tajuk 13-sebutan baku kata terbitan

Post on 09-Aug-2015

87 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

BMM 3108

TRANSCRIPT

SEBUTAN BAKU KATA TERBITAN

Nor Halimah binti MahatRaudah binti Saidin

Zulaikha Aira binti Abd Wahab

KATA TERBITAN• Bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang

mendapat atau menerima imbuhan. Terbentuk melalui proses pengimbuhan iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar dan menghasilkan empat bentuk kata terbitan:

• Kata dasar + imbuhan = kata terbitan

– Kata Terbitan Berawalan

– Kata Terbitan Berakhiran

– Kata Terbitan Berapitan

– Kata Terbitan Bersisipan

Kata dasar = perkataan yang berubah maknanya

apabila menerima imbuhan.

contoh : makan makanan pemakanan

Kata akar= kata jati sesuatu perkataan

contoh : tawa ketawa mudi kemudi

IMBUHAN

Imbuhan ialah unit-unit bahasa yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya.Imbuhan dapat dibahagikan pada empat jenis.

a) IMBUHAN AWALAN Unsur imbuhan yang ditambahkan pada bahagian hadapan kata dasar. Contoh : - imbuhan ‘ber’ dalam ‘bersukan’ = ber+sukan

b) IMBUHAN AKHIRANUnsur imbuhan yang hadir selepas kata dasarContoh : - imbuhan ‘-an’ dalam ‘makanan’ = makan+an. - imbuhan ‘-kan’ dalam ‘kembalikan’ = kembali+kan

c) IMBUHAN APITANImbuhan yang melingkungi kata dasar iaitu dua bahagian imbuhan yang hadir serentak pada awal dan akhir perkataanContoh :‘men..kan’ dalam ‘mendebarkan’

pe….an’ dalam ‘pendidikan

d) IMBUHAN SISIPANUnsur imbuhan yang hadir di celahan kata dasar. Bentuk ini tidak lagi produktif dalam pembentukan kata terbitan, iaitu kata terbitan baru tidak lagi dibentuk dengan imbuhan sisipanContoh: ‘…er…’ dalam ‘keruping’

‘…el…’ dalam ‘telunjuk’ 

Awalan dapat wujud dalam kata nama terbitan,kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan.Contohnya : Awalan kata adjektif

ter- (terbesar,terputih)te- (teruncing,terendah,teringin)se- (secantik,secerah,setebal)

Kata Terbitan Berawalan

Apitan wujud dalam kata nama terbitan,kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan. Imbuhan hadir secara melingkungi kata dasar iaitu dua bahagian imbuhan yang hadir serentak pada awal dan akhir perkataan

Contohnya :ber…kan (beralaskan,berlaukkan)diper…i (diperdengarkan,diperbahaskan)ke…an (kehujanan,kehausan,kepanaskan)di…kan (didekati,dimulai,diadili)

Kata Terbitan Berapitan

Sisipan bahasa Melayu hanya dapat wujud dalam kata nama dan kata adjektif.

Contohnya : Sisipan kata nama -el- ( kelengkeng,telunjuk,kelabut )

-er- ( keruping,seruling,serabut )

Kata Terbitan Bersisipan

Contohnya : Sisipan kata adjektif :

-el- ( selerak,gelembung )-er- ( serabut,gerigi )

-em- ( gemilang,semerbak,gemerlap )-in- ( sinambung )

Kata Terbitan Bersisipan

Kata terbitan berakhiran dapat wujud dalamkata nama terbitan dan kata kerja terbitan sahaja. Contoh :

- pakaian, jahitan, - mainan (‘-an’)- sasterawan, angkasawan (‘-wan’)- budiman, seniman (‘-man’)- peragawati, seniwati (‘-wati’)- nasionalisme, patriotisme (‘-isme’)

Kata Terbitan Berakhiran

top related