teori an pengutaraan tampak kanak-kanak

Post on 23-Jun-2015

1.349 Views

Category:

Documents

13 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Teori Perkembangan Pengutaraan Tampak Kanak-

kanak

Laura H. Chapman

• Nama Ahli:– Nurul Ayuni Bt Azizan– Nurul Su’aidah Bt Othman– Mohd. Ridzuan B Mohd. Jaafar

• Nama Pensyarah :– En. Zakariah B Abd

Ghani

Pengutaraan Tampak Kanak-kanak

• Peringkat Manipulatif (2-6 tahun)

• Peringkat Membuat Simbol (6-10 tahun)

• Peringkat Praremaja (10-13 tahun)

PERINGKAT MANIPULATIF

• Pra persekolahan– Belum menyedari penggunaan alat dan

bahan.– Pergerakan tak terkawal tapi akan terkawal

kalau selalu membuat latihan.– Peka pada cahaya dan benda sekeliling.– Pilih ruang untuk diconteng tapi tertumpu

pada satu tempat sahaja.

– Mula gunakan akal untuk susun dan manipulasi benda 3 dimensi.

– Contengan mula menampakkan bentuk asas seperti bulat dan tiga segi.

– Sudah belajar kualiti penggunaan bahan dan suka pada kesan visual yang timbul dari bahan tersebut.

• Pra Sekolah– Contengan semakin meyakinkan, mula

nampak rupa/bentuk tertentu.– Pengamatan dan sistem mental semakin

berkembang.– Mula kenal bentuk berbeza dengan ruang.– Tidak menconteng untuk dapat rupa bentuk

tapi mula gunakan garisan.– Kurang penumpuan pada ruang.

PERINGKAT MEMBUAT SIMBOL

• Aras 1– Kemahiran semakin berkembang dan lukisan

semakin jelas.– Simbol manusia dilukis dengan anggota yang

terpisah.– Nampak kelemahan dalam kawalan motornya.– Mewarna dalam bentuk cakaran (belum penuhi

ruang)– Semakin tajam pengamatannya (koordinasi mata &

tangan)

• Sudah boleh lukis ketebalan kaki dan tangan, kedudukan mata yang selari dan wujud kesedaran logik (telinga perempuan ditutup rambut).

• Rupa bentuk semakin yakin, bahagian objek semakin terperinci dan ada unsur cerita.

• Besarkan objek yang dirasakan penting (subject matter)

• Lukisan masih kaku dan rata.

• Wujud jalinan, pergerakan dan ekspresi suka dan duka.

• Rupa bentuk semakin lengkap dan berhias.

• Aras 2– Mampu mengubah banyak objek di dalam unit

yang berhubungan.– Lukisan masih nampak rata tetapi kesedaran

pada perhubungan saiz sudah kelihatan.– Kualiti garisan semakin meyakinkan.– Mampu melakukan kerja kraf seperti

anyaman, tampalan dan sebagainya.– Mampu memperlihatkan subjek langit

dibawah gambar dalam lukisan.

– Jalinan tampak seperti rumput dan pancaran matahari mula kelihatan.

– Bahagian gambar sudah berhubungkait dengan tindanan dan perulangan.

– Lukisan figura sudah menampakkan bahagian pinggang.

– Tema lukisan tentang pengalaman seharian dan melukis apa yang diingat bukan apa yang dilihat.

• Aras 3– Semakin matang melukis figura, bahagian jari

dengan jelas, pinggang dan kaki dilukis dengan kadar banding yang betul.

– Menggunakan warna kontras dan lebih berkesan.

– Sudah tahu melukis bayang-bayang.– Rambut dan pakaian lebih terperinci.

– Sudah boleh menggunakan tanah liat dalam kerja kraf menggunakan teknik lingkaran dan kepingan.

– Figura dilukis dengan kadar banding yang tepat dan boleh dilukis dari pandangan tepi atau belakang.

PERINGKAT PRAREMAJA

• Melukis objek yang kelihatan jauh dibahagian latar belakang gambar dan mampu menggunakan bayang-bayang sesuai dengan waktu dari punca cahaya yang betul.

• Mampu mengukir dalam kerja-kerja tiga dimensi, boleh menunjukkan bahagian cembung dan cekung.

• Pengamatan yang terperinci dan lukis satah yang tidak diduga.

• Lukisan mula menampakkan jalinan tampak dan tidak wujud garisan tepi pada rupa bentuk, pembahagian ruang kurang simetri dan ada kepelbagaian.

• Lebih berhati dalam menghasilkan kerja berbanding peringkat sebelum ini.

• Prihatin pada sosial dan peka pada pendapat rakan sebaya, tidak dapat menerima hakikat dan hampa sekiranya tidak boleh melukis.

Tahap Perkembangan Kreativiti

• Fasa 1 – Pengwujudan Idea– Pendekatan

• Alam semula jadi dan objek di persekitaran– Menggunakan alam dan persekitaran sebagai sumber

idea/ilham– Mengesan dinamik fom, kualiti organik, keunikan,

intergrasi alam dan kehidupan, unsur-unsur seni seperti warna, bentuk dan sebagainya boleh menggerakkan kewujudan idea/ilham.

– Mentafsir alam dengan pengamatan yang jujur untuk mencari nilai dan makna.

• Aliran dan tema sejagat– Pemikiran manusia bersifat unik dan berkeupayaan

menjelaskan konsep mengenai sesuatu tema atau agenda kehidupan.

– Sifat keunikan pemikiran manusia itu menyebabkan berkembangnya idea dalam pelbagai aliran dan tema.

– Akibat daripada pemikiran dan keupayaan untuk menjelaskan konsep dan agenda kehidupan, menyebabkan manusia sentiasa mempunyai idea/inspirasi.

– Perkembangan aliran seni adalah satu bukti menjelaskan keadaan tersebut. Keinginan untuk menjelaskan konsep dan agenda seni, maka lahirlah idea-idea dan pemikiran tentang seni. Contohnya:

» Nonobjective art» Minimal art» Teori psikologi Gestalt

• Perasaan dalaman khayalan dan imaginasi– Pengalaman hidup memberi banyak kesan dan

pengaruh terhadap minda.– Perasaan takut, misteri, sedih dan sebagainya adalah

sumber penting melahirkan idea/inspirasi.– Sigmund Freud dan Jean – Paul Sartre telah

menyumbangkan teori mengenai imaginasi artistik yang menyebabkan manusia berupaya mencipta sesuatu melangkaui batas fizikal dan cabaran status quo.

– Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi merupakan motivasi menggerakkan idea/ilham.

• Keperluan dan pengalaman hidup seharian.– Desakan dan keperluan dalam kehidupan harian seperti

keperluan untuk hidup, keselamatan, keselesaan dan sebagainya membuka ruang untuk manusia berfikir, mendapatkan idea dan mencipta sesuatu.

– Masalah adalah peluang yang terbaik untuk manusia berfikir dan bertindak secara lebih kreatif.

• Fasa 2 – Perkembangan dan Penghalusan Idea– Pendekatan

• Pemerhatian dan kajian visual– Meningkatkan kesedaran terhadap kualiti tampak.– Kajian-kajian yang terperinci mengenai alam dan fenomena

meningkatkan daya ekspresif.– Frank Barron dan Irvin Child menyatakan bahawa artis

mempunyai keupayaan tinggi untuk melihat, memerhati, mentafsir dan mengurus maklumat visual, berbanding dengan mereka yang bukan artis.

– Norman Meier (1930) menyatakan bahawa artis sangat hebat dalam kemahiran tangan, ingatan tampak dan keupayaan menyesuaikan diri dengan pelbagai media baru atau lama bagi menyelesaikan masalah tertentu.

– Menurut J.P. Guilford, artis mudah dapat menyesuaikan diri dan menggunakan media biasa untuk menyelesaikan masalah baru. Iaitu dikatakan sebagai kemahiran “adaptive flexibility”.

– Kajian visual akan meningkatkan lagi ciri-ciri tersebut serta membolehkan aktiviti memperkembangkan dan memperinci serta penghalusan dilakukan dengan lebih kreatif.

• Perubahan cara bekerja– Berlainan artis berlainan gaya atau cara mereka bekerja.

Terdapat beberapa jenis kaedah menghasilkan karya.– Pengetahuan tentang kaedah-kaedah berkarya, akan

dapat membantu usaha memperkembangkan atau menghalusi idea.

– Kaedah dan ciri-ciri kerja tersebut, ialah:» Bertumpu dan bercapah» Spontan dan penetapan» Orientasi tampak dan haptik

– Bertumpu» Artis memulakan kerja dari awal idea hingga ke

peringkat kemahiran media. Menyedari unsur-unsur yang perlu dianalisa dan diolah untuk mencapai tujuan.

– Bercapah» Artis meneroka dan membuat percubaan pelbagai

kaedah dan teknik sebelum membuat keputusan/tujuan.

– Spontan» Artis meneroka dan mencuba pelbagai teknik

sehinggalah ia menemui sesuatu teknik yang memuaskan bagi mencapai tujuan asal.

– Penetapan» Artis menentukan pilihan teknik atau prosedur.

Sanggup mengubah tujuan asal, asalkan pilihan prosedur pilihannya digunakan.

– Orientasi Tampak» Disebut sebagai pemikiran visual dimana kerja

dilakukan bermula dari tahap persepsi. Kualiti kerja bergantung kepada maklumat dari pengalaman tampaknya untuk menghasilkan karya.

– Orientasi Haptik» artis bekerja secara bertindak kepada suasana,

bergantung kepada imaginasi dan gerak isyarat kinestetik secara lebih terbuka.

• Penerokaan simbol dan makna– Artis biasanya suka membuat penerokaan untuk

mendapatkan simbol dan makna yang baru dalam kerja mereka.

– Pemikiran dan persoalan-persoalan tentang fungsi, kesesuaian bahan, impak dan sebagainya membolehkan artis meneroka pelbagai idea.

– Keinginan dan keupayaan untuk menyelesaikan pelbagai persoalan tersebut memerlukan tindakan dan pemikiran yang menyebabkan idea semakin berkembang serta dihalusi.

– Penerokaan dalam tindakan untuk menyelesaikan dan mendapatkan keputusan memberikan banyak penemuan baru dan makna baru yang turut menyumbang kepada perkembangan dan penghalusan idea.

top related