taklimat r trg draf 4 tkini

Post on 27-May-2015

177 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Disampaikan Oleh :

HARAPAN ORANG TRANUNG

HARAPAN RAKYAT PERUBAHAN NEGERI

Isu Royalti Petroleum & Gas

TRANUNG KITE, NEGERI KAYAMINYAK Di LAUT, API (elektrik) Di DARAT (Kenyir).

Tapi Kene Lebong Sokmo

HOK MANE SE BETUL?

DANA KHAS@ EHSAN

@ROYALTI ???

BAGAI LILIN MEMBAKAR DIRI TERUS TERPINGGIR, PEMBANGUNAN ALA KADAR WALAU…

ORANG RAMAI WAT DOK CAKNE JE

SEJARAH ROYALTIAwal 1960an - Perang di Vietnam, Kampuchea, Laos (ancaman komunis dalam dan luar negaraParlimen luluskan Akta Pelantar Benua 1963, Akta Perlombongan Petroleum 1963-mana2 syarikat yang hendak mencari minyak hendaklah mendapat lesen daripada Kerajaan Negeri jika berada di dalam kawasan perairan negeri (onshore), (3 batu nautika dari pantai)-Lesen dari Kerajaan Pusat bagi selepas 3 batu nautika

Pergolakan Kerajaan Negeri Sarawak dengan Kuala Lumpur-1910 Shell dah ada di Miri, kemudian ke offshore. Shell bayar 100% kepada Sarawak. -1963 Sarawak sertai Malaysia, tetapi Sarawak enggan serahkan Royalti bagi kawasan offshore (Pelantar Benua). Pusat desak, keadaan tegang. Penyelesaian, Parlimen luluskan Akta Kemajuan Petrolium 1974 beri kuasa hanya kepada Petronas (sebuah syarikat kerajaan) untuk carigali Minyak, dan bayar Wang Tunai 5% dari hasil kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat samada di onshore atau offshore. Lesen2 yang dikeluarkan kerajaan negeri dibawah Akta Perlombongan Petrolium 1963 terbatal.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN – SENARAI PERUNDANGAN

Senarai 1 – Senarai Persekutuan 8. Tred, perdagangan dan perusahaan, termasuk-(j) Tertakluk kepada butiran 2 (c) dalam Senarai Negeri ; Memajukan sumber-sumber galian; lombong pelombongan, galian dan bijih galian; minyak dan kawasan telaga minyak; membeli, menjual, mengimport dan mengeksport galian dan bijih galian; hasilan petroleum; peraturan mengenai buruh dan keselamatan dalam lombong dan kawasan telaga minyak;

SENARAI 2 – SENARAI NEGERI2. Kecuali mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, tanah, termasuk –(a) Pemegangan tanah; perhubungan antara tuan tanah dengan penyewa; pendaftaran hakmilik dan surat ikatan mengenai tanah; penerokaan; kemajuan tanah dan memelihara tanah; sekatan tanah;(b) Rezab Melayu atau, di Negeri-negeri Sabah dan Sarawak, rezab Bumiputra;(c) Permit dan lesen untuk mencari galian; pajakan lombong dan perakuan lombong;(d) Pengambilan tanah secara paksa;(e) Pindah-milik tanah, gadai janji, pajakan dan gadaian mengenai tanah; ismen; dan(f) Perkembalian harta kepada kerajaan; harta karun tidak termasuk barang purba.

1. Nama, Negeri-negeri dan wilayah-wilayah Persekutuan.(3) Tertakluk kepada Fasal (4) wilayah-wilayah bagi tiap-tiap satu Negeri yang tersebut dalam Fasal (2) ialah wilayah-wilayah yang terkandung dalam Negeri-negeri itu sebelum sahaja Hari Malaysia.*2. Kemasukan wilayah-wilayah baharu dalam Persekutuan. Parlimen boleh dengan undang-undang : (b) mengubah sempadan mana-mana Negeri ;Tetapi undang2 yg mengubah sempadan sesuatu negeri tidak boleh diluluskan dgn tiada persetujuan Negeri itu. 4. Undang-undang utama Persekutuan (1) Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu.

13. Hak terhadap harta. (2) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

KESAN PERLEMBAGAAN dan AKTA KEMAJUAN PETROLEUM 1974

KEATAS HAK KERAJAAN-KERAJAAN NEGERI BAGI HASIL PETROLEUM

AKTA KEMAJUAN PETROLEUM, 1974AKTA KEMAJUAN PETROLEUM, 1974

JADUAL (Seksyen 2 (2)) PENYERAHAN HAK, KUASA, KEBEBASAN DAN KEISTIMEWAAN BERHUBUNG DENGAN PETROLEUMSaya, WAN MOKHTAR BIN AHMAD, Menteri Besar Terengganu bagi pihak Kerajaan

Negeri Terengganu pada hari ini, 22 haribulan Mac, 1975, dengan ini menyerahkan untuk selama-lamanya dan memindah hak serta meletakhak kepada PETRONAS pemunyaan ke atas dan hak eksklusif, kuasa, kebebasan dan keistimewaan untuk mencari gali, mengeksploit, mendapatkan dan memperoleh petroleum sama ada yang terdapat di darat atau di luar pesisir Malaysia. Penyerahan, pemindahan hak dan peletakanhak yang dibuat di bawah hendaklah tidak boleh dibatal dan berkekalan untuk faedah PETRONAS dan pengganti-penggantinya.

MENYAKSIKAN perkara di atas, maka saya bagi pihak Kerajaan Negeri Terengganu

menurunkan tandatangan saya pada hari dan tahun yang dinyatakan di atas: ………………………………..Menteri Besar, TerengganuBagi pihak Kerajaan Negeri Terengganu

PERJANJIAN PETRONAS & KERAJAAN NEGERI TERENGGANU

PERJANJIAN

PERJANJIAN ini dibuat pada 22hb. Mac 1975 antara Kerajaan Negeri Terengganu (kemudian daripada ini disebut Kerajaan) sebagai satu pihak dengan Petroliam Nasional Berhad, sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat, 1965, dan yang pejabat berdaftarnya terletak di No. 21, Jalan Melaka, Kuala Lumpur (kemudian daripada ini disebut PETRONAS) sebagai pihak yang satu lagi.

BAHAWASANYA menurut Akta Kemajuan Petroleum, 1974, semua pemunyaan ke atas petroleum dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan eksklusif untuk mencarigali, mengeksploit, mendapatkan dan memperoleh petroleum yang berada sama di darat atau di pesisir pantai Malaysia adalah diletakhakkan kepada PETRONAS:

• DAN BAHAWASANYA peletakan pemunyaan, hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan yang disebut di atas telah berkuat kuasa berikutan dengan penyempurnaan surat cara bagi maksud itu;

• DAN BAHAWASANYA Kerajaan dan PETRONAS ingin membuat suatu perjanjian menurut Seksyen 4 Akta tersebut di atas berkenaan dengan pembayaran wang tunai yang dibuat oleh PETRONAS kepada Kerajaan sebagai balasan bagi pemunyaan dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan yang diletak hak seperti di atas berkenaan petroleum.

• OLEH YANG DEMIKIAN, sebagai balasan bagi pemunyaan dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan berkenaan petroleum yang diletakhakkan oleh Kerajaan kepada PETRONAS, MAKA DENGAN INI ADALAH DIPERSETUJUI seperti berikut:

• (1) PETRONAS hendaklah membayar wang tunai kepada Kerajaan secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan lima peratus daripada nilai petroleum yang didapati di Terengganu dan dijual oleh PETRONAS atau agen-agen atau kontraktor-kontraktornya dalam tempoh yang diperuntukkan dalam Fasal2.

• --------• Pembayaran wang tunai yang kena bayar di bawah Perjanjian

ini hendaklah dibayar pada tiap-tiap setengah tahun. Pembayaran bagi petroleum yang didapati, diperolehi dan dijual dalam tempoh setengah tahun yang kedua hendaklah dibuat pada atau sebelum satu haribulan Mac pada tahun yang berikutnya.

GAMBARAN RINGKAS SEJARAH ROYALTI PETROLEUM WANG TUNAI 5%

DARAT 0- 3 Bt Nautikal > 3 Bt N (Pelantar Benua)

Sebelum sertai Persekutuan / Merdeka DARAT, LAUT 100% Negeri/Negara

SELEPAS sertai Persekutuan / Merdeka / Malaysia

Semua GalianNegeri 100%

Pusat 0%

Semua GalianNegeri 100%

Pusat 0%

Semua GalianNegeri 0%

Pusat 100%

SELEPAS Akta Kemajuan Petroleum 1974

PETROLEUMNegeri 0%Pusat 0%

Petronas 100%

PETROLEUMNegeri 0%Pusat 0%

Petronas 100%

PETROLEUMNegeri 0%Pusat 0%

Petronas 100%

Sebagai BALASAN, Perjanjian Petronas / Negeri / Pusat, Royalti Diberikan

Hasil Jualan Petroleum PETRONASWang Tunai 5% - PusatWang Tunai 5% - Negeri

Hasil Jualan Petroleum PETRONASWang Tunai 5% - PusatWang Tunai 5% - Negeri

RINGKASAN SEJARAH ROYALTI

AMANAT TUN RAZAK

Hubungkait Antara Pentadbiran Tanah dan Persekitaran Marin

Seksyen 5 KTN memberi takrif “Tanah Kerajaan” adalah semua tanah di dalam Negeri itu (termasuk sebanyak mana dasar mana-mana sungai, seperti yang termasuk di dalam wilayah Negeri itu atau batas perairan wilayah) selain daripada tanah berimilik, tanah rizab, tanah lombong dan hutan simpan. Perairan Wilayah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Seksyen 4 (2) Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) No. 7/1969.

DEFINASI TANAH MENURUT KTN 1965

Interprestasi Seksyen 2 Akta Pelantar Benua 1966 (Disemak 1972) bagi pelantar benua ialah dasar laut dan tanah bawah laut yang bersempadanan dengan pantai Malaysia tetapi di luar had perairan wilayah negeri-negeri yang permukaannya terletak sedalam tidak lebih daripada 200 meter di bawah permukaan laut, atau jika dalamnya air super jasen membolehkan eksplotasi sumber alam di kawasan tersebut di mana-mana tempat yang lebih dalam. Seksyen 3 Akta Pelantar Benua 1966 (Disemak 1972) memperuntukkan semua hak berkenaan dengan penjelajahan pelantar benua dan eksplotasi sumber alamnya adalah dengan ini diletakkan (vested) pada Malaysia dan hendaklah dijalankan (exercisable) oleh Kerajaan Persekutuan”. Seksyen 3 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) No. 11 1969 mengistiharkan bahawa kelebaran laut wilayah bagi Malaysia adalah 12 batu nautika dan kelebaran tersebut adalah dikecualikan bagi Selat Melaka, Laut Sulu dan Laut Celebes dan akan diukur mengikut Artikel 3-13 Konvensyen Geneva Bagi Laut Wilayah dan Zon Berdampingan (1958). Seksyen 4(2) Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) No. 11 1969 memperuntukkan bahawa bagi maksud Akta Pelantar Benua 1966, KTN 1965 dan apa jua undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Sabah dan Sarawak, mana-mana rujukan kepada Laut Wilayah yang berhubung dengan mana-mana wilayah ditafsirkan sebagai rujukan bahagian laut yang bersebelahan dengan pantai yang tidak melebihi 3 batu nautika jika diukur dari tikas air surut (low water mark).

Berdasarkan gambarajah . bagi maksud KTN;-Tepi pantai ialah dari garisan pantai (shoreline) ke garisan LWM.-Dasar laut ialah tidak melebihi 3 batu nautika dari garisan LWM.-Selepas 3 batu nautika dari garisan LWM adalah bukan lagi dalam lingkungan wilayah negeri (di luar had perairan wilayah Negeri) dan menjadi pantai Malaysia yang tertakluk kepada Akta Pelantar Benua 1966 di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. -Had bagi maksud tanah bandar, tanah pekan dan tanah desa (tanda sempadan patut ditanam) ialah di tempat yang paling hampir dekat dengan garisan HWM.

Walau bagaimanapun, penandaan dan pengukuran titik pangkal bagi maksud persempadanan perairan antara Kerajaan Negeri-negeri dan Kerajaan Persekutuan belum ditentukan.

Pengerusi Petronas Pertama – Ku Li, berjaya mendapatkan penyerahan hak dari 13 kerajaan negeri dan Persekutuan dengan menandatangani surat perjanjian.

Pada 12 November 1975, Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Tun Abdul Razak dalam ucapannya di Parlimen, menyatakan bahawa;

“Tuan Yang di-Pertua, semua negeri di Malaysia, melainkan Sabah dan Selangor telah menandatangani perjanjian dengan Petronas sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta Kemajuan Petroleum 1974”. Saya diberitahu Kerajaan Negeri Selangor pun telah bersetuju menandatangani perjanjian ini. Mengikut perjanjian itu, “Tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi di dalam negeri masing-masing, sama ada yang diperolehi itu dalam perairan ataupun di luar perairan negeri tersebut yang dijual oleh Petronas ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontraktornya.”

22 Mac 1975, Penyerahan hakyang diserah oleh Kerajaan Negeri Terengganu oleh TS Wan Mokhtar Ahmad. Perjanjian di antara Petronas dengan Kerajaan Negeri Terengganu mengenai bayaran wang tunai.

SEJARAH ROYALTI TERENGGANU

1978 – Petrolium dijumpai di offshore Terengganu, maka Petronas membayar wang tunai Kepada Negeri Terengganu sebagai perjanjian

1978 – 1999 – Surat menyurat rasmi dan ucapan bajet setiap tahun merujuk wang tunai berkenaan sebagai ROYALTI. Petronas telah tetap membayar wang tersebut kepada Kerajaan Negeri tanpa gagal.

Akhir 1999 – Kerajaan Negeri bertukar tangan dari BN kepada PAS, bermulalah perlanggaran Perjanjian berkaitan.

2000 – Kerajaan Pusat langgar perjanjian, Bermulalah episod Royalti tukar kepada Wang Ehsan Kemudian Kepada Dana Khas. Wang diuruskan oleh Kerajaan Pusat dan bukan Kerajaaan Negeri lagi.

5. Sept 2000 - Kerajaan Persekutuan di bawah Tun Dr. Mahathir Mohamed telah mengambil keputusan untuk menarik balik royalti minyak Terengganu dan menggunakan kaedah baru yang dikenali “Program Tabung Pembiayaan Wang Ehsan” tanpa menyalur terus kepada kerajaan negeri lima peratus royalti petroleum.

MANA GAMBOR MB TERENGGANU (WAN MOKHTAR ) TANDATANGAN??

GAMBAR YAB MB KELANTAN (DATOK HJ MOHD NASIR) DAN PRESIDEN PETRONAS (YM TENGKU RAZALEGH HAMZAH MENANDATANGANI PERJANJIAN

ARAHAN TUKAR ROYALTI KE EHSAN

Akhirnya, pada 5 September 2000 Kementerian Kewangan di bawah pemerintahan Kerajaan Dr. Mahathir telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar (press release) yang mengandungi antaranya perkara-perkara berikut:Wang Royalti yang dibayar selama ini ditukar dengan nama Wang Ehsan, kononnya Kerajaan Negeri tidak ada hak terhadap wang tersebut.Kerajaan Persekutuan berikrar bahawa rakyat Terengganu akan tetap dibela dan terbela melalui satu program pembiayaan Wang Ehsan dan membela nasib rakyat negeri Terengganu”.Untuk mengimplementasikan program tersebut, satu Jawatankuasa Pembangunan Persekutuan (JPP) telah ditubuhkan untuk mengenalpasti projek insfrastruktur, sosial, dan kebajikan untuk rakyat Terengganu.Kenyataan akhbar itu berkata, “Kerajaan Pusat kurang yakin dengan kerajaan PAS Terengganu boleh bekerjasama dalam menjamin kesejahteraan dan membela nasib rakyat negeri Terengganu.”

- Tun Mohamad Salleh Abas 14 Jun 2008

Persoalan : Kenapa perginya duit Royalti Trg 2000–2004 makanya Siasatan/auditan perlu

JUSTIFIKASI KEMENTERIAN KEWANGAN TUKAR ROYALTI KE EHSAN

Sebagai justifikasi untuk menukarkan Wang Royalti kepada Wang Ehsan kenyataan akhbar tersebut menyatakan seperti berikut:-“Sejak tahun 1978 lagi, kerajaan melalui Petronas telah mengagihkan pemberian ehsan kepada Terengganu. Ini adalah ekoran dari keputusan Allayarman Tun Abdul Razak pada tahun 1974 agar Terengganu diberi Wang Ehsan memandangkan kedudukannya sebagai negeri termiskin ketika itu. Kini, negeri Terengganu bukan lagi negeri termiskin berikutan program-program pembangunan yang dibawa oleh Kerajaan Barisan Nasional.”

PENGURUSAN KEWANGAN YANG TIDAK JELAS

Mengikut fakta terkini dizahirkan oleh Kerajaan Persekutuan di Parlimen oleh Y.B. Batuk Amirsham Bin Abdul Aziz bertarikh 13 Mei 2008 bahawa Royalti negeri Terengganu dahulunya dinamakan Wang Ehsan dan sekarang dibayar pada suatu dana yang dinamakan Dana Khas dari semenjak bulan Mac tahun 2004 sehingga bulan Mac 2007 pada kadar 5% berjumlah RM 7.3 bilion. Bekas Menteri Besar Terengganu Y.B. Dato’ Seri Idris Jusoh mengeluarkan kenyataan dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 15 Mei 2008 menyatakan bahawa kerajaannya hanya menerima RM 1.3 bilion setahun selama 3 tahun.

- Tun Mohamad Salleh Abas 14 Jun 2008

- Tun Mohamad Salleh Abas 14 Jun 2008

SIAPA YANG KLU-KLIK.

Kedua-dua tokoh ini dilaporkan tidak tahu-menahu "kehilangan" wang sejumlah itu selepas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Amirsham Aziz mendedahkan di Dewan Rakyat minggu lepas bahawa negeri itu menerima RM7.3 bilion daripada Petronas.

Ahmad dilaporkan berkata Terengganu menerima RM4.3 bilion sahaja selama tiga tahun bermula 2004, selepas kerajaan negeri berjaya ditadbir semula oleh BN daripada PAS.

Sementara Idris, yang memimpin negeri itu dalam tempoh tersebut, pula mendakwa beliau tidak mengetahui jumlah sebenar wang kerana ia diuruskan oleh kerajaan Persekutuan.

Beliau dilaporkan berkata, kerajaan negeri "hanya dimaklumkan sebanyak RM1.3 bilion diberikan kepada Terengganu pada setiap tahun" dalam tempoh tersebut.

"Kita juga tidak pernah diberikan maklumat mengenai jumlah sebenar wang itu dibelanjakan dan baki yang ada," katanya kepada Sinar Harian.

ADAKAH KERAJAAN PUSAT / SABAH / SARAWAK TERIMA ROYALTI MENURUT DENGAN PERJANJIAN PETRONAS

SAMA SEPERTI SABAH DAN SARAWAK JUGA. PASAL APA TAK GANGGU ROYALTI SABAH DAN SARAWAK? ANIAYA TERENGGANU WALAU NEGERI MELAYU 90% ?!!! ISLAM 90% !!!

Oleh AINUL ASNIERA AHSANpengarang@utusan.com.myKUALA LUMPUR 29 Nov. – Petroliam Nasional Berhad (Petronas) menafikan syarikat minyak nasional itu pernah berhutang dengan Kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri dalam pembayaran royalti minyak.Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas berkata, semua pembayaran royalti itu telah dibuat melalui Kerajaan Persekutuan.“Petronas sedia maklum bahawa syarikat ini tidak pernah berhutang dan telah melunaskan pembayaran royalti kepada semua negeri dan Kerajaan Persekutuan mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974 kepada Kerajaan Persekutuan.“Terpulanglah kepada Kerajaan Persekutuan untuk membuat agihan itu sama ada dalam bentuk royalti atau wang ihsan,” katanya dalam sidang akhbar semasa mengumumkan prestasi kewangan suku ketiga Petronas di sini hari ini.

PERBEZAAN TERMA WANG ROYALTI , WANG DANA KHAS & WANG EHSAN

SIAPA DAN BAGAIMANA IANYA DIPEROLEHI, DIAGIHKAN,

DIBELANJAKAN SERTA DI AUDIT

APAKAH PUNCA KUASABAGI SEMUA TINDAKAN-TINDAKAN TERSEBUT.

KAEDAH BAYARAN WANG TUNAI 5% KE TERENGGANU SEBELUM 2000

(PETRONAS BEROPERASI)HASIL JUALAN PETROLIUM

Akaun Syarikat Petronas Berhad

Royalti Wang Tunai

5%

Royalti Wang Tunai

5%

Akaun Kerajaan Negeri (Kumpulan Wang Yang Disatukan)

(Hasil Bukan Cukai)

Dewan Undangan Negeri

Belanja Mengurus / Pembangunan / OneOff

RAKYAT / KERAJAAN

Audit – Ketua Audit NegaraAkaun Kerajaan Persekutuan(Kumpulan Wang Yang Disatukan)

Parlimen (Dewan Rakyat & Dewan Negara)

Belanja Mengurus / Pembangunan / OneOff

RAKYAT / KERAJAAN

Audit – Ketua Audit Negara

Duti ExportDividenCukai

Pendapatan Petrolium

Pemberian Kepada Negeri 109, 110

Perlembagaan Persekutuan

KAEDAH PENGGUNAAN WANG EHSAN ? % KEPADA JPP TRG (2000-04)

(PETRONAS BEROPERASI)HASIL JUALAN PETROLIUM

Akaun Syarikat Petronas Berhad

Royalti Wang Tunai

5%

Jawatankuasa & Jabatan Pembangunan Persekutuan

(JPP)

Penyelaras Parlimen / Penyelaras DUN /JKK Persekutuan

Belanja

RAKYAT / PARTI

Tiada AuditAkaun Kerajaan Persekutuan

(Kumpulan Wang Yang Disatukan)

Parlimen (Dewan Rakyat & Dewan Negara)

Belanja Mengurus / Pembangunan / OneOff

RAKYAT / KERAJAAN

Audit – Ketua Audit Negara

Duti ExportDividenCukai

Pendapatan Petrolium

Bentuk Projek &

Wang Tunai

Royalti

Wang Tunai

5%

(Terengganu)

Kementerian Kewangan

Jabatan Pembangunan Persekutuan

KAEDAH BAYARAN DANA KHAS 5% (KE KERAJAAN TRG 2004 – KINI)

(PETRONAS BEROPERASI)HASIL JUALAN PETROLIUM

Akaun Syarikat Petronas Berhad

Royalti Wang Tunai

5%

Akaun Kerajaan Negeri (Kumpulan Wang Yang

Disatukan) (Terimaan Bukan Hasil)

Dewan Undangan Negeri

Belanja Mengurus / Pembangunan / OneOff

RAKYAT / KERAJAAN

Audit – Ketua Audit NegaraAkaun Kerajaan Persekutuan

(Kumpulan Wang Yang Disatukan)

Parlimen (Dewan Rakyat & Dewan Negara)

Belanja Mengurus / Pembangunan / OneOff

RAKYAT / KERAJAAN

Audit – Ketua Audit Negara

Duti ExportDividenCukai

Pendapatan Petrolium

Pemberian Kepada Negeri 109, 110

Perlembagaan Persekutuan

Royalti

Wang Tunai

5%

(Terenggan)

Kementerian Kewangan

Projek &

Wang Tunai

1. bila wang royalti digantikan dengan Ehsan/Dana Khas, adakah bermakna bahawa wang itu adalah daripada duit Petronas sebab tidak dijelaskan oleh Menteri Kewangan kita ataupun wang ini daripada duit Kerajaan Pusat

2. Kalau duit itu daripada Petronas, adakah Kerajaan Pusat dari segi perundangan dan undang-undang, berhak mengambil royalti bagi pihak Kerajaan Negeri Terengganu ?

3. Kalau duit itu dari Kerajaan Pusat, di bawah item mana dalam buku Belanjawan yang dibentangkan di Parlimen setiap tahun dari tahun 2001 yang menyatakan dengan jelas tentang wang Ehsan tersebut ?

4. Apabila wang ini diberikan kepada rakyat secara langsung oleh Kerajaan Pusat, apakah ini dikatakan sebagai menghormati rakyat? Apakah apabila kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dengan adanya pilihan raya setiap lima tahun, penghormatan kepada rakyat, bukan sahaja dengan kita membantu rakyat tetapi kita menghormati pilihan rakyat memilih sebuah kerajaan negeri untuk menguruskan sumber kewangan mengikut tatacaranya sendiri?

PELAJARAN ADALAH TANGGUNGJAWAB KERAJAAN PUSATSenarai 1 – Senarai Persekutuan 13. Pelajaran, termasuk-(a) Pelajaran rendah menengah dan universiti; pelajaran vokesyenal dan teknik; latihan guru-guru; pendaftaran dan kawalan bagi guru-guru, pengurus-pengurus dan sekolah-sekolah; memajukan pengajian dan penyelidikan khas; pertubuhan sains dan sastera;(b) Perpustakaan; muzium; tugu-tugu dan rekod-rekod purbakala dan bersejarah, tapakbina-tapakbina dan bekas-bekas purbakala.

PENEMUAN SKANDAL ROYALTI

PENGAMBILAN HARTA TANPA HAK

13. Hak terhadap harta.(1) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang (2) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

PEROLEHAN, PENYIMPANAN, PENGAGIHAN DAN PERBELANJAAN HASIL NEGARA YANG TIDAK BERPERLEMBAGAAN, MENGABAIKAN UNDANG-UNDANG.

97. Kumpulanwang Disatukan

(1) Segala hasil dan wang yg walau bagaimana didapatkan atau diterima oleh Persekutuan , tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan, hendaklah dibayar masuk ke dalam serta menjadi satu kumpulanwang yang dinamakan Kumpulan Wang Persekutuan Yang Disatukan.

KEPERLUAN TINDAKAN SUSULAN

SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA

-Melanggar Perjanjian- Urusan Kewangan yang tidak berpelembagaan- Kedaulatan undang-undang – rukun negara- Kepupusan nilai ketamadunan, telah wujud unsur2 dan amalan: Aku kuat, aku buat , mung boleh buat pende)

Masalah Bila Pitis Banyok

Sekat Pembangunan Negeri Terengganu kalau Pembangkang Menang!!!

• Permintaan oleh BN Terengganu kepada BN Pusat untuk hukum rakyat. Biar rasa…

• Sekat Royalti RM1 billion setahun• Sekat Wang Peruntukan Pembangunan ADUN dan

Ahli Parlimen Pembangkang. Biar jalan, longkang, kemudahan asas tak selesai

• PADAN MUKA SOKONG PEMBANGKANG, MENANG SORAK, RAKYAT DAN NEGERI YG RUGI

• POLITIK BODOH PEMIMPIN BN TERENGGANU SEJAK MERDEKA , MENTALITI KELAS 3

TAK ADILTERENGGANU PENGELUAR HASIL PETROLEUM TERBESAR NEGARA , SEPATUTNYA GERGASI EKONOMI, TETAPI DIHUKUM SUPAYA KEKAL ANTARA PALING MISKIN. ROYALTI PETROLEUM TERENGGANU DI TAHAN. ROYALTI PETROLEUM SABAH DAN SARAWAK JALAN TERUS !!!

JAHAT!!5% hak royalti pun disekat sekat

Pembangunan kelantan dan Pulau Pinang tetap rancak walau bawah pembangkang.

• Sebab BN dan rakyat Kelantan dan Pulau Pinang AJAR BN Pusat supaya menangi hati rakyat kalau nak menang!

• Kerana itu Pusat kena tabur banyak projek di sana. Beri lebih jawatan menteri.

• BN Menang atau Kalah, Rakyat tetap menang.• POLITIK BIJOK

Beza dua pendekatan yang wujudkan ketidak adilan

pembangunan negeri ramai cina dengan negeri yg majoriti melayu

islam

POLITIK KHIANAT BN KEPADA MELAYU

• POLITIK BODOH YANG MENGAKU PEJUANG BANGSA MENYEBABKAN NEGERI 90% MELAYU SEPERTI TERENGGANU DAN KELANTAN DAN JUGA KEDAH ANTARA YANG PALING MUNDUR

• 95% HASIL PETROLEUM DIBAWA KE PUSAT DAN DITABUR UNTUK PEMBANGUNAN NEGERI RAMAI BUKAN MELAYU.

• 5% DISEKAT. BUAT MACAM2 ALASAN. SABAH SARAWAK TERUS DAPAT ROYALTI WALAU PERJANJIAN SAMA.

PROJEK MEGA LAIN DI NEGERI LAIN SELAIN TERENGGANU

• RAPID PENGERANG JOHOR-RM60B• MRT KUALA LUMPUR-RM52B• PEMBINAAN KAPAL PERONDA TLDM LUMUT,

PERAK-RM27B (RM7B SELESAI, RM9B SEDANG)

• LANDASAN BERKEMBAR MMC GAMUDA RM12.485B PERLIS, KEDAH, PERAK.

• TG AGAS PEKAN HUB PETROLEUM RM5B

Di Terengganu yg sumbang hasil petroleum kepada pusat untuk lebih 30 tahun:

• Projek MEGA KORIDOR ECER. Akhbar 6 oktober 2012. Projek Ladang Herba RM20juta.

• Projek Kambing• Projek Keropok Lekor• Projek Lumba prahu layor !!!!• Projek Zoo Bukit Takal RM98juta

BN TERENGGANU MEMANG BIJOP SUNGGUH SEJOK DULLU LAGI!!!

Jadi jurucakap BN pusat beri alasan mengapa semua hak pusat, hok negeripun jadi

hok pusat…

FIKIRKAN LAH…

• ORANG DUK PULUN DUIT PETROLEUM RM BERATUS BILLION DI NEGERI LAIN

• PEMIMPIN BN TERENGGANU DUK MENGUNGKIT PADA RAKYAT TERENGGANU EHSAN KERAJAAN PUSAT BAGI ATAP, BAGI BR1M,..LEBUH RAYA PANTAI TIMUR TAK SIAP2?

• SEMUA ITU `CELAH GIGI’ BANDING APA YANG DITABUR DI NEGERI LAIN DARI HASIL PETROLEUM TERENGGANU…

NEGERI TERENGGANU TETAP DIANAK TIRI KAN

OLEH PUSAT.Walaupun rakyat dah

undi BN/UMNO.

2005 - RAMPASAN TANAH RAKYAT DI SELURUH NEGERI TERENGGANU

Senarai RTB : -Belimbing api Besut

Pengkalan merbau Setiu Bujal Kemaman

Baroh tok Jiring K. Nerus Banggol Donas K. Nerus

Batu Hampar K. Terengganu Padang Landak Besut

Bari Kecil Setiu

RAMPASAN TANAH PESAWAH KG

JELAPANG, SETIU UNTUK DIJADIKAN

MINI ESTET

Wakil Rakyat UMNO Baham Tanah

Yb Dato Abdullah

Yb Nawi

Yb Pehimin

Yb Dato.Idris

Wakil rakyat baham tanah

Yb Khazan

1.Ds Idris Jusoh/ADUN JERTIH pertanian 2.5 ekar

2.Dato Abdullah Md Zin/AP BESUT pertanian 2.5 ekar

3.Yb Nawi/ADUN HULU BESUT pertanian 2.5 ekar

4.Yb Pehimin/ADUN KOTA PUTERA pertanian 2.5 ekar

5.Yb Dr Abd Rahman/EXCO Tapak rumah 1 ekar

6.Yb Khazan/EXCO pertanian 2.5 ekar

7.Yb Rosol Wahid/ADUN AJIL

8.Yb Ir Rosli/ADUN KEMASIK

9.Yb Zawawi/ADUN K.BERANG

10.Dato Din Adam/ADUN BT BESI

11.Yb Alias Abdullah/ADUN ALOR LIMBAT

12.CIKGU MOHD NOR/AP Hulu Terengganu.

ANUGERAH TANAH KEPADA WAKIL RAKYAT UMNO.

Zoo Bukit Takal Kemaman

RM 94,949,373.00

Dok Kire - Bahang/Gomor Belaka

Base Berahi - Hiburan Melampau

Stadium Gaza Musnah Kena Bom

Stadium Tranung Musnah Kerana ??

Runtuh Sittu Sinning

Negeri Kaya Hutang Selang

Guane Gamok, Hok Lain Nelang Ngat

Apabila Kalah

PilihanrayaMaka

Hilanglah Kuasa,

Hilanglah Jawatan,

Terpaksalah Jual Tanah

Kuota Bumiputra

BANDING JANGANG DOK BANDING

10 TAWARAN AWAL JANJI PAS

Janji Dicapati

TUN SALLEH ABBAS BEKAS KETUA HAKIM NEGARA:

• `DENGAN PENARIKAN BALIK SAMAN ROYALTI OLEH KERAJAAN UMNO TERENGGANU (DATO’ AHMAD SAID),

SATU SATU CARA UNTUK RAKYAT TERENGGANU MENDAPAT KEMBALI ROYALTI ADALAH DENGAN

KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT DI PARLIMEN DAN NEGERI DENGAN MENGUASAI KERAJAAN PERSEKUTUAN…’

JANGAN ANIAYAI RAKYAT TERENGGANU!!!

FIKIR GOK SEKEJAP SEBELUM PAKOH

PR - Power Rakyat

ANALISA KEPUTUSAN PRU 12 – 2008

DI MANA KEKUATAN DAN KELEMAHAN LAWAN DAN SENDIRI

KAPAL – KAPAL DI ATAS ADALAH HEBAT, MAHAL SUDAH TENTU SELAMAT BERADA DIPELABUHANTETAPI BUKAN ITU TUJUAN IANYA DI BINA

JOM KITE BEKERJA SAMA, BERPASUKAN, BANTU MEMBANTU DLL

JOM

top related