syair pemberontakan patani

Post on 25-Jan-2016

119 Views

Category:

Documents

4 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Syair Pemberontakan Patani. Daripada Mohd Azlan. Maksud syair. Rangkap 1: Syair ini menjelaskan Betara menitahkan Laksamana supaya segera ke negeri Patani untuk mendapatkan panji-panji atau perintah Raja Senggora tentang peraturan dan hukum . - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Syair Pemberontakan Patani

Daripada Mohd Azlan

Maksud syair

Rangkap 1: Syair ini menjelaskan Betara menitahkan Laksamana supaya segera ke negeri Patani untuk mendapatkan panji-panji atau perintah Raja Senggora tentang peraturan dan hukum.

Rangkap 2: Orang yang dikenakan hukuman tidak boleh menyalahkan sesiapa, hanyalah memohon maaf daripada pegawai berkenaan.

Rangkap 3: Setelah mendengar titah Betara, laksamana tidak berani mengingkarinya kerana perlu mengelakkan

negeri daripada menjadi huru-hara.

Rangkap 4: Laksamana juga terpaksa meninggalkan emak saudaranya, iaitu Bonda Duli Mahkota Indera

yang sedang gering.

Rangkap 5: Laksamana juga membuang rasa bimbang dan sedih akan perkara tersebut demi melaksanakan

titah Betara dan menjaga keamanan negara.

Rangkap 6: Tanpa berkata apa-apa, Laksamana berhasrat untuk melaksanakan titah Betara dan

berserah kepada Allah.

Rangkap 7: Walaupun Laksamana menghadapi kesusahan, beliau akan tetap melaksanakan titah

baginda demi keamanan negara dan kerana baginda raja berdaulat.

Rangkap 8: Beliau memulakan perjalanan dengan hati yang berat. Beliau sesekali tidak melupakan bondanya

yang gering dan yakin dirinya tidak akan dapat berjumpa bondanya lagi.

Rangkap 9: Laksamana tetap melaksanakan titah tersebut kerana berpendirian orang yang sakit hanya

seorang, tetapi keengganan melaksanakan tugas tersebut melibatkan seluruh negeri.

Rangkap 10: Laksamana tidak berfikir panjang lagi dan segera menunaikan perintah Seri Betara untuk

mendapatkan panji-panji Raja Senggora.

Tema

Semangat patriotik seorang tokoh sejarah, iaitu Laksamana.

Persoalan

• Ketaatan kepada pemerintah dalam melaksanakan tugas yang diberikan.

• Kepentingan negara adalah lebih utama daripada kepentingan diri dan keluarga.

• Tanggungjawab dan sifat amanah pegawai kerajaan amat penting untuk memastikan negara berada dalam keadaan baik dan selamat.

• Sikap pasrah dan berserah kepada Allah menjadi penguat dalam melaksanakan tugas.

• Kesanggupan berkorban jiwa dan raga untuk kemakmuran negara.

Bentuk dan Ciri-ciri Syair

a) Terdiri daripada 10 rangkap.b) Mempunyai 4 baris serangkap.c) Semua baris adalah maksud.d) Terdiri daripada tiga hingga lima patah kata sebaris.e) Mempunyai sembilan hingga tiga belas suku kata

sebaris.f) Rima akhir bagi puisi ini ialah aaaa. g) Bentuk puisi ini terikat/tidak bebas.

Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi

a. Pemilihan kata (diksi) yang indah. Contoh: Laksamana tiada berani dura.

b. Bahasa klasik. Contoh: dura, pegari, bermara.

c. Bahasa istana. Contoh: dititahkan, bonda, daulat.

d. Inversi. Contoh: Berjalan ia berhati hampa.

e. Asonansi. Contoh: Kerana negeri hendak dipelihara (pengulangan bunyi vokal e).

f. Aliterasi. Contoh: Riak demikian menjadi balak (pengulangan bunyi konsonan k)

Nilai Taat akan perintah pemerintah. Contohnya, Laksamana taat akan perintah Betara untuk pergi ke Patani memerangi musuh.Rela berkorban.

Contohnya, Laksamana sanggup meninggalkan ibu saudaranya yang sedang sakit tenat demi menjaga keamanan negara.

Amanah dalam menjalankan tugas. Contohnya, Laksamana amanah dalam menjalankan tugasnya sebagai pegawai kerajaan. Taat pada agama. Contohnya, Laksamana menyerahkan nasibnya kepada Allah S.W.T..

Pengajaran

1. Setiap pegawai kerajaan mestilah taat akan perintah pemerintah untuk memastikan kelancaran dan kelicinan pemerintah sesebuah negara.

2. Setiap rakyat haruslah berani menggalas tanggungjawab untuk mempertahankan negara.

3. Kita hendaklah mengutamakan kepentingan negara lebih daripada kepentingan diri dan keluarga.

4. Kita hendaklah sanggup berkorban jiwa dan raga demi kedaulatan negara.

5. Janganlah melengah-lengahkan urusan negara.

TAMAT

19/01/2012

top related