surat sponsor yayasan perak
Post on 04-Dec-2015
283 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Kod Sekolah : ABA 4029No. Tel / Fax : 05-7584998
______________________________________________________________________________PERAK DI PUNCAK KECEMERLANGAN Ruj.Tuan :
Ruj. Kami : SKL 01/2/2/R3 JLD 1(27) Tarikh : 24 Januari 2014
Kepada
Yayasan Perak,Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak,No.111, Jalan Sultan Idris Shah,30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
Tuan / Puan,
MEMOHON SUMBANGAN UNTUK KEM MOTIVASI TAHUN 6
Dengan segala hormatnya, dimaklumkan bahawa sekolah ini akan mengadakan Kem Motivasi Tahun 6 bertujuan sebagai pembakar semangat untuk anak-anak menghadapi peperiksaan UPSR 2014.
2. Sehubungan itu, pihak sekolah ingin menarik perhatian tuan / puan untuk membantu Sekolah Kebangsaan Laneh, Lubok Merbau, Kuala Kangsar bagi memberikan sumbangan untuk menjayakan program tersebut. Sumbangan boleh diberi dalam bentuk wang tunai atau cek di atas nama BENDAHARI PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU-GURU SK LANEH.
3. Bersama-sama ini disertakan satu salinan kertas kerja program untuk tindakan tuan/ puan.
Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan / puan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
.............................................(UZAIR BIN ABDUL AZIZ)Setiausaha PIBG,Sekolah Kebangsaan Laneh.
........................................................... ...........................................(MAHAMAD WAHAB B. RAZMAN) (FARIDAH BT YUSOFF)Yang Dipertua PIBG, Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Laneh. Sekolah Kebangsaan Laneh.
SEKOLAH KEBANGSAAN LANEH,LUBOK MERBAU,33010 KUALA KANGSAR,PERAK
top related