tajuk projek: sistem pemantauan...

8
TAJUK PROJEK: SISTEM PEMANTAUAN KENDERAAN KOD PROJEK: I-ECO/49 (UNIMAP-11) IPTA: UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS KETUA PROJEK: PROFESOR MADYA DR. MOHD FAREQ ABD MALEK AKADEMIA: TUNKU MUHAMMAD NIZAR TUNKU MANSUR HASLIZA A. RAHIM@SAMSUDDIN NASRUL HELMEI BIN HALIM ERNIE BINTI CHE MID NUR ADYANI BINTI MOHD AFFENDI RAKAN INDUSTRI: CANSYS TECHNOLOGY SDN. BHD. BIDANG TUMPUAN UTAMA: KEUNTUNGAN EKONOMI UNTUK SEKTOR INDUSTRI DI SEKTOR DIKENAL PASTI TEMPOH PROJEK: MEI 2011 MEI 2012 1. RINGKASAN EKSEKUTIF Projek Sistem Pemantauan Kenderaan ini adalah projek yang mereka bentuk platform dan seni bina produk dengan keutamaan kepada pesanan kolaborasi, multimedia dan keselamatan. Projek ini juga telah membangunkan pengujian dan pengkomersialan aplikasi mudah alih untuk Iphone, Android, Blackberry, Symbian dan Palm. Kerjasama antara Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan rakan industri syarikat Cansys Technology Sdn. Bhd. ini telah menghasilkan satu reka bentuk pembangunan prototaip yang unik dalam industri automotif. Pemindahan ilmu tentang pengetahuan automotif yang lebih menyeluruh ini telah memberi kesan kepada kedua-dua pihak. Syarikat Cansys Technology Sdn. Bhd. telah meningkatkan keuntungan dengan mengeluarkan produk Sistem Pemantauan Kenderaan, manakala Universiti Malaysia Perlis pula telah mendapat pengiktirafan kecemerlangan penyelidikan khususnya dalam bidang automotif.

Upload: others

Post on 08-Jan-2020

22 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

TAJUK PROJEK:

SISTEM PEMANTAUAN KENDERAAN

KOD PROJEK:

I-ECO/49 (UNIMAP-11)

IPTA:

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

KETUA PROJEK:

PROFESOR MADYA DR. MOHD FAREQ ABD MALEK

AKADEMIA:

TUNKU MUHAMMAD NIZAR TUNKU MANSUR

HASLIZA A. RAHIM@SAMSUDDIN

NASRUL HELMEI BIN HALIM

ERNIE BINTI CHE MID

NUR ADYANI BINTI MOHD AFFENDI

RAKAN INDUSTRI:

CANSYS TECHNOLOGY SDN. BHD.

BIDANG TUMPUAN UTAMA:

KEUNTUNGAN EKONOMI UNTUK SEKTOR INDUSTRI DI SEKTOR DIKENAL PASTI

TEMPOH PROJEK:

MEI 2011 – MEI 2012

1. RINGKASAN EKSEKUTIF

Projek Sistem Pemantauan Kenderaan ini adalah projek yang mereka bentuk platform dan seni bina produk dengan keutamaan kepada pesanan kolaborasi, multimedia dan keselamatan. Projek ini juga telah membangunkan pengujian dan pengkomersialan aplikasi mudah alih untuk Iphone, Android, Blackberry, Symbian dan Palm. Kerjasama antara Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan rakan industri syarikat Cansys Technology Sdn. Bhd. ini telah menghasilkan satu reka bentuk pembangunan prototaip yang unik dalam industri automotif. Pemindahan ilmu tentang pengetahuan automotif yang lebih menyeluruh ini telah memberi kesan kepada kedua-dua pihak. Syarikat Cansys Technology Sdn. Bhd. telah meningkatkan keuntungan dengan mengeluarkan produk Sistem Pemantauan Kenderaan, manakala Universiti Malaysia Perlis pula telah mendapat pengiktirafan kecemerlangan penyelidikan khususnya dalam bidang automotif.

2. IMPLEMENTASI PROJEK

PERKARA

BUTIRAN

OBJEKTIF

1) Untuk menghasilkan sistem pemantauan kenderaan bagi mengesan

kenderaan. 2) Untuk mengesan kenderaan yang diceroboh dengan membolehkan

pengguna mengawal kenderaan mereka tanpa wayar menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS).

3) Untuk menghasilkan sistem pemantauan kenderaan yang memaparkan lokasi kenderaan.

4) Untuk menghasilkan sistem pemantauan kenderaan yang membenarkan pengguna mengawal operasi kenderaan mereka dengan menghantar pesanan ringkas kepada satu unit pengawal.

5) Untuk menghasilkan sistem pemantauan kenderaan yang memberitahu pengguna kemungkinan kecurian kenderaan melalui pengesanan khidmat pesanan ringkas (SMS).

AKTIVITI

Pencapaian proses yang telah dibuat dibahagikan kepada 3 fasa: a) Fasa 1 – Penghasilan konsep b) Fasa 2 – Pembangunan sampel c) Fasa 3 – Verifikasi reka bentuk

OUTPUT

Industri: 1) Keuntungan syarikat telah meningkat hasil daripada teknologi baharu

sistem pemantauan kenderaan. 2) Kos pembangunan produk juga dapat dikurangkan. 3) Proses mereka bentuk dan menghasilkan prototaip lebih cepat dan

lebih baik. 4) Rakan industri telah mendapat manfaat daripada segi struktur

pengurusan yang diperlukan bagi menghasilkan produk, khususnya industri automotif.

5) Peningkatan daya kreativiti dan inovasi para pekerja di syarikat dengan tercetusnya pelbagai idea daripada teknologi automotif ini.

6) Kualiti penghasilan produk hasil teknologi baharu telah meningkat 20% berbanding produk keluaran syarikat pada sebelum ini.

7) Tahap kesedaran pekerja dalam penambahbaikan mutu produk-produk syarikat telah meningkat sebanyak 30%. Kesedaran ini telah ditimbulkan oleh akademia dan graduan pelatih projek ini.

8) Para pekerja mampu bekerja secara berpasukan bersama-sama graduan pelatih; dan hubungan antara pekerja dengan pelanggan syarikat juga dapat dilihat.

IPTA: 1) Hubungan yang erat antara industri dan IPTA akan memberi manfaat

bersama untuk bekerjasama pada masa hadapan. 2) IPTA juga telah mendapat ilmu pengetahuan baharu yang sebelum ini

tidak diketahui daripada industri seperti selok-belok hal pasaran automotif, persaingan dan lain-lain.

Pembangunan Modal Insan: 1) Graduan pelatih mendapat ilmu yang bermanfaat daripada pihak IPTA

dan pihak industri. 2) Graduan pelatih telah mendapat pengalaman bekerja seperti

pengurusan projek, kerja berpasukan, berkomunikasi dan sebagainya. 3) Graduan pelatih dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang

teknologi baharu, khasnya dalam industri automotif.

PEMEGANG TARUH & AGENSI

1) Universiti Malaysia Perlis 2) Cansys Technology Sdn. Bhd.

KEBERHASILAN

Industri: 1) Industri telah menjangkakan keuntungan sebanyak RM5 juta. 2) Industri telah dapat membangunkan produk baharu Sistem

Pemantauan Kenderaan.

IPTA: 1) IPTA mampu menjadi pemimpin dan menjadi pusat kecemerlangan

dalam bidang ini dan bidang lain yang berkaitan. 2) IPTA telah mendapat kecemerlangan penyelidikan dalam bidang

industri automotif. 3) IPTA menerima banyak projek dan permohonan perundingan daripada

syarikat-syarikat lain.

Pembangunan Modal Insan: 1) Graduan pelatih telah memperoleh prospek pekerjaan yang tinggi. 2) Graduan pelatih mampu berkomunikasi dan mahir membuat

pembentangan dan pengurusan projek. 3) Graduan pelatih telah mengembangkan keupayaan amali dan teknikal

dengan mereka bentuk dan membangunkan sistem dalam projek ini. 4) Graduan pelatih meningkatkan keyakinan diri dan mereka berminat

dalam bidang automotif.

3. LAPORAN KEMAJUAN PROJEK

A) Laporan Berkala Oleh Ketua Projek

PROPOSAL 3

BULAN 6

BULAN 9

BULAN 12

BULAN 15

BULAN LAPORAN

AKHIR

B) Laporan Berkala Oleh Industri

6 BULAN 9 BULAN 12 BULAN 15 BULAN LAPORAN

AKHIR

Laporan dihantar Laporan tidak dihantar

4. PENILAIAN PROJEK

Rakan Industri : Cansys Technology Sdn. Bhd. Tarikh Lawatan : 23 Januari 2014 Panel Penilai : 1) Encik Rudie Tajuddin @ TA (UPM) 2) Dr. Mohd Azman Hashim @ Ismail (USIM)

ANALISIS KESELURUHAN PENILAIAN (Item A hingga D dinilai oleh Panel Penilai KTP Pemantauan manakala Item E adalah penilaian oleh pihak Industri)

SEKSYEN ITEM PENILAI 1 PENILAI 2

A PENCAPAIAN PROJEK (40%) 35% 33%

B AKADEMIA (10%) 8% 8%

C GRADUAN PELATIH (10%) 8% 8%

D ORGANISASI INDUSTRI/KOMUNITI (10%) 9% 9%

E LAPORAN DARIPADA INDUSTRI (30%) 24% 24%

MARKAH KESELURUHAN (%) 84% 82%

MARKAH SELEPAS KUMULATIF 83%

PENILAIAN OLEH INDUSTRI

A) Penilaian Terhadap Akademia

BIL

PENILAIAN AKADEMIA

SKALA PENILAIAN

1.

Keberkesanan ilmu yang dipindahkan oleh akademia kepada industri

4/5

2.

Keupayaan akademia untuk membimbing bagi menyelesaikan masalah seperti mana yang dikehendaki oleh industri

4/5

3.

Pengetahuan akademia terhadap projek 4/5

4.

Komitmen akademia terhadap projek

4/5

B) Penilaian Terhadap Ilmu Yang Dipindahkan

BIL

PENILAIAN ILMU YANG DIPINDAHKAN

SKALA PENILAIAN

1.

Sasaran objektif projek yang telah dicapai

4/5

2.

Hasil yang dicapai berbanding dengan sumbangan yang disalurkan oleh industri

4/5

C) Penilaian Graduan Pelatih

BIL

PENILAIAN GRADUAN PELATIH

SKALA PENILAIAN

1.

Pengetahuan yang diperoleh graduan pelatih daripada projek

4/5

2.

Keberkesanan graduan pelatih menyampaikan ilmu

4/5

3.

Kemahiran graduan pelatih berkomunikasi, berfikir, merancang, memimpin dan kerja berpasukan

4/5

4.

Etika kerja graduan pelatih terhadap projek 4/5

Maklum Balas Keseluruhan Daripada Pihak Industri Terhadap Projek - Komen Daripada Panel Pakar KTP Pemantauan

Berdasarkan penilaian keseluruhan projek, projek ini telah mencapai objektifnya dan berjaya memindahkan ilmu kepakaran kepada rakan industri. Selain itu, penghasilan produk yang telah dibangunkan juga mampu memberi kelebihan daya saing kepada syarikat, khususnya dalam industri automotif. Bagaimanapun, pakar berpendapat projek ini masih mempunyai unsur penyelidikan pada permulaan projek. Oleh itu, projek ini diklasifikasikan dalam kategori kuning.

LAMPIRAN

Cansys Technology Sdn. Bhd. yang merupakan rakan industri dalam projek ini

Lawatan pemantauan oleh panel penilai di Cansys Technology Sdn. Bhd.

Penghasilan produk sistem pemantauan kenderaan yang telah dibangunkan untuk mengesan kenderaan

Sistem pemantauan kenderaan ini mampu mengesan kemungkinan kecurian kenderaan melalui khidmat

pesanan ringkas (SMS)