slaid inventori minda sihat (ims)

Post on 29-Jul-2015

244 Views

Category:

Education

11 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

TAJUK INVENTORI :INVENTORI MINDA SEJAHTERA (IMS)

DI SEDIAKAN OLEH:ZULKIFLI BIN IBRAHIM

MAISARA BT MOHAMMADROSMARINI BT MAHMOOD

KANDUNGANPengenalan DefinisiLatar BelakangMatlamat dan SasaranObjektifAsas Pembinaan InventoriInterpretasiKesahan ItemKebolehpercayaan ItemPenutup

Kesihatan minda adalah berhubungkait dengan mental seseorang. Biasanya keadaan minda yang sihat akan menunjukkan kesihatan mental yang baik.

Seseorang yang mempunyai badan yang sihat tidak semestinya mempunyai kesihatan mental atau keadaan minda yang sihat. Kesihatan minda seseorang menunjuk keadaaan mental orang itu berdasarkan sikap dan sifat yang ditonjolkan.

Minda yang sihat - bersikap positif, keyakinan diri yang tinggi, berdikari, tabah, dan sabar apabila menghadapi masalah, mereka juga tahu kebolehan diri, tidak malu meminta pertolongan dan gemar menolong orang lain.

Minda yang tidak sihat - selalu bersikap negatif, tidak berani menghadapi masalah, cabaran, cepat putus asa, cepat marah, menyalahkan orang lain dan sentiasa gelisah

PENGENALAN

Definisi World Health Organization (WHO), kesihatan adalah “satu keadaan dengan merangkumi fizikal, mental dan kesempurnaan sosial yang lengkap dan

bukan hanya tidak memiliki penyakit

“…a state of complete physical, mental and social well-being and not merely the

absence of disease and infirmity”.

DEFINISI

Inventori Minda Sejahtera (IMS) ini merupakan satu panduan dan rujukan yang boleh di gunakan untuk memupuk kesedaran tentang perlunya pengetahuan mengenai kesihatan minda dan penjagaannya. Inventori Minda Sejahtera (IMS) ini dapat membantu memberi kesedaran terhadap hubungan antara kesihatan minda dengan kesihatan fizikal supaya pengurusan langkah-langkah pencegahan dan membuat tindakan rujukan dapat dilaksanakan dengan tepat.

LATAR BELAKANG

MATLAMATDAN

SASARAN

Inventori yang akan menjadi rujukan dan

garis panduan kepada kaunselor, pengetua,

guru besar, pentadbir di sekolah dan semua

pegawai yang berkaitan

Semua warga pendidikan dan kakitangan

sekolah 

*Memberi kesedaran tentang pentingnya penjagaan kesihatan minda dalam kalangan warga pendidik dan kakitangan

*Mengenal pasti tahap kesihatan minda guru dan staf di sesebuah sekolah

*Mengetahui cara-cara menguruskan kesihatan minda

*Memberi kesedaran terhadap perkaitan antara kesihatan minda dan kesihatan fizikal

OBJEKTIF

Inventori ini mengandungi 45 soalan

Dibahagikan 3 Subkonstruk iaitu Tekanan, Kebimbangan dan Halusinasi-Dilusi

Setiap subkonstruk mengandungi 15 soalan

Setiap soalan diikuti dengan 4 pilihan jawapan yang menunjukkan skor berkenaan dengan soalan yang ditanya

ASAS PEMBINAAN INVENTORI

(IMS)

Skor Kekerapan

0 Tidak pernah sama sekali

1 Jarang

2 Kerap

3 Sangat Kerap

Skor inventori adalah seperti berikut :

SAMBUNGAN

Kemurungan Anzieti Halusinasi-Delusi

Normal 0-9 0-7 0-14

Ringan 10-13 8-9 15-18

Sederhana 14-20 10-14 19-25

Teruk 21-27 15-19 26-33

Sangat Teruk 28+ 20+ 34+

Interpretasi

Normal : Kehidupan yang selesaRingan : SihatSederhana : Cari Pengetahuan mengenai pengurusan kesihatan mentalTeruk : (Berjumpa dan berbincang dengan kaunselor untuk mengurus kesihatan mental dengan lebih positif)Sangat Teruk : (Berjumpa dan berbincang dengan kaunselor dan merujuk kepada psikiatris jika

perlu)

KESAHAN ITEM

Bagi mendapatkan kesahan item-item dalam soal selidik IMS ini, tiga orang pakar bidang akan dirujuk. Ketiga-tiga pakar tersebut merupakan Pensyarah Psikologi dan Kaunseling yang berpengalaman serta berpengetahuan luas dalam bidang mereka. Ketiga-tiganya berkhidmat di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Berikut adalah nama pakar-pakar tersebut :

Dr. Chee Chew Sim, Pensyarah Kanan, Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan & Pembangunan Manusia

Dr. Noraini Bt Ismail, Pensyarah Kanan, Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan & Pembangunan Manusia

Dr. Ramlah Bt Jantan, Pensyarah Kanan, Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan & Pembangunan Manusia

KEBOLEHPERCAYAAN

ITEM

Bagi mendapatkan kebolehpercayaan item-item dalam soal selidik IMS, seramai 40 orang guru sekolah rendah dan menengah di Daerah Klang, Selangor akan digunakan sebagai sampel. Pemilihan sampel ini akan dilakukan secara rawak mudah. Kesemua responden akan diberikan satu set soal selidik IMS dan hasil kajian akan diukur dengan menggunakan nilai pekali kebolehpercayaan Cronbach’s Alpha melalui Statistical Package for the Social Science (SPSS).

PENUTUP

Diharapkan agar dapat mempelajari, memahami dan mengaplikasikan dalam kehidupan seharian berkaitan penjagaan kesihatan minda yang baik kepada diri, ahli keluarga dan rakan-rakan secara lebih berkesan. Dalam konteks perhubungan kerja dalam sesuatu organisasi, diharapkan maklumat dan pengetahuan ini dapat membantu mereka bekerja dalam suasana ceria dan gembira tanpa gangguan kesihatan minda. 

NILAI KESAHAN ITEM SOAL SELIDIK

Nilai Keseluruhan :

NILAI KEBOLEHPERCAYAAN

  Reliability Statistics

Cronbach's Alpha : 0.889

top related