tajuk 2-pendekatan bersepadu

Post on 03-Jan-2016

113 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

pendidikan kesihatan

TRANSCRIPT

DISEDIAKAN OLEH :UMI NORMIZAN BINTI

SAFIE810620-01-5110

PGSR PJ KOHORT 2

UNTUK PERHATIAN:CIK SHAIREENA BT

JAAFARJABATAN PJ IPGKTI

PROGRAM KESIHATAN SEKOLAHTAJUK 2: PENDEKATAN BERSEPADU

ౄ� POLISI KESIHATAN SEKOLAH ౄ� PERSEKITARAN FIZIKAL SEKOLAH ౄ� PERSEKITARAN SOSIAL SEKOLAH

ౄ� PENGLIBATAN KOMUNITI ౄ� KEMAHIRAN KESIHATAN DIRI

ౄ� PERKHIDMATAN KESIHATAN SEKOLAH

Apakah pendekatan bersepadu?Enam teras utama telah digariskan bagi mewujudkan satu pendekatan bersepadu di antara warga sekolah. PIBG, sektor awam, sektor swasta, badan bukan kerajaan serta masyarakat setempat ke arah melahirkan sekolah yang sihat.

1.Polisi Kesihatan Sekolah

2.Persekitaran Fizikal Sekolah yang sihat dan Selamat

3.Persekitaran Sosial Sekolah yang sihat dan Selamat

4.Penglibatan Komuniti

5.Kemahiran Kesihatan Diri

6.Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

Teras-teras ini hendaklah diterjemahkan kepada strategi-strategi dan kaedah pelaksanaan yang lebih khusus agar ianya mudah difahami dan dapat dilaksanakan oleh semua warga sekolah.

Ciri-ciri promosi kesihatan, penerapan nilai-nilai kesihatan secara menyeluruh yang merangkumi aspek fizikal, mental, psiko-sosial dan kerohanian adalah di antara ciri-ciri yang diberikan penekanan dan penelitian bagi membangun dan membentuk satu model sihat dan amalan gaya hidup sihat.

Pendekatan Bersepadu memberi ruang untuk tindakan bersepadu yang mengambil kira:

1.Kurikulum sekolah

2.Keadaan fizikal dan sosial sekolah

3.Perkhidmatan kesihatan sekolah

4.Peraturan dan garis panduan yang

memberi impak kepada kesihatan.

Ianya melibatkan semua warga sekolah termasuk:

Pentadbir sekolah

Guru

Pekerja

Masyarakat setempat

Seterusnya menjadi asas dalam membentuk satu negara yang sihat.

Pendekatan Bersepadu dapat menyokong dan meningkatkan pendidikan dan kesihatan seluruh warga sekolah.

Untuk ke arah pencapaian wawasan negara.

Melahirkan warga sekolah dan

persekitarannya yang:

SihatSelamat

Berkualiti

MATLAMAT PBSSMelahirkan warga sekolah dan persekitarannya yang selamat, sihat dan berkualiti kearah pencapaian wawasan Negara

VISI PBSSGenerasi yang berilmu, sihat dan proresif.

MISI PBSS

Sekolah sebagai institusi yang mempromosikan kesihatan.

1. Memastikan agar setiap sekolah dapat:

2. Menetapkan polisi kesihatan sekolah.

3. Memelihara dan menigkatkan persekitaran

sekolah yang bersih, ceria dan selamat.

4. Membina satu persekitaran sosial sekolah yang

menggalakkan amalan cara hidup sihat.

5. Meningkat kerjasama dan penglibatan komuniti

di dalam program kesihatan sekolah.

6. Memberi pengetahuan serta memupuk sikap dan

amalan kesihatan yang baik agar setiap warga

sekolah lebih bertanggungjawab terhadap penjagaan

kesihatan diri, keluarga dan masyarakat.

7. Menyediakan perkhidmatan kesihatan sekolah dari

aspek:

• Penilaian taraf kesihatan murid

• Khidmat rawatan (termasuk rawatan

kecemasan), rujukan, bimbingan dan

kaunseling

8. Pengawalan dan pencegahan kejadian penyakit

9. Mengenal pasti, merujuk dan membantu dalam

penempatan kanak-kanak kurang upaya.

Pendekatan Bersepadu

KEBAIKAN KEPENTINGAN

Pendekatan Bersepadu ini memberi beberapa kebaikan dan kepentingan seperti:

1.Ia mempergunakan model kesihatan holistik

yang merangkumi aspek fizikal, mental, sosial dan

persekitaran. Ini mempastikan satu persekitaran

sekolah yang sihat terbentuk dan membuka

peluang kepada kanak-kanak untuk mengamalkan

tabiat kesihatan yang baik.

2.Ia menggalakkan penglibatan keluarga dalam

perkembangan pengetahuan dan kemahiran

kesihatan kanak-kanak.

3. Ia juga memberi penekanan kepada pentingnya

persekitaran fizikal seperti bangunan, sanitasi,

bekalan air dan padang permainan kanak-kanak

yang mempengaruhi kesihatan kanak-kanak.

4. Ia juga mengenal pasti kepentingan iklim sosial

sekolah di dalam membantu suasana

pembelajaran yang positif.

5. Ia menghubungkaitkan

sekolah dengan

perkhidmatan kesihatan

daerah dan kawasan bagi

menyelesaikan masalah

kesihatan tertentu di

kalangan kanak-kanak.

6. Ia memberi penekanan

kepada penglibatan pelajar

secara aktif di dalam

kurikulum formal untuk

membentuk satu siri

pengetahuan dan juga

kemahiran berkaitan

kesihatan.

7. Ia memperkemaskan perseimbangan di antara pendidikan dan

kesihatan di dalam meningkatkan keupayaan kesihatan bagi

kanakkanak perempuan dan wanita dalam komuniti.

8. Ia memberikan satu persekitaran kerja yang menggalakkan dan

positif kepada warga sekolah.

9. Ia memberi kesempatan kepada sekolah dan masyarakat

setempat bagi bekerjasama dalam inisiatif kesihatan yang

membawa faedah kepada pelajar, keluarga dan anggota

masyarakat.

Guru merupakan penggerak utama untuk memastikan kejayaan pendekatan ini. Penerangan yang jelas mengenaipendekatan bersepadu hendaklah diberi bagi membolehkan perancangan dan pelaksanaan berkesan aktiviti pendekatan bersepadu.

PERANAN GURU

Antara peranan guru ialah:

1. Memahami teras utama PBSS.

2. Menyokong, melaksana dan memperkukuhkan aktiviti-

aktiviti Pendekatan Bersepadu yang dirancang oleh

Jawatankuasa peringkat sekolah.

3. Bertanggungjawab untuk memastikan aktiviti-aktiviti

boleh dilaksanakan oleh Jawatankuasa peringkat sekolah.

4.Menjadi contoh kepada murid dalam mengamalkan cara

hidup sihat.

5.Menggalakkan murid menyertai aktiviti Pendekatan

Bersepadu dengan aktif.

6.Memberi penerangan kepada Ibu bapa dan mesyarakat

setempat mengenai Pendekatan Bersepadu.

Objektif UmumMemberi pengetahuan warga sekolah untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam aspek-aspek kesihatan fizikal, mental dan sosial.

Objektif Khusus

Pada akhir program, pelajar atau murid

seharusnya dapat:

1.Mewujudkan warga sekolah yang faham dan

melaksanakan aspek-aspek kesihatan fizikal

iaitu:

•kebersihan diri (gigi, kuku, rambut dan

pakaian)

•Makanan yang sihat

2.Meningkatkan kemahiran guru, PRS dan

pelajar tentang perkara-perkara berkaitan:

•aspek perkembangan mental dan sosial

•cara-cara mengatasi masalah mental dan

sosial

•tekanan

DEFINISISatu pernyataan yang jelas yang menentukan tindakan dan keperluan sumber bagi mempromosikan kesihatan.

FUNGSIPolisi Kesihatan Sekolah bertujuan untuk :•Menyediakan piagam sekolah sebagai panduan kepada warga sekolah dan masyarakat luar.•Merancang dan mengawasi pelaksanaan polisi kesihatan sekolah.

POLISIDiantara polisi yang boleh dibentuk oleh sebuah sekolah yang berkaitan dan bersesuaian dengan keperluan sekolah ialah:•Polisi keselamatan makanan di kantin sekolah.•Polisi bebas asap rokok dan dadah.•Polisi pertolongan cemas.•Polisi keselamatan sekolah.•Polisi kawalan penyakit.•Polisi persekitaran fizikal sekolah.•Polisi persekitaran sosial sekolah.•Polisi pendidikan kesihatan.•Polisi peranan warga sekolah dan masyarakat.

DEFINISIPersekitaran fizikal sekolah yang sihat dan selamat ialah keadaan sekolah yang mempunyai kemudahan asas dan fizikal yang sentiasa bersih, ceria, selamat dan sihat.

FUNGSI•Mewujudkan persekitaran fizikal yang bersih dan selamat.•Mewujudkan persekitaran yang bebas daripada risiko jangkitan penyakit.

AKTIVITI Memastikan semua kemudahan asas di sekolah mencukupi dan sentiasa dalam keadaan bersih, ceria, selamat dan sihat yang merangkumi:

i.Bangunan sekolahii.Bilik darjahiii.Tandasiv.Bekalan airv.Telefonvi.Kebun/landskapvii.Makmalviii.Kantinix.Asramax.Klinikxi.Dewan

StorTempat letak keretaPagarPerparitanSistem pembuangan sisa pepejalPili bombaPadang permainan

•Memastikan persekitaran yang bersih dan selamat untuk menggalakkan amalan kesihatan yang betul.

• Memastikan kantin, dapur asrama dan dewan makan sekolah sentiasa bersih, selamat dan mematuhi peraturan-peraturan kesihatan yang terdapat dalam Garis Panduan Kantin Sekolah dan Pekeliling Pembangunan dan Bekalan Bil. 2/1994 (Pengendalian Asrama).

• Memastikan pengamalan penyediaan dan pengambilan makanan berkhasiat dan bermutu oleh warga sekolah selaras dengan dasar pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia semasa.

• Memastikan sekolah sebagai kawasan bebas asap rokok dimana Pengetua, Guru Besar atau guru akan diwakilkan kuasa untuk mengkompaun di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 1993

• Memastikan sekolah bebas dari pembiakan nyamuk Ades mengikut Buku Panduan Program Bebas Denggi di Sekolah 1994.

• Memastikan persekitaran sekolah bebas dari pencemaran udara, air dan bunyi bising.

PEMANTAUAN DAN PENILAIAN

Indkator-indikator:•Peratus sekolah mempunyai rating ≥70% untuk 3K(keceriaan, keindahan dan keselamatan)•Peratus sekolah melaksanakan program bebas denggi di sekolah.•Peratus sekolah mencapai ≥75% rating bebas denggi di sekolah.•Peratus sekolah mencapai 75 rating premis makanan.•Peratus sekolah mematuhi 100% peraturan larangan merokok.•Peratus sekolah bebas daripada kemalangan di sekolah.

DEFINISIPersekitaran mental dan sosial yang sihat dan selamat ialah persekitaran yang boleh membentuk sikap dan amalan kearah membina sahsiah warga sekolah yang murni dan dapat mengatasi segala cabaran.

FUNGSI•Menyediakan persekitaran yang kondusif untuk perkembangan mental yang sihat dan mengurangkan tekanan (stress) di kalangan warga sekolah.

•Menyediakan persekitaran sosial yang sihat untuk perkembangan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek warga sekolah.

AKTIVITI•Membina ketahanan mental dan keyakinan diri warga sekolah melalui penghayatan agama dan nilai-nilai murni.

•Memberi perkhidmatan kaunseling terhadap kes-kes yang memerlukan.

•Menjalankan pelbagai aktiviti untuk mengurangkan tekanan (stress) di kalangan warga sekolah seperti kegiatan Pembimbing Rakan Sebaya,reksreasi, hobi, punching bag, sudut pidato, papan conteng dsb.

•Melaksanakan amalan Cara Hidup Sihat pada setiap masa.

PEMANTAUAN DAN PENILAIAN

Indikator-indikator

•Peratus sekolah bebas daripada penggunaan dadah.•Peratus sekolah bebas dari kes Jenayah.•Peratus sekolah menjalankan program PROSTAR.•Peratus sekolah menjalankan aktiviti khidmat nasihat/ kaunseling / anti stress.

DEFINISISatu bentuk kerjasama di antara warga sekolah, ibu bapa serta masyarakat yang menyokong dan meningkatkan tahap kesihatan warga sekolah.

FUNGSI•Penglibatan aktif dalam aktiviti kesihatan.•Melibatkan diri dalam bentuk tenaga kepakaran/ bahan/ kewangan.•Memberi dorongan dan sokongan moral kepada murid.•Menjadi “role model” amalan cara hidup sihat.

AKTIVITIDalam mencapai matlamat PBSS, aktiviti yang boleh dijalankan untuk memenuhi fungsi penglibatan komuniti adalah seperti berikut:•PROSTAR ( Program Sihat Tanpa AIDS Untuk Remaja)•Bebas Denggi Di Sekolah•Anti Merokok•Kempen Cara Hidup Sihat•Program Kantin Sihat•Sekolah Bersih•Bebas Dadah•Keselamatan•Rekreasi•Agama dan Kerohanian•Kekeluargaan

DEFINISI Satu usaha untuk membentuk sikap yang positif kearah amalan cara hidup sihat di kalangan warga sekolah.

FUNGSIMengadakan pembelajaran dan pengajaran yang formal dan tidak formal dalam mengendalikan kesihatan fizikal, mental rohani dan sosial, serta alam sekeliling kearah amalan cara hidup sihat.

AKTIVITIAktiviti Kemahiran Kesihatan Diri boleh dijalankan melalui pendidikan formal dan tidak formal di sekolah. Aktiviti-aktiviti tersebuat adalah seperti berikut: Kesihatan Fizikal

Kebersihan Diri

Pertolongan Cemas

Anatomi dan Fisiologi

Tubuh Badan

Kesihatan Pergigian

Senaman dan Kecergasan

Makan Secara Sihat

Tekanan Rakan Sebaya dan Keluarga

Kesihatan Mental Dan

Sosial

DEFINISI

Perkhidmatan kesihatan sekolah merangkumi promosi kesihatan dan pemakanan, penjagaan kesihatan, rawatan, rujukan serta penempatan di kelas khas yang diberi oleh doktor perubatan dan pergigian, kakitangan kejururawatan dan guru-guru untuk pencapaian kesihatan optimum warga sekolah.

FUNGSI

•Membina kesedaran dan kefahaman warga sekolah tentang kepentingan kesihatan optimum dan pengamalan cara hidup sihat.

•Mengesan masalah kesihatan, merawat dan merujuk kes yang memerlukan perhatian serta tindakan lanjut.

•Memberitahu guru dan ibu bapa tentang tahap kesihatan murid untuk membolehkan rawatan lanjut dan tindakan susulan bagi kes tertentu.

•Mencegah dan mengawal kejadian penyakit.

•Menentukan rancangan khas seperti rancangan makanan tambahan dan program susu sekolah kepada murid dilaksana dengan sempurna.

•Memberi khidmat pertolongan cemas dan rujukan kepada warga sekolah.

•Menjalankan pemantauan dan penilaian ke atas aktiviti-aktiviti kesihatan sekolah.

AKTIVITI

Penilaian Status Kesihatan

Pertolongan cemas

Pemakanan

Rujukan dan Tindakan Susulan

Pergigian

Khidmat Kaunseling

Kanak-kanak dan Keperluan Khas

Pendidikan Kesihatan

PENDIDIKAN KESIHATAN

SECARA FORMAL

SECARA TIDAK FORMAL

GURU PELAJAR

Mengadakan kempen-kempen kesihatanMengadakan kuiz kesihatanMengadakan pameran kesihatan.Mengadakan ceramah/forum kesihatan Mengadakan demonstrasi aktivitiMenjalankan pemeriksaan berkalaMelakukan pemeriksaan kebersihan diri oleh guru dan pelajar sendiri.Mengadakan khidmat kaunseling.

AMALAN KESIHATAN

•Menubuhkan satu Jawatankuasa Kesihatan Sekolah yang dianggotai oleh guru dan ahli PIBG di setiap sekolah.

•Menubuhkan Kelab Kesihatan di kalangan pelajar di setiap sekolah.

•Mengadakan Biro Kesihatan dalam PIBG setiap sekolah.

•Mengamalkan Cara Hidup Sihat.

PROMOSI KESIHATAN SEKOLAH

•Guru perlu didedahkan kepada kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran berkaitan aktiviti promosi kesihatan sekolah.

•Sekolah perlu memastikan bahawa setiap warga sekolah mengetahui dan mematuhi akta dan peraturan yang berkaitan dengan kesihatan sekolah.

PERANAN

Peringkat Sekolah Peranan Murid.•Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti PBSS yang dirancang.

•Memberi cadangan aktiviti-aktiviti PBSS yang boleh dilaksanakan.

•Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran kesihatan supaya lebih bertanggungjawab menjaga kesihatan diri sendiri.

•Menyampaikan maklumat kepada ibu bapa dan masyarakat setempat mengenai aktiviti –aktiviti kesihatan dalam PBSS yang dijalankan di sekolah.

Peranan Guru

Guru merupakan penggerak utama untuk memastikan kejayaan program ini. Penerangan yang jelas mengenai konsep PBSS hendaklah diberi bagi membolehkan perancangan dan pelaksanaan berkesan aktiviti PBSS.Antara peranan guru ialah:

•Memahami teras-teras utama PBSS.•Menyokong, melaksana dan memperkukuhkan aktiviti-aktiviti PBSS yang dirancang oleh Jawatankuasa PBSS peringkat sekolah.•Bertanggungjawab untuk memastikan aktiviti-aktiviti PBSS bolehdilaksanakan oleh Jawatankuasa PBSS peringkat sekolah.•Menjadi contoh kepada murid dalam mengamalkan cara hidup sihat.•Menggalakkan murid menyertai aktiviti PBSS dengan aktif.•Memberi penerangan kepada ibu bapa dan masyarakat setempat mengenai PBSS.

Peranan Pengetua / Guru Besar

•Memberi penerangan kepada guru-guru mengenai pelaksanaan PBSS di sekolah.•Menubuhkan Jawatankuasa PBSS di peringkat sekolah yang dianggotai oleh guru-guru, wakil agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta wakil masyarakat setempat.•Merancang aktiviti •Memastikan pelaksanaan dan pemantauan aktiviti PBSS•Menjalinkan hubungan yang baik serta memberi penerangankepada masyarakat setempat , agensi-agensi kerajaan danbukan kerajaanberkaitan dengan PBSS.

Peranan Ibu Bapa dan Masyarakat

•Melibatkan diri secara aktif dan menyokong aktiviti PBSS yang dirancang oleh sekolah.•Memberi sumbangan dari segi kepakaran , kewangan, tenaga dan peralatan serta kerjasama kepada sekolah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti PBSS.•Memberi galakan kepada anak-anak untuk menyertai aktiviti berkaitan PBSS.•Memberi cadangan aktiviti PBSS yang boleh dilaksanakan kepada Jawatankuasa PBSS peringkat sekolah.•Menjadi contoh kepada anak-anak dalam mengamalkan cara hidup sihat.

Peranan Pejabat Pendidikan Bahagian/ Daerah

•Memberi penerangan kepada sekolah mengenai pelaksanaan PBSS.

•Memberi bimbingan kepada sekolah untuk menubuhkan Jawatankuasa PBSS dan seterusnya merancang dan menjalankan aktiviti.

•Menghubungi agensi-agensi kerajaan yang ada kaitan untuk memberi bantuan kepada sekolah-sekolah menjalankan PBSS.

•Mengendali dan memantau perjalanan program.

Peranan Jabatan Pelajaran Negeri

•Memberi penerangan kepada Bahagian/ Daerah mengenai pelaksanaan PBSS.

•Memberi bimbingan kepada Bahagian/ Daerah untuk menubuhkan Jawatankuasa PBSS dan seterusnya merancang dan menjalankan aktiviti.

•Menghubungi agensi-agensi kerajaan yang ada kaitan untuk memberi bantuan kepada Bahagian / Daerah menjalankan PBSS.

•Mengendali dan memantau perjalanan program.

JAWATANKUASA PBSS8.5.1 Peringkat Sekolah•Keahlian Pengerusi : Pengetua/Guru BesarSeiausaha : Guru KesihatanAhli-ahli : Wakil Lembaga Pengurus/Pengelola

Wakil PIBG Wakil JKKK (Kesihatan) Wakil Pejabat Kesihatan Daerah Wakil lain-lain dilantik

•Bidang Rujukan•Mengenalpasti dan mengemaskinikan polisi kesihatan sekolah.•Merancang dan melaksanakan Program Bersepadu Sekolah Sihat.•Memastikan latihan guru-guru pelaksana dan penyelia PBSS.•Menjalankan aktiviti /latihan murid, ibu bapa dan masyarakat.•Mendapatkan kerjasama daripada lapisan masyarakat dan agensi berkaitan untuk menyokong pelaksanaan PBSS.•Mengawasi dan menilai keberkesanan PBSS.•Menyediakan laporan pelaksanaan PBSS peringkat sekolah.

Peringkat Bahagian/Daerah•KeahlianPengerusi Bersama : Pegawai Pendidikan Daerah

Pegawai Kesihatan DaerahSetiausaha : Penyelia Kesihatan SekolahAhli-ahli : Ketua Penolong Pegawai Daerah

Peg. Perubatan dan Kesihatan Jurutera Daerah Peg. Kebajikan Masyarakat Pegawai Agama Daerah Lain-lain yang dilantik

Bidang Rujukan•Menyelaras , mengawasi dan menilai pelaksanaan PBSS di peringkat Bahagian dan Daerah.•Bekerjasama dengan semua agensi terlibat, warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat dalam melaksanakan PBSS.•Mengemukakan cadangan-cadangan pelaksanaan PBSS kepada Jawatankuasa Peringkat Negeri.•Menyediakan laporan pelaksanaan PBSS peringkat Daerah.

Peringkat NegeriKeahlianPengerusi Bersama : Pengarah Pendidikan Negeri

Pengarah Kesihatan NegeriSetiausaha : Ketua Sektor Pengurusan

Pembangunan Kemanusiaan , JPNAhli-ahli : Timbalan Pengarah Kesihatan

(Kes Awam) Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Pengarah Jabatan Kerjaraya Pengarah Penerangan Penolong Pengarah Kesihatan (Latihan) Jabatan Pendidikan Negeri Ketua Sektor JPN Pengarah Jabatan Agama Lain-lain yang dilantik.

Peringkat Kebangsaan Keahlian Pengerusi Bersama : Ketua Pengarah Pendidikan

: Ketua PengarahSetiausaha : Pengarah Bahagian SekolahAhli-ahli : Pengarah Pembangunan Kesihatan

Keluarga Pengarah Kawalan Mutu Makanan Pengarah Pendidikan Kesihatan Pengarah Perkhidmatan Pergigian Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Pengarah Pusat Perkembangan KurikulumPengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Wakil jabatan Pendidikan Agama Islam Dan MoralPengarah Jabatan Kebajikan MasyarakatLain-lain ahli yang dilantik

•Bidang Rujukan•Menggubal polisi PBSS•Menetukan halatuju PBSS•Merancang dan mengkaji keperluan PBSS dari semasa ke semasa.

PEMANTAUAN DAN PENILAIAN Untuk menentukan kejayaan dan kemajuan PBSS dalam mencapai objektif-objektifnya pemantauan dan penilaian yang berterusan perlu dijalankan. Antara kaedah yang boleh digunakan untuk pemantauan adalah:

REKOD9.1.1 Rekod kesihatan Murid (RKM 1)•RKM 1 mengandungi maklumat penting kesihatan murid bagi mengawal pandu pertumbuhan dan kesihatannya.•RKM 1 hendaklah disemak dan dilengkapkan dari semasa ke semasa.

9.2 RETENMengikut pengumpulan data yang diperolehi melalui “Health Management Information System” (Siri KSK).

LAPORAN TAHUNAN

Laporan tahunan pelaksanaan PBSS hendaklah dibuat di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.

SISTEM PENGIKTIRAFAN

Pengiktirafan akan dberikan kepada sekolah-sekolah yang menjalankan PBSS secara berkesan berdasarkan kepada kriteria yang ditetapkan melalui enam komponen yang dikenalpasti. Pemantauan dan penilaian PBSS hendaklah dilaksanakan secara berterusan di semua peringkat.

PENUTUP

Pelaksanaan PBSS adalah satu usaha untuk mempromosi kesihatan di kalangan warga sekolah. PBSS juga akan menjadi teraju utama dalam mencapai cita-cita warisan budaya Negara. Setiap warga sekolah pada amnya bertanggungjawab untuk mempastikan agar PBSS dihayati di setiap peringkat, khususnya di kalangan pelajar. Pelajar kita hari ini adalah pelapis masyarakat Malaysia di masa hadapan.Melalui Program Bersepadu Sekolah Sihat ini, diharap satu masyarakat majmuk yang prihatin dan mengutamakan kesihatan dalam setiap aspek dapat diwujudkan.

AKTA, GARIS PANDUAN DAN SURAT PEKELILING:

1)AKTA

a.AKTA PENDIDIKAN 1996b.AKTA DDBIA 1995c.Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja 1994d.Akta Penderaan Kanak-Kanak 1992e.Akta Pencegahan Dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) 1988f.Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988g.Akta Makanan 1983 Dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985h.Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan )1983i.Akata Kawalan Mutu Makanan 1983j. Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975k.Akta Kerajaan Tempatan 1975l. Akta Parit, Jalan Dan Bangunan 1974

GARISPANDUANa.Garispanduan Amalan Kebersihan Sekolah 1997b.Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 1997c.Buku Panduan PROSTARd.Modul Latihan PROSTARe.Graispanduan Kantin Sekolah (Edidi 1996)f.Garispanduan ‘Incremental Dental Care” Tahun 1996g.Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 1995h.Garispanduan Rancangan Kesihatan Sekolah (November 1994)i.Garispanduan Asrama-Pekeliling Pembanguan Dan Bekalan Bil. 2/1994j.Garispanduan Sekolah Bebas Denggi Di Sekolah 1994k.Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 1993l.Garispanduan Program Susu Sekolah 1987m.Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984n.Garispanduan Rancangan Makanan Tambahan o.Buku Panduan Disiplin Sekolahp.Mengindahkan Sekolah Dan Kawasannya (Landscaping)

1)SURAT PEKELILING

a.Surat Pekuliling Ikhtisas Bil. 1/1981- Jualan Makanan Dan Minuman Di Kantin-Kantin Sekolah Untuk Murid-Murid Yang Berbilang Agama.b. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1981 : 16 September 1981 – Kebersihan Di Sekolah-Sekolahc. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1983 : Kantin Sekolah. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1983: 7 November 1983 – Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid Yang Telah Melakukan Perbuatan Salah Laku Yang Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan- Peraturan Pelajarand. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 : 2 Februari 1985- Penubuhan Jawatankuasa Sekolah Sebagai Institute Masyarakat.e. Surat Pekeliling Ikhtiss Bil. 6/1985- 9 Mei 1985- Peraturan Pakaian Guru Di Sekolah/ Pensyarah Di Maktab Perguruan, Politeknik, Lain-Lain Pegawai Dan Kakitangan Perkhidmatan Pelajaran Di Pejabat Pelajaran Daerah Atau Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri Dan Kementerian Pelajaran.f. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1985 : 22 November 1985 Pakaian Seragam Murid-Murid (Pindaan)

top related