sisten otot

Post on 02-Feb-2016

277 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

- Tunjang 2 -

TRANSCRIPT

SISTEM OTOT RANGKA

ANATOMI &

FISIOLOGI

Sistem Otot Rangka

• Manusia direka untuk bergerak.

• Pergerakan tubuh badan manusia berlaku hasil daripada gabungan sistem rangka dan otot.

• Pergerakan dihasilkan oleh penguncupan dan pemanjangan otot.

Gambarajah Otot

Komponen Otot Rangka

• Fiber Otot– Merupakan sel-sel otot– Sel-sel otot berbentuk panjang,

silinder dan banyak nuklues.– Berjalur dan bersaiz besar.– Diameter diantara 10-100 µm– Panjang sehingga 40cm.

Fiber Otot

a. Tisu Penghubung

Epimisium

Perimisium

Endomisium

• meliputi bahagian luar otot

•Tendon terbina drpd unjuran epimisium

• terdiri drpd fasikel-fasikel

•Setiap fasikel dilitupi perimisium

• dalam fasikel terdapat fiber otot

• Fiber otot ini dilitupi perimisium

• terletak di kedua-dua hujung otot

• tendon terdiri daripada serat kolagen

• tidak kenyal tetapi boleh meregang dengan baik

• tendon yg lebar di panggil aponeurosis

b. Tendon

tendon

tendon

FUNGSI OTOT

Menghasilkan

pergerakan

men

geka

lkan

pos

tur

menstabilkan sendi

men

ghas

ilkan

hab

a

• pergerakan dihasilkan oleh penguncupan otot

• contoh: berjalan, berenang, bertindak dengan pantas, melakukan ekspresi muka

• kombinasi tindakan otot rangka boleh kekalkan postur badan

• cth: berdiri, duduk, tunduk kepala

• berlaku pada pergerakan yang melibatkan banyak sendi• cth: dalam memanah

• tenaga digunakan semasa penguncupan otot

Jenis-jenis Otot

Ciri-ciri Otot Rangka

Otot Licin Otot Kardiak

Lokasi

Melekat pada tulang atau kulit

Dinding organ viseral spt perut, pundi kencing dan saluran jantung.

Dinding jantung

Bentuk Sel

Tunggal, panjang dan berjalur

Tunggal dan tidak berjalur

Berangkai dan berjalur

Kekerapan Kontraksi

Terkawal. Dikawal oleh sistem saraf

Luar kawal.Dikawal oleh sistem saraf, hormon, bahan kimis dan regangan.

Luar kawal.Dikawal oleh perentak jantung.

Rentak kontraksi

TiadaAda pada otot-otot tertentu sahaja

Ada

Kelajuan Kontraksi

Perlahan ke cepat

Sangat perlahan

Perlahan

Ciri-ciri Otot

Ciri-ciri Huraian

Kebolehujaan

• kemampuan otot untuk menerima dan bertindak balas terhadap rangsangan yang diterima.

Kebolehkucupan

• keupayaan otot menguncup atau memendek apabila menerima rangsangan.

Kebolehanjalan

• keupayaan otot untuk kembali semula ke keadaan asal selepas meregang atau menguncup.

Kebolehpanjangan

• keupayaan otot untuk meregang atau memanjang.• fiber otot memendek (menguncup) dan memanjang (relaks)

Otot-Otot Rangka Utama

Bahagian kepala (hadapan)

Sternokleidomastoid

Pektoralis Major

Bahagian badan (hadapan)

Biseps

Biseps

Karpiradial

Rektal

abdomen

Eksternal

oblik

Sartorius

KuadrasepsAduktor longus

Bahagian kaki (hadapan)

Anterior

tibia

Peroneus

longus

Bahagian atas badan (belakang)

trapezius

deltoid

Bahagian badan (belakang)

Latisimus

dorsi

Karpi

ulnaris

Ekstensor

karpiradial

Triseps

Gluteus

maksimus

Aduktor

Bahagian bawah (belakang)

Soleus

hamstring

Gastroknemius

Tendon

akiles

Latihan

• Dalam masa 10 minit, hafal seberapa banyak nama otot-otot rangka yang terdapat pada bahagian tubuh badan anda.

Lekatan Otot• Setiap otot melekat pada tulang

atau tisu-tisu penghubung yang lain.

• Terdapat dua tempat lekatan otot iaitu:– Proksimal

• Bermaksud lekatan otot pada tulang/tisu yang hampir dengan tubuh badan.

• Dikenali sebagai origin

– Distal• Bermaksud lekatan otot pada tulang/tisu

yang jauh dari tubuh badan.• Dikenali sebagai insertion.

Rujuk jadual m/s 98

Rajah Lekatan Otot

Biseps

Klavikel

Skapula

Radius

Ulna

Interaksi Otot-otot dalam Pergerakan Rangka

• Saling tindakan otot-otot– Bermaksud otot-otot dalam tubuh badan

saling bertindak/bekerjasama dalam melakukan suatu pergerakan. Otot-otot akan bertindak secara berkumpulan iaitu melibatkan:• Agonis• Antagonis• Sinergis

Rajah Fleksi Lengan

Peranan:• Agonis

– Sebagai penggerak utama dalam sesuatu pergerakan.

– Contoh: biseps brakii dan brakialis

• Antagonis– Menghasilkan pergerakan yang berlawanan

dengan otot penggerak utama.– Apabila agonis menguncup, antagonis akan

mengendur/relaks.– Megawal kelajuan pergerakan dan melicinkan

pergerakan yang dilakukan oleh agonis.– Contoh: triseps brakii

• Sinergis– Otot yang membantu otot penggerak

utama (agonis)– Berfungsi:

• menambahkan daya untuk melakukan pergerakan.

• Menstabilkan sendi

– Contoh: Pergerakan fleksi lengan• biseps brakii dan brakialis adalah penggerak

utama dalam fleksi lengan. Triseps brakii bertindak sebagai antagonis dan brakioradialis bertindak sebagai pembantu dalam pergerakan tersebut.

Penguncupan Otot Rangka

• Terdapat tiga jenis penguncupan otot rangka:– Penguncupan Isometrik– Penguncupan Isokinetik– Penguncupan Isotonik

Penguncupan Isometrik

• Penguncupan ini tidak menghasilkan pergerakan tetapi menghasilkan daya.

• Fiber otot menguncup tetapi tiada perubahan pada kepanjangan otot.

• Contoh:– Aktiviti menolak dinding dengan siku

bengkok.– Dinding tidak bergerak tetapi otot triseps

brakii menguncup dan menghasilkan daya.

Penguncupan Isokinetik

• Penguncupan fiber otot dengan halaju penguncupan yang tetap sepanjang pergerakan.

• Penguncupan ini dihasilkan dengan menggunakan peralatan yang dapat mengawal halaju pergerakan tersebut.

• Contoh:– Peralatan khusus di gimnasium.

Penguncupan Isotonik

• Penguncupan fiber otot yang menghasilkan daya yang tetap di sepanjang pergerakan.

• Penguncupan ini akan menghasilkan pergerakan dan menyebabkan perubahan pada panjang otot.

• Terbahagi kepada dua jenis:– Penguncupan konsentrik

• Pemendekkan otot

– Penguncupan esentrik • Pemanjangan otot

• Contoh:– Aktiviti menaiki tangga– Semasa lutut bengkok, otot kuadraseps menguncup

secara esentrik dan semasa lurus, kuadrasepa menguncup secara konsentrik.

Halaju Penguncupan

• Fiber otot boleh diklasifikasikan mengikut kelajuan penguncupan otot.

• Halaju penguncupan otot berbeza mengikut pergerakan yang dilakukan.

• Terdapat dua jenis fiber otot yang mempengaruhi halaju penguncupan iaitu:– Fiber sentak cepat– Fiber sentak lambat

• Peratusan fiber sentak cepat dan lambat ini dalam otot begantung kepada baka, fungsi dan latihan seseorang individu.

Fiber sentak cepat

• Dikenali sebagai fiber jenis II.• Saiz lebih besar dan berwarna putih.• Mempunyai keupayaan anaerobik yang

tinggi dan sesuai untuk aktiviti berintensiti tinggi, pantas dan memakan masa yang pendek.

• Contoh: lari pecut.• Fiber inimenyebabkan atlet mudah

menjadi lesu.

Fiber sentak lambat

• Dikenali sebagai fiber jenis I.• Saiz lebih kecil dan berwarna merah.• Mempunyai keupayaan aerobik yang

tinggi dan sesuai untuk aktiviti jarak jauh.

• Contoh: jogathon.• Fiber ini tidak cepat lesu dan boleh

menghasilkan penguncupan dalam jangka masa yang panjang.

top related