strategi penyoalan dalam kefahaman membaca

Post on 24-May-2015

514 Views

Category:

Documents

10 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Unit 8: Sumbanganku

• Di akhir pengajaran, pelajar akan dapat:-• Mengenali jenis-jenis soalan pemahaman• Mengenal pasti jenis-jenis soalan pemahaman• Membuat soalan pemahaman berdasarkan ketiga-tiga

jenis ini• Mencari jawapan bagi soalan-soalan tersebut

• Literal• Berasaskan makna sebenar• Jawapan boleh terdapat dalam teks secara jelas

• Inferens• Kesimpulan yang dibuat berdasarkan fakta dalam teks• Memerlukan jawapan yang perlu dicungkil daripada teks

bacaan

• Penilaian• Memerlukan penilaian pelajar berdasarkan keterangan

yang terdapat dalam teks bacaan

• Jawab soalan ini

Apakah yang akan terjadi jika Kamal menunggu hingga hujan berhenti?

Hari itu hujan telah turun dengan lebatnya. Kamal menggigil kesejukan kerana baju sekolahnya basah. Payung yang dibawanya tadi telah terbang ditiup angin kencang. Kamal tiada pilihan lain. Jika dia menunggu hingga hujan berhenti, dia akan terlambat ke sekolahnya. Oleh itu, sambil memeluk erat begnya, dia meluru ke sekolahnya. Sebentar kemudian, terdengar bunyi loceng. Kamal menarik nafas lega.

• Bina soalan literal yang lain menggunakan maklumat daripada teks ini

Bagaimanakah cuaca pada hari itu?

Apakah yang terjadi dengan payung Kamal?

1. Saya seekor haiwan. Saya mempunyai paruh. Saya berkokok. Siapakah saya?

2. Saya kerap digunakan untuk menyimpan maklumat. Saya juga boleh digunakan untuk melungsuri internet. Siapakah saya?

3. Bulat bentuk saya. Saya ditendang. Saya disepak. Siapakah saya?

4. Saya perlu memakai pakaian seragam. Saya menjaga keamanan dalam negara. Saya boleh menangkap penjahat. Siapakah saya?

• Jawab soalan ini

Mengapakah baju sekolah Kamal basah?

Hari itu hujan telah turun dengan lebatnya. Kamal menggigil kesejukan kerana baju sekolahnya basah. Payung yang dibawanya tadi telah terbang ditiup angin kencang. Kamal tiada pilihan lain. Jika dia menunggu hingga hujan berhenti, dia akan terlambat ke sekolahnya. Oleh itu, sambil memeluk erat begnya, dia meluru ke sekolahnya. Sebentar kemudian, terdengar bunyi loceng. Kamal menarik nafas lega.

• Berdasarkan teks ini, buat satu soalan inferens yang lain.

Mengapakah Kamal menarik nafas lega?

Adakah Kamal lewat ke sekolah?

• Adakah perbuatan mereka ini betul? Mengapa?

• Jawab soalan ini

Adakah perbuatan Kamal berlari ke sekolah itu perlu? Jelaskan.

Hari itu hujan telah turun dengan lebatnya. Kamal menggigil kesejukan kerana baju sekolahnya basah. Payung yang dibawanya tadi telah terbang ditiup angin kencang. Kamal tiada pilihan lain. Jika dia menunggu hingga hujan berhenti, dia akan terlambat ke sekolahnya. Oleh itu, sambil memeluk erat begnya, dia meluru ke sekolahnya. Sebentar kemudian, terdengar bunyi loceng. Kamal menarik nafas lega.

• Bina satu soalan penilaian berdasarkan teks yang sama.

Pada pandangan kamu, adakah Kamal seorang pelajar yang bertanggungjawab?

Nyatakan 1 sikap Kamal yang boleh dicontohi. Jelaskan.

• Berdasarkan soalan-soalan yang telah kumpulan kamu bina, kenal pasti pilih 1 literal, 1 inferens dan 1 penilaian (jika tidak ada, bina soalan tersebut)

• Catitkan jawapan contoh.• Tukarkan soalan-soalan SAHAJA dengan kumpulan

yang lain.• Kumpulan tersebut haruslah menjawab soalan-

soalan itu.• Kembalikan kepada kumpulan asal untuk

disemak.

• Tuliskan apa yang telah kamu pelajari pada hari ini

• Apakah manfaat yang telah kamu perolehi daripada pembelajaran hari ini?

• Catitkan 1 perkara yang paling menarik dalam pembelajaran hari ini.

• Lihat soalan-soalan pemahaman yang ada di muka surat 6

• Cari jawapan-jawapan bagi setiap soalan• Catitkan sahaja dalam buku teks

top related