tajuk projek: sistem pemantauan...
Post on 08-Jan-2020
22 Views
Preview:
TRANSCRIPT
TAJUK PROJEK:
SISTEM PEMANTAUAN KENDERAAN
KOD PROJEK:
I-ECO/49 (UNIMAP-11)
IPTA:
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS
KETUA PROJEK:
PROFESOR MADYA DR. MOHD FAREQ ABD MALEK
AKADEMIA:
TUNKU MUHAMMAD NIZAR TUNKU MANSUR
HASLIZA A. RAHIM@SAMSUDDIN
NASRUL HELMEI BIN HALIM
ERNIE BINTI CHE MID
NUR ADYANI BINTI MOHD AFFENDI
RAKAN INDUSTRI:
CANSYS TECHNOLOGY SDN. BHD.
BIDANG TUMPUAN UTAMA:
KEUNTUNGAN EKONOMI UNTUK SEKTOR INDUSTRI DI SEKTOR DIKENAL PASTI
TEMPOH PROJEK:
MEI 2011 – MEI 2012
1. RINGKASAN EKSEKUTIF
Projek Sistem Pemantauan Kenderaan ini adalah projek yang mereka bentuk platform dan seni bina produk dengan keutamaan kepada pesanan kolaborasi, multimedia dan keselamatan. Projek ini juga telah membangunkan pengujian dan pengkomersialan aplikasi mudah alih untuk Iphone, Android, Blackberry, Symbian dan Palm. Kerjasama antara Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan rakan industri syarikat Cansys Technology Sdn. Bhd. ini telah menghasilkan satu reka bentuk pembangunan prototaip yang unik dalam industri automotif. Pemindahan ilmu tentang pengetahuan automotif yang lebih menyeluruh ini telah memberi kesan kepada kedua-dua pihak. Syarikat Cansys Technology Sdn. Bhd. telah meningkatkan keuntungan dengan mengeluarkan produk Sistem Pemantauan Kenderaan, manakala Universiti Malaysia Perlis pula telah mendapat pengiktirafan kecemerlangan penyelidikan khususnya dalam bidang automotif.
2. IMPLEMENTASI PROJEK
PERKARA
BUTIRAN
OBJEKTIF
1) Untuk menghasilkan sistem pemantauan kenderaan bagi mengesan
kenderaan. 2) Untuk mengesan kenderaan yang diceroboh dengan membolehkan
pengguna mengawal kenderaan mereka tanpa wayar menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS).
3) Untuk menghasilkan sistem pemantauan kenderaan yang memaparkan lokasi kenderaan.
4) Untuk menghasilkan sistem pemantauan kenderaan yang membenarkan pengguna mengawal operasi kenderaan mereka dengan menghantar pesanan ringkas kepada satu unit pengawal.
5) Untuk menghasilkan sistem pemantauan kenderaan yang memberitahu pengguna kemungkinan kecurian kenderaan melalui pengesanan khidmat pesanan ringkas (SMS).
AKTIVITI
Pencapaian proses yang telah dibuat dibahagikan kepada 3 fasa: a) Fasa 1 – Penghasilan konsep b) Fasa 2 – Pembangunan sampel c) Fasa 3 – Verifikasi reka bentuk
OUTPUT
Industri: 1) Keuntungan syarikat telah meningkat hasil daripada teknologi baharu
sistem pemantauan kenderaan. 2) Kos pembangunan produk juga dapat dikurangkan. 3) Proses mereka bentuk dan menghasilkan prototaip lebih cepat dan
lebih baik. 4) Rakan industri telah mendapat manfaat daripada segi struktur
pengurusan yang diperlukan bagi menghasilkan produk, khususnya industri automotif.
5) Peningkatan daya kreativiti dan inovasi para pekerja di syarikat dengan tercetusnya pelbagai idea daripada teknologi automotif ini.
6) Kualiti penghasilan produk hasil teknologi baharu telah meningkat 20% berbanding produk keluaran syarikat pada sebelum ini.
7) Tahap kesedaran pekerja dalam penambahbaikan mutu produk-produk syarikat telah meningkat sebanyak 30%. Kesedaran ini telah ditimbulkan oleh akademia dan graduan pelatih projek ini.
8) Para pekerja mampu bekerja secara berpasukan bersama-sama graduan pelatih; dan hubungan antara pekerja dengan pelanggan syarikat juga dapat dilihat.
IPTA: 1) Hubungan yang erat antara industri dan IPTA akan memberi manfaat
bersama untuk bekerjasama pada masa hadapan. 2) IPTA juga telah mendapat ilmu pengetahuan baharu yang sebelum ini
tidak diketahui daripada industri seperti selok-belok hal pasaran automotif, persaingan dan lain-lain.
Pembangunan Modal Insan: 1) Graduan pelatih mendapat ilmu yang bermanfaat daripada pihak IPTA
dan pihak industri. 2) Graduan pelatih telah mendapat pengalaman bekerja seperti
pengurusan projek, kerja berpasukan, berkomunikasi dan sebagainya. 3) Graduan pelatih dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang
teknologi baharu, khasnya dalam industri automotif.
PEMEGANG TARUH & AGENSI
1) Universiti Malaysia Perlis 2) Cansys Technology Sdn. Bhd.
KEBERHASILAN
Industri: 1) Industri telah menjangkakan keuntungan sebanyak RM5 juta. 2) Industri telah dapat membangunkan produk baharu Sistem
Pemantauan Kenderaan.
IPTA: 1) IPTA mampu menjadi pemimpin dan menjadi pusat kecemerlangan
dalam bidang ini dan bidang lain yang berkaitan. 2) IPTA telah mendapat kecemerlangan penyelidikan dalam bidang
industri automotif. 3) IPTA menerima banyak projek dan permohonan perundingan daripada
syarikat-syarikat lain.
Pembangunan Modal Insan: 1) Graduan pelatih telah memperoleh prospek pekerjaan yang tinggi. 2) Graduan pelatih mampu berkomunikasi dan mahir membuat
pembentangan dan pengurusan projek. 3) Graduan pelatih telah mengembangkan keupayaan amali dan teknikal
dengan mereka bentuk dan membangunkan sistem dalam projek ini. 4) Graduan pelatih meningkatkan keyakinan diri dan mereka berminat
dalam bidang automotif.
3. LAPORAN KEMAJUAN PROJEK
A) Laporan Berkala Oleh Ketua Projek
PROPOSAL 3
BULAN 6
BULAN 9
BULAN 12
BULAN 15
BULAN LAPORAN
AKHIR
B) Laporan Berkala Oleh Industri
6 BULAN 9 BULAN 12 BULAN 15 BULAN LAPORAN
AKHIR
Laporan dihantar Laporan tidak dihantar
4. PENILAIAN PROJEK
Rakan Industri : Cansys Technology Sdn. Bhd. Tarikh Lawatan : 23 Januari 2014 Panel Penilai : 1) Encik Rudie Tajuddin @ TA (UPM) 2) Dr. Mohd Azman Hashim @ Ismail (USIM)
ANALISIS KESELURUHAN PENILAIAN (Item A hingga D dinilai oleh Panel Penilai KTP Pemantauan manakala Item E adalah penilaian oleh pihak Industri)
SEKSYEN ITEM PENILAI 1 PENILAI 2
A PENCAPAIAN PROJEK (40%) 35% 33%
B AKADEMIA (10%) 8% 8%
C GRADUAN PELATIH (10%) 8% 8%
D ORGANISASI INDUSTRI/KOMUNITI (10%) 9% 9%
E LAPORAN DARIPADA INDUSTRI (30%) 24% 24%
MARKAH KESELURUHAN (%) 84% 82%
MARKAH SELEPAS KUMULATIF 83%
PENILAIAN OLEH INDUSTRI
A) Penilaian Terhadap Akademia
BIL
PENILAIAN AKADEMIA
SKALA PENILAIAN
1.
Keberkesanan ilmu yang dipindahkan oleh akademia kepada industri
4/5
2.
Keupayaan akademia untuk membimbing bagi menyelesaikan masalah seperti mana yang dikehendaki oleh industri
4/5
3.
Pengetahuan akademia terhadap projek 4/5
4.
Komitmen akademia terhadap projek
4/5
B) Penilaian Terhadap Ilmu Yang Dipindahkan
BIL
PENILAIAN ILMU YANG DIPINDAHKAN
SKALA PENILAIAN
1.
Sasaran objektif projek yang telah dicapai
4/5
2.
Hasil yang dicapai berbanding dengan sumbangan yang disalurkan oleh industri
4/5
C) Penilaian Graduan Pelatih
BIL
PENILAIAN GRADUAN PELATIH
SKALA PENILAIAN
1.
Pengetahuan yang diperoleh graduan pelatih daripada projek
4/5
2.
Keberkesanan graduan pelatih menyampaikan ilmu
4/5
3.
Kemahiran graduan pelatih berkomunikasi, berfikir, merancang, memimpin dan kerja berpasukan
4/5
4.
Etika kerja graduan pelatih terhadap projek 4/5
Maklum Balas Keseluruhan Daripada Pihak Industri Terhadap Projek - Komen Daripada Panel Pakar KTP Pemantauan
Berdasarkan penilaian keseluruhan projek, projek ini telah mencapai objektifnya dan berjaya memindahkan ilmu kepakaran kepada rakan industri. Selain itu, penghasilan produk yang telah dibangunkan juga mampu memberi kelebihan daya saing kepada syarikat, khususnya dalam industri automotif. Bagaimanapun, pakar berpendapat projek ini masih mempunyai unsur penyelidikan pada permulaan projek. Oleh itu, projek ini diklasifikasikan dalam kategori kuning.
LAMPIRAN
Cansys Technology Sdn. Bhd. yang merupakan rakan industri dalam projek ini
Lawatan pemantauan oleh panel penilai di Cansys Technology Sdn. Bhd.
top related