tafsir surah al-asr

Post on 16-Aug-2015

95 Views

Category:

Documents

11 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Halaqah Ilmu Ikram JBT

PENGAJARAN SURAH AL-ASR

Ustaz Suhaimi bin JairiDewan Al-Banna8 Mac 2013

� ح�يم �الر ح$م"ن� �الر �ه� الل � م �س$ ب$ع"ص$ر� ) ر,( )1و"ال خ-س$ "ف�ي ل ان" $س" �ن اإل$ ��ن �ال�( 2إ إ

"و"اص"و$ا و"ت �ح"ات� الص�ال -وا و"ع"م�ل -وا آم"ن �ذ�ين" ال$ر� ) �الص�ب ب "و"اص"و$ا و"ت Cح"ق$ �ال (3ب

[1] Demi Masa! [2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - [3]

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Pengenalan•Surah Makkiyah mengandungi 3 ayat.

•Urutan surah yang ke-13 •Dinamakan al-Asr kerana Allah bersumpah dengannya pada permulaan surah ini.

•Menjelaskan prinsip-prinsip utama Islam dan melakarkan perlembagaan hidup bagi manusia amnya.

Manhaj yang menguntungkan 1. Iman2. Amal saleh3. Berpesan kepada kebenaran4. Berpesan kepada kesabaran

ر� )و� (1ال�ع�ص�“[1] Demi Masa!”

•Ada dua tafsir:1) “Demi waktu Asr” – waktu petang hari -

yang dihabiskan dengan berbual, bertengkar dsb.

2) “Demi masa” - masa seluruhnya. Waktu yang dilalui dalam hidup kita.

- Allah bersumpah dengan masa kerana mengingatkan manusia tentang kepentingan masa.

Masa•Masa ( ر� (ال�ع�ص�mengandungi banyak kejadian dan peristiwa,

•Masa ertinya zaman  . الدهر))

•Masa juga dipanggil waktu .(الوقت)

•Juga dipanggil أ�ج�ل (ajal),  

Masa•Detik-detik pemergian masa bererti pemergian usia.

•Usia merupakan aset dan modal paling penting bagi seorang manusia di dunia. 

•Tapi kalau orang salah menggunakannya, maka dia akan menyesal.

•Penyesalan itu akan berlaku ketika masuk waktu عصر. 

ان� إ�ن" �ن�س� ر ل�اإل� خ(س� (2 )ف�ي“Sesungguhnya manusia itu dalam

kerugian”•Huruf ��ن ”untuk “Taukid ل" dan إ(penegasan).

•Al-Insan ialah semua manusia. Ada yang berpendapat golongan tertentu.

• Di situ disebutkan bahawa betul-betul manusia itu secara total.

maksudnya "di dalam".  Jadi  ف�ي•secara totalnya manusia itu memang terancam dengan kerugian. 

ر• س� Kerugian, kecelakaan : خ(•"Aneka ragam kerugian yang akan menimpa manusia." 

•Maksudnya kerugian itu berbentuk umum.

ن(وا إ�ال" آم� ال"ذ�ين�

“Kecuali orang-orang yang beriman”

• ��ال Huruf Istisna’ iaitu pengecualian إdari kerugian. Selain itu adalah kerugian.

•Iman dalam ayat di atas mutlak, meliputi iman kepada Allah, Rasul, Malaikat, kitab, hari akhirat dan penentuan baik dan buruk dari Allah.

Apa itu iman?

•Iman ialah percaya dan yakin.•Iman merupakan asas yang terdiri di atasnya binaan.  Kerja-kerja yang dilakukan manusia adalah terjemahan sebenar kepada iman dan akidah.

ات� ال�ح� الص" ل(وا و�ع�م�“dan beramal soleh”

•Amal soleh mestilah dimulakan dengan iman.

•Amal bermaksud perbuatan. Solehat bermaksud baik.

•Amal salih merupakan buah iman.•Amal salih bukan hanya terbatas pada

rukun-rukun Islam, tetapi meliputi fardu ain dan kifayah, bahkan seluruh kegiatan yang membawa kepada kemajuan masyarakat dan negara.

ق? ب�ال�ح� ا و� ت�و�اص� و�“dan mereka pula berpesan-pesan

dengan kebenaran”

•Menyeru orang ramai menuruti jalan yang benar supaya masyarakat berjalan mengikut pedoman yang lurus.

•Inilah yang disebut DAKWAH.

ا و� ت�و�اص�•Di sini Allah bukan menggunakan kalimah

yang bukan pasif atau satu hala. Tapi, dua hala.

•Maksudnya: “Saya akan rugi kalau saya tidak mengingatkan orang lain, dan saya akan rugi kalau tidak mengambil peringatan daripada orang lain.”

•Mesti berlaku saling berpesan-pesan antara semua peringkat manusia.

ق? ال�ح�

•Kebenaran adalah sesuatu yang datang dari Allah. Ia mantap dan tidak akan berubah.

•Syariat sesuatu yang mantap dan tidak berubah.

ب�ر� ب�الص" ا و� ت�و�اص� و�“serta berpesan-pesan dengan sabar.”

•Saling menyeru supaya bersabar dalam menyampaikan kebenaran.

•Ia meliputi bersabar di atas ujian, bersabar di atas ketaatan, bersabar menentang kemungkaran dan bersabar atas kekurangan kemudahan hidup.

Rumusan•Kehidupan muda menuntut kita untuk

memanfaatkan masa.•Surah ini menggariskan empat manhaj

bagi menjamin keberuntungan:1. Beriman keapada kebenaran Islam2. Beramal salih dengan menunaikan

kewajipan terhadap Allah.3. Berpesan-pesan dengan dengan

kebenaran.4. Berpesan-pesan dengan bersabar

top related