teknik sumbang saran

Post on 30-Jul-2015

1.233 Views

Category:

Documents

50 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

TEKNIK SUMBANG SARAN

DEFINISI

Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran yang merupakan satu sesi perbincangan.

Membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea.

Kaedah ini sesuai terutamanya dalam mengemukakan pandangan terhadap sesuatu isu atau topik dalam masa yang singkat.

Kaedah dan teknik sumbangsaran boleh diaplikasikan untuk semua tahap keupayaan murid dan dalam semua senario pengajaran

Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan pembelajaran secara analitis.

Mendapatkan seberapa banyak idea daripada murid dalam masa yang singkat.

Semua idea yang disampaikan oleh semua murid adalah diterima, sama ada betul atau salah.

Semua murid bebas mengeluarkan idea.

Banyak idea dapat dihasilkan oleh individu secara berasingan.

TUJUAN SUMBANG SARAN

Idea yang banyak dan baik untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Aktiviti lebih menarik, cepat dan rancak. Ia tidak menjemukan sesi pembelajaran.

Sesuatu idea dapat diubah atau dikembangkan untuk melahirkan satu idea yang baru.

Melahirkan pemikiran kreatif dan suatu penghasilan yang inovatif.

Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid.

Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas. Semua cadangan dan idea yang dikemukakan

haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum.

Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak.

Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan.

KAEDAH PELAKSANAAN

Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea.

Suasana perbincangan yang tidak formal hendaklah diwujudkan.

Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi.

Digalakkan menggunakan prinsip 5W ( What? Why? Who? Where? How? )

Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik.

Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan.

CONTOH TEKNIK SUMBANG SARAN

BERSTRUKTUR

KUMPULAN BERSTRUKTUR

TIDAK BERSTRUKTUR

SUMBANG SARAN BERSTRUKTUR

Topik atau tajuk pelajaran akan diberikan kepada seluruh ahli kelas dan setiap murid diminta untuk menyumbangkan idea.

Kebaikan kesemua murid akan terlibat untuk

meyumbangkan idea dan tidak akan ada mana-mana murid yang mendominasi semasa sesi sumbangsaran dilaksanakan.

Kelemahan seringkali perbincangan tidak berlaku secara

bebas dan mungkin membuatkan murid merasa kurang selesa kerana belum sampai atau terlepas giliran untuk menyumbangkan idea.

SUMBANG SARAN KUMPULAN BERSTRUKTUR Murid akan dibahagikan ke dalam kumpulan-kumpulan

kecil. Setiap kumpulan akan diberikan subtopik yang

berlainan untuk dilakukan sumbangsaran dalam kumpulan dalam tempoh yang ditetapkan.

Setiap kumpulan itu seterusnya akan membentangkan hasil sumbangsaran mereka kepada kelas.

Kebaikan Cara ini dapat memberi ruang untuk murid

mengemukakan idea dengan lebih bebas dan cepat kerana beberapa aktiviti sumbangsaran berlaku serentak.

Cara ini juga akan menggalakkan sinergi dan komunikasi di kalangan murid.  

SUMBANG SARAN TIDAK BERSTRUKTUR

Murid dibenarkan untuk menyumbangkan idea apabila mereka merasakan demikian.

Dengan cara ini idea akan dapat disumbangkan secara lebih bebas tanpa perlu mengikut giliran.

Kelemahan terdapat murid yang langsung tidak

menyumbang apa-apa idea. 

TEKNIK SOAL JAWAB

Kaedah Soal Jawab merupakan satu kaedah yang wajib digunakan oleh setiap guru di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Digunakan untuk mengetahui tahap dan kemampuan pelajar di dalam memahami pengajaran yang disampaikan.

DEFINISI

Membantu murid meningkatkan kefahaman isi-isi pengajaran dan pembelajaran.

Membimbing dn menggalakkan murid berinteraksi antara satu sama lain.

Memenuhi kehendak murid yang berlainan tahap pencapaian.

Membantu guru untuk meningkatkan daya pemikiran murid.

Membantu dan menggalakkan pemikiran secara meluas dan mendalam.

Menilai peringkat kefahaman murid. Memberangsangkan murid untuk terus belajar.

TUJUAN SOAL JAWAB

 Pembentukan soalan yang jelas, tepat dan ringkas.

Fokus kepada satu idea/ atau lebih daripada satu idea.

  Sebaran ke seluruh kelas. Kurang digalakkan kepada individu tertentu bagi mengelakkan yang lain-lain berasa 'selamat‘.

  Melayan semua jawapan pelajar dengan baik tanpa membuatkan pelajar terasa didiskriminasi/ pilih kasih.

  Memberi petua/ petunjuk dan peluang yang secukupnya kepada pelajar yang tidak dapat menjawab.

   Mencungkil pemikiran pelajar di dalam memberi pendapat dan idea baru.

  Jangan sesekali memarahi pelajar dengan kata-kata negatif apabila mereka gagal menjawab soalan.

TEKNIK MENYOAL

KAEDAH MENYOAL

Masa menyoal

Sasaran murid

Tujuan menyoal

Kesediaan murid

Kejelasan soalan

Pemilihan soalan

Taburan soalan

Masa menyoal Soalan boleh dikemukakan pada awal, pertengahan atau akhir

pelajaran mengikut keperluan dan keadaan. Kebiasaanya, soalan pada awal pelajaran adalah sebagai

pengenalan untuk menimbulkan minat dan kesediaan murid. Soalan pada pertengahan pelajaran pula sebagai rangsangan

untuk menguji pemahaman murid.

Contoh:(a)    Pernahkah anda melihat permainan tradisional? (Awal)(b)   Bolehkah anda merumuskan kembali apa yang telah kita

bincangkan tentang sejarah wau di Malaysia? (Pertengahan)

(c)    Pada pendapat anda perlukah permainan tradisional diperkenalkan kepada generasi akan datang? (Akhir/ Pengukuhan)

SASARAN MURID Soalan yang dikemukakan haruslah sesuai dengan peringkat

murid. Oleh yang demikian, guru perlu mempelbagaikan soalan. Soalan yang dikemukakan hendaklah dalam pelbagai bentuk, jenis dan peringkat.

Contoh:(a)    Apakah pengajaran yang boleh didapati darpada petikan

ini? (Pintar)

(b)   Apakah idea-idea penting yang terdapat pada setiap perenggan dalam petikan ini?

(Sederhana) (c)  Siapakah kawan-kawan Salleh yang pergi ke Melaka

bersama- samanya?             (Lemah)

Tujuan MenyoalMelihat sejauh mana sesuatu

soalan boleh membantu pembelajaran murid.

Soalan boleh membantu murid untuk memahami konsep, fakta, urutan peristiwa dan menggalakkan murid terus belajar dan berfikir.

Kesediaan murid Sebelum mengemukakan soalan, guru hendaklah

memastikan bahawa murid telah bersedia dari segi pengetahuan dan keadaan emosi murid itu stabil untuk belajar dan menjawab soalan.

Selain itu guru hendaklah mengambil kira keadaan persekitaran yang membolehkan pelajar mendengar, berfikir dan memberi jawapan; seperti keadaan disiplin murid, dan suasana yang tenang dan selesa.

5. Kejelasan Soalan Soalan-soalan yang hendak dikemukakan

oleh guru mestilah jelas, mudah difahami dan tidak menimbulkan kekeliruan kepada murid.

6. Pemilihan Soalan Pemilihan soalan haruslah terancang supaya

sesuai dengan objektif pengajaran. Soalan yang dikemukakan juga hendaklah

mengikut urutan perkembangan logis iaitu daripada yang mudah kepada yang sukar, serta sesuai dengan tahap pencapaian berbahasa dan pemikiran murid.

7. Taburan/Sebaran Soalan Soalan harus dikemukakan kepada seluruh

kelas. Pemilihan murid untuk menjawab soalan

hendaklah secara menyeluruh iaitu tidak tertumpu kepada murid tertentu atau kumpulan tertentu sahaja.

Soalan tidak dikemukakan kepada murid barisan depan dan murid tertentu sahaja.

8. Bila Menjawab?

Guru haruslah memberi masa kepada pelajar untuk berfikir bagi menjawab soalan.

Reaksi Terhadap Jawapan Murid

Semua jawapan yang diberi oleh murid hendaklah mendapat pertimbangan yang sewajarnya.

Sekiranya jawapan yang diberikan itu betul dan tepat, guru haruslah memberi ganjaran serta-merta seperti pujian.

top related