmuan mengakui bahawa orientasi seksual merupakan satu ciri penting biografi dalam
pembangunan kerjaya (Dunkle, 1996; Fassinger, 1995; Morgan & Brown, 1993; Nauta,
Saucier, & Woodard, 2001).
3.0 TEORI GINZBERG
3.1 Latar Belakang Teori
Teori Ginzberg merupakan teori kedua yang memberi fokus utama kepada pemilihan kerjaya
seseorang dan teori ini mempunyai persamaan yang nyata dan mempunyai sedikit perbezaan
dengan teori Super dan Gottfredson. Secara khususnya, teori ini masih kurang dari segi
maklumat, ulasan dan penerangan yang mendalam dan luas berbanding dengan teori Super.
Buktinya, pelapor teori super mengatakan bahawa teori Ginzberg masih lemah dan banyak
fakta serta maklumat yang kurang kerana pada asalnya teori ini diambil daripada teori Super.
Namun, penyataan ini tidak boleh menghalang teori Ginzberg daripada dirujuk dalam proses
pemilihan kerjaya.
Antara kandungan di dalam teori Ginzberg yang dibincangkan termasuklah konsep dan
maksud teori ini secara mendalam. Kemudian penerangan tentang faktor-faktor yang
mempengaruhi pemilihan kerjaya seseorang dalam kehidupan misalnya nilai yang dipegang
oleh individu tersebut, keadaan persekitaran dan sebagainya. Kemudian, peringkat
perkembangan kerjaya diterangkan sehinggalah kepada perbezaan dan persamaannya. Teori
Ginzberg menyatakan bahawa pemilihan kerjaya berlaku sejak kecil dan di dalam jangka
masa yang lama melebihi 10 tahun. Proses pemilihan kerjaya menurut teori ini akan berakhir
dan menemui jalan penyelesaiannya apabila wujudnya kompromi di antara nilai, minat,
kelebihan dan peluang-peluang pekerjaaan yang ada. Kajian mereka juga terdiri daripada
temu duga antara pelajar dan melalui kajian literatur. Memandangkan kajian mereka khusus
untuk remaja dan kanak-kanak, mereka membahagikan kepada tiga peringkat dalam proses
pemilihan.
Secara umumnya, Ginzberg (1984) melihat proses memilih pekerjaan sebagai satu
langkah optimum, satu keperluan dan keinginan terhadap kekangan dan peluang yang
terdapat dalam persekitaran kerja. Pandangan ini menunjukkan keluasan model beliau
walaupun perbincangan hanya tertumpu kepada perkembangan minat, kebolehan dan nilai.
3.2 Konsep dan Maksud Teori
Teori Ginzberg merupakan satu proses perkembangan yang berlaku dalam jangka masa yang
panjang iaitu lebih daripada 10 tahun dalam membantu mengembangkan dan membentuk
nilai yang ada pada seseorang dalam pemilihan kerjaya dan terdapat beberapa konsep yang
digunakan untuk menjelaskan teori ini. Teori gagasan dan hasil penelitian Ginzberg
merupakan teori yang berbeza daripada teori tret dan faktor yang bersifat statis, teori
Ginzberg merupakan teori perkembangan kerjaya. Teori karier dari Ginzberg merupakan
yang pertama memfokuskan proses pemilihan karier berdasarkan tahap perkembangan
individu. Idea dasar teori ini mencul apabila ada anggapan bahawa proses pemilihan
merupakan sebahagian daripada proses perkembangan individu itu sendiri. Dalam teori
Ginzberg,mengikut kajiannya proses perkembangan dalam individu memilih kerjaya
sehinggalah memperolehinnya adalah tidak boleh berpatah balik. Ginzberg mengatakan
bahawa dalam proses perkembangannya ia akan berakhir apabila wujud kompromi antara
minat,kebolehan,nilai dan peluang-peluang yang ada dalam diri individu dan ianya memberi
tindak balas kepada karier seseorang.
Teori Ginzberg dikembangkan pada tahun 1951 iaitu teori awal yang dikembangkan
terdiri dari tiga konsep utama iaitu proses, irreversibility (ketetapan) dan kompromi
(compromise). Konsep proses yang dimaksudkan merupakan proses penetapan pemilihan
karier yang muncul semenjak awal masa remaja hingga akhir masa remaja, atau menginjak
masa pada individu mencecah usia 20 tahun. Pada usia ini, dimana individu mulai meyakini
harus membuat komitmen terhadap pemilihan karier atau pekerjaan. Komitmen terhadap
pemilihan karier yang harus dilakukan oleh inidividu bersifat kekal yang difahamkan berkerja
untuk kehidupan. Irreversibility atau ketetapan pemilihan karier didasarkan pada satu
anggapan bahawa proses pendidikan atau pelatihan yang pernah dialami oleh individu dapat
mengantarkan individu pada suatu keadaan dimana individu dapat memperoleh kesempatan
untuk mengubah pilihan kariernya. Konsep lain dalam pilihan karier menurut Ginzberg
didasarkan berkaitan dengan kompromi individu yang berhubung rapat melalui minat dan
kemampuan dan kesesuaiannya dengan reality dan alam pekerjaan.
Pemilihan pekerjaan oleh Ginzberg diklasifikasikan dalam tiga tahap utama iaitu
peringkat fantasi, peringkat percubaan dan peringkat realistik.
3.3 Faktor Mempengaruhi Pemilihan Kerjaya
Menurut Ginzberg (Weinrach 1979) telah merumuskan bahawa terdapat beberapa faktor yang
mempengaruhi pemilihan kerjaya seseorang dalam kehidupannya iaitu nilai yang dipegang
oleh individu. Nilai yang dimaksudkan ini adalah merujuk kepada kebolehan,bakat,potensi
dan keupayaan seseorang dalam memilih pekerjaan yang dipilihnya dan dengan nilai inilah
individu akan bertindak balas terhadap persekitaran untuk mendapatkan keperluan diri.
Seterusnya keadaan persekitaran sebenar. Merujuk kepada keadaan persekitaran yang
sebenar, individu akan mengintepresikan dirinya dengan keadaan persekitarannya sama ada
persekitaran itu mengalakkan seseorang ataupun sebaliknya dalam memberi gambaran
terhadap kerjaya yang akan dipilihnya. Selepas itu, atribut psikologi seperti personaliti,
minat, kecerdasan, sikap dan konsep kendiri. Bagi atribut psikologi ini, sama ada semua
atribut ini saling bertolak ansur ataupun sebaliknya ia tetap memberi pengaruh terhadap
pemilihan kerjayanya,kerana kesemua atribut inilah merupakan faktor utama individu
memilih kerjaya.
Faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya ialah peluang pendidikan yang ada.
Peluang pendidikan ini bergantung kepada nasib seseorang untuk melanjutkan pelajaran di
peringkat antarabangasa dalam pelbagai bidang demi menentukan pemilihan kerjaya dan
sekirannya seseorang itu dapat melanjutkan pendidikan maka peluang untuk memperolehi
kerjaya adalah besar dan kualitinya akan diiktiraf. Pencapaian individu juga turut
menyumbang kepada faktor ini. Pencapaian individu pula merujuk kepada tahap penglibatan
dan penyertaan dalam kesemua program,seminar,atau pertandingan yang dianjurkan yang
berunsurkan kerjaya akan menetukan nilai seseorang dalam pemilihan kerjayanya,misalnya
seseorang individu menghadiri kursus di peringkat kebangsaan akan menjadi rebutan dan
petunjuk dalam memasuki alam kerjaya.
3.4 Peringkat Perkembangan Kerjaya
Teori Ginzberg ini bermula dengan peringkat fantasi. Peringkat fantasi berlaku pada zaman
kanak-kanak yang berumur diantara 6 hingga 11 tahun dimana golongan kanak-kanak ini
mengaplikasikan persekitaran dengan berorientasikan permainan semata-mata dan banyak
dipengaruhi oleh orang dewasa sehingga mereka terpengaruh untuk melakukannya,misalnya
main cikgu-cikgu,masak-masak dan sebagainya. Pada perinkat ini, proses pemilihan
pekerjaan masih bersifat asal pilih, tanpa didasarkan pada pertimbangan yang rasional dan
objektif mengenai kenyataan yang ada. Pemilihan pekerjaan pada masa ini hanya didasari
atas kesan yang dapat melahirkan kesengangan semata, dan diperolehnya daripada orang
yang bekerja atau dalam lingkungan kerjaya. Peringkat ini juga boleh dikatakan bahawa
golongan kanak-kanak tidak berdasarkan minat terhadap sesuatu perkara tetapi lebih kepada
meniru apa yang dilihat dari persekitarannya. Pelbagai perannan pekerjaan yang tercermin
dalam kegiatan bermain yang menghasilkan pertimbangan nilai dalam dunia kerjanya.
Seterusnya, diikuti dengan peringkat percubaan berlaku diantara umur 11 hingga 17
tahun. Segala minat dan kebolehan di dalam diri akan dinilai untuk membuat pemilihan dan
biasanya tidak tetap dan kabur serta sentiasa berubah-ubah kemudian disini merupakan
proses transisi atau peralihan berlaku,dan mula memikirkan sama ada kerja itu sesuai atau
sebaliknya terhadap dirinya. Selain itu, individu akan bersedia ke arah realiti untuk memilih
kerjaya yang sesuai dengan cita-citanya dan seterusnya mempunyai empat faktor iaitu minat,
kebolehan, nilai dan peralihan. Individu mula memasuki aspek minat dalam pemilihan
kerjaya. Pilihan pekerjaan atau bidang pengajian yang benar-benar diminati dapat melahirkan
rasa puas kerana mampu mencapai apa yang diinginkan. Pertimbangan kerier juga didasari
atas kesenangan, ketarikan atau minat individu tanpa mempertimbangkan banyak faktor.
Peringkat percubaan juga merangkumi aspek kebolehan. Kerjaya berdasarkan
kebolehan dan pilihannya yang sentiasa berubah kerana kebolehan mereka tidak lengkap.
Individu mulai melakukan pekerjaan mengikut kemampuan masing-masing. Orientasi pilihan
pekerjaan pada masa ini berbentuk daya upaya yang sepadan dengan kemampuan yang
dimiliki dengan minat dan kesukaannya. Dari tahap nilai pula, individu memilih kerjaya
berdasarkan nilai yang dimiliki dalam dirinya. Peringkat ini merupakan tahap dimana minat
itu diinterpretasikan secara sederhana oleh individu yang mula menyedari bahawa terdapat
suatu nilai-nilai tertentu dari sesuatu pekerjaan. Nilai tersebut baik yang bersifat peribadi
mahupun serangkaian nilai yang bersifat kemasyarakatan. Kesedaran terhadap kandungan
nilai ini mampu membuat individu dapat membezakan nilai sesuatu pekerjaan dengan
pekerjaan yang lain. Contohnya, seseorang itu suka membantu orang lain, individu itu akan
lebih cenderung memilih kerjaya sebagai guru, jururawat atau doktor.
Tahap peralihan pula berlaku apabila individu mula sedar implikasi daripada kerjaya
yang dipilihnya pada masa depan kelak. Keadaan ini dimana individu akan mengabungkan
orentasi-orentasi pilihan yang dimiliki sebelumnya seperti minat, kebolehan dan nilai untuk
dapat direalisasikan dalam kehidupannya. Tahap in juga membawa kepada tahap pengenalan
secara gradual terhadap persyaratan kerja, pengenalan minat, kemampuan, imbalan kerja,
nilai dan perspektif waktu. Keputusan yang menjadi pilihan itu sudah melambangkan suatu
bentuk tanggungjawab dan corak pola karier yang dipilih. Pemilihan kerja yang dipengaruhi
beberapa tahap dalam peringkat percubaan ini menunjukkan perkembangan pemilihan
kerjaya kepada individu.
Peringkat yang ketiga ialah peringkat realistik yang berlaku semasa individu berumur
17 tahun dan ke atas. Pada peringkat realistik ini, individu akan mengetahui tentang
maklumat, pengalaman dan dapat membezakan keperluan kerja dengan faktor peribadi dan
ianya terbahagi kepada 3 iaitu peringkat penjelajahan, pembentukan dan penentuan. Semasa
di peringkat penjelajahan, individu sudah meneliti setiap kerjaya yang dipilih dan cuba untuk
memilih kerjaya yang sesuai dengan diri individu terbabit. Peringkat pembentukan pula
berlaku apabila seseorang individu sudah tahu akan kebolehan untuk memilih kerjaya dan
hamper dapat memilih jalan akhir. Di peringkat penentuan pula, sesorang individu itu hanya
perlu mengambil langkah untuk melaksanakan kerjaya tersebut kerana sudah ada kerjaya
yang dipilih setelah kompromi wujud dari pelbagai sudut.
3.5 Perbezaan di antara Teori Super dan Ginzberg
Teori Super Teori Ginzberg
i) Satu proses perkembangan yang
mengambil masa yang lama untuk
merealisasikan pemilihan kerjaya.
ii) Proses yang berterusan (tidak boleh
berpatah balik dan terus ke hadapan).
iii)Proses tersebut berakhir apabila wujud
keserasian minat,kebolehan,nilai dan
peluang yang ada.
i) Tumpuan hanya kepada perkara apa yang
diutamakan dan bukan pilihan bebas.
ii)Terdapat 3 peringkat perkembangan kerjaya.
iii)Membuat penyesuaian dalam memilih
kerjaya.
iv)Secara keseluruhan latar belakangnya
penjelasan teori dipengaruhi oleh
sosiekonomi.
(Sumber: Ginzberg et al. (dlm. Weinrash 1979)
3.6 Persamaan Antara Teori Super dan Ginzberg
Teori Super Teori Ginzberg
►Merujuk kepada
perkembangan individu
dalam pemilihan kerjaya.
►Menerangkan tentang tahap
sosioekonomi.
►Mengenalpasti proses
pemilihan kerjaya
perkembangan
seseorang .
► Melihat kepada sosioekonomi.
(Sumber: Ginzberg et al. (dlm. Weinrash 1979)
4.0 TEORI GOTTFREDSON
4.1 Latar Belakang
Teori Gottfredson telah diasaskan oleh Dr. Linda Gottfredson pada tahun 1981. Linda
Gottfredson ialah seorang professor pendidikan di Universiti Delaware. Beliau mempunyai
BA dalam bidang psikologi dari University of California di Berkeley dan PhD dalam bidang
sosiologi dari The Johns Hopkins University.
Teori ini telah memfokuskan kepada perspektif individu terhadap pilihan kerjaya yang
didapati. Teori Gottfredson ini percaya kepada bahawa pemilihan kerjaya seseorang individu
itu dipengaruhi oleh persekitaran kehidupan individu tersebut.
Hal ini bermakna, apabila persekitaran seseorang individu itu dikelilingi dengan
pekerjaan ataupun kerjaya yang berstatus tinggi. Maka, individu disekitarnya juga turut
dipengaruhi untuk berada dalam sektor pekerjaan yang berstatus yang sama ataupun yang
hampir sama statusnya.
Begitu jugalah sekiranya persekitaran seseorang individu itu dikelilingi dengan
individu yang bekerja ataupun kerjayanya berstatus rendah, individu tersebut juga akan
dipengaruhi untuk terlibat dalam sektor pekerjaan yang seperti itu.
Teori ini sangat menekankan bahawa persekitaran sangat memainkan peranan dalam
penentuan kerjaya seseorang individu. Persekitaran di sini bukanlah hanya persekitaran
masyarakatnya tetapi juga dalam kalangan ahli kelurga. Persekitaran bermaksud dunia luar
yang hampir dengan seseorang individu.
Teori ini juga telah memberi penekanan mengenai kepuasan seseorang individu
terhadap kerjaya ataupun pekerjaannya apabila individu tersebut telah mula bekerja dan
membentuk kerjayanya. Kepuasan yang dimaksudkan ialah berasa selesa dan bersemangat
dalam melaksanakan kerja yang dilakukan dengan penuh rasa minat dan komitmen.
Kepuasan ini juga berkait rapat dengan konsep diri seseorang individu dengan pekerjaan yang
dilakukan.
4.2 Konsep utama Teori Gottfredson
Dalam teori Gottfredson, terdapat lima konsep yang utama. Lima konsep tersebut ialah
konsep kendiri, imej pekerjaan, lakaran pemikiran tentang pekerjaan, ruang sosial dan
batasan.
Konsep kendiri
Konsep kendiri ialah mengenai pandangan seseorang tentang diri seperti berkaitan dengan
penampilan, kebolehan, personaliti, status dan gaya.
Dari sudut psikologi, konsep kendiri boleh dilihat dalam dua cara iaitu tanggapan diri
seseorang terhadap dirinya sendiri dan proses yang menentukan tingkah laku seseorang
individu. Menurut David Shaffer, konsep kendiri adalah kombinasi antara fizikal dan
psikologikal dalam diri seseorang individu.
Kombinasi antara fizikal dan psikologikal itu ialah kombinasi yang unik dalam diri
seseorang individu. Looking glass shelf adalah istilah bagi menunjukkan bahawa seseorang
individu itu akan memahami mengenai dirinya sepertimana orang lain yang berada di
persekitarannya bergerak balas terhadap dirinya.
Konsep kendiri berlaku pada saat dan waktu di mana seseorang bertanya yang
berkaitan dengan dirinya. Segala persoalan yang timbul adalah berkaitan dengan diri sendiri.
Pembentukan konsep kendiri adalah penting kerana ia berperanan sebagai pengukuhan
kendiri serta pembentukan dalaman dan luaran seseorang individu.
Konsep kendiri bukanlah bersifat statik tetapi ia bersifat dinamik. Ia mempunyai
hubung kait antara individu dengan hidupan luar. Pada waktu pembentukan konsep kendiri,
self-esteem iaitu harga diri seseorang individu turut terbentuk. Self-esteem ialah bagaimana
seseorang individu memahami mengenai dirinya dan ia amat penting bagi memastikan
kejayaan seseorang dalam kehidupan yang akan datang.
Terdapat dua konsep kendiri iaitu konsep kendiri positif dan konsep kendiri negatif.
Konsep kendiri positif ialah apabila seseorang individu itu percaya dan yakin dengan diri
mereka sendiri. Individu tersebut lebih mempunyai minat yang cenderung ke arah yang baik
dan mereka juga tidak terlalu sensitif.
Individu yang mempunyai konsep diri positif juga lebih bersikap terbuka dan mudah
memberi pandangan apabila wujudnya keadaan yang kurang stabil dan tidak baik. Antara
ciri-ciri yang ada pada seseorang individu yang mempunyai konsep diri positif ialah mereka
seorang yang mudah menghargai orang lain, berpuas hati dengan pencapaian dirinya,
bersikap murah hati, mudah berkawan dengan semua orang, seorang yang peramah, sentiasa
menerima seadanya dirinya dan barang kepunyaannya.
Konsep diri negatif pula ialah berkenaan dengan individu yang tidak yakin dan
percaya dengan diri mereka sendiri. Individu yang mempunyai konsep diri negatif ini akan
lebih cenderung kepada perkara yang kurang sihat dan tidak baik.
Individu seperti ini mempunyai cirri-ciri seperti mudah merasa bersalah, sangat takut
kepada kegagalan, sering merasa bimbang, cepat berkecil hati walaupun pada masalah yang
remeh, pencapaian yang rendah, tidak minat kepada aktiviti yang mencabar, tidak yakin
dengan diri sendiri dan sentiasa melihat diri mempunyai personaliti yang kurang menarik.
Kesimpulannya, konsep kendiri amat penting bagi setiap individu. Ia penting bagi
pembentukan diri seseorang dan amat mempengaruhi dalam penentuan masa depan seseorang
individu.
Imej pekerjaan
Menurut Holland, imej pekerjaan merujuk kepada streotaip pekerjaan. Dalam konsep ini,
Gottfredson menekankan bahawa personaliti memainkan peranan yang penting dalam
kesesuaian memilih pekerjaan.
Imej pekerjaan ini berkaitan dengan personaliti seseorang dengan pekerjaan yang
berbeza, pekerjaan yang telah dilakukan dan kesesuaian sesuatu pekerjaan tersebut dengan
seseorang individu.
Imej pekerjaan ini ialah pemikiran ataupun tanggapan awal seseorang mengenai
sesuatu pekerjaan. Tanggapan ini adalah tanggapan yang wujud hasil daripada pengalaman
ataupun orang sekeliling mengenai kesesuaian personaliti seseorang individu dengan sesuatu
kerjaya.
Lakaran pemikiran tentang pekerjaan
Teori ini adalah berkaitan dengan pembentukan remaja dan orang dewasa dalam berfikir
membezakan pekerjaan ke dalam dimensi utama. Dimensi utama ini ialah mengenai
maskuliniti dan feminiti, tahap pekerjaan berprestij dan bidang pekerjaan.
Pada waktu ini, di dalam pemikiran adalah sama ada pekerjaan ini sesuai untuk
seorang perempuan ataupun lelaki. Individu juga berfikir mengenai tahap prestij sesuatu
pekerjaan. Sama ada sesuatu pekerjaan ataupun kerjaya itu adalah berada dalam bidang yang
‘high class’, medium ataupun ‘low class’.
Ruang sosial
Ruang sosial ini merupakan zon alternatif daripada dalam setiap lakaran pemikiran yang telah
wujud. Ia merupakan pandangan seseorang individu di mana dia patut berada.
Malahan, ia bukanlah sahaja berkenaan dengan tanggapan individu itu sendiri di mana
dia patut berada tetapi juga tanggapan orang lain iaitu masyarakat di mana dia patut berada,
bekerja dan menyesuaikan diri dengan masyarakat.
Batasan
Batasan ini merupakan batasan yang wujud apabila seseorang individu berfikiran sempit
dalam membuat sebarang keputusan berkenaan dengan ruang sosial ataupun penerimaan
alternatif.
4.3 Teori Individual oleh Gottfredson
Dalam teori individual ini terdapat lima konsep yang utama iaitu cognitive growth, self-
creation, circumscription, stages of circumscription dan compromise.
Cognitive growth
Konsep pertama ialah cognitive growth. Pada waktu ini kapasiti seseorang individu untuk
belajar itu meningkat selama proses perkembangan seseorang individu itu bermula daripada
kecil hinggalah ke usia remaja.
Sepanjang tempoh itu, individu akan belajar mengenai pekerjaan dan kerjaya. Cara
pembelajaran bukanlah hanya berfokus dalam bentuk formal sahaja tetapi juga dalam bentuk
non-formal iaitu mungkin daripada penceritaan dan pengalaman orang lain yang didengari
ataupun daripada pengalaman diri sendiri.
Terdapat dua produk dalam cognitive growth ini iaitu peta kognitif dan konsep diri.
Kedua-dua produk ini akan mempengaruhi pemahaman mereka terhadap dunia kerja dan
kerjaya pada waktu yang akan datang kelak.
Self-creation
Konsep ini adalah mengenai pembentukan diri bagi setiap individu. Individu telah bertindak
sebagai karakter utama dalam perkembangan dirinya sendiri. Ini bermakna, mereka menjadi
watak utama dalam pembinaan dan pembentukan diri mereka sendiri.
Semenjak daripada lahir, individu akan mengarahkan diri mereka sendiri dan
mencipta sikap tersendiri. Ini bermakna, mereka bertindak sebagai watak utama serta
pengarah dalam pembentukan diri.
Namun begitu, batas-batas dalam diri serta dikuti dengan proses kompromi telah
menyebabkan seseorang individu mengambil jalan alternatif bagi sesuatu perkara. Seterusnya
menghindari jalan yang terlalu banyak halangan dalam mencapai kerjaya yang diinginkan.
Circumscription
Konsep ini menerangkan bahawa pada waktu ini, individu akan mula berubah pemikirannya
daripada konkrit kepada abstrak. Pemikiran konkrit ini ialah pemikiran yang berasaskan
hanya kepada pemahaman dan ingatan.
Manakala pemikiran abstrak ini ialah pemikiran yang berdasarkan kepada pemikiran
kreatif dan kritis. Pada waktu ini cara berfikir individu itu akan berubah sedikit demi sedikit
tanpa disedari.
Seterusnya, proses perkembangan diri seseorang itu akan akan terikat dengan
pekerjaan ataupun kerjaya yang dipilih. Maksudnya, jika seseorang itu telah pun menetapkan
kerjaya impiannya, dia akan berusaha membentuk jiwanya dan dirinya supaya sesuai dengan
kerjaya tersebut.
Pada waktu ini, konsep diri seseorang akan jelas tergambar. Individu akan mula
berfikir mengenai kesesuaian gender dengan kerjaya yang dipilih ataupun berkenaan dengan
status sosial seseorang. Sampailah pada satu tahap, seseorang individu itu mampu untuk
mengekspresskan pilihan kerjaya mereka yang sebenar.
Stages of circumscription
Ada empat tahap dalam konsep ini iaitu tahap pertama, tahap kedua, tahap ketiga dan tahap
keempat.
Tahap pertama ini berlaku pada lingkungan umur tiga hingga lima tahun. Pada tahap
ini, individu mula mengenal dirinya dan perbezaan antara dirinya dengan persekitaran seperti
perbezaan orang dewasa dan kanak-kanak.
Tahap kedua ini berlaku bermula daripada umur enam tahun. Pada waktu ini konsep
peranan gender baru difahami. Individu baru mengenali dirinya dan peranan gendernya
seperti cara berpakaian, bermain dan bercakap.
Tahap ketiga ini bermula daripada umur sembilan hingga 13 tahun. Pada waktu ini
orentasi terhadap penilaian sosial berlaku. Pada waktu ini ialah kanak-kanak mula
mengetahuinya wujudnya status rendah dan tinggi dalam masyarakat. Mereka akan mula
berfikir untuk mempunyai kerjaya yang berstatus tinggi.
Tahap keempat berlaku bermula pada umur 14 tahun. Waktu ini dipanggil waktu
krisis identiti kerana waktu ini individu mula memilih, menetapkan dan mencari alternatif
mengenai perancangan kehidupan masa depan serta pekerjaannya.
Compromise
Konsep ini berkaitan dengan proses mencari jalan alternatif yang sesuai dengan
persekitaran individu. Hal ini kerana persekitaran turut mempengaruhi seseorang untuk
mendapatkan pekerjaan yang tertentu. Ia berkaitan ruang dan peluang.
Konsep ini berkenaan dengan individu terpaksa melepaskan pilihan kerjayanya yang
asal dan memilih kerjaya lain yang lebih realistik untuk dicapai. Proses kompromi ini berlaku
apabila terdapatnya halangan dan kekangan pada pilihan yang pertama.
5.0 RUMUSAN
Teori Super memberi kesan yang mendalam kepada kerjaya pendidikan dan program
kaunseling kerjaya. Pendek kata, perkembangan kerjaya dilihat sebagai satu proses berterusan
yang melibatkan peranan dari pelbagai aspek. Konsep kendiri adalah utama dalam
pendekatan Super. Individu dikatakan akan berkembang mengikut masa dan persekitaran
serta proses ini akan berterusan sehingga ke akhir hayat. Individu akan mengalami fasa
perkembangan, penerokaan, pengukuhan, pengekalan dan penurunan. Fasa-fasa ini akan
memantapkan konsep kendiri individu dalam pemilihan vokasional. Perkembangan dalam
peringkat kehidupan boleh dibimbing sebahagiannya dengan mempercepat proses
kematangan, kebolehan dan minat dan sebahagiannya lagi dengan membantu pengujian
realiti dan perkembangan konsep individu. Kepuasan kerja dan kepuasan hidup bergantung
kepada sejauh mana individu memperoleh jalan keluar yang mencukupi untuk menyalurkan
kebolehannya, minat, tret-tret personaliti serta nilai-nilai: juga bergantung kepada
kemantapan dalam sesuatu jenis pekerjaan, situasi kerja dan cara kehidupan yang
membolehkannya untuk memainkan beberapa peranan yang dianggap sepadan dan sesuai
dengan pertumbuhan dan pengalaman-pengalaman hidup.
Selain itu, teori Ginzberg telah membuka lembaran baru dalam teori perkembangan
kerjaya kerana berjaya membawa satu idea baru iaitu kepentingan proses pemilihan kerjaya
selepas teori Super dihasilkan. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai kelemahan dalam
teori ini kerana konsep-konsep utama yang dihasilkan lebih bercorak falsafah serta kurang
kajian yang mendalam. Namun, secara keseluruhannya teori ini masih lagi relevan digunakan
dalam pemilihan kerjaya kerana teori ini menjadi perintis ke arah penghasilan teori
perkembangan kerjaya Super yang mempunyai pengikut yang ramai hingga hari ini.
Tambahan pula, teori Gottfredson sangat menekankan persekitaran individu.
Persekitaran memainkan peranan yang penting dalam penentuan kerjaya seseorang individu.
Persekitaran di sini bukanlah hanya persekitaran masyarakatnya tetapi juga dalam kalangan
ahli keluarga. Persekitaran bermaksud dunia luar yang hampir dengan seseorang individu.
Jika persekitaran sesorang individu itu bertaraf tinggi, pemilihan kerjayanya juga akan
bertaraf tinggi.
Bibliografi
Puteri Hikayat Megat Ahmad (2010). Bimbingan dan Kaunseling Kerjaya. Kuala Lumpur: Dewan Besar dan Pustaka.
Sidek Mohd Noah (2002). Perkembangan Kerjaya Teori & Praktis. Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang.
Sapora Sipon, Ruhaya Hussin (2011). Teori Kaunseling dan Psikoterapi (Edisi ke-3). Penerbit USIM, Nilai.
Schreiner. M (2012). Donald Super Theory of Carier Development. Diperoleh pada September 29, 2013 daripada http://www.evolutioncounseling.com/donald-super- career-counseling-theory.html
Zunker, V.G. (2006). Career counseling: Applied concepts of life planning (7th. ed.). Pacific Grove, CA: Brooks Cole.
top related