t2 kerajaan melayumelaka

Post on 18-Jan-2016

245 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

T2 Kerajaan MelayuMelaka

TRANSCRIPT

KERAJAAN MELAYUMELAKA

• Walaupun sejarah awal Tanah Melayu boleh dijejaki sehingga kurun-kurun sebelum masehi, namun bab ini akan bermula dari zaman Kerajaan Melayu Melaka. Kerajaan Melayu Melaka telah didirikan oleh Parameswara pada awal kurun ke-15. Kerajaan ini dianggap sebagai sebuah kerajaan yang agung pada zamannya. Keagungan Kerajaan Melayu Melaka dapat dikenal pasti melalui kemasyhurannya sebagai pusat perdagangan, pusat perkembangan agama Islam, keluasan tanah jajahan, dan mempunyai hubungan politik antarabangsa dengan kuasa besar ketika itu seperti Negeri China. Pendek kata, Kerajaan Melayu Melaka merupakan sebuah empayar yang agung ketika itu.

• Pemahaman tentang kedudukan Malaysia sekarang, misalnya tentang Is lam sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara sebenarnya dapat dijelaskan dengan memahami sejarah Kerajaan Melayu Melaka itu sendiri. Begitu juga dengan sistem pemerintahan negara, ia sedikit sebanyak ada persamaan dengan sistem pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka.

• Dalam sistem berkerajaan ketika itu, Raja Melaka adalah ketua negeri, ketua agama Islam dan ketua tentera. Baginda dibantu oleh pembesar-pembesar negeri seperti Bendahara, Laksamana, Temenggung, Penghulu Bendahari dan Syahbandar. Kerajaan Melayu Melaka ketika itu aman dan maju kerana adanya peraturan dan undang-undang. Antara undang-undang yang dilaksanakan dalam pentadbiran ialah Undang-undang Melaka (Hukum Kanun Melaka) dan Undang-Undang Laut Melaka. Ini mencerminkan juga bahawa Kerajaan Melayu Melaka adalah sebuah kerajaan yang bertamadun tinggi pada zamannya

• Kemakmuran Kerajaan Melayu Melaka dapat dilihat dari segi kedudukannya sebagai pusat perdagangan dan pusat penyebaran agama Islam. Kedudukan Melaka di tengah-tengah jalan perdagangan antara India dengan China merupakan faktor utama mendorong Melaka menjadi pelabuhan terkenal bagi pedagang-pedagang timur dan barat.

• Melaka juga menjadi tumpuan pendakwah-pendakwah menyebarkan agama Islam kerana Islam merupakan agama rasmi kerajaan Melayu ini. Berpusat di Melaka, kemudiannya agama ini tersebar luas di kawasan Tanah Melayu, dan kawasan-kawasan pulau Jawa, Kalimantan dan selatan Filipina. Islam merupakan agama rasmi Kerajaan Melayu Melaka

• Penyebaran agama Islam menjadi lebih mudah dengan adanya bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan (lingua franca). Bahasa Melayu digunakan dengan meluas walaupun dikatakan bahawa di Melaka ketika itu terdapat 82 bahasa yang dituturkan. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi negeri Melaka dan digunakan dengan meluas dalam sistem pentadbiran negara, sistem perdagangan, pertuturan harian, kegiatan dakwah dan ilmiah. Dengan demikian tidak hairanlah bagi kerajaan Malaysia hari ini menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara.

FAKTOR KEMAJUAN MELAKA

• Faktor Geografi

• Kedudukan negeri Melaka di tengah-tengah jalan perdagangan India dan China.

• Negeri Melaka terlindung daripada angin Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut.

• Negeri Melaka mempunyai pelabuhan semulajadi yang dalam.

• Adanya penempatan orang laut, yang berperanan membantu mempertahankan Melaka daripada ancaman

• Faktor Ekonomi

• Negeri Melaka dapat menumpukan kepada bidang perniagaan yang akhirnya menjadi pusat perdagangan di Gugusan Kepulauan Melayu.

• Negeri Melaka merupakan sebuah pusat perdagangan entreport yang bertaraf antarabangsa

• Faktor Politik dan Pentadbiran

• Hubungan dengan negeri China memberi kesan yang positif kepada perkembangan Melaka dari segi ekonomi dan politik. Dari segi politik Melaka mendapat perlindungan daripada Negeri China. Dengan demikian, ia bebas daripada ancaman Kerajaan Siam dan Kerajaan Majapahit.

• Pentadbiran kerajaan Melaka yang cekap memelihara dan menjamin keamanan negeri. Ia mempunyai menteri yang menjaga hal ehwal pengurusan perdagangan dan pelabuhan (iaitu Syahbandar). Di samping itu, kerajaan Melayu Melaka juga mempunyai sistem ketenteraan yang kuat.

• Sistem pungutan cukai yang baik.

• Kerajaan Melayu Melaka mempunyai sistem undang-undang yang adil (iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka). Hukum Kanun Melaka adalah berlandaskan undang-undang Islam.

• Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa perantaraan [lingua franca).

• Penggunaan sistem mata wang yang diperkenalkan oleh pemerintah dalam urusan perdagangan dapat memperkembangkan sektor ini.

• Selain daripada Cina, Melaka mempunyai hubungan diplomatik dengan kuasa luar seperti Jawa, India dan Siam.

• Peluasan kuasa ke negeri-negeri lain (seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan sebahagian daripada Sumatra) membantu memperluaskan perdagangan dan menghapuskan kegiatan lanun.

• Islam sebagai agama rasmi Negeri Melaka menggalakkan lagi perkembangan perdagangan dengan pedagang-pedagang Islam daripada India dan Arab. Tambahan, Melaka adalah penting sebagai pusat penyebaran agama Islam.

KEMEROSOTAN MELAKA

• Ketiadaan kepimpinan yang cekap setelah kematian Bendahara Tun Perak. Tun Perak bertanggungjawab melaksanakan dasar peluasan kuasa. Sementara itu penggantinya, Tun Mutahir (Tamil-Islam) merupakan pentadbir yang lemah sehingga mengakibatkan berlaku perebutan kuasa.

• Sultan Mahmud Syah dikatakan sultan yang lemah dan kurang mengambil berat tentang pentadbiran. Amalan rasuah berleluasa, begitu juga dengan fitnah-memfitnah

• Cukai yang tinggi menyebabkan pedagang-pedagang mengalihkan perhatian ke tempat lain

• Rakyat berpecah-belah dan tidak bersatu padu. Pentadbiran Tun Mutahir yang lemah menyebabkan orang Melayu bermusuhan dengan golongan Tamil-Islam. Pergaduhan telah memecahbelahkan penduduk negeri Melaka

• Serangan orang Portugis. Orang Portugis diketuai oleh Alfonso d’Albuquerque menyerang Melaka. Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511

• Kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka di tangan penjajah Portugis tidaklah bermakna bahawa tidak ada langsung kerajaan Melayu di Semenanjung Tanah Melayu ketika itu. Putera-putera Sultan Mahmud telah mengasaskan Kerajaan Negeri Perak dan Kerajaan Negeri lohor. Di Semenanjung Tanah Melayu juga terdapat kerajaan-kerajaan Melayu lain yang terus berkembang, yang umumnya dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kerajaan-kerajaan Melayu tua yang terdiri daripada Kerajaan Kedah, Kerajaan Pahang, dan Kerajaan Perak dan kerajaan Melayu baru yang terdiri daripada Kerajaan Negeri Sembilan, Kerajaan Negeri Terengganu, Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Negeri Selangor. Sementara itu, selepas kejatuhan Melaka, Kerajaan Johor telah menjadi sebuah empayar yang besar, dan Johor menjadi tumpuan pedagang-pedagang asing.

top related